You are on page 1of 24

1.0 Pengenalan Kesihatan adalah antara aspek yang harus diberi keutamaan dalam kehidupan kita.

Maka Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga tidak tertinggal untuk mengambil berat mengenai kesihatan murid murid di Malaysia. Program Kesihatan Sekolah adalah antara program yang diwujudkan khas oleh KPM untuk melahirkan pelajar pelajar dan masyarakat sekolah yang sihat dan produktif. Salah satu komponen penting yang terdapat dalam Program Kesihatan Sekolah adalah Perkhidmatan Kesihatan. Tumpuan program ini lebih diberikan untuk menangani perubahan corak penyakit daripada penyakit berjangkit kepada tidak berjangkit. Program ini selain mencegah penyakit, ia juga mewujudkan kesedaran mengenai penjagaan kesihatan dalam diri pelajar. Antara perkhidmatan kesihatan yang diberikan kepada murid murid sekolah adalah rawatan penyakit-penyakit (cacing, kutu), rawatan kecemasan, kawalan penyakit yang berjangkit, penilaian kesihatan/pemeriksaan perubatan, ukuran berat badan dan tinggi, ujian awal penglihatan, taraf pertumbuhan, imunisasi (Tahun I VI), double antigen, B.C.G., Polio, Rubella, pemeriksaan kanak-kanak cacat, rancangan kesihatan pergigian dan lain lain lagi. Tugasan KKP saya adalah berkaitan dengan Program Rubella di sekolah maka kita hanya akan melihat maklumat maklumat terperinci mengenai Rubella, konsep dan matlamat Program Rubella, perlaksanaan Program Rubella, sejarah serta peranan komuniti dan ibu bapa dalam pelaksanaannya. 2.0 Apakah itu rubella? Rubella atau lebih dikenali sebagai German measles (ia tak sama dengan measles) merupakan jangkitan virus (togavirus). Ia merebak dengan cara titisan udara dari hidung dan tekak mereka yang mempunyai rubella ataupun, dikenali sebagai Congenital Rubella Syndrome. Rubella adalah penyakit ringan di kalangan kanak-kanak dan dewasa. Walau bagaimanapun, wanita yang tidak mendapat imunisasi terdedah dengan jangkitan rubella sewaktu mengandung boleh menyebabkan bayi yang dilahirkan cacat. Ini dikenali sebagai Congenital Rubella Syndrome. Rubella juga merupakan sejenis

penyakit yang disebabkan oleh sejenis virus biasanya dengan bintik-bintik ruam merah.

Gambar rajah 1.0 Sindrom rubella Ancaman virus Rubella yang paling menakutkan oleh virus Rubella ini ialah sekiranya ia menjangkiti wanita yang hamil dalam tempoh 12 minggu pertama atau tiga bulan. Ini disebabkan virus rubella boleh merentasi sistem pertahanan uri dan masuk ke dalam tubuh janin yang sedang membentuk menjadi bayi. Jangkitan virus rubella pada bayi dikenali sebagai sindrom konginetal Rubella. Sindrom konginetal rubella terutama pada peringkat awal kehamilan ini dianggap merbahaya kerana sifat janin mula membentuk. Sindrom konginetal rubella memberikan risiko kecacatan yang tinggi terhadap bayi dalam kandungan termasuk kecacatan seperti buta, katarak, hilang pendengaran, masalah jantung dan adakalanya terencat akal. Dianggarkan lebih 85 peratus bayi yang dijangkiti dalam tempoh tiga bulan pertama kehamilan terdedah dengan risiko yang berbahaya. Malah wanita hamil yang dijangkiti sindrom konginetal rubella pada akhir tempoh mengandung juga berhadapan dengan risiko bayi yang dilahirkan mempunyai perkembangan yang lambat bagi belajar berjalan atau melakukan aktiviti-aktiviti yang mudah. Rubella pada remaja dan orang dewasa dicirikan dengan pening kepala, sakit tekak, demam dan ruam kecil berwarna merah merupakan sejenis penyakit yang amat mudah berjangkit. Ia biasanya menjangkiti kulit dan kelenjar limfa.

2.1 Sistem pertahanan badan Sehingga kini, belum ada rawatan yang dapat menghindar atau membantu wanita yang mendapat jangkitan Rubella semasa hamil. Oleh itu, kaedah suntikan vaksin Suntikan vaksinasi vaksin digunakan ini dan kaedah sistem telah vaksinasi pertahanan mendapatkan yang sama dapat melindungi dengan perlu wanita dan bayi yang bakal dilahirkan daripada sindrom konginetal Rubella. merangsang Wanita yang tubuh menghasilkan hamil. Vaksin antibodi. diperbuat vaksinasi, atau

menunggu sehingga tiga bulan selepas vaksinasi sebelum merancang untuk daripada bakteria sebahagian daripada bakteria yang menyebabkan terjadinya penyakit tersebut. Bezanya bakteria yang terdapat dalam vaksin yang disuntik adalah bakteria yang telah mati atau dilemahkan. Justeru, bakteria ini tidak akan menyebabkan mereka

yang disuntik jatuh sakit. Sistem pertahanan tubuh akan bertindak balas pada vaksin yang disuntik ke dalam tubuh ibu yang menyebabkan terbentuknya antibodi. penyakit Antibodi tersebut akan melindungi seseorang tubuh wanita sekiranya janin itu anda dalam hamil, diserang dia oleh tidak termasuklah bayi atau kandungan.

