You are on page 1of 8

PROSEDUR PENGESAHAN MURID BERKEPERLUAN KHAS. 1.0 PENGENALAN 1.

1 Pelaksanaan Program Saringan Literasi dan Numerasi (LINUS), NKRA telah dilaksanakan di semua sekolah rendah kerajaan dan bantuan kerajaan mulai bulan Januari tahun 2010 yang melibatkan murid Tahun Satu (kohort 1) 2010. Murid yang tidak menguasai konstruk 1 dan 2 dalam saringan 3 disaring sekali lagi menggunakan Instrumen Pengesanan Murid Bermasalah Dalam Pembelajaran (IPMBDM) dan Instrumen Saringan Disleksia (ISD) bagi mendapat pengesahan Pegawai Perubatan dan seterusnyamenempatkan murid berdasarkan keperluan pembelajaran.

1.2

2.0

TUJUAN Panduan ini dihasilkanuntuk membantu Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan Guru besar melaksanakan proses pengesahan murid berkeperluan Khas oleh pegawai perubatan.

3.0

PROSEDUR PENGESAHAN PERUBATAN 3.1

MURID

BERKEPERLUAN

KHAS

OLEH

PEGAWAI

Dalam melaksanakan pengesahan murid berkeperluan khas oleh Pegawai Perubatan dan semua pihak yang terlibat perlu mematuhi prosedur seperti yang digariskan dibawah: i. Ibu bapa/penjaga perlu membawa bersama keputusan saringan IPMBDM dan ISD semasa temu janji dengan pegawai perubatan. ii. Ibu bapa/penjaga perlu menanda tangani borang BPKh01 dan membawa bersama semasa temu janji dengan pegawai perubatan. (Kes Khas dan Berkelompok) iii. Borang BPKh02 hendaklah diisi oleh pihak sekolah dan diserahkan kepada ibu bapa/penjaga untuk dibawa bersama semasa temu janji dengan pegawai perubatan (kes Khas atau Berkelompok) Carta Aliran berikut merupakan penjelasan tentang prosedur yang perlu diikut oleh PPD, Guru Besar dan ibubapa.

3.2

PROSEDUR PENGESAHAN MURID BERKEPERLUAN KHAS OLEH PEGAWAI PERUBATAN DAN PENEMPATAN MURID KES KHAS 1
1. Mula

BERKELOMPOK
1. Mula

2. Pihak sekolah menghantar nama murid yang dikesan mempunyai ciri-ciri berkeperluan khas dengan menggunakan IPMBDM dan ISD ke PPD 3. PPD menyelaras senarai nama murid yang diterima daripada sekolah bagi tujuan penyelarasan temu janji dengan klinik kesihatan. 4. PPD menyerahkan senarai nama murid yang mempunyai ciri-ciri berkeperluan khas kepada klinik kesihatan yang dikenal pasti. 5. Klinik kesihatan menyelaras tarikh temu janji dengan pegawai perubatan dan menghantar semula senarai temu janji kepada PPD. 6. PPD memanjangkan senarai temu janji tersebut kepada sekolah. 7. Pihak sekolah memaklumkan kepada ibu bapa/penjaga tarikh temu janji dengan pegawai perubatan di klinik yang ditetapkan. 8. Ibu bapa/penjaga membawa murid untuk pemeriksaan pada tarikh dan klinik/hospital yang tetapkan dan membawa bersama keputusan IPMBDP dan ISD, surat BPKh01 dan BPKh02.

2. Pihak sekolah menghantar nama murid yang dikesan mempunyai ciri-ciri berkeperluan khas dengan menggunakan IPMBDM dan ISD ke PPD 3. PPD menyelaras senarai nama murid yang diterima daripada sekolah bagi tujuan penyelarasan temu janji dengan Panel Pelbagai Displin 4. PPD sebagai urusetia Panel Pelbagai Displin akan berbincang dengan agensi terlibat untuk menentukan tarikh pemerikasaan secara berkelompok. 5. PPD menyelaras tempat untuk pemeriksaan secara berkelompok yang melibatkan Panel Pelbagai Displin.

