You are on page 1of 36

PENDAHULUAN

Morfologi merupakan bidang tatabahasa yang mengkaji perkataan dan cara-cara pembentukannya. Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan golongan kata. Struktur kata bermaksud susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang tulisan yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa, sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Golongan kata ialah proses mengkategorikan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk atau fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama. Justeru, morfologi bahasa Melayu ialah bidang yang mengkaji struktur, bentuk dan golongan kata dalam bahasa Melayu. Unit terkecil dalam morfolgi ialah morfem. Morfem berfungsi untuk membentuk perkataan. Sesuatu perkataan itu mungkin terdiri daripada satu, dua, tiga atau lebih morfem. Misalnya, perkataan jatuh merupakan satu morfem, tetapi perkataan terjatuh dan menjatuhkan terdiri daripada dua dan tiga morfem. Hal ini menunjukkkan bahawa imbuhan juga ialah morfem dan disebut sebagai morfem terikat, manakala kata dasar pula disebut sebagai morfem bebas. Morfem terikat ialah morfem yang tidak dapat berdiri sendiri dan hanya wujud bersama-sama dengan morfem yang lain. Morfem bebas pula ialah morfem ynag berdiri sendiri dalam ayat. Proses pembentukan kata menerangkan bagaimana sesuatu kata itu dibina dan dibentuk sehingga dapat menghasilkan ayat dan ujaran dalam sesuatu bahasa. Ada perkataan yang berbentuk tunggal, misalnya perkataan satu, baik, sekolah dan panjat. Terdapat perkataan yang terbentuk hasil daripada pemajmukan dan penggandaan, misalnya buku tulis, gambar rajah, kertas kerja, bahab-bahan, bukit-bukau dan bantumembantu. Secara umumnya, perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu wujud melalui dua sumber, iaitu melalui asal-usul bahasa Melayu itu sendiri. Bahasa Melayu berasal daripada rumpun bahasa Austronesia dan melalui sumber yang diwarisi itu, sejumlah perkataan yang terdapat dalam bahasa Melayu telah diwujudkan sehingga hari ini. Kedua, perkataan yang dibentuk kemudian daripada itu melalui proses-proses tertentu antaranya ialah seperti akronim, analogi, peluasan makna dan sebagainya.

1.0 GOLONGAN KATA DALAM BAHASA MELAYU

Bentuk Kata Tunggal

Kata Terbitan

Kata Majmuk

Kata Kerja

Kata Nama

Kata Ganda

Kata Adjektif

Kata Tugas

Akronim

1.1 Definisi Golongan Kata

Kata Nama
kata nama merupakan perkataan yang dapat menerbitkan frasa nama

Kata adjektif
kata adjektif merupakan perkataan yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif

Kata Kerja
kata kerja merupakan perkataan yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa kerja, manakala unsur lain yang hadir dalam binaan frasa kerja boleh terdiri daripada objek, pelengkap, kata bantu dan keterangan.

Kata Tugas
kata tugas merupakan golongan kata yang berbeza daripada kata nama, kata kerja dan kata adjektif kerana kata ini tidak berfungsi sebagai unsur inti dalam binaan frasa

1.2 Kata Nama

Hidup Manusia Bukan Hidup Manusia Tidak Hidup Tidak Hidup Abstrak Hidup Manusia Kata Nama Kata Nama Khas Hidup Bukan Manusia Tidak Hidup Tunjuk Kata Ganti Nama Tanya Diri Orang

Kata Nama Am

1.2.1 Kata Nama Am

Kata Nama Am Hidup Manusia Cth: Guru Bukan Hidup Manusia Cth: Harimau Tidak Hidup Tidak Hidup Abstrak Kesalahan

Cth: Bangunan

1.2.2 Kata Nama Khas

Kata Nama Khas Hidup Manusia Cth: Norini Bukan Manusia Cth: Si Manja Tidak Hidup Cth: Melayu

1.2.3 Kata Ganti Nama

Kata Ganti Nama Tunjuk Cth: Ini Tanya Cth: Siapa Tunggal Cth: Saya Orang Pertama Jamak Cth:Kami Diri Orang Orang Kedua Tunggal Cth: Awak Jamak Cth: Awak semua Orang Ketiga Tunggal Cth: Dia Jamak Cth: Mereka

