You are on page 1of 21

http://www.scribd.com/jamaludin_ahmad_2/d/45414157-wacana http://www.scribd.com/doc/41255503/Wacana-Dalam-BahasaMelayu http://www.scribd.

com/doc/50667569/DEFINISI-WACANA
Penanda Wacana Penanda wacana ialah unsur-unsur bahasa yang mewujudkan kohesi dan koheran antara satu teks dengan teks yang lain sehingga membentuk kesatuan. Terdapat banyak jenis penanda wacana dalam bahasa Melayu. Dalam bahasa Melayu terdapat lima jenis penanda wacana, iaitu: (i) penanda leksikal (ii) penanda rujukan (iii) penanda penghubung (iv) penanda penggantian (v) elipsis atau penanda pengguguran. 1. Pananda leksikal - melibatkan pertautan antara unsur leksikon atau perkataan dan frasa secara semantik atau makna. Aspek utama ialah pengulangan, sama ada berbentuk (a) pengulangan unsur yang sama (b) pengulangan sinonim (c) pengulangan hiponim (d) pengulangan kolokasi.

(a) Pengulangan unsur yang sama - setiap perkataan atau frasa diulang sepenuhnya tanpa sebarang perubahan. - Contohnya: Pelajar-pelajar kelas 3BMMT2 dikehendaki membuat satu projek wacana . Pelajar-pelajar kelas 3BMMT1 juga dikehendaki membuat satu projek wacana. - Dalam contoh ini, Pelajar-pelajar kelas dan dikehendaki membuat satu projek diulang sepenuh dalam ayat kedua dan dengan demikian menghubungkan kedua-dua ayat dari segi makna. (b) Pengulangan sinonim - Perkataan yang sama atau hampir sama maknanya dengan perkataan lain. - Misalnya wanita dengan perempuan dan bapa dengan orang tua. - Mengulang sesuatu perkataan melalui sinonim menjadikan dua ayat amat bertaut atau bersepadu . - Contoh : Ali sangat menyayangi ibu bapanya. Beliau selalu menziarahi orang tuanya itu.

(c) Pengulangan hiponim - Keadaan di mana satu perkataan mempunyai makna yang dianggap merupakan sebahagian daripada makna ungkapan lain. - Misalnya, cempaka ialah hiponim bagi perkataan bunga oleh sebab cempaka termasuk dalam makna bunga. Cempaka, kemboja dan sundal malam dikatakan berhiponim. - Mengulangi unsur-unsur hiponim ini mewujudkan pertautan dalam wacana. - Contoh : Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa. Bangsa Melayu, Cina dan India dan lain-lain hidup dalam keadaan aman damai (d) Pengulangan kolokasi - Melibatkan kehadiran sekumpulan perkataan yang saling berkait dengan sesuatu idea, topik, situasi atau konteks. - Lazimnya pengulangan kolokasi melibatkan perkataan selingkungan. - Apabila kita mendengar ungkapan bulu tangkis , misalnya, tergambar situasi permainan badminton; dengan kata lain bulu tangkis berkolokasi dengan permainan badminton. - Contoh lain perkataan tangan, mulut, kaki, mata, telinga dikatakan perkataan yang berkolokasi kerana dalam lingkungan yang sama, iaitu pancaindera manusia 2. Penanda rujukan - berkait dengan kata ganti nama diri dan kata ganti nama tunjuk, kerana kata-kata ganti nama ini merujuk kata nama dan frasa nama. - (1) Ali dan Ahmad pergi ke sekolah . Mereka pergi dengan menunggang basikal. - Dalam ayat di atas , kata ganti nama diri mereka menjadi unsur pertautan antara ayat (1) dengan ayat (2). - Contoh penanda rujukan bersifat kata ganti nama tunjuk ialah: Ahmad telah pergi ke bandar. Dia ke sana dengan menaiki bas. 3. Penanda penghubung. - Menghubung idea, ayat atau perenggan - Contoh: 1. Tambahan dan, serta, lagi, tambahan lagi, tambahan pula, selanjutnya,

seterusnya, di samping. 2. Urutan 3. Penyataan semula 4. Contoh pertama, kedua, seterusnya, selepas itu, kemudian, kemudian daripada itu, akhirnya. iaitu, yakni, dengan kata lain, seperti yang diterangkan. contohnya, seperti, ibarat, laksana, macam, umpama, bagai, bak kata, sebagai. rumusannya, kesimpulannya, sebagai kesimpulan, akhir kata, sebagai penyimpul kata berhampiran dengan, bersebelahan dengan, bertentangan dengan. apabila, ketika, semasa, kemudian, selepas, pada mulanya, lamakelamaan, lambat-laun, akhirnya. oleh itu, sebab itu, justeru itu, fasal, lantaran, jadi, dengan itu. seperti juga, serupa dengan, sesuai dengan, sama juga dengan. tetapi, sebaliknya, sungguhpun, walau bagaimanapun, namun begitu, bertentangan dengan. sebenarnya, sesungguhnya, sewajarnya, tentulah, pastilah, sememangnya.

