P. 1
Isu -Isu Pendidikan Di Malaysia

Isu -Isu Pendidikan Di Malaysia

|Views: 1,176|Likes:
Published by Amin Asyraf

More info:

Published by: Amin Asyraf on Mar 21, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/23/2013

pdf

text

original

FFECTIVE LEARNING

Better definition of affect and related terms like emotion, motivation, caring, and so forth. Modern research of the last century, when Charles Darwin (1965) and William James (1992) devoted seminal works to describing emotion, anchoring its description in measurable bodily change and expressions. In the last century many cognitive scientists and psychologists have advanced theories and definition of emotion, motivation and other affective phenomena, nearly are hundred definition of emotion had been categorized as of 1981, when Don Norman (1981) wrote his now classic essay naming emotion is one of the twelve major challenges for cognitive science. An assumption unusual in psychology today is that the subjective human being has an important value which is basic, that no matter how he may be labeled and evaluated he is a human person first of all and most deeply. There was are reaction against ‘scientific’ reduction, people being treated as object and rationalism. Instead the affective and subjective world was to be reaffirmed. Personal freedom, choice, motivation and feelings had to have their place. Affective learning is a part of humanistic psychology (Carl Rogers, 1962). Affective Learning is in many ways a highly personal effort for each participant, the result is often a greater sense of belonging in relationship with other. As learner, we may reflect personally, but we validate our reflections socially, thereby creating lasting meaning. Cochrane (1981), demonstrate this principle in a study about the meaning derived from personal withdrawal experiences. Taylor (1998), concluded its in and through the disclosure one’s self to another than meaning develops and is enhanced. As Taylor indicates, if Cochrane’s conclusion are true, the transformation learning process does not lead to autonomy, but rather a deeper sense of connectedness to one another and to society. Affective Learning reaches the emotional and belief system aspects of those who facilitate and participate in it. As an area of study, affective learning has been defined both by the types of educational objectives required in planning educational experiences, and through conceptual models show the range of impact possible. Practitioners attempt to reach the affective domain when they write objectives which highlight a feeling tone, an emotion or a degree of acceptance or rejection, expressed as interests attitudes, appreciations, values and emotional sets or biases (Krathwohl et. al. 1964). These types of objectives are typically oriented toward participant feelings and they are often difficult to measure in proven terms. However, many teachers seem to possess an intuitive sense that these types of

results are important, we simply want our students to appreciate what they are learning or feel good about themselves while in our classrooms. In fact, teachers know through their own empirical practice that learning occur more often and to greater degree, when participants are involved emotionally and research in neuron-biology supports this connection (Davidson & Cacioppon, 1992). Without the emotive stimuli in the affective dimension, learners become bored, and may abdicate from sustained learning activities. Recognizing that a definition based only on non-measurable educational objectives resulted in a “meaningless” contribution to the field of learning theorists have expanded the consideration of affective learning to include conceptual models of this approach. One of the first of these models Krathwohl et.al. (1967). This model propose a complex, multi-dimensional range which works its way from a simple awareness of a value to a highly integrated internalization of value systems or in Kelman (1958) terms form compliance to identification and internalization. Next to this general range the model propose a complimentary range of participant emotional involvement progressing from neutrality through mild emotion to strong emotion. Finally, as the range climbs to higher levels, the participant transitions from lack of consciousness of the value to conscious awareness to an unconscious incorporation into one life and actions. Teachers see this model in action when during their teaching they see the ‘light bulb’ illuminate over their previously apathetic learning head. When that occurs he/she has moved a step further along the affective learning range.

com . teori rekabentuk pengajaran. fokus utama di dalam kertas kerja ini adalah melihat dan memberi pandangan berkaitan penggunaan serta kerelevanan multimedia di dalam bidang pendidikan. P/S: untuk mendapatkan maklumat lanjut. Multimedia memainkan peranan yang penting dalam pendidikan. teori pembelajaran. Penerapan teori-terori dapat memastikan mutimedia yang dibangunkan dapat diterima dan digunakan dengan berkesan terutamanya di dalam pendidikan. Ini kerana aspek-aspek seperti reka bentuk grafik. teori penilaian dan sebagainya. tetapi dalam pembelajaran di peringkat tertinggi juga amat praktikal digunakan semasa proses pembelajaran dan pengajaran. oleh itu pereka yang terlibat dalam merekabentuk sistem multimedia hendaklah menerapkan teori-teori yang releven seperti teori pembangunan multimedia.PANDANGAN TERHADAP PERANAN DAN KERELEVANAN TEORI-TEORI YANG DIGUNAKAN DALAM PEMBANGUNAN MULTIMEDIA DALAM PENDIDIKAN ABSTRAK Penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran bukan hanya tertakluk kepada pelajar sekolah menengah sahaja. Oleh itu. kemahiran yang tinggi juga diperlukan bagi menggabungkan pelbagai media tersebut di dalam satu produk multimedia terutamanya di dalam bidang pendidikan. ini kerana penggunaan multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran memudahkan dan menarik. Sehubungan itu. pemilihan warna yang sesuai perlu diambil kira dalam membangunkan sesebuah produk multimedia agar proses penggajaran dan pembelajaran berjalan dengan berkesan. Bagi memastikan tahap keberkesanan multimedia yang dibangunkan. pemilihan audio. sila email kan padamohdhasril@gmail. teori penyebaran inovasi. Ulasan akan dibuat berdasarkan kepada beberapa jurnal dan prosiding penyelidikan yang berkaitan dengan pembangunan multimedia yang telah dipilih. cara mempersembahkan animasi.