1.3 Kata Adjektif

Sifat Pancaindera Perasaan

Jarak

Jenis Kata Adjektif

Cara

Warna

Ukuran

Waktu

Bentuk

1.3.1 Kata Adjektif Perbandingan

Pangkat Biasa Bnadingan Sama dengan awalan "se-" atau "sama" Pangkat Bandingan Bandingan Berbeza dengan perkataan "lebih" dan "kurang" Perbandingan Gandaan Kata Adjektif Dengan Kata Nama Perkataan yang dengan kata adjektif berawalan terPerkataan paling dengan kata adjektif

Pangkat Penghabisan

Kata Adjektif dengan Perkataan Sekali

1..4 Kata Kerja

Aktif Transitif

Pasif
Kata Kerja Tanpa Pelengkap Tidak Transitif Berpelengkap

1.5 Kata Tugas

Kata Tugas

Kata Penyambut Ayat

Kata Praklausa

Kata Prafrasa

1.5.1 Kata Penyambut Ayat Pecahan: Kata Penyambut Ayat

Kata Hubung Gabungan

Kata Hubung Pancangan

Pancangan Relatif

Komplemen

Keterangan

1.5.2 Kata Praklausa Pecahan dan contoh:

Kata Tanya

Kata Perintah

oh, wah
Kata Seru

Apa

Benar
Kata Pembenar

jemput

Alkisah
Kata Pangkal Ayat

1.5.3 Kata Prafrasa Pecahan :

Kata Bantu Kata Penguat Kata Penegas

Kata Arah Kata Pemeri Kata Nafi

Kata Bilangan Kata Sendi Nama

1.5.4 Kata Bantu Pecahan dan contoh:

Kata Bantu

Aspek - pernah

Ragam - harus

1.5.5 Kata Penguat Pecahan dan contoh:

Hadapan
paling

Belakang
sekali

Bebas
sungguh

1.5.6 Kata Penegas Pecahan dan contoh:

Menegaskan frasa predikat -kah, -lah

Bersifat bebas hanya, lagi

1.5.7 Kata Nafi Contoh:

Bukan

Kata Nafi
Tidak
1.5.8 Kata Pemeri Contoh:

Tidak Ialah

1.5.9 Kata Arah Contoh:

Atas Bawah
1.5.10 Kata Bilangan Pecahan dan contoh:

Bilangan Tentu Bilangan Tidak Tentu Bilangan Himpunan Bilangan Pisahan Bilangan Pecahan

Dua Tiga Beberapa Berhari-hari Bertin-tin Masing-masing

Separuh

1.5.11 Kata Sendi Nama

Antara

Akan

Contoh Kata Sendi Nama

Sampai

Dalam

2.0 BENTUK KATA


Proses pembentukan kata menghasilkan bentuk kata tunggal. Bentuk kata terbitan, bentuk kata majmuk dan bentuk kata ganda.

Kata Tunggal
Bentuk kata tunggal ialah bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk kata dasar yakni tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasar lain. Kebanyakan kata tunggal dalam Bahasa Melayu mempunyai potensi untuk diperluaskan dengan bentuk terbitan. Kata tunggal boleh terdiri daripada satu suku kata dan dua atau lebih sulu kata. Contoh : satu kutu kata am, dan, roh, skru dua suku kata itu, ubi, aku Berasakan perlaksanaan tatabahasa, kata tunggal dapat dibagikan kepada tiga jenis: a) Kata tunggal yang merupakan unit bebas dan dapat berdiri sendiri sebagai satu perkataan yang bermakna. Contoh : orang, gitar, pen, botol

b) Kata tugas, iaitu unit yang tidak dapat berdiri sendiri tetapi memerlukan sekurang-kurangnya satu unit yang bebas untuk melaksanakan tugas nahunya. Contoh : dari, dan, pada, demi, untuk

c) Kata akronim, iaitu perkataan yang diterbitkan melaui proses penggabungan beberapa perkataan dan membentuk satu perkataan yang utuh. Bentuk-bentuk singkatan ini terdiri daripada suku kata atau huruf-huruf tertentu. Contoh : berdikari berdiri di atas kaki sendiri komuter keretapi berkomuter kugiran kumpulan gitar rancak pawagam panggung wayang gambar

