You are on page 1of 14

Murid dan Alam Belajar EDU 3103 Pengenalan Pendekatan

Mengikut pendapat Ahmad Mohd salleh dalam Pendidikan Islam,Falsafah,Pedagogi dan Metadologi pendekatan ialah wujud berasaskan tanggapan-tanggapan yang berhubung dengan Falsafah agama dan pengajaran serta pengajian agama itu sendiri.Ia menghuraikan sifat mata pelajaran yang diajar. Ia menyatakan suatu pendapat,falsafah atau suatu pengajaran tetapi tidak semestinya boleh dibuktikan secara mutlak. Umpamanya dalam sebarang pengajaran,kita membuat beberapa tanggapan asas dan asas-asas inilah yang menjadi prinsip amalan bilik darjah.

Mendekatkan sesuatu dalam bidang pendidikan dinamakan pendekatan. Setiap pendekatan hendaklah mencerminkan satu pandangan atau pendapat tentang hakikat satu matlamat pelajaran. Ia bertujuan untuk memudahkan murid menerima dan memahami isi pelajaran yang disampaikan oleh guru. Dengan adanya pendekatan guru dapat membuat tanggapan asas yang akan dijadikan prinsip amalan bilik darjah.

Menurut pendapat Gestalt kita mempelajari sesuatu situasi itu secara keseluruhan dan kemudian memperinci elemen-elemen situasi satu pandangan atau sebagai teori

pembelajaran,maka kita boleh menjadikannya sebagai satu pendekatan dalam sesuatu pengajaran. Ini membawa maksud sesuatu pengajaran itu harus dimulakan dengan mengamati keseluruhannya terlebih dahulu dan kemudian dikaji bahagian-bahagiannya.

Menurut pendapat Edward M.Anthony (1963), pendekatan ialah satu set andaian yang saling berkait dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsure aksiomatik.
1

Murid dan Alam Belajar EDU 3103 Melalui pebdapt ibi dapatlah kita merumuskan bahawa pendekatan harus berlandaskan kepada model, prinsip atau teori pembelajaran,

contohnya :a) konkrit kepada abstrak b) mudah kepada kompleks c) keseluruhan kepada bahagian d) umum kepada spesifik (deduktif) e) spesifik kepada umum (induktif) f) dekat kepada jauh g) diketahui kepada belum diketahui

Pendekatan merupakan aksiomatik iaitu kenyataan yang dianggap benar tanpa memerlukan sebarang bukti atau alasan. Pendekatan ini bolehlah dirumuskan sebagai satu teori pembelajaran yang beraksiomatik dan diamalkan dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran berdasarkanvobjektifnya.

Murid dan Alam Belajar EDU 3103 Konsep dan Prinsip Pendekatan Induktif

Mengikut

pendapat Ee

Ah

Meng

(Pedagogi

ii,

Pelaksanaan

Pengajaran) mengemukakan pengertian iaitu akna cara mendekati sesuatu.Dalam konteks bilik darjah,pendekatan merujuk kepada cara bagaimana objektif-objektif jangka masa panjang dapat dicapai dalam satu-satu mata pelajaran yang berasaskan teori.

Ia melibatkan satu proses penaakulan yang tinggi iaitu murid tidak diajar seuatu bahan pengajaran secara langsung, mereka hanya diberitahu berhubung hal-hal berkaitan dengan pelajaran tersebut. Seterusnya mereka digalakkan mencari, meneliti dan mempelajarinya sendiri serta mengemukakan satu rumusan hasil daripada kajian-kajian yang telah dilakukan. Pendekatan induktif melibatkan aktiviti mengumpul dan mentafsir maklumat-maklumat, kemudian membuat generalisasi atau kesimpulannya. Pada permulaan pengajaran, guru akan memberikan beberapa contoh yang khusus tetapi mengandungi satu prinsip yang sama. Berdasarkan pada contoh-contoh yang diberikan, murid dibimbing memikir, mengkaji, mengenal pasti dan mentafsir maklumat yang terkandung dalam contoh-contoh khusus itu, kemudian membuat generalisasi atau kesimpulan yang berkenaan.

