You are on page 1of 12

FOKUS PEPERIKSAAN OUM ULUM AL-QURAN SOALAN-SOALAN PERBINCANGAN (FAKTA-FAKTA PENTING STRATEGI MENGHADAPI PEPERIKSAAN

TOPIK 1 : MAKNA ULUM AL-QURAN 1. Makna Ulum al-Quran : Ulum al-Quran adalah takrib idhafi : bermaksud sekumpulan ilmu yang berkaitan dengan al-Quran . Dalam pengertian ini termasuk ilmu ; tafsir, ilmu Qiraat, Ilmu rasm Uthmani , Ilmu Ikjaz , Ilmu Asbab al0-Nuzul , ilmu nasikh dan mansukh dan lain-lain. 2. Bidang dan Skop Perbahasan Ulum al-Quran : Asyuti berpendapat ; ilmu kejuruteraan , ilmu perubatan dsb termasuk dalam, ulum al-Quran. Abu Bakar al-Arabi dalam kitabnya Al takwil ; Ulum al-Quran berjumlah 77450 ilmu ia itu satu jumlah empat kali ganda dari kalimahkalimah al-Quran. Perbahasan berkaitan Ulum al-Quran meliputi bidang-bidang berikut : Ilmu Tafsir dan al takwil, Ilmu Ikrab al-Quran, ilmu qiraat, ilmu sebab Nuzul , ilmu makki dan madani , Ilmu Gharib al-Quran DLL 3. Faedah mempelajarai Ulum al-Quran : i. Menambah keyakina kepada pengkaji al-Quran ii. Mengetahui sejarah dan perkembangan al-Quran iii. Membantu pengkaji untuk memahami kandungan al-Quran serta mengeluarkan hukum daripadanya iv. Dapat memp[elajari ilmu nasakh dan mansukh , asbabun Nuzul dan yang berkaitan dengan al-Quran v. Untuk memahami kalam allah atau al-Quran seperti ditenangkan Rasulullah dan para sahabt. 4. Takrif/pengertian al-Quran ialah : Kalanm Allah yang bermukjizat , diturunkan kepada Nabi Muhammad yang di tulis dalam mashaf , dipindahkan dari satu generasi ke generasi secara mutawatir dan mendapat pahala dengan membacanya.

TOPIK 2 : SEJARAH PERTUMBUHAN ULUM AL-QURAN

1. Ulum al-Quran pada zaman Nabi dan sahabat :

i.

ii.

iii. iv.

v.

Nabi dan para sahabat mengetahui makna al-Quran dan ilmunya tetapi belum tertulis dan di bukukan kerana allahj pasti mampu mengumpul wahyu dalam dada nabi. Sebaik sahaja nabi menerima wahyu Baginda terus menyampaikann ya kepada para sahabat sehingga dapat baca dengan baik, memahami erti dan rahsia dan menjelaskan penafsirannya. Pera sahabt mempunyai kekuatan menghafazKerana itu mereka mampu memahami ulum al-Quran dengan Ijaznya. Kebanyakan mereka ummi , tidak mempunya kelengkapan alat penulisan judteru itu rasulullah melarang mereka menulis di khuatiri percampuran al-Quran dengan bukan al-Quran. Para sahabat tidak memerlukan pembukuan al-Quran kerana : Para sahabat : daya ingatan , kecerdasan berfikiran, tanggapan mendalam. Kebanyakan mereka adalah ummi, tetapi cerdas dan tajam pemikiran. Ketika menghadapi masalah mereka terus berbincang dengan Nabi Belum ada peralatan penulisan yang memadai dan mencukupi. Tegahan daripada rasulullah untuk menulis sesuatu kecuali ayat alQuran.

