You are on page 1of 14

PERANAN GURU DALAM MBMMBI

PERANAN GURU DALAM PELAKSANAAN MBMMBI

Pengenalan Definisi Memartabatkan Bahasa Malaysia bermaksud meletakkan Bahasa Malaysia pada tempat yang sepatutnya, sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam Perkara 152, Perlembagaan Malaysia. Bahasa Malaysia juga merupakan bahasa pengantar utama pendidikan berdasarkan Akta Pendidikan 1996.

Memperkukuh Bahasa Inggeris pula membawa maksud memantapkan penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa yang wajib dipelajari, bahasa komunikasi dan bahasa ilmu di peringkat nasional dan antarabangsa.

TUJUAN MBMMBI

Tujuan utama memartabatkan Bahasa Malaysia adalah kerana Bahasa Malaysia merupakan bahasa kebangsaan yang menjadi alat perpaduan, bahasa perhubungan utama dan bahasa ilmu ke arah membina negara bangsa untuk mencapai hasrat 1Malaysia.

Tujuan utama memperkukuh Bahasa Inggeris adalah kerana Bahasa Inggeris merupakan bahasa komunikasi antarabangsa yang perlu dikuasai dengan baik dan berkesan bagi membolehkan penerokaan pelbagai ilmu untuk bersaing di peringkat nasional dan global.

CHAN YEE SAN[Type text]

Page 1

PERANAN GURU DALAM MBMMBI

PERANAN GURU DALAM PELAKSANAAN MBMMBI

Sebagai guru saya berperanan untuk mempertejemahkan dasar KPM ini agar menjadi satu dasar yang diiktiraf dan kebolehkepercayaan di kalangan masyarakat. Isu MBMMBI ini menjadi buah mulut dan perbualan hangat di kalangan masyarakat Malaysia. Kerajaan juga telah mengeluarkan surat pekeliling ikhtisas bilangan 12 2011 mengenai MBMMBI.

Salah satu peranan yang boleh disumbangkan oleh guru ialah di dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Guru harus memainkan peranan ini untuk melaksanaakan MBMMBI apabila menggunakan Pendekatan Modular Kurikulum Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Penguasaan asas kemahiran berbahasa diperkukuh melalui pendekatan modular yang bersepadu, seimbang dan holistik menerusi modul P&P yang telah dibina oleh KPM. Pendekatan modular bagi kedua-dua bahasa ini akan memberi fokus dan menitikberatkan penguasaan literasi asas kemahiran bahasa di kalangan murid. Guru perlu menggunakan pendekatan modular dalam pembaharuan yang akan dilaksanakan bagi memartabatkan Bahasa Malaysia dan memperkasakan Bahasa Inggeris (MBMMBI).

Setiap komponen dalam kemahiran bahasa, iaitu kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis mempunyai modulnya yang tersendiri, serta disokong dengan modul tatabahasa dan modul seni bahasa.

Apabila guru menggunakan pendekatan Modular ini penguasaan litersi murid akan menjadi lebih cepat dan kukuh. Ini memandangkan proses pengajaran dan pembelajaran guru
CHAN YEE SAN[Type text] Page 2

PERANAN GURU DALAM MBMMBI


mengambil kira kemahiran mengikut keupayan murid dan kemahiran itu secara ansur maju iaitu dari mudah kepada yang sukar.

Seterusnya sebagai guru juga harus menggunakan asas berbahasa (Basics To Basics). Pengukuhan asas berbahasa dilakukan secara berstruktur dan sistematik. Asas berbahasa pradengar, prabunyi, prabaca dan pratulis diperkukuh melalui modul pengajaran dan pembelajaran yang menerapkan elemen didik hibur dalam seni bahasa. Pengajaran dan pembelajaran tatabahasa pula berasaskan sistem bahasa yang betul dan dilakukan secara bersepadu dalam konteks.