Kata tunggal yang terdapat dalam petikan : Kata Tunggal Satu suku kata kes Dua suku kata masih hakim baik yang bidang tidak juga harus guru mahu fasih tahun sebab pernah rakyat satu minda ahli bukti mampu forum ranah tahun Tiga suku kata mahkamah tanggapan merdeka dokumen bahasa usaha politik syabas tahniah pelajar Empat suku kata peristiwa kebangsaan dedikasi negatif

Kata Terbitan
Kata terbitan ialah bentuk kata yang mengandungi kata dasar yang mendapat atau menerima imbuhan. Kata terbitan ini terbentuk melalui proses pengimbuhan iaitu proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar dan menghasilkan empat bentuk kata terbitan. a) Kata Terbitan Berawalan b) Kata Terbitan Berakhiran c) Kata Terbitan Berapitan d) Kata Terbitan Bersisipan

Imbuhan ialah unit-unit bahas yang ditambahkan pada bentuk-bentuk lain yang menyebabkan perubahan makna nahunya. Imbuhan dapat dibahagikan pada empat jenis : a) Imbuhan awalan unsur imbuhan yang ditambahkan pada bahagian kata dasar. Contoh : imbuhan ber dalam bersukan ber + sukan

b) Imbuhan akhiran unsur imbuhan yang hadir selepas kata dasar. Contoh : imbuhan -an dalam makanan Imbuhan -kan dalam kembalikan c) Imbuhan apitan Imbuhan yang hadir secara melingkungi kata dasar iaitu dua bahgian imbuhan yang hadir serentak pada awal dan akhir perkataan. Contoh : imbuhan men.kan dalam mendebarkan men + debar +kan imbuhan pean dalam pendidikan pen + didik + an makan + an kembalikan + kan

d) Imbuhan sisipan unsur imbuhan yang hadir di celahan kata dasar. Bentuk ini tidak lagi produktif dalam pembentukan kata terbitan, iaitu kata terbitan baru tidak lagi dibentuk dengan imbuhan sisipan. Contoh : imbuhan er dalam keruping Imbuhan el dalam telunjuk Kata Terbitan yang terdapat dalam petikan : Kata Terbitan Awalan menarik menolak seorang terhadap berwibawa bergelar pengamal mendidik berkala berlangsung dikikis terpencil ditolak sebagai secara berlangsung mendidik Apitan menggunakan penggunaan penghakiman membicarakan kejayaan menyatakan kekecewaan kebangsaan mengucapkan ketidakupayaan perundangan mengikuti kesempatan dilemparkan menyampaikan dinamai memartabatkan Akhiran rayuan samannya rujukan teruskanlah ribuan ikutan rakaman tempatan

berjaya berlaku berbahasa dibaca menyeluruh

perlembagaan persekutuan diharapkan dilemparkan

Kata Majmuk
Kata majmuk didefinisikan sebagai bentuk kata yang wujud apabila dua kata dasar atau lebih dirangkaikan menjadi satu kesatuan sintaksis yang membawa makna tertentu. Kata majmuk bertindak sebagai satu unit dan dieja terpisah, melainkan kata majmuk yang lebih mantap. Kata majmuk terbahagi kepada tiga : a) Kata Nama Majmuk Contoh : setiausaha, wargenegara, tandatangan, uji kaji, kebolehubahan

b) Kata Kerja Majmuk Contoh : menandatangani, bertanggungjawab, memberitahu

c) Kata Sifat Majmuk Contoh : sukacita, dukacita

d) Kata Tugas Majmuk Contoh : apabila, apakala, apahal, apalagi, bagaimana

Berdasarkan jenisnya, kata majmuk dapat sipisahkan kepada tiga kelompok : a) Kata majmuk yang terdiri daripada rangkaian kata bebas. Contohnya gambar rajah, biru laut, terima kasih, kunig langsat. Dalam kategori ini termasuk bentuk kata yang digunakan sebagai gelaran seperti perdana mentari, raja muda, menteri besar, professor madya.