2. Abad Ke IV H. ada lima ulamak yang aktif mengaranmg Ulum al-Quran dan menyusun kitab-kitab iaitu : i. Abu bakar as Sajistani mengarang kitab Ilmu Gharib al-Quran ii. Abu Bakar bin Qasim menyusun kitab Ajaib al-Quran . iii. Abu hasan al-Asari menuls kitab : al Muhtazan Fi Ulum al-Quran. iv. 3. Abad Ke V H muncul tiga tokoh ulamak yang aktif menulis Ulum al-Quran : i. Ali bin Ibrahim bin said menulis kitab Ilmu ikrab al-Quran ii. Abu amr al-dani menulis Kitab : al-Tafsir Fi Qiraatis Saah. iii. Alamuddin As-Sakhawi menulis kitab Al mursyidu Wajiz Fi ma Yatalqqu Bil Quran al-Aziz.

TOPIK 3 : NUZUL AL-QURAN

1. Pengertian Nuzul al-Quran : i. Menurut bahasa : Turun dari tempat yang tinggi. ii. Dari segi Istilah : Penurunan dari Luh Mahfuz ke baitul Izzah di langit dunia dan dari langit dunia kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibril yang mengambil masa lebih kurang 23 tahun. 2. Cara Penurunan al-Quran di bahagikan kepada dua bahagian utama : i. Nuzul Jumlatan atau sekaligus

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

ii. Nuzul Munajjaman atau beransur-ansur. Penuruna sekaligus : i. Turun al-Quran ke Luh Mahfuz ii. Turun dari Luh mahfuz ke Baitul Izzah di langit dunia . a) Tahap pertama daripada allah ke Luh mahfuz ke adaan dan tahap ini berlaku sekaligus dengan tujuan untuk membuktikan kekuasaan Allah. B0 Tahap kedua : Turun al-Quran dari luh mahfuz ke Baitul Izzah di langit dunia. Hikmat penurunan al-Quran di Luh Mahfuz. i. Untuk mebezakan al-Quran dengan kitab samawi lain, seperti taurat zabur. ii. Untuk membuktikan keunggulan dan ketinggian al-Quran dan martabat Nabi Muhammad SAW. iii. Untuk menunjukkan allah maha berkuasa menjadikan langit dan Maha Mengetahui kedudukan Luh mahfuz itu sendiri. Hikmat penurunan al-Quran dari Luh mahfuz ke baitul Izzah : i. Untuk membezakan al-Quran dengan kitab samawi yang lain seeperti taurat zabur yang diturun sekaligus kepada RasulNya. ii. Untuk menunjukkan dan membuktikan Keunggulan dan ketinggian AlQuiran dan nabi Muhammad iii. Untuk memuliakan manusia atau bani Adam pada pandangan malaikat. iv. Supaya manusia mengambil pengajaran yang mana al-quran sesuatu yang amat bernilai. Tempoh lama diturunkan al-Quran secara beransur-ansur ulamak berselisih pendapat : i. Setengah ulamak mengatakan sealam 20 tahun ii. Ada mengatakan selama 22tahun 2 bulan 22 hari. Iaitu bermula 17 ramadhan hingga 9 Zulhijjah tahun 10 H. iii. Pendapat lain mengatakan mengambil masa 23 tahun iv. Pendapat mengatakan 25 tahun. Hikmat Penuruanan Secara beransur-ansur : i. Untuk memudahkan nabi menghafal dan memahami maksud serta kandungannya supaya mudah meresap ke dalam jiwa, ii. Suopaya nabi sentiasa bergembira dan terhibur sewrta erasa hampa dengan Dengan allah lantaran wahyu yang sentiasa turun kepadanya. iii. Nabi merasakan sentiasa mendapat perhatian dengan kedatangan malaikat Jibril serta mendapat penghargaan tinggi di sisi masyarakat. iv. Sebagai senjata untuk menentang dan menandingi mereka yang tidak mempercayai bahawa al-Qura itu wahyu daripada Allah. Pengertian Wahyu : i. Dari sudut bahasa : a) Memberi tahu sesuatu dengan cara yang tidak jelas atau samar-samar b) Sesuatu yang ditulis yang membawa maksud kerasulan. ii. Pengertian Istilah : a) Segala apa yang disampaikan oleh allah secara rahsia kepada para Nabi dan Rasulnya , seperti al-Quran dan al-Hadis b) Wahyu membawa pengertian yang lebih umum dan lebih luas daripada pengertian al-Quran . Jenis-Jenis Wahyu : Wahyu terbahagi kepada beberapa jenis :