5. Rumusan 6. Tempat 7. Waktu 8. Sebab dan kesan 9. Bandingan 10. Pertentangan

11. Pengesahan

4. Penanda penggantian. - Menggantikan perkataan dalam ayat sebelumnya untuk menunjukkan pertautan - Contoh: Aminah seorang pelajar yang pandai melukis. Adiknya mempunyai bakat yang sama. - Dalam ayat di atas perkataan sama menggantikan perkataan melukis. 5. Penanda elipsis. - perkataan yang sama tidak diulang dalam ayat - Contoh: Ah Meng suka baju berwarna merah. Adiknya suka baju putih.

Posted by Abdul Latib Abd Rahman at 6:14 AM 0 comments

Sunday, June 29, 2008


Kohesi dan keheran dalam wacana
Kohesi Dalam Wacana

Merupakan kesepaduandi antara ayat,perengganatau idea di dalam sesbuah wacana, baik dari segi gramatikal ataupun dari segi leksikal. Kohesi dalam wacanadapat ditinjau dari segi:

- hubungan dari segi penggunaan kata ganti - penggunaan penggantian (subsitusi) - peniadaan atau peleburan - penggunaan kata hubung - penggunaan leksikal 1. Penggunaan kata ganti nama diri dan ganti nama tunjuk

Menjadi kata rujukan yangboleh menggantikan sesuatu, sama ada benda atau manusia Makna didokong lebih tepat dan wacana lebih rapi Aliseorang yang rajin. Dia mempunyai seorang rakan karib, iaitu Ahmad. Merekaselaluberbincang tentang pelajaran di sekolah. Ini rumah kami. Kami tinggal di sini Siapakah yang kamu cari? Ng Sesiapa yang mempunyai kereta bolehlah pergi dengan pasangan masing-masing

2. Penggunaan penggantian - Hasan memesan teh tarik. Saya juga mahu satu. Rupa-rupanya keinginan kami sama. 3. Penggunaan peniadaan atau peleburan

Perkataan yang sama tidak diulang semula dalam ayat yang sama Wacana akan lebih utuh dan jelas Salmah suka makan laksa, adiknya suka mee goreng

4. Penggunaan kata hubung

Penyambung makna dalam sesuatu wacana

Dia bukan belajar, sebaliknya dia bermain (penghuraian) Dia menangis kerana dipukuloleh emaknya (pengembangan) Mereka penat bekerja, selepas itu mereka berhat (penambahan)

5. Penggunaan leksikal

Pemilihan kosa kata yang sesuai dengan makna yang hendak disampaikan Membolehkan pelbagai tafsiaran dibuat Sinonim : pahlawan pejuang Antonim: pemuda pemudi Hiponim: kenderaan motosikal, kereta, lori, bas Polism: kaki kaki botol, kaki langit, kaki kayu, kaki judi Homograf daki Homofon - perang

kembali ke blog utama

Koheren Dalam Wacana - Pertalian atau perhubungandi antara ayat,perenggan atau idea dalam wacana - Koheren dalam wacana dapat dilihat dari segi: 1. Hubunganbersifat penambahan - Orang tua dan muda, lelaki dan perempuan, juga para jemputan sedang sibuk menjamu selera. 2. Hubunganbersifat tempoh masa - Mula-mula kamu mesti mendaftarkan diri. Kedua, kamu mesti membayar yuran penyertaan. Seterusnya, kamu mesti memanaskan badan. Kemudian barulah berlari bersama-sama peserta lain. 3. Hubunganbersifat sinonim - Ali memang menyintai gadis itu. Wanita itu sangat cantik. Kekasihnya itu sangat baik, berbudi bahasa dan mempunyai sifat keibuan.