Kaedah induktif yang berlandaskan pendekatannya, merupakan salah satu kaedah mengajar yang sesuai digunakan dalam pengajaran berbagai-bagai mata pelajaran, khususnya matematik, sains dan bahasa.

Murid dan Alam Belajar EDU 3103 Ciri-ciri pendekatan induktif

Membentuk satu generalisasi daripada contoh-contoh tertentu. Misalnya mencari siri segitiga yang sama daripada pelbagai segitiga.

Membentuk satu prinsip daripada ujikaji tertentu. Misalnya mendapat prinsip graviti daripada ujikaji benda-benda dijatuhkan dari atas ke bawah.

Membentuk satu hukum daripada pernyataan-pernyataan tertentu misalnya, mendapat hukum tatabahasa daripada membuat analisa terhadap struktur ayat-ayat bahasa.

Mendapat satu teori daripada satu urutan pemikiran. Misalnya, memerhati tingkah laku manusia untuk mendapatkan satu teori pembelajaran.

Aplikasi pendekatan induktif dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah

Sebelum memulakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara induktif, guru harus menyediakan contoh-contoh yang sesuai, iaitu yang boleh digunakan oleh murid membuat generalisasi. Di samping itu, soalan-soalan haruslah disediakan untuk membimbing murid mendapat kesimpulan yang berkenaan.

Guru tidak harus memberi keterangan atau menghuraikan isi pelajaran yang berkaitan dengan kesimpulan. Murid-murid harus dibimbing melalui aktiviti soal jawab untuk mendapat kesimpulan diri sendiri.

Jenis contoh khusus yang diberikan haruslah dipelbagaikan, tetapi mengandungi ciri yang sama serta mudah untuk membolehkan murid mengenalpasti.

Contoh-contoh khusus yang dipilih haruslah sesuai dan mencukupi. Setelah contoh-contoh khusus yang dikemukakan oleh guru, murid-murid juga digalakkan memberi contoh-contoh yang serupa.
4

Murid dan Alam Belajar EDU 3103

Alat bantu mengajar harus disediakan untuk membantu murid mendapatkan kesimpulan yang berkenaan.

Kaedah ini haruslah mengikut urutan yang tepat, iaitu daripada contoh-contoh spesifik kepada umum.

Implikasi pendekatan induktif terhadap Pengajaran dan Pembelajaran Dalam Bilik Darjah Kaedah pendekatan induktif mempunyai impak yang baik dalam menjana

perkembangan minda dan cara berfikir murid-murid. Ia juga dapat melatih murid lebih berdikari dalam pembelajaran di dalam kelas dengan merumus dan menyelesaikan sesuatu permasalahan dengan sendiri. Berdasarkan maklumat yang diberikan, murid dapat menentukan sendiri kaedah dan strategi untuk membuat kesimpulan dan penyelesaian terhadap permasalahan itu. Walau bagaimanapun kelemahan pendekatan ini adalah apabila berhadapan dengan murid-murid yang kurang kemahiran berfikir dan lemah dalam pelajaran. Mereka sudah pasti tidak dapat mengenalpasti kehendak atau isi rumusan yang terkandung dalam maklumatmaklumat atau contoh yang telah dibekalkan. Ini adalah amat berbeza sekali dengan pendekatan deduktif yang lebih fokus pada fakta dan kehendak secara terus menuju kepada konsep yang hendak dipelajari.

Murid dan Alam Belajar EDU 3103 Pendekatan Deduktif Suatu pengajaran yang dimulakan dengan melihat hukum-hukum atau mempelajari peraturan-peraturan tertentu dan akan diaplikasikan menjadi suatu fakta.

Dalam pembelajaran di bilik darjah, murid akan dihadapkan dengan suatu masalah. Kemudian mereka akan memilih prinsip, peraturan, kesimpulan atau generalisasi yang sesuai digunakan untuk menyelesaikan masalah.

