You are on page 1of 13

MODUL KEMAHIRAN BELAJAR

SINOPSIS Modul kemahiran belajar ini sesuai dijalankan kepada semua pelajar tidak kira di sekolah rendah, menengah mahupun di universiti. Pelaksanaan modul ini, pelajar akan dapat mengetahui tentang kekuatan dan kelemahan diri mereka seterusnya dapat menggunakan teknik belajar yang sesuai untuk memperolehi pencapaian akademik yang baik dan cemerlang. Melalui modul ini para pelajar bukan sahaja akan memperolehi teknik belajar yang berkesan, malah dapat mengetahui kekuatan kumpulan masing-masing dalam membantu diri mereka untuk mencapai kejayaan dalam pelajaran.

OBJEKTIF 1. Ahli dapat mengetahui peri pentingnya mempunyai kaedah kemahiran

mendengar,menghafal dan mengingat untuk pembelajaran yang berkesan. 2. Menjana pemikiran yang kreatif dan kritis dalam pembelajaran.
3. Menggalakkan pelajar menggembleng pelbagai kaedah kemahiran mendengar, menghafal

dan mengingat dalam teknik belajar yang berkesan. 4. Mewujudkan sikap kerjasama para peserta khususnya dalam menimba ilmu pengetahuan. 5. Meningkatkan kemahiran komunikasi para peserta agar dapat mencapai matlamat semasa proses pembelajaran. 6. Melatih pelajar untuk membuat sebarang perancangan dan pelan tindakan berdasarkan kekuatan yang ada pada diri masing-masing sebelum melakukan sesuatu agar tidak merugikan diri sendiri. 7. Meningkatkan kebolehan dan keupayaan diri melalui proses pengulangan sesuatu perkara yang agak sukar dilakukan

KUMPULAN SASARAN

Pelajar-pelajar Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)

KAEDAH
1. Aktiviti dimulakan dengan sesi ice-breaking dan energizer dalam kumpulan yang besar.

2. Aktiviti energizer berterusan sehingga selesai modul di mana aktiviti ini diselitkan dalam mana-mana aktiviti lain ikut kemahuan fasilitator.
3. Kumpulan yang besar dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang kecil mengikut tema

yang telah ditetapkan. 4. Beberapa aktiviti dijalankan dalam dengan pecahan kumpulan ini. 5. Pada akhir modul, pelajar akan bersama-sama menyanyikan lagu dalam kumpulan yang besar untuk menaikkan semangat belajar.

MASA

1 jam 40 minit

PERLAKSANAAN MODUL
ENERGIZER: TOM-TOM CHOP!!

Masa: 15 minit

Alatan dan bahan: Tiada

Pelaksanaan Aktiviti: 1. Fasilitator memberikan arahan serta menunjukkan kepada para peserta tentang cara-cara untuk melakukan aktiviti Tom-tom Chop!!
i.

Pertama: Pelajar dikehendaki menepuk sekali dan menyentuh hidung. Kedua: Pelajar dikehendaki menepuk sebanyak dua kali dan menyentuh dagu. Ketiga: pelajar dikehendaki menepuk sebanyak tiga kali dan menyentuh siku.

ii. iii.

2. Fasilitator juga harus menjelaskan satu mewakili tepukan pertama, dua mewakili tepukan kedua dan tiga mewakili tepukan ketiga. 3. Setelah jelas aktiviti ini dijalankan mengikut urutan 123321321123 4. Fasilitator harus menjelaskan bahawa aktiviti ini akan berterusan sehingga ke akhir sesi dan akan dijalankan pada bila-bila masa bergantung kepada fasilitator.

Falsafah dan pengajaran: 1. Menyegarkan minda para peserta. 2. Menyuntik semangat para peserta untuk mulakan sesi. 3. Meningkatkan kefahaman peserta. 4. Meguji tahap kepekaan dan kecekapan peserta.

ICE-BREAKING: TANGKAP MUAT

Masa: 20 minit

Alatan dan bahan: Komputer riba (laptop) iringi muzik

Pelaksanaan aktiviti: 1. Para peserta dikehendaki membuat satu bulatan yang besar dan membilang dari nombor satu sehingga 6 seterusnya diulang sehingga ke peserta akhir. 2. Peserta yang bernombor genap dikehendaki membuat satu bulatan besar didalam manakala peserta yang bernombor ganjil membuat bulatan di luar bulatan genap. 3. Apabila muzik dimainkan, peserta bernombor genap harus bergerak megikut arah pusingan jam. Sebaliknya peserta yang bernombor ganjil perlu bergerak mengikut arah lawan jam. 4. Setelah muzik diberhentikan, para peserta secara automatik akan mendapat pasangan masing-masing yang berhadapan dengan mereka.
5. Seterusnya para peserta bersama pasangan masing-masing dikehendaki menghafal nama

penuh peserta dan juga ibu bapa peserta dan fasilitator akan memilih beberapa peserta untuk tampil ke hadapan menceritakan tentang keluarga pasangan masing-masing. 6. Muzik dimainkan semula dan para peserta bergerak dengan arah pusingan jam dam lawan jam. 7. Apabila muzik diberhentikan, seperti sebelum ini para peserta secara automatik akan bersama pasangan lain yang berhadapan dengan mereka.
8. Para peserta harus menghafal tarikh lahir, sekolah rendah dan sekolah menengah pasangan

masing-masing dan fasilitator akan memilih beberapa peserta untuk tampil ke hadapan menceritakan tentang pasangannya. 9. Muzik dimainkan semula, para peserta bergerak ikut arah jam dan lawan jam.