Bagaimanapun

sekiranya

telahpun

digalakkan diberikan vaksinasi. Imunisasi ini tidak akan dilakukan terhadap wanita yang hamil. 2.2 Tanda tanda Rubella Tanda-tanda biasanya timbul di antara dua hingga tiga minggu selepas dijangkiti virus itu. Tanda-tanda itu biasanya akan berterusan untuk dua hingga tiga hari. Ruam merah jambu dan halus yang bermula pada muka dan merebak ke arah badan. Kemudian bahagian tangan dan kaki sebelum hilang dalam turutan yang sama. Untuk orang dewasa atau kanak-kanak yang terkena rubella, tanda-tanda dan gejalanya adalah ruam dan demam ringan selama 2 hingga 3 hari (38C dan kurang), sakit kepala, lemah lesu, batuk, sakit tekak, kelenjar bengkak biasanya di leher atau berhampiran telinga dan ruam-ruam merah di badan. Ruam bermula di muka, dan demam menurun. Gejala beransur hilang apabila muncul ruam. Ruam hilang selepas lima hari

dan meninggalkan parut. Kadangkala jangkitan ini tidak disedari oleh pesakit atau ibu-bapa.

Gambar rajah 2.0 Ruam merah jambu di badan Oleh kerana ia merupakan jangkitan virus, ia tidak boleh dirawat menggunakan antibiotik. Kebiasaan untuk jangkitan virus, ia akan hilang selama seminggu sehingga 10 hari. Kanak-kanak yang terlibat dengan gejala ini perlu diasingkan di rumah. Bayi yang terkena Congenital Rubella Syndrome boleh mengalami masalah kecacatan mental, masalah jantung, pekak, katarak (menyebabkan buta) jantung berlubang terencat tumbesaran atau akal dan masalah organ yang lain seperti hati dan kura (spleen). 2.3 Langkah langkah pencegahan penyakit

Gambar rajah 3.0 Ruam di muka Antara langkah langkah yang boleh diambil bagi mencegah penyakit rubella adalah:2.3.1 Ujian darah Untuk menghindar daripada penyakit Rubella, seseorang itu boleh menjalani ujian darah bagi mengenal pasti sama ada terdapat antibodi terhadap Rubella di

dalam darah mereka. Jika tidak mereka boleh mengambil antibodi mengikut nasihat doktornya. 2.3.2 Ujian Imuniti Wanita yang merancang untuk hamil dinasihatkan menjalani ujian imuniti terhadap Rubella sebelum mereka hamil. Vaksinasi dapat melindungi wanita dan bayi yang bakal dilahirkan daripada sindrom konginetal Rubella. Imunisasi ini tidak akan dilakukan terhadap wanita yang hamil. Bagaimanapun, doktor tidak akan menggugurkan kandungan sekiranya wanita terbabit tidak menyedari bahawa mereka hamil ketika mendapat suntikan imunasi. 2.4 Rekod serangan penyakit rubella Penyakit Rubella ditakuti kerana rekod serangannya yang menakutkan. Ketika wabak Rubella merebak di Amerika Syarikat pada tahun 1967-1965, lebih 20,000 bayi telah dilahirkan cacat. Wabak Rubella juga dikatakan menyebabkan sekurang-kurangnya 10,000 kes keguguran dan bayi yang lahir mati sejurus dilahirkan. Dianggarkan 25 peratus bayi yang mendapat jangkitan Rubella pada tiga bulan pertama usia kandungan dilahirkan dengan satu jenis atau lebih kecacatan. Ibu-ibu yang mendapat jangkitan Rubella selepas trimester yang kedua, risiko mendapat sindrom konginetal Rubella boleh menyebabkan masalah lain seperti: a) Lahir tidak cukup bulan b) Berat badan yang kurang c) Masalah makan d) Cirit-birit e) Jangkitan kuman dalam paru-paru f) Anemia g) Radang paru-paru h) Mudah mengalami pendarahan

i)

Bintik-bintik merah ungu pada muka dan tubu Pembengkakan hati dan limpa

j)

2.5 Bila imunisasi untuk rubella perlu diambil? Di Malaysia, imunisasi untuk Rubella menggunakan MMR atau Measles, Mumps dan Rubella di dalam satu vaksin. Kanak-kanak diberi vaksin MMR pada umur 12 bulan hingga 18 bulan dan kali kedua pada umur 11-12 tahun. Perlindungan adalah sepanjang hayat. Sebanyak dua dos imunisasi MMR diberikan iaitu dos pertama ketika kanak-kanak berusia setahun, manakala dos tambahan semasa mereka berada di tahun satu persekolahan rendah. Menurut Pensyarah Pediatrik Klinikal, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Azam Mohd. Nor, Usia 12 bulan dipilih kerana jika diberikan terlalu awal, vaksin mungkin tidak dapat bertindak balas dengan berkesan kerana bayi masih membawa kekebalan si ibu semasa hamil. Kerana itu, penyusuan ibu sangat digalakkan bagi memanjangkan lagi tahap dan tempoh daya tahan kanak-kanak. Ibu bapa yang tidak menyuntik MMR semasa bayi berusia 12 bulan hanya mendedahkan pada kanak-kanak paha itu atau kepada lengan. ancaman Ia beberapa penyakit yang kesan lebih besar pada masa akan datang. Suntikan imunisasi MMR diberikan sama ada bahagian akan meninggalkan sampingan yang ringan seperti sakit dan bengkak pada bahagian yang dicucuk, mengantuk, demam, ruam dan bengkak kelenjar air liur di leher. Pensyarah Pediatrik Klinikal, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Azam Mohd. Nor menjawab soalan sama ada individu yang mendapat suntikan MMR masih boleh dijangkiti atau tidak dengan menjelaskan bahawa dianggarkan dua hingga empat peratus vaksin tidak berkesan. Sebenarnya ada banyak sebab kenapa ia berlaku seperti cara

