You are on page 1of 6

SJK (T) LADANG ESCOT,35900 TANJUNG MALIM,HULU SELANGOR,SELANGOR.

MINIT MESYUARAT PANITIA SEMUA MATAPELAJARAN TERAS BIL 1/2012

TARIKH HARI MASA TEMPAT KEHADIRAN

:27.02.2012 :ISNIN :12.30 TENGAHARI :BILIK PEMULIHAN :PN.S.PAVALAKODAI CIK.A.SIVAGAMI PN.A.THERESA EN.I.KUTTY KRISHNAN PN.N.DEVAGI EN.M.VIJAYAKUMAR EN.E.DURAIRAJ EN.P.RAJA CIK.G.MALAR (GURU PENOLONG KANAN KURIKULUM) (GURU PENOLONG HEM) (GURU PENOLONG KOKURIKULUM)

TURUT HADIR : PN.P.MURUGAYEE

(GURU BESAR)

1.

UCAPAN ALUAN

1.1 Guru penolong kanan mengucapkan selamat sejahtera dan Salam Satu Malaysia serta mengalualukan kehadiran semua guru ke mesyuarat panitia bagi matapelajaran teras pada kali pertama 2012. 1.2 Beliau memberitahu terdapat beberapa perkara untuk dibincangkan.

2.UCAPAN PENGERUSI

2.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua guru dan mengucapkan terima kasih. 2.2.Beliau memberitahu bahawa perjumpaan kali ini adalah untuk membincangkan perkara-perkara yang diutarakan dalam mesyuarat panitia Daerah Hulu Selangor yang diadakan baru-baru ini. 2.3 Beliau meminta Ketua panitia untukmenyiapkan fail dalam minggu mesyuarat panitia diadakan di sekolah. 2.4 Beliau menucapakan tahniah atas pelaksanaan tugas yang baik oleh PK kurikulum, PK HEM dan PK kokurikulum pada tahun ini. Beliau juga menekankan tentang tentang NKRA.Terdapat 4 aspek iaitu SBT,New Deal,Prasekolah ,Linus dan MBMMBI.

3.PENGESAHAN MINIT MESYUARAT 3.1 Minit mesyuarat 1/2011 telah dicadang oleh Pn.S.Pavalakodai dan disokong oleh Cik A. Sivakami.

4.PERKARA BERBANGKIT - Tiada.

5.PERBINCANGAN PROFESIONAL 5.1 KP Bahasa Melayu ( En.M.Vijayakumar) 5.1. 1 Beliau telah mengahdiri mesyuarat panitia yang bertempat di SK Serendah pada 18 Feb 2012 anjuran PPD. Ia dikendalikan oleh Pn.Hamidah wakil dari PPD. 5.1.2 Pegawai PPD akan ditempatkan di sekolah untuk membantu pengurusan sekolah dan bukannya untuk memantau. 5.1.3 Peperiksaan selaras tidak akan dijalankan 5.1.4 Fail perlu dikemaskinikan 5.1.5 Guru-guru tahun dua perlu lengkapkan data Tahun 1 sebelum 31 Jan.

5.1.6 Sekolah berhak untuk menentukan tarikh hendak mengeluarkan markah 5.1.7 Aktiviti LINUS dimasukkan di bawah Panitia Bahasa Melayu 5.1.8 Fail-fail KSSR perlu dikemaskinikan 5.1.9 En. Vijayakumar cadangkan agar RPT diletakkan asing dalamfolder yang berasingan 5.1.10 Bagi Tahun 1 dan 2 guru-guru boleh membuat soalan ujian sendiri dan perlu mengikut JSU. 5.1.11 Pn. Hamidah telah mencadangkan bengkel membina soalan untuk guru-guru Bahasa Melayu sebelum bulan Mac. 5.1.12 Turut dicadangkan latih tubi untuk murid UPSR pada peringkat daerah dan teknik menjawab soalan. 5.1.13 Bagi guru-guru, kursus penandaan kertas , kursus BBM dan bengkel berkaitan JSU juga dicadangkan. 5.1.14 Refleksi dalam RPH perlula spesifik. Contohnya:- Nyatakan bilangan murid dan berapakah murid yang tidak mencapai objektif dan apakah aktiviti yang telah dijalankan untuk mereka.

5.2 KP Bahasa Tamil (Pn.N.Devagi) 5.2.1 Beliau telah menghadiri mesyuarat panitia yang bertempat di SJK(T) Bukit Beruntung anjuran PPD pada 1.Feb 2012 yang dikendalikan oleh En. Abdul Razak. Menurut En. Abdul Razak GPS sekolah telah adalah tinggi dan perlu diturunkan kepada 2.0. 5.2.2 Peperiksaan selaras tidak akan dijalankan 5.2.3Menurut En.Darman, aktiviti panitia perlu berkaitan dengan guru dan bukan untuk murid 5.2.3.1. Pn.P.Murugayee telah mencadangkan aktiviti turut dijalankan untuk murid dan Cik.A.Sivakami telah mencadangkan aktiviti In-House. 5.2.4 Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Tamil sepenuhnya perlu dijalankan dalam Bahasa Tamil dan pemantauan akan dijalankan. 5.2.5 Pn. Devagi telah meminta untuk memperbanyakkan lagi aktiviti untuk tulisan dan bacaan 5.2.6 Duit panitia perlu digunkan untuk membeli BBM. 5.2.7 Sekolah perlu menentukan samaada perlu menjalankan peperiksaan atau tidak dan minit mesyuarat perlu disertakan.

