You are on page 1of 19

PIAGAM PELANGGAN

Kami berjanji untuk bekerja dengan penuh komitmen dan dedikasi bagi memberikan perkhidmatan yang cekap, mesra, amanah dan berkualiti ke arah menjadikan Ipoh sebuah Bandaraya yang bersih, indah, teratur dan dinamik. Janji-janji kami adalah: 1. Memberikan perkhidmatan pungutan sampah setiap hari di pusat perdagangan dan pasar dan 3 kali seminggu di lain-lain kawasan. 2. Pembersihan longkang dilakukan setiap hari di kawasan perdagangan dan sekurang-kurangnya sekali sebulan di lain-lain kawasan. 3. Pemotongan rumput dilakukan 2 minggu sekali di jalan utama dan sebulan sekali di lain-lain jalan dan kawasan lapang. 4. Memotong dan membersihkan pokok-pokok tumbang yang menghalang laluan dalam tempoh 24 jam setelah aduan diterima. 5. Memberikan kelulusan ke atas permohonan perancang dan pembangunan yang telah mematuhi kehendak-kehendak perancangan tidak melebihi 2 bulan. 6. Semua bil pembaharuan lesen premis, iklan, penaja dan pasar akan dikeluarkan sebelum 15hb. Januari setiap tahun. 7. Semua permohonan lesen-lesen Majlis akan diproses seta diberi kelulusan bersyarat atau kelulusan lesen dalam tempoh seperti berikut : o Serta-merta untuk lesen sambilan/sementara perniagaan pasar malam, jualan buah-buahan bermusim, perniagaan/acara-acara khas seperti Pasar Ramadhan, Ekspo; o Kelulusan bersyarat dikeluarkan melibatkan perniagaan premis penaja, gerai swasta/Majlis (tidak termasuk proses temuduga) akan dikeluarkan dalam masa 2 minggu; o Kelulusan bersyarat melibatkan perniagaan premis makanan/bukan makanan, kilang makanan/bukan makanan akan dikeluarkan dalam tempoh 1 bulan; o Kelulusan bersyarat melibatkan perniagaan permohonan lesen gerai pasar awam akan dikeluarkan dalam tempoh 1 bulan; o Dalam tempoh 3 bulan kelulusan bersyarat dikeluarkan melibatkan pengiklanan billboard, perniagaan yang memerlukan ulasan daripada Jabatan Perancangan Bandaraya dan Jabatan Kejuruteraan Bandaraya. 8. Memberikan kelulusan ke atas permohonan pelan bangunan yang mematuhi semua kehendak perundangan dalam tempoh : o 6 minggu bagi rumah sebuah dan bangunan kilang. o 12 minggu bagi semua skim perumahan/perindustrian dan perdagangan. 9. Mengeluarkan Sijil Layak Menduduki (CF) tidak melebihi 2 minggu dari tarikh permohonan diterima yang mematuhi semua kehendak-kehendak yang ditetapkan. 10. Mengeluarkan permit-permit sementara bagi kerja-kerja binaan dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan permohonan. 11. Memberikan keputusan bantahan cukai taksiran dalam tempoh 2 bulan dari tarikh penerimaan surat bantahan. 12. Mengeluarkan bil-bil cukai taksiran kepada pembayar cukai tidak lewat daripada 15hb. Januari dan 15hb. Julai setiap tahun.

KRONOLOGI DATUK BANDAR

DATUK BANDAR PERTAMA DATO' HJ. UMAR BIN HJ. ABU DPCM., PMP., KMN. 27/05/1988 - 31/05/1993

DATUK BANDAR KEDUA DATO' ISMAIL B. SHAH BODIN DPMP., PMP., AMP., AMN. 01/06/1993 - 31/12/1994

DATUK BANDAR KETIGA DATO' HJ. AHMAD SALEH B. HJ. SARIF DPMP., PCM. 02/01/1995 - 31/12/1997

DATUK BANDAR KEEMPAT DATO' HJ. TALAAT B. HJ. HUSAIN DPMP., JSD., PJK., PJM. 01/02/1998 - 02/12/2002

DATUK BANDAR KELIMA DATO' SIRAJUDDIN B. HJ. SALLEH DPMP., JSM., SAP., KMN. 03/12/2002 - 15/04/2004

DATUK BANDAR KEENAM DATO' HASAN NAWAWI B. ABDUL RAHMAN DPMP., AMP., PPT. 01/05/2004 - 23/07/2006

DATUK BANDAR KETUJUH DATO' MOHAMAD RAFIAI B. HAJI MOKTAR DPMP., PMP., KMN., AMN., AMP., PPT., BCM 24/07/2006 - 05/06/2008