Wahyu itu termasuk segala jenis percakapan di antara seseorang hamba dengan Tuhannya. ii. Wahyu itu jga melalui ilham atau dalam bentuk ilham . Iaitu Allah mencampakkan dalam hati Rasulnya dalam bentuk ilmu dan pengetahuan yang benar. iii. Wahyu itu denghan perantaraan Jibril iv. Wahyu juga dalam bentuk ilmu yang benar. 10. Penurunan Wahyu dengan Eriti al Ihaa : Wahyu mengikut konsep ini dapat di bahagikan kepada tiga jenis : i. Perkhabaran atau wahyu yang diturunkan daripada allah melalui ilham tanpa sebarang perantaraan. ii. Nabi dan Rasul mendengar Kalam allah atau allah berbicara dengan mereka di sebalik hijab atau tabir. iii. Penerimaan wahyu melalui perantaraan malaikat jibril 11. Keraguan al-Quran boleh di tolak dengan hujah : i. Hujah 1 : HEPNOTISME atau di sebut juga ilmu pukau . ii. Hujah 2 : Rekaan-rekaan baru elah mewujudkan telefon, wireless, mikrofon , televesyen dan radio yang membolehkan manusia berinteraksi antara satu sama lain dari jarak jauh. iii. Hujah 3 : Rekaan-rekaan yang telah mewujudkan system rakaman yang dapat merakam segala suara. iv. Hujah 4 : Kita dapati ada binatang yang cara hidupnya mempunyai keistimewaan tersndiri . Contohnya semut dan lebah . Secaralojiknya binatang ini tentulah mempunyai akal kerana dapat mengatur hidup mereka dengan begitu rupa. TOPIK 4 : ASBAB AL NUZUL

i.

1. Definisi Asbab al Nuzul i. Pada bahasa bermaksud sebab-sebab turunya ayat al-Quran kepada Nabi ii. Pada istlah Sesuatu yang kerananya satu atau beberapa ayat diturunkan bagi menjelaskannya atau menjelaskan hukumnya pada hari-hari terjadinya. 2. Fungsi Asbab al-Nuzul i. Menegetahui kebijaksanaan Allah secara terperinci mengenai syariat yang diturunkannya bagi orang mukmin imannya akan bertambah , bagi orang yang kafir dengan hukum-hukum yang tegas itu akan mendorong ia beriman. ii. Membantu memahami ayat-ayat berkaitan dan menghilangkan kesamaran berkaitan dengannya. Bahkan al Wahidi mengatakan Tidak mungkin mengetahui tafsir sesuatu ayat tanpa memiliki kesah dan penjelasan mengenai peritiwa turunnya Sementara Ibnu Taimiah mengatakan Mengetahui sebab nuzul membantu memahami ayat yang bersangkutan ,

kerana mengetahui sebab akhirnya mengetahui akibat. Fungsi ini akan di jelaskan melalui tiga contoh : a) Firman allah surah al-Baqarah ayat 115 Dan kepunyaan allah lah timur dan Barat , maka kemanapun kamu hadapi di situlah wajah (Kiblat) Allah. b) Firman Allah surah Ali Imran ayat 188 : Janganlah kamu menyangka bahawa orang-orang yang gembira dengan apa yang telah di kerjakannya c) Urwah bin Zubair berasa sukar memahami kefarduan Saei antara safa dan marwah yang ada pada surah al-Baqarah ayat 158 Sesungguhnya Safa dan Marwah adalah sebahagian dari syiar Allah. 3. Fungsi Asbab Al Nuzul Membantu memahami ayat berkaitan ada tiga; Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 115 Uslub ini secara zahir menunjukkan bahawa seseorang boleh melakukan solat dengan mengadap kemana sahaja dan tidak wajib baginya mengadap kea rah Baitullah al-Haram , baik dalam keadaan musafir mahupun dirumah. Walau bagaimana pun , apabila ia mengetahui bahawa ayat ini diturunkan berkaitan dengan solat sunat secara khusus atau orang solat berdasarkan ijtihadnya (dalam menentukan arah kiblat) yang kemudian penentuannya itu ternyata salah, maka ia akan menegtahui bahawa makna zahir itu tidaklah dimaksudkan dalam ayat ini. 4. Uslub Asbab Al Nuzul : Ulamak menggunakan uslub yang berbeza : i. Uslab yang secara terang menggunakan kata sebab , misalnya dikatakan sebab nuzul ayat ini adalah begini-begini. ii. Kadang-kadang tidak digunakan uslub yang jelas. Akan tetapi digunakan kata fa yang termasuk ayat yang turun setelah menjelaskan sesuatu peristiwa. iii. Pada masa yang lain , Rasulullah di Tanya , lalu wahyu turun dan beliau menjawab pertanyaan itu dengan wahyu tersebut , tanpa ada uslub yang mengandungi kata sebab. TOPIK 5 : SURAH MAKKIYYAH DAN MADANIYYAH