Ironinya untuk memartabatkan bahasa Malaysia dan memperkasakan bahasa Inggeris adalah dengan memberi tumpuan kepada prinsip asas bahasa (back to basic),"

Asas bahasa yang kukuh merupakan elemen terpenting bagi pembelajaran yang berkesan. Kurikulum kedua-dua bahasa tersebut akan menitikberatkan pengukuhan penguasaan asas bahasa. Sebagai contoh, bagi pengukuhan penguasaan asas bahasa Inggeris akan dilakukan dengan memberi penekanan kepada phonics iaitu sebutan dan intonasi.

Pengenalan sistem bunyi yang dilakukan secara berstruktur dan sistematik melalui phonics berupaya memantapkan penguasaan asas bahasa murid.

Dalam pengajaran dan pembelajaran saya juga menggunakan pendekatan

Didik

Hibur. Pendekatan didik hibur ini menjadikan suasana pengajaran dan pembelajaran lebih menyeronokkan dan menarik melalui pelbagai kaedah yang berlainan. Kemahiran mendengar, bertutur, membaca, menulis, tatabahasa dan seni bahasa akan disulam dengan dengan aktiviti penerokaan, pencarian maklumat. Di samping perkara yang disebut tadi, pendekatan didik hibur
CHAN YEE SAN[Type text] Page 3

PERANAN GURU DALAM MBMMBI


dan menghargai bahasa akan diberi perhatian dalam usaha untuk memartabatkan bahasa Malaysia dan memperkasakan bahasa Inggeris.

Sebagai contoh, pengajaran dan pembelajaran melalui modul seni bahasa akan memberi tumpuan dan penekanan kepada pembelajaran yang menarik, kreatif, inovatif dan berkesan yang boleh dilakukan melalui pelbagai aktiviti berbahasa seperti nyanyian, berlakon, berpuisi, pengucapan awam, jazz chants, choral speaking, drama dan muzik.

Selain itu, saya juga akan memastikan Penggunaan Bahasa Malaysia Standard Merentas Kurikulum . Penggunaan sistem bahasa yang betul dalam mata pelajaran lain akan menyokong pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia. Penggunaan dialek tempatan atau bahasa pasar mesti dipantau agar tidak menjejas standard dan mutu Bahasa Malaysia itu sendiri.

Guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Malaysia perlu beropsyen Bahasa Malaysia untuk memastikan kualiti dari segi ilmu pedagogi. Namun guru yang tidak beropsyen seperti di sekolah SJKC dan SJKT, guru digalakkan menghadiri kursus peningkatan profesionalisme yang memberikan pendedahan tentang perkembangan terkini ilmu pedagogi dan juga perkembangan bahasa daripada pakar dari dalam dan luar negara.

Guru juga boleh menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan teknologi maklumat seperti perisian, e-mel, laman sembang, blog dan laman web dapat menyediakan proses pengajaran dan pembelajaran yang bersifat interaktif serta menghiburkan. Satu portal akan diwujudkan untuk menghimpunkan bahan penulisan serta menyediakan forum bagi penggiat bahasa, para pendidik, sasterawan,

CHAN YEE SAN[Type text]

Page 4

PERANAN GURU DALAM MBMMBI


pelajar serta pengguna Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris untuk berbincang, mengkaji dan mencari maklumat tentang bahasa.

Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dijadikan Bahasa Ilmu dan Komunikasi sepanjang masa oleh guru. Guru berperanan memartabatkan Bahasa Malaysia dan

memperkukuhkan Bahasa Inggeris melalui perbualan dan komunikasi. Guru perlu bijak memilih waktu atau masa yang sesuai ketika berkomunikasi dengan murid, rakan sejawat dan masyarakat. Kemahiran berkomunikasi dengan baik dan betul mampu memberi keyakinan kepada guru untuk menggunakan bahasa dengan betul dan lancar. Kegagalan komunikasi kebiasaannya adalah disebabkan masalah bahasa.