DATUK BANDAR KELAPAN DATO' HJ. ROSHIDI B. HJ HASHIM DPMP., AMP., PPT., PJK. 23/07/2008 - SEKARANG

JABATAN BANGUNAN Visi Membangunkan sebuah bandaraya yang kondusif, teratur, dan selesa untuk didiami. Merealisasikan pembangunan bandaraya yang moden, dilengkapi dengan infrastruktur serta prasarana yang baik dan lengkap dengan menyediakan kualiti kehidupan yang tinggi bagi warga kotanya. Misi Membantu Majlis Bandaraya Ipoh menyediakan Perkhidmatan yang bermutu tinggi dan berkualiti di dalam menyelaras dan membangunkan bandaraya yang moden, kondusif, selamat dan selesa untuk didiami. Slogan Jabatan BERSAMA MEMBINA MUTU DAN DAYA KEHIDUPAN YANG CEMERLANG Latar Belakang Ditubuhkan dengan secara rasminya berkuatkuasa 1 Jun 2007, dilaksanakan dengan menaiktaraf Bahagian Bangunan yang sebelum ini merupakan sebahagian daripada unit di Jabatan Kejuruteraan. Penubuhan Jabatan Bangunan di Majlis Bandaraya Ipoh juga dilaksanakan sebagai satu langkah untuk penyelarasan semula struktur organisasi di ketiga-tiga Majlis Bandaraya di Semenanjung Malaysia iaitu Majlis Bandaraya Johor Baharu, Majlis Bandaraya Shah Alam dan Majlis Bandaraya Ipoh. Penyelarasan tersebut adalah berpandukan kepada struktur organisasi asas yang telah ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi semua Pihak Berkuasa Tempatan yang bertaraf Majlis Bandaraya. Objektif 1. Objektif utama Jabatan adalah untuk memastikan dan menyelaraskan semua bentuk pembangunan fizikal bagi kawasankawasan di dalam penguasaan Majlis Bandaraya Ipoh dan kawasan persekitaran yang mana di bawah kawalannya supaya dibina secara teratur, terancang dan seimbang menepati matlamat pembangunan Majlis, mematuhi segala polisi Majlis dan UndangUndang Kecil yang bersangkutan, mempunyai tahap keselamatan yang baik, selesa untuk didiami, bersih serta mempunyai kemudahan-kemudahan asas yang sempurna dan berkualiti. 2. Selain daripada itu Jabatan Bangunan juga memainkan peranan bagi menyediakan perkhidmatan yang cekap dan berkesan serta menggalakkan aktiviti pembinaan bagi menampung keperluan penduduk Bandaraya Ipoh dengan kaedah: i) Memastikan semua pembinaan semua bangunan yang didirikan sentiasa bermutu tinggi dan mengikut dasar-dasar dan piawaipiawai Majlis, Akta-Akta yang telah diperuntukkan, Undang-Undang Kecil dan Amalan-Amalan Piawai Kerajaan & Badan-Badan Profesional. ii) Menyemak serta menambahbaik dari semasa ke semasa, piawai-piawai dan prosedur kerja-kerja pembinaan, peraturanperaturan proses kelulusan untuk tujuan meningkatkan tahap produktiviti dan kualiti kerja Jabatan. iii) Memberikan respon yang cepat kepada keperluan dan perkhidmatan yang dihajati oleh orang ramai. iv) Selain dari itu, Jabatan ini juga tidak terkecuali dari mengambil bahagian bagi menjayakan pembangunan projek-projek prasarana yang telah dikenalpasti untuk dilaksanakan oleh Majlis bagi tujuan kemudahan orang ramai, khususnya penduduk Bandaraya Ipoh, serta Majlis Bandaraya ini amnya. Fungsi-Fungsi dan Aktiviti Utama i) Melaksanakan pemakaian dan penguatkuasaan Undang-Undang Kecil bangunan Seragam 1988, Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974, Polisi-Polisi Pembangunan Majlis Bandaraya Ipoh serta lain-lain Akta dan enakmen serta undang-undang yang berkaitan. ii) Menerima dan memproses semua jenis permohonan Pelan Bangunan bagi kelulusan sementara dan lain-lain bentuk permohonan pembangunan yang melibatkan pembinaan bangunan dari jenis separa kekal dan sementara di dalam kawasan Majlis Bandaraya Ipoh. iii) Memproses dan mengeluarkan Sijil Perakuan Layak Menduduki bagi bangunan-bangunan yang diluluskan. iv) Menyelaras dan melaksanakan pemeriksaan kesiapan bagi permohonan pembangunan yang diluluskan melalui proses Perakuan Siap Dan Pematuhan(CCC). v) Membantu Majlis Bandaraya Ipoh di dalam merangka polisi-polisi pembangunan dari semasa ke semasa. Struktur dan Fungsi Pada amnya Jabatan Bangunan mempunyai 3 (tiga) Bahagian Utama yang memainkan peranan melaksanakan fungsi-fungsi Jabatan seperti berikut: i) BAHAGIAN PENTADBIRAN Unit Pentadbiran Am Unit Tadbir Kelulusan Pelan Bangunan Unit Tadbir Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) Dan Telekomunikasi Unit Tadbir Penguatkuasaan, Pemantauan Pembangunan Dan Projek Khas. Unit Penguatkuasa Bangunan ii) BAHAGIAN KAWALAN DAN PENGUATKUASAAN BANGUNAN Unit Kawalan Skim Perumahan, Komersial, Industri Dan Institusi Unit Kawalan Bangunan Kediaman Dan Struktur Sementara. Unit Kawalan Struktur Telekomunikasi Dan Penyelaras Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC). iii) BAHAGIAN REKABENTUK SENIBINA DAN PROJEK KHAS

Unit Projek Khas dan kajiselidik Unit Rekabentuk. BAHAGIAN PENTADBIRAN Bahagian Pentadbiran pada keseluruhannya mengendalikan semua urusan-urusan pentadbiran, memproses dokumen, kelulusan, merekod dan segala kerja-kerja sokongan di dalam urusan bahagian ini pada amnya. i) Unit Pentadbiran Am Menerima, memproses dan merekod mengenai deposit dan pemulangan cagaran. Mengemaskinikan semua rekod-rekod borang permohonan, kelulusan pelan bangunan dan resit-resit bayaran. Menyelaras semua akaun perbelanjaan Jabatan dan belanjawan tahunan. Menyediakan laporan-laporan khas bulanan dan tahunan kepada agensi-agensi berkaitan. Menguruskan hal-hal pentadbiran perkhidmatan anggota termasuk pentadbiran, cuti, tuntutan dan kursus. Menyediakan maklumbalas surat di antara agensi-agensi kerajaan dan swasta. Menyelaraskan semua tindakan pentadbiran di antara unit-unit yang berkaitan. Menyelaraskan semua rekod pergerakan fail dan proses tindakan penghantaran fail bangunan untuk tindakan penilaian. ii) Unit Pentadbiran Kelulusan Pelan Bangunan Menyediakan semua surat ulasan dan teguran Jabatan kepada pemohon. Menyediakan semua surat kelulusan bagi pelan-pelan bangunan. Menyelaras semua permohonan bagi semua kategori yang diterima melalui sistem elektronik. Menyediakan Sijil Perakuan Layak menduduki (SPLM) yang dikeluarkan dalam tempoh peralihan. Menyelaras dan merekod makluman mengenai kesiapan bangunan Borang F (CCC) kepada Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta MBI untuk tindakan menilai harta dan cukai taksiran. iii) Unit Tadbir Penguatkuasaan, Pemantauan Pembangunan Membantu menyediakan semua permit-permit sementara. Menyediakan notis di bawah peruntukan Akta 133. Menerima dan menyelaras rekod-rekod bagi aduan awam. Menyediakan surat dan makluman berkaitan dengan maklumbalas terhadap aduan-aduan awam yang diuruskan oleh Unit Penguatkuasaan. Menyediakan surat-surat arahan Notis Pemberhentian Kerja untuk ditandatangan Pengarah Bangunan Bandaraya (PBB). iv) Unit Tadbir Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) Dan Telekomunikasi Menyediakan dan menyelaras semua surat kelulusan atau permit yang dikeluarkan Menyediakan semua kertas-kertas kerja yang perlu dibentangkan ke Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) 2 kali sebulan. Menyediakan surat kelulusan dan pelan-pelan kelulusan yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) untuk ditandatangani oleh PBB. Menyediakan laporan-laporan yang perlu diadakan yang melibatkan permohonan bagi sistem telekomunikasi dan permohonan melalui OSC. Menyediakan bil-bil bayaran tambahan, denda dan sewa petak letak kereta serta penerimaan pengemukaan semula pelan-pelan dan pertanyaan orang awam. Menyelaraskan tindakan bagi membaharui semua permit sementara bagi sistem dan struktur pemancar telekomunikasi. Zon Kawasan Pentadbiran & Penguatkuasaan Jabatan BAHAGIAN REKABENTUK SENIBINA DAN PROJEK KHAS Fungsi utama Bahagian ini adalah bagi menyediakan perkhidmatan teknikal dan professional di dalam penyediaan rekabentukrekabentuk dan lukisan-lukisan atau pelan-pelan dengan tujuan menjayakan projek-projek Majlis. Bahagian ini terbahagi kepada 2 (dua) Unit dan bertanggungjawab terhadap tugas-tugas berikut: i) Unit Rekabentuk Membuat kerja-kerja analisa awalan dan membuat garis-garis panduan konsep projek-projek yang hendak dilaksanakan berlandaskan matlamat Majlis. Memberi nasihat-nasihat profesional dan cadangan kepada Majlis sebelum apa-apa projek dilaksanakan.

