You are on page 1of 36

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK EDU1302

1.0 KONSEP PERKEMBANGAN KANAK-KANAK Manusia adalah makhluk yang diciptakan oleh Allah dengan sebaik-baik kejadian. Manusia pertama yang hidup di muka bumi ini ialah Nabi Adam dan setersunya ialah Hawa. Secara realiti dan hakikinya, setiap manusia pasti akan mengalami perubahan diri dan cara hidup dengan melalui proses pertumbuhan dan pekembangan mereka. Sifat perubahan ini tidak dapat diukur, tetapi jelas kelihatan berubahan mengikut peredaran masa. Perkembangan yang berlaku daripada peringkat permulaan percambahan sel sehingga akhir hayat organisma. Menurut Shaffer (1999) seperti yang ditulis oleh Kamarulzaman Kamaruddin (2009) dalam bukunya yang bertajuk Psikologi Perkembangan : Panduan Untuk Guru, perkembangan merupakan satu proses perubahan yang berlaku secara kompleks. Menurut beliau, perubahan secara kuantitatif adalah perubahan yang dapat diukur secara konkrit seperti pertambahan saiz, tinggi dan berat. Perubahan ini adalah perubahan kuantiti kerana ia dapat ditentukan dengan ukuran pada satu peringkat ke satu peringkat yang lain. Santrock (2008) mentafsirkan perkembangan sebagai perubahan dalam corak biologi, kognitif dan sosioemosi individu yang bermula daripada peringkat percambahan sehingga ke akhir hayat. Manakala, menurut Crow dan Crow (1980), perkembangan merupakan perubahan secara kulitatif serta cenderung ke arah yang lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan sosial. Pandangan ini turut disokong oleh Atan Long (1980). Selain itu, Paul Enggan dan Don Kauchak pula berpendapat perkembangan adalah perubahan yang berurutan dan kekal dalam diri seseorang hasil daripada pembelajaran, pengalaman dan kematangan. Secara ringkasnya, Mok Soon Sang (2008) menjelaskan bahawa perkembangan ialah perubahan kualitatif yang tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi dapat dilihat daripada sifat baharu yang berlainan daripada peringkat lebih awal.

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK EDU1302

2.0 PRINSIP PERKEMBANGAN KANAK-KANAK Menurut Mok Soon Sang (2009), pertumbuhan dikatakan berlaku dalam dua arah iaitu dari atas ke bawah dan dari tengah ke tepi. Misalnya, perkembangan dari arah kepada ke kaki (cophalocaudal), iaitu mengikut struktur dan fungsi (kepada dahulu sebelum badan dan kaki) dan dari arah tengan ke tepi (proximodistal), iaitu dari tengah menghala ke tepi anggota badan (tangan bergerak dahulu sebelum jari tangan bergerak). Seterusnya, Mok Soon Sang menjelaskan bahawa perkembangan dan pertumbuhan boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat iaitu peringkat pralahir (prenatal) iaitu ketika dalam kandungan selama 9 bulan, peringkat bayi iaitu ketika berumur 0 hingga 2 tahun, peringkat awal kanak-kanak ketika berumur 2 hingga 3 tahun, peringkat pertengahan iaitu ketika kanak-kanak berumur 6 hingga 9 tahun, peringkat akhir kanak-kanak iaitu berumur 9 hingga 11 tahun, peringkat awal remaja berumur 11 hingga 15 tahun, peringkat pertengahan remaja iaitu ketika berumur 16 hingga 18 tahun, peringkat akhir remaja ketika berumur 18 hingga 21 tahun, peringkat dewasa ketika berumur 21 hingga 60 dan peringkat tingkah laku saling berkait dengan proses perkembangan. Ini bermakna, perubahan ini melibatkan perubahan jasmani, emosi, mental dan sosial dari segi kuantiti serta kualiti. Menurut Haliza Hamzah, Joy N. Samuel dan Rafidah Kastawi (2008), terdapat lima prinsip perkembangan kanak-kanak. Prinsip pertama, proses perkembangan berlaku mengikut aturan. Misalnya seseorang bayi pada peringkat awal boleh duduk dengan bantuan, kemudian merangkak diikuti dengan kebolehan berdiri dan seterusnya berjalan. Proses perkembangan bayi adalah sama dalam semua peringkat melainkan bayi yang lahir awal, mungkin akan lambat dalam beberapa aspek. Perkembangan juga bermula daripada konkrit kepada abstrak terutamanya dalam perkembangan kognitif dan bahasa. Prinsip kedua, perubahan dalam pertumbuhan dan perkembangan beransur daripada keadaan umum kepada yang lebih spesifik. Contohnya, seorang bayi boleh menggenggam objek dengan tangan sebelum belajar menggunakan jari tangan.
2

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK EDU1302

Pertumbuhan berlaku dengan otot-otot kasar terlebih dahulu sebelum beransur ke otototot halus. Seterusnya, mereka menyatakan bahawa pertumbuhan dan perkembangan adalah satu proses yang berlaku secara berterusan. Dengan kata lain, pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak berlaku secara berterusan daripada lahir sehingga mati. Dalam proses perkembangan, seorang kanak-kanak akan mendapat kemahiran yang tertentu. Kemahiran yang ada padanya sekarang juga merupakan asas untuk mencapai kemahiran-kemahiran baharu kelak. Prinsip yang keempat pula ialah corak dan aturan perkembangan adalah hampir sama tetapi kadar perkembangan manusia berbeza untuk setiap individu. Sebagai contoh, sesetengah kanak-kanak dapat berjalan pada umur 10 bulan manakala ada yang boleh berjalan pada 18 bulan. Ini akan menjejaskan perkembangan emosi dan sosial kanak-kanak tersebut. Perkara ini adalah salah satu faktor yang membawa kepada perbezaan antara manusia seperti yang kita dapat lihat dalam sebuah bilik darjah. Selain itu, mereka menyatakan bahawa proses pembelajaran membantu seseorang individu memperkembangkan potensi yang sedia ada dalam dirinya. Misalnya perkembangan otot dan saraf anggota badan yang sempurna memungkinkan seseorang itu berenang tetapi dia hanya boleh berenang jika berlatih atau meniru caracara berenang.

