Malaysia ialah sebuah negara yang sedang pesat membangun dan berhasrat menjadi negara maju mengikut acuan

sendiri menjelang 2020. Namun demikian, pembangunan ekonomi yang pesat dan taraf hidup rakyat yang semakin meningkat turut mengundang pelbagai impak sosial terutamanya kes-kes jenayah yang berlaku di seluruh Negara. Salah satu jenayah yang kini semakin meruncing di Malaysia adalah jenayah kolar putih (JKP). Jenayah kolar putih ialah jenayah yang dilakukan oleh seseorang terhormat dan berstatus tinggi dalam pekerjaannya. Jenayah kolar putih memberi kesan lebih menggerunkan berbanding jenayah konvensional kerana ia berpotensi menjejaskan prestasi kewangan organisasi komersial di negara ini, kata Timbalan Ketua Polis Negara. Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan (JSJP) menganggarkan jenayah kolar putih telah mengakibatkan kerugian berjumlahm RM546, 114,099. Lantaran itu, kumpulan kami (pelajar UUM) telah memutuskan untuh memilih tajuk jenayah kolar putih ini. Dalam blog ini kami telah memfokuskan kepada sepuluh topik utama yang berkaitan dengan jenayah kolar putih dan kami telah membincangkan setiap topik dengan lebih mendalam seperti jenis-jenis JKP, puncanya berlaku, kesannya dan langkah-lagkah membendungnya. Oleh itu kumpulan kami berharap para pembaca yang melayari blog ini akan mendapat manfaat dengan sepenuhnya, merupakan salah satu isu yang panas dan kian dipertikaikan di dalam media massa ekoran peningkatan di Malaysia. Seperti mana dunia kini yang barterapkan teknologi dan bermaju tetapi kes-kes jenayah lebih memajukan diri di menara globalisasi ini, sama ada di domestik mahu pun di peringkat antarabangsa. Salah satu jenayah yang kini semakin meruncing di Malaysia adalah jenayah kolar putih (JKP).

Terdapat pelbagai jenis Jenayah Kolar Putih yang berleluasa di Malaysia dan di sini akan membincangkan salah satu contoh kes jenayah kolar putih iaitu penyelewengan wang. Ia didefinisikan sebagai seseorang sama ada pegawai kerajaan ataupun pengurus sebuah organisasi yang menyalahgunakan wang awam atau syarikat untuk kepentingan diri sendiri. Juga, bermaksud seseorang pagawai itu tidak berakauntibiliti dalam pengurusan kewangan awam ataupun syarikat. (Diubahsuai daripada Laman Web INTAN : Akauntabiliti Dalam Pengurusan Kewangan – http://www.intanbk.intan.my) Contoh-Contoh Kes Pelbagai contoh-contoh kes boleh dikemukakan di sini bagi menyokong topik perbincangan ini, terutamanya dalam sektor awam. Antaranya, Wang Dana Khas disalurkan kepada kerajaan negeri untuk membiayai program untuk golongan misikin tetapi sebahagiannya telah dibelanjakan untuk tujuan yang tidak berkaitan dengan program tersebut, seperti mengubahsuai kediaman rasmi menteri besar dan membeli peralatan penggambaran untuk krew stesen swasta NTV7. (Sumber: Laman Web SPRM) Ini merupakan contoh kes yang kita tahu tetapi terdapat banyak kes-kes lagi yang kita tidak tahu. Daripada di sebut tidak tahu, boleh dikatakan kes-kes itu di sembunyikan. Mengapakah berita ataupun laporan Ketua Audit Negara tidak pernah dikeluarkan dalam sisipan Khas akhbar-akhbar perdana? Tak mungkin kerajaan sudah mengarahkan akhbarakhbar untuk tidak menyiarkan laporan penuh audit? Bukan sahaja di sektor awam malah di sektor swasta juga jenayah penyelewengan wang rakyat kian berlaku. Contohnya, Ahli Parlimen Indera Mahkota Azan Ismail mendakwa wujudnya penyelewengan wang dalam Sime Darby Bhd ekoran syarikat itu kini berdepan dengan masalah peningkatan kos sehingga RM1.8 bilion membabitkan kerja-

kerja awam dan kejuruteraan di Qatar dan Empangan hidro elektrik Bakun. Menurut beliau, penyelewengan tersebut berkait rapat dengan wang rakyat yang dilaburkan dalam Sime Darby, maka kerajaan secara langsung perlu mengambil tindakan tegas ke atas Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) itu. (Sumber: Laman Web,free Malaysia today) Punca-Puncanya Punca utama berlakunya jenayah penyelewengan wang ini adalah pemantauan dan pelaksanaan sistem kawalan dalaman dan prosedur kewangan yang lemah serta ketidakcekapan transaksi kewangan. Pegawai atasan yang sangat mempercayai pegawaipegawai bawahan dalam pengurusan kewangan menyebabkan pegawai bawahan itu mudah menipu pegawai atasan. Selain itu, kesukaran dalam mengenalpasti jenayah penyelewengan wang. Ini kerana, kabanyakan jenayah ini dilakukan oleh profesional-profesional yang berpendidikan dan mahir dalam bidang kewangan ini. Mereka juga mengenali selok-belok dalam bidang ini dan pengawai atasan mudah tertipu olehnya.