4. Hubungan bersifat pengulangan - Saya sangat sayang kepada ibu kerana beliaulah yang membela saya. Ibu juga yang telah mendidik saya sehingga berjaya. Ibu jugalah yang sentiasa bersama saya sewaktu saya susah. 5. Hubungan bersifat pasangan - Semua orang menangis, kecuali Abu (perbezaan) - Shamsiah pandai, apatah lagi abangnya (perbandingan) 6. Hubungan bersifat ikatan - Dia rajin belajar, tetapi selalu gagal dalam peperiksaan (pertentangan) - Dia memakai baju Melayu dan bersongkok hitam (berpasangan) 7. Hubungan sebab dan akibat - Dia rajin belajar sekarang kerana berhasrat untuk belajar di luar negara 8. Hubungan sebab dan hasil - Saya belajar hersungguh-sungguh sebab itu saya berjaya 9. Hubungan syarat dan hasil - Jika kamu bekerja rajin , kamu akan dinaikkan pangkat 10. Hubungan sebab dan kesan - Oleh kerana dia memandu laju , dia kemalangan 11. Hubungan parafrasa - Dia bukanlah seorang yang rajin. Dia pemalas 13. Hubungan penekanan - Kita melakukan aktivitigotong royong bukanlah kerja sia-sia. Buktinya lihatlah kampung kita yang sentiasa indah. Malah, orang lain selalu memuji keindahan kampung kita. 15. Hubungan suasana dan perlakuan

- Ali belajar di dalam bilik itu. Dia selalu belajar di sudut kanan biliknya. Dia belajar dalam keadaan yang selesa. 17. Hubungan semantik interktif / lisan - Awak buat apa? (inisiatif) - Belajar Irespon) - Baguslah (susulan) 18. Hubungan dalam bentuk ayatatau ujaran - Siapakah nama kamu? (penyoalan) - Sila pergi ke sana (arahan) - OK, baiklah (persetujuan) - Dia sedang bermain bola (pemberitahuan) 19. Hubungan kebenaran dan kesahan - Kamu mesti belajar bersungguh-sungguh, saya yakin kamu bolehberjaya (pengesahan) - Ahmad memangduda. Itu semua palsu (penafian) - Dia memang berniat untuk meminang Aminahkelmarin tetapi terpaksa ditangguhkan (luar jangkaan) 20. Hubungan pemberian contoh - Dia menanam pelbagai jenis sayur-sayuran seperti bayam, tomato, dan kacang

kembali ke blog utama

Posted by Abdul Latib Abd Rahman at 1:55 AM 0 comments

Saturday, June 28, 2008


Definisi wacana
1. KAMUS WEBSTER, 1983 bererti: -Hubungan fikiran dengan kata-kata; ekspresi idea-idea atau gagasangagasan; atau percakapan -Hubungan secara umum, terutama sebagai suatu subjek kajian atau pokok bahasan -Risalah tulisan, disertasi formal; kuliah, ceramah; khutbah 2. KAMUS DEWAN EDISI BARU 1993 bererti: - Ucapan, pertuturan, percakapan, keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan - Keseluruhan terbitan atau hasil karya dalam sesuatu bahasa 3. STUBBS, MICHAEL: Wacana merupakan kesatuan bahasa yang lebih besar daripada ayat atau klausa. Dengan kata lain, wacana merupakan unitunit linguistik yang lebih besar daripada ayat atau klausa, seperti ertukaranpertukaran percakapan atau teks-teks tertulis. Secara ringkas; yang disebut teks bagi wacanaadalah ayat bagi ujaran. 4. ASMAH HAJI OMAR: Wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat, yang di dalamnya memperlihatkan hubungan-hubungan dan perkembangan fikiran yang berurutan seperti ayat, sejumlah ayat, ceraian, perenggan, bab, buku, novel, cerpen, cerita, dialog, siri buku (cerita) dan sebagainya. 5. HARIMURTI KRIDALAKSANA: Wacana ialah satuan bahasa terlengkap; dalam hierarki tatabahasa merupakan satuan tatabahasa tertinggi atau terbesar. Wacana ini direalisasikan dalam bentuk karangan yang utuh (novel, buku, ensiklopedia, dan sebagainya), paragraf, ayat atau kata yang membawa amanat yang lengkap. 6. CARLSON : Wacana ialah rentetan ujaran yang berkesinambungan dan gramatis serta tersusun rapi 7. HENRY GUNTUR TARIGAN: Wacana ialah satuan bahasa yang terlengkap dan tertinggi atau terbesar di atas kalimat atau klausa dengan koherensi dan kohesi tinggi yang berkesinambungan yangg mempunyai awal dan akhir yang nyata disampaikan secara lisan atau tertulis. @ Kesimpulan daripada takrifan-takrifan di atas terdapat lapan unsur