reflektif dan penyelesaian masalah. penggunaan ICT terutamanya dalam pembelajaran web merupakan satu proses pengajaaran dan pembelajaran yang boleh dikatakan berkesan serta mendapat sambutan yang positif oleh guru dan pelajar dalam mencapai objektif pembelajaran.PENILAIAN PENGGUNAAN SISTEM PENGURUSAN Guru yang professional perlu memiliki pelbagai pengetahuan dan kemahiran yang menentukan kejayaan mereka dalam melaksanakan tugas yang telah dipertanggungjawabkan. Salah satu kaedah pembelajaran yang akan dibincangkan di dalam tugasan ini adalah pembelajaraan berasaskan web. Pendidikan alaf baru menyaksikan perkembangan teknologi pendidikan berkembang dengan begitu pantas. Pusat sumber Pendidikan Negeri ataupun Pusat Kegiatan Guru. Pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki meningkatkan keyakinan diri guru dalam menterjemahkan kehendak dasar. Pengetahuan dan kemahiran yang mesti diketahui meliputi pelbagai. kebanyakan guru-guru telah didedahkan dengan kemahiran menggunakan ICT melalui pelbagai kursus yang dianjurkan samaada oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri. keadaan dan dapatan yang berlainan. kurikulum dan pelajar. Matlamat utama pendedahan ini bagi memastikan guru-guru mahir dalam menggunakan ICT seterusnya menggunakan bahan-bahan pengajaran berbentuk ICT yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Tidak dinafikan. Apa yang diperlukan oleh pengamal bidang pendidikan adalah bahan pengajaran yang efektif. sejak dasar PPSMI diimplimentasikan di sekolah-sekolah pada tahun 2003. utilisasi dan pengurusan bahan pengajaran berdasarkan kaedah. pembinaan. Bidang Teknologi Pengajaran adalah satu bidang pengajaran yang preskiptif dan melihat kepada proses rekabentuk. 1983). efisyen dan menarik (Reigeluth. . Apa yang yang dapat kita lihat disini. implementasi.

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). . kaedah pembelajaran berasaskan web ini wajar dinilai untuk melihat pandagan dan perspektif pelajar dalam penggunaan kaedah ini. Setelah web dibangunkan. Isi kandungan artikel ini merupakan satu laporan yang disediakan untuk Konvensyen Teknologi Pendidikan Ke-9. berkaitan dengan maklumat yang terkandung di dalam artikel tersebut. Setelah kita melihat secara umumnya berkaitan dengan dengan artikel ini. Di dalamnya juga. Artikel yang hendak diulas ini berkaitan dengan Penilaian Penggunaan Sistem Pengurusan Pembelajaran Berasaskan Web yang di tulis oleh Abdul Latif Haji Gapor & Mohamed Syaharani Ramli daripada Fakulti Sains Kognitif Dan Pembangunan Manusia. Di samping itu juga maklumat yang terdapat didalam artikel ini juga boleh digunakan bagi membimbing tenaga pengajar dalam menyediakan bahan bantu mengajar atau kaedah untuk sesuatu pembelajaran dengan lebih berkesan dan afektif. Pembelajaran berasaskan web merupakan salah satu konsep yang telah ditekan di dalam laporan ini bagi membantu tenaga pengajar dalam mencapai objektif pengajaran. Secara umumnya. apa yang dapat saya rangkumkan secara ringka. guru hendaklah berkemahiran dan berpengetahuan luas dalam dalam bidang ICT. Perkara yang dinilai secara khususnya. adalah berkaitan dengan penilaian dan penambahbaikan setelah program MyGuru diuji kepada pelajar. supaya guru dapat menggunakan kemahiran yang ada secara maksimum dalam menentukan kejayaan pendidikan Negara. melibatkan keupayaan sistem dalam melancarkan penggunaan web tersebut. terdapat beberapa elemen dan pendekatan yang telah di titik beratkan dalam menjana serta memastikan proses pembelajaran dan pengajaran berjalan dengan bersistematik berbanding dengan kaedah tradisional. Persoalannya di sini adakah proses reka bentuk pengajaran web ini berkesaan secara maksimum?adakah kumpulan sasaran berpuashati dengan kaedah ini?adakah isi kandungan releven dan mudah dicapai?. penyediaan dan penekanan atau tumpuan yang harus diberi perhatian oleh tenaga pengajar sebelum merekabentuk bahan bantu mengajar atau kaedah pembelajaran yang lebih afektif dan berkesan dari semua aspek supaya pelajar dan guru dapat mengakses web dengan lancar. Perubahan baru paling ketara adalah mewujudkan persekitaran pembelajaran yang mengintegrasikan kaedah bersemuka di antara pensyarah dengan pelajar melalui kaedah dalam talian. Artikel yang hendak di ulas ini berkaitan dengan Penilaian Penggunaan Sistem Pengurusan Pembelajaran Berasaskan Web.Disamping itu juga. laporan ini menyentuh berkaitan dengan pengalaman pelajar dalam menggunakan system pengurusan pembelajaran berasaskan web yang dikenali sebagai MyGuru.

