You are on page 1of 21

HBMT1203 Teaching Mathematics For Pre-School

And Year One Primary School

OUM MEI 2009


IP Perlis,Kangar

Pengenalan
Penguasaan matematik awal oleh murid prasekolah dan murid tahun 1 penting kerana ianya merupakan asas untuk membantu murid memahami konsep matematik yang lebih tinggi. Pembelajaran matematik awal yang diperoleh melalui pengalaman langsung dan bermakna dalam suasana menggembirakan akan dapat memupuk minat murid untuk mempelajari matematik. Dalam kehidupan seharian atau murid, mereka akan banyak berhadapan dengan situasi yang melibatkan operasi matematik iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi. Merka perlu difahamkam betul-betul dengan konsep asas ke empat-empat operasi tersebut agar mereka tidak terkeliru dalam banyak hal. Semua operasi tersebut amat sukar bagi mereka jika mereka tidak benar-benar memahami dan menguasai konsep asas tersebut. Oleh itu sudah menjadi tanggungjawab guru untuk menggunakan berbagai langkah memperkenalkan aktiviti-aktiviti yang boleh memudahkan mereka untuk faham. Guru perlu menjelaskan kepada murid cara yang paling mudah untuk mereka dapat memahaminya dengan cepat dan berkesan diingati sampai bila-bila. Secara formalnya, penolakan atau operasi tolak dipelajari selepas murid mempelajari operasi penambahan. Namun begitu, adakalanya kanak-kanak memgunakan operasi itu secara serentak. Ada kalanya kanak-kanak berhadapan dengan situasi yang memerlukan mereka membuat penyatuan atau pengasingan terhadap himpunan objek atau alat mainan mereka. Terdapat juga pada masa-masa tertentu, mereka berhadapan dengan situasi yang memerlukan mereka mencari perbezaan di antara dua himpunan benda yang ada pada mereka. Untuk beberapa ketika, kanak-kanak melakukan operasi penambahan atau penolakan dengan gaya mereka sendiri dan mereka dapat menyelesaikan masalah tersebut. Secara tidak sedar, mereka sebenarnya telah membayangkan nombor di dalam pemikiran mereka bagi mencari jawapan terhadap masalah penambahan atau penolakan yang mereka hadapi secara spontan.

-1-

HBMT1203 Teaching Mathematics For Pre-School


And Year One Primary School

OUM MEI 2009


IP Perlis,Kangar

Pendekatan peringkat demi peringkat yang digunakan oleh para guru perlu digunakan untuk memudahkan murid-murid memahami konsep penolakan terutamanya murid tahun 1 dan tadika. Guru perlulah peka dalam penyediaan p&p yang menarik di dalam kelas, termasuklah penggunaan bahan-bahan konkrit ( maujud ) dan kaedah-kaedah seperti inkuiri penemuan, demonstrasi, simulasi dan sebagainya agar murid akan belajar dengan lebih bermakna dan berkesan. Terdapat beberapa maksud pengurangan yang boleh menerangkan maksud penolakan iaitu :1.1 Penolakan sebagai perbandingan dan perbezaan antara dua kuantiti Kanak-kanak sering kali membuat perbandingan bilangan barang/benda yang dimilikinya dengan bilangan barang/benda yang dimiliki oleh orang lain dipersekitarannya seperti ahli keluarga dan kawan-kawanya. Dalam membuat perbandingan itu mereka dapat menyatakan sedikit ataupun banyak bilangan benda atau barang yang dimiliki oleh mereka. Melalui perbandingan juga, maksud penolakan dapat diperkenalkan kepada murid-murid. Sebagai contohnya :1. Guru memberikan satu situasi kepada murid

Ahmad mempunyai 5 biji guli . Raju pula mempunyai 3 biji guli kurang daripada Ahmad. Berapakah guli yang dimiliki oleh Raju

2.

Guru mencerna idea murid untuk mendapatklan jawapannya dengan membuat bandingan terhadap guli yang dimiliki oleh Ahmad dengan mengunakan bahan maujud iaitu guli itu sendiri. Berapakah guli yang dimiliki oleh Ahmad ? Murid menjawab 5 biji. Raju kurang berapa biji guli daripada Ahmad ? Murid menjawab 3 biji.