penting wacana , iaitu 1. Satuan bahasa 2. Terlengkap / terbesar / tertinggi kedudukannya 3. Mengatasi ayat / klausa 4. Teratur / tersusun rapi / rasa koheren (kepautan) 5. Berkesinambungan 6. Rasa kohesi (kesepaduan) 7. Dalam bentuk lisan / tulisan 8. Mempunyai permulaan dan penutup CIRI-CIRI WACANA : 1. Mempunyai koheren (pertautan: ayat dengan ayat, perenggan dengan perenggan lain dan isi dengan isi yang lain 2. mempunyai kohesi (kesepaduan): ketepatan seluruh isi-isi yang dikemukakan fokus kepada tajuk atau isu yang diketengahkan 3. mempunyai tujuan bagi menentukan jenis wacana,penggunaan ayat 4. Bermaklumat: tiap-tiap ayat mesti mempunyai maklumat baru yang tidak terdapat dalam ayat sebelumnya 5. Diterima khalayak/audiens: penerimaan tinggi jika pembaca atau pendengar memahami sepenuhnya wacana itu dan mempunyai tujuan yang sama 6. Berlandaskan hubungan: penutur dengan pendengar, penulis dengan pembaca 7. Mempunyai andaian dan inferens: inferens memberikan maklumat baru kepada andaian 8. Mempunyai gaya : bersahaja atau tidak bersahaja, rasmi atau tidak rasmi, mempengaruhi pemilihahan laras bahasa, ayat, penggunaan dialek dll 9. Mesti memasukkan maklumat yang tidak berlawanan dengan logik akal dan tidak bertentangan dengan maklumat yang ada dalam ayat sebelumnya

JENIS-JENIS WACANA: 1. Berdasarkan media penyampaian: wacana lisan dan tulisan 2. Berdasarkan pengungkapan: wacana langsung dan tidak langsung 3. Berdasarkan bentuk : wacana prosa, puisi dan dramai

kembali ke blog utama Posted by Abdul Latib Abd Rahman at 6:51 AM 0 comments

Keutuhan wacana: - bagi menentukan sesebuah wacana itu berkualiti atau tidak - dapat dilihat daripada hubungan bahagian-bahagian dalam wavana daripada segi semantik, leksikal, gramatikal dan fonologi

1. Hubungan dari segi aspek semantik: -jalinan makna di antara satu ayat dengan ayat lain atau perenggan dengan perenggan lain a. hubungan sebab dan akibat: Dia sangat malas . Dia bodoh b. hubungan sebab dan hasil : Ali rajin bekerja. Dia kaya c. hubungan sebab dan tujuan: Hasan berpakaian kemas. Dia mahu memikat Aminah d. hubungan syarat dan hasil: Kita mesti rajin berusaha. Kerajinan menjamin kejayaan. e. hubungan latar dan kesimpulan: Lagu itu sunggu enak didengar. Sebenarnya M. Nasir yang menciptanya f. hubungan perbandingan: Hasnah cantik. Kakaknya lebih cantik lagi. g. hubungan sampingan: Saya sudah membuat kerja rumah. Saya letih, jadi saya hendak tidur. h. hubungan memperkuat isi: Sungguh cantik gadis itu. Rambut ikal mayang, berlesung pipit dan hidung mancung.

2. Hubungan dari aspek fonologi: - dilihat daripada segi hentian suara, nada suara, intonasi suara - dapat menimbulkan hubungan semantik di antara bahagian wacana - intonasi peranan penting sebagai penanda dan pemisah frasa dan pembeza struktur ayat, contohnya seperti ayat di bawah: 1. Malaysia negara yang aman a. Negara yang aman, Malaysia (ayat penyata) b. Aman negara Malaysia? (ayat tanya)

3. Hubungan dari segi leksikal - berdasarkan pemilihan dan penggunaan perkataan yang sesuai dengan makna yang ingin disampaikan a. antonim : Pemuda harapan bangsa. Pemudi tiang negara b. sinonim : Ali seorang yang rajin. Kegigihannya belajar membolehkan dia melanjutkan pelajaran ke universiti c. Hiponim: Dia menanam pokok melur, cempaka, bunga raya dan bunga kertas di halaman rumahnya. Jadi halaman rumahnya nampak indah dengan pokok-pokok bunga tersebut. d. Himonim: Bukit yang aku daki sebentar tadi sangat tinggi . Aku berasa letih kerana mengeluarkan banyak peluh sehingga badanku dipenuhi dengan daki.