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK EDU1302

3.0 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK Mengikut kajian psikologi, perkembangan kanak-kanak dipecahkan kepada lima aspek iaitu, aspek jasmani, kognitif, emosi, sosial dan rohani. Kelima-lima aspek ini pula adalah berasaskan kepada dua faktor yang utama iaitu dipengauhi oleh faktor baka dan faktor persekitaran. Ahli psikologi juga telah berpendapat bahawa tiada individu di dunia ini yang mempunyai kada perkembangan yang sama dan menjadikan faktor baka (nature) dan faktor persekitan (nurture) sebagai penyebab utama ketidaksamaan kadar perkembangan seseorang individu. Pengaruh genetik atau baka ke atas pertumbuhan dan perkembangan manusia ini sebenarnya dipelopori oleh Johann Gregor Mendel (1822-1889) di Austri. Menurut Haliza Hamzah, Joy N. Samuel dan Rafidah Kastawi (2008) dalam buku Perkembangan Kanak-kanak untuk Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian Empat Tahun, baka merujuk kepada ciri-ciri biologi, atau gen-gen yang diperturunkan melalui ibu bapa kepada anak-anak mereka seperti yang dikatakan oleh R. Hilgard. Amran Schienfes mengatakan bahawa baka menentukan persamaan antara ibu bapa dengan anak-anaknya, di kalangan ahli dalam satu kumpulan dari segi sifat-sifat seperti kebolehan, monat dan kawalan emosi. Gen-gen yang terkandung di dalam kromosom ini menguasai perkembangan manusia dan akan memberikan sidat unik bagi setiap individu. Baka ini boleh menguasai penyuburan fizikal dan mental. Baka juga menetapkan had keupayaan, kemampuan mental kita sama ada pandai atau tidak pandai. Oleh sebab itu, menurut hasil kajian ahli-ahli psikologi Galton (1865), Goddard (1890), Newman (1937) dan Shieldo (1962) setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan intelek yang berbeza. Kajian ahli-ahli psikologi telah membuktikan bahawa tidak ada dua orang individu mempunyai kadar perkembangan yang sama. Mereka berpendapat baka dan persekitaran adalah faktor-faktor yang menyebabkan perbezaan kadar perkembangan manusia.

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK EDU1302

Pengaruh genetik atau faktor baka kini dikenali sebagai gen yang terdiri daripada nukleoprotein yang menentukan baka atau ciri keturunan. Ia terletak di lokus tertentu pada kromosom, iaitu sejenis benda seni berbentuk panjang yang didapati dalam nukleus sel sperma (jantan) dan juga sel obum (betina). Mengikut kajian, kromosom mengandungi bahan DNA dan RNA dan masing-masing membawa gen-gen yang mengandungi sifat-sifat baka. Individu yang normal biasanya mempunyai 23 pasangan kromosom. Semasa proses persenyawaan, iaitu percantuman sel sperma (gamet jantan) dengan sel ovum (gamet betina) dengan membentuk zigot yang mula mendapat 23 kromosom daripada ibu bapa masing-masing. Seterusnya, proses pertukaran di antara kromosom daripada ibu dan bapanya berlaku dan menjadi ciri-ciri baka tersendiri, kemudian diwarisi oleh bayi yang akan dilahirkan nanti. Perbezaan kecerdasan di antara individu boleh diperhatikan daripada prestasi pelajar dalam sesuatu kelas. Kajian ahli-ahli psikologi sering mengaitkan perbezaan kecerdasan individu dengan kecerdasan ibu bapa mereka. Biasanya, ibu bapa yang bijak pandai akan melahirkan anak-anak yang juga bijak pandai. Emosi seseorang juga diwarisi daripada baka ibu bapa. Misalnya, ibu bapa yang mempunyai emosi yang kurang stabil dan bersifat pemarah akan melahirkan anak yang agresif dan autokratik. Latar belakang keluarga yang porak peranda akibat perceraian, kematian, perpisahan akan memberik kesan buruk kepada emosi kanak-kanak seterusnya kepada perkembangan personaliti mereka. Faktor baka juga mempengaruhi sahsiah individu secara langsung. Sebagai contoh, individu yang mempunyai saiz badan yang agak besar akan berasa malu untuk bersosial dengan orang lain kerana banyak aktiviti yang boleh dilakukannya adalah terbatas. Saiz badan akan menentukan sama ada individu sesuai melakukan sesuatu aktiviti ataupun tidak. Kebolehan melakukan suatu aktiviti akan meningkatkan nilai prestij yang agak tinggi untuk dirinya. Hal ini menyebabkan individu tersebut akan diminati oleh rakan-rakannya dan seterusnya meningkatkan harga dirinya sekaligus akan membentuk sahsiah sihat. Contoh seterusnya ialah individu berasal daripada keturunan yang berpenyakit. Individu tersebut besar kemungkinan akan mewarisi penyakit, seperti lelah dan kencing
5

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK EDU1302

manis melalui baka. Jadi, kanak-kanak tersebut sukar menyertai aktiviti sosial dan menyebabkan perkembangan sosialnya menyertai aktiviti sosial dan menyebabkan perkembangan sosialnya terganggu. Justeru, hubungan kanak-kanak tersebut dengan rakan-rakan menjadi berkurangan. Kemudian, dia akan merasa sedih dan sunyi. Impaknya, proses perkembangan sahsiahnya menjadi tidak sihat kerana

perkembangan sosial dan emosi terjejas. Faktor kedua yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak ialah

persekitaran. Faktor ini merujuk kepada keadaan semasa proses perkembangan kanakkanak. Ini termasuklah pengalaman sebelum dan selepas lahir. Pengalaman sebelum lahir merangkumi pemakanan dan kesihatan ibu, gaya bidup ibu, rawatan yang diterima ibu, usia dan keadaan emosi ibu. Faktor-faktor selepas kelahiran pula adalah dipengaruhi oleh cara pemakanan, sosio ekonomi, media dan persekitaran dunia. Semua perkara ini akan mempengaruhi perkembangan seseorang manusia. Mengikut penulis Haliza Hamzah, Joy N. Samuel dan Rafidah Kastawi, dalam buku Perkembangan Kanak-kanak untuk Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian Empat Tahun, apabila kesihatan bayi selepas lahir dijaga, ini akan mempercepatkan pertumbuhan gigi susu pada gusi bawah ketika bayi berumur antara enam hingga lapan bulan. Seterusnya, khasiat yang diberikan seperti susu ibu amat baik dalam mempengaruhi perkembangan fizikal dan mental bayi tersebut. Pada tahap ini, perkembangan motor yang merangkumi kemahiran-kemahiran kordinasi otot telah mula meningkat. Antara kemahiran motor yang disebut ialah memegang, menyedut, menghisap, duduk, merangkak, berjalan, berlari dan sebagainya. Selain itu, keluarga, rakan sebaya, status sosio-ekonomi, kebudayaan dan kepercayaan masyarakat, suber teknologi, guru dan sekolah turut menjadi faktor perkembangan kanak-kanak. Perbezaan gaya hidup sesebuah institusi keluarga seperti suasana rumah, makanan, asuhan dan status sosio-ekonomi keluarga akan melahirkan individu yang mengikut perbezaan kadar perkembangannya.

