You are on page 1of 11

Praktikal 2: Daya dan Gerakan

Objektif : 1) Mengenal pasti jenis daya yang berbeza di dalam konteks yang berlainan. 2) Mengukur pecutan objek yang jatuh bebas. Pengenalan : Daya merupakan salah satu jenis fenomena yang sentiasa berada di sekeliling kita dalam kehidupan harian. Daya wujud dalam pelbagai jenis bentuk dan sentiasa berbeza dalam bentuknya ikut situasi-situasi yang berlainan. Namun begitu, semua daya bertindak mengikut 3 Hukum Newton yang dikenal pasti oleh Sir Issac Newton. Pengetahuan tentang daya adalah sangat penting dalam kehidupan kita, seperti penggunaan system takal dan penciptaan brek kereta. Teori :

1) Sentuhan antara 2 permukaan akan menghasilkan daya geseran yang menyebabkan sesuatu benda yang sedang bergerak mengalami pecutan negatif. 2) Jasad yang semakin besar akan mengalami daya apungan yang lebih besar kerana magnitud daya apungan adalah berkadar secara langsung dengan jisim air yang disesarkan. 3) Dalam setiap situasi, geseran antara permukaan jasad dengan molekul-molekul udara adalah diabaikan dalam pengiraan. 4) Geseran adalah penting dalam kehidupan kita dengan membenarkan kita berjalan atau memandu kereta. Daya geseran yang bertindak antara tapak kaki kita dengan permukaan tanah membenarkan kita bergerak dan hentikan diri. 5) Untuk mengurangkan geseran yang berada antara 2 permukaan, beberapa cara boleh digunakan. Contohnya seperti menjadikan permukaan tersebut lebih licin,dengan bahan pelincir, atau dengan mengubah bentuk beban yang perlu diangkat, seperti memasangkan roda. 6) Setiap jasad yang berada di atas permukaan bumi adalah sentiasa dikenakan oleh daya graviti yang bertindak ke pusat bumi.

7) Jasad yang berada dalam keadaan rehat juga dikenakan daya, tetapi daya paduan yang dikenakan ke atas jasad tersebut adalah 0. 8) Dalam situasi yang berbeza, daya yang bertindak ke atas sesuatu jasad juga akan berlainan bergantung kepada situasi tersebut. 9) Menurut hokum Newton pertama, semua jasad akan kekal dalam keadaan rehat atau bergerak dalam halaju yang tetap jika tidak dikenakan daya. 10) Hukum gerakan Newton kedua menyatakan bahawa kadar perubahan momentum adalah berkadar terus dengan daya paduan yang bertindak ke atas objek itu pada arah yang sama dengan arah tindakan itu. 11) Hukum gerakan Newton ketiga menyatakan bahawa untuk setiap daya tindakan , terdapat satu daya tindak balas yang mempunyai magnitud sama dan bertindak pada arah yang bertentangan. 12) Untuk mendapatkan halaju sesuatu jasad, persamaan mana v = halaju s = sesaran t = masa 13) Untuk mendapatkan pecutan sesuatu jasad, persamaan di mana a = pecutan v = halaju akhir u = halaju asal t = masa 14) Daripada pita detik yang didapat, kita bole menghasilkan satu graf panjang pita detik berlawan masa dan mendapatkan kecerunan graf, di mana kecerunan graf= boleh digunakan, boleh digunakan, di

15) Untuk meliputi 75% jumlah luas permukaan kertas graf, maka jangka masa yang diguna adalah 0.04s, iaitu 2 detik.

16) Untuk mendapatkan pecutan beban dalam keadaan jatuh bebas daripada graf pita detik yang telah dibina, pengembangan yang berdasarkan kedua-dua persamaan tersebut perlu dijalankan. Pergembangan boleh dijalankan seperti berikut: Dengan persamaan ,

Dengan ini, kita boleh mendapat v dan u dalam bentuk persamaan. Sekarang, menggantikan v dan u ke dalam persamaan yang kedua, iaitu

17) Dalam penerbangan kapal terbang, daya angkat yang digunakan untuk menaikan kapal terbang adalah berdasarkan kepada Prinsip Bernouli. Prinsip Bernouli menyatakan bahawa perbezaan dalam halaju pengaliran bendalir akan mengasilkan perbezaan tekanan. Kawasan yang mempunyai halaju yang lebih

tinggi mempunyai tekanan yang lebih rendah. Perbezaan ini akan menghasilkan satu daya yang bertindak dari kawasan tekanan tinggi ke kawasan tekanan rendah. Dengan ini, sayap kapal terbang direkakan dengan bentuk aerofoil supaya apabila kapal terbang bergerak dengan laju, perbezaan pengaliran udara dapat dihasilkan, seperti gambarajah berikut:

