You are on page 1of 10

Antologi Harga Sebuah Lukisan

Syair Li-Attar Ghib

MAKSUD RANGKAP Rangkap 1 2 Maksud Penyair ingin menyampaikan pesanan kepada semua insan yang menjalani kehidupan bersama-sama dalam setiap pekerjaan di dunia. Atas kehendak Tuhan dua orang saudara telah meninggal dunia. Walaupun bersedih, namun tiada apa-apa dapat dilakukan kerana itu kehendak Tuhan yang Esa. Setiap hamba perlu bersabar menerima ketentuan Tuhan walaupun hakikatnya terlalu sukar untuk dihadapi. Setiap insan yang ada di muka bumi ini pasti akan menghadapi kematian tanpa memilih pangkat dan darjat. Setiap insan perlu mengambil pengajaran daripada generasi terdahulu yang telah meninggal dunia agar kita beroleh kebahagiaan. Kebajikan rakyat jelata mestilah diambil kira atau diambil berat dan keluarga sendiri perlu dijaga agar tidak ditimpa kesusahan Para nabi menuntut kita agar memuliakan ilmu yang benar. Ilmu yang dituntut perlulah diamalkan agar tidak menjadi sia-sia Penyair mengingatkan semua orang mengambil pengajaran atas kematian generasi terdahulu kerana kita juga akan menghadapinya.

3 4

TEMA Mengambil iktibar daripada kematian. Hal ini kerana setiap insan di dunia ini perlu mengambil pengajaran apabila berlakunya kematian kerana setiap insan pasti akan melaluinya. PERSOALAN i. Kematian yang tidak dapat dielakkan. Setiap manusia haruslah ingat bahawa kematian adalah sesuatu yang pasti akan berlaku. Contoh: Kita pun kelak demikian itu, Meninggalkan dunia juga yang tentu, Tidak memilih raja dan ratu, Semuanya itu pergi ke situ.

ii.

Kepentingan menuntut ilmu kerana menuntut ilmu merupakan tuntutan agama. Contoh:

Ilmu yang benar hendaklah dimulia, Kerana ia muarinya anbia, Tuntut ilmu jangan sia-sia, Yang lain itu tinggal di dunia. iii. Keinsafan menghadapi kematian. Setiap manusia yang hidup perlulah insaf apabila berhadapan dengan kematian Contoh: Ayuhai tuan-tuan cuba fikirkan, Serta pandang amat-amatkan, Kematian datuk nenek teladan, Kita sepertinya akan datangkan. BENTUK i. ii. iii. iv. Mempunyai 8 rangkap. Mempunyai 4 baris bagi setiap rangkap. Semua baris adalah maksud. Jumlah perkataan antara 4 hingga 6 perkataan sebaris Contoh: wahai sayangnya akan saudara (4 perkataan rangkap 1) Contoh: dengan kehendak Tuhan yang mulia (5 perkataan rangkap 2) Contoh: lihat kepada datuk nenek yang sudah-sudah (6 perkataan rangkap 5) Terdiri daripada 9 hingga 14 suku kata sebaris Contoh: ser/ta/ pan/dang/ a/mat/-a/mat/kan ( 9 suku kata rangkap 8) Contoh: li/hat/ ke/pa/da/ da/tuk/ ne/nek/ yang/ su/dah/-su/dah (14 suku kata rangkap 5) Rima akhir ialah aaaa. Bentuk syair ialah terikat. GAYA BAHASA i. Asonansi - Pengulangan vokal a Contoh: sebab bersama-sama mengembara ii. Aliterasi - Pengulangan konsonan d Contoh: hendaklah kita tunduk terngadah iii. Repitisi - Pengulangan perkataan segala dalam satu baris Contoh: Segala pekerjaan segala perkara iv. Inversi - Pembalikan kata Contoh: kita sepertinya akan datangkan sepatutnya kita akan datangkan sepertinya. v. Diksi - Penggunaan Bahasa Arab. Contoh: Wahid al-khahar, anbia, jabbar, Saadah. vi. Diksi - Penggunaan Bahasa Arkaik. Contoh: ayuhai. vii. Kata Ganda. Contoh: sudah-sudah, sia-sia, tuan-tuan, dikira-kira, bersama-sama. NILAI i. Nilai keinsafan. Perasaan insaf sepatutnya lahir di jiwa apabila melihat kematian kerana setiap insan di dunia ini

v.