4. Hubungan dari segi tatabahasa. - wacana berkualiti mesti memperlihat hubungan berdasarkan binaan tatabahasa. - dapat dilihat daripada penggunaan penanda gramatis seperti: a. kata hubung: menghubungkan di antara ayat dengan ayat atau perengan dengan perenggan yang lain. i. berfungsi sebagai penghuraian: seterusnya, selain itu, pada sudut yang lain, sebaliknya dll ii. berfugsi sebagai pengembangan idea: seperti, dan, tetapi, oleh itu, kerana, dengan dll

ii. berfungsi sebagai penambahan: sebelum, selepas, kemudian, berikutnya, pada masa, ketika itu dll b. kata rujukan : kata yang boleh menggantikan sesuatu, sama ada benda atau manusia i. kata ganti nama : saya, dia, mereka, kami, kita, itu, ini, siapa dll c. peleburan dan penggantian: untuk mengelakkan pengulangan terhadap sesuatu maklumat daripada penyataan yang diberika contoh: Ali menendang bola dengan laju, manakala Hasan menendang dengan perlahan.

kembali ke blog utama

Posted by Abdul Latib Abd Rahman at 6:35 AM

http://mystudentsportal.blogspot.com/ Definisi Wacana. Maksud Wacana:


KAMUS DEWAN EDISI KEEMPAT Keseluruhan tutur yang merupakan satu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan. Perbincangan atau pertukaran idea secara lisan. Kesatuan fikitan yang utuh, sama ada dalam bentuk lisan ataupun tulisan. ASMAH HAJI OMAR, 1986 Wacana ialah keseluruhan pelahiran bahasa oleh penutur atau penulis, iaitu sistem bahasa dan unsur-unsur luar daripada sistem bahasa yang menyumbang ke arah menjadikan pertuturan atau tulisan berkenaan sebagai sesuatu yang bermakna dalam berkomunikasi. KAMUS DEWAN, 1996:1540 Wacana ini direalisasikan dalam bentuk karangan yang utuh (novel, buku, siri ensiklopedia dan sebagainya), paragraf, kalimat atau kata yang membawa amanat yang lengkap (Harimurti Kridalaksana,1982) TEKS PRA-U STPM Wacana didefinisikan sebagai unit bahasa yang mempunyai kesantunan fikiran yang utuh dan melebihi batas ayat. Dalam hierarki bahasa, wacana terletak pada tingkat yang tertinggi, iaitu hadir selepas tingkat ayat.

KAJIAN BAHASA Wacana adalah unit bahasa yang melebihi batas ayat, iaitu boleh terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian, bab, buku, cerita, dialog, dan sebagainya yang dalamnya memperlihatkan hubungan-hubungan dan perkembangan fikiran yang berturutan. Dengan perkataan lain, wacana adalah satu satuan bahasa yang lengkap. TEKS DAN RUJUKAN LENGKAP BAHASA MELAYU KERTAS 1&2 Wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat. Wacana merupakan satu satuan bahasa yang lengkap kerana sesuatu wacana mungkin terdiri daripada dua atau beberapa gabungan ayat, satu perenggan, satu bab, sebuah buku atau satu siri buku. KESIMPULANNYA Wacana ialah unit bahasa yang melebihi had ayat yang terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian, bab buku, cerita, dialog, siri buku dan sebagainya yang menunjukkan hubungan-hubungan dan perkembangan fikiran yang berturutan. RUJUKAN Goay Teck Chong, ChooSay Tee, Zainuddin Ahmad (2007), Teks Pra-U STPM, Pearson Malaysia Sdn. Bhd. Raminah Hj. Sabran, Rahim Syam (1985), Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab Perguruan, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. (2007), Kamus Dewan Edisi Keempat, Dewan Bahasa dan Pustaka. Sharifah Nor Syed Abd Rahman, Nornajmah Najmuddin, Rosdah Omar (2007), Bahasa Melayu Kertas 1&2 teks dan rujukan lengkap, Arah pendidikan Sdn. Bhd.

http://rujuknota.blogspot.com/2009/07/definisi-wacana-maksudwacana.html

PENANDA WACANA
Dalam penulisan, salah satu aspek yang perlu dititikberatkan ialah penggunaan kata penanda wacana. Penanda wacana merupakan kata atau frasa yang digunakan untuk mewujudkan hubungan antara idea-idea sebuah esei dan juga untuk menghubungkan pelbagai bahagian esei tersebut. Dalam bahasa Melayu, kita dapat membahagikan penanda wacana yang ada kepada beberapa kategori berdasarkan fungsinya. Penghubung Tambahan Contoh : dan, lalu, malahan, tambahan pula, lebih-lebih lagi, di samping itu, selanjutnya, selain itu, lagipun, juga. Penghubung Tentangan Contoh :