penyimpanannya yang tidak sesuai, pemberian vaksin yang terlalu awal kepada bayi

berusia kurang 9 bulan di mana vaksin tidak bertindak secara baik dan kekebalan tidak sempurna. Untuk ibu-ibu yang ingin mengandung boleh menghindar penyakit ini daripada terkena bayi dan mengelakkan Congenital Rubella Syndrome. Walaubagaimanapun, wanita yang ingin mengandung dinasihatkan untuk tidak mengandung selepas tiga bulan menerima vaksin ini. Ini adalah kerana kesan vaksin ini terhadap kandungan masih lagi tidak dapat diketahui. Kemusykilan mengenai immunisasi yang diambil lebih dari satu imunisasi yang berlainan adalah SELAMAT untuk diberikan dalam satu masa. Ia boleh diberi di tempat yang berlainan seperti di kedua-dua peha atau lengan. 2.6 Kepentingan imunisasi MMR kepada kanak kanak Imunisasi adalah satu cara yang paling berkesan dalam mengawal penyakitpenyakit berjangkit seperti difteria, pertussis (batuk kokol), tetanus (kancing gigi), polio, tibi, hepatitis B, measles, mumps, rubella dan jangkitan meningitis Haemophilus vaksin. 2.6.1 Mengelakkan diri daripada penyakit berjangkit Imunisasi memberi faedah kesihatan kepada kanak-kanak kerana dapat mengelakkan daripada dijangkiti pelbagai penyakit berjangkit yang serius yang boleh mengakibatkan kecacatan dan kematian. Kebanyakan penyakit berjangkit ini tidak mempunyai rawatan khusus dan boleh mengakibatkan kesan sampingan dan komplikasi yang teruk dan kekal. Seperti kata pepatah "Mencegah adalah lebih baik daripada merawat". Imunisasi juga dapat mengelakkan kesengsaraan yang dialami oleh kanak-kanak itu dan juga ahli keluarga. Imunisasi dapat mengelak daripada berlakunya kejadian epidemik dan wabak penyakit berjangkit. 2.6.2 Membasmi penyakit Imunisasi juga dapat mengurangkan atau membasmi sesetengah penyakit seperti polio, neonatal tetanus dan difteria. Imunisasi merupakan satu-satunya
7

influenzae

type

b.

Imunisasi

merupakan

satu

proses

pembentukan imuniti atau perlindungan kepada individu melalui penggunaan

intervensi kesihatan yang kos-efektif. Cara penghasilan tersebut sebenarnya bertujuan menyukarkan pembiakanvirus di dalam tubuh manusia. Jika wujud keraguan, tambahnya, pihakhospital akan melakukan suntikan di bawah penyeliaan doktor. Vaksin MMRboleh diperoleh secara percuma di semua hospital dan klinik kesihatan kerajaan di seluruh Negara.

3.0 Konsep dan Matlamat Program Rubella Di bawah perkhidmatan kesihatan sekolah, program rubella dijalankan di sekolah rendah kepada murid-murid perempuan. Program ini dijalankan dengan kerjasama antara kakitangan kesihatan dan pihak sekolah bagi memastikan pencapaian optimum kesihatan warga sekolah agar dapat melahirkan warga sekolah yang sihat dan selamat. 3.1 Mencegah penyakit virus rubella Matlamat utama program ini adalah untuk menjaga daripada dijangkiti virus rubella. Dos pertama telah diberikan kepada kanak kanak berumur 12 bulan manakala ini adalah dos tambahan yang diberikan pada kanak kanak berumur 7 tahun. 3.2 Menjaga kesihatan murid Program rubella ini juga dapat memastikan bahawa murid-murid sentiasa berada pada tahap kesihatan yang memuaskan dari segi fizikal, mental, rohani dan jasmani sewaktu menjalankan semua aktiviti di sekolah. Untuk merealisasikan matlamat ini program-program kesihatan dilaksanakan di sekolah kepada muridmurid. 3.3 Mewujudkan kesedaran kendiri Program ini dapat mewujudkan kesedaran mengenai status kesihatan sendiri dan menggalakkan amalan mendapatkan penilaian kesihatan di kalangan muridmurid. Apabila murid diberi rawatan, murid itu dapat mengetahui tahap kesihatan diri mereka dan dapat mengambil langkah seterusnya bagi menjaga diri mereka.
8

3.4 Menilai dan mentafsir kesihatan murid Selain itu, melalui pelaksanaan program ini dapat membolehkan kita menilai dan menafsir taraf kesihatan murid sekolah. Perkembangan fizikal murid-murid sekolah patut diberi perhatian dengan 9pecim rawatan dalam tempoh masa tertentu bagi mengetahui tahap perkembangan murid-murid.

4.0 Sejarah dan perkembangan Pada tahun 2003, Malaysia telah membuat komitmen kepada Pejabat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di Manila untuk mencapai status eliminasi measles menjelang tahun 2012. Kementerian Kesihatan telah menggariskan beberapa strategi bagi memastikan matlamat eliminasi measles tercapai. Di antara strategi tersebut ialah:
i.

memperkenalkan dos ke dua pelalian measles pada umur tujuh tahun ke dalam jadual Program Imunisasi Kebangsaan pada tahun 2002 menggunakan kombinasi vaksin Measles-Mumps-Rubella (MMR)

ii.

menjalankan pelalian catch-up kepada kanak-kanak berumur 8 ke 15 tahun pada tahun 2004

iii. melaksanakan survelan case-basedbagi setiap kes disyaki measles.