Di dalam kajian ini. Model Stake. Di dalam program web MyGuru ini. seharusnya pengkaji menerangkan kesan penggunaan Teori Kesediaan Media dengan lebih teratur. Baharuddin Aris et.. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Faktor pendedahan seperti latihan amat diperlukan sebagai penyumbang kepada pengetahuan dan kemahiran pedagogi. Penggunaaan media instruksional di kalangan guru dapat ditingkatkan sekiranya kemudahan disediakan. Pengkaji juga hendaklah mengambil kira aspek penyediaan bahan / alat pengukuran di dalam borang soal selidik. El Tigi dan Branch (1997) dan Brown (1997). supaya ianya dapat menjawab persoalan kajian dengan lebih berkesan. . 2000). Artikel yang ditulis adalah berkaitan dengan Penilaian Penggunaan Sistem Pengurusan Pembelajaran Berasaskan Web. proses perjalanan kajian akan menjadi lebih teratur dan bersistematik. Reeves dan Reeves (1997). terdapat beberapa model-model atau teori yang berkaitan dengan pembangunan media. Apa yang perlu di diberi perhatian dalam kajian ini adalah aspek penilaian di mana pengkaji boleh menerapkan model-model penilaian dalam sistem pengajaran seperti Model Tyler. Model Scriven dan sebagainya. pembaca dapat melihat dengan jelas kegunaan atau aplikasi teori tersebut di dalam program web MyGuru. Bagi menghasilkan suasana pembelajaran yang berkesan. Latihan mengintegrasikan media dengan kaedah menjadi keperluan tenaga pengajar dalam usaha meningkat mutu pengajaran dan pembelajaran. Terdapat beberapa jenis model pembelajaran yang dicadangkan oleh beberapa orang penyelidik seperti Duchastel (1997). Ini secara tidak langsung data yang diperolehi lebih effektif dan terperinci berkaitan dengan kajian yang dijalankan. terperinci dan memberi contoh. al.Dalam membentuk program laman web seperti MyGuru ini. Sejajar dengan Teori Kesediaan Media. Teori Kesediaan Media digunakan untuk menunjukkan terdapat perkaitan di antara kesediaan media dengan penggunaannya dan nilai pembelajaran pelajar. maka penyediaan pihak pengurusan UPSI dengan sistem pembelajaran berasaskan web atau MyGuru yang dijangka mendapat sambutan positif dalam usaha memajukan pedagogi pengajian peringkat universiti. ramai penyelidik telah mencadangkan model pembelajaran melalui web. Ini supaya. Dengan menggunakan model-model tersebut sebagai asas panduan semasa menjalankan proses penilaian web MyGuru. Di dalam kajian yang telah dijalankan oleh Abdul Latif Haji Gapor & Mohamed Syaharani Ramli daripada Fakulti Sains Kognitif Dan Pembangunan Manusia. (di dalam : Dr. Model Stufflebeam.

ISU-ISU OKU & PENDIDIKAN KHAS Memang tidak dapat dinafikan bahawa ada usaha daripada syarikat yang menyediakan kemudahan kenderaan awam dalam memastikan perkhidmatan mereka mesra OKU. Hakikatnya ketika artikel ini ditulis. namun berapa ramaikah antara mereka? Kadang-kadang masalah yang timbul bukan disebabkan nilai perikemanusiaan mereka. kenderaan awam yang amat diperlukan oleh OKU ialah kenderaan awam yang dapat menghantar mereka ‘dari pintu ke pintu’. Jika diselidik. Malangnya teksi di negara kita bukanlah yang jenis mesra OKU. Terdapat kenderaan bas yang melebelkan stiker kerusi roda untuk menunjukkan bas mereka mesra OKU. tetapi pahat masih berbunyi’. pelaksanaannya belum sempurna. Pada pendapat saya: tanyalah pengguna kerusi roda cara terbaik untuk mereka boleh menggunakan bas tersebut sebelum melaksanakannya. Projek tersebut bak kata pepatah ‘rumah sudah siap. Walaupun terdapat segelintir pemandu teksi yang amat bermurah hati mengambil pelanggan yang berkerusi roda. . Bagaimanapun. hanya perlaksanaannya perlu dikaji. Saya tidak ingin memanjangkan komen di sini. lebel stiker itu hanya sekadar hiasan. usaha dan niat murni syarikat bas tersebut boleh dipuji. bagi persatuan-persatuan OKU yang terlibat dalam usaha menyempurnakannya sahaja yang faham. iaitu perkhidmatan teksi.