Juga, pada era kemewaan ini masyarakat yang hendak menikmati kemewaan dan kekayaan yang tinggi menyebabkan mereka melakukan jenayah ini atau dengan kata lain mencuri wang awam atau syarikat. Sikap kehendak yang tidak terhad ini telah menutup mata mereka daripada menyedari kesan-kesannya.

Selain itu. penyeliaan yang ketat terhadap jabatan-jabatan yang mudah terjebak dalam penyelewengan atau sering berusan dengan orang ramai harus dilaksanakan. Sekiranya dibiar. kata Ketua Polis Negara. Akhirnya ia boleh menghakis keyakinan ahli perniagaan tempatan dan asing untuk melabur di dalam Negara. Tindakan memecat pesalah jenayah ini terutamanya jika mereka yang terbabit merupakan kaki tangan kerajaan menjadi langkah yang bijak. prosedur yang ketat memastikan tiada pekerja yang akan mengambil kesempatan untuk melakukan jenayah ini. Sesungguhnya. Kesimpulan . Hukuman sebat atau penjara yang lama turut memberi kesan jika hukuman dijatuhkaan tanpa mengira status dan kedudukan seseorang pesalah itu. tindakan undang-undang yang tegas mampu memberi keinsafan kepada masyarakat untuk menghindari jenayah kolar putih ini. Tan Sri Musa Hassan. Kesannya KDNK Negara akan jatuh dan membawa kepada kemelesetan ekonomi Langkah-Langkah Mengatasinya Sememangnya penguatkuasaan undang-undang mampu membanteras kegiatan ini. penyelewengan wang membawa kesan negatif terhadap integriti institusi kewangan dan perniagaan negara dan keupayaan agensi penguat kuasa dalam mengurus dan menyiasat kes penyelewengan kewangan.Kesanya Jenayah kolar putih lebih menggerunkan berbanding jenayah konvensional kerana ia boleh menjejaskan prestasi kewangan sesebuah organisasi. Jadi. Semua prosedur harus diteliti dan dikaji serta mana-mana kelonggaran atau kelemahan prosedur terus diubah atau ditukar untuk memastikan tiada ruang kepada kaki tangan kerajaan untuk melakukan jenayah kolar puth ini.

Dalam hubungan itu.Sistem pengurusan kewangan yang diamalkan oleh kerajaan Malaysia pada masa kini adalah mampu memenuhi keperluan negaera. RASUAH DI MALAYSIA Pengenalan . sistem dan peraturanperaturan kewangan yang mengandungi prosedur atau tatacara pelaksanaanya hendaklah difahami dan dipatuhi secara menyeleruh oleh semua penjawat awam terutama mereka yang terlibat dalam pengurusan kewangan untuk meningkatkan akauntabiliti serta memantapkan keutuhan pengurusan kewangan.

terdapat empat kesalahan rasuah yang utama iaitu meminta atau menerima rasuah. orang tengah atau perantara. . sama untung.Sejak belakangan ini isu mengenai rasuah sering menjadi tajuk utama di semua media massa baik di media cetak mahupun media elektronik. Jenayah rasuah turut dikenali dengan nama lain seperti tumbuk rusuk. sogokan. Jenayah rasuah jika tidak dibendung akan mengakibatkan berlakunya banyak masalah sosial dalam negara ini kerana undang-undang tidak akan dipatuhi dengan sepenuhnya. angpow. Maka kegiatan jenyah rasuah dan ketidakadilan akan terus berleluasa. hulur. membuat tuntutan palsu. suka sama suka. duit kopi. minyak pelincir. Menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. penuh kerahsiaan dan melibatkan salahguna kuasa (Sumber: Pusat Sumber Rakyat ). menawar atau memberi rasuah. Antara ciri-ciri rasuah ialah pemberi dan penerima rasuah. dan sebagainya. duit bawah meja. komisyen.(Sumber: Laman SPRM) Rasuah dapat ditakrifkan sebagai suatu perbuatan oleh penjawat awam yang menyalahguna kuasanya bagi mendapatkan imbuhan atau ganjaran daripada orang awam. dan menyalahgunakan jawatan atau kedudukan. hadiah.