b) Kata majmuk berbentuk istilah khusus. Contohnya model linear, garis pusat, mata pelajaran, kertas kerja, kanta tangan. c) Kata majmuk yang mendokong maksud kiasan iaitu simpulan bahasa. Contohnya kaki ayam, buah hati, duit kopi, makan angin, pilih kasih. Kata majmuk dapat dibentuk melalui pelbagai cara : a) Dua perkataan digabungkan dan ditulis sebagai satu perkataan. Contoh : duka + cita = dukacita jawatan + kuasa = jawantankuasa

b) Perkataan dan fakta digabungkan dan ditulis sebagai satu perkataan. Contoh : walaupun dan adalah.

c) Dua perkataan digabungkan tetapi tidak dieja sebagai satu perkataan, sebaliknya kekal sebagai dua perkataan. Contohnya uji bakat, ulang tayang, temu janji, hak milik.

d) Dua perkataan bebas dijadikan satu perkataan dengan menggunakan imbuhan apitan dan ejaannya mestilah bercantum. Contoh : pindah milik temu bual dipindahmilikkan ditemu bual

Terdapat sebilangan kecil kata majumuk yang penggunaanya sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan yang utuh. Walaupun bentuk kata tersebut ternyata mengandungi sua kata dasar, perkataan yang demikian tetap dieja sebagai satu perkataan. Contohnya antarabangsa, beritahu, buniputera, jawatankuasa, setiausaha. Penggandaan kata majmuk melibatkan penggandaan unsur pertama kata sahaja. Contohnya alat-alaty tulis dan balai-balai raya. Penggandaaan yang melibatkan bentuk yang telah mantap melibatkan seluruh unsur. Contohnya setiausaha-setiausaha, pesuruhjaya-pesuruhjaya.

Kata Majmuk yang terdapat dalam petikan : Kata Majmuk bahawa titik tolak anak bangsa

Kata Ganda
Menurut Nik Safiah Karim, kata ganda ialah bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulangi kata dasar, sama ada kata ganda tersebut diulangi secara keseluruhan atau pada bahagian-bahagian tertentu dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan. Arbak Othman memberikan definisi penggandaan sebagai proses bgaiman suatu kata dasar atau sebahagian daripadanya diulang. Bahagian yang diulang ini dipanggil gandaan yang boleh mendahului atau mengikuti dasarnya. Terdapat tiga jenis kata ganda : a) Penggandaan penuh Proses yang menggandakan keseluruhan kata ganda. Gandaan penuh boleh dibuat pada kata akar dan kata terbitan. Kata nama, kata kerja dan kata sifat jua boleh digandakan. Contohnya : pulau-pulau, cantik-cantik, anak-anak dan lari-lari. Kata nama yang mengandungi imbuhan juga boleh digandakan sepenuhnya iaitu pemimpin-peminpin dan pelatih-pelatih.

b) Penggandaan separa Proses yang menggandakan sebahagian kata dasar. Kata dasar boleh merupakan kata tunggal atau kata terbitan. Penggandaan separa boleh berlaku di hadapan atau belakang kata dasar. Contohnya : kekura, pepohon, berlari-lari, kecil-kecilan.

c) Penggandaan berentak Proses yang mneggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu. Dalam penggandaan berentak, seluruh kata dasar digandakan dan bunyibunyi tertentu diulang atau diubah. Penggandaan berentak boleh dibahagikan kepada tiga jenis : a) Penggandaan berentak pengulangan vokal penggandaan yang mempunyai ciri-ciri persamaan pada bunyi-buyi vokal tertentu. b) Penggandaan berentak pengulangna konsonon iaitu penggandaan yang mempunyai ciri-ciri persamaan pada bunyi-bunyi konsonon tertentu. c) Penggandaan berentak bebas iaitu penggandaan yang tidak mempunyai ciri-ciri persamaan pada bunyi vokal atau konsonan. Terdapat sekurang-kurangnya lima makna dalam penggandaan kata. a) Gandaan sebagai penanda jamak, iaitu jumlah yang banyak. b) Gandaan sebagai penanda nama haiwan. c) Gandaan sebagai penanda makna serupa. d) Gandaan sebagai penanda pelbagai jenis e) Gandaan sebagai penanda tidak tentu. Kata Ganda yang terdapat dalam petikan :

Kata Ganda baru-baru bersama-sama undang-undang apa-apa

3.0 BINAAN AYAT


Ayat Penyata

1) Seorang penarik kereta ke tali gantung sampai mati apabila Mahkamah Persekutuan menolak rayuan terakhirnya untuk mengetepikan hukuman kerana kesalahan mengedar dadah. 2) Berfikir positif bermula dengan mengubahkan fikiran dalaman sendiri kearah positif untuk mencapai apa yang dihajati dan berjaya dalam kehidupan.

