P. 1
Karangan Fakta

Karangan Fakta

|Views: 1,589|Likes:
Published by Azmi Abdullah

More info:

Published by: Azmi Abdullah on Mar 22, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/05/2013

pdf

text

original

TEKNIK KARANGAN CERITA

APA? Kemalangan jalan raya, kebakaran, dll BILA? Pagi, petang, senja, pukul 3.00 petang dll MANA? Di persimpangan, hujung kampung, Jalan……. SIAPA? Orang yang terlibat sama dengan kejadian dll BAGAIMANA? PERASAAN MENGAPA? TINDAKAN Urutan peristiwa/cara berlaku peristiwa itu Sedih, pilu, ngeri, takut, bimbang, dll Punca, sebab berlaku Kerja-kerja/peranan petugas dll

KESAN/KESUDAHAN Kerosakan, kerugian, berjaya/sebaliknya PENGAJARAN Teladan/nilai yang baik patut dicontohi

Format LAPORAN T, TT dan T Peristiwa sebelum Peristiwa semasa Peristiwa selepas

FORMAT SYARAHAN Yang di hormat Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar, para hakim yang arif lagi bijaksana, guruguru serta rakan sekalian. Tajuk syarahan saya pada pagi ini ialah…… Hadirin yang dimuliakan, ISI SEPERTI KARANGAN FAKTA Sebelum saya mengakhiri syarahan ini, sekali saya menegaskan ….. Sekian terima kasih.

UCAPAN Untuk majlis perasmian, perpisahan, meraikan seseorang, atau mengingati hari tertentu Yang di hormat Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar, guru-guru penolong kanan, guru-guru serta rakan sekalian. Terlebih dahulu saya mengucapkan jutaan terima kasih kerana diberi peluang untuk berucap dalam majlis ………….. yang gilang-gemilang ini. Hadirin yang dimuliakan, ISI SEPERTI KARANGAN FAKTA Sekian sahaja ucapan saya, terima kasih.

FORMAT BERITA AMPANG, 15 Mac 1. Perlu memahami betul-betul soalan. 2. Isi - seperti karangan cerita. Contohnya: • • • • • • Apa – peristiwa yang berlaku Siapa – Nama yang terlibat, gelaran, usia dll. Bila – masa berlaku, tarikh tepat, sertakan hari. Mengapa – sebab berlaku. Jika belum diketahui, nyatakan. Belum mendapat bukti. Di mana – tempat kejadian, daerah dan negeri. Bagaimana – cara peristiwa itu berlaku dan urutan perkembangannya.

KARANGAN FAKTA FAEDAH / KEBAIKAN / KELEBIHAN / KEPENTINGAN / MANFAAT Membaca buku / Membaca majalah / Membaca surat khabar Menonton televisyen Penggunaan komputer Mengumpul setem Lawatan sambil belajar Kegiatan kokurikulum Bersenam/bersukan Menyimpan wang Mendengar radio Perpustakaan Kelab dan Persatuan Kelas Tambahan Melancong Membeli barangan buatan Malaysia .

Teknik Mengajar karangan yang sama isi ( Fakta/syarahan ) FAEDAH / KEBAIKAN / KELEBIHAN / KEPENTINGAN / MANFAAT Faedah Membaca Faedah Perpustakaan Faedah Berpersatuan Faedah Lawatan Faedah Menonton / mendengar radio FaedahBersukan FaedahKomputer / Faedah Melayari Internet FaedahBermainMuzik Faedah. kebaikan. kelebihan. kepentingan Isi-isi Meningkatkan ilmu pengetahuan Menambahkan maklumat dan informasi Mengisi masa lapang Hiburan dan Kegembiraan Meningkatkan Kemahiran Mengasah Bakat* Fakta/ syarahan : ICK/IKC .

FAEDAH MEMBACA AKHBAR Terdapat pelbagai jenis akhbar di pasaran seperti BeritaHarian. politik dan geografi. Sains. Faedah membaca akhbar juga dapat memenuhi masa lapang yang terluang. ekonomi. Membaca akhbar sangat penting kepada murid-murid.kita akan mendapat pelbagai jenis ilmu yang berguna kepada kita. Selain itu. Sebagai kesimpulannya. Apabila membaca akhbar. Hal ini akan memberi ketenangan kepada kita melalui bahan-bahan berbentuk hiburan dan menyeronokkan. Antaranya ialah berita tentang peperangan. Banyak faedah yang dapat kita peroleh dengan membaca akhbar. Masa terluang yang berguna ini dapat mengelakkan kita daripada melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Contohnya ialah seperti bermain permainan video. Contohnya ialah ilmu Sejarah. marilah sama-sama kita membaca akhbar. .ruangan cerita dan ruangan sukan. Utusan Malaysia dan Utusan Borneo. politik dan sukan. membaca akhbar juga dapat menambahkan maklumat dan informasi yang berguna kepada kita. Dengan membaca akhbar kita akan memperoleh berita-berita terkini dari dalam dan luar negara. Antaranya ruangan hiburan. Antara faedah membaca akhbar ialah kita akan dapat meningkatkan ilmu pengetahuan. Akhir sekali kepentingan membaca akhbar ialah dapat memberi hiburan dan kegembiraan.