Dalam teori tersebut mereka mengatakan bahawa. riak. ingin cepat kaya dan sebagainya merupakan punca utama kelemahan peribadi seseorang itu. Antaranya ialah kelemahan peribadi seseorang itu sendiri. individu yang mempunyai kepimpinan yang lemah. Hal ini termasuk dalam teori “ Technique of Neutralization ” oleh Grisham Sykes dan David Matza. Mereka mudah disogok dengan pelbagai kemewahan seperti harta benda.Puca-Puncanya Terdapat banyak punca mengapa berlakunya rasuah dalam kalangan masyarakat pada hari ini. sikap mahu hidup mewah. tidak yakin pada diri sendiri dan mudah dipengaruhi oleh orang lain adalah sangat mudah untuk melakukan rasuah. Hal ini dapat digambarkan melalui kurangnya iman dan takwa dalam diri individu tersebut. tamak. tetapi dilakukan juga dengan seribu satu alasan peribadi. Seseorang itu tahu bahawa rasuah adalah dilarang oleh agama dan undang-undang. “ lakukan rasuah secara rahsia dan tiada siapa yang akan tahu ”. wang . Selain itu. menunujuk-nunjuk.

amalan rasuah menyebabkan masyarakat hilang kepercayaan terhadap individu dan kepimpinan organisasi tersebut.melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ada kalanya penerima rasuah dianggap sebagai kerbau dicucuk hidungnya dan mudah patuh dengan kehendak pemberi rasuah. bak kata pepatah. pendidikn agama adalah sangat penting bagi setiap individu pada hari ini. kurangnya didikan agama dan didikan moral juga menjadi salah satu punca berlakunya jenayah ini. sudah tentulah amalan ini akan merebak dan . Akibatnya. Apabila seseorang menjadikan rasuah sebagai amalan biasa. Keluarga mereka juga akan dicemuh dan dipulaukan oleh jiran-jiran. rasuah menjadi rutin dalam tugas mereka.ringgit. Individu yang tidak mempunyai iman yang kukuh dan mantap akan mudah terpesong. Juga. Dengan tidak memikirkan akibatnya. Malah individu yang terlibat dengan rasuah tidak berasa malu atau takut kepada Allah serta balasannya sama ada di dunia ataupun pada hari akhirat. Kesan-Kesanya Terdapat beberapa kesan ekoran daripada berlakunya rasuah. Oleh yang demikian. Golongan seperti ini akan menggunakan kedudukan dan peluang yang ada pada dirinya untuk menerima habuan tanpa berasa bersalah. Antaranya ialah individu yang terlibat dengan rasuah akan dipandang hina oleh masyarakat. kedudukan dan pangkat. Hal ini demikian kerana rasuah merupakan suatu perbuatan yang sangat dilarang oleh agama. Pendidikan seperti ini hendaklah diterapkan sejak kecil lagi.

(Sumber : Bual Bicara Bahsa Melayu ). Rasuah juga mengakibatkan kehidupan masyarakat dan birokrasi sistem pemerintahan akan terganggu dan sekali gus menyebabkan imej negara pada mata dunia tercalar. pengabaian kepentingan masyarakat dan sebagainya. Oleh itu. Akibatnya. Langkah-Langkah Mengatasinya . ia menimbulkan masalah lain seperti kemerosotan ekonomi.mempengaruhi orang lain. Oleh itu. rasuah perlu dibanteras segera supaya tidak memberi kesan buruk terhadap sistem pentadbiran dan sosial negara. hubungan dagangan yang sedia ada juga akan terputus dan ekonomi negara akan terjejas teruk lalu agenda pembangunan negara akan terbantut. Pentadbiran sesebuah negara juga akan menjadi kucar-kacir. yang berlaku di Filipina yang mencatatkan sejarah kejatuhan kerajaan presiden Marcos dari tampuk kepimpinan disebabkan amalan rasuah yang tidak terbendung. Malahan. perbuatan rasuah yang bagaikan duri dalam daging hendaklah dibanteras sejak awal lagi. Seperti.

ibubapa juga haruslah bekerjasama dengan guru-guru di sekolah dengan meluangkan lebih banyak masa lapang untuk memberi nasihat tentang keburukan rasuah kepada anak-anak mereka. Kesimpulan . Sebagai contoh. Selain itu.Amalan rasuah jika tidak dibendung akan mengakibat banyak kesan ngatif kepada individu. sekolah juga haruslah mengadakan kempen-kempen tentang keburukan kes rasuah supaya pelajar dapat memahami secara mendalam tentang rasuah. Selain itu. Siasatan dan penguatkuasaan undang-undang perlu dipergiatkan lagi agar masyarakat sedar betapa bahaya dan serius masalah rasuah jika tidak dibenteras dan dibendung untuk keselamatan negara. Oleh itu. Kerajaan haruslah menerapkan keburukan rasuah ke dalam silibus pendidikan pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. guru-guru dalam sekolah haruslah sentiasa menggalakkan pelajar-pelajar banyak membaca surat khabar. Dengan itu. kerana bagaimana acuan begitulah kuihnya ( Sumber : Pusat Sumber Rakyat ). masyarakat dan negara. penguatkuasaan undang-undang yang lebih telus haruslah diamalkan. buku dan majalah untuk mengetahui lebih banyak isu-isu semasa saeperti kes rasuah. para pengamal rasuah akan berfikir banyak kali sebelum cuba melakukan rasuah lantaran hukuman berat yang bakal diterima.

rasuah merupakan satu jenayah yang tidak boleh dipandang enteng pada masa sekarang. Oleh itu. Rasuah merupakan satu perbuatan yang mementingkan diri sendiri dan kerabat sendiri dengan melanggar undang-undang yang dikuatkuasakan. rasuah juga merupakan perbuatan yang merugikan rakyat dan negara. faktor-faktor yang menyebabkan rasuah dalam kalangan pegawai kerajaan dan pegawai swasta perlulah dikesan dengan awal supaya langkah-langkah yang lebih efektif dapat dilakukan dan diambil untuk membendung gejala tersebut. Selain itu. SKIM CEPAT KAYA Pengenalan .Kesimpulannya.