-2-

HBMT1203 Teaching Mathematics For Pre-School


And Year One Primary School

OUM MEI 2009


IP Perlis,Kangar

Berpandukan bantuan guli yang ditunjukan oleh guru. Guru mengasingkan guli yang lebih daripada Raju untuk menunjukan perbandingan guli yang dimiliki Ahmad dan Raju. Jadi berapakah guli Raju? Dua biji

Bilangan guli Raju

Bersama murid membuat perbandingan dan kesimpulan siapakah yang mempunyai guli yang lebih banyak dan kurang. Ahmad Raju

2 biji 5 biji 1.2 Banyak Penolakan sebagai perbezaan/fakta penambahan Kurang

-3-

HBMT1203 Teaching Mathematics For Pre-School


And Year One Primary School

OUM MEI 2009


IP Perlis,Kangar

Kadangkala murid membuat kiraan menaik untuk mencari perbezaan.Kadangkala terdapat situasi dimana kiraan secara menaik dilakukan untuk mencari sesuatu perbezaan. Ini mungkin berlaku kerana anggapan bahawa kiraan menaik adalah lebih mudah daripada melakukan penolakan.Guru mengunakan teknik ini untuk menerangkan perbezaan kepada murid berpandukan langkah-langkah dibawah :Guru meminta murid memetik 4 helai daun tetapi sebelum itu guru telah membekalkan setiap seorang murid 2 helai daun.Berapa helai daun yang perlu dipetik lagi.

2
+1

3
+1

1. 2

Guru mengunakan helaian daun untuk mendapatkan jawaparan daripada murid. Dengan cara kiraan menaik guru mencerna idea murid untuk mendapatkan jawapan berapa helai daun yang perlu dipetik lagi.

2+1=3,3+1= 4
Jadi murid perlu memetik 2 helai daun lagi supaya jumlah daun menjadi 4.

1.3

Penolakan sebagai Mengambil

-4-

HBMT1203 Teaching Mathematics For Pre-School


And Year One Primary School

OUM MEI 2009


IP Perlis,Kangar

Pada peringkat awal, kanak-kanak selalunya diberi pengalaman yang berkaitan dengan penolakan melalui cerita atau situasi yang mengandungi ungkapan-ungkapan yang telah biasa didengari oleh murid seperti ambil, buang, asingkan,makan ,berikan dan lain-lain perkataan yang bersesuaian. Setiap ungkapan ini menggambarkan situasi iaitu satu himpunan objek diasingkan daripada satu kumpulan himpunan yang lebih besar. Bagi kanak-kanak, contoh pengajaran yang berkaitan dengan situasi mengambil adalah lebih mudah untuk diperkenalkan kerana mereka lebih biasa dengan situasi pengurangan dengan cara ini. Berikut adalah langkah-langkah bagi menerangkan kaedah tersebut dengan cara mengambil dengan menggunakan 4 biji belon. 1. Guru mengantungkan belon-belon itu untuk memudahkan murid melihat apa yang akan guru lakukan dan mengasingkan belon-belon itu kepada dua kumpulan ( pengasingan adalah salah satu cara penolakan )

3
2

Nombor-nombor tersebut menunjukkan kita berapa banyak ahli di dalam setiap kumpulan. Guru boleh menyatakan tentang penolakan dengan menggunakan perkataan biasa seperti di bawah : Ada 4 belon diambil 1 tinggal 3

Pada peringkat ini, guru memperkenalkan istilah-istilah penolakan, tolak melalui cara menulis dan membaca persamaan penolakan.