Menjalankan kerja-kerja merekabentuk dan melukis pelan-pelan yang diperlukan bagi tujuan tender dan seterusnya perlaksanaan projek-projek tersebut. Memberi khidmat-khidmat nasihat dan `site supervision di semasa perlaksanaan projek. Selain dari itu, bertanggungjawab terhadap mengadakan kajian serta menderaf pelan-pelan setara bagi kegunaan Majlis dari semasa ke semasa. Menyediakan pelan-pelan Rekabentuk Kejuruteraan (RC). Menyediakan pelan-pelan water reticulation, plumbing dan electrical. ii) Unit Projek Khas Dan Kajiselidik Melaksanakan kaji selidik, khidmat nasihat perundangan dan teknikal serta menyediakan deraf polisi pembangunan untuk pertimbangan Majlis. Membantu di dalam tindakan menyediakan carta rekod secara berkomputer bagi permohonan- permohonan yang diterima. BAHAGIAN KAWALAN DAN PENGUATKUASAAN BANGUNAN i) Unit Kawalan Sekim Perumahan, Komersial Industri & Institusi. Memproses dan menyemak permohonan bagi kelulusan pelan-pelan bangunan baru kategori skim kediaman, bangunan komersial, Institusi dan bangunan industri. Memproses dan menyemak permohonan bagi kelulusan pelan-pelan pindaan bangunan dan pindaan kepada pelan lulus bagi kategori skim kediaman, bangunan komersial, Institusi dan bangunan Industri termasuk rumah-rumah contoh. Memproses permohonan pengesahan penerimaan pelan-pelan struktur bagi kategori skim Kediaman, bangunan Komersial, Institusi dan bangunan Industri. Melaksanakan pemeriksaan tapak projek bagi tujuan pengeluaran Sijil Perakuan Layak Menduduki (SPLM) bagi kategori skim Kediaman, bangunan Komersial, Institusi dan bangunan Industri. Melaksanakan pemantauan pengeluaran Sijil Perakuan Siap Dan Pematuhan (CCC) bagi kategori sekim kediaman, bangunan komersial, Intitusi dan Industri. Menyedia laporan bulanan mengikut keperluan semasa. ii) Unit Kawalan Bangunan Kediaman Di Bawah 5 Unit. Memproses permohonan bagi kelulusan pelan-pelan bangunan baru bagi kategori rumah kediaman sesebuah dan permohonan kediaman di bawah 5 unit. Memproses permohonan bagi kelulusan pelan-pelan pindaan bangunan dan pindaan sesebuah dan permohonan kediaman di bawah 5 unit. Memproses dan mengesahkan penerimaan pelan-pelan struktur bagi kategori rumah kediaman di bawah 5 unit. Melaksanakan pemeriksaan tapak bagi tujuan penguatkuasaan dan pengeluaran Sijil Perakuan Layak Menduduki (SPLM) bagi kategori rumah kediaman di bawah 5 unit. Melaksanakan pemantauan pengeluaran Sijil Perakuan Siap Dan pematuhan (CCC) bagi kategori rumah kediaman sesebuah dan bangunan kediaman di bawah 5 unit. Menyedia laporan bulanan mengikut keperluan semasa. iii) Unit Kawalan Struktur Telekomunikasi Dan Penyelaras Jawatan Kuasa Pusat Setempat (OSC) Menyelaras semua tindakan proses kelulusan bagi permohonan menara struktur sistem telekomunikasi. Menyediakan rekod dan laporan bagi pemantauan struktur sistem telekomunikasi. Menyediakan semua kertas kerja Jabatan Bangunan untuk dibentangkan ke Jawatan Kuasa Pusat Setempat (OSC) bagi tujuan kelulusan pelan-pelan bangunan. Menyelaraskan keputusan mesyuarat bagi kelulusan sepertimana yang telah diputuskan oleh Jawatan Kuasa Pusat Setempat (OSC) dan menyediakan laporan penuh untuk dimaklumkan ke Mesyuarat Majlis Penuh. Menyemak dan mengemaskini rekod pembaharuan permit bagi menara-menara telekomunikasi mengikut kehendakkehendak dan syarat yang telah ditetapkan. Menyelaraskan pengeluaran permit-permit dan pembaharuan permit sementara bagi menara telekomunikasi. iv) Unit Penguatkuasa Pemantauan Pembangunan Melaksanakan tugas-tugas penguatkuasaan terhadap perlaksanaan projek- projek pembangunan dan siasatan terhadap binaan / struktur haram, struktur usang dan merbahaya. Memproses dan mengambil tindakan bagi aduan-aduan awam terhadap perlaksanaan projek-projek pembangunan, binaan / struktur haram, struktur usang dan merbahaya. Menyediakan laporan dan tindakan terhadap isu-isu berkaitan kerosakan bangunan dan binaan yang tidak mengikut spesifikasi. Menyedia laporan bulanan mengikut keperluan semasa. Menyelaras dan menyediakan semua pengeluaran permit-permit sementara yang dikeluarkan. Menyediakan semua notis penguatkuasaan di bawah Akta 133 (bagi bangunan dan pindaan haram dan kacau ganggu). Menyelaras tindakan terhadap aduan-aduan yang diterima untuk tujuan tindakan susulan di bawah Akta Jalan, Parit Dan Bangunan. Melaksanakan tugas proses yang melibatkan pemantauan dan pemeriksaan terhadap bangunan tinggi yang melebihi 5 tingkat secara berkala mengikut kehendak Seksyen 85, Akta 133 Akta Parit, Jalan Dan Bangunan. Pencapaian Kerja Tahunan 2009 Perlaksanaan Kerja Rekabentuk Projek-Projek MBI

JABATAN HAL EHWAL KOMUNITI 1.0 VISI Merealisasikan persekitaran Bandaraya Ipoh yang bersih, komuniti yang sejahtera dengan memupuk budaya kerja yang cemerlang. 2.0 MISI Mewujudkan persekitaran Bandaraya Ipoh yang bersih, sihat dan sejahtera dan menyemarakkan aktiviti-aktiviti dan pembangunan komuniti yang teratur 3.0 OBJEKTIF Merancang, melaksana dan memastikan perkhidmatan Majlis Bandaraya Ipoh kepada warga kota Ipoh sentiasa berada di tahap yang terbaik dari masa ke semasa. 4.0 FUNGSI