Pengambilan deposit secara haram yang sedemikian biasanya dikenali sebagai aktiviti “skim cepat kaya” di mana kebiasaannya.000 pelabur yang dikesan menanggung kerugian lebih RM300 juta kerana sikap tamak mereka untuk mendapat 'wang besar' atau ‘durian runtuh’ dengan menyertai . yang mana setiap minggu modus operandinya akan bertukar. Akibat pelaburan sindiket seperti ini. Penganjur ini juga pandai menyembunyikan diri daripada dihidu oleh pihak berkuasa dengan menjalankan aktiviti di merata tempat di seluruh Malaysia. sejumlah wang akan didepositkan atau dilaburkan kepada penganjur skim cepat kaya bergantung kepada terma-terma dan syarat bahawa wang deposit tersebut akan dipulangkan balik dengan faedah atau keuntungan yang tinggi seperti dijanjikan bagi setiap wang yang didepositkan selalunya lebih tinggi daripada kadar faedah yang ditawarkan oleh institusi-institusi kewangan berlesen. seramai 150.Aktiviti ini ialah aktiviti pengambilan deposit wang tanpa lesen iaitu individu atau pihak penganjur tidak mendapat kelulusan mengambil deposit wang daripada individu yang dilusluskan oleh Bank Negara Malaysia.

serta BMW Z4 Spider dan meletakkannya berhadapan dengan tempat pertemuan ahli. Pengarah Jabatan Komunikasi Korporat. Lama dahulu skim ini telah dipelopor oleh ‘ Pak Man Telo’ iaitu 17 tahun yang lalu yang mana pelaburannya sehingga mencecah RM99 Juta dalam satu skim sahaja.ahli baru. berkata sejak Januari tahun lalu hingga kini. Punca-Puncanya Sindiket Skim Cepat Kaya selalunya akan menunjukkan status yang mewah setiap kali pertemuan. antaranya BMW 5 series. sindiket atau penganjur akan membawa kereta. Yang mana anggota ahlinya terdiri daripada pegawai kanan kerajaan. Helah ini sering digunakan untuk memancing ahli. ratusan ribu orang telah terjerumus dalam kegiatan pelaburan piramid ini.kereta mewah yang bernilai ratusan ribu ringgit. pesara. lapan kertas siasatan dibuka untuk menyiasat aktiviti pengambilan deposit tanpa lesen mengikut Akta Bank dan Institusi Kewangan dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram. Bank Negara. Nissan GTR Skyline.skim cepat kaya atau skim pelaburan haram di seluruh negara sejak tahun lalu. Sehingga kini. Abu Hassan Alshari Yahaya. ahli . Nissan Fairlady.ahli baru dengan menggambarkan bahawa keuntungan yang diperoleh sangat lumayan. Mitubishi Evolution.

Kebanyakkan skim ini menawarkan pulangan sehingga 80 peratus daripada wang pelaburan. Oleh yang demikian. Pada permulaan skim tersebut. mereka telah `menyediakan payung sebelum hujan’. Dengan kata lain. penganjur menggunakan wang deposit yang diterima daripada pendeposit baru untuk membayar pulangan atau wang pokok pendeposit yang sebelumnya. mereka . Pada amnya. para penganjur skim cepat kaya tidak melaburkan deposit yang diterima ke dalam pelaburan atau perusahaan yang mendatangkan keuntungan yang sama atau lebih tinggi. Jika tiada deposit baru diterima oleh penganjur atau skim ini dibatalkan. ianya akan gagal dan para pelabur atau pendeposit akan kehilangan wang mereka kerana penganjur akan menutup sindiket tersebut disebabkan tidak mampu memberikan faedah kepada pelabur. ada juga kalangan masyarakat kita yang menyertai skim ini kerana ingin mencuba dan menguji kehandalan mereka dalam menepis bahana Skim Cepat Kaya. Janji-janji. mereka tidak dapat terus menanggung pembayaran pulangan yang tinggi kepada pelabur yang sedia ada. Tiada jaminan bahawa pihak penganjur boleh terus membayar pulangan yang tinggi. serta pulangan atau keuntungan yang tinggi ini yang mengakibatkan orang ramai tertarik untuk turut serta melabur di dalam skim yang dianjurkan. faedah. mereka ini akan melabur dalam satu-satu skim untuk seketika sahaja.perniagaan sehinggalah penduduk kampung yang berada di pendalaman. Apabila untung diperoleh. Selain itu. Oleh itu.