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK EDU1302

Keluarga yang mempunyai status sosio-ekonomi yang baik akan membantu perkembangan intelek dan fizikal kanak-kanak ke tahap optimum kerana keluarga ini berupaya memberi makanan yang berzat dan seimbang serta kemudahan pendidikan yang sempurna kepada anak-anak. Ibu bapa perlu memastikan keperluan kasih sayang anak-anak dipenuhi dengan baik. Gaya hidup sihat yang diamalkan oleh setiap keluarga seperti sentiasa menjaga kebersihan dan kesihatan, bersenam, tidak merokok akan membentuk sebuah keluarga yang proaktif dan sempurna. Selain itu, faktor pemakanan juga turut mempengaruhi perkembangan kanakkanak. Perkembangan ini meliputi fizikal, mental dan kerohanian kanak-kanak. Pemakanan yang diambil kanak-kanak haruslah berzat, bersih dan seimbang. Makanan yang boleh menjejaskan kesihatan mental, emosi dan fizikal perlu dijauhi supaya tidak membantutkan perkembangan mereka. Oleh itu, ibu bapa perlu mendidik anak-anak supaya kenal makanan yang baik dan mengamalkan kesederhanaan ketika makan dan minum. Penyusuan susu ibu adalah lebih baik kerana susu tersebut bebas daripada jangkitan. Ketika sudah mencecah umur 4 tahun, kanak-kanak haruslah disajikan dengan makanan yang mempunyai banyak kandungan tenaga kerana pada masa ini kanak-kanak adalah sangat aktif. Teori Ekologi Bronfenbrenner (1979,1989) menjelaskan bahawa perkembangan kanak-kanak merangkumi lima jenis ekologi iaitu, mikrosistem, mesosistem, ekosistem, makrosistem, dan kronosistem. Menurut Bronfenbrenner, kelima-lima sistem ekologi ini sangat mempengaruhi perkembangan kanak-kanak. Mikrosistem merujuk kepada persekitaran tersekat dimana kanak-kanak lebih banyak menghabiskan masa dan interaksi langsung di dalam persekitaran itu. Sebagai contoh hubunga interaksi secara langsung antara kanak-kanak dengan ibu bapa, guru dan rakan-rakan. Orang-orang dalam mikrosistem ini memainkan peranan yang tidak kurang penting di dalam perkembangan kanak-kanak. Mesositem pula merujuk kepada kaitan antara perhubungan dnegan 2 mikrosistem. Hal ini bermaksud satu mikrosistem boleh mempengaruhi interaksi dengan
7

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK EDU1302

mikrosistem yang lain. Misalnya, keadaan yang berlaku di rumah boleh mempengaruhi sikap atau tingkah laku di sekolah dan sebaliknya. Mengikut Bronfenbenner juga, kanak-kanak yang diberikan galakan untuk berinteraksi dan berkomunikasi dalam mesosistem ini menunjukkan prestasi yang lebih baik daripada kanak-kanak yang kekurangan peluang. Ekosistem merupakan pengalaman dengan persekitaran yang tidak melibatkan kanak-kanak secara langsung tetapi keputusan yang diambil dalam persekitaran tersebut memberi kesan kepada kanak-kanak tersebut. Misalnya sekolah dengan pasar raya. Kaedah pengurusan, kemudahan dan peraturan-peraturan yang dikuatkuasa oleh tempat membeli belah secara tidak langsung mempengaruhi perkembangan sosial kanak-kanak tersebut. Makrosistem pula adalah perkembangan individu yang melibatkan norma-norma, nilai dan amalan masyarakat itu sendiri. misalnya dalam sesetengah masyarakat, peranan jantina dititikberatkan (Santrok,2008). Di sesetengah negara, kaum lelaki diberi peranan lebih dominan dimana mereka diberi peluang pelajaran dan pekerjaanpekerjaan yang lebih penting. Manakala, kronosistem pula melibatkan perubahan perkembangan dalam suatu tempoh masa. Sebagai contoh situasi kanak-kanak hari ini lebih berfokus kepada permainan-permainan komputer jika dibandingkan dengan kanak-kanak pada zaman dahulu kala yang lebih gemar bermain di persekitaran rumah. Secara keseluruhannya, kelima-lima aspek ini adalah saling berinteraksi antara satu sama lain. Setiap unsur-unsur ini mempengaruhi perkembangan individu, maka setiap individu memang tidak dapat dinafikan mempunyai tahap perkembangan yang berbeza-beza.

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK EDU1302

4.0 PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK-KANAK Mengikut Woofolk & Margetts (2007), perkembangan fizikal adalah merujuk kepada perubahan saiz fizikal, kadar pertumbuhan bahagian-bahagian badan, fungsi anggota-anggota badan dan perawakan manusia. Semasa pembesaran, kanak-kanak akan mengalami perubahan dari segi ketinggian, berat badan, kekuatan dan keupayaan untuk melibatkan diri dalam kegiatan fizikal yang lebih kompleks. Perkembangan fizikal ialah perkembangan motor yang merangkumi kemahirankemahiran koordinasi otot untuk menjalankan aktiviti-aktiviti fizikal. Contohnya ialah seperti berjalan, berlari, memanipulasi objek, duduk, melompat dan sebagainya. Selain itu, perkembangan fizikal juga merangkumi perkembangan sensori, khasnya penglihatan dan pendengaran. Semasa perkembangan, kanak-kanak akan mengalami perubahan dari segi ketinggian, berat badan, menjadi lebih kuat dan dapat melibatkan diri dalam kegiatan fizikal yang lebih kompleks yang lain. Pada peringkat kanak-kanak, kadar pertumbuhan dan perkembangan pada peringkat ini adalah lebih stabil dan tidak begitu pesar jika dibandingkan dengan peringkat-peringkat sebelum ini. Selain itu, pertumbuhan dan perkembangan pada peringkat ini lebih kepada bercorakkan pemabahbaikan kemahiran-kemahiran

psikomotor yang sedia ada. Pada peringkat umur 6 hingga 8 tahun ketika pertengahan kanak-kanak, dapat dilihat beberapa perkembangan fizikal yang berlaku iaitu ketinggian dan berat badan meningkat secara perlahan hinggalah ke peringkat remaja. Gigi susu juga perlahanlahan diganti dengan gigi kekal dan penulisan kanak-kanak ketika ini juga menjadi lebih kecil dan baik. Pada ketika inijuga, kanak-kanak mampu menghasilkan lukisan yang diorganisasi secera terperinci dan dalam permainan pula, mereka akan menambah permainan yang mengikut peraturan dengan aktiviti-aktiviti yang lebih kasar. Perkembangan fizikal akhir kanak-kanak pula iaitu ketika berumur 9 hingga 11 tahun semakin berkembang. Pada ketika ini, kemahiran motor seperti berlari, melompat, melontar, menyepak, menangkap, menggelecek diuruskan dengan lebih
9

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK EDU1302

cepat dan dikoordinasikan dengan lebih baik. Selain itu, masa tindak balas bertambah baik dan membantu perkembangan kemahiran motor. Kemahiran dalam penulisan juga semakin perkembang. Peralihan akhir kanak-kanak kepada awal remaja adalah didahuli oleh individu perempuan dua tahun lebih awal. Ketika umur meningkat kepada 11 hingga 14 tahun iaitu zaman awal remaja, pertumbuhan paling ketara sekali ialah melibatkan perkembangan organ seks. Bagi remaja perempuan, pada ketika ini akan berlaku penambahan lemak pada bahagian tertentu badan dan pada ketika ini, biasanya remaja perempuan akan mengalami kematangan lebih awal berbanding lelaki. Remaja perempuan mula keluar haid dan mencapai klimaks kepada pertumbuhan badan. Bagi remaja lelaki, pertumbuhan mula memuncak dari kesedaran orientasi seksual mula wujud.