Usaha-usaha menterjemah karya agung dari luar negara perlu diperhebatkan. Melalui cara ini perluasan ilmu melalui pembacaan dalam bahasa dapat dipergiat, seterusnya menggalakkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat. Selain itu, Penggunaan Bahasa Malaysia juga mestilah tekal dan mantap dalam semua urusan rasmi agar hasrat 1Malaysia terlaksana melalui identiti negara bangsa. Guru sepatutnya bukan setakat mengajar di dalam bilik darjah sahaja tetapi mampu untuk berkarya dan menghasilkan buku-buku ilmu supaya dapat membantu MBMMBI di kalangan guru dan murid. Karya-karya guru adalah paling sesuai untuk murid kerana mereka boleh menghasilkan bahan-bahan yang sesuai mengikut tahap keperluan murid mereka. Bahan- bahan tambahan ini menjadi bahan bacaan kepada murid mereka.

CHAN YEE SAN[Type text]

Page 5

PERANAN GURU DALAM MBMMBI


Melalui komunikasi yang berkesan juga proses meningkatkan Bahasa Malaysia dan memartabatkan Bahasa Inggeris boleh berlaku. Di dalam majlis-majlis rasmi seperti perhimpunan, mesyuarat penggunaan Bahasa Malaysia amat penting agar bahasa itu dapat dimartabatkan manakala Bahasa Inggeris boleh dijadikan bahasa komunikasi lisan dalam ruang lingkup sosial mereka. Sebagai contoh perhimpunan mingguan di sekolah adalah menjadi satu kewajiban guru untuk menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi walaupun ketika audien adalah terdiri daripada pelbagai bangsa.

Komunikasi yang berkesan juga boleh berlaku antara guru dengan murid. Guru boleh membantu murid dengan membimbing murid mereka menggunakan bahasa yang baik dan betul. Komunikasi guru dan murid menjadi lebih mudah kerana kehidupan murid kebanyakan berada bersama guru. Tambahan pula, murid lebih mesra dan tidak malu untuk berkomunikasi bersama guru berbanding dengan orang lain. Tugas guru hanyalah memberi bimbingan dengan membuat teguran dan memperbetulkan bahasa murid.

Guru juga berperanan memikul tanggungjawab etika perguruan itu dilaksanakan, Oleh itu, sebagai pendidik guru bertanggungjawab agar kreabilitinya tidak dipersoalkan oleh masyarakat. Sebagai contoh dalam etika keguruan, Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan. Guru lebih faham dan jelas tentang tanggungjawab mereka. Atau dengan perkataan lain etika keguruan bermaksud tugas hakiki guru yang menekankan dua amanah penting iaitu konsep ibadah dan pembangunan insan. Mendokong dasar baru KPM ini juga merupakan salah satu tanggungjawab pendidik mengikut etika perguruan.

CHAN YEE SAN[Type text]

Page 6

PERANAN GURU DALAM MBMMBI


Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan secara hitam putih dan rasmi. Membuka mata masyarakat untuk menghayati tanggungjawab guru yang luas dan berat dan menyokong guru dalam mencapai matlamat pendidikan dan negara. Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah organisasi. Pengamalan etika dapat mengekal, dan memelihara kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas, serta memupuk tanggungjawab bersama dan mengeratkan perhubungan atnara ahli dalam organisasi.

Oleh itu, sudah menjadi tugas guru untuk memikul amanah dan tanggungjawab majikannya untuk memastikan dasar-dasar baru Kementerian Pelajaran Malaysia dapat diperjelaskan dan laksanakan dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab. Memastikan MBMMBI terlaksana adalah salah satu etika keguruan yang menjadi amalan guru.

