You are on page 1of 7

JENAYAH PERDAGANGAN MANUSIA (PUNCA, KESAN & LANGKAH) PENDAHULUAN:

merupakan antara jenayah tertua dianggap sebagai suatu industri universal tidak tertakluk kepada satu-satu negara untuk beroperasi Laporan Perdagangan Manusia (TIP) oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat menganggarkan, kegiatan perdagangan manusia di negara itu melibatkan keuntungan antara AS$1 bilion hingga AS$3 bilion (RM3. 5 bilion hingga RM10.5 bilion) setahun. Dianggarkan sekitar 600,000 hingga 800,000 orang menjadi mangsa sindiket perdagangan manusia dengan sekitar 14,500 hingga 17, 500 daripadanya diperdagangkan di AS setahun Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Khusus Membanteras Dadah dan Jenayah (UNODC) menganggap perdagangan manusia sebagai industri jenayah yang menjana keuntungan sekitar AS$5 bilion hingga AS$9 bilion (RM17.5 bilion hingga RM31.5 bilion) setahun Isu perdagangan manusia kini menjadi antara fenomena yang mengancam kebanyakan negara termasuk Malaysia Perangkaan rasmi memperlihatkan kira-kira 2.7 juta manusia diseludup di seluruh dunia setiap tahun dengan 80 peratus daripadanya membabitkan wanita dan kanak-kanak yang diperalatkan bagi tujuan tertentu termasuk pelacuran dan sebagainya.

PUNCA: 1. Kemiskinan/ kesempitan hidup 2. Terpengaruh tawaran kerja 3. Kurang didikan moral/agama 4. Materialistik 5. Penguatkuasaan undang-undang yang lemah 6. Taraf pendidikan mangsa KESAN: 1. Imej negara terjejas 2. Masalah sosial meningkat 3. Penyakit berjangkit

4. Penindasan LANGKAH: 1. memperketat pelbagai aspek termasuk dari segi kemasukan pelancong asing serta mengawal semua 262 pintu masuk ke sempadan negara yang dipercayai juga boleh menyumbang kepada jenayah perdagangan manusia - kementerian berkenaan mengadakan kerjasama dengan badan antarabangsa seperti melatih anggota keselamatan untuk menangani pelbagai kemungkinan kemasukan warga asing bagi tujuan tertentu melatih penguat kuasa, pendakwa raya, hakim dan majistret mengenai pelbagai perkara termasuk Akta Antipemerdagangan Orang 2007 supaya mereka bersiap sedia berdepan isu terbabit menyelaraskan sistem data maklumat kemasukan mengemaskinikan rekod keluar masuk di pintu sempadan terutama di lapangan terbang, pelabuhan, dan pintu sempadan antara sangat diperlukan bagi menggembleng usaha membasmi jenayah yang tidak berperikemanusiaan ini. 2. menjalinkan kerjasama dengan negara jiran- Malaysia dan Australia baru-baru ini juga telah bersepakat untuk meningkatkan kerjasama bagi membanteras sindiket penyeludupan manusia melalui kaedah diplomatik dan operasi yang lebih berkesan- negara-negara jiran seperti Singapura, Indonesia, Thailand dan lain-lain juga wajar mewujudkan kerjasama serantau, perkongsian bijak terutamanya kekuatan teknologi, komunikasi dan jaringan keselamatan - kerjasama menerusi pertukaran maklumat dalam usaha menangani isu ini terutama dari aspek bentuk serta kaedah penyeludupan dan negara mana yang dijadikan tempat transit utama penyeludupan manusia Kerjasama di peringkat sempadan perairan negara - menjalankan operasi rondaan secara berjadual dan intensif oleh pasukan keselamatan Malaysia dengan negara-negara jiran berkongsi maklumat tentang taktik, lokasi, dan negara pembekal berusaha mengenal pasti lubang-lubang tikus 3. Kempen kesedaran untuk membasmi jenayah perdagangan manusia di kalangan masyarakat juga dipergiatkan 4. Membanteras gejala rasuah yang masih menghantui badan-badan penguat kuasa setiap negara jabatan-jabatan yang masih menjadi kambing hitam seperti imigresen, kastam, polis marin, RELA dan organisasi yang sama di negara-negara jiran amalan rasuah merupakan tindakan duri dalam daging terhadap keselamatan sesebuah negara. PENUTUP: Ditelan mati emak, diluah mati bapa, demikianlah suasana kehidupan berjiran. Sebarang masalah yang dihadapi yang berkaitan dengan hubungan jiran memerlukan tindakan yang teliti dan bijaksana. Biarlah segala tindakan bersama menatijahkan situasi menang-menang bagi kedua-dua pihak. Lebihlebih lagi dalam isu pemerdagangan manusia ini, pihak negara berjiran terpaksa berurusan pula dengan pihak ketiga iaitu negara pembekal dan negara penerima. Oleh itu, kerjasama serantau amatlah diperlukan agar segala penyelesaian dapat diambil secara bijaksana.