Seperti yang ditunjukkan di gambarajah atas, udara yang berada di atas sayap kapal terbang bergerak dalam halaju yang lebih tinggi, menjadikan tekanan atas sayap kapal terbang lebih rendah. Ini menwujudkan satu perbezaan tekanan udara antara bahagian atas dan bahagian bawah sayap kapal terbang, yang menghasilkan satu daya angkat yang menaikan kapal terbang ke atas. 18) Aplikasi daya juga dapat dilihat dalam sistem tuas. Berikut merupakan satu persamaan dan gambarajah sistem tuas yang menunjukkan penggunaan ilmu daya:

Daya yang bertindak ke atas beban

Aktiviti 1

:Mengenalpasti jenis daya yang berbeza di dalam konteks yang berlainan

Pernyataan masalah

Adakah semua daya sama dalam konteks yang berbeza? Hipotesis :

Jenis daya adalah berbeza dalam konteks yang berbeza. Bahan dan radas : Bongkah kayu, bola ping pong, wayar yang direnggangkan atas bongkah kayu, bikar, buku Prosedur: 1) Bongkah kayu diletakkan di atas lantai. Bongkah kayu tersebut ditolak dan pemerhatian dicatatkan. 2) Bola ping pong dilambung ke udara. Pemerhatian dicatatkan 3) Wayar diikat dengan tegang di antara dua batang peku yang telah diketuk ke dalam sekeping kayu. Wayar tersebut disentuh dan pemerhatian dicatatkan. 4) Bola ping pong diletakkan ke dalam bikar yang berisi air. Bola ping pong seterusnya ditekan ke dalam air. Pemerhatian dicatatkan. 5) Buku diletakkan di atas tapak tangan dan pemerhatian dicatatkan. 6) Bagi setiap pemerhatian, satu inferens dinyatakan. Keputusan: Pemerhatian Prosedur 1 Inferens daya geseran antara

Bermula bergerak dengan halaju Terdapat yang pecutan paling tinggi

dengan permukaan bongkah kayu dengan tetap lantai yang menyebabkan pecutan

negative

yang

sehingga bongkah kayu berada negatif dan memperhentikan bongkah dalam keadaan rehat. Prosedur 2 kayu.

Bola ping pong bergerak ke atas Daya gravity yang bertindak ke atas

dengan halaju yang paling tinggi, bola ping pong menjadikan fenomena menjadi semakin perlahan dalam yang seperti dalam pemerhatian. pergerakan ke atas sehingga berhenti, lepas itu bola ping pong bergerak ke bawah dengan

pecutan sehingga disambut. Prosedur 3 Wayar bermula bergetar dengan Daya geseran antara wayar dengan amplitud menjadi yang paling kecil besar, molekul-molekul udara menjadikan dan wayar tersebut berhenti bergetar

semakin

akhirnya berhenti bergetar. Prosedur 4 Sebaik sahaja

secara perlahan-perlahan. yang berada dalam air

tangan Jasad

melepaskan bola ping pong, bola mengalami daya apungan. tersebut dengan bergerak pecutan ke atas

sehingga

sampai ke permukaan air. Prosedur 5 Tangan berasa satu daya yang Daya gravity yang bertindak ke atas tekan ke bawah, seperti ditekan buku membuatkan tangan kita rasa ke bawah. Kesimpulan: Hipotesis diterima. Jenis daya adalah berbeza dalam konteks yang berbeza. Aktiviti 2 : Mengukur pecutan objek yang jatuh bebas. : macam ditekan.

Pernyataan masalah

Adakah pecutan jatuh bebas sama untuk jasad yang berlainan jisim? Hipotesis :

Pecutan jatuh bebas adalah sama untuk jasad yang berlainan jisim. Bahan dan radas : Jangka masa detik, pita detik, pengapit, sumber kuasa, wayar penyambung, jisim 147.5g, jisim 295g, jisim 500g, pita pelekat. Prosedur :

1) Kerusi diletakkan di atas meja. Jangka masa detik diapitkan di bahagian atas kerusi. 2) Pita detik diletakkan pada jangka masa detik dan jisim 147.5g diletakkan dengan pita pelekat. 3) Jangka masa detik dihidupkan dan beban dibiarkan jatuh secara bebas ke bawah. 4) Pita detik tersebut dipotong secara setiap 2 titik dan disusun untuk membentuk graf. 5) Langkah 3 dan 4 diulang dengan jisim 295g dan 500g Keputusan : Jisim(g) ( 147.5 295.0 500.0 Soalan : Kecerunan Graf, ms-1 ) ( Pecutan, ms-2 )