Kita tentu pernah mendengar kenyataan bahawa kecemerlangan seseorang guru tidak terbatas pada kebolehannya melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan baik tetapi juga pada kualiti peribadi yang menjadi contoh murid mereka. Seperti peribahasa Guru kencing berdiri, murid kencing berlari. Guru diharapkan sentiasa mempamerkan contoh yang baik kepada anak muridnya. Oleh itu, guru juga boleh menjadi pemangkin kecemerlangan sesebuah sekolah melalui usaha mereka menyediakan pelajar sebagai modal insan masa depan. Pembinaan modal insan adalah teras kepada kejayaan bangsa dan negara. Ia merangkumi proses lengkap membentuk tenaga kerja manusia yang berilmu, berakhlak, berkemahiran, berdaya saing dan berdaya tahan. Selari dengan aspirasi negara yang meletakkan usaha membina budaya baru iaitu berani berlumba, membina prestasi serta memiliki merit hingga dapat bersaing dan

CHAN YEE SAN[Type text]

Page 7

PERANAN GURU DALAM MBMMBI


bertanding pada peringkat antarabangsa, pembinaan modal insan turut menjadi teras dalam Rancangan Malaysia Kesembilan ( RMK-9 ).

Seorang ahli akademik , Monique Jerome Forget, pernah menulis dalam artikelnya Investing in Human Capital ( Policy Options ) mengenai peri pentingnya modal insan sebagai elemen teras pembangunan negara kerana kegagalan menjana modal insan boleh merencatkan banyak lagi potensi pertumbuhan yang mampu dicapai oleh sesebuah negara. Dengan perkataan lain, hidup mati sesebuah negara sememangnya bergantung kepada modal insannya. Sebagai guru tentunya melaksanakan dasar kerajaan yang akan memberi impak kepada pembangunan modal insan melalui penguasaan bahasa yang baik. Anak murid haruslah dididik sejak kecil, seperti pepatah yang diungkapkan, anak kecil diibaratkan sehelai kain putih.

Sejauh mana kejayaan kita membina generasi yang berminda kritis, berjiwa penyelidikan dan pembangunan, berani mencuba sesuatu yang baru, kreatif dan inovatif serta memiliki kualiti peribadi yang unggul menjadi faktor penentu sama ada negara mampu bersaing dengan negara lain atau tidak. Tanpa modal insan yang mantap lagi padu, bukan saja bangsa menjadi mundur, malah sesebuah tamadun mungkin mengalami kemerosotan daya saing yang sepenuhnya. Modal insan itu dibentuk daripada sistem pendidikan yang diperkenalkan dan dilaksanakan. Guru harus positif dan kreatif dalam menggunakan kaedah dan teknik pengajaran mereka agar penguasaan bahasa murid dapat ditingkatkan. Guru hendaklah menggunakan kaedah atau teknik yang betul ketika melaksanakan MBMMBI.

CHAN YEE SAN[Type text]

Page 8

PERANAN GURU DALAM MBMMBI


Bagi mencapai agenda negara itu, pendidikan menjadi wahana utama. Pelajar di semua peringkat perlu dididik dengan sempurna. Dalam hal ini, warga pendidik adalah golongan di barisan paling hadapan dalam usaha membina generasi masa depan Malaysia yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Oleh itu, melaksanakan MBMMBI di kalangan murid mampu membina modal insan yang mempunyai kesetiaan kepada bangsa, agama dan negara. Kecintaan kepada bahasa mampu menanamkan semagat nasionalisme dan semangat bersaing di peringkat global dengan penguasaan bahasa yang lain.

Guru

juga

berperanan

memastikan

organisasi

bilik

darjah

KSSR

mengandungi suatu ciri keistimewaan dan suasana pembelajaran yang kondusif iaitu ruang aktiviti pembelajaran secara kelas, ruang-ruang aktiviti pembelajaran yang lain, khasnya ruang digunakan untuk aktiviti kumpulan juga disediakan. Sehubungan dengan ini, banyak aktiviti kumpulan adalah dijalankan dalam ruang-ruang pembelajaran seperti sudut Matematik, ruang Pendidikan Seni, ruang bacaan dan sebagainya.