Empat diambil satu tinggal tiga 41=3


-5-

HBMT1203 Teaching Mathematics For Pre-School


And Year One Primary School

OUM MEI 2009


IP Perlis,Kangar

2.1

Masalah Kesalahan / kesilapan yang dilakukan murid. Penambahan merupakan cara mengira yang cepat dan efisien. Bagi masalah

tersebut, murid itu telah melakukan kesalahan dengan menjumlah kesemua nombor yang diberi. Murid itu sebenarnya telah memahami konsep asas penambahan iaitu dengan menambah dua kumpulan nombor untuk mendapatkan jumlah, tetapi dalam situasi tersebut murid perlu mengetahui tidak semua soalan boleh dijumlahkan kesemua nombornombornya jika sekiranya terdapat operasi tampah pada soalan tersebut. Berdasarkan kes tersebut,murid itu masih lagi tidak memahami sepenuhnya tentang konsep penambahan. Apabila soalan yang melibatkan penyelesaian masalah seperti itu, murid itu keliru untuk mendapatkan jawapan yang sepatutnya kerana penerangan konsep amat penting untuk meberi kefahaman dan pembelajaran bermakna kepada murid. Antara langkah-langkah dan teknik yang boleh diambil oleh guru untuk membantu murid tersebut dalam menangani kesilapan dan ketidakfahamannya terhadap masalah tersebut melalui cara :2.1.1 Melalui Teknik Kiraan Menaik Berikut adalah langkah-langkah yang dilakukan oleh guru dalam teknik ini menjelaskan ketidakfahaman muridnya dalam penyelesaian soalan tersebut

Guru memberi satu situasi kepada murid. Ahmad mempunyai 3 buah kereta mainan. Impiannya ingin memiliki 5 kereta mainan. Berapa buah kereta lagikah yang perlu dibeli oleh Ahmad ?

-6-

HBMT1203 Teaching Mathematics For Pre-School


And Year One Primary School

OUM MEI 2009


IP Perlis,Kangar

2.

Guru menunjukkan kereta mainan yang dibawanya sebagai simulasi berdasarkan cerita tadi

3.

Bersoaljawab dengan murid, berapa lagi yang perlu ditambah supaya jumlah kereta Ahmad menjadi 5. Guru mengeluarkan kereta mainan yang lain supaya jumlah nya menjadi 5. Bersama-sama murid mengira dan melebalkan kereta yang telah dibilang dengan mengunakan kad nombor.

2
1

3
1

4 +1 +1

Guru bertanyakan kepada murid Berapa buah keretakah yang diperlukan untuk mendapatkan jawapannya ? Murid menberi jawapan dengan membuat kiraan menaik satu persatu. Lalu guru membuat kesimpulan mengunakan ayat matematik supaya murid lebih faham dengan jelas tentang konsep yang ingin isampaikannya tadi. -7-

HBMT1203 Teaching Mathematics For Pre-School


And Year One Primary School

OUM MEI 2009


IP Perlis,Kangar

3 3
5.

+ +

5 5

Guru mengulangi aktiviti ini dengan mengunakan kuantiti yang berlainan.

2.1.1

Melalui Teknik Cerita-Cerita Tentang Penambahan. Untuk menangani kesilapan dan ketidakfahaman murid tentang masalah tersebut

gaya penceritaan boleh dilakukan oleh guru untuk mengukuhkan kefahaman murid terhadap konsep yang ingin diperbetulkannya itu. Peringkat ini, murid-murid perlu menghubungkaitkan antara dunia sebenar. Dengan proses penambahan dengan mantafsir cerita penambahan tersebut. Walau bagaimanapun,guru perlulah peka dengan kesan tentang bagaimana murid kita perlu berlakon mengikut cerita yang diberi.Berdasarkan situasi, murid perlu melakonkan cerita tersebut dengan cara-cara yang berbeza mengikut situasi yang diinginkan oleh guru. Berikut adalah langkah-langkah yang dilakukan oleh guru dalam teknik ini menjelaskan ketidakfahaman muridnya dalam penyelesaian soalan tersebut

Guru mempamerkan ayat matematik di hadapan berkaitan dengan situasi yang diberi.

+2= 4
2 Guru memberi satu situasi kepada murid.

-8-

HBMT1203 Teaching Mathematics For Pre-School


And Year One Primary School

OUM MEI 2009


IP Perlis,Kangar

Nurul mempunyai mempunyai 4 buah bakul dan 2 biji epal. Dia ingin memasukkan setiap biji epal ke dalam setiap buah bakul yang ada.Berapa biji epalkah lagi yang diperlukan untuk dimasukkan ke dalam semua bakul.

2. 3 4.