6. PPD memanjangkan senarai temu janji tersebut kepada sekolah. 7. Pihak sekolah memaklumkan kepada ibu bapa/penjaga tarikh temu janji pemeriksaan secara berkelompok.

8. Ibu bapa/penjaga membawa murid untuk pemeriksaan pada tarikh dan tempat yang tetapkan dengan membawa bersama keputusan IPMBDP dan ISD, surat BPKh01 dan BPKh02.

9. Pegawai Perubatan membuat pengesahan dan memaklumkan keputusan kepada ibu bapa/penjaga.

9. Panel Pelbagai Displin membuat pemeriksaan dan pengesahan. (Jika panel tidak dapat membuat keputusan, murid akan dirujuk ke pakar yang berkaitan) 10. Jika murid disahkan sebagai murid berkeperluan khas, PPD akan membuat penempatan ke Program Pendidikan Khas. 11. Penempatan murid ke Program Pendidikan Khas akan dibuat 2 kali setahun (Januari / Jun). Pengecualian akan diberi kepada kes-kes khas.

10

10. Ibu bapa/penjaga memanjangkan keputusan pengesahan pegawai perubatan kepada pihak sekolah.

11

11. Sekolah memanjangkan keputusan pengesahan kepada PPD untuk dibuat penempatan murid. (Penempatan murid ke Program Pendidikan Khas akan dibuat 2 kali setahun (Januari / Jun). Pengecualian akan diberi kepada kes-kes khas.)

12

12. Tamat

12. Tamat

4.0

PANEL PELBAGAI DISPLIN Panel Pelbagai Displin hendaklah ditubuhkan diperingkat Negeri dan Daerah. Panel ini bertanggungjawab dalam menentukan dan membuat keputusan mengenai murid berkeperluan khas. Panel ini akan bertanggungjawab mengesahkan mana-mana kes pengesahan yang dibuat oleh Pegawai / Pakar Perubatan Swasta bagi murid yang disahkan mempunyai masalah pembelajaran. Panel peringkat negeri di urusetiakan oleh Jabatan Pelajaran Johor dan di peringkat daerah oleh Pejabat Pelajaran Daerah. Ahli dalam panel ini adalah bolehlah terdiri daripada kalangan berikut:4.1 Pegawai di JPNJ / PPD 4.2 Pegawai Perubatan dari Jabatan Kesihatan Negeri / Daerah 4.3 Pegawai Perubatan dari Hospital / Klinik 4.4 Pegawai Kebajikan Masyarakat Negeri / Daerah 4.5 Guru Pendidikan Khas 4.6 Guru Pemulihan 4.7 Individu atau Institusi yang dikenal pasti

5.0

FUNGSI PANEL 5.1 Panel Pelbagai Disiplin Peringkat Negeri:5.1.1 Menentukan pelaksanaan dasar dijalankan mengikut prosedur dan takwim yang ditetapkan. 5.1.2 Menentukan mana-mana prosedur yang difikirkan sesuai untuk penambah baikkan pelaksanaan dasar. 5.1.3 Membuat keputusan yang dicadangkan oleh panel pelbagai disiplin di peringkat daerah. 5.1.4 Membuat keputusan mana-mana kes yang dirujuk oleh panel peringkat daerah.

5.2

Panel Pelbagai Disiplin Peringkat Daerah:5.2.1 Melaksanakan dasar mengikut prosedur dan takwim yang diarahkan. 5.2.2 Mengesah penerimaan dan penolakkan kes-kes murid yang diputuskan oleh pegawai / pakar perubatan swasta. 5.2.3 Merujuk mana-mana kes yang tidak dapat diputuskan di peringkat daerah kepada pakar perubatan atau panel peringkat negeri. 5.2.4 Mengumpul dan menganilisis data untuk dilaporkan ke peringkat negeri.

6.0

TANGGUNGJAWAB / TUGAS AHLI PANEL

AHLI Pejabat Pelajaran Daerah

PERINGKAT DAERAH - Urusetia Peringkat Daerah. - Mengumpul maklumat murid yang akan menjalani pemeriksaan. - Menentukan tarikh dan tempat pemeriksaan berdasarkan keputusan bersama dengan ahli panel. - Menempatkan murid yang disahkan oleh ahli panel ke sekolah / Program Pendidikan Khas.