o o o o o o o o o o o o o o o o o o o o o o o o

Menyelaraskan Program-Program Lain Yang Melibatkan Pihak Majlis Sebagai Jawatankuasa Pengelola/Pelaksana Melaksanakan Usaha-Usaha Untuk Peningkatan Imej Majlis Melalui Penyediaan Bahan-Bahan Yang Berunsurkan Imej Korporat MBI. Membantu Dalam Menyebarkan Maklumat Tentang Aktiviti/Peranan MBI Kepada Orang Awam Menjalankan Kerja-Kerja Pemantauan Terhadap Hasil Perkhidmatan Majlis Kepada Pihak Awam/Warga kota Ipoh. Meyelaraskan Segala Aktiviti/Program Sukan Dan Juga Majlis-Majlis Rasmi MBI. Menyelaraskan Segala Permohonan Untuk Persembahan Menguruskan Segala Tempahan Stadium, Padang, Dewan Bandaran,Dewan Orang Ramai Dan Peralatan. Menyelaraskan Dan Mengambil Tindakan Terhadap Isu Kemiskinan Bandar Dan Isu Setinggan Sifar Menyelaras Kemajuan Perlaksanaan Konsep Pegawai Perhubungan Kawasan Menyelaras Perlaksanaan Projek Pelancongan MBI, Negeri Dan Persekutuan. Menguruskan Pentadbiran Pusat Penerangan Pelancongan Perak Menguruskan Dan Menyelaraskan Semua Aktiviti Pelancongan Menyelaraskan Hububungan Bandaraya Berkembar Ipoh-Fukuoka Dan Juga Kerjasama Dengan Bandaraya Lain. Menyelaraskan Tindakan Di Bawah Tourism Promotion Organization (TPO). Mengawasi Perkhidmatan Di Perpustakaan Berjalan Mengikut Ketetapan Bagi Semua Aktiviti. Merancang Pembangunan Perpustakaan Mengikut Keupayaan Majlis. Merangka Program-Program Dan Aktiviti-Aktiviti Tahunan Perpustakaan. Kutipan Dan Pelupusan Sampah Kawalselia Kebersihan Bil Perkhidmatan Kutipan Sampah Tred Dan Industri Mengurus Dan Menyelia Perkhidmatan Kereta Jenazah Siasatan Terhadap Aduan Awam Penjualan Kupon Untuk Melupuskan Sampah Ke Tapak Pelupusan MBI Oleh Pihak Swasta. Membantu Agensi Kerajaan, NGO Dan Badan-Badan Kebajikan Melaksanakan Kerja Gotong-Royong.

JABATAN KEJURUTERAAN VISI Untuk Menyediakan Prasarana Dan Persekitaran Hidup Yang Moden, Selamat Dan Sesuai Dengan Pembangunan Bandar Yang Mampan OBJEKTIF Merancang Pembangunan Dan Pembinaan Infrastruktur Dan Kemudahan Awam Di Bawah Pentadbiran Majlis FUNGSI JABATAN Merancang Dan Membina Kemudahan Infrastruktur Dan Kemudahan Awam. Menyelenggara Segala Kemudahan Infrastruktur, Kemudahan Awam Dan Harta Majlis. Mengeluarkan Permit-Permit Sementara. PIAGAM PELANGGAN Memberikan Kelulusan Ke Atas Permohonan Perancangan Dan Pembangunan Yang Telah Mematuhi KehendakKehendak Perancangan Tidak Melebihi 2 Bulan.

CARTA ORGANISASI JABATAN KEJURUTERAAN

BAHAGIAN JALAN

Merancang dan membina projek jalan & longkang tepi jalan di kawasan majlis. Melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan jalan, longkang tepi jalan dan lorong belakang majlis. Menyemak & membuat ulasan kepada pelan-pelan permohonan pembangunan infrastruktur untuk sekim perumahan Awam dan Swasta mengenai sistem jalan dan saliran untuk tujuan kawalan pembangunan. Memeriksa dan menyokong pengeluaran Sijil Layak Menduduki bagi kerja-kerja jalan, longkang-longkang sekim perumahan Awam dan Swasta. Mengeluarkan dan mengawal permit pengorekan jalan oleh agensi awam atau swasta. Menyemak semua cadangan dan rekabentuk R&D (Roads & Drainage), Lalulintas dan Saliran bagi semua permohonan pembangunan untuk kelulusan OSC. Mengadakan perbincangan awal Pra-Submission semua permohonan sebelum penyerahan sebenar oleh pihak pemaju.

BAHAGIAN SALIRAN

Merancang, mengenalpasti & membina projek-projek saliran & pencegahan banjir seperti longkang utama, jambatan & sistem saliran Mesra Alam. Menyelenggara & membaiki longkang-longkang utama & sistem mencegah banjir, kolam tadahan & takungan Mesra Alam. Menyemak & membuat ulasan bagi permohonan pembangunan tanah untuk skim-skim perumahan awam mengenai longkang -longkang utama & sistem-sistem pengaliran dan saliran untuk tujuan kawalan pembangunan, Memeriksa dan menyokong pengeluaran Sijil Layak Menduduki bagi pembinaan utama & kolam-kolam tadahan/takungan untuk skim perumahan Awam dan Swasta. Menyediakan garis panduan perlaksanaan Sistem Mesra Alam serta memantau dan membuat pengubahsuaian dari masa ke semasa.

BAHAGIAN LALULINTAS

Merancang, merekabentuk & membina projek-projek jalan, jambatan, persimpangan, lampu jalan, perabut jalan & lampu isyarat. Melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan lampu isyarat, lampu jalan & persimpangan. Menyemak & membuat ulasan bagi permohonan infrastuktur lalulintas sekim perumahan awam dan swasta untuk kelulusan pembangunan. Memeriksa dan menyokong pengeluaran Sijil Layak Menduduki bagi kerja-kerja berkaitan lalulintas. Membuat penyelidikan mengenai tahap jalan persimpangan untuk mengelakkan kesesakkan lalulintas dari masa kesemasa.

BAHAGIAN KERJA & BANGUNAN

Merancang dan membantu merekabentuk bagi menyediakan pelan-pelan, gerai, rumah kedai, tandas awam dan lain-lain. Menguruskan dan menyelia projek-projek bangunan dan kemudahan awam yang lain. Menjalankan kerja penyelenggaraan & pembaikan bagi bangunan-bangunan dan harta Majlis. Melaksanakan kerja-kerja pertukangan dan persiapan bagi acara-acara Majlis.

BAHAGIAN MEKANIKAL & M.E

Mengurus dan melaksanakan projek-projek mekanikal serta penyelenggaraan ke atas peralatan mekanikal. Menyelenggaraan semua peralatan mekanikal pada bangunan-bangunan Majlis termasuk lif-lif, generator, peralatan pencegahan kebakaran dan lain-lain. Menyediakan penilaian pembelian kenderaan-kenderaan Majlis. Menyelenggaraan & membaiki kenderaan-kenderaan Majlis. Menyelaraskan peruntukan kenderaan untuk jabatan serta merangka program pembelian kenderaan Majlis. Mengurus dan melaksanakan projek-projek elektrikal serta penyelenggaraan ke atas peralatan elektrik. Merangka, merancang program jangka panjang / pendek bidang elektrikal untuk semua premis Majlis.

UNIT PENTADBIRAN AM

Menyediakan sistem fail dan rekod Jabatan Kejuruteraan. Menyediakan surat-surat dan segala urusan yang berkaitan dengan perjalanan dan pentadbiran pejabat. Mengendalikan semua urusan personal Pegawai dan Kakitangan Jabatan Kejuruteraan. Menguruskan semua hal mengenai fail-fail projek. Menyediakan surat-surat dan borang-borang Standard Pengurusan Projek. Menyediakan penyata akaun bayaran kemajuan kerja dan dokumen bayaran kontrak.

BAHAGIAN UKUR BAHAN

Menyediakan kaedah, Piawai dan Standard bagi kerja-kerja Ukur Bahan untuk dilaksanakan mengikut kehendak Majlis dan Lembaga Ukur Bahan Malaysia. Mengemaskini semua peraturan dan arahan Perbendaharaan serta polisi Kerajaan dan Majlis dari masa kesemasa mengenai Perolehan. Menyediakan Bills of Quantities dan Specification serta membuat taking off, abstracting, billing dan menyediakan anggaran kos bagi kerja-kerja Kontrak untuk tujuan tender. Membuat penilaian tender untuk diperakukan kepada Majlis atau pihak Kerajaan Negeri untuk pemilihan. Menyediakan Bayaran Kemajuan Kerja Projek dari masa kesemasa. Menyediakan pengkalan data prestasi dan keupayaan Kontraktor untuk tujuan penilaian.

