You are on page 1of 11

FACULTY OF APPLIED SOCIAL SCIENCES (FASS)

ABXM1103 MAN, SOCIETY AND CULTURE


MANUSIA, MASYARAKAT DAN BUDAYA

TUGASAN

SEMESTER:

SEPTEMBER 2010

NAMA & (MATRIC NUMBER) IC NUMBER CONTACT/PHONE NUMBER E-MAIL TUTORS NAME LEARNING CENTRE DATE OF SUBMISSION

: ZAITON JAMINGAN (800609016228002) : 800609016228 : 019-7628221 :ANNISA2SOLEHAH@OUM.EDU.MY : KOK AH MOY : SERDANG RAYA :

Zaiton Jamingan 800609016228002 Open University Malaysia ABXM1103 Sept 2010 _____________________________________________________________________________________________

ISI KANDUNGAN

Pengenalan Ketaksamaan Sosial Dalam Masyarakat Perspektif Fungsionalis Perspektif Konflik Ketaksamaan Sosial Dalam Masyarakat Moden Melalui Perspektif Fungsionalis dan Perspektif Konflik Kajian Kes Penutup Rujukan

2 3 5 5

6 7 9 10

Zaiton Jamingan 800609016228002 Open University Malaysia ABXM1103 Sept 2010 _____________________________________________________________________________________________

PENGENALAN

Masyarakat menilai kedudukan dan status individu melalui harta yang dipunyai, keturunan, pendapatan, pencapaian pendidikan, kemahiran, kedudukan politik, kuasa atau autoriti yang dimiliki, asal usul ras dan etnik, sumbangan terhadap negara seperti mempunyai rekod-rekod peringkat negara atau dunia, pencapaian di dalam sukan, dan anugerah atau darjat kebesaran yang dimiliki. Individu yang mempunyai kuasa dan duit yang banyak lebih dipandang tinggi di dalam masyarakat berbanding individu yang bekerja di ladang getah bersawah atau makan gaji. Senario ini disebabkan oleh ketidakseimbangan pencapaian di antara individu di dalam masyarakat yang telah mewujudkan ketidaksamaan sosial. Konsep ketidaksamaan sosial atau social inequality merujuk kepada ketaksamaan peluang-peluang atau ganjaran untuk manusia dalam kedudukan sosial yang berbeza akibat sistem strasifikasi.

Tugasan ini akan membincang serta menghuraikan kriteria bagi mengukur ketaksamaan sosial dan bagaimana perspektif fungsional dan konflik dalam ketaksamaan sosial masyarakat moden serta contoh-contoh masyarakat di stratakan dan bagaimana ianya mempengaruhi kehidupan dan mobiliti sosial ahlinya.

Zaiton Jamingan 800609016228002 Open University Malaysia ABXM1103 Sept 2010 _____________________________________________________________________________________________

KETAKSAMAAN SOSIAL DALAM MASYARAKAT

Ketaksamaan sosial adalah sesuatu yang abstrak dimana ianya digunakan untuk menentukan kedudukan sosial kita di dalam masyarakat. Kadangkala kita selalu terikat kepada sesuatu status sosial seperti dilahirkan dalam keadaan keadaan mewah atau mempunyai status kedudukan yang tinggi dalam masyarakat. Namun ada juga diantara kita yang akan berusaha untuk mengubah nasib terutamanya dalam masyarakat yang mempunyai mobiliti sosial yang tinggi asalkan ianya berusaha dengan tabah menghadapi segala rintangan dan halangan sehingga berjaya.

Dalam kehidupan seharian, mungkin kita tidak sedar atau menyedari pengaruh ketidaksamaan sosial ini. Kewujudan ketidaksamaan sosial ini merupakan sifat umum dalam setiap masyarakat manusia. Pembahagian ketidaksamaan merangkumi aspek seperti orang kaya dan orang miskin, antara yang berkuasa dan yang tidak berkuasa, di antara orang yang dihormati dan yang dipandang rendah dan di antara jantina. Ini merupakan fenomena-fenomena ketidaksamaan sosial yang sangat ketara dalam kehidupan masyarakat hari ini. Kewujudan ketidaksamaan sosial adalah dipengaruhi oleh idea, kepercayaan dan nilai-nilai yang dipegang bersama oleh anggota sesebuah masyarakat. Idea, kepercayaan dan nilai-nilai ini berfungsi sebagai kriteria untuk menilai, menyusun taraf dan menentukan ganjaran yang berbeza kepada individu atau kumpulan sosial dalam sesuatu hubungan sosial yang terbentuk di antara manusia1.