3.Ruang bonet kereta yang terhad disebabkan balang gas. Berikut adalah penerangan terhadap masalah-masalah tersebut: 1. Kita sedia maklum bahawa kereta teksi di sekitar Lembah Klang kebanyakannya menggunakan kuasa NGV. kononnya untuk kelesaan penumpang. bukan hanya menitikberatkan keuntungan semata-mata.Sikap pemandu teksi yang merasakan penumpang kerusi roda amat leceh dan melambatkan.Sikap pemandu yang merasakan penumpang kerusi roda amat merumitkan. pemandu teksi merasakan penumpang tersebut hanya mendatangkan masalah kepada mereka. Setiap kali apabila terlihat OKU berkerusi roda dalam kegiatan di tempat-tempat awam. 2. Keretakereta mewah telah pun dijadikan teksi dengan hanya tambahan tambang yang tidak begitu tinggi. Namun adakah jenis teksi yang boleh mengambil penumpang berkerusi roda? Sekiranya kita bandingkan antara pelaburan untuk membeli kereta mewah sebagai teksi eksekutif berbanding dengan kereta yang boleh dimasuki kerusi roda (wheelchair accessible taxi). tandas. OKU kerusi roda memang memerlukan orang lain untuk memasukkan kerusi roda mereka di bonet kereta selepas mereka memasuki kereta. contohnya tempat letak kereta untuk OKU. Pihak pengusaha juga perlulah melihat bahawa perkhidmatan kenderaan awam mereka sebagai satu tanggungjawab sosial. Jangan usaha-usaha tersebut hanyalah untuk mendapat publisiti atau kepentingan peribadi. Ahli masyarakat pula perlulah memahami keperluan OKU untuk keluar bermasyarakat.tetapi disebabkan jenis kereta teksi mereka yang tidak dapat mengambil penumpang yang berkerusi roda. Mungkin kebanyakan pemandu teksi mengejaar masa kerana bagi mereka makin cepat tindakan mereka maka makin ramailah penumbang yang dapat diangkut pada hari tersebut. Kita telah lihat betapa hebatnya projek meningkat taraf perkhidmatan teksi di negara kita. Usaha menjadikan negara kita berimej sebuah negara perihatin dan penyayang haruslah dipertingkatkan. . Maka disebabkan balang gas NGV yang mengambil sebahagian ruang bonet. yang mana memperlihatkan imej pengusaha yang lebih perihatin? Keperihatinan sesebuah negara terhadap pelaksanaan kebajikan rakyatnya juga menjadi kayu pengukur tahap tamadun dan kematangannya dalam isu kebajikan rakyat. Namun. tiada ruang untuk memasukkan kerusi roda. dan lain-lain. saya terlihat betapa cabaran mereka dalam menempuhi hidup ini berbanding kita yang bebas bergerak. Apabila terlihat prasarana pembangunan di sesuatu tempat yang bersifat mesra OKU. Jangan salah guna kemudahan yang disediakan khas untuk mereka sebagai kemudahan diri sendiri.

Ini juga termasuk menyediakan kemudahan lain seperti pusat pemeriksaan berasingan.terlintas di fikiran ini betapa bagusnya jika kita semua sama-sama dapat menikmati limpahan pembangunan negara yang tercinta ini. senjata dan seumpama. masalah utama golongan OKU mendapat pendidikan ialah persekitaran yang kurang membantu. Menurut Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan. Jabatan Pendidikan Khas (JPK). Bagaimanapun. dan kekurangan tenaga dan pakar secara tidak langsung turut menyumbang ke arah ketidakselesaan murid OKU. semoga Malaysiaku Mesra OKU. Teknologi pada asasnya merangkumi pelbagai aspek iaitu yang pertama Teknologi sebagai Objek yang terdiri daripada mesin-mesin elektronik dan alat-alat.al (1995). Kementerian Pelajaran. di bawah kementerian mempunyai program pendidikan khas yang secara tidak langsung dapat membantu golongan ini mendapat pelajaran. Siti Zaharah Mat Akib (2004). (Siti Zaharah Mat Akib. Seterusnya Teknologi sebagai Aktiviti. Di negara ini kanak-kanak OKU amat bertuah kerana Jabatan Pendidikan Khas. meningkatkan lagi kemahiran yang ada ke tahap yang lebih baik dan berkualiti serta digunakan sebagai persidangan untuk forum-forum yang . Ini termasuklah memperluaskan program ke luar bandar. Kemudian kita beralih kepada Teknologi sebagai Pengetahuan iaitu bagaimana teknologi inovasi ini dapat menyampaikan maklumat menerusi internet dan mudah didapati kepada mereka yang memerlukan kepadanya. 2004) ERGONOMIK DALAM TEKNOLOGI PENDIDIKAN Menurut Henry Ellington et. selain tambahan masa. alatan khusus seperti komputer. Strategi pengajaran yang khusus diperlukan bagi seseorang yang berbeza kerana tiada seorang murid berkeperluan khas serupa dari aspek keperluan pendidikan. pendemokrasian pendidikan iaitu pendidikan untuk semua dan mewajibkan pendidikan. iaitu manusia menggunakan teknologi untuk melakukan kerja dengan lebih teratur dan kemas. bagi mengatasi masalah ini dari masa ke semasa kementerian terus merancang strategi demi meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan pendidikan khas. penterjemah. alat-alat ini sebenarnya melibatkan penggunaan tenaga manusia bersama mesin-mesin untuk menghasilkan sesuatu bahan.