JABATAN KESIHATAN UNIT KAWALAN VEKTOR 1. FUNGSI UTAMA 2. 1.1 Kawalan Dan Pencegahan Demam Denggi 1.1.1 Merancang , mengatur , mengetuai , melaksana dan menilai semula semua aktiviti Unit Kawalan Vektor 1.1.2 Mengurangkan morbidity dan mortality penyakit-penyakit bawaan vektor 1.1.3 Menjalankan siasatan ke atas kes-kes penyakit bawaan vektor yang dinotifikasikan dan menentukan punca jangkitan serta mengambil tindakan kawalan. 1.1.4 Menjalankan tinjauan aedes untuk mengesan pembiakan jentik-jentik nyamuk aedes. 1.1.5 Menjalankan semburan ( termal fogging/ ulv) untuk membunuh nyamuk aedes dikawasan yang tinggi petunjuk aedes atau terdapat kes-kes denggi yang dilaporkan. 1.1.6 Menjalankan kerja-kerja pengurangan punca-punca pembiakan nyamuk Aedes. 1.1.7 Aktiviti pemusnahan jentik-jentik nyamuk aedes dengan larviciding. 1.1.8 Menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan longkang tanah anti malaria dalam kawasan MBI. 1.2 Tindakan Dan Siasatan Aduan Awam 1.2.1 Menjalankan siasatan aduan kacau ganggu nyamuk dan mengambil tindakan pencegahan penyakit demam denggi. 1.2.2 Menjalankan kerja-kerja kawalan roden (tikus) di bangunan milik MBI. 1.2.3 Menjalankan kerja kawalan dan pembasmian ulat bulu dan kutu apabila mendapat aduan daripada orang awam. 1.3 Penguatkuasaan Undang-undang APSPP 1.3.1 Melaksanakan penguatkuasaan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 dengan menjalankan pemeriksaan ulangan, mengeluarkan notis /kompaun dan menguruskan kerja-kerja tindakan mahkamah. 1.4 Pendidikan Kesihatan 1.4.1 Memberi kesedaran kepada orang awam mengenai penyakit bawaan vektor langkah pengawalan dan pencegahannya. 1.4.2 Mengatur program gotong-royong Cari dan Musnah di kawasan hotspot denggi. 1.4.3 Mengadakan pameran kesihatan dan kesedaran awam di sekolah, institusi pengajian, komplek perniagaan dan tempat tumpuan awam. PIAGAM PELANGGAN UNIT KAWALAN VEKTOR 2.1 Semua kes Demam Denggi akan disiasat dalam tempoh 24 jam 2.2 Semua tindakan kawalan kes Demam Denggi akan dijalankan dalam tempoh 24 jam 2.3 Semua aduan berhubung dengan gangguan nyamuk akan disiasat dalam tempoh 48 jam (2 hari) 2.4 Semua pesakit, hubungi pesakit serta jiran dalam lingkungan 200 meter radius dari rumah pesakit akan diberi pendidikan kesihatan dalam perkara mengawal dan mencegah penyakit demam denggi.

1. i. ii.

Fungsi Utama Merancang, mengatur, mengetuai, melaksana dan menilai semula semua aktiviti Unit Pengurursan Pasar. Memproses semua jenis permohonan lesen pasar termasuk peniaga tetap, sambilan, sementara dan pelesenan pasar swasta.

iii. Memastikan serta mempertingkatkan tahap kebersihan pasar dan sanitasi peniaga bagi menjamin penjualan makanan yang bersih dan selamat. iv. Melaporkan segala kerosakan bangunan, bekalan air/elektrik dan lain-laian kepada Bahagian Kerja dan Bangunan untuk kerjakerja pembaikan. v. Menguatkuasakan Undang-Undang Kecil Mengawal Pasar Awam dan Pasar Swasta (Majlis Perbandaran Ipoh) 1984; Akta Makanan 1983 dan Undang-Undang Kecil Pengendali Makanan (Majlis Perbandaran Ipoh) 1981. vi. Memberi perkhidmatan pelanggan secara terus atau melalui telefon berhubung dengan pelesenan dan pengurusan pasarpasar. vii. viii. ix. x. xi. Pengawalan dan pengawasan aktiviti peniaga-peniaga di pasar awam dan pasar swasta. Merancang dan melaksanakan kerja-kerja pembersihan pasar-pasar awam termasuk tandas awam secara berjadual. Menjalankan penyewaan dan kutipan penyewaan ke atas gerai-gerai Pasar Besar Menerima dan mengambil tindakan ke atas aduan-aduan awam berkaitan kebersihan pasar. Mengambil tindakan rampasan ke atas jualan tanpa lesen sekitar 50 meter dalam kawasan pasar.

JABATAN LANDSKAP DAN REAKSI

MISI Menjadikan Bandaraya Ipoh sebagai sebuah Bandaraya Dalam Taman di samping menyediakan kemudahan rekreasi dan riadah untuk warga kota. VISI Menjadikan Bandaraya Ipoh sebagai sebuah Bandaraya Dalam Taman di sampai menyediakan kemudahan rekreasi dan riadah untuk warga kota. OBJEKTIF 1.Menjadikan Ipoh sebagai sebuah Bandaraya Bougainvillea selaras sebagai bunga rasmi Bandaraya Ipoh. 2.Mewujudkan pembangunan landskap yang mampan bagi kemudahan warga kota selaras dengan aspirasi kerajaan menjadikan Malaysia Negara Taman. 3.Menwujudkan kawasan rekreasi yang berkualiti serta lengkap dengan kemudahan-kemudahan sukan dan ridah bagi warga kota. JABATAN PENILAIAN DAN PENGURUSAN HARTA Visi Menilai dan mengurus harta secara bijak, adil dan saksama. Misi Melaksanakan pengiraan Cukai Taksiran Yang adil dan berpatutan mengikut jenis-jenis pegangan. Objektif

Berusaha mempertingkatkan pendapatan Majlis dari punca hasil Cukai Taksiran dan Caruman Bantuan Kadar. Berusaha mengagihkan beban pembayar cukai ke tahap yang wajar dan berpatutan. Berusaha mempertingkatkan mutu pengurusan harta-harta Majlis dari segi kutipan sewaan dan penyelenggaraan ke tahap yang memuaskan semua. Menyediakan cadangan dan kajian pembangunan tanah milik Majlis. Mempertingkatkan kualiti kerja ke arah kecemerlangan perkhidmatan.

Fungsi Utama 1.Bahagian Pentadbiran. Menjalankan segala urusan pentadbiran am pejabat, kewangan dan urusan anggota jabatan. 2. Bahagian Teknikal Menilai harta/pegangan bagi maksud Cukai Taksiran, Caruman Bantuan Kadar dan menguruskan proses pengambilan tanah bagi projek-projek Majlis. 3. Bahagian Pengurusan Harta. Mengurus harta tanah milik.

