You are on page 1of 16

Bahan dan peralatan yang digunakan

1.0 bahan
1.1 MDF (Medium Density Fibre)

1. Dibuat daripzada serat kayu lembap dan bahan kayu terbuang yang dimampatkan serta diglukan. 2. Dijual dalam saiz 4'X dengan pelbagai ketebalan. 3. MDF biasanya disadurkan dengan bahan kemasan untuk mendapatkan permukaan yang berwarna atau bercorak ira kayu. 4. Kegunaan MDF biasanya adalah untuk pembuatan perabot moden dan perumahan.

1.2 KAYU

SIFAT-SIFAT KAYU

Kekuatan

1. la bergantung kepada ketumpatan, kandungan lembapan , struktur ira kayu, kecacatan kayu modulus keanjalan kayu. 2. Kayu yang berketumpatan tinggi lebih kuat daripada berketumpatan rendah. 3. Dinding set yang tumpat akan menghasilkan kayu yang kuat. 4. Set ini akan menyediakan ruang untuk menyimpan makanan seperti kanji, gula garam dan resin. 5. Ketahanlasakkan kayu bergantung pada kandungan lembapan. 6. Kayu yang mempunyai lembapan yang tinggi menyebabkan pertumbuhan kulat dan menarik minat serangga perosak.

Kekuatan Tegangan

1. Sifat rintangan kayu terhadap daya yang cuba menarik kayu ini. 2. Dinyatakan dalam bentuk tegasan. 3. Kekuatan tegangan selari dengan ira jauh lebih tinggi daripada kekuatan tegangan tegak dengan ira iaitu 40 kali ganda pada keadaan kering udara.

Kekuatan Mampatan

1. Diperhatikan dalam selari dan tegak kepada ira. 2. Dinyatakan dalam bentuk tegasan. 3. Kekuatan mampatan selari dengan ira untuk kayu lampung adalah lebih kurang 1/2hingga 1/3 kekuatan tegangan selari dengan iranya. 4. Kekuatan mampatan tegak kepada iranya mempunyai kaftan rapat dengan kekerasan kayu.

Kekerasan Kayu

1. Adalah rintangan kepada daya yang cuba melekukkannya. 2. Kekerasan kayu mempunyai kaitan yang rapat dengan kekuatan mampatan tegak kepada iranya. 3. Kekerasan juga adalah ketahanan terhadap hausan, bergantung kepada ketumpatan, kekutuban dab lekitan sel kayu.

Rintangan Terhadap Hentaman Dan Rekahan

1. Rintangan terhadap hentaman adalah keupayaan bahan kayu menyerap tenaga daripada hentaman dan kejutan tanpa mengalami kerosakan. 2. la bergantung kepada kekuatan, keanjalan dan keplastikan. 3. Rekahan adalah gerak balas kopakan kayu yang berlaku jika suatu tindakan baji dikenakan kepadanva. Apabila paku diketuk masuk ke dalam kayu, suatu tindakan baji diwujuudkan terhadap iranya, akibatnya sebahagian daripada serat kayunya terpisah menyebabkan sentuhan antara kayu dan paku.

2.0 alatan
Alatan yang akan digunakan bergantung kepada teknik pembinaan yang akan dilakukan. Teknik pembinaan adalah kerja-kerja yang melibatkan beberapa proses:

MENGUKUR

KEMASAN

MENANDA

MEMOTONG

MEMBENTUK

MENCANTUM

2.1 Alat mengukur

2.1.1 Pembaris Keluli

Kegunaan alat ini ialah :-

1. -mengukur dan memindahkan 2. -membina garisan lurus pada permukaan 3. -menguji kerataan permukaan

2.1.2 Sesiku L

Kegunaan Sesiku L

1. Menguji sesuatu permukaan bersudut 2. tepat dan kerataan permukaan kayu 3. Menguju kepersegian kayu 4. Menguji tepi yang bertsudut tepat 5. Menguji Kerataan kayu

2.1.3 Pita Pengukur

Kegunaan:

1. Mengukur jarak yang pendek serta panjang 2. Memindahkan ukuran

2.2 alatan menanda


2.1.4 Pensil Tukang

Kegunaan:

1. Menanda 2. Merancang tanda.

2.3 Alat Membentuk

2.3.1 Pahat Pelubang atau Pahat Kukuh

Kegunaan:
1. Pahat Pelubang dibuat dengan matanya yang tebal supaya tahan diketuk dengan gandin semasa membuat lubang atau kerja-kerja kasar. 2. Sudut menajamkan mata menggunakan batu asah pula antara 30 hingga 35. 3. Semasa mencanai matanya mestilah bersudut 20 hingga 25.Lihat rajah di sebelah

2.3.2 Pahat Peraut atau Pahat Tepi Serong

kegunaan
1. Lebar matanya antara 3 mm hingga 50 mm 2. Sudut menajamkan mata pahat ini ialah 25.Manakala untuk menajamkan menggunakan mesin pencanai pula ialah 20. 3. Pahat peraut sesuai untuk kerja-kerja meraut seperti mengemaskan tanggam dan acuan yang mempunyai pelbagai bentuk kumai. 4. Gandin diperlukan semasa mengetuk pahat ini.

2.3.3 Gandin

Kegunaan:

1. Memahat dan memasang atau menanggalkan tanggam

2.4 Alat mencantum


2.4.1 Tukul Kuku Kambing(Tukul Besi Berkuku)

1. Saiznya ditentukan mengikut berat kepala biasanya antara 260 g hingga 1.2 kg. 2. Saiz lazimnya antara 0.5 kg hingga 0.6 kg 3. Tukul ini digunakan untuk mengetuk dan mencabut paku.

2.4.2 Nail air gun

Kegunaan

1. Mencamtumkan kayu dengan menggunakan tekanan angin. 2. Paku terdapt dalam 2 saiz. 3. Boleh merosakkan permukaan kayu jika kayu itu lembut.

2.4.3 Mesin Gerudi lantai

Kegunaan: 1. Menebuk kayu, keluli, tembok bata dan struktur

2.5 ALAT MEMOTONG


Alat-alat dalam bahagian ini ialah untuk menyediakan kayu kepada saiz dan bentuk yang dikehendaki. Alatan yang saya gunakan ialah:

2.5.1 Gergaji Puting

Kegunaan:

1. Mengerat secara lurus untuk membuat tanggam seperti membuat puting dan lain-lain.

2.5.2 Gergaji Bulat Rencong

Kegunaan:

1. Memotong kayu atau papan berbentuk rencong 2. Untuk memotong dengan sudut tertentu 3. Memotong 45 atau 90

2.5.3 Mesin Gergaji Lengan

Kegunaan:

1. Memotong kayu atau papan dalam keadaan lurus atau serong 2. Membuat tetingkap atau parit..

Kikir Pipih Tirus


Kikir pipih tirus digunakan dalam kerja-kerja am yang melibatkan berbagaibagai jenis kerja yang berlainan. Gigi kikir beperanan kepada pengkelasan dred iaitu sederhana, kasar, halus dan sangat halus. Pada permukaan kikir, giginya dipotong silang intan dan terdapat gigi lurus pada kedua-dua belah tepi, dua pertiga panjangnya berbentuk selari dan satu pertiga panjang hujungnya berbentuk tirus.

Kikir Pipih Kasar


Gred kiki pipih kasar terdiri daripada gred kasar hingga sangat halus. Kikir jenis ini perlu digunakan untuk kerja-kerja penyudahan. Salah satu tepi kikir ini tiada gigi dan tepi ini digelar tepi selamat. Tepi selamat digunakan semasa mengikir tepi penjuru dalam.

Kikir Belah Rotan


Kikir ini digunakan untuk kerja-kerja penyudah bahagian yang telah siap. Gigi pada permukaan rata berbentuk wajik.
Gigi pada permukaan yang melengkung berbentuk silang.

Kikir Bulat
Kikir ini juga dikenali sebagai kikir ekor tirus. Kikir ini digred dari pada kasar hingga gred halus. Bentuk giginya lurus dan bersilang. Kikir ini digunakan untuk membesarkan lubang yang berbentuk bulat dan lubang melengkung

Kegunaan: Menebuk kayu, keluli, tembok bata dan struktur

You might also like