10. Setelah muzik diberhentikan, para peserta secara automatik bersama pasangan lain yang berhadapan dengan mereka. 11. Seterusnya setiap pasangan harus mencipta satu trademark bersama pasangan masingmasing dan fasilitator akan memilih beberapa pasangan untuk mempersembahkan trademark tersebut. 12. Fasilitator akan meminta maklum balas atau refleksi para peserta tentang aktiviti ini.

Falsafah dan pengajaran: 1. Kita perlu pandai mengadaptasi diri dengan pelbagai situasi. 2. Jika kita bijak menyesuaikan diri dalam pelbagai keadaan dan situasi, kita tidak akan rasa dipinggir atau diketepikan.
3. Kita perlu berkomunikasi dengan baik agar dapat berinteraksi dengan mudah serta

mengeratkan perhubungan. 4. Setiap insan ada kelebihan dan kekurangan masing-masing dan kita perlu menerima kelebihan dan kekurangan tersebut.

AKTIVITI 1: EXCELLENTNYA MINDAKU

Masa: 20 minit

Alatan dan bahan: Komputer riba (laptop)

Pelaksanaan: 1. Pada permulaan aktiviti, para peserta dibahagikan kepada dua kumpulan kecil yang telah ditetapkan oleh fasilitator iaitu kumpulan genap dan ganjil. 2. Fasilitator memberikan serba sedikit arahan aktiviti kali ini yang berbentuk nyanyian dan pertandingan. 3. Sebelum dijalankan, fasilitator akan mengajar para peserta tentang cara-cara menyanyikan lagu tersebut. 4. Setelah para peserta faham dan mula mengingat lagu tersebut, pertandingan tersebut dimulakan. 5. Kumpulan ganjil akan mulakan nyanyian kemudian diteruskan oleh kumpulan genap. Nyanyian tersebut diteruskan dengan mengulangi semua angka yang telah disebut. Nyanyian semakin lama semakin laju. 6. Kumpulan yang dapat meneruskan nyanyian tanpa henti akan dikira sebagai pemenang bagi pertandingan ini.

Falsafah dan pengajaran: 1. Peserta dapat mengekalkan ingatan mereka kearah ingatan jangka panjang dan disimpan dalam memori mereka. 2. Pengulangan kata atau ayat yang dilakukan secara berulang-ulang akan meningkatkan daya ingatan seseorang pelajar bahkan pada masa ini para peserta dapat menunjukkan kemampuan sebenar daya ingatan mereka. 3. Peserta juga akan lebih berhati-hati semasa mengulangi ayat yang mempunyai bunyi yang hampir sama untuk diingati kerana kesalahan yang tidak disengajakan akan menyebabkan ia berulang kembali.

Lampiran aktiviti pertama: Excellentnya Mindaku

Satu orang pergi, pergi potong lalang, Satu orang dengan parang pergi potong lalang

Dua orang pergi, pergi potong lalang, Dua orang, satu orang dengan parang pergi potong lalang

Tiga orang pergi, pergi potong lalang, Tiga orang, dua orang, satu orang dengan parang pergi potong lalang

Empat orang pergi, pergi potong lalang, Empat orang, tiga orang, dua orang, satu orang dengan parang pergi potong lalang

Lima orang pergi, pergi potong lalang, Lima orang, empat orang, tiga orang, dua orang, satu orang dengan parang pergi potong lalang

Enam orang pergi, pergi potong lalang, Enam orang, lima orang, empat orang, tiga orang, dua orang, satu orang dengan parang pergi potong lalang

Dan seterusnya bergantung kepada kemampuan para peserta serta masa yang telah ditetapkan.

AKTIVITI 2: KECIL-KECIL CILI PADI

Masa: 20 minit

Alatan dan bahan: Kertas A4, batang mancis, pen/pensil, komputer riba (laptop).