Ketidaksamaan Sosial, Kntayya Mariappan, Utusan Publication (2000)

Zaiton Jamingan 800609016228002 Open University Malaysia ABXM1103 Sept 2010 _____________________________________________________________________________________________

Stratifikasi sosial adalah penentu kedudukan seseorang individu dalam masyarakat. Ini akan mempengaruhi peranan sosial individu tersebut. Ketidaksamaan sosial boleh diukur melalui kriteria asas iaitu kekayaan, kuasa dan status serta prestij2.

Bentuk rupa kekayaan ini mungkin berbeza antara satu masyarakat dengan masyarakat yang lain atau lebih dikenali sebagai faktor ekonomi. Sebagai contoh, di kalangan masyarakat petani, kekayaan diukur dengan berapa ekor lembu atau

berapa luas tanah yang dimiliki. Manakala dalam masyarakat bandar, seseorang individu yang bergaji besar dan berkereta mewah dianggap kaya.

Kuasa merupakan satu kebolehan yang mungkin orang lain tidak dapat lakukan. Kebanyakkan kita menganggap kuasa berkaitan dengan kekayaan. Namun ia sebenarnya salah, seseorang yang berkuasa tidak semestinya mempunyai kekayaan tetapi mungkin disebabkan ilmu yang tinggi dan keperibadian yang mulia contohnya imam yang mengetuai sembahyang berjemaah. Max Weber berpendapat, keupayaan untuk memiliki kuasa berpunca dari keupayaan individu untuk mengawal pelbagai sumber sosial "social resource" Seperti tanah, modal, penghormatan sosial, kekuatan fizikal, pengetahuan intelektual dan lain-lain.

Schumpeter, Joseph A. (1951). Imperialism and Social Classes. Augustus M. Kelley, Publishers, Fairfield, NJ

Zaiton Jamingan 800609016228002 Open University Malaysia ABXM1103 Sept 2010 _____________________________________________________________________________________________

PERSPEKTIF FUNGSIONALIS

Perspektif fungsionalis adalah merupakan salah satu penjelasan kepada teori stratifikasi dimana ianya menganggap stratifikasi sosial itu menyumbang kepada kebaikan

masyarakat. Dengan erti kata lain, stratifikasi itu berlaku supaya masyarakat dapat terus berfungsi. Dalam perspektif ini, masyarakat dilihat sebagai jaringan kelompok yang bekerjasama secara lebih sistematik dan teratur selain mempunyai garispanduan dan nilai murni yang menjadi pegangan kelompok masyarakat tersebut. Oleh yang demikian, masyarakat akan dipandang lebih teratur dan seimbang. Menurut teori ini juga tiap kelompok masyarakat akan melaksanakan peranan masing-masing secara berterusan. Dengan erti kata lain, stratafikasi itu berlaku supaya masyarakat dapat terus berfungsi3. Menurut Kingsley Davis dan Wilbert Moore, bagi memastikan sesebuah masyarakat itu terus kekal dan wujud, maka perlu adanya system di mana tugas dan peranan tertentu dijalankan oleh orang yang betul-betul sesuai dan berkelayakan memikul dan tanggungjawab tersebut. Dan sebagai ganjaran, mereka layak menerima apa yang sepatutnya setimpal dengan beban dan pengorbanan yang telah mereka lakukan.

PERSPEKTIF KONFLIK

Perspektif ini melihat masyarakat sebagai sesuatu yang selalu berubah, terutama kesan dari pentadbiran dan pengurusan dimana bagi mencapai sesuatu tujuan, kelompok ini sanggup berbalah sehingga pihak lain menjadi mangsa. Konflik akan selalu timbul dan golongan yang kuat dan berkuasa akan terus mengukuhkan kedudukan bagi memastikan ianya terus berkuasa ini kerana, perspektif ini beranggapan bahawa kelompok masyarakat tersebut tidak mempunyai tujuan sendiri dan nilai integrasi.
3

Barnard, A. 2000. History and Theory in Anthropology. Cambridge: CUP

Zaiton Jamingan 800609016228002 Open University Malaysia ABXM1103 Sept 2010 _____________________________________________________________________________________________

KETAKSAMAAN SOSIAL DALAM MASYARAKAT MODEN Melalui Perspektif Fungsionalis dan Perspektif Konflik

Perspektif Fungsionalis Ketidaksamaan sosial adalah merupakan sesuatu yang fungsional kerana ia bertindak sebagai suatu mekanisme yang mengagihkan ganjaran dan memotivasikan pekerja untuk berlumba-lumba melakukan yang terbaik. Dengan mengadakan ganjaran yang setimpal dengan kesukaran tugas, masyarakat dapat menarik orang yang terbaik untuk melakukan kerja-kerja yang mencabar.