Setiap jalan penyelesaian masalah yang dibuat oleh murid mestilah betul kerana ia akan dirujuk kepada guru pada akhir sesi pembelajaran.

Konsep Pendekatan Deduktif

-Pelajari sesuatu berdasarkan hukum -Satu produksi fakta untuk membuktikan satu pernyataan umum -Menganalisa fakta yang membentuk generalisasi -Membuat satu penghuraian daripada umum kepada yang khusus

Prinsip-prinsip Pendekatan Deduktif

-Strategi penyoalan hendaklah diadakan supaya guru dapat menolong murid-murid membentuk -Mencuba konsep dan dan seterusnya menguji membuat generalisasi yang dikehendaki murid

kemahiran

intelektual

-Pengajaran yang terancang dan kepelbagaian aktiviti yang digunakan dapat menarik minat

Murid dan Alam Belajar EDU 3103 murid -Guru perlu menyediakan alat Bantu yang sesuai

-Bimbingan dan bantuan diperlukan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran

Ciri-ciri Pendekatan Deduktif

-Pembelajaran -Pendekatan

mementingkan ini

pengetahuan pengantara

yang

akan

diperolehi

oleh

murid ilmu

menggunakan

fikiran

untuk

mendapatkan

-Penyusunan isi mestilah dimulakan daripada keseluruhan kepada yang lebih kompleks -Pembelajaran kefahaman lebih kekal daripada hafalan.

Aplikasi

sesuatu

teknik

harus

dilihat

dalam

konteks

dengan

kaedah

yang

digunakan.Umpamanya menggunakan makmal bahasa untuk mengajar bahasa arab adalah suatu teknik begitu juga membaca,menjawab dan sebagainya,yang penting ialah pemilihan mestilah berasaskan sesuatu kaedah yang berlandaskan sesuatu pendekatan pada akhirnya keberkesanan sesuatu teknik yang digunakan bergantung atas asas-asas pengkaedahan dan pendekatan yang kukuh, mantap dan boleh dipercayai..

Merujuk kepada unit-unit kecil yang terkandung di dalam sesuatu kaedah. Teknik merangkumi aktiviti,pelaksanaan dan kemahiran guru yang digunakan dalam pengajaran.

Teknik adalah unsur terkecil dalam strategi pengajaran dan pembelajaran, ia terkandung dalam sesuatu kaedah. Ia merangkumi aktiviti, pelakuan dan kemahiran guru yang digunakan dalam pengajaran. Teknik ialah cara menjalankan pelbagai langkah dalam pengajaran.

Murid dan Alam Belajar EDU 3103 Contohnya dalam kaedah permainan, pelbagai teknik digunakan untuk menjadikan permainan itu bermakna dan menyeronokkan. Seseorang guru mestilah pandai

menggunakan teknik supaya murid lebih berminat dan timbul motivasi untuk belajar. Dalam setiap pengajaran sememangnya terdapat pelbagai cara dan teknik yang boleh digunakan, namun begitu tiada satu teknik pun yang dianggap sesuai dan dapat digunakan untuk semua keadaan atau terbaik untuk semua sesi pengajaran. Teknik yang digunakan hendaklah bergantung kepada umur dan berdasarkan kepada minat murid serta bahan pengajaran yang hendak disampaikan.

Setiap teknik-teknik ini punya kelemahan dan kebaikan, namun untuk memilih yang benar-benar terbaik adalah sukar untuk seseorang guru kerana minat murid adalah berbeza antara satu sama lain. Jadi untuk menjamin keberkesanan sesuatu teknik hendaklah ianya sesuai dengan isi pelajaran dan ianya mampu untuk dilaksanakan oleh murid. Selain itu keberkesanan sesuatu teknik yang digunakan juga bergantung atas asas-asas

pengkaedahan dan pendekatan yang kukuh, mantap dan boleh dipercayai.

Oleh yang demikian teknik pengajaran boleh ditakrifkan sebagai kemahiran guru dalam mengelola dan menjalankan langkah-langkah dalam aktiviti pengajaran. Ia menekankan kepada aspek bagaimana menggunakan sumber-sumber pengajaran serta menimbang langkah-langkah pengajaran.

Murid dan Alam Belajar EDU 3103 Kaedah ialah suatu perancangan yang sisitematik secara keseluruhan untuk menyampaikan bahan pengajaran.Ia merupakan satu prosedur melakukan sesuatu berasaskan tanggapan-tanggapan asas yang dibina melalui pendekatan.Dengan itu sesuatu pendekatan,memugkinkan beberapa kaedah berbagai-bagai faktor mempengaruhi

persembahan bahan secara sisitematik umpamanya jenis pelajaran. Dengan itu,berbagaibagai kaedah harus diwujudkan untuk memenuhi keperluan pelbagai golongan tadi. Kaedah ialah suatu ciri tindakan guru yang sistematik serta berurutan dan bertujuan mencapai objektif spesifik,iaitu jangka pendek sesuatu pelajaran.Ia juga membawa implikasi penyusunan,oleh itu,kaedah mengajar bererti cara mendekati sesuatu objektif dengan langkah-langkah yang tersusun dan teratur.

Kaedah adalah satu perancangan atau prosedur bagi melaksanakan sesuatu pengajaran secara teratur,kemas dan sistematik.Ia merupakan langkah-langkah atau peringkat-peringkat pengajaran yang tersusun rapi dan kesinambungan yang harus dituruti dengan saksama bagi mencapai sesuatu pelajaran.

Dalam menerangkan sesuatu prosedur pengajaran dan pembelajaran,guru-guru boleh menggunakan kaedah yang sesuai,terutama kaedah-kaedah yang dapat memenuhi keperluan murid-murid.Oleh itu guru-guru sepatutnya dapat merancang prosedur.Mereka perlu dapat menggambarkan dengan jelas dalam fikiran mereka ciri-ciri fikiran atau sifat-sifat sejati kaedah berkenaan.

Murid dan Alam Belajar EDU 3103 Aplikasi Pendekatan Deduktif Dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Bilik Darjah

1. Kenal pasti terlebih dahulu apa yang akan digunakan. 2. Tetapkan bahan yang hendak disampaikan,mengikut peruntukan masa yang diperlukan. 3. Tetapkan langkah-langkah mengikut aktiviti yang akan diperkenalkan. 4. Tetapkan alat bantu mengajar yang diperlukan. 5. Susunkan langkah-langkah secara berperingkat.

Implikasi pendekatan deduktif terhadap pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah

Pendekatan deduktif adalah satu pendekatan yang dapat membantu murid mengekstrak bahan dan konsep sedia ada. Guru akan terlebih dahulu memberi dan menerangkan tentang konsep kandungan pelajaran yang akan dipelajari oleh murid. Kemudian murid akan membuat kesimpilan dan mengembangkan maklumat yang telah di berikan oleh guru itu tadi. Ini amat membantu mereka yang lemah dalam pelajaran berbanding pendekaatan secara deduktif yang memerlukan lebih daya berfikir murid untuk memahami isi kandungan pengajaran yang disampaikan dengan member contoh-contoh dan maklumat secara khusus sahaja.

10

Murid dan Alam Belajar EDU 3103

Kesimpulan Setiap pendekatan adalah berbeza dari segi konsep dan cara penggunaannya. Kesan daripada penggunaan pendekatan yang sesuai ialah murid-murid akan mudah faham dan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan cepat dan mudah. Tujuan menggunakan pendekatan yang sesuai ialah supaya guru-guru dapat mencapai objektif yang diharapkan. Murid-murid mempunyai pelbagai aras kefahaman, kebolehan dan kelebihan. Jadi pendekatan yang diguna juga perlulah dipelbagaikan agar mengikut kesesuaian kemampuan murid. Pendekatan induktif adalah sesuai bagi murid yang lebih mahir dan berkebolehan kerana maklumat khusus yang perludikembangkankan memerlukan kemahiran berfikir yang lebih tinggi. Manakala pendekatan deduktif pula adalah lebih sesuai untuk murid yang berkebolehan sederhana dengan memberi penerangan dan contoh yang lebih uum dan mudah difahami.