saya telah memilih foktor ergonomik dalam aspek perkomputeran yang berkaitan dengan isu kepenggunaan dan rekabentuk perkakasan.Efisyen samada dari segi masa mahupun sumber dan ekonomikal pada kos yang minimum.membincangkan seseuatu hal melibatkan pihak-pihak yang jauh dan sukar ditemukan pada suatu tempat tetapi mampu menghasilkan penghasilan gerak kerja yang berkualiti. 1999). . intelektual dan sosialnya telah mengilhamkan kerajaan untuk mewujudkan sekolah bestari yang lengkap dengan teknologi terkini hasil aplikasi perdana koridor raya multimedia bagi memperbaiki sistem pendidikan yang sedia ada agar dapat melahirkan masyarakat yang berdaya maju dan produktif dalam menghadapi cabaran alaf baru (Ee Ah Meng. Kemudian Teknologi juga sebagai Proses iaitu menjadi satu daya keperluan dan kemudiannya diakhirinya dengan penyelesaian. Sumbangan ergonomik tertumpu dalam aspek mereka bentuk peralatan atau perkakasan yang diguna pakai berbeza mengikut tujuan. Ia sebenarnya adalah hasil dari guru yang ‘transform’ diri mereka bukan dari segi zahir tetapi mental untuk merubah sesuatu keadaan yang sebelumnya amat berbeza dengan situasi tersebut namun akhirnya dapat diatasi apabila guru berjaya merubah gaya penyampaian yang sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam dan luar sekolah kepada para pelajar (Hishammuddin Tun Hussein. penyesuaian kepada perubahan persekitaran di tempat mengajar adalh titik tolak kejayaan untuk mendidik pelajar dengan lebih berkesan. justeru itu. rohani. Kriteria yang baik dalam bidang ergonomik ini adalah dapat membantu pembangunan sistem dari segi: (http://kudeed. Pada sudut yang lain pula. Dalam pendidikan ia mengambil kira dan menitik beratkan pandangan.tblog. emosi. fungsi dan keadaan.Boleh berfungsi dengan betul dan lengkap menjadi harapan semua pengguna. Ergonomik di dalam istilah penyelidikan merangkum merekabentuk program.com) 1. Falsafah pendidikan yang menekankan perkembangan potensi individu dari segi JERIS iaitu jasmani. 2. sistem dan perkakasan yang mudah digunakan di dalam mencapai tujuan dan konteksnya.keselesaan dan perasaan pengguna komputer. Bagi memastikan terdapat hubungkait di antara teknologi (rekabentuk perkakasan komputer) dan ergonomik. Ergonomik juga merupakan bidang kajian berkaitan hubungan manusia dengan persekitaran kerjanya. 2005). Teknologi bertindak sebagai Sistem Manusia (Sosiatechnical) iaitu gabungan objek lain dengan manusia contohnya pembelajaran jarak jauh (PJJ) menerusi internet dengan lebih mudah dan menjimatkan.

Boleh diguna semula serta rekabentuk sistem yang mengambilkira konsep kelas dan perwarisan akan menghasilkan komponen guna semula oleh lain-lain sistem. .3. Technology and Accessibility. isi kandungan artikel ini merupakan satu laporan yang disediakan untuk ED-MEDIA 2002 World Conference of Education. Hypermedia.Mudahalih adalah sistem yang boleh ditingkatkan mengikut peredaran teknologi serta perubahan yang berlaku. Telecommunication Proceeding yang telah diadakan di Denver. 4.Kebolehpercayaan dan terjamin dari segi semua perkakasan atau perisian berfungsi sepertimana yang sepatutnya. Multimedia. 6.. UNIVERSAL DESIGN OF LEARNING Artikel yang bertajuk Universal Design of Learning : Curriculum. Colorado pada 24-29 Jun 2002. 5. yang di tulis oleh Erlandson Robert F.Keselamatan daripada pencerobohan oleh pengguna luar dan dalam yang tidak sah.

Penggunaan ABBM dalam melaksanakan proses P&P menjadi satu kemestian dalam meningkatkan mutu pencapaian sesuatu bidang pembelajaran. flexibility and stability / predictability. Penggunaan ABBM pada masa kini banyak membantu guru dalam menyampaikan isi kandungan pelajaran mereka. cognitive soundness. cognitive soundness. Utilize Design of Learning (UDL). ergonomic soundness. berkaitan dengan maklumat yang terkandung di dalam artikel tersebut. Penggunaan Alat Bahan Bantu Mengajar (ABBM) secara terancang dan teratur akan menjadikan pengajaran lebih bermakna dan mendatangkan kesan positif di dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P). Elemen-elemen yang di diambil kira di dalam UDL adalah seperti environmental supports. ergonomic soundness. flexibility and stability / predictability. dan task requirements. penekanan diberikan kepada pengalam pelajar dan tenaga pengajar dalam menggunakan alat bantu mengajar. apa yang dapat saya rangkumkan secara ringkas. merupakan salah satu konsep yang telah ditekan di dalam laporan ini bagi membantu tenaga pengajar dalam mencapai objektif pengajaran. perceptibility. laporan ini menyentuh berkaitan dengan kaedah dalam pembelajaran dengan lebih berkesan. Di mana. . Oleh itu di dalam proses penyampaian sesuatu pengajaran. adalah berkaitan dengan proses penyediaan dan penekanan atau tumpuan yang harus diberi perhatian oleh tenaga pengajar sebelum merekabentuk bahan bantu mengajar atau kaedah pembelajaran yang lebih afektif dan berkesan dari semua aspek yang dinyatakan dalam UDL. terdapat beberapa elemen dan pendekatan yang telah di titik beratkan dalam menjana serta memastikan proses pembelajaran dan pengajaran berjalan dengan bersistematik dan lebih afektif berbanding dengan kaedah sebelumnya.Secara umumnya. perceptibility. penggunaan ABBM yang sesuai amatlah penting. Di dalam UDL ini juga. Di samping itu juga maklumat yang terdapat didalam artikel ini juga boleh digunakan bagi membimbing tenaga pengajar dalam menyediakan bahan bantu mengajar atau kaedah untuk sesuatu pembelajaran dengan lebih berkesan dan efektif. Prinsip dan keperluan asas yang terdapat di dalam UDL adalah menekankan perkara-perkara seperti berikut. Setelah kita melihat secara umumnya berkaitan dengan dengan artikel ini. works synergistically: equitability. error management. error management. prinsip asas ini di gunakan dalam merekabentuk bahan bantu mengajar atau kaedah pembelajaran. sebagai contoh di dalam makmal atau bengkel kejuruteraan. (1991) yang menyatakan pemilihan media pengajaran yang terancang dan sesuai akan menjadikan proses P&P lebih bermakna dan menghasilkan kesan yang lebih positif. Bagi artikel ini. Perkara ini juga disokong oleh Mok Song Sang. participants abilities. Apa yang ditekan dalam UDL juga berkaitan dengan penyedian alat bahan bantu mengajar yang lebih berkesan yang merangkumi aspek UDL itu sendiri seperti equitability.