JABATAN PENTADBIRAN & PEMBANGUNAN LATAR BELAKANG JABATAN PENTADBIRAN DAN PEMBANGUNAN ORGANISASI Jabatan Pentadbiran dan Pembangunan Organisasi merupakan tulang belakang kepada perkhidmatan yang disediakan oleh Majlis Bandaraya Ipoh.Ianya bertanggungjawab menyelaraskan aktiviti di antara jabatan-jabatan dari segi pentadbiran dan perkhidmatan untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan .Ia juga terlibat didalam merancang , merumus dan menyelaras segala dasar-dasar dan matlamat Majlis Bandaraya Ipoh, disamping menentukan perlaksanaan dasar-dasar tersebut dijalankan dengan cekap dan berkesan. Jabatan Pentadbiran dan Pembangunan Organisasi terdiri daripada Bahagian Pentadbiran, Bahagian Sumber Manusia dan Bahagian Majlis.Bahagian Sumber Manusia terdiri dari Unit Personel, Unit Tatatertib dan Naik Pangkat serta Unit Latihan dan Kompetensi. Jabatan Pentadbiran dan Pembangunan Organisasi juga bertindak sebagai pusat dan penyelaras bagi memastikan keputusan dan dasar majlis dilaksanakan dengan cekap dan berkesan melalui pengembelengan tenaga dan daya usaha bersama semua jabatan. VISI JABATAN PENTADBIRAN DAN PEMBANGUNAN ORGANISASI Mewujudkan perancangan, pembangunan dan penyusunan organisasi / sumber manusia untuk menyumbang ke arah pencapaian kemajuan dan kesejahteraan Bandaraya Ipoh. MISI JABATAN PENTADBIRAN DAN PENBANGUNAN ORGANISASI Mewujudkan organisasi dan tenaga kerja yang berkualiti dan dinamik sesuai dengan kehendak pelanggan dan warga kota kearah kualiti hidup yang lebih sejahtera. OBJEKTIF JABATAN PENTADBIRAN DAN PEMBANGUNAN ORGANISASI. Menentukan Majlis Bandaraya Ipoh mempunyai tenaga kerja yang mencukupi untuk menjalankan fungsi perkhidmatan dan pembangunan Majlis Bandaraya Ipoh. Mewujudkan satu pentadbiran dan pengurusan yang bersih ,cekap dan amanah. Mewujudkan tenaga kerja yang berdisiplin serta berhemah tinggi. Melengkapkan anggota Majlis dengan pengetahuan yang mencukupi mengenai teknik-teknik pengurusan moden melalui latihan dan kursus. Memastikan urusan perkhidmatan anggota sentiasa di kemas kini. Menyediakan dan menyelaraskan perkhidmatan infrastruktur teknologi maklumat yang sesuai dan mencukupi bagi menyokong operasi-operasi di peringkat pengurusan majlis. JABATAN PERANCANGAN BANDARAYA Misi Dan Visi Merancang pembangunan bandaraya Ipoh dengan mengambil kira faktor fizikal, ekonomi dan sosial untuk mencapai taraf kehidupan wargakota yang lebih berkualiti. Fungsi Berdasarkan kepada keperluan-keperluan Jabatan ini dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang besar dalam mengawal dan merancang arah pembangunan Bandaraya Ipoh, perluasan sempadan Majlis dari 387.63km persegi kepada ... , perluasan pemakaian Akta 172, Akta A 933 pindaan 1995, dan Akta A1129 pindaan 2001 serta pertambahan peranan dalam rancanganrancangan pembangunan, penguatkuasaan, rundingan, serantau dan pendidikan, penyelidikan dan pengemaskinian maklumat ke arah memantapkan Jabatan Perancang Bandar khususnya dan Majlis amnya maka 5 bahagian telah diwujudkan iaitu: * Kawalan Pembangunan * Rancangan Pemajuan * Penyelidikan dan Projek Khas * Penguatkuasaan Perancangan * Bahagian Pentadbiran BAHAGIAN PENGUATKUASAAN PERANCANGAN. Objektif Penguatkuasaan Perancangan Memastikan pembangunan bandar yang teratur dan mematuhi peruntukan Akta Perancang Bandar dan Desa, 1976 (Akta 172) serta undang-undang yang berkaitan.

PEJABAT AUDIT VISI Ke arah meningkatkan / mewujudkan kompetensi seterusnya mewujudkan pengurusan yang cekap lagi efisien agar sumber dapat digunakan secara optimum. MISI

Merancang program auditan pengurusan, kewangan dan penyiasatan dengan sistematik, tepat, ketelusan maklumat boleh dibuat secara bebas, adil dan saksama kepada semua warga organisasi. Memastikan program & aktiviti Majlis dilaksanakan secara cekap, ekonomi dan efektif.

OBJEKTIF Menentukan wujudnya struktur dan sistem pengurusan kewangan yang berkesan. Memastikan wujudnya sistem kawalan dalaman yang berkesan terhadap pungutan hasil, perbelanjaan, akaun/kumpulan wang amanah, pelaburan dan harta modal. Menentukan pengurusan kewangan dibuat mengikut undang-undang, polisi dan peraturan yang ditetapkan. Memastikan rekod yang berkaitan diselenggarakan dengan lengkap dan kemaskini. Semua sumber organisasi digunakan dengan cekap, berkesan dan ekonomi. FUNGSI UTAMA Pentadbiran Am i). Menguruskan sistem fail. ii). Menguruskan surat-menyurat berkaitan pentadbiran. iii). Menguruskan rekod cuti. iv). Menguruskan proses perolehan. v). Memaklumkan kepada Juruaudit Bandaraya mengenai mesyuarat-mesyuarat yang perlu dihadiri serta temujanji. vi). Menguruskan pembelian. vii). Menguruskan tuntutan perbatuan. viii) Mengemaskini daftar inventori. Audit Kewangan Audit kewangan merangkumi pemeriksaan terhadap sistem kewangan, kawalan dalaman dan rekod kewangan untuk menentukan samada perbelanjaan, hasil, aset dan stor telah diurus mengikut undang-undang, peraturan dan arahan yang berkaitan. Audit Penyiasatan & Operasi i). Audit Penyiasatan Apabila mendapat maklumat dan arahan daripada pihak pengurusan. (DB/SUB/KJ/Mesyuarat-mesyuarat Majlis). Hasil pemerhatian audit. Aduan awam. ii). Audit Operasi Audit operasi merangkumi penilaian terhadap aktiviti Majlis untuk menentukan matlamatnya telah dicapai dan sumber digunakan secara berhemat, cekap dan berkesan

PEJABAT PERHUBUNGAN AWAM VISI Ke arah warga kota kelas pertama MISI Melahirkan warga kota yang berpengetahuan OBJEKTIF Menjaga dan Meningkatkan Imej baik Majlis Bandaraya Ipoh CARTA ORGANISASI