ekonomi.Banyak faedah yang dapat kita peroleh dengan menonton televisyen. Panasonic. menonton televisyen juga dapat menambahkan maklumat dan informasi yang berguna kepada kita. kita akan memperoleh berita dalam dan luar negara. Menonton televisyen sangat penting kepada murid-murid. Dengan menonton televisyen juga.politik dan geografi. Akhir sekali kepentingan menonton televisyen ialah dapat memberi hiburan dan kegembiraan. Antaranya ialah rancangan hiburan. Antara faedah menonton televisyen ialah kita akan dapat meningkatkan ilmu pengetahuan.Masa terluang yang berguna ini dapat mengelakkan kita daripada perkaraperkara yang tidak berfaedah. Selain itu.politik dan sukan Faedah menonton televisyen juga dapat memenuhi masa lapang yang terluang. Contohnya ialah seperti melepak dan bermain permainan video. Sony dan Sharp.Hal ini akan memberi ketenangan kepada kita melalui bahanbahan berbentuk hiburan dan menyeronokkan. .FAEDAH MENONTON TELEVISYEN Terdapat pelbagai jenama televisyen di pasaran seperti Toshiba. Contohnya ialah sejarah. Apabila menonton televisyen.Antaranya ialah berita tentang peperangan. .cerita dan iklan.ilmu sains.kita akan mendapat pelbagai. Sebagai kesimpulannya marilah sama-sama kita menonton televisyen.

berceritadanberkawat Sebagai kesimpulannya marilah sama-sama kitamenyertai aktiviti kokurikulum. Masa terluang yang berguna ini dapat mengelakkan kita daripada melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Apabilamenyertaiaktivitikokurikulum.Haliniakanmemberiketenangan kepada kita melalui aktiviti yang mencabar danmenyeronokkan.mendirikankhemahdanmenjadipemimpin Selain itu. Banyak faedah yangdapat kita peroleh denganmenyertai aktiviti. Antarafaedahmenyertaiaktivitikokurikulumialahkitaakandapatmeningkatkanil mupengetahuan.kitaakan mendapat pelbagai jenis ilmu yang berguna kepada kita.Antaranyaaktivitikembara.Contohnyacaraberkawad.Masaterluang yangbergunainidapatmengelakkankitadaripada perkara-perkara yang tidak berfaedah.FAEDAH MENYERTAI KO-KURIKULUM Terdapatpelbagaiaktivitikokurikulumdisekolahsepertiperkhemahandanberkawa d. . Faedahmenyertaiaktivitikokurikulum jugadapatmemenuhimasalapangyangterlu ang. menyertai ko-kurikulum juga dapat memenuhi masa lapang yang terluang. Contohnya ialah seperti melepakdanbermain permainan video. Akhirsekalikepentinganmenyertaiaktivitikokurikulumialahdapatmemberihibura ndankegembiraan. Antaranya ialah bermainvideogame.Aktiviti kokurikulum sangat penting kepada murid-murid.

Kita hendaklah bijak dalam merancang perbelanjaan seharian bagi menjamin masa hadapan yang lebih terjamin. Seseorang itu hanya perlu membeli majalah. .kita dapat mengeluarkan simpanan kita untuk digunakan. Tulis karangan yang bertajuk. Oleh itu. Tambahan pula. sikap membaca boleh menjadi satu cara yang paling mudah dan murah untuk menghabiskan masa lapang.lama-lama jadi bukit. Manfaat yang jelas diberikan oleh sikap membaca ialah ilmu pengetahuan seseorang itu dalam pelbagai bidang akan bertambah.Walaupun menabung mengambil masa yang agak lama untuk menjadi banyak namun ia mendidik seseorang itu bersikap sabar dan sentiasa berusaha. akhbar atau buku dan duduk membaca di mana-mana yang sesuai buat mereka berjam-jam lamanya tanpa sebarang gangguan.Bak kata pepatah Melayu 'sedikit-sedikit.Anggaplah amalan menabung ini satu kepentingan dan perkara yang menguntungkan.Ibaratnya 'sediakan payung sebelum hujan'. “Faedah Membaca” Semua orang tanpa mengira usia perlulah menyemai minat membaca dalam sanubari mereka. Justeru. Menabung membolehkan seseorang belajar merancang masa depannya dengan baik. Pemilikan pengetahuan ini memudahkan seseorang itu untuk menyesuaiakan diri dalam kehidupan era moden yang penuh cabaran ini.'Pepatah ini amat sesuai digunakan sebagai galakan kepada kanak-kanak untuk menabung.amalan ini memberi banyak kebaikan kepada seseorang.Kebaikan Menabung Wang Menabung merupakan satu amalan yang baik. Amalan membaca memberikan banyak faedah kepada seseorang itu sepanjang hidupnya sama ada disedari atau tidak oleh diri individu tersebut. Amalan menabung ini seharusnya diteruskan sepanjang hayat. Amalan menabung ini akan memberi manfaat kepada diri sendiri dan keluarga.ibu bapa harus memberi galakan kepada anak-anak mereka supaya mengamalkan amalan ini.Hal ini berlaku demikian kerana apabila kita menghadapi masalah kewangan atau dalam kesusahan.