tetapi, sebaliknya, namun, namun begitu, walau bagaimanapun, namun demikian, jika tidak. Penghubung Musabab atau Akibat Contoh : kerana, oleh sebab, oleh hal demikian, dengan itu, maka itu, oleh itu, dengan yang demikian, sebagai akibatnya, jadi. Penghubung Tempoh / Masa / Waktu Contoh : pertamanya, seterusnya, kemudian, selanjutnya, selepas itu, maka, akhirnya, berikutnya, kini, sekarang, pada masa itu, pada ketika itu, pada masa sekarang ini. Penanda Contoh Contoh : misalnya, umpamanya, contohnya, khususnya, terutamanya. Penanda Keterangan atau Penjelasan Contoh : dengan kata lain, ringkasnya, tegasnya, sebenarnya, yakni, iaitu. Penanda Kesimpulan Contoh : akhirnya, kesimpulannya, ringkasnya, pada keseluruhannya. Penanda Perbandingan Contoh : sebagai perbandingan, demikian juga. Contoh petikan ringkas: Keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia diumumkan baru-baru ini. Latif, calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia, mendapat keputusan yang agak baik dalam peperiksaannya. Oleh itu, dia memohon tempat di university tempatan. Walau bagaimanapun, pencapaiannya tidak menjanjikan tempatnya di menara gading. Oleh sebab itu, dia mengisi masa menunggunya dengan membuat kerja-kerja sambilan seperti bekerja atendan pam di stesen minyak.

http://gcbm29td.blogspot.com/2009/03/penanda-wacana_07.html

Wacana

1 Semua perkara yang melibatkan bahasa ialah wacana. Retorik menjadi . komponen yang penting bagi wacana. 2 Fonologi merupakan kajian mengenai fonem sebagai unit bahasa. Sintaksis

pula mengkaji ayat sebagai unit bahasa, binaan serta konstruksinya. . Bagaimanapun kebolehan menguasai bidang-bidang ini hanya menjamin kebolehan menggunakan sistem dan peraturan-peraturan tatabahasa sahaja. 3 Tingkat-tingkat fonem, morfem, kata. frasa, klausa, dan ayat merupakan . peringkat bentuk; manakala wacana merupakan peringkat fungsi. 4 Kamus Dewan mentakrifkan wacana sebagai: i. keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan' ii. kesatuan fikiran yang utuh, sama ada dalam bentuk lisan (seperti pidato, khutbah) atau tulisan (seperti surat, aartikel, novel, cerpen). 5 Wacana ialah satu unit bahasa yag lengkap . Ia melebihi tingkat ayat. . Oleh kerana sifatnya yang lengkap wacana mempunyai tubuh teks seperti berikut: a. pendahuluan b. tubuh - isi, munasabah, logik, menarik, berkesan, usur-unsur paralinguistik 6 (tanda bacaan, cetakan tebal, miring, garis tebal) . c. penutup d. graf, jadual, peta dan statistik.

7 Ia dapat digambarkan seperti berikut: .

Wcana boleh ditulis dalam pelbagai bentukpenulisan, iaitu sama ada naratif 8 (pemerian), deskriptif (pengambaran), eksposisi (pendedahan) atau . penghujahan. 9 Wacana mempunyai penanda, juga dikenali sebagai penanda wacana. . Fungsi Contoh 1. Tambahan dan, serta, lagi, tambahan lagi, tambahan pula, selanjutnya,

seterusnya, di samping. 2. Urutan 3. Penyataan semula 4. Contoh pertama, kedua, seterusnya, selepas itu, kemudian, kemudian daripada itu, akhirnya. iaitu, yakni, dengan kata lain, seperti yang diterangkan. contohnya, seperti, ibarat, laksana, macam, umpama, bagai, bak kata, sebagai. rumusannya, kesimpulannya, sebagai kesimpulan, akhir kata, sebagai penyimpul kata berhampiran dengan, bersebelahan dengan, bertentangan dengan. apabila, ketika, semasa, kemudian, selepas, pada mulanya, lamakelamaan, lambat-laun, akhirnya. oleh itu, sebab itu, justeru itu, fasal, lantaran, jadi, dengan itu. seperti juga, serupa dengan, sesuai dengan, sama juga dengan. tetapi, sebaliknya, sungguhpun, walau bagaimanapun, namun begitu, bertentangan dengan. sebenarnya, sesungguhnya, sewajarnya, tentulah, pastilah, sememangnya.