10

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK EDU1302

4.1 Teori Perkembangan Fizikal Kanak-Kanak

Robert Havighurst Robert Havighurst berpendapat perkembangan kanak-kanak amat dipengaruhi oleh persekitarannya. Institusi kekeluargaan amat mempengaruhi personaliti kanakkanak. Beliau menghuraikan perkembangan utama manusia sebagai satu-satu tugas seperti berjalan, berlari atau melompat, yang dilahirkan di dalam kehidupan individu pada sesuatu peringkat yang tertentu akan membawa kepuasan serta

mendorongkannya mengulangi tugas tersebut. Manakala, kegagalan melaksanakan tugas kali pertama akan membawa perasaan kecewa serta menghindarkannya meneruskan tugas itu. Beliau juga menegaskan bahawa perkembangan personaliti seseorang dipengaruhi oleh nilai-nilai, norma-norma dan budaya masyarakat. R. Havighurst menyenaraikan tugas-tugas perkembangan kanak-kanak iaitu pada peringkat kanak-kanak 6 hingga 12 tahun.

11

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK EDU1302

Antara tugas-tugas perkembangan kanak-kanak pada peringkat ini ialah membentuk fizikal untuk permainan. Ketika ini, kanak-kanak lebih cenderung untuk bermain atau melakukan sesuatu aktiviti yang lebih menggunakan tenaga kerana kanak-kanak pada ketika ini amat aktif. Oleh sebab itu, kanak-kanak memerlukan fizikal yang lebih kuat untuk melakukan aktiviti-aktiviti dan permainan yang lasak. Selain itu, kanak-kanak ini juga mula membentuk konsep diri yang sihat. Hal ini kerana badan yang aktif akan menjadikan tubuh badan kanak-kanak lebih sihat dan cergas. Pada peringkat ini juga, kanak-kanak juga telah menguasai konsep-konsep moral, nilai dan kemahiran hidup. Selain itu, kanak-kanak yang mula berkomunikasi bersama-sama rakan-rakan baru sedah mula membentuk kemahiran sosial dan mula membentuk kebebasan peribadinya. Kanak-kanak mula memperoleh kemahiran membaca, menulis dan mengira yang biasanya diasah dan diajar oleh guru-guru di sekolah. Pelbagai kebolehn yang mula dikuasai oleh kanak-kanak menjadikan mereka mula berlajar berdikari seperti mahu pergi ke sekolah tanpa dihantar oleh ibu pada, mahu membeli barang-barang mereka sendiri dan sebagainya. Ketika ini jugalah kanak-kanak mula untuk belajar membezakan peranan lelaki dan perempuan. Perasaan ingin tahu kanak-kanak pada ketika ini biasanya mula berkembang dan perkembangan yang positif membantu kanakkanak lebih yakin dam menghadapi dunia sebenar. 4.2 Jadual Tugas Perkembangan Fizikal Robet Havighurst Peringkat Hidup Tugas Perkembangan Pada masa ini bayi mula menjalinkan Bayi-awal kanak-kanak hubungan kasih sayang dengan ibu bapa. Manakala, sistem deria dan persepsi serta (lahir-2 tahun) fungsi motor beransur-ansur matang untuk mencapai kecerdasan deria dan

memahami sifat objek. Kanak-kanak Toddlerhood/Pertengahan kanakpergerakan


12

mula yang pelbagai

mempunyai dan suka

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK EDU1302

kanak

bermain secara fantasi. Selain itu, boleh berkomunikasi dalam bahasa mudah, suka

(2-3 tahun)

bercakap seorang diri dan mula mengawal pergerakan diri. Kanak-kanak mula belajar suka di peranan bermain luar.

Prasekolah

mengikut dengan

jantina

dan

rakan-rakan

(4-6 tahun)

Perkembangan moral mula dipelajari dan wujud teori kendiri dan mula bermain dalam kumpulan. Penguasaan 3M mula dipelajari pada

Sekolah Rendah

peringkat Operasi Konkrit ini. Kemahiran permainan & kemahiran hidup seperti

(6-12 tahun)

berjual beli, mula menilai diri sendiri dan orang lain, suka bersahabat dan menjadi ahli sesuatu kelab permainan. Remaja pada ketika ini menhadapi

Awal Remaja

kematangan fizikal pada peringkat Operasi Formal. Remaja mula pandai mengawal

(12-18 tahun)

emosi

masing-masing

dan

akan

membentuk kumpulan rakan sebaya dan tertarik pada jantina yang berlainan. Pada Akhir Remaja ketika ini, remaja mula cuba

memperoleh otonomi daridapa ibu bapa mereka dan mula membentuk identiti.

(18-22 tahun)

Remaja ini juga akan mematuhi nilai moral masyarakat dan memilih kerjaya yang sesuai.

Awal Dewasa

Keintiman dalam pergaulan, berkahwin, mendidik anak-anak atau generasi baharu

13

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK EDU1302

(23-34 tahun)

pada

peringkat

ini.

Profesyen

serta

lifestyle sendiri mula dimantapkan. Mula memupuk nilai berkemahiran dalam perkerjaan dan menjadi ketua keluarga Pertengahan Dewasa atau masyarakat. Kebahagiaan rumah tangga juga dipupuk dan kasih sayang (34-60 tahun) dalam keluarga dan pengumpulan harta dipertingkatkan. Juga terlibat dalam kerjakerja amal. Pada ketika ini fokus utama ialah

menumpukan kepada kerja amal dan Akhir dewasa beribadat kerana telah bersara. Dan mula menjalani kehidupan hari tua, mensyukuri (34-60 tahun) nikmat dan takdir tuhan serta berfikir tentang kematian. Tua Masalah kesihatan yang dihadapi mula ditangani dan mengenang zaman silam (75-meninggal dunia) dan menanti saat kematian.

5.0 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK Menurut Nani, M. Dan Rihani, A. (2007), dalam bukunya Panduan Kognitif Kanak-kanak Prasekolah (cetakan ketiga), kognitif merujuk kepada intelek atau pemikiran (Spondek dan rakan-rakan 1987). Perkembangan kognitif memfokuskan kepada cara kanak-kanak belajar dan memproses maklumat. Dengan kata lain ia adalah suatu proses memperkembangkan daya fikir atau membina pengetahuan kanakkanak. Maksud kognitif adalah berkait rapat dengan kognisi, iaitu aktiviti atau proses memperolehi ilmu secara taakulan atau pemikiran melalui deria. Maka perkembangan kognitif kanak-kanak adalah berkait rapat dengan perkembangan otak mereka serta

14

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK EDU1302

interaksi sosial, khasnya dengan rakan sebaya yang lebih berpengalaman. Hal ini bermaksud, perkembangan kognitif kanak-kanak adalah bergantung kepada

perkembangan otak dan sensori motor (fizikal) serta interaksi dengan orang yang lebih berpengalaman, iaitu perkembangan sosial. Perkembangan kognitif juga merujuk kepada kebolehan individu untuk berfikir, meberi pendapat, memahami serta mengigati perkara-perkara yang berlaku di persekitaran masing-masing. Perkembangan kognitif kanak-kanak memberi penekanan terhadap pembinaan pemikiran kanak-kanak. Ia berpusat kepada perubahan pemikiran kanak-kanak yang berlaku dalam satu peringkat perkembangan kepada yagn seterusnya. Secara holistiknya, perkembangan kognitif boleh ditakrifkan sebagai proses peningkatan keupayaan pemikiran, pengetahuan dan keintelektualan seorang kanakkanak dan kemampuan menjana akal budi dalam pelbagai aktivit penyelesaian masalah, memahami, menganalisa dan membentuk pengetahuan serta pemahaman baharu terhadap pengalaman baru yang dilaluinya.