1) Adakah nilai pecutan yang diperoleh bagi jism yang berbeza sama dengan nilai g (pecutan kea rah pusat gravity bumi). Terangkan. Tidak. Ini adalah kerana nilai g merujuk kepada pecutan jatuh bebas dalam keadaan sempurna, di mana tidak sama dengan keadaan bilik dalam eksperimen ini. 2) Apakah kesimpulan yang boleh dibuat mengenai daya yang bertindak ke atas objek yang jatuh bebas? Daya tersebut adalah tetap dan berterusan. 3) Jika eksperimen ini dilakukan di bulan, adalah nilai pecutang yang diperoleh bagi jisim yang berbeza sama dengan nilai g? Terangkan.

Tidak. Ini adalah kerana daya graviti yang terdapat pada bulan adalah lebih lemah daripada yang bumi, iaitu lebih kurang 1/6 daya graviti bumi. Kesimpulan: Hipotesis diterima. Pecutan jatuh bebas adalah sama untuk jasad yang berlainan jisim. Perbincangan: 1) Pecutan jatuh bebas yang didapat adalah berlainan daripada pecutan gravity, iaitu 9.81ms-2. Ini adalah kerana geseran antara pita detik dengan jangka masa detik serta geseran antara beban dengan molekul-molekul udara telah menjejaskan keputusan. 2) Untuk mendapatkan pemerhatian yang lebih jelas dalam eksperimen jatuh bebas, kamera dengan kekerapan gambar yang tinggi boleh dipakai. Ini adalah kerana penggunaan kamera dapat menghapuskan daya geseran yang terhasil antara permukaan pita detik dengan jangka masa detik, memberikan satu bacaan yang lebih tepat. 3) Untuk menghapuskan daya geseran antara beban dengan udara, eksperimen jatuh bebas boleh dijalankan dalam keadaan terkawal. Keadaaan terkawal merujuk kepada satu keadaan di mana kehadiran udara dihapuskan, iaitu dalam bilik vakum. Jika eksperimen jatuh bebas dijalankan dalam keadaan terkawal dan bacaan diambil dengan penggunaan kamera, maka kita akan mendapatkan keputusan eksperimen yang agak hamper dengan nilai pecutan yang dihasilkan oleh graviti untuk ketiga-tiga eksperimen, iaitu 9.81ms-2. 4) Untuk mendapatkan pemerhatian yang lebih baik dalam aktiviti menolakkan bongkah kayu, permukaan yang lebih licin boleh digunakan. Ini dapat mengurangkan daya geseran antara permukaan bongkah kayu dengan lantai, memberikan pemerhatian yang lebih baik. 5) Masa 1 detik adalah 1/50 saat. Ini adalah kita menggunakan arus A.C. yang frekuensinya adalah 50Hz. 6) Perasaan yang panas pada bongkah kayu adalah kesan daripada daya geseran antara permukaan bongkah kayu dengan lantai.

7) Pecutan untuk ketiga-tiga jisim adalah lebih kurang sama dalam eksperimen jatuh bebas kerana pecutan yang disebabkan oleh daya gravity terhadap pusat bumi tidak dipengaruhi oleh jisim beban. 8) Satu bacaan yang luar biasa didapat dalam salah satu eksperimen jatuh bebas. Bacaan ini mungkin disebabkan oleh jatuh bebas yang tidak lancar, seperti melanggar kerusi atau benda lain dalam proses jatuh ke lantai. Ini akan menyebabkan bacaan tersebut menjadi kurang tepat. 9) Semasa melukis graf, jangka masa yang sebanyak 0.04s digunakan. Ini adalah kerana penggunaan jangka masa 0.02s tidak dapat meliputi 75% jumlah luas permukaan kertas graf, dan penggunaan jangka masa yang lebih panjang akan mengakibatkan panjang pita detik yang terlalu panjang dan tidak dapat diletakkan dalam kertas graf. 10) Untuk mendapatkan keputusan yang lebih tepat, satu garisan terbaik dilukis dan kecerunan graf dicari daripada garisan tersebut. Ini adalah kerana sesetengah bacaan yang diambil adalah kurang tepat dan penggunaan garisan terbaik dapat mengurangkan ralat-ralat yang mungkin terhasil daripada bacaan tersebut. 11) Dalam aktiviti satu, pemerhatian perlu dilakukan dengan sangat teliti dan kurang sesuai dijalankan dengan penggunaan mata. Ini adalah kerana pemerhatian yang hanya dijalankan dengan penggunaan mata kurang jelas dan perubahanperubahan yang kecil mungkin diabaikan. Untuk mendapatkan pemerhatian yang lebih jelas, kamera boleh dipakai untuk merekodkan pemerhatian tersebut, dan dimainkan balik dalam kelajuan yang lebih perlahan supaya kita dapat menampak perubahan-perubahan yang kecil. 12) Penggunaan wayar untuk menjalankan pemerhatian adalah kurang sesuai. Ini adalah kerana wayar tidak dapat bergetar dengan berkesan dan perubahan yang boleh kita catat adalah terlalu sedikit. Untuk mendapatkan pemerhatian yang lebih baik, penggunaan instrument muzik yang melibatkan getaran dawai boleh digunakan, contohnya gitar. Ini dapat memberikan satu pemerhatian yang lebih jelas dan juga menarik bagi murid-murid yang masih dalam sekolah rendah. 13) Ketinggian yang digunakan dalam eksperimen jatuh bebas perlulah tinggi. Ini adalah kerana penggunaan ketinggian yang tidak cukup akan menyebabkan