model. powerpoint. penjimatan masa dan juga berlaku perubahan tingkah laku pelajar. Dengan penghasilan model pembelajaran dengan mengikut elemen yang terdapat di dalam ULD. Penggunaan ABBM seperti projektor lutsinar.Kecekapan guru dalam menggunakan ABBM akan memberi dorongan kepada guru mengekalkan minat pelajar untuk mengikuti perkembangan pelajaran. diharapkan guru dapat memenuhi pembelajaran pelajar dan juga memperkembangkan pengetahuan. video. Ini dapat dilihat dari segi kefahaman pelajar. OKU & IT . carta. gambar dan sebagainya sememangnya banyak membawa kesan baik kepada proses pendidikan jika dibandingkan dengan pengajaran konvensional yang lebih memberi penekanan terhadap penggunaan konsep ‘chalk and talk’ sahaja. modul. Penggunaan ABBM akan memberi banyak kelebihan kepada guru dalam proses P&P. pengalaman dan kendiri yang terdapat dalam diri mereka.

Perdana Menteri Malaysia ketika itu semasa merasmikan Persidangan Multimedia Asia pada 1hb Ogos 1996. Mahathir. kerajaan ingin menyeru golongan orang kurang upaya supaya melengkapkan diri dengan kemahiran komputer bagi membolehkan mereka bersaing dan menceburi segala bidang IT seperti tele-marketing. Kerajaan bangga golongan OKU di negara ini sentiasa berpandangan positif dan berkeyakinan bahawa hak dan kehidupan mereka boleh diubah sekiranya mereka berusaha dan diberi peluang memajukan diri mereka khusus dalam bidang pendidikan (Mahathir. kerajaan dapat memajukan negara dengan pesat. .Projek Koridor Raya Multimedia di mana ia telah diumumkan oleh Datuk Seri Dr. Semua pihak termasuk orang kurang upaya (OKU) turut terlibat dalam pembangunan negara termasuklah kemajuan dalam bidang teknologi maklumat. Pengumuman ini secara tidak langsung menunjukkan Malaysia sedang menuju ke arah dunia multimedia dan pada masa yang sama menyediakan diri dalam menghadapi zaman maklumat ini. e-dagang dan sebagainya (Siti Zaharah. Kelebihan anak tempatan dalam menguasai teknologi maklumat kini turut diiktiraf oleh syarikat multinasional seperti Intel Corporation di mana makmal mereka bentuk cip mikropemproses syarikat itu di Malaysia akan dikendali oleh anak tempatan. Antara salah satu isu yang perlu diberi perhatian serius ialah pendedahan orang kurang kurang upaya kepada teknologi maklumat dan komunikasi selaras dengan era teknologi maklumat . Teori modal manusia menyatakan pelaburan dalam pengajian dan latihan itu adalah penting bagi mencapai kemasyarakatan dan kemajuan ekonomi. kerajaan menggalakkan seluruh rakyat termasuk golongan orang kurang upaya beralih kepada teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk menentukan golongan orang kurang upaya tidak ketinggalan dalam era ICT. Oleh itu. yang menekankan betapa pentingnya penyertaan dan pembabitan mereka dalam semua aspek kehidupan. khususnya bagi golongan orang kurang upaya. 2001). bagi menyokong hasrat kerajaan salah satu usaha yang boleh dilakukan oleh rakyat Malaysia kini ialah memastikan Malaysia mampu menjadi sebuah negara maju menjelang 2020 dengan terlibat dalam pembangunan teknologi maklumat (IT) sesuai dengan tema ‘Keranamu Malaysia’. Populasi golongan kurang upaya mampu menjadi aset penting negara dan bukan satu liabiliti jika diberikan pendidikan dan peluang pekerjaan (Mustapha. Dalam hal ini. Sejak negara kita merdeka. 2004). 2001). Justeru itu. Terdapat ramai anak Malaysia yang telah memilih bidang teknologi maklumat dan kemudian menyumbang bakti dalam pembangunan bidang itu di negara ini (Mohd Ridzwan. 2002). Perjuangan masyarakat dunia untuk mewujudkan “Masyarakat Untuk Semua” yang berteraskan atau selari dengan hak asasi manusia.