1. Pengertian makkiyyah dan Madaniyyah : Makki dan madani ilmu yang membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan bahagian-bahagian al-Quran yang Makki dan Madani . Ia merangkumi ertui dan makna , cara megenali petandapetandanya , mahupun bahagian-bahagiannya . Secara lebih khusus Makki bermaksud bahagian-bahagian kitab suci al-Quran di mana sebahagiannya termasuk Makki dan sebahagian yang lain termasuk Madani.

2. Terdapat 4 pendapat atau teori yang merujuk kepada pentakrifan ayat Makkiyyah dan Madaniyyah dari perbagai aspek : i. Aspek masa penurunan ayat ( mulahazhatu Zamani Nuzul) atau teorai Histari. ii. Aspek tempat penurunan Ayat (Mulahahazhatu Makan al Nuzul) atau teori Geografi. iii. Aspek Pengkhususan (Khitab) penurunan ayat (Mulah hazatu Mukhatibina Fi Nuzuli) atau Teori subjek. iv. Teori Isi kandungan (Mulahhazatu Ma Atthadhamun as Suratu) 3. Aspek masa penurunan ayat (Mulahazathu Zamani Al Nuzul) atau teori Histari. i. Maksud teori ini ; Mana-mana ayat al-Quran diturunkan sebelum hijrah samada diturun di Mekah atau Madinah adalah makkiyyah ii. Manakala ayat yang turun selepas hijrah maknanya Madaniyyah iii. Pendapat ini paling tepat jika dilihat dari segi kesyumulan dan pengkhususan pendapat ini mashyur dan pendapat majoriti. 4. Ciri-Ciri Makki dan Madani : dua kaedah asas bagi mengenal pasti samada ayat tersebut adalah Makkiyyah atau madaniyyah . Dua kaedah tersebut ialah : i. Kaedah al- Naqli ; Bermaksud sandaran melaluiriwayat-riwayat yang sahih daripada kalangan para sahabat Nabi dan Tabiin. ii. Kaedah al- Ijtihadi : Bermaksud sandaran melalui penelitian terhadap garis panduan ayat makkiyyah atau madaniyyah itu sendiri . 5. Ciri-Ciri / Tanda-tanda ayat Makkiyyah: i. Setiap surah yang menganduni sajdah : Surah sajdah 1 ii. Setiap surah yang menganfdungi lafaz iii. Setiap surah yang mengandungi dan lain-lain.

6. Ciri-ciri / tanda-tanda ayat madani : i. Ayat yang menjelaskan keizinan berijtihad , berperang. ii. Ayat yang mengutuk sifat-sifat orang-orang munafik. iii. Ayat yang menjelaskan persoalan hukum-hukum seperti hukum jinayat. 7. Faedah mempelajari ayat makkiyyah dan ayat madaniyyah sebagaimana yang di tulis oleh Syeikh Manna al-Qattan dalam kitabnya Mabahis fi yulum al-Quran. i. Membantu golongan mufassirin dalam mentafsir al-Quran dalam penafsiran tepat. ii. Membantu dalam mendalami gaya bahasa al-Quran dan mengambil pengajaran daripadanya. iii. Membantu dalam mengetahui susur galur Sirah nabawi melalui ayat-ayat al-Quran dan berpegang dengan sejarah tersebut. 8. Surah Makkiyyah dan surah madaniyyah : i. Jamhur ulamak berpendapat surah makki berjumlah 86 surah antaranya : Surah al-Alaq , surah al-Qalam , Surah al-Fatihah , Surah al-Kafirun , surah al Maun dll.

ii.