15

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK EDU1302

5.1 Teori Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak

Jean Piaget Mengikut teori Jean Piaget dalam buku Mok Soon Sang (2009), perkembangan kognitif kanak-kanak terbahagi kepada empat peringkat iaitu, Peringkat Deria Motor (02 tahun), Peringkat Pra-Operasi (0-7 tahun), Peringkat Konkrit (7-12 tahun) dan akhir sekali Peringkat Operasi Formal (selepas 12 tahun). Bagi kanak-kanak berumur 6-12 tahun, mereka berada pada tahap ketiga berdasarkan teori Piaget yang dikenali sebagai tahap operasi konkrit iaitu berlaku semasa kanak-kanak berusia 7 hingga 1 tahun. Pada tahap ini, kanak-kanak tidak algi berfikir secara egosenrik seperti yang berlaku pada tahap praoperasi. Pada ketika ini, sikap mementingkan diri sendiri dan tidak mengendahkan keperluan orang lain beransur hilang kerana pada peringkat ini kanak-kanak akan bersifat lebih matang dan terbuka serta bakal menempuhi peringkat seterusnya iaitu awal remaja. Selain itu, Jean Piaget berpendapat bahawa kanak-kanak akan mengalami pemusatan perhatian terhadap satu-satu perkara, mereka mula

memperoleh konsep tranformasi, menguasai proses kebalikan dan akhirnay mengamati proses songsang. Pada peringkat ini, perasaan ingin tahu kanak-kanak mula meningkat
16

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK EDU1302

dan gemar bertanyakan sesuatu yang menarik minat mereka kepada orang yang lebih dewasa. Berkembangnya semangat inkuiri ini seterusnya menyebabkan mereka mula menerima pendapat orang lain. Menurut Jean Piaget dalam buku Mok Soon Sang (200(, kanak-kanak akan mula belajar bermain dan bergaul dengan rakan-rakan yang sebaya kerana pada tahap ini mereka akan mula memasuki zaman persekolahan. Satu lagi perubahan yang dapat dilihat ialah mereka sedikit demi sedikit sudah mula memahami unsur-unsur pemikiran logik. Mereka faham akan konsep-konsep nombor, berat, susunan, dan padanan. Mereka juga faham akan konsep pengekalan sesuatu benda atau objek.

Walaubagaimnapun, kanak-kanak pada umur sebegini masih belum memahami atau menaakul tentang perkara-perkara yang abstrak seperti konsep kenegaraan,

ketuhanan, makna hidup dan sebagainya. Mereka hanya memahami konsep-konsep yang konkrit atau objektif seperti mengenali haiwan, tumbuhan dan sebagainya. Dengan itu, Inhelder dan Piaget (1958) menegaskan bahawa kanak-kanak pada tahap ini boleh melaksanakan sesetengah operasi ke atas objek lain tetapi tidak boleh beroperasi ke atas operasi atau proses pemikirannya sendiri. Di dalam Teori Pembelajaran Kognitif Piaget (1970), terkandung lima konsep yang asas, iaitu skema, adaptasi keseimbangan, asimilasi dan akomodasi yang berkait rapat dengan pembelajaran kognitif seseorang individu. Skema merujuk kepada kebolehan atau pengalaman individu yang dipelajari dan diperolehi berdasarkan syarat-syarat yang diwarisi untuk melakukan sesuatu dengan cara tertentu. Contohnya, sewaktu dilahirkan, bayi telah dilengkapkan dengan beberapa gerakan pantulan yang dikenali sebagai skema seperti gerakan menghisap, memandang, mencapai, merasa, memegang, serta menggerakkan tangan dan kaki. Bagi gerakan memegang, kandungan skemanya adalah memegang benda yang tidak menyakitkan. Oleh itu, bayi juga akan cenderung memegang benda-benda yang tidak menyakitkan seperti contoh, ibu jari. Skema yang ada pada bayi itu akan menentukan bagaimana bayi bertindak balas dengan persekitarannya.

17

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK EDU1302

Adaptasi pula merupakan satu keadaan di mana wujud keseimbangan di antara akomodasi dan asimilasi untuk menyesuaikan dengan persekitaran. Keadaan keseimbangan akan wujud apabila kanak-kanak mempunyai kecenderungan semulajadi untuk mencipta hubungan apa yang dipelajari dengan kehendak persekitaran. Jean Piaget mendapati kemampuan mental manusia muncul di tahap tertentu dalam proses perkembangan yang dilalui. Menurut beliu, perubahan dari satu peringkat ke satu peringkat seterusnya hanya akan berlaku apabila kanak-kanak mencapai tahap kematangan yang sesuai dan terdedah kepada pengalaman yang relevan. Asimilasi merupakan satu proses penyesuaian antara objek yang baru diperolehi dengan skema yang sedia ada. Proses asimilasi yang berlaku membolehkan manusia mengikuti sesuatu modifikasi skema hasil daripada pengalaman yang baru diperolehi. Contohnya, seseorang kanakpkanak yang baru pertama kali melihat sebiji epal. Oleh itu, kanak-kanak tersebut akan menggunakan skema memegang (skema yang sedia ada) dan sekaligus merasanya. Mulaluinya, kanak-kanak tersebut akan mendapat pengetahuan yang baru baginya berkenaan sebiji epal. Akomodasi merupakan suatu proses di mana struktur kognitif mengalami perubahan. Akomodasi berfungsi apabila skema tidak dapat menyesuaikan

persekitaran baharu yang belum berada dalam perolehan kognitif kanak-kanak. Jean Piaget menganggap perubahan ini sebagai suatu proses pembelajaran. Contohnya, kanak-kanak yang berumur dua tahun yang tidak ditunjukkan magnet akan menyatukan objek baharu ke dalam skemanya dan mewujudkan penyesuaian konsep terhadap magnet tersebut. Menurut Nani, M. Dan Rohani, A. (2007), terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi perkembangan kognitif kanak-kanak. Pertama, faktor persekitaran fizikal. Kewujudan alat permainan binaan seperti blok dan lego akan menggalakkan mereka berfikir secara kreatif dan inovatif. Faktor kedua ialah persekitaran emosi. Persekitaran emosi yang negatif dapat mengganggu perkembangan kognitif kanakkanak. Faktor ketiga pula ialah persekitaran komunikasi. Persekitaran komunikasi amat penting dalam menggalakkan keupayaan berfikir secara logikal dan kreatif.
18

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK EDU1302

5.2 Jadual Peringkat Perkembangan Kongnitif Jean Piaget Peringkat Umur Perkembangan Menggunakan deria motor untuk memahami dan Dilahirkan Sensori Motor 2 tahun berinteraksi. Boleh membezakan objek-objek di dalam persekitarannya. Mula belajar bahasa dan lambang yang mudah. Cuba belajar koordinasi Boleh menggunakan bahasa simbol untuk

menggambarkan sesuatu konsep. Boleh bertutur 2 tahun Pra Operasi 7 tahun dengan fasih. Perkembangan kognitifnya kian pesat. Mula memberi sebab untuk menyokong kepercayaan mereka. Boleh mengelaskan objek mengikut ciri tertentu. Mula memperolehi konsep tranformasi.