Kementerian Kesihatan Malaysia

- Membuat peperiksaan mengikut format pelaksanaan pemeriksaan yang telah ditentukan. - Menentu dan mengesahkan status murid.

Jabatan Kebajikan Masyarakat

- Boleh mengeluarkan kad OKU setelah disahkan oleh ahli panel yang di dalamnya dianggotai oleh pengamal perubatan . - Boleh membatalkan kad OKU setelah dirujuk oleh ahli panel yang di dalamnya dianggotai oleh pengamal perubatan

Guru Pendidikan Khas

- Melaksanakan pemeriksaan awal murid yang ada ciri-ciri masalah pembelajaran. - Memberi pandangan tentang status murid yang dirujuk sebelum ahli panel membuat keputusan.

Guru Pemulihan

- Melaksanakan pemeriksaan awal murid yang ada ciri-ciri masalah pembelajaran. - Memberi pandangan tentang status murid yang dirujuk sebelum ahli panel membuat keputusan.

7.0

TAKWIM PELAKSANAAN

BULAN/ PERKARA

JAN

FEB

MAC

APR

MEI

JUN

JUL OGS SEPT OKT NOV DIS

Proses mengesan murid oleh pihak sekolah

Penyerahan data murid ke PPD dan menentukan tarikh dan tempat pemeriksaan

Pemeriksaan secara berkelompok

Pengeluaran Surat Penempatan ke Program Pendidikan Khas *2013 Penempatan murid ke Program Pendidikan Khas

8.0

KES KHAS dan BERKELOMPOK Kes Khas adalah dikategorikan kepada murid yang mempunyai masalah penglihatan, pendengaran dan terencat akal. Berkelompok adalah dikategorikan kepada murid yang mempunyai masalah pembelajaran. Walau bagaimanapun murid yang ada penglihatan, pendengaran dan terencat akal juga boleh terlibat sama.

9.0

PENUTUP Panduan ini dapat membantu semua pihak untuk mengenal pasti murid-murid yang mempunyai ciri-ciri berkeperluan khas bagi tujuan pengesahan Pegawai Perubatan. Melalui proses ini muriddapatditempatkan di progaram yang sesuai bagi membolehkan mereka mengikuti pembelajaran mengikut keperluan dan tahap kemampuan mereka.

BPKh 01

Nama Ibu bapa / Penjaga: Alamat: No. Telefon: Tarikh:

Guru Besar, Sekolah................................................ Tuan, KEBENARAN IBU BAPA / PENJAGA BAGI PEMERIKSAAN PERUBATAN ANAK Dengan sukacitanya saya merujuk perkara di atas. 2. Setelah berbincang dan mendapat nasihat serta pandangan dari pihak sekolah, saya dengan ikhlas membenarkan anak saya / anak di bawah jagaan saya

rela hati dan secara

........................................................... No. Sijil Kelahiran............................. tahun ................menjalani pemeriksaan perubatan.

3.

Saya faham dan bersetuju bahawa saya tidak akan mengambil apa-apa tindakan undang-

undang terhadap mana-mana pihak berkenaan dengan perkara ini. Saya faham bahawa pemeriksaan perubatan ini penting bagi masa depan anak / anak di bawah jagaan saya. Sekian, terima kasih.

Yang benar,

....................................... Nama Ibu bapa/penjaga: No. Kad Pengenalan: Tarikh:

BPKh 02 Guru Besar Sekolah

Rujukan sekolah : Tarikh:

Pegawai Perubatan, Hospital / Klinik.........................................

Tuan, PEMERIKSAAN PERUBATAN Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Berhubung dengan perkara di atas, pihak kami memohon jasa baik tuan bagi mendapatkan ke atas pembawa surat ini iaitu

kemudahan untuk menjalani pemeriksaan perubatan

............................................................... No. Sijil Kelahiran ............................... Tahun .......................... 3. Saya memohon jasa baik tuan agar segala butiran dan hasil pemeriksaan dapat dikembalikan

kepada pihak kami untuk tindakan selanjutnya. Sekian, terima kasih.

Saya yang menurut perintah,

............................................. Guru Besar s.k. PPD. Ibu bapa/ penjaga

You might also like