vi. vii.

ii.

pasti akan merasainya. Contoh: Ayuhai tuan-tuan cuba fikirkan, Serta pandang amat-amatkan, Kematian datuk nenek teladan, Kita sepertinya akan datangkan. Nilai kerajinan. Mengamalkan sikap rajin dalam menuntut dan memuliakan ilmu seperti yang digalakkan oleh para nabi. Contoh: Ilmu yang benar hendaklah dimulia, Kerana ia muarinya anbia, Tuntut ilmu jangan sia-sia, Yang lain itu tinggal di dunia. Nilai kesabaran. Semua insan perlu bersabar apabila menghadapi musibah atau kesusahan kerana sebagai hamba kita wajib pasrah pada ketentuan-Nya. Contoh: Melainkan hamba berbanyak sabar, Akan perintah wahid al-Khahar, Ialah Tuhan bersifat jabbar, Akan hambanya kecil dan besar. PENGAJARAN

iii.

i.

Kita haruslah insaf dan mengambil iktibar ketika berhadapan dengan kematian. Contoh: Ayuhai tuan-tuan cuba fikirkan, Serta pandang amat-amatkan, Kematian datuk nenek teladan, Kita sepertinya akan datangkan. Kita hendaklah menanam sikap rajin dalam mencari ilmu untuk kepentingan hidup di dunia dan akhirat. Contoh: Ilmu yang benar hendaklah dimulia, Kerana ia muarinya anbia, Tuntut ilmu jangan sia-sia, Yang lain itu tinggal di dunia.

ii.

iii.

Kita perlulah sabar menerima segala dugaan dan ujian dari Tuhan. Contoh: Melainkan hamba berbanyak sabar, Akan perintah wahid al-Khahar, Ialah Tuhan bersifat jabbar, Akan hambanya kecil dan besar. SOALAN Huraikan tema Syair Li-Attar Ghib. Nyatakan dua gaya bahasa yang terdapat dalam syair di atas. JAWAPAN Tema syair ialah mengambil iktibar daripada kematian.

i. ii.

i.

Setiap insan di dunia ini perlu mengambil pengajaran apabila berlaku kematian kerana setiap insan pasti akan mati. ii. Dua gaya bahasa yang terdapat dalam syair di atas ialah repitisi. Contohnya segala pekerjaan segala perkara. Kedua diksi iaitu pinjaman bahasa Arab wahid al-Khahar.

Antologi Harga Sebuah Lukisan


Syair: Berbuat Jasa MAKSUD Rangkap 1 Maksud Generasi muda disarankan supaya berbuat jasa kerana jasa tetap akan dikenang walaupun sudah tiada. Penyair mengajak supaya berbuat jasa dan menyerahkan semuanya kepada Tuhan kerana setiap jasa yang dicurahkan akan menerima balasan di akhirat sana. Penyair mengingatkan supaya kehidupan janganlah disia-siakan. Sebaliknya, berbuatlah jasa kerana jasa yang baik akan dikenang selama-lamanya. Penyair menyeru agar bersungguh-sungguhlah berbuat jasa supaya segala kebaikan dapat dimanfaatkan oleh orang lain. Penyair menegah supaya setiap jasa yang ditabur janganlah mengharapkan balasan dan pujian kerana keadaan sedemikian akan menyebabkan timbulnya perasaan tamak. Penyair sekali lagi mengingatkan jangan mengharapkan balasan dan penghormatan memadai jasa yang dicurahkan boleh dimanfaatkan. Penyair mengajak supaya sentiasa berbuat baik walaupun tidak diketahui orang kerana Tuhan lebih mengetahui.