Mempelajari lebih daripada satu perkara pada satu masa. Boleh memikir secara induktif atau 7 tahun Operasi Konkrit 12 tahun deduktif serta dapat menguasai konsep masa dan kelajuan. Tidak mempunyai kebolehan untuk berfikir

secara abstrak lagi. Tidak dapat menyelesaiakan masalah yang kompleks. Boleh berfikir secara abstrak. Menyelesaiakan masalah 12 tahun Operasi Formal Ke atas rumusan yang kompleks. Boleh membuat matematik.

daripada

aktivit-aktivit

Mengaitkan satu konsep dengan konsep yang lain. Menggunakan logik untuk mnyelesaikan masalah.

19

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK EDU1302

6.0 TEORI PERKEMBANGAN SOSIAL & EMOSI KANAK-KANAK (PSIKOSOSIAL)

Erik Erikson Erik Erikson merupakan seorang tokoh psikologi yang membentuk satu teori yang komprehensif tentang perkembangan manusia berdasarkan jangkamasa

kehidupan mereka. Beliau membentuk teori berdasarkan kepada pengalaman kehidupannya sendiri. Teori beliau digelar psikososial kerana beliau menggabungkan 3 faktor yang mempengaruhi perkembangan individu iaitu faktor kendiri, emosi dan faktor sosial. Salah satu elemen penting dalam peringkat teori perkembangan erikson ialah perkembangan identiti ego. Identiti ego ialah kesedaran diri yang dikembang melalui interaksi sosial. Menurut Erikson, identiti ego individu biasanya berubah selaras dengan pengalaman dan maklumat baru yang diperoleh hasil daripada interaksi dengan orang lain. Tambahan kepada identiti ego, Erikson juga percaya bahawa perasaan yakin kepada kemahiran dan kecekapan diri juga memotivasikan sikap dan tindakan seseorang. Setiap peringkat dalam teori Erikson menitikberatkan perkembangan kemahiran yang sesuai pada sesuatu tahap atau bahagiam dalam kehidupan. Jika sesuatu

20

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK EDU1302

peringkat dikawal dengan baik individu tersebut

mempunyai masteri (sense of

mastery). Sebaliknya jika sesuatu peringkat gagal diurus dengan baik, individu tersebut akan mempunyai perasaan ketidakcukupan. Menurut Erikson, setiap tahap mempunyai konflik dan konflik ini mesti diatasi sebelum individu dapat berfungsi dengan jayanya pada tahap berikutnya. Kegagalan mengatasi konflik pada tahap sesuatu tahap akan menjejaskan perkembangan tahap yang berikutnya. Teori psikososial Erikson adalah berdasarkan kepada lima prinsip utama: Setiap individu mempunyai keperluan asas yang sama. Perkembangan individu bergantung kepada tindak balas individu terhadap keperluan-keperluan asasnya. Perkembangan individu mengikut tahap-tahap tertentu. Setiap tahap mempunyai konflik dan konflik ini mesti diatasi supaya individu dapat berfungsi dengan baik dalam tahap berikutnya. Kegagalan mengatasi konflik pada sesuatu tahap akan menjejaskan

perkembangan tahap berikutnya. 6.1 Jadual Lapan Peringkat Perkembangan Emosi Erik Erikson: Tahap Peringkat Umur Bayi Dilahirkan Pertama 18 bulan perlu mendapat kasih Pembentukan percaya Huraian Konflik/ Peringkat

sayang daripada

dan

kepercayaan perasaan

penjaganya.

Jika lawan tidak percaya

tidak, ketikdakpercayaan akan timbul. Perkembangan fizikal bermula Tahap autonomi

18 bulan Kedua 3 tahun

pada tahap ini. Jika berjaya dan lawan rasa malu. mendapat sokongan ia akan menimbulkan rasa percaya

pada keupayaan diri.

21

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK EDU1302

Kanak-kanak di tahap ini cuba Tahap inisiatif lawan 3 tahun Ketiga 6 tahun untuk berdikar dan melakukan rasa rendah diri. sesuatu dengan sendiri. jika gagal boleh membawa

perasaan bersalah. Penguasaan 6 tahun Keempat 12 tahun kanak-kanak Tahap industri kekeliruan

dalam kemahiran tertentu di lawan alam persekolahan. Jika gagal peranan. akan membawa rasa rendah diri.

Golongan remaja yang mencari Tahap identiti lawan 12 tahun Kelima 20 tahun identiti dalam pekerjaan, kekeliruan peranan dan

kemahiran, bersosial.

jantina

Hubungan intim mula dibentuk Tahap yang 20 tahun Keenam 40 tahun menuju dan ke

intimasi

alam lawan pengasingan

perkahwinan kerjaya. Jika

membina diri. akan

gagal,

membawa perasaan terasing dan tersisih. Kehidupan berkeluarga dan Tahap generativiti

Ketujuh

40 tahun 60 tahun

kerjaya yang baik. Jika gagal lawan stagnasi. akan membawa rasa

pentingkan diri. Berjaya dalam Jika karier gagal dan Tahap integriti ego boleh lawan putus asa. dan

60 tahun Kelapan 80 tahun

keluarga. membawa

kesedihan

kekecewaan.

22

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK EDU1302

7.0 HASIL, DATA & PEMERHATIAN 7.1 Biodata Responden/Kanak-Kanak

Nama :

Mohd. Shakir Anas bin Malik 7 Tahun 1 Bestari Pelajar & Ketua Kelas SK Mengkuang, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang. 345, MK 24, Mengkuang Titi, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang Malik bin Ahmad Shah Siti Mariam binti Aminah

Umur : Kelas : Jawatan : Alamat Sekolah :

Alamat Rumah :

Nama Ayah : Nama Ibu :

23

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK EDU1302

7.3 Ujian perkembangan fizikal kanak-kanak berdasarkan teori perkembangan fizikal Robert Havighurst. Jadual 1 : Ujian Perkembangan Fizikal Kanak-kanak Mohd. Shakir Anas bin Malik Tinggi (cm) Berat (kg) Saiz Kepala (cm) Saiz Badan 125.1 29.4 50.4 s