Terdapat 28 surah yang dikatakan surah Madaniyyah antaranya : Surah al-Baqarah , surah Ali Imran, Surah al Ahzab, Surah an Nisa , surah al rahman dll.

TOPIK 6 : PENYUSUNAN AYAT DAN SURAH AL-QURAN

1. Makna ayat : i. Makna bahasa atau etimologi Ayat bererti ; alamat atau tanda - bererti pengajaran beretri bukti. ii. Makna secara terminology Ibrahim Al-Abyari mengertikan sebagai : Sekelompok al-Quran yang terpisah daripada sebelumnya san sesudahnya. Azarqani dalam Manhil urfan mengertikan Kelompok kata-kata yang memiliki permulaan dan pengakhiran yang terdapat di dalam sdurah al-Quran. 2. Cara mengenali ayat : Pendapat ulamak terbahagi kepada dua golongan : i. Jamhur ulamak berpendapat cara kita mengenali ayat hanyalah melalui ketetapan , petunjuk atau taufiqi daripada rasulullah dengan itu kita tidak mampu mengetahuiayat-ayat melalui ijtihad dan qias. ii. Sebahagian ulamak berpendapat penentuan ayat sebahagiannya adalah ketentuan atau taufiqi daripada Rasulullah dan pada sesetengah tempat berdasarkan kepada qias dan ijtihad. 3. Hikmat pembahagian surah-surah al-Quran : i. Memberi kemudahan kepada manusia dan merangsang mereka mengkaji dan mempelajari al-Quran. ii. Mengisyaratkan tema atau topic perbincangan. Masing-masing surah membincangkan seuatu tema yang jelas. iii. Mengisyaratkan bahawa panjangnya suatu surah tidak menjadi syarat kemukjizatannya. Sesuatu surah tetap memiliki kemukjizatannya. 4. Pengelompokan surah-surah al-Quran : ada 4 kelompok. i. Attiwal terdiri dari 7 surah panjang ; al Baqarah dll ii. Al Muin : Surah-surah yang jumlah ayatnya di bawah kelompok al Main. merupakan surah-surah yang jumlah ayat nya sekitar 100 ayat. iii. Al Mathani : merupakan surah-surah yang jumlah ayatnya di bawah kelompok al main, iv. Al mufassal : merupakan surah-surah yang ada pada bahagian akhir alQuran ada mengatakan permulaannya bermula dari surah Qaf. 5. Pendapat para ulamak mengenai urutan surah : Ada 3 pendapat i. Pertama bahawa urutan surah tidak berdasarkan tauqifi dari nabi SAW tetapi berdasarkan ijtihad sahabat. Pendapat ini lebih rajah dan lebih tepat kerana : a) Abu Bakar Ibnu alAnbarfi allah telah menurunkan al-Quran seluruhnya ke langit dunia kemudian ia menurunkannya secara beransur-ansur. Berkata al-Karami

Susunan surah-surah seperti yang ada sekarang adalah daripada allah sebagaimana yang tercatat dalam Luh mahfuz. ii. Kedua : Pendapat kedua ialah urutan surah-surah semuanya taufiqi dari Rasulullah SAW sebagaimana urutan ayat. Tiada ada suatu surah yang diletakkan tanpa pengajaran dan petunjuk dari beliau. iii. Ada yang berpendapat yang menjelaskan sebahagian surah al-Quran tertibnya adalah tauqifi menakala sebahagiuannya yang lain berdasarkan ijtihad para sahabat. 6. Nama-nama Surah : i. Ulamak Salaf dan khalaf menjelaskan nama-nama adalah tauqifi . Ini bermaksud Nabi sendiri yang memberikan nama-nama surah al-Quran. ii. Sebahagian surah al-Quran hanya mengandungi satu nama : Surah al Nisa al Naml dll. iii. 40 surah mengandungi dari satu nama . Misalnya surah al-Fatihah di namakan ummul al-Quran , Fatihah al-Kitab, As Sabul Mathani al Wafiat al Khafiat.