Pada tahun 2009, bilangan kes measles yang dilaporkan telah berkurangan dengan kadar kejadian 2 kes untuk satu juta penduduk. Malaysia masih belum mencapai sasaran yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia, iaitu kurang dari 1 kes untuk satu juta penduduk. Pemantauan pelaksanaan program mendapati beberapa kelemahan yang perlu diperkukuhkan iaitu:

i. Pengesanan kes disyaki measles (demam dan ruam) yang tidak dibuat
pelaporan/notifikasi dalam tempoh yang ditetapkan.

ii. Tidak menjalankan penyiasatan yang lengkap dan tidak dilakukan dalam
tempoh yang ditetapkan ke atas setiap kes yang dilaporkan.
9

iii. Tidak mengambil 10pecimen urin atau swab tekak / nasopharangeal ke atas
kes disyaki measles yang kurang dari 5 hari dari tarikh onset ruam untuk ujian isolasi virus dan juga gagal mengambil specimen darah ulangan / kedua bagi keputusan ujian serologi pertama yang equivocal.

iv. Ada beberapa lokaliti yang tidak mencapai sasaran lebih 95% bagi liputan
pelalian dos pertama dan dos ke dua MMR.

v. Ada beberapa lokaliti yang tidak mencapai sasaran lebih 95% bagi liputan
pelalian dos pertama dan dos ke dua MMR.

5.0 Pengurusan dan perlaksanaan Dalam memperkukuhkan pelaksanaan Program Eliminasi Measles

Kebangsaan bagi memastikan Malaysia mencapai status eliminasi measles menjelang tahun 2012, semua pihak yang terlibat dalam program ini dikehendaki mempastikan tindakan ke atas langkah-langkah berikut diambil:i. Notifikasi kes ii. Penyiasatan kes iii. Ujian makmal iv. Kes klasifikasi v. Liputan pelalian MMR atau measles 5.1 Notifikasi kes Semua kes yang dinotifikasi kepada berhampiran disyaki measles hendaklah Pejabat Kesihatan Daerah. Notifikasi melalui telefon hendaklah dibuat dalam masa 24 jam selepas 10pecimen bagi membolehkan tindakan siasatan dan kawalan dibuat dengan cepat dan diikuti dengan notifikasi bertulis. Tempoh satu (1) minggu bagi notifikasi bertulis yang ditetapkan bagi measles sebelum ini melalui Surat Pekeliling Kesihatan Awam 1198 siri KKM/Am-09162110-2110 bertarikh 2 Oktober 1998 adalah terbatal selepas ini.

10

Pengamal Perubatan yang gagal 11pecim notis (notifikasi) dalam tempoh yang ditetapkan ke atas kes disyaki measles boleh dikenakan tindakan kompaun atas kesalahan di bawah Subseksyen 10(2), Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Maklumat notifikasi kes hendaklah dimasukkan ke dalam Sistem Maklumat Penyakit Berjangkit (Sistem e-Notifikasi) dan didaftarkan ke dalam Sistem Maklumat Siasatan Measles (SM2). 5.2 Penyiasatan kes Penyiasatan ke atas semua kes hendaklah dijalankan dalam masa 48 jam dari tarikh penerimaan notifikasi. Penyiasatan ke atas semua kes perlu merangkumi sejarah imunisasi dan liputan pelalian measles di lokaliti kejadian kes. Maklumat berikut mesti diperolehi dan dimasukkan ke dalam SM2: i.
ii.

tarikh mula kejadian ruam tarikh pengambilan 11pecimen status pelalian measles tarikh pelalian measles terakhir tarikh lahir dan umur, jantina maklumat daerah

iii. iv. v. vi. vii.

Maklumat siasatan ke atas semua kes hendaklah dikemaskini dalam tempoh 24 jam selepas penyiasatan dijalankan. 5.3 Ujian makmal Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan, Sungai Buloh (MKAK) telah diiktiraf sebagai National Measles Laboratory oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO). Oleh itu, semua ujian bagi tujuan saringan,pengesahan 11pecimen dan isolasi virus measles mesti dihantar ke MKAK.

11

Semua kes disyaki measles MESTI diambil specimen yang bersesuaian mengikut tempoh onsef ruam untuk dijalankan ujian makmal. Panduan jenis 12pecimen dan ujian yang dijalankan adalah seperti yang ditunjukkan pada jadual di bawah.

Tempohonset ruam (Tarikh 12pecimen diambil tarikh onsef ruam) 1-5 hari Darah Urin / swab tekak / nasopharyngeal 6- 28 hari Darah Jenis spesimen

Jenis ujian

Isolasi virus

Ujian Serelogi

/ /

Jadual 1.0 Panduan jenis specimen dan ujian Rubella Spesimen darah ke dua (10 20 hari selepas spesimen pertama) hendaklah diambil sekiranya : i. Keputusan pengesahan. ii. Keputusan ujian measles/rubella lgM negative bagi spesimen darah yang diambil dengan tempoh on-set ruam kurang dari 5 hari. Bagi wabak disyaki measles, maksima hanya 10 kes sahaja yang perlu diambil spesimen bagi setiap lokaliti. Bagi wabak yang kurang dari 10 kes, spesimen yang perlu diambil hendaklah mengikut bilangan kes. 5.4 Kes klasifikasi ujian measles/rubella lgM equivocal. lanya bagi tujuan

12

Kes dengan demam dan ruam digunakan sebagai kes definasi untuk kes disyaki measles. Kes definisi ini juga digunakan bagi tujuan untuk eliminasi measles dan rubella. Semua kes disyaki measles diklassifikasikan sebagai kes disahkan measles (positif ujian makmal, epidemiological link dan kes klinikal) atau di'discard'.
i.