Aktiviti-aktiviti

yang

biasanya

dijalankan

dalam

sudut

atau

ruang

pembelajaran ialah aktiviti pengayaan dan pemulihan, aktiviti sokongan, aktiviti bacaan tambahan, perbincangan, bercerita dan aktiviti jual-beli. Disamping itu, ruang-ruang pembelajaran juga digunakan untuk mempamerkan bahan-bahan pelajaran dan hasil kerja atau murid-murid dalam kelas. Aktiviti yang bercorak permainan bahasa harus diperbanyakkan kerana jenis aktiviti ini dapat menarik minat murid untuk belajar dalam suasana yang menyeronokkan dan tidak membosankan.

CHAN YEE SAN[Type text]

Page 9

PERANAN GURU DALAM MBMMBI


Dalam kerja pengurusan sudut dan ruang pembelajaran, guru harus

memastikan bahawa sudat dan ruang itu adalah dikelolakan dalam keadaan yang kemas dan teratur serta dilengkapkan d e n g a n bahan-bahan pelajaran yang sesuai digunakan oleh murid-murid semasa menjalankan aktiviti pembelajaran. Hasil-hasil murid dalam mata pelajaran bahasa bolehlah dipamerkan di ruang-ruang dan sudut yang disediakan supaya dapat memotivasikan murid dalam proses pembelajaran mereka. Aktiviti-aktiviti seperti ini juga merupakan salah satu cara untuk memartabatkan dan memperkukuhkan bahasa.

Untuk mencapai tujuan ini, guru boleh melantik seorang ketua daripada kumpulan murid untuk membantunya supaya menjaga dan membimbing rakan-rakan sedarjah menggunakan ruang dan sudut pembelajaran dengan cara yang betul dan menarik dan mampu membina pencarian ilmu di kalangan murid. Secara tidak langsung aktiviti ini mampu mambantu murid dalam kemahiran berbahasa melalui aktiviti di dalam kelas. Aktiviti seperti ini juga dapat menggalakkan murid belajar secara berdikari tanpa bergantung pada guru.

Suasana kondusif yang dibina oleh guru ini mampu untuk memartabatkan bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan bahasa Inggeris kerana murid-murid berasa selesa dan dalam keadaan pembelajaran yang menyeronokkan.

Guru-guru juga boleh mengantung poster-poster yang ada kaitan dengan pelaksanaan MBMMBI di dalam kelas agar sentiasa menjadi perhatian kepada murid-murid.Menjalin

CHAN YEE SAN[Type text]

Page 10

PERANAN GURU DALAM MBMMBI


hubungan mesra demi membina iklim bilik darjah yang kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran.

Guru perlu menyampai pelajarannya dengan berkesan supaya murid sudi mematuhi segala arahan guru dan peraturan bilik darjah, demi memupuk arahan kerja dan disiplin di kalangan mereka. Ini merupakan pra syarat untuk mewujudkan iklim penyayang alam belajar dan menentukan kelancaran aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

Sebagai guru juga boleh memartabatkan Bahasa Malaysia dan memperkukuhkan Bahasa Inggeris melalui aktiviti-aktiviti koekademik di sekolah. Aktiviti-aktiviti itu mampu menjana penguasaan berbahasa dengan baik. Aktiviti-aktiviti seperti Minggu Bahasa, Bacaan Pagi, dan pertandingan koakademik boleh dijadikan antara aktiviti yang berkesan. Pertandingan berbahas, bercerita, berpantun adalah antara aktiviti yang boleh dirancang dan dilaksanakan oleh guru di sekolah.

Guru perlu membimbing murid bagaimana mereka perlu menyertai setiap pertandingan di dalam aktiviti koakademik. Penglibatan murid perlulah menyeluruh dan boleh dilakukan dengan pertandingan di dalam kumpulan, kelas, antara kelas dan seterusnya peringkat sekolah. Semua murid digalakkan untuk sama-sama melihat persembahan atau pertandingan tersebut supaya mereka boleh mempelajari sedikit sebanyak ilmu walaupun hanya sebagai penonton sahaja.