TEMA Kepentingan berbuat jasa. PERSOALAN

i. Keikhlasan dalam pengorbanan. Contoh: Buatlah baik sedaya upaya, Hidup berbakti memberi cahaya; Sumbu pelita tidak sia-sia,

Terbakar dirinya menerangi raya. ii. Berhati-hati ketika menerima pujian. Contoh: Jangan menilik balas dan puji, Atau pahalanya dikaji-kaji; Rasa demikian tamak dan keji, Padalah baiknya tinting dan uji. iii. Persoalan budi yang baik akan berkekalan selama-lamanya. Walaupun orang yang menabur jasa sudah tiada lagi di dunia ini, namun jasanya tetap lagi dikenang. Contoh: Hidup manusia jangan percuma, Buatlah bakti budi utama; Selagi baiknya kekal menjelma, Si mati hidup selama-lama. BENTUK i. Mempunyai 7 rangkap. ii. Mempunyai 4 baris bagi setiap rangkap. iii. Semua baris adalah maksud. iv. Jumlah perkataan antara 4 hingga 5 perkataan sebaris. Contoh: buatlah jasa wahai teruna (4 perkataan rangkap 1) Contoh: jasa yang kekal berfaedah murni (5 perkataan rangkap 2) v. Terdiri daripada 9 hingga 12 suku kata sebaris. Contoh: Tu/han/ ta/hu/ i/a/kah/ bu/kan/ (9 suku kata rangkap 7) Contoh: cu/kup/lah/ di/si/tu/ mu/la/i/ ter/gan/tung (12 suku kata rangkap 6) vi. Rima akhir aaaa. vii. Bentuk syair terikat. GAYA BAHASA i. ii. iii. Asonansi Pengulangan vokal a Contoh: buatlah jasa wahai teruna Aliterasi Pengulangan konsonan b Contoh: buatlah bakti budi utama Sinkope Pemendekan kata Contoh: Kamu yang mati jasa tak fana, Asalkan jasamu padat berdentung. Inversi Pembalikan kata Contoh: hidup manusia jangan percuma sepatutnya jangan percuma hidup manusia Diksi Penggunaan Bahasa Arab Contoh: Tuhan Rabbani Perlambangan Contohnya: buahnya, sumbu pelita Kata Ganda Contoh: selama-lama, sia-sia, dikaji-kaji Repitisi Pengulangan perkataan hidup sebanyak 4 kali.

iv.

v. vi. vii. viii.

NILAI

i.

Nilai keikhlasan. Ikhlas dalam berbuat jasa tanpa mengharapkan balasan. Contoh: Pahala dan balas jangan dihitung, Ataupun bintang di dada beruntung, Asalkan jasamu padat berdentung, Cukuplah di situ mulai tergantung. ii. Nilai mengenang jasa. Budi yang baik akan dikenang. Contoh: Hidup manusia jangan percuma, Buatlah bakti budi utama, Selagi baiknya kekal menjelma, Si mati hidup selama-lama. iii. Nilai rasional. Berfikir dahulu sebelum menerima sebarang pujian. Contoh: Jangan menilik balas dan puji, Atau pahalanya dikaji-kaji, Rasa demikian tamak dan keji, Padalah baiknya tinting dan uji. PENGAJARAN i. Kita haruslah ikhlas dalam melakukan sesuatu pekerjaan supaya beroleh keberkatan. Contoh: Pahala dan balas jangan dihitung, Ataupun bintang di dada beruntung, Asalkan jasamu padat berdentung, Cukuplah di situ mulai tergantung. ii. Kita hendaklah mengenang jasa orang yang telah menabur jasa kepada kita supaya hubungan yang terjalin akan berkekalan kelak. Contoh: Hidup manusia jangan percuma, Buatlah bakti budi utama, Selagi baiknya kekal menjelma, Si mati hidup selama-lama. iii. Kita perlulah menimbang baik dan buruk sesuatu sebelum mengambil sebarang tindakan. Contoh: Jangan menilik balas dan puji, Atau pahalanya dikaji-kaji, Rasa demikian tamak dan keji, Padalah baiknya tinting dan uji. SOALAN

i.

Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam syair ini. ii. Huraikan tiga gaya bahasa yang terdapat dalam Syair Berbuat Jasa.

JAWAPAN i. Dua persoalan yang terdapat dalam syair di atas ialah Persoalan keikhlasan dalam pengorbanan. Buktinya penyair menyeru agar bersungguh-sungguh berbuat jasa supaya segala kebaikan dapat dimanfaatkan oleh orang lain. Kedua ialah berhati-hati ketika menerima ujian. Buktinya penyair menegah supaya setiap jasa yang ditabur janganlah mengharapkan balasan dan pujian kerana keadaan sedemikian akan menimbulkan perasaan tamak. ii. Tiga gaya bahasa yang terdapat dalam syair di atas ialah asonansi contoh buatlah jasa wahai teruna (pengulangan vokal a). Aliterasi contoh buatlah bakti budi utama (pengulangan konsonan b) dan sinkope kamu yang mati jasa tak fana.

Antologi Harga Sebuah Lukisan Syair Panduan Untuk Para Remaja MAKSUD

Rangkap 1

Maksud Penyair berpesan kepada generasi muda agar jangan berbohong dan memperdaya orang. Generasi muda juga diingatkan agar tidak bersikap materialistik dan membazir. Generasi muda diingatkan supaya mengelakkan diri daripada perbuatan mengumpat, mencaci, menganiaya, sombong dan memungkiri janji. Generasi muda diingatkan agar menjauhi judi dan arak serta tidak terlibat dengan perlakuan yang tidak baik atau negatif kerana kelak akan menerima padahnya Penyair juga berpesan agar para belia tidak berhutang dan mengharapkan bantuan daripada orang lain. Orang yang tidak berhutang dan bergantung harap kepada orang lain pasti akan senang hidupnya. Generasi muda diingatkan agar mengelakkan diri daripada sikap suka meminjam ataupun memberi pinjam serta berhutang. Sikap ini boleh menyebabkan hubungan antara sahabat akan menjadi renggang akibat hilang perasaan hormat-menghormati dalam persahabatan. Penyair juga mengingatkan agar generasi muda tidak mengharapkan bantuan dan bersikap meminta-minta. Hal ini demikian kerana, orang yang terlalu mengharapkan bantuan akan malas berusaha dan kemampuan yang ada dalam diri akan hilang. Remaja juga diingatkan agar bersikap patriotik dan berdikari dalam melakukan sesuatu. Generasi muda juga diingatkan tidak lupa asal dan usul mereka serta tidak memandang rendah akan kelebihan yang ada pada orang lain.

Penyair menegaskan pesanan di atas dititipkan khas untuk generasi muda. Semoga dengan izin Allah pasti belia hari ini akan menjadi pemimpin berkaliber pada masa akan datang.

TEMA Panduan kepada generasi muda untuk menghadapi dunia yang penuh dugaan dan cabaran. PERSOALAN

i. Berdikari dalam kehidupan tanpa mengharapkan bantuan dan pertolongan daripada orang lain. Contoh: Jangan biasakan meminta tolong, Ke sini tersembah, ke sana terlolong, Ikhtiar sendiri bantut bergulung, Akhirnya kebolehan lenyap terlelong. ii. Mengelakkan diri daripada terlibat dengan perkara-perkara negatif yang boleh merosakkan diri. Contoh: Judi dan arak jangan biasa, Lucah dan cabul jangan selesa, Usah bertemu ular yang bisa, Lambat bangatnya dapat binasa. iii. Menunaikan janji yang termeterai kerana kegagalan menepati janji akan menghilangkan kepercayaan orang terhadap kita. Contoh: Jangan mengata jangan mengeji, Jangan aniaya bengis dan benci, Jangan takbur diri dipuji, Jangan sekali mungkir janji. iv. Mengelakkan diri daripada berhutang kerana hubungan persahabatan akan renggang disebabkan masalah ini. Contoh: Meminjam jangan dipinjamkan jangan, Barang dipinjam kerap kehilangan, Sahabat peminjam renggang di tangan, Hutang merosakkan mutah pandangan. BENTUK i ii iii iv v Bentuk terikat. Mempunyai 8 rangkap. Setiap rangkap mempunyai 4 baris. Semua baris ialah maksud. Suku kata 9 hingga 12. Contoh : ja/ngan/ tak/bur/ di/ri/ di/pu/ji (9 suku kata-rangkap 2)