TOPIK 7 : MUKJIZAT AL-QURAN

1. Maksud mukjizat al-Quran : Mukjizat al-Quran bermaksud semua makhluk lemah untuk melakukan apa yang di cabar al-Quran. Ia bertujuan untuk menzahirkan bahawa al-Quran itu adalah satu kebenaran dan Rasul yang membawanya adalah benar. 2. Mukjizat bahasa dalam al-Quran : i. Bahasa al-Quran ialah bahasa Arab . Penggunaan gaya bahasa , canggih dan murni, tidak dijumpai mana-mana kalam manusia al-Quran adalah mukjizat , pakar-pakar bahasa tidak mampu menyahut cabaran al-Qura, ii. Al-Quran dengan kekuatan bahasa kehalusan susunan penjelasan tuntutan semasa melalui jumlah ismiyyah dan filiyyah ayat-ayatnya dalam bentuk penafian dan isbat az zikr dan al hafz , hakikat dan majaz . Semuanya meletakkan al-Quran berada di puncak. iii. Mukjizat terdapat dalam susun atur suaranya yang menarik semasa membaca huruf-hurufnya. iv. Mukjizat berada dalam lafaznya yang menyumpurnakan setiap makna kini pada tempatnya. v. Bahasa Arab tidak sekali-kali mempunyai kalam yang sempurna dan setara dengan kalam al-Quran. 3. Mukjizat Dalam Ilmiah (Sains). i. Ramai dikalangan manusia sudah tersasar dari kebenaran ketika mana mereka menetapkan bahawa al-Quran mengandungi semua teori sains. ii. Punca kesilapanialah teori sains itu sendiri yang menerima perubahan mengikut peredaran zaman kerana menempuh era kemajuan , banyak teori sains yang menerima perubahan.

Teori sains sebenarnya tunduk kepada kemajuan dan ia akan berubah , teori tersebut boleh terbatal. iv. Mukjizat sains dalam al-Quran menggalakkan manusia berfikir tentang alam dan kejadian alam. 4. Mukjizat al-Quran dalam Tasyrik (perundangan). i. Masyarakat manusia memerlukan satu system yang memandu mereka dan menentukan keadilan dalam setiap individu. ii. Manusia mengetahui bahawa telah banyak mazhab , teori, system , perundangan yang dicipta untuk memandu manusia kea rah kebahagian , tetapi semunya tidak mencapai matlamat yang terdapoat dalam al-Quran melalui Ikjaz perundangan. iii. Setiap ibadat yang di fardhukan allah adalah untuk kebaikan individu Ibadat sembahyang mencegah dari maksiat dan kemungkaransembahyang jamaah adalah dituntut sembahyang jumaat dan dua hari raya akan mewujudkan persaudaraan. Ibadat zakat mempunyai mukjizat dari segi tasyrik kerana ia ada hikmah. Ibadat haji mempunyai hikmah hikmah dari sudut tasyrik. Ibadat puasa mempunyai hikmah tasyrik iv. Dalam perundangan islam pemerintahan Islam berlandaskan keadilan. v. Islam menjaga lima prinsip kehidupan iaitu ; menjaga jiwa, agama, maruah , harta dan akal.

iii.

TOPIK 8 : NASIKH DAN MANSUKH

1. Pengertian nasakh dalam bahasa Arab ada 4 makna : i. Menghilangkan sesuatu benda dan menhapusnya. ii. Memindahkan sesuatu benda dan mengubahnya tetapi masih mengekalkan keadaannya. iii. Menyalin atau menghutip ia bermaksud menyalin dan mengutip tulisan dari satu buku ke satu buku yang lain. 2. Pengertian nasakh dalam istilah ada beberap pengertian : i. Mengangkat dalil syarI bermaksud memutuskan dalil tersebut dari diamalkan oleh mukallaf. ii. Hukum syarak bermaksud kata-kata Allah yang betrkaitan perbuatan mukallaf samada arahan melakukan, arahan melatrang atau berbentuk pilihan. iii. Dalil syarI ialah wahyu allah SWT samada di baca atau tidak di baca dan ia meliputi al-Kitab dan al- sunnah. 3. Pembahagian Nasakh dalam perundangan Islam : Terbahagi kepada empat

i.

ii.

iii.

iv.