5. Rumusan 6. Tempat 7. Waktu 8. Sebab dan kesan 9. Bandingan 10. Pertentangan

11. Pengesahan

(kembali ke laman utama)

http://www.tutor.com.my/stpm/wacana.htm

Penanda wacana
Penanda wacana yang sesuai digunakan untuk menulis Ringkasan dan Pemahaman, Karangan Respons Terbuka dan Karangan Berpandukan Bahan Rangsangan pada peringkat PMR) penanda -apa yang digunakan sebagai tanda, sesuatu yang menandakan: wacana 1. keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan; 2. kesatuan fikiran yang utuh, sama ada dalam bentuk lisan (seperti pidato, khutbah) atau tulisan (seperti surat, artikel, novel, cerpen): Ayat contoh: Kita

merindui dunia subur kritikan sastera yang dibajai oleh pengetahuan tentang teori dan wacana sastera yang mendalam dan pembacaan karya sastera yang banyak. i) Penanda wacana untuk memulakan karangan
1. Pada era globalisasi ini, 2. Dalam meniti arus kemodenan ini, 3. Dewasa ini-Dewasa ini bermaksud pada masa ini, pada ketika ini, pada waktu ini: Ayat contoh: Adat seperti itu tidak sesuai lagi dengan keadaan dewasa ini. Ada sesetengah guru berpendapat dewasa ini kurang sesuai untuk memulakan karangan. Saya juga berpendapat demikian dan penggunaan dewasa ini sesuai digunakan seperti dalam ayat contoh tersebut. 4. Pada masa ini, 5. Kini, 6. Dasawarsa ini, -dasawarsa -masa sepuluh tahun, dekad: proses itu sahaja mungkin mengambil masa satu darsawarsa; perayaan ~ perayaan yg diadakan pd tahun kesepuluh tertubuhnya dsb sesuatu, perayaan ulang tahun yg kesepuluh. 7. Sejak sedekad yang lalu, 8. Sejak belakangan ini, (Kebelakangan ini .) 9. Belakangan ini, 10.Sejak akhir-akhir ini, 11. Baru-baru ini, 12.Umum mengetahui bahawa, 13.Sejak zaman-berzaman 14.Sejak dahulu lagi, 15.Pada tahun-tahun belakangan ini,

ii) Penanda wacana untuk memulakan isi baharu selepas perenggan pengenalan (untuk perenggan kedua dan ke seterusnya) 1. Antara, 2. Selain itu, 3. Di samping itu, 4. Sementara itu, 5. Dalam pada itu, 6. Lain daripada itu 7. Dalam pada itu, 8. Seterusnya, 9. Begitu juga dengan 10. Ahkir sekali, iii) Penanda wacana untuk menghuraikan isi karangan 1. Saya berpendapat demikian kerana 2. Hal ini dikatakan demikian kerana 3. Hal ini berlaku kerana 4. Hal ini terjadi kerana 5. Hal ini disebabkan oleh 6. Hal ini wujud akibat daripada 7. Hal ini bersangkut-paut dengan 8. Hal ini berpunca daripada

9. 10.

Hal ini tercetus apabila Tindakan tersebut perlu dilakukan supaya..

iv) Penanda wacana untuk memberi contoh dalam karangan 1. 2. 3. 4. Misalnya, Contohnya, Sebagai contoh, Tamsilnya,

tamsil 1. persamaan sebagai umpama (misal), misalan, contoh: satu tamsil lagi, adalah keruh bumi ini umpama kelapa dlm air; 2. ajaran yg terkandung dlm sesuatu cerita, ibarat: terkadang-kadang ia menyanyi dan melagukan pula beberapa gurindam yg mengandungi ~ dan ibarat; bertamsil menggunakan tamsil (contoh); 5. 6. 7. 8. 9. Seperti yang kita sedia maklum, Antaranya adalah seperti Satu contoh Satu cara Antara contoh

v) Penanda wacana untuk menghuraikan contoh 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Hal ini mengakibatkan Hal ini menyebabkan Oleh itu, Maka, Oleh hal yang demikian, Oleh sebab itu, Jelaslah bahawa Justifikasinya,

justifikasi -sesuatu alasan (yg kuat) yg menjadikan sesuatu wajar dilakukan (diusahakan dsb) atau diberikan, hujah (pendapat dsb) yg dikemukakan sbg alasan bagi sesuatu: RTM mungkin mempunyai ~ sendiri utk menyiarkan majlis itu secara langsung; berbagai-bagai alasan atau sebab-musabab dikemukakan sebagai ~ kpd kelemahan tersebut; menjustifikasikan memberikan justifikasi kpd: mereka perlu memberikan bukti yg nyata utk ~ permohonan pinjaman itu. vi)Penanda menutup isi 1. 2. Kesannya, Natijahnya,

natijah -Ar keputusan (daripada sesuatu), kesudahan, kesimpulan, akibat: kadangkadang apa yg kita benci dan tidak suka itu baik natijahnya; natijah daripada perkembangan ekonomi kolonial sepertr itu amat buruk padahnya kepada masyarakat Melayu.