Kes diklassifikasikan sebagai positif ujian makmal sekiranya ujian makmal menunjukkan positif lgM measles.

ii. Kes diklassifikasikan sebagai hubungan epidemiologi (epidemiological link) sekiranya kes ada kontak dengan kes yang positif ujian makmal. iii. Kes diklassifikasikan sebagai kes klinikal sekiranya kes tidak disahkan secara ujian makmal atau tidak disahkan ada hubungan epidemiologi dan memenuhi syarat kes definasi. iv. Kes diodiscard'sekiranya ujian makmal didapatinegatif lgM measles, positif lgM rubella atau 'vaccine related measles' (spesimen darah didapati positif measles dalam tempoh l hingga 6 minggu dari tarikh pemberian vaksin MMR atau measles. Peringatan penting yang dingatkan adalah Kes klinikal menunjukkan kegagalan sistem survelan measles menjalankan penyiasatan selengkapnya atau secukupnya bagi membuat kes klassifikasi sebagai penyakit measles. 5.5 Liputan Pelalian MMR atau measles Liputan pelalian MMR dos I dan 2 di setiap kawasan operasi atau lokaliti hendaklah 95% dan ke atas. Aktiviti mop-up atau catch-up perlu dijalankan sekiranya didapati liputan pelalian kurang dari 95%. 6.0 Survelan Rubella Pelalian rubella di bawah Program lmunisasi Kebangsaan telah dimulakan pada tahun 2002. Sistem survelan rubella perlu dijalankan bagi memastikan objektif pelalian serta eliminasi rubella dan conge. Semua kes dengan demam dan ruam yang disyaki sebagai rubella perlu dibuat notifikasi dan dibuat siasatan sebagai kes measles.nital rubella syndrome (CRS) tercapai. Segala maklumat hendaklah
13

dimasukkan dalam Sistem e-Notifikasi dan seterusnya didaftar serta dikemaskini dalam SM2. 6.1 Keperihatinan program i. Taklimat dan latihan hendaklah diberikan kepada kakitangan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung di dalam pelaksanaan Program Eliminasi Measles. ii. Pencapaian program perlu dipantau oleh Pengarah Kesihatan Negeri. 7.0 Peranan sekolah Program Rubella adalah suatu program yang manfaat untuk murid-murid sekolah rendah. Ia boleh membantu murid perempuan untuk hidup dengan sihat. Oleh itu, semua pihak terutamanya warga sekolah perlu berganding bahu dengan pihak kesihatan untuk mengekalkan program ini terus berfungsi dengan baik. Wagra sekolah memainkan peranan penting dalam program ini. Kita boleh membahagikan warga sekolah kepada tiga lapisan iaitu, guru besar, guru dan murid. 7.1 Peranan guru besar 7.1.1 Mengetahui maklumat mengenai program rubella Sebagai seorang guru besar sekolah yang berperihatin, beliau perlu mengetahui serba sedikit maklumat tentang program rubella dan matlamatnya. Dengan ini beliau boleh memberi penerangan kepada guru-guru mengenai program rubella yang akan berlangsung di sekolah. Ia juga dapat memberi satu pandangan kepada guru mengenai program rubella. 7.1.2 Melantik seorang guru bagi mengendalikan program rubella Selain itu, guru besar perlu melantik seorang guru untuk mengendalikan atau menyimpan rekod suntikan rubella. Guru yang dilantik juga perlu membantu pihak kesihatan semasa berlangsung sebarang program yang berkaitan dengan program rubella. 7.1.3 Memantau pelaksanaan program serta perkembangan terkininya

14

Guru besar juga perlu memastikan pelaksanaan dan pemantauan program rubella dijalankan dengan terancang, tersusun dan berterusan pada setiap tahun. Beliau juga harus mengambil kira perkembangan terkini program tersebut kerana jika terdapat sebarang masalah guru besar adalah orang pertama yang akan diajukan soalan oleh ibu bapa atau pihak luar.

7.2 Peranan guru 7.2.1 Mewujudkan kesedaran mengenai penyakit rubella dalam kalangan ibu bapa Sebagai seorang guru yang bertanggungjawab terhadap perlaksanaan program rubella, beliau harus mendalami segala jenis maklumat mengenainya secara mendalam. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan mengenai penyakit ini atau vaksin MMR guru yang bertanggungjawab seharusnya dapat menjawab soalan mereka dengan jelas tanpa sebarang kekeliruan. Jika tidak masyarakat tidak akan mempercayai kata kata gurunya atau keberkesanan program tersebut. 7.2.2 Menyimpan rekod pemberian vaksin vaksinasi Seterusnya guru perlu memastikan rekod-rekod kesihatan murid disimpan dengan sistematik dan baik. Ini kerana ia boleh digunakan oleh pihak kesihatan semasa memberi suntikan rubella. Pihak kesihatan boleh mendapat sebarang maklumat mengenai kesihatan murid daripada rekod tersebut. Contohnya, pihak kesihatan boleh mengetahui penyakit seseorang murid melalui rekod tersebut. Ia dapat membantu mereka dalam proses suntikan ini. Selain daripada rekod kesihatan, guru juga perlu menyimpan rekod tentang suntikan rubella. Rekod tersebut disimpan dalam membentuk graf, jadual dan taburan untuk menjadikan sebagai panduan pihak sekolah dan rujukan ibu bapa. 7.2.3 Mewujudkan kesedaran menjaga kesihatan dan menghilangkan rasa takut dalam diri murid muridnya.
15

Seterusnya guru perlu menggalakkan murid untuk menerima suntikan ini. Biasanya kebanyakan murid sekolah rendah takut dengan suntikan seperti ini. Bagi menghilangkan rasa takut , guru perlu menjelaskan kebaikan suntikan tersebut terlebih dahulu atau guru juga boleh mengikut murid semasa suntikan untuk menghilang rasa takut mereka. Ini kerana guru dapat menyenangkan hati murid sebagai seorang ibu.