membaca juga boleh membantu seseorang itu terutama pelajar untuk lulus dengan baik dalam peperiksaannya.sebagai seorang anak kita hendaklah menghormati. Hidup kita tidak akan selamat sekiranya kita mereka. Sebagai seorang anak yang mengenang jasa.mustahil kita dapat mencari gantinya semula.Bahan bacaan juga boleh menjadi satu cara untuk menghiburkan seseorang itu terutama ketika keseorangan. Malah mereka amat menyayangi kita dan sanggu berkorban apa-apa sahaja untuk kebahagian kita.Walaupun ibu tidak pernah meminta dan menagih sebarang balasan. Semakin banyak buku yang dibaca semakin besarlah peluang pelajar itu untuk lulus dengan cemerlang kerana semua soalan peperiksaan berdasarkan bahan bacaan yang diberikan oleh pihak sekolah. Kita juga mestilah menunjukkan rasa kasih sayang kita terhadap ibu. Harta benda yang banyak dan wang ringgit yang berjuta-juta belum tentu dapat membalas jasa ibu kita.namun ini kita sendiri patut sedar dan insaf atas pengorbanan inu selama ini. Bagaimanakah kita mengenang jasa ibu? Ibu kita ialah insan yang bertanggungjawab melahirkan dan membesarkan kita.apalah lagi di saat usia ibu yang sudah meningkat dan memerlukan perhatian.menghargai dan menyayangi seorang ibu kita.sudah pastinya kita tidak akan hidup di muka bumi ini.kita mestilah berusaha untuk membalas jasa ibu kita. Ada banyak bahan bacaan yang mampu memberikan pelbagai bentuk hiburan seperti novel. Kita hendaklah menghormati ibu dan jangan sesekali menyakiti hati perasaan ibu.Tanpa kehadiran mereka. Malah. Konklusinya. tabiat suka membaca perlu dipupuk sejak kecil. cerpen dan puisi kepada pembacanya dengan mudah. Hanya kasih sayang . Minat ini kemudiannya akan berkembang apabila mereka menjadi dewasa lalu amalan ini akan terus wujud dalam diri seseorang itu. Mereka tidak pernah merungut atau menyesal dengan kehadiran kita. Segala jasa dan pengorbanan yang dicurahkan kepada kita tidak bernilai harganya dan tidak dapat diukur dengan anak ringgit dan emas sekalipun. Oleh itu. Kita juga hendaklah menyedari dan tugas berat yang terpaksa dipikul oleh ibu ita untuk membesarkan kita sehingga menjadi manusia yang berguna.

Ringkasnya. . saya akan menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk “Faedah Bergotongroyong”. Tulis karangan tentang cara-cara menjaga kesihatan diri. Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis. Berdasarkan makna ini.yang abadi dapay mengukur sejauh mana kita sanggup membalas jasa dan pengorbanan ibu terhadap kita. sebarang aktiviti kerja yang dilaksanakan secara bersama-sama bolehlah dianggap sebagai bergotong-royong. Guru Besar. Kita sebagai rakyat di negara ini yang terdiri daripada pelbagai kaum perlu mengekalkan amalan murni ini supaya satu masyarakat yang bersatu-padu mampu dihasilkan dengan mudah. Menurut Kamus Dewan 2009. Memandangkan masa tidak mengizinkan saya untuk terus berkata-kata. kita bukan sahaja dapat menjimatkan kos dan masa tetapi mengeratkan perpaduan sesama ahli masyarakat setempat kerana berlakunya interaksi ketika amaln bergotong-royong ini dilakukan. konsep gotong-royong membawa maksud mengerjakan atau mengusahakan sesuatu secara bersama-sama. Oleh itu. Dengan amalan ini. biarlah saya mengundurkan diri dahulu. guru-guru. Di kampung-kampung. mudah dan menjimatkan kos serta meriah. Hadirin sekalian. amalan ini merupakan satu tradisi mulia yang perlu dikekalkan. dan para hadirin. Perpaduan yang selama ini wujud banyak bergantung kepada kekerapan aktiviti bergotong-royong ini dilakukan. Ada pagi yang mulia ini. majlis perkahwinan menjadi lebih mudah untuk dilaksanakan jika semua ahli masyarakat bekerjasama melaksanakannya selain menjimatkan kos untuk mengupah orang datang memasak atau membina pelamin buat pasangan pengantin. Amalan bergotong-royong memastikan semua kerja dapat dilaksanakan dengan cepat. sikap mementingkan diri dapat dihindarkan menerusi amalan yang murni ini. barisan hakim yang arif lagi bijaksana. Sebagai contoh. Tulis sebuah syarahan yang bertajuk “Faedah Bergoyong-royong:. Penjagaan kesihatan diri sangat penting kepada kita. amalan ini masih lagi boleh dilihat dan berlaku sehingga hari ini.