Nasakh al-Quran dengan al-Quran : Bahagian ini terbahagi kepada tiga iaitu : a) nasakh tilawah dan hukum b) nasakh hukum tidak tilawah c) nasakh tilawah tidak hukum. Nasakh al-Quran dengan sunnah : Ulamak yang bersetuju ialah Imam Malik , Abu Hanifah , jumhur mutakallimin di kalnagan Asyaariyyah dan Muktazilah. Nasakh Sunnah dengan al-Quran : a) Ulamak yang menyokong terdiri daripada jamhur al Fuqaha, mutakallimin manakala ulamak yang menafikan ial al Syafei. Nasakh sunnah dengan sunnah.

4. Hikmat Nasakh Mansukh. i. Menghilangkan kekeliruan : nasakh yang berlaku dalam syariat Islam bermaksud bahawa Allah SWT telah menasakhkan seluruh agama sebelum Islkam dengan agama Islam dan sebahagian hukum dalam syariat ini di nasakhkan dengansebahagiannya. ii. Kersempurnaan agama Islam : Hikmat allah mewujudkan nasakh dalam Islam aialah menunjukkan kesempurnaan syariat Islam yang mempu menyempurnakan keperluan manusia. iii. Menjaga kemaslahatan manusia : Agama Islam menjadi penyudah sekalian agama sebelumnya. Agama ini mempunyai unsure-unsur yang hidup dan menjaga kemaslahan manusia. iv. Menjinakkan manusia : Zaman dakwah Rasulullah SAW meryupakan sebahagian zaman perpindahan yang amat berat . Iaitu perpindahan daripada akidah dan adat lama yang menyesatkan kepada yang baru. 5. Pembahagian nasakh dari sudut tilawah dan hukum : ada tiga i. Nasakh tilawah dan hukum : nasakh jenis ini berlaku mengikut riwayat Aisyah tentang poenyusuan anak Al-Quran ada diturunkan sep[uluh kali susu . kemudian syarat anak susu di nasakhkan 5 kali susu . ii. Nasakh Hukm tanpa nasakh tilawah : Contoh ayat yang mengarah supaya dahulukan sedekah sebelum berjumpa Rasulullah. iii. Nasakh tilawah tidak hukum : Al Quran pernah menurunkan ayat yang bermaksud Lelaki tua dan perempuan tua apabila kedua-duanya berzina maka rejamlah kedua-duanya . Ayat tersebut tidak terdapat dalam alQuran tetapi hukumnya di amalkan.

TOIK 9 : MUHKAM DAN MUTASYABIH

1. Takrif Muhkam dan Mutasyabih : i. Ulamak khilaf beberapa pendapat : a) Muhkam bermakna petunjuk ayat yang jelas dan tidak mungkin ia nasakh. Mutasyabih makna uia tersembunyi tanpa di ketahui samada aqal atau pun naqli. Ia adalah apa