menjual rumah.akan lari dan menyertai Skim Cepat Kaya yang lain pula. tanah dan kereta untuk dijadikan pelaburan. Kesan paling ketara ialah apabila pelabur itu ditimpa kerugian apabila pusat Skim Cepat Kaya yang dilaburi diserbu polis. (http://www. kerana pulangannya rendah dan terpaksa menunggu sehingga setahun untuk memperoleh keuntungan. Sesetengahnya pula terpaksa lari atau bersembunyi apabila kerap dikunjungi pemiutang. berlakunya . Lebih parah lagi apabila ada pelabur menjadi sasau dengan asyik menghitung daun kayu yang disangkakan wang. mereka hanya mendapat rasa malu yang menebal sebagai pulangan pelaburan. akhirnya ditpu oleh penganjur skim cepat kaya. Begitulah tekanan yang dihadapi oleh mereka yang kecundang dalam skim ini. Akibat gagal dalam Skim Cepat Kaya. Akhirnya. Skim Cepat Kaya juga boleh mengeruhkan hubungan antara keluarga. Masyarakat juga lebih cenderung memilih skim ini daripada skim yang ditawarkan oleh kerajaan seperti Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB). Tindakan mereka yang berterusan ini menjadikan mereka sentiasa ‘menang’. Pelabur jenis ini tidak akan mudah `gelap mata’ dengan keuntungan yang diterima dan sanggup berhenti daripada menyertai Skim Cepat Kaya seandainya mereka rasakan perlu berbuat begitu.my) Kesan-Kesannya Terdapat kesan-kesan buruk yang menimpa para pelabur yang terlibat dalam Skim Cepat Kaya. jiran tetangga dan masyarakat sekeliling.com.bharian.

pergaduhan suami isteri dan menyebabkan penceraian berlaku. Fenomena-fenomena ini sudah pasti boleh membawa kekeruhan hubungan dalam masyarakat. Skim seperti ini selalunya lebih benyak mendatangkan keburukan daripada kebaikan. Tidak kurang juga mentua dan ipar-duai.com ) Kesimpulan Kesimpulannya. tetapi masyarakat sering kali ‘ gelap mata’ apabila berkaitan dengan wang. polis. Suruhanjaya Koperasi Malaysia. kawan. Pertelingkahan juga boleh terjadi sesama kawan dan jiran kerana masing-masing menganggap diri mereka telah diperdaya untuk melabur. Semua ini berlaku kerana masing-masing berasa tertipu apabila duit yang dilaburkan telah hangus begitu sahaja. Langkah.langkah yang perlu dijalankan oleh pihak yang bertanggungjawab ialah membuat . semua pihak berkuasa seperti Bank Negara. Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Mereka yang sabit dengan kesalahan dibawah akta tersebut boleh dihukum hukuman penjara 10 tahun atau denda RM10 juta atau kedua-duanya.ar-rifke. Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). (http://www. Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melaksanakan tanggungjawab selaras peruntukan undang-undang sedia ada untuk membanteras sindiket Skim Cepat Kaya kerana mereka yang menjalankan Skim Cepat Kaya melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 6(4) Akta Bank dan Institusiinstitusi Kewangan 1989. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri.kawan yang menjadi orang bawahan (downline) yang saling bermasam muka sesama sendiri.

(www.com.kempen kesedaran kepada masyarakat seperti penjelasan tentang bahayanya skim seperti ini serta helah penipuan sindiket. Penguatkuasa juga wajar diberikan latihan dan pendedahan terkini untuk meningkatkan kepakaran dan keupayaan membanteras segala bentuk skim cepat kaya.my) JENAYAH PENIPUAN DAN PEMALSUAN KAD KREDIT Pengenalan .utusan.

ada juruwang bersubahat dengan sindiket pemalsuan kad kredit dengan mendapat upah RM2 bagi setiap slip jualan yang . pakej pelancongan dan pembelian komputer serta peralatan elektrik. Di dalam kes ini. Isu ini telah dibangkitkan akibat terdapatnya kes-kes penyelewengan dalam penggunaan kad kredit yang semakin berleluasa kini. Kemudian data tersebut akan dihantar kepada sindiket melalui pelbagai cara seperti email dan sms untuk mengklon kad kredit atau membuat tempahan online. Malah. pusat tumpuan pelancong hingga ke pasar raya. penginapan hotel. kecurian yang terlibat adalah berkaitan kecurian maklumat pemilik kad kredit berkenaan. Selain itu. Cara-Cara Melakukan Penipuan Dan Pemalsuan Kad Kredit Jika dilihat pada kes ini. Kecanggihan teknologi sindiket pemalsuan kad kredit ini telah membekalkan juruwang dengan alat pengimbas data yang canggih dan lebih kecil dari saiz kotak rokok 20 batang untuk meleretkan kad kredit mangsa. kegiatan mencuri data kad kredit adalah semakin berleluasa dalam pelbagai transaksi seperti urusan tempahan syarikat penerbangan.Kini setiap kali dalam media massa telah membangkitkan isu tentang kecurian dan penipuan kad kredit. restoran. kebanyakan kes kecurian data kad kredit membabitkan penjualan nombor kad bersama CVV (nombor tiga digit pengesahan nilai kad) kepada sindiket atau pihak pengguna data itu dicuri oleh juruwang baik di pusat hiburan.

