You are on page 1of 1

Refleksi

Bersyukur ke hadrat ilahi kerana saya berjaya menyiapkan tugasan kerja kursus Kokurikulum Olahraga pada masa yang telah ditetapkan. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada para pensyarah dan terutama sekali kepada pensyarah kursus ini kerana telah membantu dalam memberi maklumat sepanjang menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada para rakan yang secara tidak langsung turut membantu dalam menyiapkan tugasan yang telah diberi. Saya telah merancang dengan teratur dalam menyiapkan tugasan ini. Pada permulaan saya mendapat tugasan ini, saya dan rakan-rakan telah bersama-sama mengumpul maklumat di perpustakaan. Saya juga melayari internet untuk mencari maklumat yang berkaitan dengan tugasan yang diberikan. Selepas berjaya menyiapkan tugasan ini, secara tidak langsung dapat membantu saya dalam mengulang kaji subjek ini. Saya juga mendapat ilmu pengetahuan dalam subjek kokurikulum olahraga ini. Ia memberikan saya manfaat serta melalui tugasan ini, saya dapat mengetahui serba sdikit tentang acara lompat tinggi ini berkaitan dengan alatan yang digunakan, sejarah serta teknik yang betul untuk melakukan lompat tinggi ini.. Akhir sekali, saya bersyukur kerana berjaya juga menyiapkan tugasan ini serta berasa sangat beruntung kerana banyak ilmu baru yang telah saya perolehi semasa menyiapkan tugasan ini. Terima kasih.

MOHD ASYRAF BIN ZHUBIR 890820-02-5201

You might also like