1. Perniagaan haram ini menghasilkan pendapatan yang lumayan walaupun risikonya tinggi golongan yang ingin berhijrah secara haram dan dijanjikan pekerjaan sanggup membayar upah yang tinggi kepada sindiket. Sindiket juga dapat keuntungan melalui upah yang diberi oleh pelanggan. 2. Tarikan pekerjaan dan pendapatan lumayan di negara asing dalam pelbagai sektor termasuk sektor yang haram seperti pelacuran. Tolakan keluar dari negara asal - miskin, tertindas, lari undangundang. 3. Kelemahan kawalan di sempadan negara - mudah bolos - sempadan yang panjang, pesisir pantai panjang dan terpencil, kelicikan dan kepelbagaian mekanisma penyeludupan, rasuah pegawai kerajaan.

Faktor FAKTOR INDIVIDU MENYEBABAKAN BERLAKUNYA MASALAH PENYELUDUPAN MANUSIA

Tidak mempunyai pegangan agama Individu yang tidak beragama tidak mempunyai petunjuk hidup dan mudah terjebak dalam masalah sosial. Setiap agama mengajar penganutnya tidak melakukan perkara yang berdosa. Mereka yang tidak mempunyai pegangan agama mudah terlibat dalam aktiviti yang tidak bermoral. Meraka sanggup melakukan apa-apa saja demi mengaut keuntungan yang maksimum walaupun melakukan hal yang menyalahi undang-undang. Mereka tidak mempercayai kewujudan tuhan dalam dunia ini. Seseorang yang mempunyai pegangan agama yang kukuh tidak akan melakukan perkara yang boleh merosakkan akhlak .

FAKTOR KEGAGALAN KERAJAAN PENYEBAB BERLAKUNYA MASALAH PEMERDAGANGAN MANUSIA Dewasa ini, masalah pemerdagangan manusia kian bermaharajarela . Penguatkuasaan yang tak bersistematik merupakan faktor berlakunya masalah penyeludupan manusia. Walaupun kerajaan telah menggubal pelbagai undang undang dan akta untuk membanteras masalah penyeludupan manusia, tetapi usaha ini tidak dilakukan secara berterusan dan menyeluruh. Contohnya, Amerika Syarikat telah meletakkan Malaysia dalam senarai negara yang tidak memerangi isu penyeludupan manusia dengan secukupnya. Hal ini demikian kerana terdapat beberapa orang pegawai Jabatan Imigresen telah didakwa terlibat dalam kes penyeludupan manusia. Maka, kelonggaran undang undang ini telah menyebabkan kes penyeludupan manusia berterusan di negara Malaysia

FAKTOR EKONOMI MENDORONG BERLAKUNYA MASALAH PEMERDAGANGAN MANUSIA

Melalui kajian daripada para pengkaji sosial, ditetapkan bahawa faktor ekonomi merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi kes penyeludupan manusia berlaku. Pada zaman kini, masalah jurang pendapatan semakin serious di Asia Tenggara. Orang yang berpendapatan rendah agak susah untuk meneruskan kehidupan mereka pada zaman ini dengan menerima gaji yang sedikit. Mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan pendapatan yang lumayan walaupun jalan singkat tersebut menyalahi undang-undang. Akiviti pemerdagangan manusia akan mendatangkan pendapatan yang sangat lumayan.Ini telah mendorong peniaga manusia ledih giat dalam aktiviti haram ini dan bilangan kes pemerdagangan manusia di Malaysia semakin meningkat.

Kesan KESAN PEMERDAGANGAN MANUSIA TERHADAP KERAJAAN MALAYSIA DILABEL SEBAGAI NEGARA PERSINGGAHAN BAGI KEGIATAN PEMERDANGAN MANUSIA.