Ayat Seruan

1) Oh, rupa-rupanya awak yang bersalah dalam kes ini!. Bukti kukuh telah pun kita temui, kata polis kepada pesalah tersebut. 2) Tahniah, keputusan peperiksaan adik sangat cemerlang dan usaha ayah selama ini berbaloi juga akhirnya!. Adik adalah antara pelajar yang akan mendapat anugerah khas daripada Menteri Pelajaran, kata ayah kepada adik.

Ayat Tanya

1) Siapakah yang layak bergelar seorang ahli politik yang berjaya memartabatkan bahasa kebangsaan kita? 2) Adakah kita yang perlu bersusah-payah demi melahirkan anak bangsa yang berwibawa dan mempunyai minda kelas pertama?

Ayat Perintah

Ayat Silaan

1) Sila hadirkan diri anda ke pertandingan forum antara sekolah-sekolah sekitar daerah Kuala Selangor. 2) Jemputlah masuk ke dalam rumah saya, tidak ada apa-apa yang menarik di sini.

Ayat Permintaan

1) Minta semua pelajar tidak mengambil kesempatan terhadap peluang telah saya diberikan kepada anda semua. 2) Tolong jaga perilakuan kamu ketika hakim sedang membicarakan sesuatu kes.

Ayat Larangan

1) Tolonglah tunjukkan bahawa anda masih mampu untuk melakukannya walaupun seorang sendiri. 2) Tak usah kau cuba menarik semula kata-katamu yang telah menyinggung perasaan ibumu sebentar tadi kerana tanggapan dia terhadap kamu telah pun terpesong jauh.

Ayat Suruhan 1) Buka dokumen ini segera di hadapan saya. 2) Kamu dengarlah kata-kata guru yang pasti membawa kepada kejayaan.

4.0 Kesenian Melayu


4.1 Pengenalan :

Tiap-tiap bangsa yang sudah bertamadun di dunia ini mempunyai kesenian masing-masing. Kesenian merupakan satu bentuk penciptaaan dan ekspresif yang bersifat terbuka dan boleh diungkapkan dan dihasilkan oleh sesiapa sahaja. Kesenian telah menjadi sebahagian daripada unsur dalam kehidupan manusia sejak awal kehidupan manusia. Menurut ahli-ahli arkeologi, manusia telah menghasilkan imej-imej visual sejak zaman paleolitik. Antara hasil tinggalan seni tertua ialah lukisan haiwan pada dinding-dinding gua. Seni purba ini memperlihatkan satu cirri sepunya dengan fungsi seni masyarakat primatif pada masa itu, iaitu sebagai keperluan asas bagi masyarakat untuk melindungi diri mereka daripada kuasa alam yang tidak dikethui oleh mereka.

Dalam zaman sains dan teknologi, ungsi seni telah berubah dan meliputi amalan ritual agama hinggalah kepada pemikiran psikologi manusia yang kompleks. Seni telah menjadi unsure yang amat fleksibel, dinamik dan sentiasa berkembang mengikut cita rasa masyarakat. Antara unsur budaya yang melahirkan kesenian ialah agama, kepercayaan, adat istiadat dan juga bahasa. Setiap masyarakat mempunyai bentuk kesenian tersendiri yang merupakan gambaran keseluruhan pengalaman dan cita-cita hidup masayarakat itu. Kesenian merupakan pendorong yang membolehkan manusia berasa dan bertindak mengikut perkembangan ruang institusi seseorang.

Menurut Kamus Dewan Seni didefinisikan sebagai karya (sajak, lukisan, muzik dan lain-lain) yang dicipta dengan bakat (kecekapan) hasil daripada sesuatu ciptaan. Manakala kesenian bermaksud perihal seni, yang berkaitan dengan seni, keindahan (kehalusan). Kesenian menjadi tunjang kepada kebudayaan masyarakat Melayu sejak turun-temurun lagi. Dengan adanya kesenian seperti ini identity masyarakat Melayu lebih terselah dan dikenali ramai. Kementerian Kebudayaan dan Kesenian telah mengambil pelbagai inisiatif bagi memantapkan dan memperkembangkan lagi kebudayaan masyarakat Melayu. Kesenian bangsa Melayu telah diakui dunia sebagai

unik dan menarik. Kesenian atau seni boleh dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu seni suara, seni tari, seni rupa, seni bahasa dan seni lakon.

