You are on page 1of 12

Tajuk Pelajaran Rujukan Alat Bantuan Mengajar Kaedah Lokasi Tarikh & Masa Langkah Keselamatan Catitan

Peranan Seorang Jurulatih Komputer, LCD Projektor Syarahan & Penerangan Bilik Kuliah JPAM Negeri Sabah 08.09.2009 150 minit (2.5 jam) -

OBJEKTIF Menerangkan Tentang Peranan Seorang Jurulatih Mengenalpasti Keperluan Pengetahuan , Kemahiran Dan Sikap Seorang Jurulatih Yang Efektif Mengenalpasti Bidang Tertentu Untuk Pembangunan Diri Ke Arah Menjadi seorang Jurulatih Yang Efektif

Masa

Kandungan

Proses

Alat Bantuan Mengajar

15 minit

1. Pengenalan: Mengkaji Konsep Latihan Mengkaji hubungan di antara latihan dengan pembelajaran Mengkaji tujuan latihan dalam Organisasi Syarahan dan perbincangan whiteboard

20 minit 2. Ciri-Ciri Seorang Jurulatih Apakah ciri-ciri Jurulatih? Jurulatih Yang Tidak baik Jurulatih Yang baik

20 minit 3 Persembahan Peserta Mengikut

Peserta Di Pecahkan Kepada 4 Kumpulan Peserta Dikehendaki berbincang dan Menyenaraikan Ciri-Ciri Jurulatih yang baik dan Tidak baik Persembahan Peserta

Flipchart/Whiteboard

Flipchart/Whiteboard

Kumpulan 5 minit Rehat

Peserta dibenarkan keluar Syarahan

20 minit 4 Mengkaji Peranan Jurulatih Berdasarkan Nota Yang Diberi 15 minit 5 10 minit 5. Imej Sebagai Jurulatih Peserta dikehendaki merenung kembali peranan dan syarat seorang jurulatih yang telah dibincangkan Menyenaraikan imej sebagai seorang jurulatih Mengenalpasti bidang yang ingin diperbaiki ke arah menjadi seorang jurulatih yang efektif Syarat-Syarat Seorang Jurulatih Peserta mengisi format IMEJKU yang diedarkan Syarahan dan Perbincangan

Powerpoint

Sama

Flipchart/Whiteboard

15 minit

Perbincangan 6. Perbincangan Dengan Peserta dengan peserta berdasarkan Imej Sebagai Jurulatih berpandukan Imej sebagai Jurulatih yang dibuat oleh Peserta Syarahan Dan Perbincangan

Flipchart/Whiteboard

15 minit

7. Pengaruh Jurulatih Bagi Memotivasikan Pelatih

Powerpoint

5 minit

8. Rumusan dan Penutup

Syarahan dan soal jawab dengan peserta

PERANAN SEORANG JURULATIH


1. PENGENALAN 1.1.Definisi Pembangunan Sumber Tenaga Manusia prestasi (PSTM) kerja ialah program untuk yang

pembelajaran yang dirancang dalam suatu jangka masa tertentu dengan kemungkinan untuk meningkatkan individu perkembangan atau perubahan organisasi. Program pembelajaran

disediakan adalah secara intensif dan teratur, manakala fokus utamanya ialah menyediakan peluang pembelajaran kepada individu untuk meningkatkan prestasi kerja. 1.2.Peranan latihan sebagai sebahagian daripada usaha Pembangunan Sumber Tenaga Manusia yang berhasrat untuk membawa perubahan yang kekal kepada individu dalam meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan sikap (Knowledge ,Skill dan Attitude) dengan menyediakan peluang pembelajaran. Sebelum dibincangkan peranan jurulatih adalah lebih baik lagi kita memahami apa itu Pembelajaran dan Latihan. 1.3.Mengikut kamus takrif Pembelajaran ialah pengetahuan yang diperolehi dari belajar iaitu tingkahlaku di mana pengetahuan atau kemahiran diperolehi Ia juga adalah satu aktiviti mental di mana tabiat ( habits) ide , sikap dan kesempurnaan (ideals) yang diperolehi disimpan dan digunakan untuk menghasilkan ide-ide yang progresif serta perubahan ke atas tingkah laku 1.4.Proses pembelajaran yang berterusan (lifelong process) melibatkan pendedahan kepada berbagai pengalaman baru yang mendorong kepada perubahan di dalam diri individu. Pembelajaran dikatakan telah berjaya apabila ada atau berlaku perubahan ke atas tingkahlaku seseorang itu.