Terletak di tengah-tengah ASEAN,Malaysia menjadi lokasi paling strategik sama ada sebagai negara destinasi atau transit bagi aktiviti pemerdagangan manusia.Kelemahan dari sudut kedudukan geografi itu memudahkan negara menghadapi kesan limpahan apabila berlakunya masalah ekonomi . Keamanan dalam negara juga menyebabkan Malaysia menjadi destinasi pilihan. Negara juga dijadikan pusat transit untuk menyeludup manusia ke negara ketiga seperti ke Australia dan Amerika Syarikat (AS).Hasil kajian mendapati, Negara Malaysia khususnys negeri Sabah adalah salah satu destinasi, dan Negeri persinggahan untuk wanita dan kanak-kanak yang diperdagangkan untuk ekploitasi seks secara komesial dan buruh paksa bagi lelaki

KESAN MASALAH PEMERDAGANGAN MANUSIA TERHADAP MASYARAKAT

Masyarakat Masalah pemerdagangan manusia semakin berleluasa dan mendatangkan impak negatif terhadap masyarakat. Masalah pemerdagangan manusia akan menyebabkan masyarakat hidup dalam kerisauan. Nilai kejiranan mungkin tidak lagi wujud dalam kalangan masyarakat kerana risau anakanak mereka akan diculik atau ditipu oleh jiran. Sebagai contoh, dewasa ini ibu yang hendak ke pasar tidak lagi akan tinggalkan anak kecil mereka kepada jiran, mereka sanggup bawa anak kecil bersamasama walaupun sangat menyusahkan. Budaya ini tidak sama seperti dulu, nilai kejiranan semakin terhakis. Silaturahim antara masyarakat akan semakin tegang.

KESAN MASALAH PEMERDAGANGAN MANUSIA TERHADAP EKONOMI DAN BUDAYA

Ramai yang tidak tahu dan tidak ambil peduli terhadap kesan daripada aktiviti pemedagangan manusia ini.Setiap yang terjadi misti ada akibatnya,sebagai contoh dari segi ekonomi.Ramai yang tidak sedar dan tahu bahawa pada setiap tahun kira-kira 20 bilion poun wang mengalir keluar negara akibat daripada aktiviti tersebut.Keadaan ini menyebabkan berlakunya kerugian yang besarterhadap negara dan ternyata pengaliran wang keluar yang banyak ke luar negara akan menjejaskan ekonomi negara kita. Selain itu,kehadiran manusi yang diseludup dari pelbagai negara ini yang ada budaya tersendiri akan menjejaskan negara dari segi DEMOGRAFI, BUDAYA, SOSIAL, dan INSTITUSI KEKELUARGAAN.

Langkah LANGKAH-LANGKAH BAGI MENGATASI FENOMENA PENYELUDUPAN MANUSIA

UNDANG-UNDANG

Sindiket penyeludupan manusia dilihat semakin meruncing dari hari ke hari.Oleh itu, beberapa langkah perlu diambil segera bagi mengekang masalah ini dari terus membarahi masyarakat kini. Pada tanggal 28 Februari 2008, Akta Anti Penyeludupan Manusia ( AKTA ) 670 telah dikuatkuasakan, penggubalan akta tersebut mengambil kira protokol Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu atau ringkasnya PBB bagi mencegah dan menghukum pelaku penyeludupan manusia terutama wanita dan kanak-kanak.Semua pihak haruslah bersama-sama membantu pihak kerajaan dalam membendung permasalahan ini dan bukannya hanya membutakan mata dan memekakkan telinga sahaja apabila mengetahui sebarang informasi mengenai sindiket penyeludupan manusia ini. Bak kata pujangga " mencegah lebih baik dari Mengubati

MEMBASMI MASALAH PERDAGANGAN MENUSIA MELALUI PENDIDIKAN

Pendidikan dibahagikan kepada dua jenis iaitu formal dan tidak formal. Pendidikan formal merupakan pendidikan persekolahan. Pihak sekolah perlulah menyerapkan isuisu pemerdagangan manusia dalam topik-topik yang berkaitan seperti penyayang.Dengan ini,pelajarpelajar dapat mengetahui maklumat-maklumat tentang isu pemerdagangan manusia seperti menelefon 999 semasa ternampak kejadian pemerdagangan manusia berlaku.

Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam pendidikan tidak formaldengan menyalurkan ajaran agama yan secukupnya dan memantaukan anak-anak mereka supaya mengurangkan risikorisiko berlakunya aktiviti pemerdagangan manusia

KERJASAMA DARIPADA BANYAK PIHAK

Kerjasama Antara Malaysia Dengan Negara-negara Luar

Kerjasama dan komitmen semua pihak sangat diperlukan bagi membanteras dan membasmi jenayah penyeludupan manusia. Antara kerjasama yang boleh diusahakan ialah kerjasama antara Malaysia dengan negara-negara luar terutama negara serantau seperti Singapura, Indonesia dan Thailand.Kerjasama ini melibatkan dalam perkongsian bijak seperti kekuatan teknologi, komunikasi dan jaringan keselamatan. Misalnya, Malaysia kini menggiatkan lagi jalinan kerjasama dengan Australia bagi bertukar-tukar dan berkongsi maklumat, pengalaman dan kepakaran masing-masing.

You might also like