Dengan itu. sama ada dari segi kos. inovasi yang dihasilkan tidak kekal lama (sustainability) dalam penyebaran dan penggunaan dalam pendidikan negara. Pelbagai teknologi baru muncul bagi memenuhi keperluan semasa.PANDANGAN TERHADAP ISU DAN CABARAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN DALAM PENDIDIKAN DI MALAYSIA ABSTRAK Teknologi memainkan peranan yang sangat penting serta seiring dalam perkembangan dan kemajuan dunia. Sehubungan dengan itu. . isu yang sering diperkatakan ialah. Selain itu. TV Pendidikan dan sebagainya). Inovasi yang baik juga dapat meringkaskan perkara yang agak kompleks dan seterusnya mudah dilaksanakan. Pengenalan beberapa teknologi yang baru ini merupakan satu inovasi (Sekolah Bestari. Berdasarkan kajian literatur yang telah dijalankan ke atas beberapa artikel. inovasi perlu mudah diterima orang sebagai sesuatu yang perlu dan bagus untuk diri sendiri dan organisasinya. Sesuatu inovasi yang diperkenalkan boleh dikatakan diterima dan dilaksanakan (adoption and diffusion) setelah lebih 84 peratus komuniti menerima dan mengamalkan inovasi itu (Yusuf Hashim. CDRI. berkenaan inovasi yang telah dibangunkan dalam memastikan kualiti pendidikan negara setanding dengan negara maju di dunia. PPSMI. kejayaan sesuatu inovasi banyak bergantung pada faktor penyebaran inovasi tersebut. Ledakan dan perkembangan teknologi telah membawa implikasi yang besar dalam kehidupan manusia. Menurut Rogers (1995). inovasi yang baik menghasilkan faedah yang lebih baik berbanding keadaan sebelumnya. 1998). termasuklah dalam bidang pendidikan. matlamat. Fokus utama perbincangan adalah kepada bidang pendidikan yang akan menyentuh beberapa aspek berkaitan inovasi yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran oleh para pendidik. dan sebagainya.

Sehubungan itu. sila email padamohdhasril@gmail. Melaka. Oleh itu. P/S: untuk mendapatkan maklumat lanjut. Oleh itu. serta mengamalkan inovasi itu.“TINJAUAN TERHADAP PENGGUNAAN SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH PERIDOT (SPS) DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH MENENGAH JENIS KEBANGSAAN PULAU SEBANG. secara keseluruhannya guru-guru dapat menggunaan sistem pengurusan sekolah (SPS) dalam pengurusan maklumat pelajar di sekolah dengan baik. hasil kajian yang telah diperolehi menunjukkan. Bagi memastikan tahap keberkesanan inovasi yang telah dibangunkan. fokus utama di dalam kertas kerja ini adalah melihat dan memberi pandangan berkaitan penggunaan dan keberkesanan Sistem Pengurusan Sekolah Peridot (SPS) atau School Peridot Managament System (SMS) di Sekolah Jenis Kebangsaan Pulau Sebang. tetapi ianya juga amat praktikal digunakan dalam menguruskan maklumat pelajar. Oleh itu. MELAKA ABSTRAK Penggunaan teknologi dalam pendidikan negara hendaklah seiring dengan falsafah pendidikan negara. penggunaan teknologi bukan sekadar hanya digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. para guru yang terlibat dalam menggunakan inovasi tesebut hendak menerima dengan positif. terutamanya di dalam menambahbaik sistem pendidikan.com . sesuatu inovasi yang diperkenalkan boleh dikatakan diterima dan dilaksanakan (adoption and diffusion) setelah lebih 84 peratus komuniti menerima. Menurut Yusuf Hashim (1998).

SEJAUH MANA KERELEVANAN TEORI PENYEBARAN INOVASI ROGERS? Sesuatu inovasi yang diperkenalkan boleh dikatakan diterima dan dilaksanakan (adoption and diffusion) setelah lebih 84 peratus komuniti menerima dan mengamalkan inovasi itu (Yusuf Hashim. terdapat empat teori utama yang berkaitan dengan penyebaran inovasi iaitu : Teori Proses Membuat Keputusan Inovasi (The Innovation-Decision Process Theory) Teori Kategori Penerimaan Inovasi (Individual Innovativeness Theory) Teori Peringkat Penerimaan Inovasi (Theory of Rate of Adoption) Teori Atribut Inovasi (Theory of Perceived Attributes) Teori Penyebaran Inovasi oleh Everett M. Sehubungan dengan itu. 1998). Masa dan Sistem Sosial. kejayaan sesuatu inovasi banyak bergantung pada faktor penyebaran inovasi tersebut. Penyebaran inovasi ialah suatu proses bagaimana inovasi diedarkan dan disebarkan melalui saluran komunikasi tertentu kepada ahli-ahli dalam suatu sistem sosial. Menurut Rogers (1995). kajian tentang penggunaan produk atau inovasi telah . Rogers (2003) menegaskan bahawa penerimaan sesuatu inovasi bergantung pada empat unsur iaitu Atribut/ciri inovasi. Perbincangan ini akan menyentuh beberapa aspek berkaitan teori penyebaran inovasi Rogers oleh beberapa orang penyelidik di seluruh dunia. Berdasarkan kajian literatur yang telah dijalankan ke atas beberapa artikel. Dalam hal ini. Fokus utama perbincangan adalah kepada bidang pendidikan. perbahasan berkenaan kerelevanan teori penyebaran inovasi Rogers akan kami bincangkan. ’Diffusion and Innovation’ sering digunakan sebagai rangka kerja penyelidikan oleh penyelidik di seluruh dunia. Rogers dalam bukunya. Menurut Sherry & Gibson dalam Ismail Sahin (2006). Saluran komunikasi. Teori penyebaran Inovasi yang akan dibincangkan dalam tugasan ini ialah Teori Penyebaran Rogers.