menghasilkan kad palsu dengan menggunakan data kad akaun. memperoleh data akaun kad yang disimpan dalam jalur magnet dengan menggunakan alat penyiring. upah juruwang boleh mencapai RM50 setiap akaun. jenayah pemalsuan menggunakan komputer ini biasanya melibatkan penggunaan kata laluan. manakala di pusat hiburan. Penjenayah boleh mencuri kad-kad. Penipuan kad kredit juga boleh dilakukan dengan pelbagai cara. tarikh tamat tempoh kad kredit selain catatan tambahan nombor CVV. menghasilkan tanggapan palsu dan menggunakan nombor kad dengan cara yang . Jika dikaitkan dengan kes di atas. Dalam kes ini juga.mencatatkan nama. juruwang yang bekerja dengan pusat membeli belah mahupun pasar raya tersebut mempunyai amanah yang perlu dijaga terhadap pihak majikan mereka. Jenayah pemalsuan telah dilakukan oleh sindiket kad kredit yang menggunakan kata laluan orang lain tanpa keizinan tuan punya samada mendapat capaian biasa kepada sesuatu komputer atau untuk mendapatkan perkhidmatan percuma tanpa bayaran (kerana tuan punya kata laluan itu akan bertanggungan membayar perkhidmatan yang digunakan) atau melarikan diri daripada tanggungan tertentu seperti hutang kad kredit tersebut.

yang berkuatkuasa pada bulan April1999 memperuntukkan beberapa kesalahan penipuan mengenai mendapatkan dan menggunakan maklumat peribadi dan alat yang tidak sah untuk tujuan penipuan. Datuk Ramli Yusuff memberitahu. pemalsuan dan pencurian. jenayah tersebut . penipuan. perdayaan. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman. pengklonan kad dan skiming.tidak sah. Pesalah biasanya akan dituduh di bawah beberapa seksyen Akta Kanun kebanyakannya untuk ketidakjujuran menahan harta yang dicuri. Kebanyakan kesalahan ini membawa penjara bagi tempoh 20 tahun dan/atau denda atau kedua-duanya. Tuduhan spesifik di bawah seksyen-seksyen Akta Kanun biasanya berhubungan dengan pemilikan kad kredit palsu atau dicuri. Penggunaan kad bercip atau Europe Master Visa (EMV) sejak 2005 berjaya mengurangkan jenayah pemalsuan dan penyalahgunaan kad kredit di negara ini. Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang lebih baru itu. Beberapa penipu juga telah menjadikan mesin ATM sebagai sasaran. mencuri data akaun kad dengan menggunakan alat penyiring dan PIN pemegang kad dengan menggunakan kamera mikro yang tersembunyi. sejak penggunaan kad kedit bercip atau EMV diselaraskan di seluruh negara. Langkah-Langkah Mengatasinya Penipuan kad dan jenayah yang berkaitan dianggap sebagai satu perbuatan jenayah tetapi sehingga awal 1999 terdapat sedikit perundangan yang menguasai penipuan kad dan jenayah yang berkaitan di Malaysia seperti menggunakan kad kredit palsu.

menunjukkan penurunan amat ketara berbanding ketika menggunakan kad jalur magnetik. terutamanya selepas satu pemergian dan menyemak amaun pembelian anda menentang resit transaksi anda. simpankan salinan resit transaksi dan resit ATM.familiazam. Sentiasa menyemak penyata pembilan anda. (Sumber di petik dari www. .”(Sumber dipetik dari Mesra. bagi mengekalkan keselamatan kad kredit dan debit anda ialah. Pastikan anda mendapat kad anda kembali selepas pembelian dan sentiasa menyemak resit transaksi termasuk amaun pembelian apabila anda menandatanganinya. Seterusnya hasilkan satu rekod nombor akaun kad kredit anda dan nombor telefon untuk melaporkan kad yang hilang atau dicuri dan simpankan senarai itu di tempat yang selamat. Semasa memilih satu PIN.net Forum) Selain itu. Berhati-hati apabila memberikan nombor kad kredit anda melalui telefon dan elakkan memberikan sebarang maklumat peribadi secara sukarela apabila anda menggunakan kad kredit anda. Sebaiknya menghafal nombor PIN anda daripada menulisnya di atas kertas dan jangan memberitahu nombor PIN anda kepada sesiapa.com) Di samping itu. selain daripada dokumen identiti anda. pastikan kad kredit anda ditandatangani pada bahagian tandatangan sebaik sahaja anda menerimanya. yang mungkin diminta. elakkan memilih nombor telefon atau tarikh lahir anda mahupun yang berkaitan dengannya. laporkan kad yang hilang atau dicuri kepada bank anda dengan serta-merta dan membuat laporan polis. setelah menerima satu kad kredit baru. Lindungi kad anda seakan-akan itu wang tunai.