1.5.Latihan adalah perlu untuk memberi peluang pembelajaran secara teratur dengan tujuan untuk membawa perubahan yang kekal ke atas tingkahlaku seseorang individu. Dengan harapan dapat meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan sikap individu dalam memberi sumbangan ke arah keberkesanan organisasi. Perlu ditegaskan bahawa perubahan ke atas tingkahlaku individu itu hendaklah sesuatu yang menguntungkan. 1.6.Perkembangan yang semakin pesat , organisasi perlu berusaha mempastikan supaya sumber tenaga manusianya mempunyai tahap kemahiran yang tinggi dan sikap yang positif selaras dengan arus perubahan atau pembangunan serta kehendadak nilai dan etika kerja. Oleh itu banyak peruntukan perlu dan akan dibelanjakan bagi tujuan mengadakan program latihan yang efektif samada secara formal atau tidak formal. Tanpa pekerja atau anggota yang berkebolehan dan kemahiran yang lengkap maka sudah pasti sesebuah organisasi itu tidak akan berfungsi dengan berkesan serta daya pengeluarannya akan berkurangan. Tahap survivalnya atau daya saingnya terhadap persekitaran akan turut tergugat. 1.7.Latihan memainkan peranan penting dalam menyediakan peluang-peluang peningkatan kemahiran untuk mempastikan pekerja maju ke hadapan di dalam kerjayanya. Oleh itu pendekatan latihan kepada peserta-peserta mestilah bersesuaian dengan konsep pembelajaran dewasa kerana gulungan pekerja atau anggota adalah terdiri daripada mereka yang berumur, berpendidikan dan berpengalaman. Sesuatu program latihan yang hendak dilaksanakan mestilah bersesuaian dengan kehendak danb keperluan kedua-dua pihgak iaitu organisasi dan individu itu sendiri.

2. PERANAN JURULATIH

2.1.Dengan perkembangan yang semakin pesat di mana organisasi memerlukan latihan untuk anggota atau pekerjanya, maka peranan jurulatih menjadi semakin mencabar dalam usaha merancang dan mengatur sesuatu program latihan supaya ianya dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan selaras dengan kehendak organisasi. Beberapa peranan utama seseorang jurulatih ialah sebagai: Pemudahcara pembelajaran (fasilitator) Pengurus atau pentadbir program latihan Perunding atau penasihat latihan Penyelidik

2.2.Fasilitator Pembelajaran (Pemudahcara Latihan) 2.2.1. Pakar Dalam Pembelajaran Beliau mestilah mempunyai pengetahuan mengenai konsep pembelajaran dewasa iaitu mengetahui cara orang-orang dewasa belajar. Terdapat cara yang berbeza dalam menyampaikan pembelajaran kepada peserta dan beliau mestilah mahir di dalam memilih cara penyampaian yang berkesan.Fasilitator pembelajaran yang kurang pengetahuan dalam bidang ini tidak akan dapat menjalankan tugasnya sebagai jurulatih dengan berkesan. 2.2.2. Pereka Program Pembelajaran

Peranan jurulatih sebagai fasilitator pembelajaran melibatkan kebolehannya mengenalpasti masalah organisasi supaya berkemampuan merangka program latihan yang dapat memenuhi kehendak organisasi. Beliau mestilah mahir dalam menganalisis keperluan latihan, menentukan objektif, merancang kandungan serta memlih kaedah penyampaian yang bersesuai. Di samping itu jurulatih juga diharapkan dapat menghasilkan outline yang juga boleh digunakan oleh orang lain.

2.2.3.

Pembangun Strateji Pengajaran

Program latihan akan menjadi lebih berkesan dengan pemilihan strateji yang berbeza dari aspek keadh dan teknik pengajaran. Jurulatih mempunyai pelbagai pilihan untuk digunakan di dalam teknik pengajaran yang diantaranya ialah seperti berikut: i. Kaedah Pengajaran ii. Kaedah Simulasi iii. In basket method Kajian Kes management games Kaedah Pengalaman Role Play Latihan Kendiri latihan dalam kerja syarahan program pengajaran tayangan video

Jurulatih mestilah cekap dan mahir dalam menentukan strateji untuk digunakan dalam sesuatu program latihan. 2.2.4. Tenaga Pengajar Fasilitator pembelajaran juga dikenali sebagai pengajar yang mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam sesuatu subjek atau bidang latihan yang diceburinya di samping berkebolehan menyampaikan segala pengetahuannnya kepada para peserta. Jurulatih dapat memahami dan menganalisis masalah peserta serta dapat mengenalpasti kekuatan dan kelemahan sesuatu program.