4.2 Seni Suara Pengenalan Seni suara merujuk kepada bidang nyanyian. Sesuatu lagu yang dinyanyikan biasanya akan diiringi oleh beberapa alat bunyian atau alat muzik. Dalam seni suara kesenian Melayu dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu seni vokal yang bergabung dengan muzik dan seni vokal tanpa muzik. Seni vokal lahir daripada pita suara yang boleh member kepuasan kepada pendengar. Setiap seni vokal itu berbeza mengikut masyarakat. Contoh bagi seni vokal bergabung dengan muzik seperti dikir dan ghazal manakala seni vokal tanpa muzik seperti nazam dan dondang sayang.

4.2.1 Marhaban Pengenalan/ sejarah: Marhaban merupakan nyanyian keagamaan. Golongan ini tergolong di dalam seni vokal tanpa muzik. Marhaban ialah pujian kepada Nabi Muhammad dan dinyanyikan dalam Bahasa Arab. Alunan selawat dan marhaban ini yang penuh dengan ungkapan puji-pujian terhadap kebesaran peribadi Nabi biasanya diiringi paluan kompang, rebana dan alat-alat muzik tradisional lain sering kali mewarnai majlis-majlis di negara kita. Di dalam masyarakat Islam Malaysia hari ini ramai yang tidak mengetahui apakah itu marhaban. Marhaban bermaksud selamat datang dan ianya merupakan sebuah nyanyian keagamaan. Ianya merupakan pujian kepada Nabi Muhamad dan dinyanyikan dalam Bahasa Arab. Nyanyian marhaban dilagukan dan mengandungi puisi memuji Nabi Muhamad dan para sahabat. Kebanyakan kata-kata selawat di dalam marhaban di ambil dari ungkapanungkapan dari kitab barzanji. Barzanji ialah sebuah kitab kumpulan syair Arab dan rawi nazamnya hanya menceritakan perihal diri Nabi Muhammad s.a.w., asal usul keturunannya, sifat-sifat terpujinya sehinggalah kepada sejarah hidup serta

penyampaian dakwah Baginda s.a.w.

Kitab ini disusun dalam bentuk rangkap syair di mana susunannya begitu indah dan amat menarik hati pembaca serta orang yang mendengarnya. Mengikut sumber sejarah, kitab tersebut dikarang oleh Sheikh Jaafar bin Masri.Beliau seorang ulama dari negeri Mesir yang juga seorang kadi dan pakar dalam bahasa Arab dan kesusasteraan. Seorang hafiz yang mahir dalam bahasa Arab, sastera Arab, hadis dan sirah Rasulullah. Beliau seorang ulama, sasterawan dan penyair yang terkenal. Beliau pernah menjadi Khatib di Masjid Nabawi di Madinah. Dilahirkan pada 1690 Masihi dan wafat pada 1789 Masihi. Judul asal Barzanji ialah Majmu'ah Maulid Syaraf Al Anam atau himpunan Kisah Kelahiran dan riwayat Hidup Rasulullah.

Alat-alat muzik yang digunakan. Alunan selawat dan marhaban ini yang penuh dengan ungkapan puji-pujian terhadap kebesaran peribadi Nabi biasanya diiringi paluan kompang, rebana dan alatalat muzik tradisional lain sering kali mewarnai majlis-majlis di negara kita. Fungsi Marhaban dalam Masyarakat dan Kebudayaan Melayu Marhaban menjadi satu tradisi adat dan warisan Melayu yang tidak dapat dipisahkan dari majlis-majlis keagamaan. Di Malaysia, marhaban biasanya dilagukan di dalam majlis seperti cukur jambul, sambutan maulidurrasul, majls perkahwinan, sambutan hari raya, upacara cukur jambul serta majlis aqiqah. Marhaban juga dinyanyikan dalam majlis keraian biasa dengan tujuan agar sesuatu majlis itu lebih diberkati. Marhaban dinyanyikan secara beramai-ramai dan berlagu dengan nada dan lenggok yang khusus. Festival Nasyid dan Marhaban adalah salah satu aktiviti kokurikulum Pendidikan Islam sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia di bawah fungsi perancangan kegiatan dakwah sekolah dan Kebudayaan Islam. Ia juga merupakan satu-satunya aktiviti rasmi Pendidikan Islam yang pelaksanaannya bermula dari peringkat sekolah, daerah, negeri dan seterusnya peringkat kebangsaan. Marhaban merupakan cara untuk