Perspektif Konflik Perspektif Konflik cenderung memandang nilai dan moral sebagai sesuatu yang rasional untuk terus berada di kelompok yang berkuasa. Dengan itu, kekuasaan tidak berada dalam diri individu tetapi pada kelompok masyarakat.4 Pandangan ini juga menekankan bahawa ketaksamaan sosial adalah sebahagiaan dari masyarakat dan bukannya bersifat individu bagi memacu perubahan sosial.

Lenski, Gerhard (1966). "Power and Privilege: A Theory of Social Stratification." New York: McGraw-Hill.

Zaiton Jamingan 800609016228002 Open University Malaysia ABXM1103 Sept 2010 _____________________________________________________________________________________________

KAJIAN KES

Kajian Kes 1 Masyarakat setinggan di Kampung Air di Sembulan, Sabah seringkali dikait dan digambarkan dengan pelbagai masalah yang berkaitan dengan pendatang haram, pencemaran, penyakit berjangkit, kebakaran dan sebagainya. Ini kerana lokasi penempatan yang terletak di tengah-tengah Ibu negeri Sabah, Kota Kinabalu. Pembangunan rancak yang dijalankan telah memberikan impak yang besar kepada mereka. Ini kerana rata-rata masyarakat yang berada di kawasan tersebut adalah merupakan generasi asal sejak lebih 30 tahun lalu. Kesempitan hidup, selain tertekan dengan sikap masyarakat sekitar (yang berhijrah dari tempat lain) yang menganggap mereka adalah pendatang selain melabel kawasan tersebut sebagai kawasan yang sarat dengan gejala sosial yang teruk. Dari segi kesihatan pula, masyarakat di situ sering kali dianggap mengabaikan kebersihan. Apa yang berlaku jelas menunjukkan ketidaksamarataan sosial dikalangan penduduk yang tinggal di radius 30km dari pusat bandar Kota Kinabalu. Ini kerana mungkin penempatan tersebut yang tidak terancang selain dihimpit oleh kemiskinan menjadikan keadaan lebih teruk. Berlainan pula dengan masyarakat yang hanya tinggal kurang 5km dari kawasan tersebut. Keciciran dalam pelajaran juga seringkali dikaitkan dengan masyarakat tersebut. Kurangnya infrastruktur dan kemudahan awam juga dijadikan faktor penyumbang masalah tersebut. Pandangan negatif seperti ini menjadikan mereka semakin terpinggir dalam arus urbanisasi. Tidak dinafikan memang terdapat anak tempatan komuniti tersebut yang sememangnya berjaya malah ada dikalangan mereka adalah merupakan golongan profesional, penjawat awam, badan beruniform dan lain-lain lagi. Namun disebabkan distratakan sedemikian, ramai dikalangan mereka yang meninggalkan kawasan tersebut dan menjalani cara kehidupan yang berlainan. Akibatnya golongan komuniti yang masih mendiami kawasan tersebut terus dipinggirkan.

Zaiton Jamingan 800609016228002 Open University Malaysia ABXM1103 Sept 2010 _____________________________________________________________________________________________