Robert Havighurst berpendapat perkembangan kanak-kanak amat dipengaruhi oleh persekitarannya. Institusi kekeluargaan amat mempengaruhi personaliti kanakkanak. Beliau menghuraikan perkembangan utama manusia sebagai satu-satu tugas seperti berjalan, berlari atau melompat, yang dilahirkan di dalam kehidupan individu pada sesuatu peringkat yang tertentu akan membawa kepuasan serta

mendorongkannya mengulangi tugas tersebut. Bertitik tolak daripada itu, jadual di atas menunjukkan data ujian perkembangan fizikal bagi Mohd. Shakir bin Malik yang berumur 6 tahun. Ujian tersebut merangkumi tinggi, berat, saiz kepala, dan saiz badan. Jika dibandingkan dengan rakan-rakan sekelas Mohd. Shakir, jelas menunjukkan bahawa terdapat perbezaan bagi perkembangan fizikal mereka. Mohd. Shakir mempunyai perkembangan fizikal yang sederhana berbanding rakan-rakannya. Ketinggian Mohd. Shakir ialah 125.1 cm dan beratnya pula ialah 29.4 kg. Manakala Saiz kepalanya ialah 50.4 cm dan badannya besaiz kecil iaitu, saiz S. Berdasarkan temubual dan pemerhatian, Mohd. Shakir mempunyai ketinggian, berat, saiz kepala dan saiz badan yang sederhana dan seimbang kerana faktor genetik dan faktor pemakanan Mohd. Shakir. Ini kerana, ibu bapa yang tinggi dan besar akan menghasilkan anak-anak yang tinggi dan besar. Sebaliknya ibu bapa yang rendah dan kecil akan menghasilkan anak-anak yang rendah dan kecil. Manakala, dari segi
24

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK EDU1302

pemakanan pula, saya dapat melihat, Mohd. Shakir dapat menghabiskan sayur sawi yang dicampurkan ke dalam makanannya ketika tiba waktu makan. Kanak-kanak pada usia 6 tahun sememangnya kelihatan kecil kerana dalam lingkungan ini usia mereka sangat aktif bergerak dan bermain. Walaubagaimanapun, faktor pemakanan jugalah yang memainkan peranan penting dalam menentukan saiz badan kanak-kanak. Kanak-kanak yang mengambil makanan yang mempunyai banyak lemak dan karbohidrat berkemunkinan besar untuk menjadi obesiti dan gemuk. Namun begitu, jika dikira Body Mass Index (BMI) Mohd. Shakir, ternyata dia mempunyai BMI yang normal iaitu dalam lingkungan 18.5 hingga 23.5. BMI yang normal menunjukkan Mohd Shakir mmpunyai berat badan dan tinggi yang seimbang dan mempunyai saiz badan yang ideal. Kesimpulannya, perkembangan fizikal kanak-kanak iaitu Mohd. Shakir ini sememangnya ideal dan seimbang oleh kerana faktor persekitaran iaitu faktor genetik dan pemakanan Mohd. Shakir. Oleh itu, sangat bertepatan dengan teori yang dikemukakan oleh Robert Havighurst bahawa perkembangan kanak-kanak amat dipengaruhi oleh persekitarannya. Institusi kekeluargaan dari segi genetik dan pemakanan yang diberikan kepada anak-anak mereka amat mempengaruhi

perkembangan fizikal personaliti kanak-kanak.

25

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK EDU1302

7.4 Ujian Perkembangan Kognitif Kanak-kanak Berdasarkan Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget. Jadual 2 : Ujian Jumlah Duit Syiling & Perkembangan Kognitif Kanak-kanak Mohd. Shakir Anas bin Malik Sebelum Sama Tidak Sama / Selepas /

Menurut Piaget, kanak-kanak pada lingkungan umur 2 tahun hingga 7 tahun berada pada tahap pra operasi. Mengikut Piaget, proses perkembangan kognitif kanakkanak ini menjadi lebih sempurna menerusi tiga kebolehan asas yang berlaku ditahap ini iaitu pertama, perkembangan kebolehan mental kanak-kanak untuk melakukan tingkah laku yang ketara seperti kebolehan mengira. Berdasarkan pendapat Jean Piaget, jadual 2 diatas menunjukkan perkembangan kognitif Mohd. Shakir. Jadual tersebut menunjukkan butiran mengenai ujian jumlah duit syiling yang telah dijalankan ke atas Mohd. Shakir. Dalam Ujian ini, pada mulanya, jumlah duit syiling yang sama banyak telah diltunjukkan kepada Mohd. Shakir di dalam dua barisan. Mohd. Shakir perlu menyatakan adakah kedua-dua barisan tersebut mempunyai jumlah duit syiling yang sama banyak atau tidak. Mohd. Shakir menyatakan bahawa jumlah duit syiling di kedua-dua barisan adalah sama banyak. Kemudian, barisan pertama dibiarkan kekal dalam keadaan asal dan barisan kedua pula diubah dengan merapatkan kesemua duit syiling dalam barisan kedua supaya lebih pendek berbanding barisan pertama. Mohd. Shakir dikehendaki menentukan sama ada jumlah duit syiling dalam kedua-dua barisan itu sama banyak atau tidak. Ternyata Mohd. Shakir merupakan seorang kanak-kanak yang mempunyai perkembangan kognitif yang sangat baik. Ini kerana, Mohd. Shakir menyatakan bahawa duit syiling adalah sama banyak, namun jaraknya dalah berbeza. Barisan duit syiling pertama lebih panjang, manakal barisan duit syiling kedua lebih pendek.

26

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK EDU1302

Dalam ujian ini, Mohd. Shakir berjaya menjawab soalan tersebut dengan tepat. Ini menunjukkan bahawa Mohd. Shakir sudah mengusai prinsip identiti. Dalam prinsip identiti, kanak-kanak sudah boleh mengetahui bahawa sekiranya tiada kuantiti yang ditambah atau dikurangkan, maka jumlah duit syiling tersebut tetap sama walaupun diletakkan dengan jarak yang berbeza kepanjangannya. Menurut Jean Piaget, kanak-kanak pada peringkat Operasi Konkrit (7-11 tahun) sepatutnya sudah dapat menyatakan jumlah duit syiling itu tetap sama walaupun kelihatan kepanjangan barisan kedua-dua duit syiling tersebut adalah berbeza-beza.

27

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK EDU1302

7.5 Ujian Perkembangan Sosial & Emosi Kanak-kanak Berdasarkan Teori Perkembangan Sosial & Emosi Erik Erikson Jadual 3 : Ujian Perkembangan Sosial & Emosi Kanak-kanak Mohd. Shakir Anas bin Malik Umur & Tarikh Lahir 7 Tahun 13.04.2005 Emosi yang Sering Diperlihatkan Periang, mudah mesra, peramah Tahap Sosio Emosi Erik Erikson Tahap 4 : industri lawan kekeliruan peranan. Semasa ujian fizikal dan kognitif dijalankan, Mod. Shakir bersungguhsungguh untuk menyelesaikan soalan yang diberikan, walaupun pada mulanya Mohd. Shakir kurang berkeyakinan untuk memberikan jawapan. Mohd. Shakir mudah memberi kerjasama dan aktif dalam aktiviti yang dijalankan. Dia mengucapkan terima kasih dan bersalam kepada saya selepas meyiapkan tugasan yang telah diberikan kepadanya. Ulasan