Bayangkan kerja mengemas rumah tanpa alat pembersih habuk atau mesin pembasuh pakaian yang menyenangkan kerja membasuh baju kita. Makanan segera perlulah dijauhkan tetapi air hendaklah diambil dalam kuantiti yang banyak dalam sehari untuk menjamin kesihatan yang baik. Sumbangan Sains dan Teknologi Dalam Kehidupan Manusia. pemakanan yang seimbang amat penting terutama makanan yang berzat. Kewujudan teknologi dan sains telah menyebabkan banyak kerja manusia menjadi lebih mudah untuk dilaksanakan. aktiviti bersenam juga mampu mengekalkan kadar kesihatan yang baik. Cara yang laing mudah ialah seseorang itu perlu menjaga kebersihan diri. Bincangkan Kehidupan manusia memang banyak dipengaruhi oleh sains dan teknologi. Malah. Pemeriksaan yang berjadual sebegini mampu mengesan penyakit ketika di peringkat awal lalu mudah menyembuhkannya dan nasihat doktor hendaklah dipatuhi selalu.Semua individu perlu menjaga kesihatan mereka sendiri supaya mereka dalam keadaan yang sihat dalam hidup mereka. Lihat sahaja ciptaan seperti kereta. Kesihatan yang baik bukan sahaja menijmatkan kos perubatan seseorang itu tetapi memberikan satu kehidupan yang penuh ceria kepada diri dan keluarga jua. menjaga kesihatan merupakan satu tanggung jawab yang harus dilaksanakan dengan penuh amanah. Kerja mengemas yang mudah ini menjadikan kehidupan manusia lebih produktif. Manusia boleh bergerak ke satu . Aktiviti mandi dan memakain pakaian yang bersih serta memastikan kawasan sekeliling rumah bersih merupakan langkah yang paling praktikal untuk dilakukan oleh sesiapa sahaja. rumah dan komputer yang begitu lumrah dalam kehidupan manusia kini. Selain itu. Kesimpulannya. Jadi. Senaman memastikan peluh dikeluarkan bersama-sama toksik badan yang mampu memberikan seseorang itu tahap imunisasi yang tinggi terhadap sebarang serangan penyakit. Selain itu. memang banyak sumbangan yang wujud. Seseorang itu juga perlulah bertemu dengan doktor mengikut jadual berkala. teknologi dan sains juga mampu menjimatkan masa perjalanan seseorang dengan terciptalah system pengangkutan moden. Ada banyak cara untuk memastikan kesihatan seseorang itu dalam keadaan baik.

Hari Kecemerlanan .Hari guru. Hasil teknologi dan sains menjadikan wujudnya pelbagai peralatan yang menjadikan manusia lebih baik kehidupannya. manusia juga memperoleh banyak ilmu pengetahuan menerusi teknologi dan sains ini. Mungkin ada hasil ciptaan itu membawa keburukan tetapi semua kesan buruk itu ditimbulkan oleh sikap manusia sendiri. kita harus menghargai semua ciptaan sains dan teknologi ini.Hari Kemerdekaan . Berita.Hari Kanak-kanak . Kalau dahulu perjalanan memakan masa sebulan atau setahun kini perjalanan itu hanya memerlukan beberapa jam atau minit sahaja. teknologi dan sains memang memberi sumbangan yang ketara terhadap kehidupan kita semua.tempat yang lain dengan mudah melalui kereta.Hari Pusat Sumber .Hari Kantin . Keperihalan. Oleh itu. Manusia menjadi semakin mengetahui keadaan sekeliling mereka dengan kemunculan teknologi dan sains ini. Kalau dahulu manusia terpaksa bekerja keras untuk melakukan sesuatu kini sudah berubah. Sebenarnya. Teknik mengajar karangan yangsama isi selain karangan fakta Laporan. Surat Tak Rasmi . Kini sudah wujud buku secara elektronik dan internet pula memudahkan manusia untuk memperoleh pelbagai informasi dengan hanya menekan papan kekunci komputer mereka sahaja. Malahan. semua hasil ciptaan sains dan teknologi menjadikan kehidupan manusia lebih selesa.Hari Kokurikulum . Kesimpulannya. kapal terbang dan kapal laut serta kereta api. .