Guru meletakkan 4 buah bakul dihadapan semua murid-murid. Guru mengeluarkan 2 biji epal mempamerkannya di hadapan murid. Guru bersoal jawab dengan murid untuk mencerna idea murid bagi mendapat jawapan Ada berapa biji bakul dihadapan kamu 4 biji bakul Berapa biji epalkah yang kamu lihat sekarang 2 biji epal Berapa biji epal lagi yang dipelukan untuk dimasukkan ke dalam semua bakul yang ada.?

5.

Guru memanggil seorang rmurid secara rawak ,meminta murid tersebut memasukkan epal yang ke dalam bakul yang ada.

-9-

HBMT1203 Teaching Mathematics For Pre-School


And Year One Primary School

OUM MEI 2009


IP Perlis,Kangar

Berapakah biji bakul lagi yang masih kosong( tiada epal ) Murid menjawab 2 biji bakul lagi 6 Jadi berapa biji epal lagi yang diperlukan untuk dimasukan kedalam bakul-bakul yang masih kosong. Bakul kosong ada dua dan epal yang diperlukan pun mesti la dua biji jugak. 7 Guru membimbing murid melengkapkan ayat matematik yang diberi berdasarkan situasi yang diberi. 2

+2= 4

8 3.1

Guru memngulangi aktiviti ini dengan menggunakan nombor yang berlainan. Seajarah Mata Wang Di Malaysia Sejak Kemerdekaan Bank Negara Malaysia (BNM) mula mengeluarkan wang kertas Malaysia yang

pertama pada tahun 1967 mengandungi jenis nilai $1, $5 $10, $50 dan $100. Wang kertas jenis $1,000 dikeluarkan pada 2 September 1968. Reka bentuk asal bagi kesemua wang kertas ini adalah sama bagi semua jenis nilai iaitu muka depannya mengandungi potret DYMM Yang Di-Pertuan Agong yang pertama berserta dengan perkataan Bank Negara Malaysia dan ditandatangani oleh Gabenor BNM Tun Ismail Bin Mohamed Ali. Muka belakang wang kertas mengandungi logo BNM dan dihiasi dengan bentuk geometri Sempena pelaksanaan rasmi sistem ejaan baru Bahasa Malaysia pada 16 Ogos

- 10 -

HBMT1203 Teaching Mathematics For Pre-School


And Year One Primary School

OUM MEI 2009


IP Perlis,Kangar

1972, BNM telah menggunakan sistem ejaan baru dalam percetakannya tapi masih mengekalkan reka bentuk wang kertas yang sama. Contohnya perkataan "SA-PULOH" ditukarkan kepada "SE-PULUH" pada muka depan wang kertas jenis nilai $10. Pada tahun 1976, langkah keselamatan tambahan iaitu imej pendam (latent image) telah digunakan dimana angka Arab akan timbul kelihatan apabila wang kertas ini dicondongkan sedikit pada suatu sudut. Pada awal tahun 1982, wang kertas yang dikeluarkan ditandatangani oleh Gabenor BNM baru Tan Sri Aziz Bin Hj Taha. Pada 1 September 1982, BNM telah mengeluarkan 2 jenis nilai baru $20 dan $500. Wang kertas baru pada keseluruhanya mempunyai reka bentuk baru dan mencerminkan kebudayaan Malaysia. Tera air kepala harimau pada muka depan siri lama telah digantikan dengan potret DYMM Yang Di-Pertuan Agong yang pertama. Wang kertas keluaran baru sejak September 1983 dicetak dengan sketsa bangunan atau mercu tanda penting di ibu kota. Saiz ukuran wang juga lebih kecil berbanding dengan wang kertas siri terdahulu. Pada Februari 1996, BNM telah memperkenalkan RM2 (wang kertas Malaysia dikenali sebagai Ringgit Malaysia,RM). Justeru mata wang jenis nilai RM1, RM5, RM10, RM50 dan RM100 turut diperkenalkan dan direka dengan ciri-ciri keselamatan yang baru. Selepas krisis ekonomi pada tahun 1998, RM500 dan RM1000 telah diberhentikan pengunaannya. Gambar/potret siapakah pada wang kertas Malaysia??