3. 4. 5. 6. 7. 8.

Akibatnya, Akhirnya, Dengan itu, Kesudahannya, Dengan berbuat demikian, Dengan keadaan sedemikian,

vii) Penanda menulis dua huraian dalam satu ayat Contoh:Masalah sosial yang dibincangkan oleh masyarakat ini memang memeningkan kepala (Huraian 1) _(x)_ membimbangkan semua pihak. (Huraian 2) 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. justeru juga malah malahan tambahan pula sementelahan bahkan juga sekali gus di samping bahkan malar-malar

viii) Penanda wacana untuk memulakan perenggan penutup 1. 2. Kesimpulannya, Intihanya,

intiha -Ar akhir, penghabisan, penutup. 3. Secara tuntas,

tuntas 1. tidak mengalir lagi (kerana sudah habis dicurahkan), habis (air mata); 2. meliputi (hampir segala-galanya), menyeluruh, selesai, sempurna: saya sarankan supaya dilakukan analisis kontrastif bahasa Melayu-bahasa Inggeris yang bersifat ~; penyelesaian yg ~; secara ~ secara menyeluruh (tidak menyentuh aspek-aspek tertentu sahaja); 3. singkat dan tegas; menuntaskan 1. mencurahkan semua (habis-habisan), menghabiskan; 2. menyelesaikan semuanya atau segala-galanya; ketuntasanperihal (keadaan, sifat) tuntas; ketidaktuntasan -keadaan yg tidak tuntas. 4. 5. Tuntasnya,. Konklusinya,

konklusi -keputusan pendapat (berdasarkan keterangan, kenyataan, dll), kesimpulan. 6. 7. Sebagai penutup wacana, Sebagai penghias bicara akhir,

8. 9. 10.

Sebelum mengakhiri wacana ini, Secara keseluruhan, Secara total,

total 1. bp jumlah; 2. seluruhnya, semuanya; ~ jeneral Id jumlah semuanya; perang ~ perang habis-habisan (segenap rakyat turut berperang); ditotal bp dijumlahkan, dicampurkan (semuanya). 11. Akhir kata,

ix) Penanda wacana untuk menerangkan huraian atau pendapat yang berbeza 1. Walau bagaimanapun, 2. Namun demikian, 3. Namun begitu, 4. Meskipun, 5. Daripada perspektif yang berbeza, 6. Jika dilihat dari sudut lain, 7. Dengan kata lain, 8. Kontradiksinya, 9. Di sebalik itu, 10. Dalam pada itu, 11. Dari sudut lain, x) Penanda memulakan atau memasukkan ungkapan menarik termasuk peribahasa, slogan dan kata-kata hikmat 1. ___bak /seperti kata peribahasa, bak I -sebagai, seperti: ~ kata orang tua-tua, tak ada gading yg tak retak. 2. ___bak kata peribahasa Melayu, 3. ___bak kata pepatah Melayu, 4. ___bak kata pepatah Cina/Inggeris/dll 5. ___bak kata mutiara, 6. ___bak peribahasa, 7. ___bak pepatah, 8. ___bak kata cendekiawan,/ pujangga 9. ___persis kata peribahasa, persis 1.- kena benar, sama benar, serupa benar: lagaknya ~ lagak seorang diplomat; wajah Amelia ~ wajah emaknya; 2. tepat (bkn waktu), genap: Mimi meninggalkannya ~ pukul 12 tengah hari; kepersisan perihal (keadaan) persis, ketepatan, kejituan: arahan yg ideal ialah yg tidak berulang dan terperinci, tetapi sempurna dr segi ~nya; ~ daya fikiran masyarakat di Malaysia dapat diukur pd mutu bahasa Melayu yg dikuasai. 10. ___persis kata peribahasa Melayu, 11. ___persis kata orang tua-tua, 12. ___persis kata mutiara, 13. ___persis peribahasa, 14. ___persis kata cendekiawan, 15. Hal ini sama dengan peribahasa 16. Senario ini persis dengan peribahasa Melayu, yakni 17. Fenomena ini dikatakan

18. 19. 20.

Masalah ini sama dengan peribahasa Saya yakin kalau slogan _________ diamalkan Saya berharap agar slogan _________ dijadikan pegangan oleh semua
http://guruselamanya.wordpress.com/2011/03/02/penanda-wacana/

PENANDA WACANA

Sumber: Juhana Salim & Rashidi Adam (2003). Revisi Prioriti SPM Karangan Tingkatan 45. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd

You might also like