Acara atau aktiviti 4. Kedatangan Tetamu 2. Penyampaian hadiah 6. Majlis dimulakan –Doa. Bersurai/perasaan Karangan Cerita P1 –Pancaindera P2 –Menyiasat P3 -Minta bantuan P4 -Beri bantuan (sebelum bantuan tiba) P5 –Bantuan sampai P6 –Nilai murni/ Ucap terima kasih/perasaan Kaedah Pengajaran Murid Sederhana dan Lemah Kaedah Pengajaran Murid Berpencapaian Sederhana. ucapan aluan. Lemah. Khir Kassim Pengenalan . ucapanperasmian 3. atau GARUK (Untuk rakan-rakan guru Bahasa Melayu terutamanya guru-guru SMKBBST) Oleh: Cikgu Mohd.Isi-isi karangan 1. GALUS. Berhenti rehat – jamuan 5.

Selain itu. Biasanya bagi kelas murid lemah ini. Jadi. Jika mereka menguasai silibus minimum ini pun . Satu aspek yang paling penting dan perlu diberikan penekanan ialah kemahiran dalam kawalan kelas. malahan di rumah pun ada peraturan yang perlu dipatuhi. sudah pasti ada peraturan atau undang-undang yang perlu dipatuhi. ketika berada di dalam kelas sudah tentu murid-murid perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh guru dan pihak sekolah. Apabila kelas sudah dapat dikawal. otak kita sentiasa bergerak cergas kerana kita memaksanya berfikir untuk mencari kaedah yang menarik dan sesuai untuk menangani pelbagai masalah di dalam kelas murid lemah ini. Guru perlu mengawal kelas agar disiplin murid di dalam kelas murid lemah itu terkawal. tidak menguasai kemahiran bahasa yang baik dan sering dikaitkan dengan masalah disiplin. namun ada juga yang lambat untuk memahami isi pengajaran yang diajarkan oleh guru. cabaran yang terpaksa dihadapi oleh guru yang mengajar murid kelas lemah berbanding dengan kelas pandai adalah lebih hebat. kita perlu mengikut peraturan. Sering kali juga kita mendengar bahawa guru-guru akan melabel murid-murid tersebut dengan berbagai-bagai label atau panggilan yang negatif. Perkara ini perlulah dielakkan jika kita benar-benar hendak membantu murid yang lemah ini. Cabaran dan Tanggungjawab Guru Oleh hal yang demikian. Di jalan raya. jadikan cabaran itu sebagai peluang untuk berbakti kepada anak bangsa. Oleh hal yang demikian. Perkara yang sudah pasti ialah pelajar yang lemah juga. Terangkan kepada murid. Ada yang cepat faham akan isi kandungan pelajaran yang diajarkan oleh guru. Selain itu apabila kita mengajar murid lemah. barulah guru memulakan pelajaran. bahawa kita hidup memang dikawal oleh peraturan. terangkan kepada mereka sebab atau faktor yang menyebabkan guru mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana murid yang tidak mendengar arahan guru. terdapat pelbagai cara atau kaedah yang boleh digunakan untuk mengajar murid sama ada yang cerdik dan pintar ataupun yang sederhana ataupun lemah. Namun demikian. Kaedah yang digunakan perlu dipelbagaikan kerana kelemahan murid pun berbeza-beza. Penulis cuma akan menyentuh cara atau kaedah untuk mengajar murid yang sederhana dan lemah sahaja dalam perbincangan kali ini. guru-guru perlu menggunakan silibus minimum kerana tahap pencapaian mereka memang rendah.Memang sudah menjadi lumrah alam bahawa murid-murid yang kita ajar mempunyai tahap pencapaian yang berbeza-beza. Tidak kira kita berada di mana pun.