Kajian Kes 2 Untuk memastikan setiap lapisan masyarakat mengecapi hasil kemajuan negara, maka pembangunan perlu diseimbangkan dengan mengambil kira usaha membangunkan komuniti yang dianggap dipinggir dari arus pembangunan. Komuniti Felda yang telah diwujudkan sejak tahun 1956 dibawah Ordinan Kemajuan Tanah 1956. Kewujudan tanah rancangan dan penempatan masyarakat di dalam Felda telah memberikan suasana baru bagi masyarakat di Negara ini. Namun selepas lebih 50 penubuhannya, komuniti ini tidak banyak yang berubah selain ada yang masih dihimpit dengan kemiskinan, gejala dadah, rempit dan sebagainya. Sejak itu juga masih ada golongan peneroka atau generasi ke2 masih dalam keadaan seperti masa mula-mula meneroka dahulu. Malah ada yang terpaksa menggadaikan tanah yang diberikan selepas meneroka selama 30 tahun hanya kerana kesempitan hidup. Golongan ini seringkali dipinggirkan dalam arus pemodenan dan urbanisasi. Masyarakat luar pula beranggapan bahawa komuniti Felda adalah golongan yang berpendapatan rendah dan tinggal di ceruk-ceruk hutan. Keadaan bentuk mukabumi juga memaksa banyak bantuan menghadapi masalah untuk disalurkan dan akibatnya ramai yang terpinggir. Akibat dari ketaksamaan sosial ini, ramai belia dari komuniti Felda keciciran dalam bidang pelajaran, sekaligus memaksa mereka meneruskan legasi untuk terus bekerja sebagai peneroka dan tinggal di luar arus urbanisasi. Lebih parah, ada pula dikalangan mereka yang terjebak dalam gejala sosial seperti dadah dan merempit. Seperti yang berlaku dalam kajian kes 1, bagi masyarakat komuniti yang merupakan golongan profesional seperti penjawat awam, badan beruniform mengambil langkah untuk meninggalkan komuniti mereka kerana ingin menjalani kehidupan berlainan. Dan sekali lagi golongan komuniti yang masih mendiami kawasan tersebut terus menerima nasib yang sama.

Zaiton Jamingan 800609016228002 Open University Malaysia ABXM1103 Sept 2010 _____________________________________________________________________________________________

PENUTUP

Globalisasi merupakan fenomena yang membawa arus kemodenan ke seluruh pelusuk dunia. Masyarakat dunia dengan rela hatinya menerima badai kemodenan, tetapi pada masa yang sama, ada juga suara-suara yang tidak begitu menerima perubahan ini. Ketaksamaan sosial akan memberikan impak yang besar dalam pembangunan masyarakat sesebuah negara. Ini kerana, ketidak seimbangan dalam pembangunan akan mendorong beberapa masalah lain selain fizikal seperti kemiskinan, keciciran, masalah sosial lain dan sebagainya. Masalah lain yang dihadapi ialah psikologi, ini kerana ketaksamaan sosial secara tidak langsung akan memaksa golongan individu yang terpinggir dan mempunyai pendapatan rendah bersaing untuk menikmati kemodenan yang dirancang. Bagi golongan yang berada di luar bandar pula, kesan ketaksamaan sosial ini akan memberi kesan kepada gaya dan cara hidup mereka dalam menjalani kehidupan seharian. Dunia semakin moden dan global, namun hati manusia tetap sama. Dapatkah modenisasi memenuhi segala-gala kehendak naluri manusia ataupun ia menjauhkan lagi diri kita daripada kebahagiaan yang diimpikan? Gaji semakin mahal, tetapi masa bekerja semakin lama. Sistem kesihatan semakin canggih, selaras dengan tekanan hidup yang juga semakin meningkat. Sistem pendidikan semakin formal, namun nilai-nilai agama dan adab sopan semakin diketepikan.

Zaiton Jamingan 800609016228002 Open University Malaysia ABXM1103 Sept 2010 _____________________________________________________________________________________________

RUJUKAN

Schumpeter, Joseph A. (1951). Imperialism and Social Classes. Augustus M. Kelley, Publishers, Fairfield, NJ. ISBN 0-678-00020-4

Lemert, Charles (2004). Social Theory: The Multicultural and Classic Readings Third Edition. Westview Press Boulder, CO. ISBN 0-8133-4217-1 and ISBN 9780-8133-4217-7

Hurst, Charles E. (2007). Social Inequality Forms, Causes, and Consequences Sixth Edition. Allyn and Bacon Boston, MA. ISBN 0-205-48436-0

Weber, Max. (1964). The Theory of Social and Economic Organization. edited by Talcott Parsons. New York, NY: The Free Press

Weber, Max. (1978). Economy and Society, Vol. II (Excerpt form Guenther Roth and Claus Wittich, eds.). Berkeley: University of California Press. Berkeley, CA. This section was left uncompleted at Weber's death in 1920.

Kajian Mengenai Pembangunan, Komuniti, Kemiskinan, Agihan Pendapatan dan Ketaksamaan Kementeriam Kemajuan Wanita Keluarga dan Masyarakat (http://www.kpwkm.gov.my/uploadpdf/KIPPSBab4.pdf)

Kntyya Mariappan. Ketidaksamaan Sosial, Utusan Publication 2000 Barnard, A. 2000. History and Theory in Anthropology. Cambridge: CUP

10

You might also like