Pelaksanaan: 1. Bergantung kepada kekreatifan fasilitator untuk meminta para peserta membentuk enam kumpulan yang terdiri daripada sepuluh orang ahli. 2. Setiap kumpulan diberikan 26 batang mancis dan juga sehelai kertas A4. 3. Dengan menggunakan 26 batang mancis tersebut, para peserta diminta untuk membentuk BULAN di KIRI dan BINTANG di sebelah kanan pada kertas A4 yang diberikan tadi. 4. Bergantung kepada kekreatifan para peserta dalam kumpulan masing-masing untuk membentuk BULAN dan BINTANG dengan menggunakan 26 batang mancis tersebut. 5. Dalam masa yang sama setiap kumpulan perlu menyenaraikan sebanyak mungkin simpulan bahasa dan destinasi pelancongan yang terdapat di Malaysia. 6. Setiap kumpulan diberikan masa kira-kira tujuh hingga sepuluh minit bagi menyiapkan bentuk tersebut dan membawanya ke hadapan di mana fasilitator berada.
7. Ketika membawa hasil kerja tersebut, setiap peserta wajib memegang sekurang-kurangnya

bucu kertas A4 dan perlu berhati-hati agar hasil kerja mereka berada dalam keadaan elok semasa sampai ke hadapan.

8. Jika sebaliknya, kumpulan tersebut harus menyusun kembali bentuk tersebut. 9. Kumpulan yang berjaya menunjukkan hasil kerja mereka terlebih dahulu dan hasil kerja mereka berada dalam keadaan baik akan dikira sebagai pemenang. 10. Setelah aktiviti selesai, fasilitator menanyakan kepada beberapa peserta tentang perjalanan aktiviti tersebut seterusnya membuat refleksi.

Falsafah dan pengajaran: 1. Para peserta sedar bahawa sukarnya mengurus masa dengan sistematik dan mereka perlu bijak dalam membahagikan masa.
2. Masa tidak akan pernah tunggu kita, maka kita perlu sentiasa berusaha untuk merebut semua

peluang yang ada di hadapan kita bagi membolehkan setiap yang kita inginkan dapat dicapai. 3. Kemahiran dan sikap kreatif amat penting untuk membolehkan kita menyiapkan semua tugasan yang baik terutamanya ketika waktu kecemasan. 4. Menyedarkan para peserta betapa pentingnya kerjasama dalam sesebuah kumpulan bagi menyiapkan tugasan yang diberikan dalam waktu yang singkat.

ENERGIZER: TITANIC

Masa: 15 minit

Alatan dan bahan: Komputer riba (laptop)

Pelaksanaan:

1. Para peserta diminta duduk dalam keadaan selesa dan santai sementara fasilitator

menerangkan tentang perjalanan aktiviti ini. 2. Setelah itu fasilitator membayangkan kepada para peserta ke alam fantasi seperti contoh di bawah:

Kononnya semua peserta sedang belayar menaiki sebuah kapal besar dalam sebuah percutian di tengah-tengah lautan, dalam keasyikan menikmati keindahan di tengah-tengah lautan Tiba-tiba berlaku sedikit perlanggaran kecil sehingga menyebabkan kebocoran pada kapal tersebut. Semua peserta kelam kabut menyelamatkan diri masing-masing. Bermacam-macam gelagat peserta dapat disaksikan semasa cuba menyelamatkan diri di atas kapal tersebut Semua pergerakan adalah bergantung kepada fasilitator yang memberikan arahan. (contoh: bergerak ke kiri, ke kanan, melompat, terpelanting, jatuh, tenggelam)

3. Para peserta harus sentiasa peka dengan arahan yang diberikan. 4. Akhir aktiviti, para peserta diminta berkongsi serba sedikit tentang aktiviti ini.

Falsafah dan pengajaran: 1. Menyegarkan kembali minda para peserta. 2. Mengekalkan semangat para peserta untuk teruskan aktiviti. 3. Menguji tahap kepekaan dan kecekapan para peserta.

COOLING DOWN: SUNTIKAN SEMANGAT

Masa: 10 minit

Alatan dan bahan: Komputer riba (laptop), pembesar suara

Pelaksanaan: 1. Peserta diminta berdiri dalam bulatan dan berada dalam keadaan santai. 2. Fasilitator akan memaparkan lirik lagu Pesan Abang pada skrin di hadapan untuk tatapan para peserta. 3. Para peserta diminta menyanyikan lagu tersebut beramai-ramai dengan sepenuh hati bersama iringan muzik.

Lampiran Coolling Down: Lagu Pesan Abang

Adikku muda remaja Awasi bila melangkah Wajahmu manis bak bunga Pasti ramai yang tergoda

Tidak dilarang kau bersuka Asal tahu kan batasnya Jangan sampai adik terlupa

Harapan dan cita-cita

Ibu dan ayah Menaruh harapan Agar kau Berjaya Di hari kemudian

Bila tiba waktu petang Dari sekolah kau pulang Bergalas buku di pinggang Siapa lihat pasti tertawan

Adik masih bersekolah Awas segala dugaan Adik kan ambil ambil periksa Agar senang masa depan

(ulang korus hingga akhir)

Falsafah dan pengajaran:

1. Aktiviti ini akan jadi lebih menarik dengan selingan nyanyian ini. 2. Penghayatan lirik dan lagu ini boleh meningkatkan motivasi para peserta untuk belajar bersungguh-sungguh. 3. Aktiviti hiburan juga boleh dijadikan sebagai salah satu bentuk motivasi dan perangsang untuk belajar jika digunakan dengan cara yang betul.

You might also like