Guru juga seharusnya mempunyai personaliti dinamik. dan intelek akibat penerimaan pengetahuan atau kepercayaan baharu. Selain itu. Sebagai guru. Menurut Wan Zah Wan Ali (2000). emosi. guru yang efektif mempunyai sikap yang adil dan tidak pilih kasih. Oleh hal yang demikian. dan stabil emosinya. rohani. tenang. kita perlu menekankan pembelajaran yang berkesan di dalam kelas. iaitu menarik. sikap dan objektif yang telah ditetapkan. pengetahuan. aktif. bertimbang rasa. demokratik dan bersemangat. Elakkan sikap merendah-rendahkan kebolehan atau pencapaian mereka kerana perkara itu akan mematikan semangat mereka dan yang lebih buruk lagi akan menyebabkan mereka benci kepada guru dan mata pelajaran yang diajarkan oleh guru itu. Dengan cara yang demikian. dan bersungguh-sungguh semasa mengajar murid. Pakar-pakar pendidikan juga mengatakan bahawa pengajaran yang berkesan ialah pengajaran yang menarik. Perkara ini akan memberikan keyakinan kepada mereka untuk menjawab soalan yang lain pada masa akan datang. Kajian Tindakan . suka menolong individu yang lain. harapan dan mereka juga perlulah berfikir secara positif. Perkara ini penting kerana mereka berasa selesa. Hasil pembelajaran yang dimaksudkan ialah perubahan tingkah laku pelajar dari segi jasmani. Hal ini juga akan menimbulkan tanggapan positif pelajar terhadap guru. bertanggungjawab. baik hati. Namun begitu kita perlu memotivasikan mereka dengan memberikan peluang. Pelajar akan menganggap guru mudah dihampiri dan guru juga perlulah menyelitkan unsur humor atau jenaka di dalam kelas agar tidak membosankan murid. Pengajaran yang berkesan merupakan pengajaran yang membolehkan pelajar memperoleh kemahiran. kerana mereka kurang bermotivasi untuk mencapai tahap yang lebih tinggi seperti murid-murid pintar yang lain. guru juga perlu memberikan contoh teladan yang baik serta memakai pakaian yang kemas dan sesuai untuk menggambarkan imej sebagai seorang pendidik yang cemerlang. Seterusnya. guru perlulah memberikan pujian walaupun jawapan mereka kurang tepat dan jangan sekali-kali menghina atau memandang rendah terhadap mereka walaupun jawapan yang diberikan oleh mereka itu tidak tepat atau salah. Pengajaran berkesan atau efektif juga sebenarnya merupakan pengajaran yang digemari oleh pelajar.sudah bolehlah dibanggakan. banyak bersabar dalam melayani kerenah pelajar. tertarik dan lebih yakin untuk belajar dalam keadaan yang sedemikian. Guru juga perlu mengamalkan sikap peramah dan mudah didekati. pelajar tidak akan berasa takut untuk bertanya soalan atau berkomunikasi dengan guru. pengajaran yang efektif dapat ditakrifkan sebagai suatu aktiviti yang berupaya meningkatkan hasil pembelajaran dalam suasana yang sihat.

Guru perlu mencuba pelbagai cara atau teknik. maka guru bolehlah mencuba cara atau teknik yang lain. Guru boleh bertanya kepada murid-murid dan berbincang dengan mereka tentang cara-cara atau teknik-teknik yang disukai oleh mereka semasa di dalam kelas. Sekurang-kurangnya guru perlu memikirkan cara atau teknik untuk membantu murid-muridnya dalam mata pelajaran yang diajarnya itu. Oleh hal yang demikian. walaupun beberapa kali sehinggalah bertemu dengan cara atau kaedah yang berkesan. Murid-murid tersebut hendaklah diberikan aktiviti yang berbentuk "hands on" dan perkara ini tidak membosankan mereka. Kajian tindakan perlu dijalankan kerana guru dapat mengenal pasti kelemahan murid di dalam kelasnya sendiri dan cuba untuk membimbing atau merawat murid-murid yang lemah.Guru-guru seharusnya menjalankan kajian tindakan di dalam kelas. Selain secara lisan. Perkara yang lebih penting ialah semangat guru itu untuk mencari cara atau teknik yang berkesan perlulah diberikan pujian dan mereka tidak seharusnya mudah berputus asa jika gagal buat kali pertama. guru-guru perlulah mencari cara atau teknik yang sesuai untuk mengatasi kelemahan murid-muridnya itu. Untuk menarik perhatian murid. Guru juga perlu mendapatkan komen atau pandangan murid tentang perkara-perkara yang tidak disukai oleh mereka terhadap guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung. Jika jawapannya negatif. Oleh yang demikian sudah . Guru-guru boleh berbincang dengan rakan-rakan sejawatan untuk mencari cara dan teknik yang berkesan itu. Sekiranya cara atau teknik yang digunakan itu kurang berkesan untuk mengatasi kelemahan muridnya itu. guru juga boleh mengedarkan soal selidik yang ringkas ataupun murid-murid menulis sebarang komen tentang cara guru mengajar murid. Selain itu guru boleh mendapatkan pandangan murid tentang cara yang digunakan oleh guru sebelum ini. Guru bolehlah menggunakan cara yang disukai oleh murid agar pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan berkesan. sudah tentu kaedah pengajaran mesti menarik perhatian mereka. Tambahan pula murid-murid yang lemah ini lebih berminat terhadap pengajaran guru jika mereka dilibatkan sama dengan aktiviti yang disukai oleh mereka. Sudah tentu guru-guru yang mengajar murid-murid di dalam kelasnya sendiri yang mengetahui kelemahan yang dihadapi oleh murid-muridnya. guru harus mengubah teknik tersebut. sama ada cara itu membosankan atau menarik perhatian mereka. Dengan menggunakan kaedah tersebut. guru-guru perlulah menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan bahan bantu belajar (BBB). Teknik Pengajaran yang Berkesan Guru-guru seharusnya peka dengan tuntutan Kementerian Pelajaran yang mahu kaedah pengajaran guru mestilah berpusatkan pelajar dan tidak berpusatkan guru.