bacaan yang diambil kurang tepat dan perubahan halaju tidak dapat dilihat dengan jelas. 14) Bola pingpong digunakan dalam aktiviti satu dalam pemerhatian daya apungan kerana ketumpatan bola pingpong yang rendah dan saiz bola ping pong yang sesuai. Benda yang mempunyai ketumpatan yang lebih tinggi daripada air kurang sesuai untuk digunakan. Benda yang bersaiz terlalu kecil atau besar menjadikan pemerhatian susah dijalankan. Langkah berjaga-jaga : 1) Dalam jatuh bebas, pastikan beban jatuh terus ke lantai dengan tanpa halangan. 2) Pastikan tiada bendasing pada permukaan lantai sebelum menolakkan bongkah kayu. 3) Pita detik dipastikan bersih untuk mendapatkan satu bacaan yang jelas. 4) Jisim beban yang digunakan untuk setiap pita detik ditulis pada belakang pita detik untuk mengelakkan kekeliruan. 5) Penulisan jisim beban pada belakang pita detik juga dapat menjaminkan bacaan pita detik jelas. 6) Wayar yang diikat dipastikan tegang supaya dapat bergetar dengan jelas. 7) Sebelum memasangkan jangka masa detik, pastikan arus yang diguna adalah A.C. supaya dapat menghasilkan getaran yang sebanyak 50Hz dalam satu saat. 8) Menggunakan voltan arus yang sesuai seperti yang ditulis pada jangka masa detik semasa menghidupkan jangka masa detik. Voltan yang kurang sesuai akan mengrosakkan jangka masa detik. 9) Semasa menjalankan jatuh bebas, gunakan ketinggian yang lebih tinggi untuk mendapatkan bacaan yang lebih tepat dan jelas. 10) Pastikan panjang pita detik diukur dan dipotong sebelum memulakan eksperimen jatuh bebas.

Rujukan
Laman Web Force Theory. (2011, September 30). Retrieved Februari 10, 2012, from Wikipedia: http://en.wikipedia.org/wiki/Force_Theory Hukum Newton Kedua. (2007, Ogos 2). Retrieved Ogos 10, 2012, from Wikipedia: http://ms.wikipedia.org/wiki/Hukum_gerakan_Newton_kedua Hukum Newton Ketiga. (2008, Februari 18). Retrieved Februari 10, 2012, from Wikipedia: http://ms.wikipedia.org/wiki/Hukum_gerakan_Newton_ketiga Hukum Newton Pertama. (2007, Ogos 2). Retrieved Februari 10, 2012, from Wikipedia: http://ms.wikipedia.org/wiki/Hukum_gerakan_Newton_pertama Louviere, G. (2006, Oktober 24). Newton's Laws Of Motion. Retrieved Februari 10, 2012, from teachertech: http://teachertech.rice.edu/Participants/louviere/Newton/ Newton's Laws Of Motion. (2012, Januari 6). Retrieved Februari 10, 2012, from Wikipedia: http://en.wikipedia.org/wiki/Newton%27s_laws_of_motion

Buku Bergman, D. (1997). Force on Moving Objects,. Cologne: Hadronic Press Supplement. J. Meadows. (1987). The Great Scientists. New York: Oxford University Press. P. Graneau, N. G. (1993). Newton Versus Einstein. New York: Carlton Press. P. Moon, D. S. (1961). Field Theory for Engineers. New York: D. Van Nostrand Company. Wesley, J. (1996). Classical Quantum Theory. Blumberg: Benjamin Wesley-Publisher.

You might also like