JENAYAH SIBER Pengenalan Kini. kes jenayah siber semakin meningkat dari semasa ke semasa. Jenayah ini merupakan jenayah yang baru melanda di Malaysia sehingga mendapat banyak perhatian daripada .

Seperti yang sedia maklum penjenayah siber adalah golongan berpengetahuan ataupun professional sehingga wujud pelbagai persoalan terhadap jenayah ini. Secara tidak langsung masalah lain akan wujud dan mendorong masyarakat kini melakukan kejahatan.wikipedia. kewangan bank merupakan jenayah yang dilakukan oleh golongan professional contohnya pegawai bank. (http://ms. Sebagai contoh. Jenayah siber sering dikaitkan dengan penggunaan komputer canggih namun begitu jenayah siber ditakrifkan sebagai jenayah yang dilakukan melalui penggunaan internet seperti mengeluarkan wang akaun orang lain.dengan wujudnya akta-akta yang berkaitan dengan jenayah siber masalah ini dapat dikurangkan.org/wiki/jenayah_siber) .org/wiki/jenayah_siber).semua pihak terutamanya dari media massa. Sebagai buktinya. Oleh itu. Jadi terbuktilah bahawa jenayah siber jenayah yang sukar untuk mengenalpasti pelakunya.wikipedia. Punca-Puncanya Punca utama jenayah siber ialah penjenayah sukar dikenalpasti. melakukan atau mengubah suai ke atas program orang lain dan menyalin perisian secara tidak sah (http://ms. antara kes yang melibatkan jenayah siber ialah di Amerika yang canggih teknologinya namun gagal mengesan perancangnya yang terjadi pada 11 september 2001 yang mana pada peristiwa tersebut 19 orang perampas kapal terbang memasuki Amerika syarikat dengan mengunakan visa yang sah.

Selain itu. februari dan mac 2000 penceroboh 500 sistem computer tentera. kakitangan kerajaan dan swasta di Amerika dan gagal mengenalpasti pelakunya sehingga menuduh Iraq melakukannya. Namun apabila dapat menangkap rupanya pelaku sebenar ialah 2 orang yang bertanggungjawab iaitu 2 orang juvenil dari Cloverdale.wikipedia. Sikap manusia kini yang suka dan ingin mempraktikan ilmu yang diperoleh menyebabkan jenayah siber semakin meningkat. MSC mensasarkan untuk menarik minat syarikat teknologi bertaraf dunia mengunakan (MSC) sebagai pusat untuk menguji teknologi dengan 7 aplikasi perdana telah dibentuk salah satunya rangkaian pengilangan sedunia yang berkaitan dengan jenayah siber. Terutamanya di Malaysia yang telah membina multimedia super corridor (MSC) yang terletak di selatan Kuala Lumpur. Kelakuan manusia yang negatif seperti sikap suka yang mudah dan pantas menyebabkan jenayah siber boleh berlaku.(http://ms. Sebagai contoh. Sebagai contoh untuk menarik pelabur asing yang berstatus (MSC) Malaysia telah memperkenalkan sebuah senarai yang dikenali sebagai rang jaminan iaitu tiada penapisan internet. Califonia dan beberapa orang .org/wiki/jenayah_siber) Secara tidak langsung melalui rang tersebut jenayah siber boleh wujud dan member impaknya. jenayah siber berpunca daripada kepentingan ekonomi negara itu sendiri. pembelian barang melalui internet. Perkara ini sering dilakukan oleh golongan 20-an. jenayah siber berpunca daripada sikap manusia itu sendiri.Seterusnya. Sebagai contoh.

melalui kaedah forensik komputer untuk menjejaki penjenayah siber. pengguna .net) Seterusnya. memperkenalkan rancangan membanteras jenayah siber yang mana kerajaan-kerajaan Negara Asia Tenggara perlu memberi amaran kepada penjenayah dan mengumumkan rancangan ini melalui persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) dengan berkongsi maklumat-maklumat dalam keselamatan dan membentuk unit jenayah siber.foumotion. Selain itu. menteri-menteri komunikasi ASEAN perlu bekerjasama untuk menentukan standard ujian peralatan telekomunikasi yang boleh dilaksanakan dengan pantas dengan kos yang rendah dan selamat. Lankah-Langkah Mengatasinya Antara langkah mengatasi jenayah siber ialah melakukan kerjasama antara Negara serta secara global. kerjasama antara kerajaan dengan syarikat serta pengguna internet merupakan langkah-langkah mengatasi jenayah siber. Sebagai contoh . Forensik komputer merupakan kaedah yang digunakan dalam penyiasatan dan analisis untuk mendapatkan bukti-bukti jenayah dan kemukakan kepada kekuatan undang-undang. melalui forensik komputer jenayah siber dapa diatasi dengan sebaiknya.penduduk Israel. Sebagai contoh. Sebagai contoh. Oleh itu. (http://ms. Salah satunya ialah melalui melatih lebih forensik komputer. Jadi. terbuktilah bahawa sikap manusia mempengaruhi kes jenayah siber.wikipedia. syarikat yang ingin memulakan e-Commerce perlu melakukan langkah-langkah keselamatan terdahulu dan berkongsi masalah penceroboh dan penggodaman dengan kerajaan. (http://pengajianam2u.org/wiki/jenayah_siber) Jadi.