Perkara ini sudah menjadi lumrah iaitu murid-murid ini juga manusia biasa dan perlu dihormati untuk meningkatkan harga diri mereka. Sekiranya ada murid yang pandai melukis. Beri latihan yang mudah kepada pelajar lemah atau permudahkan latihan itu dengan memberikan latihan terarah atau mengisi tempat kosong. Sebagai contohnya. guru-guru perlu memberi latihan kepada murid mengikut tahap dan kemampuan mereka. guru perlulah bersikap tegas terhadap murid tetapi bukannya garang. Guru-guru juga harus kreatif dan mencipta kaedah sendiri yang berkesan dan biasanya berbentuk formula yang memudahkan murid mengingat sesuatu fakta. Oleh itu guru-guru perlu mendampingi murid-murid dan bimbinglah mereka kerana mereka sebenarnya memerlukan bimbingan. Oleh itu guru-guru perlu menghormati murid-muridnya dan insyaallah. Di samping itu guru-guru juga perlu melatih pelajar untuk membuat pembetulan terhadap kesalahan yang dilakukan dan guru perlu menyemak latihan murid dengan teliti. Biasanya murid-murid yang selalunya biadap terhadap guru juga akan tunduk kepada guru yang menghormati mereka dan meningkatkan harga diri mereka. Seterusnya langkah yang akhir ialah teknik latih tubi atau teknik hafalan perlulah dilakukan dan kalau perlu . Selain itu cari perkara disukai oleh mereka dalam pengajaran dan pembelajaran. Hal ini demikian kerana muridmurid tidak suka akan guru-guru yang bersikap sedemikian. Guruguru hendaklah selalu memberikan pujian dan kata-kata semangat terhadap murid sebagai dorongan untuk mereka belajar dan lulus dalam peperiksaan. Selain itu.tentulah memerlukan BBB yang digunakan untuk menarik perhatian murid selain faktor guru yang mesra dan tidak terlalu serius semasa pengajaran dan pembelajaran. Selalu ingatkan mereka agar berfikir secara positif dan yakinkan mereka bahawa mereka boleh lulus dalam peperiksaan tetapi mestilah diikuti dengan usaha gigih dan berterusan tanpa mengenal putus asa. gunakan formula ”IniKah Cinta” (Isi. Dalam mengendalikan kelas yang lemah dan bermasalah ini. Hal ini demikian kerana. murid-murid juga akan hormat kepada guru. Kesan dan Contoh) untuk menghurai isi karangan dalam satu perenggan. Guru-guru perlulah memberikan harapan dan sokongan moral kepada pelajar untuk berjaya atau lulus dalam peperiksaan. Pakar-pakar dalam bidang pendidikan juga sering mengaitkan bahawa pengajaran yang berkesan ialah pengajaran yang menarik. minta mereka melukis perkara yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran pada hari itu di dalam kelas. murid-murid perlu diberikan penerangan tentang sebab-sebab guru perlu bertindak dengan tegas semasa pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung. Selain itu guru juga tidak seharusnya bersikap prejudis dan pilih kasih semasa mengajar murid di dalam kelas. Pastikan murid membuat pembetulan bagi setiap kesalahan yang ditandakan.

