You are on page 1of 5

KERTAS KERJA PROGRAM PERJUMPAAN IBU BAPA DAN GURU MAJLIS JALINAN MESRA SK SERI MURNI 2012

1.

Nama Program :

Majlis Jalinan Mesra SK Seri Murni. Kuala Lumpur

2.

Pengenalan Sekolah Kebangsaan Seri Murni sentiasa berusaha untuk meningkatkan kecemerlangan murid samada dalam bidang pendidikan mahupun kokurikulum bagi memastikan mereka memperolehi kecemerlangan dan kejayaan khususnya dalam peperiksaan UPSR kelak. Oleh yang demikian, Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama YB Pictures Sdn. Bhd. berusaha untuk mengadakan Majlis Perjumpaan Ibu Bapa dan Guru dengan tema Ibu Bapa Prihatin Anak Cemerlang bagi memberi motivasi, panduan, pendedahan dan maklumat kepada ibu bapa serta keperluan pembelajaran anak-anak mereka untuk memupuk jati diri dalam mengharungi cabaran-cabaran masa kini dan juga menghadapi peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) terutamanya bagi murid Tahun 6.

3.

Rasional Program ini adalah untuk memastikan bahawa semua Ibubapa yang menyertainya mendapat manfaat dari segi kefahaman yang lebih baik terhadap situasi pembelajaran, dan sosial anak-anak mereka.Ia juga turut menyalurkan maklumat yang sesuai dan perlu kepada ibubapa dalam membantu pihak sekolah untuk mendidik anak-anak supaya cemerlang dan menjadi orang yang berguna. Siri forum dan informasi yang diberikan oleh panel jemputan serta Guru Besar dapat memberikan impak kepada ibubapa yang hadir dari segi kawalan emosi dan teknik mengawal tingkah laku anak mereka supaya menjurus kepada perilaku pelajar yang cemerlang. Penekanan tambahan yang diberikan adalah info berupa pengetahuan disusuli dengan etika sosial yang patutdiamalkan agar anak-anak mereka berakhlak mulia

4.

Matlamat 1) Melahirkan pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik. 2) Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi akademik dan sahsiah yang positif. 3) Prestasi pelajar meningkat dan dapat mengharumkan nama sekolah.

5.

Objektif 1) Ibu bapa mengenali serta tahu pestasi semasa anak mereka dalam bidang akademik. 2) Ibu Bapa tahu tentang perkembangan aktiviti akademik anak mereka di sekolah. 3) Ibu bapa tahu tentang keperluan anak mereka dari segi bahan latihan dan buku kerja. 4) Memupuk semangat ibu bapa dan anak-anak untuk mendidik dan mempersiapkan diri mengharungi cabaran-cabaran dalam alam remaja masa kini. 5) Memberi idea kepada ibubapa dan murid berkaitan badan-badan dan organisasi tertentu yang dapat membantu mereka ke arah membentuk perkembangan remaja yang cemerlang.

6.

Tema Ibu Bapa Prihatin Anak Cemerlang

7.

Tempat Dewan Terbuka SK Seri Murni

8.

Kumpulan sasaran 1) Semua Ibu Bapa Murid Tahun 4, 5 dan 6 2) Murid-murid Tahun 4,5 dan 6

9.

Kaedah Pelaksanaan 1) Pembentangan prestasi Murid-murid Tahun 6, menyatakan program sepanjang tahun, kekuatan dan kelemahan murid-murid yang perlu diambil perhatian dan harapan pihak sekolah. 2) Forum Keibubapaan.

10.

Penutup Adalah diharapkan semua Ibu bapa dan murid-murid yang telah mengikuti program ini akan dapat maklumat yang bermanfaat dalam memastikan anak mereka sentiasa bersedia untuk menjadi remaja yang cemerlang dan Berjaya dalam peperiksaan UPSR kelak.

LAMPIRAN

ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL 1. PERKARA Pelaksanaan Program: 1. Cenderahati perasmi - Frame sijil dan hadiah (RM16 + RM 50) 2. Cenderahati ahli panel (3 orang) - Frame sijil dan hadiah (RM16 + RM 50) x 3 3. 2 Unit Banner (RM 150.00 x 2 unit) 4. Sijil ahli jawatankuasa pelaksana (RM 1.50 x 30 orang) 2. Makanan dan minuman 1. Sarapan (7.30pagi) - Guru (urusetia) Nasi lemak dan air kotak (RM 2.50 x 30) Ibu Bapa Kek dan air kotak (RM2.00 x 400) RM

RM 66.00

RM 198.00 RM 300.00

RM 45.00

RM 75.00 RM 800.00

2. Kudapan ahli panel dan pentadbir - Mihun, 2 jenis kuih, 2 jenis air (RM 4 x 10 orang) 3. Tengah hari - VIP RM 15 x 15 orang - Guru dan ibu bapa (RM5 x 600 orang) - Khemah VIP 1 unit 3. Perbelanjaan runcit JUMLAH KESELURUHAN

RM 40.00

RM 225.00 RM 3000.00 RM 250.00 RM 250.00 RM 5249.00

NOTE: THINGS TO DO: 1) CONFIRMKAN TARIKH PROGRAM. 2) KELUARKAN SURAT PROMOSI DAN FEEDBACK PARENTS - RELEASE TO YR 4,5,6 STUDENTS SELEWAT2NYA ISNIN 26.03.2010. 3) TANYA YB, CONFIRMKAN SIAPA AHLI PANEL DAN MINTA NAMA LENGKAP DAN ALAMAT UNTUK DI FAXKAN ATAU POSKAN ETC DAN ANY OTHER SURAT YANG PERLU DISEDIAKAN. 4) FURTHER DISCUSSION DENGAN YB TENTANG PERJALANAN FORUM

PREPARATION: 1) DISCUSS DENGAN FIRDAUS TNTANG MAKANAN VIP, CONFIRMKAN PENGURUSAN KHEMAH DAN MAKANAN PADA HARI PROGRAM. -Siapa yg makan bwah khemah: i) GB, ii) GPK 1 iii) GPK 2 iv) GPK 3, v) YB YDP PIBG & Wakil YB Pictures vi) Ahli Panel 3 orang vii) ahli PIBG 15 orang (NYDP + 3 guru +5 ajk guru + 5 ajk Parents) viii) Guru-guru tahun 4,5,6 dan urusetia -ajk makanan makan di bwah khemah juga selepas pastikan keadaan ibu bapa dan murid terkawal ketika mngambil makanan. - makanan ibubapa n murid - *packing

*To be determined later

ATURCARA MAJLIS JALINAN MESRA IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH KEBANGSAAN SERI MURNI 2012 DEWAN TERBUKA SK SERI MURNI

MASA 8.00 pagi 9.00 pagi 9.05 pagi 9.10 pagi 9.20 pagi 10.00 pagi 10.30 pagi 12.00 t.hari 12.10 pagi 12.40 tengah hari

AGENDA Pendaftaran ibu bapa dan guru Ucapan pengerusi majlis Bacaan doa oleh Ustaz Azman bin Awang Ali Ucapan Guru Besar Pembentangan prestasi murid, penjelasan tentang mata pelajaran dan aktiviti untuk murid sepanjang tahun oleh En. Krishna Kumar.

(Penyelaras Tahun 6 dan Unit Motivasi dan Kecemerlangan Murid)


Soal jawab berkaitan pembentangan FORUM : Ibu Bapa Prihatin Anak Cemerlang Aku janji murid dan ibu bapa tahun 6 Sesi perbincangan antara ibu bapa dan guru dari hati ke hati Bersurai

You might also like