dakwah Islamiah di bidang seni. Ertinya melalui nyanyian, kita cuba menyampaikan nilai-nilai keislaman sehingga lebih mudah diterima oleh orang. Kegiatan marhaban mempunyai pelbagai manfaat yang tersendiri. Tradisi bermarhaban pada hari raya contohnya, kunjungan berkelompok dari rumah ke rumah dengan mengiramakan puji-pujian kebesaran Allah dan Baginda Rasulullah, jarang sekali kita mengertikan di sebalik maksud tersiratnya. Selain mempererat silaturahim dan menyucikan diri melalui pengampunan dosa sesama insan, marhaban adalah simbol kepada kekuatan ummah dan tanda kesatuan masyarakat. Namun kini, kegiatan marhaban yang menziarahi satu sama lain secara berkumpulan kian berkurangan dan hanya tinggal beberapa kampung tertentu sahaja yang menjalankan budaya Islam seperti itu. Justeru, budaya ini harus dihidupkan semula dan perlu diperhebatkan. Kegiatan yang berupa pembangunan rohani seperti marhaban ini contohnya jika terus diperhebatkan dan dilaksanakan secara berterusan akan menjadi benteng kepada golongan belia daripada terjebak dalam gejala tidak sihat.

4.3 Seni Rupa Pengenalan: Seni rupa dalam masyarakat Melayu merupakan ciptaan yang mengandungi unsur-unsur seni yang dihasilkan oleh orang Melayu melalui ukiran, anyaman, tenunan, seni bina dan sebagainya. Seni rupa adalah cabang seni yang membentuk karya seni dengan media yang bisa ditangkap mata dan dirasakan dengan rabaan. Kesan ini diciptakan dengan mengolah konsep garis, bidang, bentuk,volume, warna, tekstur,

dan pencahayaan dengan acuan estetika. 4.3.1 Pengenalan/ sejarah Batik Batik merupakan satu bidang kraftangan yang unggul di Malaysia. Sejak abad ke 15 Masihi lagi manusia telah menemui kaedah pembuatan batik secara tradisional. Pada masa dahulu, masyarakat Melayu menggunakan ubi kentang sebagai alat pengecap tetapi kini kain batik telah diusahakan dengan menggunakan alat-alat moden. Batik mula diperkenalkan di negara kita khususnya di negeri Kelantan sejak tahun 1910 lagi. Batik berasal dari Indonesia dan terbit dari perkataan Jawa 'tik' yang bermaksud menitik atau menulis titik-titik. Ambatik pula bermaksud melukis, menulis, mewarna atau menitik. Di alam Melayu, sejenis batik yang dipanggil Batik Pelangi telah diperkenalkan sejak tahun 1770-an lagi. Di Malaysia kebanyakan kilang perusahaan batik banyak terdapat di Kelantan dan Terengganu. Penghasilan Batik Batik dihasilkan melalui 2 cara yang utama. Cara yang pertama ialah menerusi blok tangan, di mana corak tertentu dilekatkan pada blok dan corak batik dicetak ke atas kain. Penghasilan begini juga digelar printed batik atau batik cetak. Sebagai contoh, banyak batik Indonesia adalah dihasilkan menerusi blok. Corak kain batik

bermaksud bagaimana motif-motif yang dipilih dicorakkan di atas kain batik tersebut. Contoh-contoh corak yang sering digunakan ialah corak berdiri , corak jalur dan corak melintang. Batik terbahagi kepada 3 jenis iaitu batik blok, batik conteng dan batik skrin.