. Diharapkan usaha kita diberkati dan mendapat hasil seperti yang diharapkan iaitu untuk melahirkan modal insan yang cemerlang.. guru-guru yang mengajar murid-murid yang lemah memang berhadapan dengan cabaran yang hebat. Terasa jelas masih banyak yang perlu saya pelajari.. Jangan lupa bahawa kerja itu juga sebagai ibadah dengan syarat kerja itu dilakukan dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh. Cikgu Mohd Khir Kassim Teknik mengajar penulisan bagi pelajar lemah/GaLus " Guru 1 : Macam mana mengajar kelas hujung? Saya : Boleh la. Oleh. Penutup Kesimpulannya. gemilang dan terbilang mengikut kemampuan masing-masing. guru-guru mesti memiliki komitmen yang tinggi terhadap murid dan sanggup membuat kerja lebih demi membantu murid. . Perlu diingat bahawa mendidik murid juga merupakan satu perjuangan.lengkapkan murid dengan fakta-fakta penting yang mungkin ditanya dalam peperiksaan. guru-guru perlulah bersemangat dan bermotivasi tinggi semasa berada di dalam kelas untuk menggalakkan murid-murid bersemangat dan bermotivasi semasa belajar. sama seperti berjuang di medan jihad. Oleh hal yang demikian. Dengan perkataan lain. Selain itu elakkan sikap mengajar murid cuma setakat menjalankan tugas semata-mata. Di samping itu. Hasil dari perbincangan dengan rakan guru dalam mengajar Bahasa Melayu. beliau mencadangkan beberapa teknik P&P Bahasa Melayu (Penulisan) yang berkesan berdasarkan pengalaman dan aplikasi oleh guru-guru. anggaplah masalah yang dihadapi di dalam kelas itu sebagai cabaran dan peluang untuk memberikan sumbangan dan bukannya masalah atau halangan. (tersengih-sengih) " Saya menghadapi cabaran yang hebat untuk mengajar pelajar yang lemah. Hal ini boleh membantu mereka sekurang-kurangnya untuk lulus dalam peperiksaan. Berikut adalah beberapa strategi atau cara mengajar karangan Bahasa Melayu bagi pelajar lemah dan GaLus.

murid mengeja Perbetulkan ejaan Ambil isi karangan dalam perenggan 1 sahaja Tuliskan di papan kapur Bina ayat daripada isi karangan Beri penekanan kepada pemerengganan dan tanda baca Teknik 4 Salin contoh karangan Mengambil imlak .dalam bentuk isi tempat kosong sebagai latihan Teknik 2 Beri gambar tunggal/bersiri Bina ayat berdasarkan gambar Berikan kosa kata yang dominan dengan gambar Mula mengarang Semak karangan/kesan tanda baca dan ejaan Teknik 3 Edar karangan lengkap Cari perkataan sukar. catat di papan kapur Guru/murid .Teknik 1 Edar contoh karangan lengkap kepada murid Guru baca bersama murid Menyalin perenggan demi perenggan Semak ejaan/tanda bacaan Edar karangan yang sama .sebut/baca/ulang/terangkan makna perkataan tersebut Guru menyebut .

INGIN BELAJAR. teknik di atas diamalkan oleh guru sekolah rendah. Namun. APAPUN.tetapi. dengan sedikit ubahsuai.. MARCH 4.. 2010 10:27:00 PM GMT+08:00 MYVI said.. saya seorang guru di sebuah sekolah Orang Asli..... Jikalau sudi.... rasanya boleh diaplikasikan di semua peringkat. :) POSTED BY ADZFAR AT 12:05 AM 3 COMMENTS: Ah said... TAMBAH GULA. Teknik yang sangat baik.saya telah pun mempraktikkan salah satu teknik tersebut. bolehlah kongsi teknik-teknik yang mungkin anda telah cuba. TERUSKAN NIAT MURNI KERNA BILA KITA BUAT ANALISIS SENDIRI KITA AKAN MEMOTIVASIKAN DIRI KITA DISAMPING MEMANTAPKAN ILMU SAUDARA. NAK MASIN TAMBAH GARAM..malah menunggu untuk 'disuap' sahaja. Sekadar berkongsi . Saya uji di peringkat peperiksaan Alhamdulillah pelajar mampu mengingat kembali karangan tersebut. NAK MANIS. HIDUP NIE MACAM-MACAM ADER. FEBRUARY 5. Bagi pecutan akhir biasanya untuk kelas Galus saya galakkan pelajar menyalin contoh karangan cemerlang kerana pelajar akan ingat format dan binaan karangan. JADI BILA MASAK 2. murid masih malas untuk berfikir sendiri. ANDA SEORANG YANG AMAT TELITI...hanya 2~5 orang sahaja yang dilihat cuba untuk berusaha. RASA LA NAK YANG MACAM MANA. BRO. 2010 11:37:00 PM GMT+08:00 gee said...Latihan mengarang/banyak salah buat semula Baca contoh-contoh karangan Tampal contoh karangan dalam bilik darjah Apa yang saya bincangkan. Harap memberi manfaat..

201 .JULY 19.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->