7.2.4 Sediakan bilik pemeriksaan dan memberi penghargaan kepada pihak hospital yan bertugas. Guru yang bertanggungjawab perlu meyediakan bilik pemeriksaan atau rawatan untuk program Rubella ini. Ini dapat memudahkan pihak kesihatan yang datang sekolah untuk memberi suntikan rubella. Guru juga perlu menyediakan kemudahan-kemudahan yang diperlukan oleh mereka. Kalau boleh menyediakan jamuan ringan bagi pihak hospital yang bertugas sebagai tanda berterima kasih daripada pihak sekolah. 7.2.5 Ceramah Guru boleh mengadakan ceramah yang berkaitan tentang Program Rubella kepada ibu bapa dan murid bagi memberi kesedaran tentang suntikan rubella. Guru yang bertugas boleh berganding bahu bersama pihak hospital bagi menjalankan ceramah sedemikian. Selain daripada ceramah, poster poster yang berkaitan dengan penyakit rubella juga boleh ditampal di kawasan sekolah supaya dapat memberi satu pendedahan mengenai penyakit ini dalam kalangan ibu bapa. Oleh itu, guru tersebut harus mengambil inisiatif bagi mendapatkan postur postur tersebut daripada pihak hospital. 7.3 Peranan murid 7.3.1 Menimba pengetahuan tentang rubella Murid perlu meningkatkan pengetahuan tentang rubella supaya lebih bertanggungjawab menjaga kesihatan diri sendiri. Mereka boleh menjadikan guru
16

atau ibu bapa sebagai rujukan mereka. Murid juga boleh menyampaikan maklumat tentang rubella ibu bapa atau ahli keluarga yang lain dan masyarakat setempat mengenai program Rubella jikalau mereka tidak mengenalinya. Dalam hal ini mereka boleh merujuk buku, internet atau guru bagi mendapatkan maklumat mengenai suntikan Rubella. Secara tidak langsung ia dapat membantu menghilangkan perasaan takut di dalam diri murid - murid. Kesimpulannya, pihak sekolah perlu berganding bahu bersama pihak kesihatan untuk menjayakan program rubella dan memberi kesedaran kepada masyarakat tentang suntikan rubella agar anak mereka hidup dengan sihat.

8.0 Penglibatan komuniti dan agensi-agensi Rubella adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus Rubella. Penyakit ini dianggap ringan tetapi kesannya pada ibu mengandung yang tidak pernah menerima imunisasi rubella akan menjadi serius terutama sekali pada kandungan trimester pertama yang boleh mengakibatkan kecacatan bayi yang dikenali sebagai Congenital Rubella Syndrome. Ini termasuk katarak, buta, pekak, jantung berlubang, terencat tumbesaran dan terencat akal. 8.1 Peranan masyarakat Masyarakat di sekeliling sesebuah sekolah perlu mengambil berat tentang kesihatan warga sekolah atau murid sekolah. Walaupun anak mereka tidak menuntut di sekolah tertentu namun mereka perlu ada semangat berjiwa untuk memberikan idea atau cadangan bagi menjaga kesihatan pelajar. Masyarakat termasuk warga ibu bapa perlu meluaskan minda dan berusaha gigih untuk mengintegrasikan aktiviti-aktiviti kesihatan bagi mempertingkatkan lagi status atau taraf kesihatan anak-anak. 8.1.1 Menyokong program Rubella Mereka perlu menyokong program Rubella yang diadakan di sekolah dengan cara memberikan semangat kepada anak-anak , saudara atau murid sekolah supaya sedar akan kebaikan suntikan Rubella dan memberikan rangsangan dan pandangan yang positif sahaja mengenai Program Rubella.
17

8.1.2 Berkerjasama bersama pihak sekolah menjayakan program Masyarakat perlu mewujudkan kerjasama dengan sekolah untuk menyokong program kesihatan yang dijalankan di sekolah. Ia tidak hanya program biasa sahaja seperti sukan sekolah, hari penyampaian hadiah dan mesyuarat PIBG, namun sangat digalakkan untuk mengambil bahagian dalam rancangan atau program berkaitan dengan kesihatan juga. Antara agensi yang disarankan di bawah masyarakat adalah Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung atau Jawatankuasa Kawasan Perumahan. Agensi-agensi ini perlu bergerak ke arah pembangunan kesihatan murid-murid sekolah. 8.2 Peranan badan kerajaan ( pihak hospital ) Semua pihak termasuk kerajaan berusaha untuk mempertingkatkan taraf

kesihatan masyarakat termasuk kesihatan murid-murid sekolah. Pihak hospital kerajaan merupakan badan yang mempunyai kewajipan untuk menjaga dan memelihara kebajikan masyarakat agar rakyat dapat menikmati kesejahteraan hidup. Disini, kita tidak dapat menafikan peranan dan insentif pihak hospital dalam meningkatkan penyakit malah taraf kesihatan bukan sahaja menekankan aspek pencegahan menawarkan mutu perkhidmatan rawatan yang berkesan kesihatan serta yang positif dan menjurus ke arah

mempromosikan dimensi kesejahteraan hidup.

8.2.1 Memberikan suntikan vaksin Demikian, pihak hospital tidak berhenti perkhidmatannya iaitu memberikan suntikan vaksin Rubella kepada murid sekolah. Peranan pihak hospital dalam memberikan perkhidmatan terbaik dengan menilai tahap kesihatan murid sebelum memberikan suntikan Rubella perlu agar tidak memberikan kesan sampingan yang melampau ke atas murid sekolah. Ini dapat membantu ibu bapa agar tidak risau memikirkan tentang kesihatan anak-anak mereka. Dos suntikan perlu dinilai dan ditakat penggunaannya. 8.2.2 Memantau kesihatan murid

18

Pihak hospital sentiasa memantau kesihatan murid dari setiap aspek selain daripada Rubella. Jika murid murid mengalami sebarang penyakit atau alahan yang tidak membolehkan mereka mengambil vaksinasi tersebut maka pemantauan pihak hospital yang dijalankan sebelum program ini dijalankan dapat membantu mengetepikan mereka atau mencari jalan penyelesaiannya. Maka, pemantauan kesihatan dari masa ke semasa adalah sangat penting dalam menjalankan program program sedemikian.