dijalankan lebih daripada 30 tahun dahulu. Dijangka lawan akibat-akibat tidak dijangka (anticipated versus unanticipated consequences). bagi melihat tahap keberkesanan berkaitan dengan kurikulum pendidikan pembelajaran jarak jauh yang telah di laksanakan di Taiwan National Open University (TNOU). 1973) dan Teori Penyebaran Inovasi (Rogers. mereka menggunakan Teori Rogers untuk melihat penglibatan unsur-unsur percubaan (triability) dan pemerhatian (observability) sebagai sebahagian daripada sokongan sosial (social support) bagi inovasi yang diperkenalkan. . dalam membentuk soalan kaji selidik yang terperinci. berkaitan dengan kerelevanan penerapan Teori Rogers daripada hasil kajian yang dijalankan oleh Shih & Zvacek (1991). Dalam kajian ini. Satu lagi kajian yang menggunakan teori penyebaran Rogers dijalankan oleh Isman Aytekin (2005) yang menjalankan kajian terhadap pendidikan jarak jauh di Utara Cyprus. Kedua-dua unsur ini merupakan kunci kepada aspek motivasi dalam penggunaan dan penyebaran teknologi. Teori Pembangunan Kurikulum (Tyler. Ismail Sahin dan Ann Thompson (2006) menggunakan kerangka Teori Penyebaran Inovasi Rogers bagi mengumpulkan data dan sebagai rangka kerja untuk menjalankan dan menganalisis kajian mereka terhadap penggunaan komputer di kalangan ahli atau tenaga pengajar di Fakulti Pendidikan di sebuah Universiti di Turki. Mereka menggunakan Teori Rogers iaitu terdapat tiga dimensi konsekuen yang perlu dianalisis iaitu : 1. saluran komunikasi. Beliau melihat ke empat-empat elemen tersebut sangat berpengaruh terhadap penerimaan dan implementasi pendidikan jarak jauh di Utara Cyprus. mereka telah memfokuskan terhadap kesan dan akibat (consequences) terhadap amalan penggunaan teknologi CMS ini. 2. Sesuai atau tidak sesuai (desirable versus undesirable consequences). masa dan sistem sosial. Secara langsung atau secara tidak langsung (direct versus indirect consequences). Dalam kajian ini. di mana mereka mengintegrasikan tiga teori utama iaitu.1983). Contoh lain yang jelas. Kilmon dan Fagan (2007) juga menggunakan Teori Penyebaran Rogers untuk melihat penggunaan Course Management Software (CMS) di kalangan pelajar fakulti kejururawatan bagi memahami dengan lebih mendalam tentang proses penerimaan teknologi. Kajian beliau mengambil kira empat elemen dalam penyebaran inovasi iaitu atribut inovasi. 3. 1949). Teori Sistem (Banathy. Kebanyakan penyelidikan ini telah menggunakan kerangka kerja ’framework’ teori penyebaran Inovasi Rogers dalam penyelidikan mereka.

tetapi ianya juga melibatkan proses penilaian terhadap sesuatu penyebaran inovasi. model dan inovasi yang boleh digunakan sehingga ke hari ini terutamanya dalam pendidikan . penyelidik mendapati faktor utama yang mempengaruhi tahap keberkesanan di dalam sistem pembelajaran jarak jauh ini adalah faktor persekitaran dan sosial. 1987).Hasil daripada kajian tersebut. Prabhu dan Lubinescus (2000). Theory of Involvement (A. jelas menunjukkan bahawa penerapan dan penggunaan Teori Rogers bukan sekadar dalam penyebaran inovasi. satu inovasi (modul portfolio) dapat dibagunkan. Di dalam skop yang sama. tetapi masih sesuai digabungkan dan diselaraskan dengan teori-teori yang lain dalam membentuk konsep. Oleh itu. Tinto. kegunaan Teori Rogers juga dapat membantu dalam proses membuat keputusan terutamanya di dalam pendidikan. 1985) dan The Innovation Decision Process Theory (E. Dengan ini. terutamanya kepada pelajar kejuruteraan. 1995). Rogers. di dalam kajian tersebut terdapat 3 teori yang telah di integrasikan bagi membina satu konsep asas yang akan digunakan oleh pelajar bidang elektronik dalam menghasilkan portfolio projek mereka dengan baik dan secara tidak langsung portfolio yang memenuhi keteria tertentu boleh digunakan sebagai bahan rujukan oleh guru atau bahagian yang berkaitan. Ianya disokong oleh kajian yang telah dijalankan oleh Terheggen. pelajar diminta untuk menyediakan portfolio projek. walaupun ianya telah dicipta pada masa yang agak lama.Astin. Kerelevanan Teori Proses Membuat Keputusan Inovasi (The Innovation Decision Process Theory) oleh Rogers adalah sangat membantu dan realistik. dengan menggunakan salah satu teori sokongan penyebaran Rogers iaitu Teori Proses Membuat Keputusan Inovasi (The Innovation Decision Process Theory). berkaitan dengan pembangunan model atau sesuatu elemen di dalam pembangunan kurikulum. Teori-teori yang telah di integrasikan di dalam kajian tersebut adalah seperti Student Integration Model Theory (V. ini secara tidak langsung peranan Teori Rogers menilai dan mengesan punca yang mempengaruhi tahap keberkesanan pembelajaran jarak jauh di TNOU. Di dalam silibus pembelajaran.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->