2.2.5.

Kaunselor

Sebagai kaunselor fasilitator pembelajaran juga menjalankan peranan membantu peserta-peserta mengambil bahagian dalam pembelajaran dengan memberi nasihat dan bimbingan. 2.3. Pengurus atau pentadbir program latihan 2.3.1. Pembangunan Personel Keberkesanan program pembelajaran dalam latihan bergantung kepada sikap klien ( organisasi) di mana organisasi mestilah memberikan sokongan kepada tingkahlaku baru yang diperolehi oleh peserta. Peserta mungkin telah memperolehi berbagai pengalaman baru, tetapi jika kurang peneguhan (lack of reinforcement) sekembalinya peserta ke tempat kerja, mereka tidak dapat mempraktikkan apa yang telah dipelajari. Oleh itu jurulatih memainkan peranan penting dalam menentukan polisi latihan supaya ianya dapat menemui kehendak kedua-dua pihak (organisasi dan peserta) 2.3.2. Penasihat Program

Setelah merancang kandungan program, peranan jurulatih pula ialah menjadi penyelia semasa program berjalan bagi memastikan kelancaran dan kejayaan serta membuat penilaian termasuk tindakan susulan (follow up) selepas tamatnya program. 2.3.3. Pengekal Perhubungan Program latihan yang berjaya bergantung kepada kecekapan jurulatih merancang keperluan latihan yang menepati objektif organisasi; tugas ini memerlukan kerjasama dan sokongan dari pelbagai pihak. Keupayaan jurulatih diperlukan dalam mewujudkan kumpulan kerja yang dapat memberikan tumpuan atau sokongan ke arah menjayakan program latihan. 2.3.4. Pentadbir Kewangan Dan Kemudahan

Jurulatih mestilah cekap dalam mengurus dan mentadbir sumber kewangan bagi mendapatkan pelbagai kemudahan untuk sesuatu program latihan supaya dapat mengurangkan pembaziran. 2.3.5. Penganalisis Keperluan Latihan Jurulatih memainkan peranan penting menentukan keperluan latihan untuk pelatih. Peranan ini merupakan peranan yang paling mencabar dan memerlukan kepakaran tinggi dalam bidang latihan . 2.4. Perunding Dan Penasihat Sebagai seorang yang mempunyai pengethuan yang mendalam dalam bidang yang diceburinya, pihak pengurusan sentiasa memerlukan khidmat nasihat dalam memberi pendapat dan cadangan untuk mengatasi masalah. Jurulatih juga seorang agen perubahan yang menjalankan program latihan mengikut perkembangan sains dan teknologi serta melaksanakan dasar-dasar baru bagi Pembangunan Sumber Tenaga Manusia. 2.5. Penyelidik Peranan jurulatih dalam menentukan program pembelajaran dapat dihayati dengan berkesan oleh peserta supaya objektif latihan dapat dicapai, adalah merupakan satu cabaran buat jurulatih. Oleh itu jurulatih sentiasa memerlukan pengetahuan baru dengan membuat penyelidikan ke atas setiap program yang telah dilaksanakan. Dengan cara ini penilian dapat dibuat sama ada objektif latihan, harapan peserta dan program pembelajaran tersebut tercapai atau tidak. 2.6. Penulis Bahan Pembelajaran Jurulatih juga berperanan untuk menyediakan bahan pengajaran seperti nota kursus,bahan bantuan pengajaran dan bahan lain yang diperlukan bagi proses pengajaran. 3. KUALITI SEORANG JURULATIH

3.1.

Untuk memainkan peranan sebagai jurulatih yang berkesan, seseorang jurulatih hendaklah mempunyai kualiti tertentu. Beberapa kriteria jurulatih yang tidak berkualiti telah dapat dikenalpasti melalui pemerhatian, antaranya ialah; 3.1.1. teknik mengajar yang sehala dan kurang peneyrtaan peserta yang lemah dan kurang daya fahamannya 3.1.3. 3.1.4. 3.1.5. 3.1.6. 3.1.7. 3.1.8. kurang pengetahuan dan penghayatan ke atas subjek yang diajar kurang kemahiran berkomunikasi atau interaksi secara lisan menyampaikan maklumat yang terlalu banyak dalam keadaan yang tergesa-gesa tidak bertsedia menerima teguran mengenai teknik pengajaran kurang pergaulan sosial kurang ktrampilan diri

3.1.2. bersikap tidak bertolak ansur atau tidak sabar apabila menghadapi peserta

3.2.