Hal ini demikian kerana. undang-undang siber tidak boleh di harapkan untuk melindungi dari ancaman jenayah komputer. .Walaubagaimanapun.internet juga boleh berkongsi pengetahuan atau memberi cadangan kepada kerajaan untuk meningkatkan tahap forensik komputer.semua pihak kena megambil berat terhadap masalah ini dengan megambil langkah melindungi sistem komputer kita sendiri. Kesimpulan Kesimpulannya.melalui langkah tersebut masalah jenayah siber dapat diatasi dan membawa kebaikan kepada semua pihak.

menggunakan. memindahkan. menerima. menukar. mengalihkan . Pengubahan wang haram juga bermaksud memperoleh. memiliki. membawa.PENGUBAHAN WANG HARAM Pengenalan Pengubahan wang haram bermaksud melibatkan diri secara langsung atau tidak langsung dalam transaksi yang melibatkan hasil daripada apa-apa aktiviti haram. menyembunyikan. melupuskan. mengubah.

Kaedah Pembersihan Wang Haram Pengubahan wang haram dilakukan melalui Skim Cepat Kaya.dari Malaysia atau membawa masuk ke Malaysia hasil daripada apa-apa aktiviti haram. derivatif dan futures atau commodities. Kesan-Kesan Pengubahan Wang Haram Secara Langsung Atau Tidak Langsung Pengubahan wang haram akan menimbulkan beberapa kesan terhadap individu. . bookie atau perantara judi. perniagaan yang sah. kumpulan kongsi gelap. Pengubahan wang haram juga didefinisikan sebagai merahsiakan atau menghalang pemastian sifat sebenar. sumber. pinjaman wang berlesen dan Ah Long atau Soft Loan. FOREX. pertukaran wang asing (money changing). pengambilalihan syarikat atau koperasi bermasalah. insurans (nyawa atau endowment). pembelian saham. pemunyaan atau hasil daripada apa-apa aktiviti haram. Kesan aktiviti pengubahan wang haram terhadap individu adalah akan menjejaskan reputasi dalam institusi dan menyebabkan hilang kepercayaan dalam kalangan ahli. pembiayaan industri atau projek yang besar. Golongan Yang Terlibat Dalam Pengubahan Wang Haram (Money Laundering) Antara golongan yang terlibat dalam pengubahan wang haram ialah pengedarpengedar dadah. masyarakat dan negara. penerima rasuah dan kumpulan pengganas.

pelacuran. Kad Prepaid.Kesan aktiviti pengubahan wang haram terhadap masyarakat adalah meningkatkan kadar jenayah. Aktiviti pengubahan wang haram mewujudkan lebih banyak pengaliran wang dalam negara yang akan meningkatkan ekonomi . Faktor-Faktor Pengubahan Wang Haram Pengubahan wang haram dilakukan bertujuan untuk mengelakkan aktiviti haram penjenayah dikesan. ekonomi negara akan menjadi semakin maju akibat daripada pengubahan wang haram. Internet. Hawalas (contohnya Net-Off). Modus Operandi Baru Dalam Pengubahan Wang Haram Pengubahan wang haram dilakukan melalui modus operandi terbaru iaitu ATM (contohnya Cash Deposit Transaction). Faktor kedua adalah untuk menyukarkan pihak berkuasa mendakwa . Secara tidak langsung. Peningkatan dalam aktiviti pengubahan wang haram secara langsung akan meningkatkan jenayah seperti pengedaran dadah.pengubahan wang haram menyebabkan keadaan politik di negara ini menjadi tidak stabil. Selain itu.Pelaburan dalam negara juga akan bertambah seiring dengan kemajuan ekonomi negara. Virtual Laundering (contohnya Second Life).samun dan sebagainya. Mikro-Structuring (contohnya SME). Mobile dan E-Paymernt.

proses penyiasatan dan analisa pengubahan wang haram. Selain itu. serta undang-undang Prima Facie. teknologi ICT.Pengurus/Juruanalisa Komputer Forensik. Halangan Dalam Penguatkuasaan Amla 2001 (Anti-Money Laundering) Penguatkuasaan AMLA menghadapi ancaman daripada operasi jenayah terancang.edu. Pengubahan wang haram adalah untuk mengelakkan perolehan tersebut daripada dirampas oleh pihak berkuasa. .penjenayah terbabit. transanasional (cross-border).Unit Siasatan Khas: diakses pada 3 November 2009 daripada www. evolusi pelaburan dalam dan luar negeri.mkm. (Zairol Hisham Abu Bakar. pengubahan wang haram bertujuan untuk membolehkan penjenayah menikmati perolehan tersebut tanpa gangguan serta dikesan oleh pihak berkuasa.my/c/document_library/get_file).

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful