Professional Documents
Culture Documents
UJIAN BERPUSAT 2
OGOS 2011
1 JAM
1. Kertas soalan ini mengandungi 2 bahagian. Bahagian A dan bahagian B.
2. Jawab 1 soalan dari bahagian B dan 1 soalan dari bahagian C.
BAHAGIAN A
PUISI TRADISIONAL DAN PROSA TRADISIONAL
Jawab sama ada soalan 1 atau 2
1. a. Nyatakan tema Pantun Lapan Kerat di bawah:
(10 markah)
Jatuh ketumbar menimpa dahan,
Kembang cempaka di tepi halaman,
Turun ke lembah menanam kandis,
Cuaca redup singgah di paya.
Jika sabar menerima dugaan,
Itulah tanda orang beriman,
Tidak mudah digoda iblis,
Akhirnya hidup ke puncak jaya.
Zalila Syarif dan Hasni Abas (penyelenggara)
Antologi Puisi Tanah Airku, 2005
Dewan Bahasa dan Pustaka.
(10 markah)
( 5 markah)
c. Tuliskan satu peristiwa yang menarik hati dalam novel Dari Lembah Ke Puncak.
( 5 markah)
2.a. Berdasarkan sebuah karya penulisan kreatif yang anda baca. Jelaskan perkara-perkara
berikut:
1. Tema
11. Persoalan
111. Plot
1v. Teknik Plot
(4 markah)
(4 markah)
(6 markah)
( 6 markah)
BAHAGIAN SATU
(40 markah)
Jawab semua soalan
Soalan 1
Di Gunung Puteri akan tempatnya,
Dari udara konon asal mulanya,
Terlalu harum akan baunya,
Tiada menyamai pada zamannya.
Elok manis indah rupanya,
Terlalu halus barang katanya,
Sangatlah bijak akan akalnya,
Dalam istana sukar bandingnya.
(Dipetik daripada Teks Seuntai Kasih Secebis Harapan)
Soalan 3
Hai , adinda, adapun kakanda berkata demikian itu kerana anakanda kita itu hendak
kakanda bunuh kerana besar celakanya itulah maka kakanda hendak bunuh
(Dipetik daripada Hikayat Caya Langkara)
Soalan 5
SERI NARA: (Menimang-nimang lembing) Dengan lembingku ini dapat kutewaskan tiga
empat orang Benggali Putih itu.
(Dipetik daripada drama Bendahara Tepok)
(a) Apakah semangat yang ditunjukkan oleh Seri Nara berdasarkan dialog di atas?
..................................................................................................................................................
.............................................................................................................................................
(2 markah)
(b) Nayatakn dua perwatakan Seri Nara yang boleh diambil daripada petikan di atas.
..................................................................................................................................................
..............................................................................................................................................
(2 markah)
Soalan 6
Pergilah wahai kekasihku, suamiku.... Walaupun aku berat untuk melepaskan, namun itu
takdir Ilahi. Sampai masanya aku akan pergi juga
(Dipetik daripada cerpen Warna Hati Seorang Datin)
(a) Mengapakah watak yang tersebut di atas merasakan dirinyalah sampah sarap itu?
..................................................................................................................................................
..............................................................................................................................................
(2 markah)
Soalan 10
Jalil telah membuat janji besar. Dia tidak pasti sama sekali janji itu dapat ditunaikan atau
tidak. Dan janji itu tidak akan diberitahu pada sesiapa pun mahupun pada ibunya sendiri.
Biarlah janji itu menjadi daya penggerak bagi dirinya untuk mengejar sesuatu dalam hidup.
Dia akan cuba sedaya upaya untuk menunaikan janji itu. Itulah kata hatinya. Hati seorang
pemuda yang melalui liku-liku penghidupan yang runcing.
(Dipetik daripada novel Dari Lembah Ke Puncak oleh Ghazali Lateh)
Bahagian Dua
(60 markah)
Bahagian A
(Puisi Tradisional dan Prosa Klasik)
Jawab soalan sama ada soalan 1 atau soalan 2
Soalan 1
Baca petikan pantun di bawah kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
PANTUN 4 KERAT BUDI
Akar keladi melilit selasih,
Selasih tumbuh di hujung taman;
Kalungan budi junjungan kasih,
Mesra kenangan sepanjang zaman.
Ambil golok jolok ramunia,
Kait mari sambil berdiri;
Kita hidup di atas dunia,
Buat baik taburkan budi.
Ambilkan saya buah delima,
Masak sebiji di balik daun;
Budi tuan saya terima,
Jadi kenangan bertahun-tahun.
Anak dara berkain cukin,
Dari daik bulan puasa;
Tidak kira kaya miskin,
Asalkan baik budi bahasa.
(Dipetik daripada antologi Seuntai Kasih Secebis Harapan)
(a) Berdasarkan pantun di atas bagaimanakah masyarakat menghargai budi?
(6 markah)
(b) Analisis bentuk dan ciri pantun di atas.
( 10 markah)
(c) Tuliskan satu rangkap pantun lain berkaitan budi yang anda ketahui.
( 4 markah)
Soalan 2
Berdasarkan Hikayat Caya Langkara:
(a) Jelaskan empat pengajaran yang terdapat dalam cerita ini
(12 markah)
(b) Huraikan watak dan perwatakan Caya Langkara.
(8 markah)
Bahagian B
(Puisi Moden dan Drama)
Jawab sama ada soalan 3 atau soalan 4
Soalan 3
Baca sajak di bawah ini dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
Keberangkatan Ayah
Saat ini ayah pun berangkat
Dengan mata pejam dan wajah tenang
Meski selaut sedih bergelombang di dada
Kami akur juga akhirnya
Kecintaan-Nya melebihi segala cinta.
Setiap subuh rindu kami bergetar
Pada bunyi telapak kasut ayah
Mengejar subuh di surau sepi di kampung kami
Pun kami akhirnya mengerti
Kerinduan ayah pada-Nya melebihi
Segala rindu.
Pada saat keberangkatan itu
Kami yakin perjalanan ayah lebih mudah
Kerana ayah punya isteri tabah
Dan anak menantu yang pasrah
Mengiringi ayah kebaikan yang mewangi
Di setiap cebisan pandan bertaburan
Di atas pusara.
(a) Apakah yang dimaksudkan dengan nada dan nyatakan nada sajak ini.
(6 markah)
(b) Jelaskan tiga meseg yang disampaikan oleh penyajak dalam petikan sajak ini.
(6 markah)
(c) Huraikan tema sajak ini
(8 markah)
Soalan 4
Berdasarkan drama Bendahara Tepok karya Shaharom Husain:
(a) Nyatakan pemikiran yang cuba disampaikan oleh pengarang dalam drama ini.
(10 markah)
(b) Jelaskan dan huraikan tiga persoalan yang terdapat dalam drama Bendahara Tepok
(10 markah)
Bahagian c
(Cerpen dan Novel)
Jawab sama ada soalan 5 atau soalan 6
Soalan 5
Berdasarkan cerpen Seekor Manusia dan Seorang Binatang karya Muhammad Isa alJambuli:
(a) Nyatakan watak utama dan perwatakannya dalam cerpen ini.
(10 markah)
Soalan 6
Berdasarkan novel Dari Lembah Ke Puncak karya Ghazali Lateh:
(a) Huraikan tema novel tersebut.
(6 markah)
(b) Jelaskan empat pengajaran daripada novel tersebut.
(8 markah)
(c) Jelaskan tiga peranan watak Pak Teh dalam novel tersebut.
(6 markah)