PERANAN / FUNGSI 1.Menjalankan aktiviti ke arah peningkatan imej Majlis; 2.Urusan penyebaran maklumat / penerangan awam bagi pihak Majlis; 3.Penerbitan bahan cetak rasmi Majlis; 4.Penerbitan bahan tayangan korporat Majlis; 5.Pengendalian media massa; 6.Pengendalian aduan awam; 7.Pengacaraan majlis rasmi; 8.Pengendalian lawatan rasmi; 9.Pelarasan kutipan derma; 10.Pengendalian aktiviti Turun Padang Datuk Bandar. PEJABAT UNDANG-UNDANG MISI Menjadikan Pejabat Undang-Undang sebagai jabatan contoh dalam melaksana dan menguatkuasaaan perundangan, polisi dan peraturan sediada untuk menfaat Majlis dan warga kota. VISI Meningkatkan kesedaran tentang pematuhan undang-undang di kalangan wargakota Ipoh. Peningkatan Pemahaman dan Perlaksanaan Perundangan Negara Secara Menyeluruh. OBJEKTIF PEJABAT UNDANG-UNDANG Pejabat ini bertanggungjawab membentangkan undang-undang kecil kepada Majlis disamping menguatkuasakan dan menentukan segala aspek perundangan yang dibuat oleh Majlis Bandaraya Ipoh dipatuhi dan dikuatkuasakan sepenuhnya. FUNGSI-FUNGSI 1. Memberi nasihat, pendapat dan pandangan kepada jabatan-jabatan lain dalam Majlis meliputi segala aspek perundangan. 2. Mengendalikan urusan pendakwaan bagi kesalahan-kesalahan di bawah undang-undang yang berkuatkuasa di dalam kawasan Majlis dan membuat tuntutan hutang (civil claim) terthadap mana-mana orang yang mempunyai hutang / tunggakan dengan Majlis Bandaraya Ipoh. 3. Menyediakan dokumen-dokumen yang berkaitan dengan undang-undang seperti kontrak dan surat-surat perjanjian. 4. Menggubal notis, waran dan perintah-perintah termesti yang berkaitan dengan kerja-kerja penguatkuasaan. 5. Menggubal, meminda, mengulangkaji dan menterjemah semua undang-undang dan perintah yabg dipakai dan dikuatkuasakan oleh Majlis dan menderaf undang-undang kecil / perintah-perintah baru serta pindaan-pindaannya. FUNGSI-FUNGSI UTAMA JABATAN

Bahagian Undang-Undang Memberi nasihat dan perkhidmatan perundangan tepat kepada Jabatan yang memerlukan agar segala tindakan yang diambil tidak ultra vires dengan sebarang undang-undang yang sedia ada. Bertanggungjawab menyediakan, menggubal dan menyemak deraf Undang-Undang Kecil, Perintah,Pekeliling serta Kaedah sama ada baru atau pindaan. Menyediakan dan menyemak deraf pelbagai perjanjian dan legal notice yang diperlukan. Mengurus fail-fail saman, kertas pengaduan serta pertuduhan untuk pendaftaran kes pendakwaan ke Mahkamah. Bertanggungjawab meneliti, menjalankan sebutan dan pendakwaan bagi kes Majlis. Menguruskan hal tuntutan pembelaan, tindakan-tindakan sivil bersama peguam panel Majlis. Menguatkuasakan undang-undang yang digunapakai oleh Majlis dan bersama-sama agensi bertanggunjawab menjalankan operasi-operasi penguatkuasaan.

Mengeluarkan notis amaran kepada sesiapa yang gagal membayar kompaun yang ditetapkan pada masa yang ditetapkan. Menyediakan dan membantu pegawai penyiasat dalam menyediakan kertas siasatan untuk kes-kes yang diperlukan untuk pendakwaan. Membantu Jabatan Penilaian dalam menjalankan sitaan terhadap penyewa yang tertunggak bayaran sewaan. Membantu Jabatan-jabatan lain dalam Majlis untuk tindakan sitaan kedai atau premis sewaan yang gagal membayar tunggakan sewa. Membantu Jabatan Penilaian untuk tindakan penguatkuasaan Pesuruhjaya Bangunan (Commissioner Of Building). Memberi kesedaran kepada orang ramai supaya menghargai undang-undang dan peraturan yang digunapakai oleh Majlis melalui khidmat nasihat yang diberikan.

BAHAGIAN PELESENAN VISI MEMASTIKAN AKTIVITI-AKTIVITI YANG MEMUDARATKAN DAN MENJADI KACAUGANGGU DIKAWAL MELALUI PROSES PELESENAN SERTA MEMASTIKAN WARGA IPOH MEMATUHI UNDANG-UNDANG MELALUI TINDAKAN PENGUATKUASAAN. MISI MENGGALAKKAN INDUSTRI DAN PERDAGANGAN UNTUK MENCAPAI MATLAMAT MEMBANGUNKAN KAWASAN MAJLIS SERTA MEMASTIKAN PEMATUHAN UNDANG-UNDANG OLEH SEMUA WARGA BANDARAYA IPOH. OBJEKTIF MEMASTIKAN KESELAMATAN DAN KESEJAHTERAAN PENDUDUK BANDARAYA DIPERTINGKATKAN BAGI MENCAPAI TAHAP BANDARAYA DINAMIK DENGAN SEJAHTERA DENGAN CARA:Memberi prerkhidmatan yang cemerlang kepada pelanggan untuk permohonan lesen premis perniagaan dan pengiklanan serta kelulusan permit-permit barangan kawalan dan permit pertunjukan hiburan. Memastikan aktiviti-aktiviti yang memudaratkan dan masalah kacauganggu dikawal melalui proses pelesenan. Memastikan Bandaraya Ipoh bebas dari halangan kacau/ganggu melalui ketegasan penguatkuasaan undang-undang dan; Penggunaan Teknologi bagi meningkatkan produktiviti pelesenan dan keberkesanan penguatkuasaan. BAHAGIAN PELESENAN Fungsi : Menerima, membuka dan merekod semua jenis permohonan lesen trade dan perindustrian Memproses semua jenis permohonan lesen papan iklan baru, tukar alamat, tukar visual dan sebagainya Menjalankan pemeriksaan ke atas papan iklan yang telah atau belum dilesenkan oleh pihak Majlis samada yang baru atau lama dalam berbagai keadaan Memproses dan memberi ulasan ke atas permohonan yang dirujuk oleh lain-lain agensi kerajaan seperti Pejabat Daerah BAHAGIAN PENGUATKUASAAN VISI

MISI

Memberi kesedaran tentang mematuhi peraturan-peraturan, Undang-Undang di kalangan warga kota. Peningkatan pemahaman dan perlaksanaan Perundangan Negara.

Untuk menyediakan satu suasana hidup yang selamat dan sejahtera serta berdaya maju didalam melaksanakan dan menguatkuasakan perundangan, polisi dan peraturan sediada.