8.2.3 Memberi ceramah Ceramah boleh diadakan bagi pihak sekolah, murid-murid sekolah dan ibu bapa mengenai Program Rubella agar mereka sangat peka dengan Rubella dan sedar akan kelemahan dan kebaikannya. Selain itu, pihak hospital perlu mengedarkan poster dan risalah berkaitan dengan penyakit tersebut. 8.2.4 Membuat peninjauan terkejut ke sekolah - sekolah Pengurus hospital sentiasa menggalakkan individu untuk mengambil rawatan dan ubat-ubatan yang sepatutnya diambil oleh individu termasuk menerima suntikan Rubella. Pihak hospital perlu membuat pemeriksaan mengejut ke atas mana-mana sekolah agar menilai sejauh mana pihak sekolah peka tentang penyakit Rubella. 8.2.5 Menyimpan rekod Pihak hospital perlu menyimpan satu carta mengenai graf , jadual dan taburan mengenai program Rubella ke atas murid agar menjadi panduan pihak sekolah dan rujukan ibu bapa di masa hadapan. Ini perlu juga disimpan mengikut sistem fail di sekolah. 8.4 Peranan badan bukan kerajaan Antara badan bukan kerajaan yang berperanan terlibat dalam program Rubella adalah Persatuan Bulan Sabit Merah, St. John Ambulan dan Kelab Rotary. PBSMM juga terlibat secara aktif dalam mengadakan program bagi masyarakat di bandar sama ada yang miskin dan maysarakat diluar bandar dengan mengadakan
19

kem-kem perubatan dan program penjagaan keluarga. Persatuan Bulan Sabit Merah berperanan menjalankan program ceramah di sekolah bagi murid-murid. Secara kesimpulan, peranan komuniti serta badan kerajaan dan badan bukan kerajaan memberi penekanan kepada sudut promosi kesihatan, pencegahan penyakit, rawatan serta pemulihan dan pengekalan sistem kesihatan yang efisen dan adil . Program Kesihatan mewujudkan penglibatan dan penyertaan masyarakat untuk kesihatan bagi merangsang dan memudahkan rakyat untuk mencapai sepenuhnya kemampuan kesihatan mereka, menghargai kesihatan sebagai aset bernilai, dan mengambil langkah positif untuk meningkatkan lagi serta mengekalkan status kesihatan bagi menikmati kehidupan yang lebih bermutu. Kerajaan perlu terus mempergiatkan dan mengambil langkah-langkah drastik untuk meningkatkan taraf kesihatan murid. 9.0 Peranan ibu bapa dalam mengatasi penyakit Rubella Rubella merupakan sejenis masalah kesihatan yang serius di kalangan kanak-kanak. Selain daripada badan kerajaan seperti hospital, sekolah dan badan bukan kerajaan seperti PBSM yang memainkan peranan yang penting, ibu bapa juga mempunyai tanggungjawab mereka tersendiri untuk dilaksanakan bagi memastikan anak-anak mereka bebas daripada Rubella. mencegah anak-anak mereka dijangkiti virus Rubella. Apakah peranan dan tanggungjawab yang harus dipikul oleh ibu bapa? Peranan ibu bapa boleh dibahagikan kepada 2 fasa. Iaitu, sebelum kelahiran bayi dan juga selepas kelahiran bayi. Sebelum kelahiran bayi, ibu bapa bertanggungjawab untuk mendapatkan suntikan vaksin, melakukan pemeriksaan immunisasi dan sebagainya. 9.1 Mendapatkan suntikan vaksin Sebelum kelahiran bayi iaitu sebelum mengandung lagi seorang ibu haruslah mendapatkan suntikan vaksin daripada pihak hospital. Ia adalah bertujuan bagi mengelakkan janin yang dikandungnya tidak dijangkiti virus Rubella. Didapati bahawa virus Rubella yang menjangkiti janin boleh menyebabkan bayi dilahirkan Adalah tanggungjawab ibu bapa untuk mengetahui tentang langkah-langkah yang patut diambil untuk

20

cacat yang dikenali sebagai Congenital Rubella Syndrome. Ini termasuk pekak, katarak (menyebabkan buta) dan juga jantung berlubang, 9.2 Pemeriksaan immunisasi Selain itu, sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab adalah baik sekiranya pemeriksaan dijalankan untuk menguji sama ada badan si ibu mengandungi immunisasi yang boleh mencegah jangkitan virus Rubella. Pemeriksaan ini boleh dilakukan dengan menguji darah si ibu. Sekiranya didapati badan si ibu tidak mengandungi immunisasi tersebut, maka ibu itu haruslah mendapatkannya agar anak yang akan dikandung olehnya sihat.

9.3 Suntikan immunisasi MMR Selepas kelahiran pula, ibu bapa harus bertanggungjawab untuk

meendapatkan suntikan immunisasi MMR bagi anak-anak mereka sebanyak dua dos. Dos yang pertamanya adalah, pada bulan ke-12 bayi dilahirkan manakala dos yang kedua pula adalah pada tahun satu di sekolah rendah sebagai dos tambahan. Dengan mendapatkan suntikan MMR, kanak-kanak perempuan tidak akan terdedah kepada virus yang berbahaya ini. Juga termasuk peranan ibu bapa untuk segera mendapatkan suntikan tersebut sekiranya anak mereka tertinggal untuk mendapatkan suntikan tersebut. 9.4 Pengetahuan tentang Rubella Selain daripada memastikan anak-anak disuntik suntikan Immunisasi MMR, seseorang ibu ataupun bapa harus mengetahui tentang apakah itu penyakit Rubella, mengapakah penyakit itu dijangkiti, apakah kesan-kesannya dan cara-cara untuk mengatasi penyakit ini? Jawapan kepada soalan-soalan ini harus diketahui oleh ibu bapa sebagai langkah penjagaan agar anak-anak mereka tidak menjadi mangsa kepada penyakit ini. Contohnya, sekiranya seorang ibu mendapati anaknya mempunyai ruam di badan, demam ringan, batuk dan sebagainya maka ibu harus mengetahui apakah yang terjadi pada anaknya itu. Dengan pengetahuan yang sedia ada, maka ibu tersebut boleh mengatasi masalah kesihatan ini dengan mudah. 9.5 Mengenalpasti perubahan anak-anak mereka selepas disuntik
21