11

Murid dan Alam Belajar EDU 3103 Refleksi

Assalamualaikum.. Terlebih dahulu saya igin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapatlah saya menyelesaikan kerja kursus ini. Seterusnya saya ingin merakamkan sekalung penghargaan kepada pensyarah yang terlibat di atas segala jasa baik dan bantuannya dalam menyiapkan kerja kursus ini. Tidak ketinggalan juga kepada rakan-rakan yang menjadi tulang belakang bagi saya sepanjang proses menyiapkan kerja kursus ini. Sekali lagi saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat. Saya percaya, tanpa mereka semestinya saya mengalami kesukaran untuk menyelesaikan tugasan ini. Pada mulanya, saya mengalami kesulitan kerana tidak memahami apa yang dikehendaki. Namun setelah melakukan beberapa pembacaan dan membuat sedikit perbincangan bersama rakan-rakan, akhirnya saya mengetahui bagaimana hendak melakukan tugasan ini. Selain itu, impak yang paling penting buat saya adalah memahami dan mengetahui ilmu pengajran dan pembelajaran yang dapat saya gunakan di sekolah nanti bagi meningkatkan lagi mutu pengajaran dalam bilik darjah. Setelah bertungkus lumus, akhirnya saya berjaya menyiapkan tugasan ini. Saya berharap dengan menyiapkan tugasan ini, saya akan lebih matang dalam mengharungi dunia pendidikan ini.

12

Murid dan Alam Belajar EDU 3103


Rujukan Arends, R. I. (1998). Learning to teach (4th ed.). Boston: McGraw Hill. Bransford, J.D. (1979). Human cognition: learning, understanding and remembering. Belmont, CA: Wadsworth Publishing Co. Brown, J.S., Collins, A., Duguid, P. (1989). Situated cognition and the culture of learning. Educational researcher (Washington, DC), vol. 18, no. 1. Brown, A.L., et al. (1996). Distributed expertise in the classroom. In: Salomon, G., ed. Distributed cognitions: psychological and educational considerations, halaman 188228. Bond. T.E. (2001). Giving them free rein: Connections in studentled book groups. Reading Teacher, 54(6), halaman 574-584. Elizabeth Murphy. (2011, April 6). Di akses daripada http://www.ucs.mun.ca/~emurphy/stemnet/cle3.html Educational Practices (2011, April 6). Di akses daripada http://www.ibe.unesco.org/publications/EducationalPracticesSeriesPdf/prac07e.pdf Gauvain. M. (2001). The social context of social cognitive development. New York: Guilford Press. Jabatan Pelajaran Negeri Kedah. (2011, April 8). Kurikulum Standard Sekolah Rendah Diakses daripada http://akademik.kedah.edu.my/index.php?option=com_content&view=article&id=111:kssr&catid =1:latest-news Model Konstruktivisme 5 Fasa. (2011, April 8) Diakses daripada http://www.teachersrock.net/konstruktivisme.htm Noriati A. Rasid, Boon Pong Ying dan Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2009). Siri Pendidikan Guru: Murid dan Alam Belajar. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Saunders, W. L. (1992). The constructivist perspective: Implications and teaching strategies for science. School Science and Mathematics, 92(3), 136-141. Sharifah Alwiah Alsagoff. (1987). Psikologi Pendidikan 1: Konsep-konsep asas psikologi, psikologi pendidikan dan perkembangan. Kuala Lumpur: Heinemann (Malaysia). 13

Murid dan Alam Belajar EDU 3103


Stella Vosniadou (2011, April 8). International Academy of Educatation: How Children Learn. Diakses daripada http://unesdoc.unesco.org/images/0012/001254/125456e.pdf Subadrah Nair, Malar a/p Muthiah. Jurnal Pendidik dan Pendidikan, Jil. 20, 2141, 2005

14

You might also like