Batik merupakan seni tekstil yang dihasilkan melalui proses menerapkan lilin dan mencelup kain. Pada permulaanya kain putih yang hendak diproses menjadi kain batik itu direbus dan dikeringkan. Kemudiaan kain batik itu diterapkan dengan blok tembaga yang dicelupkan ke dalam lilin cair yang dipanaskan. Selepas diterapkan kain itu akan diwarnakan dengan cara celupan yang berperingkat-peringkat. Selanjutnya kain itu direbus dan dibasuh sehingga bersih lalu dijemur hingga kering.

Alatan-alatan yang digunakan untuk membuat Batik: Alatan yang biasanya digunakan untuk membuat batik. Blok penerap Campuran lilin Kain Pencelup Sebuah Meja

Corak Corak kain batik bermaksud bagaimana motif-motif yang dipilih dicorakkan di atas kain batik tersebut. Antara corak-corak yang sering digunakan. Corak Berdiri Corak Jalur Corak Melintang Corak Menyeluruh Corak Menyerong Corak Tompok-tompok Corak Ulangan Batu-bata Corak Ulangan/Selang seli Penjenisan Kain Batik: Batik terbahagi kepada 3 jenis:
Batik Blok

Kain putih akan diterapkan dengan corak batik yang menggunakan blok corak. Blok corak diperbuat daripada kayu atau logam. Proses ini dilakukan berulang-ulang denganmengikut susunan yang tertentu sehinggalah selesai. Di mana blok itu telah dicelupkan terlebih dahulu ke dalam pewarna sebelum ditekapkan di atas kain tersebut.

Proses menerap kain menggunakan blok corak

Batik Conteng Alat canting digunakan bagi melakar corak batik dengan lilin panas di atas kain putih. Setelah kerja-kerja melakar selesai, proses mewarna mengikut kesesuaian corak dilakukan dengan menggunakan berus cat, dimana bahagian-bahagian yang terkena lilin itu tidak akan meninggalkan kesan warna apabila proses mematikan warna di lakukan. Lilin akan cair dan tanggal menjadikan bahagian-bahagian ini berwarna putih sebagai benteng.

Proses mencanting kain

Batik Skrin Batik skrin ini tidak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan batik blok dan conteng. Hanya kaedah melakar corak dan cara menerapkan warna sahaja yang berbeza. Corak batik dibentuk di atas skrin yang diperbuat daripada kain polyster yang

berpengidang. Skrin dilekapkan di atas kain putih, proses pewarnaan dengan melalukan warna di atas corak tadi dengan menggunakan sekuji. Cara begini akan diulang beberapa kali dengan corak yang berlainan untuk mendapatkan corak batik yang lengkap. Ini disebabkan satu skrin untuk satu warna sahaja.

Fungsi Seni Batik dalam Masyarakat dan Kebudayaan Melayu Pemakaian batik dalam busana tradisi mempunyai sejarah yang lama

berlangsung dari zaman awal tamadun Melayu. Dipakai oleh semua golongan, dari raja ke bangsawan sampai ke rakyat jelata, batik menzahirkan dirinya sebagai seni asli yang praktikal dan popular. Dalam tradisi penulisan tradisi, kain cindai misalnya disebut dalam banyak hikayat-hikayat silam. Batik menjadi hadiah perpisahan dan

perlambangan cinta dalam Hikayat Malim Deman dan persalinan dijadikan tanda penganugerahan darjat dalam Hikayat Hang Tuah. Dalam seni wayang yang lebih terkemudian; dalam filem Sumpah Orang Minyak (P. Ramli 1968) batik dijadikan lambang pernyataan cinta yang terlarang. Dan siapa yang boleh melupakan Ramona berkemban dengan batik lepas bermandi bunga dalam Fenomena (M.Nasir 1996). Penduduk di negara kita menggunakan batik secara meluas. Batik digunakan untuk membuat baju, kain sarung atau batik lepas. Sebagai contoh, pakaian seragam pramugari kapal terbang MAS dibuat daripada batik. Batik juga digunakan dalam majlismajlis formal dan majlis keramaian. Selain dibuat pakaian, batik juga digunakan sebagai hiasan seperti alas meja, cadar, sarung kusyen, tudung kepala, alas televisyen dan lainlain lagi. Batik boleh dibeli dengan harga yang murah dan berpatutan. Batik begitu digemari pelancong-pelancong asing kerana coraknya yang menarik dan unik. Ia sering dijadikan buah tangan untuk dibawa pulang ke negara

masing-masing.

You might also like