- 11 -

HBMT1203 Teaching Mathematics For Pre-School


And Year One Primary School

OUM MEI 2009


IP Perlis,Kangar

Gambar/potret Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong yang pertama

Ramai yang belum tahu atau tidak penah ambil tahu pun gambar siapakah yang menghiasi setiap wang kertas Malaysia yang kita gunakan dari dahulu sampailah sekarang... Betul ataupun tidak inilah jawapannya , gambar/potret Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad (24 Ogos 1895 - 1 April 1960) yang menghiasi setiap wang kertas malaysia tidak kiralah RM1, RM2, RM5, RM10, RM20, RM50, RM100, RM500 atau RM1000. Baginda adalah Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang merupakan Yang di-Pertuan Agong yang pertama Malaysia. Baginda memerintah dari 31 Ogos 1957 sehingga kemangkatannya pada 1 April 1960. Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad berkahwin dengan Seri Paduka Baginda Tuanku Puan Besar Kurshiah binti Almarhum Tuanku Besar Burhanuddin (Raja Permaisuri Agong). Setelah baginda mangkat, Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah telah menggantikan tempat baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong yang ke dua.

- 12 -

HBMT1203 Teaching Mathematics For Pre-School


And Year One Primary School

OUM MEI 2009


IP Perlis,Kangar

P13a - 1976 - 1 Ringgit

P13b - 1976 - 1 Ringgit

P19 - 1982-89 - 1 Ringgit

P27b - 1989 - 1 Ringgit

P28b - 1989 - 5 Ringgit

P29 - 1989 - 10 Ringgit

P30 - 1989 - 20 Ringgit

P31A - 1991-92 - 50 Ringgit

P35 - 1995 - 5 Ringgit

P36 - 1995 - 10 Ringgit

P39 - 2000 - 1 Ringgit

P40a - 1996-99 - 2 Ringgit

P41a - 1999 - 5 Ringgit

P41b - 2001 - 5 Ringgit

P42c - 1999 - 10 Ringgit

P42d - 2001 - 10 Ringgit

P43c - 1999 - 50 Ringgit

P45 - 1998 - 50 Ringgit

P New - ND - 2 Ringgit

Inilah wang ringgit yang digunakan di Malaysia dari tahun 1967 hingga ke hari ini

Gambar dibawah adalah duit syilling yang dicipta pada tahun 1957 hingga sekarang

- 13 -

HBMT1203 Teaching Mathematics For Pre-School


And Year One Primary School

OUM MEI 2009


IP Perlis,Kangar

Rujukan Asal: Sejarah Matawang Malaysia 1957 - 2007, KEKKWA 3.2 Aktititi Memperkenalkan Wang kepada Kanak-Kanak Langkah-langkah dibawah adalah contah pengajaran dan pembelajaran untuk memperkenalkan duit siling dan wang kertas kepada kanak-kanak

- 14 -

HBMT1203 Teaching Mathematics For Pre-School


And Year One Primary School

OUM MEI 2009


IP Perlis,Kangar

Guru meminta murid mengeluarkan duit siling 20 sen dan memeriksa sama ada betul atau tidak duit siling yang dikeluarkan adalah duit siling 20 sen. Siapa yang mempunyai duit siling 20 sen. Boleh tunjukkan kepada cikgu

Guru mengulangi aktiviti tersebut untuk memperkenalkan duit siling yang lain seperti 1 sen, 5 sen, 10 sen dan50 sen.

Menunjukkan kepada murid wang kertas RM1 Ini wang kertas 1 ringgit

Guru menunjukkan lagi wang kertas yang lain yang nilainya berbeza contohnya RM 2, RM 5 dan RM 10

- 15 -

HBMT1203 Teaching Mathematics For Pre-School


And Year One Primary School

OUM MEI 2009


IP Perlis,Kangar

Guru meminta murid merujuk kepada buku teks pada muka surat 43.

Berbincang dengan murid tentang bentuk pada siling dalam gambar tersebut Cuba semua ambil dan lihat pada permukaan duit siling Apa yang kamu lihat ? Nombor pada permukaan duit siling menunjukan nilainya.

Guru meneruskan aktiviti yang sama bagi memperkenalkan wang kertas pula, merujuk kepada buku teks pada muka surat 44.

