You are on page 1of 1

TUGASAN 2 Esei tentang BELILAH BARANGAN BUATAN MALAYSIA

Dewasa kini kerajaan telah mengiatkan usaha mempromosi kempen Belilah Buatan Malaysia agar rakyat Malaysia dapat berbangga sebagai rakyat Malaysia dengan menghargai produk-produk tempatan Negara. Hal ini kerana slogan Belilah Barangan Buatan Malaysia dapat memupuk semangat sedia bertanggungjawab kepada bangsa dan Negara dalam kalangan rakyat Malaysia hari ini. Sebagai contoh Barangan Buatan Malaysia yang merangkumi produk asas sehinggalah kepada automotif mempunyai nilai dan kualiti yang setanding dengan produk luar Negara justeru, kita dapat bersyukur sebagai warganegara Malaysia kerana masyarakat sentiasa mengamalkan nilai berusaha dan produktif, rajin dan gigih demi menunjukkan sikap berbangga sebagai rakyat Malaysia. Sloagan Belilah Barangan Buatan Malaysia dapat menjadikan rakyat Malaysia lebih berdikari dan tabah menghadapi cabaran sekiranya berlaku kegawatan ekonomi dunia sehingga impatnya menjejaskan ekonomi Negara. Melalui slogan Belilah Barangan Buatan Malaysia kita akan lebih berdisiplin dan bertindak wajar untuk meningkatkan diri sebagai rakyat yang maju dan cinta akan agama bangsa Negara berani menghadapi dan sanggup mempertahankan kadaulatan bangsa dan Negara. Selain itu, slogan ini juga akan semangat setia negara seterusnya tersemai dijiwa setiap masyarakat sehingga semangat keindahan melahirkan masyarakat yang bersatu padu dan harmoni. Rakyat Negara kita bertoleransi, bertolak ansur, berkerjasama dan tolong menolong untuk mempertabatkan barangan buatan Malaysia. Kesimpulannya kita sebagai rakyat Malaysia haruslah menyokong usaha kerajaan murni yang ini sebagai tanda taat dan setia kepada raja dan pemimpin Negara dan mewujudkan masyarakat Malaysia yang mempunyai semangat muhibah. Oleh itu, kita mesti dapat menunjukkan nilai berterima kasih kepada tokoh-tokoh Negara dengan cara berusaha untuk teruskan Negara Malaysia.

(250 Patah Perkataan)

You might also like