OBJEKTIF Bahagian ini bertanggungjawab menjaga kepentingan orang awam disamping menguatkuasakan dan menentukan segala aspek perundangan yang dibuat oleh Majlis Bandaraya Ipoh dipatuhi serta dikuatkuasakan sepenuhnya. Bagi mencapai matlamat ini, bahagian ini memainkan peranan memberi khidmat penguatkuasaan secara berkesan. Selain itu berperanan mengawal dan melesenkan pengiklanan, premis bukan makanan dan lesen premis makanan. PERANAN UNIT / FUNGSI Mengadakan operasi mengubah halangan-halangan, meroboh gerai-gerai, rumah-rumah haram dan merampas barangbarang penjaja-penjaja yang menjaja di tempat yang dilarang. Menjalankan tugas luar yang telah diperuntukkan kuasa dibawah Undang-Undang Kerajaan Tempatan dan akta di kawasan Majlis bandaraya Ipoh. Menjalankan dan melaksanakan semua tuga-tugas di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Anjing(MPI) 1987. Membuat tugas rondaan pengawalan lembu/kerbau/kambingyang berkeliaran di kawasan Majlis dan menangkap haiwan merayau sekiranya perlu. Membuat tugas rondaan memeriksa permit kain sepanduk/banting serta menurunkan sekiranya dipasang tanpa lesen/tamat tempoh. Kain sepanduk/banting yang tidak mempunyai permit perlu dikompaun dan akan disita hendaklah dilupuskan setiap 6 bulan sekali. Memproses borang permohonan permit khemah/kren dan permohonan lesen anjing di dalam kawasan Majlis. Menerima kutipan/bayaran untuk lesen anjing, sewa tapak letak kren dan sewa tapak khemah. Memberi ceramah dan penerangan kepada warga kota tentang Undang-Undang yang digunapakai oleh Penguatkuasa MBI. Menerima barang-barang sitaan di bawah peruntukkan Undang-Undang. Menyediakan senarai inventori barang-barang yang disita sebelum disimpan didalam setor. Menjalankan tugas luar yang telah diperuntukkan kuasa dibawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) dan Akta Jalan, Parit & Bangunan 1976 (Akta 133).

Menguatkuasakan Undang-Undang Perintah Lalulintas Jalan (Tempat Meletak Kereta Bermeter) 1986 dan Perintah Lalulintas Jalan (Tempat Meletak Kereta Memakai Atendan). Mendaftarkan kes-kes mahkamah dan melaksanakan waran tangkap terhadap orang yang gagal hadir ke mahkamah. Memastikan semua kompaun yang dikeluarkan diambil tindakan seperti mengeluarkan notis peringatan bagi kompaun baru yang belum dijelaskan dendanya dan proses tindakan mahkamah bagi notis peringatan yang belum dijelaskan. Mengawal keselamatan harta benda Majlis iaitu pejabat-pejabat, perpustakaan, Stadium Azlan Shah, Stadium Perak, Stadium IndraMulia, rumah-rumah pangsa, bengkel, pusat-pusat penjaja dan zon perdagangan bebas (FTZ) di Jelapang dan di Klebang.

OPERASI PENGUATKUASA

Operasi intipan pembuangan sampah haram 2 wanita ini telah berjaya di tahan dan di kompaun.

Operasi mengalih khemah yang menyebabkan halangan

Operasi mengalih papan iklan

Operasi pemeriksaan lesen anjing

Operasi pemeriksaan pengorekan tanpa permit MBI

Operasi sitaan motorsikal yang menghalang laluan awam dan petak letak kereta.-1

MOU MBI BERSAMA SPRM Diadakan pada 23 Ogos, 2000 Dikenali dengan nama Jawatankuasa Bersama Mencegah Rasuah (JBMR) Aktiviti o Mesyuarat 4 kali setahun o Bertukar-tukar pandangan dan maklumat o Operasi bersama o Program secara usahasama

MOU MBI BERSAMA JAIP Diadakan pada 30 Oktober, 2008 Jawatankuasa Bersama MBI-JAIP Aktiviti Mesyuarat 4 kali setahun Bertukar-tukar pandangan dan maklumat Operasi Bersama Program secara usahasama Mbi dengan kerjasama jabatan agama islam negeri perak telah menubuhkan pasukan penecegah maksiat bagi membendung kegiatan tidak bermoral dalam kawasan majlis terutamanya di tempat-tempat awam. Seramai 10 orang pegawai daripada bahagian penguatkuasa telah dipilih untuk menyertai pasukan ini. Bagi memantapkan pengetahuan undang-undang berkaitan . Pasukan ini telah mengikuti beberapa kursus berkaitan undang undang islam negeri perak.

PROGRAM BANDAR RAYA BERKEMBAR IPOH FUKUOKA, JEPUN Sejak tahun 1988 lagi Majlis Bandaraya Ipoh telah menjalinkan hubungan baik dengan Bandaraya Fukuoka, Jepun dengan mengadakan beberapa program seperti kebudayaan, sukan, lawatan dan sebagainya. Pada 21 Mac 1989, Y. Bhg. Dato Haji Umar bin Haji Abu, Datuk Bandar Ipoh yang pertama bersama En. Keiichi Kuwahara, Datuk Bandar Fukuoka, Jepun telah menandatangani satu surat perjanjian Program Bandar Raya Berkembar Ipoh Fukuoka, Jepun. Majlis tersebut telah disaksikan oleh Menteri Besar Perak ketika itu, Y.A.B Dato Seri Haji Ramli bin Ngah Talib dan Pengerusi Bandar Raya Fukuoka, En. Hirotaro Yamasaki. Majlis tersebut telah berlangsung di Tingkat 10, Dewan Azlan Shah, Majlis Bandaraya Ipoh. Tujuan mengadakan hubungan kerjasama ini adalah untuk memperkukuhkan dan memajukan perkongsian serta kerjasama diantara dua Bandar Raya bagi mempromosikan kesefahaman diantara rakyat Malaysia dan Jepun. Hubungan ini menjalankan kerjasama dalam bidang ekonomi, perdagangan, sains dan teknologi, kebudayaan, sukan, pendidikan dan sebagainya. Berikutan dengan itu, beberapa program telah dijalankan dan dilaksanakan sehingga kini seperti Konvensyen KanakKanak Asia Pasifik (APCC), Pertukaran Pelajar Ipoh Fukuoka, Program Kerjasama JICA, Pertukaran Belia Ipoh Fukuoka, Lawatan-lawatan rasmi dan sebagainya. Program Pertukaran Pelajar Ipoh Fukuoka dan Program Konvensyen Kanak-Kanak Asia Pasifik merupakan program tahunan yang akan diadakan setiap tahun. Kedua-dua program ini merupakan program kerjasama diantara Majlis Bandaraya Ipoh dengan Jabatan Pelajaran Negeri Perak dan pihak Bandar Raya Fukuoka, Jepun sendiri. Pada 2009 yang lalu, genaplah 20 tahun hubungan baik diantara Bandar Raya Ipoh dengan Bandar Raya Fukuoka. Kedua-dua Bandar Raya telah berbincang dan bersetuju untuk mengadakan sambutan Ulang Tahun ke 20 Bandar Raya Berkembar. Beberapa program telah diatur oleh pihak Majlis Bandaraya Ipoh terutama Lawatan Rasmi Delegasi Datuk Bandar Fukuoka, Jepun ke Bandar Raya Ipoh pada 1 Oktober 2009 3 Oktober 2009 dan Pameran Sains, Teknologi & Aerospace bertempat di Stadium Indera Mulia, Ipoh Pertunjukan Robotik yang dibawa khas dari Bandar Raya Fukuoka, Jepun juga mengadakan persembahan di pameran tersebut. Pameran tersebut mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari pelajar-pelajar sekolah di sekitar Bandar Raya Ipoh dan juga penduduk di Bandar Raya Ipoh

You might also like