You are on page 1of 4

Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya (Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha

dan bersusah payah)


Bara yang digenggam biar sampai jadi arang Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian Yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang (Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha)

Kejayaan adalah tangga yang tidak dapat anda panjat dengan tangan di dalam poket. Jangan lihat apa yang telah kamu usahakan, tetapi lihatlah apa yang belum kamu selesaikan. Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan hanya boleh dicapai dengan satu perkara iaitu USAHA

Jika anda berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut Selagi kita mencuba dan berusaha, selagi itulah kita akan beroleh apa yang kita hajati Sesuatu kejayaan adalah lebih bermakna apabila ia disertai usaha yang bersungguh-sungguh... orang yang mudah berputus asa tidak mungkin beroleh kejayaan yang cemerlang. Biarlah bersusah dahulu, asalkan senang kemudian

You might also like