Contoh : be/bas/ke/hi/du/pan/ sen/ti/a/sa/ ta/tang/ (12 suka kata-rangkap 4) vi Antara 4 hingga 5 patah perkataan. Contoh : Ingat pesanku wahai belia (4 perkataan-rangkap 1) Contoh: Jangan aniaya bengis dan benci (5 perkataan rangkap 2) GAYA BAHASA Asonansi Pengulangan vokal a Contoh: Barang dipinjam kerap kehilangan. ii Aliterasi - Pengulangan konsonan n. Contoh: Jangan biasakan meminta tolong. iii Anafora Pengulangan kata pada awal baris. Contoh: Jangan fikir kasihkan kaya. Jangan boros yang sia-sia. iv Inversi Pembalikan kata Contoh: Judi dan arak jangan biasa, sepatutnya jangan biasa judi dan arak. v Repitisi - pengulangan perkataan jangan dalam baris yang sama Contoh: Jangan mengata jangan mengeji i NILAI i Nilai berdikari amat penting dalam diri setiap belia agar tidak terlalu bergantung harap kepada orang lain. Contoh: Jangan biasakan meminta tolong, Ke sini tersembah, ke sana terlolong, Ikhtiar sendiri bantut bergulung, Akhirnya kebolehan lenyap terlelong. ii Nilai merendah diri penting diamalkan supaya tidak menjadi riak apabila menerima pujian. Contoh: Latihlah diri sifat merdeka, Daya sendiri segenap ketika, Jangan sombongkan asal dan baka, Atau kelebihan adik dan kakak. iii Nilai bertanggungjawab harus ada dalam diri setiap insan agar kita bertanggungjawab atas segala yang kita lakukan contohnya seperti menepati janji. Contoh: Jangan mengata jangan mengeji, Jangan aniaya bengis dan benci, Jangan takbur diri dipuji, Jangan sekali mungkir janji. PENGAJARAN i Kita hendaklah berdikari dan jangan terlalu bergantung kepada orang lain kerana keadaan ini

menambahkan keyakinan dan keupayaan diri sendiri untuk menyelesaikan masalah. Contoh: Jangan biasakan meminta tolong, Ke sini tersembah, ke sana terlolong, Ikhtiar sendiri bantut bergulung, Akhirnya kebolehan lenyap terlelong. ii Kita janganlah menyombong diri ketika menjalinkan persahabatan, kelak diri sendiri yang rugi. Contoh: Latihlah diri sifat merdeka, Daya sendiri segenap ketika, Jangan sombongkan asal dan baka, Atau kelebihan adik dan kakak. iii Kita hendaklah menunaikan janji kerana orang akan hilang kepercayaan jika kita memungkirinya. Contoh: Jangan mengata jangan mengeji, Jangan aniaya bengis dan benci, Jangan takbur diri dipuji, Jangan sekali mungkir janji. SOALAN

i. Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam syair di atas. ii. Berikan maksud baris lucah dan cabul jangan selesa dalam syair ini. JAWAPAN i. Dua persoalan yang terdapat dalam syair di atas ialah persoalan berdikari dalam kehidupan tanpa mengharapkan bantuan dan pertolongan daripada orang lain. Kedua persoalan mengelakkan diri daripada terlibat dengan perkara-perkara negatif yang boleh merosakkan diri. ii. Maksud baris lucah dan cabul jangan selesa ialah seseorang tidak boleh membiasakan diri dengan perkara-perkara negatif dan merosakkan maruah diri.

You might also like