5.2.7.1 Menurut En.Darman, ia tidak perlu tetapi Pn.P Murugayee mengakatakan ia perlu untuk mengetahui tahap murid. (peperiksaan perlu dijalankan mengikut descriptor dan band) 5.2.7.2 Menurut Pn. N.Devagi telah ujian perlu dijalankan dan markah diperlukan dalam PBS. 5.2.8 RPT wajib dilekatkan dalam buku rekod. 5.2.9 Bengkel untuk membuat Instrumen KSSR tetapi masanya tidak ditentukan. 5.2.10 Menurut MGB, cara memeriksa kertas KSSR dan UPSR akan dijalankan dan sudut bacaan perlu diwujudkan di setiap kelas. 5.2.10.1 Pn.P. Murugayee cadangkan supaya guru-guru hadir awal untuk mengadakan aktiviti bacaan berserta dengan aktiviti.

5.3 KP Bahasa Inggeris En. Kutty Krishnan 5.3.1 Beliau telah menghadiri mesyuarat panitia anjuran PPD yang bertempat di Kuala Kubu Bahru pada 18 Jan 2012 yang dikendalikan oleh En. Abdul Razak. 5.3.2 Peruntukkan masa Pengajaran dan Pembelajaran BI adalah 120 minit 5.3.3 Guru-guru perlu mempunyai Rancangan Tahunan dalam buku rekod dan buku rekod perlu ditulis nama. 5.3.4 Guru perlu menyediakan Standard Prestasi untuk panduan dalam portfolio guru bersama dengan Rancangan Pengajaran Tahunan, Sukatan Pelajaran, bahan-bahan lain dan modul atau modul boleh disimpan secara berasingan 5.3.5 Modul P&P dalam bentuk CD telah diberi Guru Besar menurut En.Razak tetapi Guru Besar telah menyatakan bahawa beliau tidak menerima sebarang CD. 5.3.6 Berdasarkan KSSR, guru perlu mengajar BI semua Starndard Pembelajaranyang merangkumi 29 unit iaitu 2 unit per minggu bagi murid Tahun 1. 5.3.7 Guru-guru diminta memasukkan markah murid Tahun 1 secara online 5.3.8 Pendaftaran murid Tahun 1 perlu dibuat selepas mereka naik darjah. 5.3.9 Eviden murid Tahun 1 dan 2 perlu dimasukkan dalam fail

5.3.10 Disebabkan peratus BI telah menurun pada tahun 2011, maka pengurusan panitia perlu menjalankan aktiviti-aktiviti bagi meningkatkannya. 5.3.11 Ujian selaras tidak akan dijalankan. 5.3.12 Pn.Murugayee meminta guru-guru untuk menyiapkan pelan strategik dan aktiviti yang dirancang dalam panitia mestilah saling berkaitan. 5.3.13 Beliau turut meminta guru untuk merancang eviden. 5.3.14Borang Maklumat Guru telah diberikan dalam CD dan menurut Pn. Pavala, ia telah dilengkapkan dan dihantar.

5.4 KP Sains Pn.S.Pavalakodai 5.4.1 Beliau telah menghadiri mesyuarat panitia yang bertempat di SK Ampang Pecah pada 9 Feb 2012 anjuran PPD. 5.4.2 Menurut En.Aznan, KPI telah menurun pada tahun 2011 5.4.3 CD perlu dgunakan dalam Pengajaran dan pembelajaran Sains 5.4.4 Dalam rancangan pengajaran tahunan cuti dan tarikh mesti disertakan. 5.4.5 Guru-guru Sains boleh menjalankan kajian tindakan. 5.4.6 Terdapat beberapa program yang telah dicadangkan untuk akan dijalankan seperti Program Pembinaan JSU, Program Pembinaan Modul PBS dan Program Peningkatan Sains dalam mesyuarat yang telah beliau hadiri.

5.5 KP Matematik Cik.A.Sivagami (dihadiri oleh En.P.Raja) 5.5.1 Beliau telah menghadiri mesyuarat panitia yang bertempat di SK Kuala Kubu Bahru pada 8 Feb 2012 anjuran PPD dipengerusikan oleh En. Aznan (Unit Matematik & Sains) wakil PPD. 5.5.2 Guru-guru diminta mengemaskinikan SAPS. 5.5.3 Penulisan RPH boleh ditulis dalam bahasa ibunda tetapi wajib ditulis dalam Bahasa Inggeris untuk tahun 3 hingga 6. 5.5.4 Diminta menyediakan jadual pemantauan di sekolah

5.5.5 Guru-guru diminta menyediakan portfolio KSSR dan diminta mengemaskinikan fail LINUS, KSSR, fail peribadi dan fail panitia. 5.5.6 Turut ditekankan penggunaan ABM dan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. 5.5.7 Kem Motivasi untuk murid sederhana pencapaian juga dicadangkan dalam mesyuarat yang dihadirinya.

6.HAL-HAL LAIN -Tiada 7. PENANGGUHAN 7.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.30 petang.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

Disahkan oleh,

.. Cik.G.Malar Setiausaha Kurikulum

. Pn.S.Pavalakodai Guru Penolong Kanan Kurikulum

.. Guru Besar SJK (T) Ldg.Escot

You might also like