Ibu bapa juga perlu menunjukkan keperihatinan mereka kepada anak-anak mereka melalui mengenalpasti perubahan yang berlaku di badan anak-anak mereka. Terutamanya sekiranya ibu bapa mendapati anak yang disuntik mempunyai lebam di tangan, maka ibu bapa harus mengetahui punca kepada lebam di tangan itu. Walaupun suntikan imunisasi adalah selamat adakalanya suntikan tersebut mendatangkan kesan sampingan yang yang berlaku biasanya ringan dan tidak berbahaya berbanding jika dijangkiti atau mendapat komplikasinya. Kesan sampingan yang paling teruk adalah seperti demam (lebih daripada 38C), ruam di seluruh badan dan sawan tarik. Sekiranya terdapat tanda kesan sampingan, ibu bapa harus mengetahui punca utamanya adalah suntikan Immunisasi untuk memudahkan kerja semasa perubatan. 9.6 Memotivasikan anak-anak Selain itu, adalah tanggungjawab ibu bapa untuk mengetahui tarikh suntikan MMR yang disuntik di sekolah ataupun di hospital dan memotivasikan anak mereka. Ia adalah penting kerana kanak-kanak akan berasa tidak selamat disuntik, malah mereka akan cuba untuk mengelakkan diri daripada disuntik. Sekiranya anak-anak tidak mahu menerima suntikan immunisasi ibu bapa harus bertanggungjawab untuk memotivasikan anak-anak mereka. Ibu bapa harus memahamkan anak-anak mereka tentang kepentingan dan kebaikan suntikan agar mereka tidak cuba untuk mengelakkan diri daripada disuntik. 9.7 Penglibatan dalam kempen dan program yang berkaitan dengan Rubella. Selain daripada itu, ibu bapa juga boleh menunjukkan keperihatinan mereka dengan melibatkan diri dalam kempen-kempen dan program-program yang dianjurkan oleh sekolah dan juga di hospital. Dengan kerjasama yang diberikan oleh ibu bapa kepada program kesihatan ini, matlamat dan objektif program ini akan tercapai. Apabila matlamat dan objektifnya tercapai, maka program ini akan diteruskan bagi jangkamasa yang panjang dan secara langsungnya ia akan terus mendatangkan kesan positif kepada diri, keluarga, masyarakat dan juga negara. Peranan ibu bapa dalam program kesihatan sebegini adalah amat besar dan juga penting. Komitmen yang diberi oleh ibu bapa juga merupakan antara aspek

22

Gambar rajah 4.0 Peranan Ibu

yang menyebabkan program kesihatan sebegini berjaya. Ibu bapa merupakan pengasas kepada sebuah keluarga, tanpa keluarga tidak wujudnya masyarakat dan tanpa masyarakat tidak wujud pula sesebuah negara. Maka, kita boleh mendapati semuanya bermula daripada ibu dan bapa. Oleh itu, ibu bapa haruslah mempunyai kesedaran tentang program-program kesihatan seperti suntikan untuk mencegah Rubella dan sebagainya untuk kehidupan yang lebih sihat. Bibliografi Laman web :
1. Apa itu Rubella. Dimuat turun pada 10 Februari 2011 daripada : http://www.news-

medical.net/health/What-is-Rubella-%28Indonesian%29.aspx

2.

FAKTA IMUNISASI KANAK-KANAK: Dimuat turun pada 22 Februari 2011


daripada : www.infosihat.gov.my/media/.../GP.../GP_Fakta_Imun_BM.pdf

3. Rubella Causes - Symptoms - Tests - Treatment - Prognosis - Complications

Prevention.

Dimuat

turun

pada

22

Februari

2011

daripada

http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmedhealth/PMH0002541/

4. Apa itu RUBELLA dan BAGAIMANA PENCEGAHANNYA...Dimuat turun pada 23 Febuari 2011 daripada : http://kreshnasena.multiply.com/journal/item/46/Belajar _Yuk_tentang_Rubella

5. Article >> Health >> CAMPAK (RUBELLA). Dimuat turun pada 23 Februari 2011 daripada: http://www.clubandstore.com/article.php?article_id=480

6. Poster: Measles Mumps Rubella: Dimuat turun pada 25 Februari 2011 daripada :

http://www.public.health.wa.gov.au/cproot/1465/2/9091MMR.pdf
23

7. Surat Pekeliling : Dimuat turun pada 27 Februari 2011 daripada :

a) SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 6/1997 : Amalan Kebersihan Sekolah : http://www.ppdhl.net/v6/epekeliling/jpnselangor/E-PEKELILING%20EDISI% 201/ PENGURUSAN%20SEKOLAH/Amalan%20kebersihan%20sek.1997.pdf

b) SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 6/1998 : Menjaga Kesihatan Pelajar Di Sekolah:http://www.assafii.com/web_documents/spi_1998_06_menjaga_kesi hatan_murid.pdf

c) SURAT PEKELILING KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA BlL. 24t2010: PENGUKUHAN pRocRAM ELtMtNASt MEASLES KEBANGSAAN (Measles Elimination program MEp) :

http://www.mpaweb.org.my/file_dir/1 647985254cdb4a96e02cd.pdf

24

You might also like