Bersoal jawab dengan murid tentang warna pada wang kertas. 1 ringgit warnanya biru 2 ringgit warnanya unggu 5 ringgit warnanya hijau 10 ringgit warnanya merah

- 16 -

HBMT1203 Teaching Mathematics For Pre-School


And Year One Primary School

OUM MEI 2009


IP Perlis,Kangar

Setelah semua aktiviti dijalankan, guru memberi latihan kepada murid untuk mengetahui sama ada murid faham atau tidak dalam sesi pembelajarannya itu. Guru meminta murid membuat latihan pada buku aktiviti murid, mukasurat 69 dan 72

3.3 1 2

Aktiviti Untuk Memperkenalkan Konsep Asas Penambahan Duit Siling Dan Wang Kertas Guru menampalkan kad gambar duit siling 10 sen dan 50 sen pada papan hitam. Meminta murid untuk menyebut nilai dan nombor pada duit siling yang mereka lihat dihadapan. Saya lihat 10 sen dan duit 50 sen Berapakah jumlah duit tersebut ?

- 17 -

HBMT1203 Teaching Mathematics For Pre-School


And Year One Primary School

OUM MEI 2009


IP Perlis,Kangar

Mari kita kira

Guru menunjukan cara/kaedah pengiraan dari duit 50 sen terlebih dahulu. 50 60

Guru menulis ayat matematik pada papan hitam. 50 sen + 10 sen = 60 sen

Guru meneruskan aktiviti tersebut untuk penambahan wang kertas pula. Cara pengiraan secara menaik boleh dilakukan untuk mendapatkan jumlah wang. RM 2 RM 3

Meminta murid merujuk buku teks pada halaman 48 dan berbincang tentang gambar tersebut.

- 18 -

HBMT1203 Teaching Mathematics For Pre-School


And Year One Primary School

OUM MEI 2009


IP Perlis,Kangar

7 8 9 10

Guru menbaca teks dan meminta murid mengikut bacaannya. Menunjukkan kepada murid bagaimana untuk mencari jumlah wang seperti yang ditunjukkan pada langkah 3 tadi. Membimbing murid untuk membaca dan menyebut dalam ayat matematik. Mengulang aktiviti tersebut untuk wang kertas pada halaman 49 buku teks

11

Selepas semua aktiviti dijalankan, guru memberi latihan kepada murid untuk menguji kefahaman dalam sesi pembelajarannya itu. Guru meminta murid membuat latihan pada buku aktiviti murid, mukasurat 77 dan 78

- 19 -

HBMT1203 Teaching Mathematics For Pre-School


And Year One Primary School

OUM MEI 2009


IP Perlis,Kangar

Penutup
Umumnya, pendidikan di peringkat sekolah rendah bercorak pendidikan asas. Murid diberikan galakan dan bimbingan seluas-luasnya untuk menguasai kemahiran asas dengan kukuh. Kurikulum matematik sekolah rendah pula memberi pendidikan matematik yang asas kepada semua murid dan menegaskan penggunaan matematik dalam situasi harian. Memahami konsep dengan betul akan membantu seseorang murid menguasai topik matematik dengan lebih mudah dan akan dapat mengelak daripada salah pengkonsepsian. Proses pengajaran dan pembelajaran matematik melibatkan perlaksanaan aktiviti yang

- 20 -

HBMT1203 Teaching Mathematics For Pre-School


And Year One Primary School

OUM MEI 2009


IP Perlis,Kangar

terancang, kemas dan teratur. Tiada jalan pintas (Short cut) yang akan sampai ke kemuncak kecemerlangan matematik di kalangan pelajar. Malah sebaliknya ia merupakan 'jalan mati' yang akan menghumbang pelajar ke dalam gaung kebuntuan, kebencian, kebimbangan dan keresahan. Para bakal pendidik matematik seharusnya berusaha menyiap dan memperkemaskan diri dengan segala keperluan (Pengetahuan, pedagogi dan saikologi) sebelum bertemu dengan anak didik masing-masing. Sekolah harus dibina sebagai 'medan pendidikan' dan bukannya 'medan latihan' (coaching school).

- 21 -

You might also like