Manakala jurulatih yang berkualiti pula ialah; 3.2.1. 3.2.2. 3.2.3. 3.2.4. 3.2.5. 3.2.6. 3.2.7. 3.2.8. 3.2.9. sentiasa bersedia dan berkemampuan membantu peserta belajar mampu menwujudkan suasana belajar yang menarik berkebolehan menghubung kaitkan pembelajaran kepada situasi kerja yang sebenar menyedari tahap-tahap kebolehan peserta menerima pembelajaran yang berbeza mempunyai teknik kemahiran yang tinggi dalam bidang yang diceburi mempunyai tahap kemahiran berkomunikasi yang tinggi seorang pendengar dan penyoal yang baik menggunakan pelbagai teknik dan strateji dalam latihan pengurusan atau penyelia kursus dan berkemampuan mendapatkan sokongan dan kerjasama dari pihak

3.3.

Seorang jurulatih yang efektif mestilah sentiasa meningkatkan kemahiran dalam bidang latihan . Kejayaan sesuatu program latihan ialah apabila peserta telah mendapat mencerapkan pengetahuan, buka apabila jurulatih telah berjaya mengajar.

4. CIRI-CIRI JURULATIH YANG BAIK 4.1.Cara-cara mengajar yang baik adalah merupakan satu kepandaian dalam menyampaikan maklumat atau mengajar ke suatu kemahiran ddengan cara yang berkesan supaya pelatih dapat memahami dan menggunakan pengetahuan yang diajar. 4.2.Belajar ialah suatu proses yang berpunca daripada keinginan dan kemahuan sendiri. Sesiapa pun tidak boleh memaksa dan dipaksa untuk belajar. Mengajar dan belajar yang berkesan berkehendakan kerjasama yang tinggi di antara jurulatih dan pelatih. Keduia-dua pihak yang terlibat hendaklah bersatu untuk mencapai tujuan mereka agar proses pembelajaran menjadi efektif. 4.3. Pada permulaannya jurulatih yang baik ialah seorang yang 4.3.1. 4.3.2. kemaskini 4.3.3. pengajaran 4.3.4. yang diajar 4.4.Selain daripada itu jurulatih yang baik ialah seorang yang berhati-hati daripada; 4.4.1. 4.4.2. 4.4.3. 4.4.4. 4.4.5. mahir 4.4.6. 4.4.7. menyampaikan pengetahuan yang terlalu tinggi atau terlalu cuba menunjuk-nunjuk bahawa ia tersangat pandai randah yang tidak setaraf dengan penerimaan pelatih bercakap dengan perlahan atau bercakap dengan cepat bercerita terlalu panjang dan berpusing-pusing bercakap kasar kepada pelatih menyindir atau bercakap terlalu kuat tanpa sebab bercakap laju sepertimesingan di atas perkara yang ia sangat bersedia dan komited untuk mencapai tuajuan dalam perkara tahu mengadaptasikan kepelbagaian prinsip, teknik dalam suka menjalankan tugasnya sebagai pengajar suka mengkaji dengan mendalam dan secara tepat untuk

mendapatkan pengetahuan dalam sesuatu perkara dengan lengkap dan

4.4.8.

menggunakan istilah istilah atau bahasa yang sangat sukar

difahami oleh pelatih.

5.

RUMUSAN 5.1.Adalah jelas bahawa jurulatih boleh memainkan peranan sebagai fasilitator pembelajaran, pengurus dan pentadbir program pembelajaran, penasihat, perunding serta penyelidik dalam masa yang sama. Jurulatih mestilah sentiasa menyiapkan dirinya dengan pengetahuan baru dalam bidang latihan bagi meningkatkan kemahiran selaras dengan perkembangan dan pembangunan yang pesat serta semasa. 5.2.Latihan mestilah dapat menghasilkan perubahan yang positif untuk meningkatkan prestasi dan mutu perkhidmatan seseorang individu. Jurulatih mestilah dapat menentukan objektif dan matlamat latihan dapat dicapai sehingga ke peringkat maksima dan ganjarannya dapat dihayati oleh peserta untuk dipraktikkan sekembalinya ke tempat kerjanya masing-masing.

You might also like