Erik Erikson (1902-1994) telah menganalisis perkembangan sosial kanak-kanak dalam jangka masa kehidupan mereka. Beliau menjelaskan bahawa manusia mempunyai keperluan asas yang sama dan perkembangan mereka bergantung kepada tindak balas terhadap keperluan tersebut. Perkembangan kanak-kanak berlaku mengikut tahap tertentu. Erikson percaya bahawa setiap tahap mempunyai konflik tertentu yang perlu diatasi supaya tidak menjejaskan perkembangan kanak-kanak. Dalam tahap sosio emosi Erik Erikson tahap 4, beliau menyatakan kanak-kanak mesti menghadapi pembelajaran kemahiran baru atau sebaliknya menghadapi risiko
28

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK EDU1302

perasaan rendah diri, kegagalan dan tidak cekap. Ternyata dalam ujian sosial emosi terhadap Mohd. Shakir Anas, dia berjaya menghadapi kemahiran baharu iaitu ujian kognitif yang saya kenakan ke atasnya. Mohd. Shakir berjaya menjawab soalan yang diberikan kepadanya dengan tepat dan ini menunjukkan bahawa dia merupakan kanakkanak yang mempunyai tahap sosio-emosi yang seimbang. Emosi yang diperlihatkan ketika menjalankan temu bual bersamanya menunjukkan dia seorang yang periang, mudah mesra dan seorang yang peramah.

29

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK EDU1302

8.0 RUMUSAN Berdasarkan pemerhatian dan kajian yang telah dibuat, jelas di sini bahawa penekanan terhadap perkembangan fizikal, kognitif, sosial dan emosi perlu dititik beratkan kerana ia penting untuk perkembangan kanak-kanak. Sekiranya pendidikan ini diabaikan, kemungkinan kanak-kanak akan bersifat rendah diri dan cuba menjauhkan diri daripada individu lain. Jika perkara ini terjadi, maka kanak-kanak tersebut akan bersifat pasif bertentangan apa yang dituntut oleh kehidupan masyarakat kita. Guru hendaklah menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif dan selesa untuk murid-muridnya di samping menyediakan alat bantuan mengajar yang mencukupi. Kanak-kanak juga perlu diberikan untuk memperkembangkan sosio-emosi mereka dengan memberi peluang untukmenyatakan pendapat mereka. Secara tidak langsung, ia dapat mewujudkan keyakinan di dalam diri kanak-kanak untuk meyuarakan pendapat mereka terhdap sesuatu perkara kepada orang lain. Selain itu, ibu bapa juga perlu memainkan peranan mereka dengan memberi peluang kepada anak-anak untuk belajar dengan lebih mendalam lagi. Jangan biarkan mereka terabai dan ibu bapa hendalah membimbing mereka untuk membentuk sosioemosi mereka supaya berada di tahap yang lebih baik. Sekiranya anak-anak terdedah dengan persekitaran dan sosio-emosi yang baik, mereka akan membentuk jati diri dan personaliti serta keperibadian yang baik. Secara tidak langsung, Malaysia akan mempunyai masyarakat yang yang makmur dan bahagia.

30

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK EDU1302

9.0 REFLEKSI Bersyukur saya kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya saya dapat menyiapkan tugasan kerja kursus Perkembangan Kanak-kanak (EDU3102) yang bertajuk Empat Domain Perkembangan Kanak-kanak iaitu, Fizikal, Kognitif, Sosial, dan Emosi serta Teori-teori Perkembangan yang Berkenaan. Tugasan yang diberikan ini merupakan salah satu cabaran kepada saya kerana tugasan ini lebih kepada unsurunsur teori perkembangan yang yang sangat penting dalam pembelajaran mengenai Perkembangan Kanak-kanak. Sebelum ini, saya belum pernah mempelajari mata pelajaran ini dan ini merupakan kali pertama dalam hidup saya membuat tugasan yang bertajuk begini. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada pensyarah pembimbing mata pelajaran Perkembangan Kanak-kanak Semester 1 iaitu, Puan Norzaini Yang. Beliau memberikan informasi yang jelas ketika menyampaikan taklimat tugasan kerja kursus ini. Oleh itu, saya dapat memahami apa yang disampaikan oleh beliau dan memudahkan saya untuk melaksanakan tugasan ini. Dalam melaksanakan tugasan ini, pelbagai kekangan yang terpaksa saya lalui. Antaranya adalah kekangan kelajuan talian internet yang begitu lembab menyebabkan maklumat yang ingin diperolehi amat terhad dan sukar ditemui. Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk mencari maklumat di Pusat Sumber Datuk Loqman Musa, IPG Kampus Bahasa Melayu. Setelah mendapat maklumat yang diperolehi, saya dan rakan-rakan kelas saling merujuk antara satu sama lain bagi memantapkan lagi tugasan kerja kursus ini. Dengan kerjasama daripada pelbagai pihak, akhirnya tugasan ini dapat disiapkan dengan jayanya. Walaupun terdapat pelbagai rintangan dan cabaran yang terpaksa saya lalui namun bukan mudah untuk mematahkan semangat yang ada pada diri saya. Pengalaman seperti ini lebih mudah mematangkan diri saya sendiri supaya menjadi seorang insan yang berguna, tambahan lagi saya merupakan seorang guru pelatih yang akan mendidik anak-anak bangsa suatu hari nanti. Pembelajaran yang saya perolehi ini akan saya gunakan dengan penuh manfaat supaya saya tidak kecundang di pertengahan jalan. Segala ilmu yang dipelajari
31

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK EDU1302

mengenai tugasan kerja kursus Pendidikan Kanak-kanak ini mendidik saya supaya menjadi seorang guru yang mempunyai ilmu pengatahuan mengenai perkembangan kanak-kanak serta teori-teorinya. Sekali lagi saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung. Semoga dengan bantuan anda semua, kita akan mendapat keberkatan dan keredhaan Allah S.W.T. Sekian, terima kasih.

32

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK EDU1302

10.0 RUJUKAN Mok Soon Sang (2009), Perkembangan Kanak-kanak. Selangor : Multimedia Sdn. Bhd. Mok Soon Sang. Psikologi Pendidikan Untuk Pengajaran dan Pembelajaran. Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Kamaruddin Hj. Husin (1996). Sekolah dan Perkembangan Kanak-kanak. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distibutors Sdn. Bhd.

33

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK EDU1302

11.0 JADUALPERLAKSANAAN KERJA KURSUS

NAMA PELAJAR NO. MATRIK KUMPULAN MATA PELAJARAN PENSYARAH PEMBIMBING TARIKH

: : : : :

ABDUL KHALIM BIN ABDUL RAZAK PPISMP 20100143 PPISMP 1E

PERKARA YANG DIBINCANGKAN

CACATAN

34

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK EDU1302

12.0 BORANG REKOD KOLABORASI KERJA KURSUS

NAMA PELAJAR NO. MATRIK KUMPULAN SEMESTER / PERINGKAT MATA PELAJARAN PENSYARAH PEMBIMBING TARIKH

: : : : : :

ABDUL KHALIM BIN ABDUL RAZAK PPISMP 20100143 PPISMP 1E SEMESTER SATU

PERKARA YANG DIBINCANGKAN

CATATAN

T.TANGAN PENSYARAH

35

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK EDU1302

13.0 LAMPIRAN

36

You might also like