Sebagai guru mahupun guru panitia, perlulah membantu merancang aktiviti-aktiviti luar bilik darjah yang mampu dijadikan sebagai satu aktiviti yang boleh memartabatkan Bahasa

CHAN YEE SAN[Type text]

Page 11

PERANAN GURU DALAM MBMMBI


Malaysia dan memperkukuhkan Bahasa Inggeris. Guru menjadi watak penting pelaksanaan MBMMBI ini berkesan dan menjadi satu realiti.

Akhir sekali guru juga berperanan sebagai penyebar maklumat pelaksanaan MBMMBI di kalangan masyarakat atau warga sekolah yang lain. Guru perlu memberi maklumat yang tepat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka. Guru juga bertindak sebagai penyebar maklumat kepada masyarakat sekelilingnya dasar-dasar kerajaan agar kreadibiliti profesion perguruan tidak dipertikai. Program-program sekolah seperti perjumpaan waris, Hari Sukan, Mesyuarat PIBG, papan kenyataan untuk menyebarkan maklumat dan aktivitaktiviti ilmiah juga boleh dijadikan satu pendekatan untuk menyebarkan maklumat tentang MBMMBI. Guru adalah insan yang paling disegani dan dipercayai oleh masyarakat dan menjadi tanggungjawab guru untuk membantu masyarat mengetahui maklumat tentang dasar tersebut.

Guru boleh juga mengalakkan ibubapa menjadi contoh kepada anak mereka dengan amalan membaca. Minat membaca di kalangan murid boleh dipupuk melalui amalan ibubapa mereka. Sikap membaca bahan bacaan mampu memartabatkan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Penguasaan bahasa murid juga akan bertambah baik selain mendapat pengetahuan melalui amalan membaca.

CHAN YEE SAN[Type text]

Page 12

PERANAN GURU DALAM MBMMBI


KESIMPULANNYA

Persekitaran Pembelajaran yang kondusif dan pemantauan daripada aspek kebersihan, keceriaan dan keselamatan di sekolah perlulah juga dipertingkatkan dari masa ke semasa bagi memastikan saiz kelas, serta keadaan fizikal bilik darjah dan sekolah lebih kondusif untuk P&P. MBMMBI tidak dapat dilaksanakan dengan jayanya jika guru memilih jalan dengan menganggap bahawa ia hanyalah satu dasar atau program semata-mata atas kertas sahaja.

Oleh itu menjadi satu tugas dan tanggungjawab yang besar kepada guru untuk melaksanakan setiap dasar Kementerian Pelajaran agar pendidikan itu berada di tahap yang paling tinggi dan dihormati.

CHAN YEE SAN[Type text]

Page 13

PERANAN GURU DALAM MBMMBI


RUJUKAN 1. Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman, Falsafah Pendidikan Dan Kurikulum, Quantum Books,2008 2. Academic Staff Development Center (ASDC), KUKTEM 2005, 31 Januari 2009 3 . C a r l H . R i n n e , Excellent Classroom Management , 1 9 9 7 , 4. W a d s w o r t h P u b l i s h i n g C o m p a n y, Belmont 5. Drs Slameto, Belajar dan Faktor-Faktor Yang Mempengaruhinya , Rineka Cipta, Jakarta, Januari1995 6. K a m a r u d i n H j . H u s i n & S i t i H a j a r H j . A b d u l A z i z , Pedagogi Asas Pendidikan , KayazanoEnterprise, 2004 7. Mok Soon Sang, Siri Pendidikan Perguruan Pendidikan Di Malaysia untuk Kursus Diploma Perguruan , Edisi ke-8, 2004, Kumpulan Budiman Sdn Bhd, Selangor 8. Surat Pekeliling Bilangan 12/2012 Pelaksanaan MBMMBI. BPSH,KPM 9. Portal KPM, Pelaksanaan MBMMBI dan Pemansuhan PPSMI.

CHAN YEE SAN[Type text]

Page 14

You might also like