yang tersimpan dalam ilmu Allah seperti berlakunya kiamat, huruf muqataah. ii. Muhlakam adalah apa yang diketahui kehendaknya samada secara zahir atau takwil. Mutasyabih adalah tersembunyi dalam ilmu Allah seperti kiamat, keluar dajjal, huruf di petrmukaan sdurah. iii. Muhkanm ialah apa yang memadai dalam memenuhi tanpa memerlukan keterangan lain. Mutasyabih pula yang tidak memadai dengan ayat tersebut dan memerlukan kepada keterangan. 2. Pembahagian Mutasyabih : Punca mutasyabih ialah kesamaran makna dalam lafaz atau kesamaran dalam makna atau kesamaran makna dan lafaz. i. Mutasyabih dalam lafaz : Mufrad dan Murakkab a) Mufrad berlaku dari sudut pengunaan kalimah yang maknanya pelbagai contohnya : contoh tasyabbuh dalam murakkab : ii. Tasayabuh dari sudut makna : Contoh ayat al-Quran yang menyebut tenmtang sifat Allah, ayat tentang hari kiamat dll. iii. Tasayabuh dari sudut lafaz contohnya amat banyak antaranya : 3. Hikmat Ayat Mutasyabih : i. Manusdia mampu mencapai dan mengetahui mutasyabih melalui kajian dan pembelajaran. ii. Hanya di ketahui di kalangan ulamak iii. Sebagai ujian dan cubaan terhadap kekuatan umat Islam . iv. Menggambarkan kekurangan dan kedhaifan manusia . Sebanyak dan sesungguh mana pun usaha manusia masih terdapat kekurangan dan kelemahan. v. Mendorong usaha-usaha mempelajari pelbagai ilmu pengetahuan. 4. Hikmat ayat muhkamat : i. Menjadi rahmat kepada umat Islam . kerahmatan ini jelas kepada orang yang tidak memunyai kemampuan bahasa Arab yang tinggi. ii. Mudah melaksanakan perintah : Susulan daripada faedah petama mereka juga mudah melaksanakan apa sahaja kehendak melalui ayat yang sudah jelas maksudnya. iii. Mndorong manusia memahami dan menghayati perintah al-Quran : Dengan adanya ayat muhkamat mendorong mereka untuk cuba memahami kehendak-kehendak al-Quran dan terus mengamalkan kandungannya. iv. Memudahkan belajar isi al-Qyran : Kearana ayat jelas dan terang dan lafaz-lafaznya mudah di fahami. TOPIK 10 : AL QURAN DALAM PELBAGAI ISU

1. Pengertian Fawatih As Suwar : i. Dari segi bahasa : kalimah fawatih adalah jama bagi fatihah yang membnawamaksud permulaan sesuatu atau pembulaan. Manakala

kalimah Suwar adalah jamak bagi surah yang membawa maksud kumpulan ayat-ayat al-Quran yang mempunyai pembukaan dan potongan. 2. Pembahagian Fawatih As Suwar kepada beberapa kategori : i. Pertama : Pdembukaan surah dengan puji-pujian (al-Thana) : kategori ini terbina daripembukaan surah-surah yang bermula dengan puji-pujian terhadap kebesaran allah dan keagongannya . Contoh ayat : ii. Pembukaan surah dengan huruf Hijaiyyah : atau al-Huruf al Tahajji terdapat 29 surah yang di mulai dengan huruf al Tahajji Contoh : iii. Pembukaan surah dengan kata seru (An Nida) : Skop ketiga ini menjelaskan permulaan surah-surah yang di buka dengan kata seru yang ditujukan kepada dua pengkhususan a) kata yang khusus di tujukan kepada Nabi Muhammad terdiri dali lima ayat . contohnya : b) kata-kata seru yang ditujukan kepada manusia contohnya : iv. Dan lain-lain lagi. 3. Pengertian Al Qasm : i. Al-Qasm adalah kalimah bahasa Arab yang bermaksud sumpah. Asasnya , bentuk sumpah atau qasam tersebut adalah dimulai dengan lafaz aku bersumpah diikuti dengan kalimah Ba yang bermaksud dengan dan dikuti pula engan perkara atau benda yang hendak disumpah . Contohnya : 4. Pembahagian Qasm dalam al-Quran : i. Secara zahir : bermaksud jelas penggunaan fil al Qasm dan perkara yang duisumpah. Adakalanya di buang fil al-Qasm dan cukup sekadar dimulakan huruf al jarr seperti huruf ba wau dan ta contoh : ii. Secara tersembunyi : Bermaksud tidak jelas di dalamnya penggunaan fiil al qasm dan juga perkara yang disumpah samada ia menggunakan al Lam al muakkadah contoh : SEKIAN. Di sedia dan disusun oleh : Us Haji Ahmad Mohd. Salleh.

You might also like