P. 1
pim3101-tajuk 4

pim3101-tajuk 4

|Views: 151|Likes:
Published by Aishah Nadhirah

More info:

Published by: Aishah Nadhirah on Mar 24, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/08/2012

pdf

text

original

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR

)

TAJUK 4

Analisa Perbandingan Kurikulum Lama dan Kurikulum Baru Pendidikan Islam Sekolah Rendah.

4.0

Sinopsis

Semoga anda terus bersemangat untuk mengkaji dan memahami isi pelajaran dalam topik-topik berikutnya. Dalam tajuk ini, beberapa aspek penting yang membincangkan mengenai konsep, matlamat dan falsafah Pendidikan Islam. Perkara-perkara tersebut telah menjadi kerangka utama dalam penggubalan kurikulum Pendidikan Islam samada Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) dan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR). Kurikulum Pendidikan Islam di Malaysia telah melalui beberapa fasa pemantapan dan penambahbaikan. Selaras dengan perkembangan sains dan teknologi, menggalakkan budaya kreatif dan inovatif, kurikulum Pendidikan Islam terus dimantapkan melalui KSSR (Kurikulum Standart Sekolah Rendah). 4.1 Hasil pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, pelajar-pelajar diharapkan dapat: i ii iii iv 4.2 Menghuraikan konsep, matlamat dan falsafah Pendidikan Islam. Menjelaskan skop dan bidang kurikulum Pendidikan Islam. Menganalisis kandungan kurikulum lama dan kurikulum baru Pendidikan Islam. Mengenal pasti elemen-elemen penambaikan yang terdapat di dalam kurikulum. Kerangka Tajuk

KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM

KLSR

KBSR

KSSR

37

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

4.3 Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) dan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)

4.3.1 Pengenalan Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) mula dilaksanakan sejak Negara mencapai kemerdekaan. Pada tahun 1960, sebuah Jawatankuasa Penyemak Mata pelajaran telah dibentuk yang dikenali sebagai Laporan Rahman Talib. Jawatankuasa ini diketuai oleh Menteri Pelajaran ketika itu, iaitu Abdul Rahman Talib. Jawatankuasa ini ditubuhkan bertujuan untuk mengkaji semula polisi pendidikan kebangsaan sebagaimana yang telah dicadangkan dalam Laporan Razak yang dibuat pada tahun 1956 dan dasar pendidikan awal sebelum itu iaitu Ordinan Pelajaran 1957. Laporan Rahman Talib telah mencadangkan beberapa aspek pendidikan. Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar utama di setiap sekolah termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil. Laporan Rahman Talib ini kemudiannya dibentangkan di Parlimen dan diluluskan yang mana kemudiannya dikuatkuasakan dalam Akta Pelajaran 1961. Sejak itu,

perkembangan pendidikan kebangsaan selanjutnya adalah berdasarkan kepada polisi pendidikan kebangsaan yang tercatat dalam Akta Pelajaran 1961 ini.Seterusnya pada tahun 1966 Laporan Razak telah diperkenalkan. Sekolah umum menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, sementara sekolah jenis umum seperti sekolah Inggeris, sekolah Cina, dan Tamil boleh menggunakan bahasa pengantar masingmasing. Satu sukatan yang sama diwujudkan untuk semua sekolah.

Perkembangan sistem pendidikan negara pada tahun ini boleh dibahagikan kepada tiga tahap iaitu Tahap Pertama (1963 -1965), Tahap Kedua (1966-1970) dan Tahap Ketiga (1971-1975). Tahap pertama merupakan tahap perlaksanaan rancangan sistem pendidikan yang telah dikuatkuasakan dalam Akta Pelajaran 1961. Tahap kedua pula merupakan tahap perlaksanaan rancangan pendidikan di bawah Rancangan Malaysia Pertama. Ia digubal dengan tujuan untuk menyelesaikan masalah ekonomi dan sosial yang timbul dalam tempoh ini. Antara matlamat lain yang ingin dicapai ialah memperkukuhkan sistem pendidikan kebangsaan bagi memupuk perpaduan sosial, kebudayaan dan politik , menyediakan kemudahan pendidikan yang lebih bersistematik dan selesa kepada para pelajar, meningkatkan taraf pendidikan di seluruh negara serta melaksanakan pendemokrasian pendidikan tanpa mengira bangsa, kaum mahu pun

38

Guru lazimnya berdiri di hadapan bilik darjah dan meyampaikan pengajaran menggunakan kaedah dan strategi tertentu. Pelajar berada dalam keadaan pasif dan menerima apa sahaja yang disampaikan oleh guru.PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR) agama. Kerusi dan meja pelajar disusun sesuai dengan kaedah pengajaran yang lebih berpusat pada guru. Pelajar yang rendah. 4. 3. Perkembangan sistem pendidikan dalam tahap ketiga pula ialah merupakan pengubahsuaian sistem pelajaran dan latihan untuk memenuhi keperluan perkembangan ekonomi serta untuk menghasilkan lebih ramai pekerja mahir bagi melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB).bertubuh kecil dan kurang pengelihatan dan pendengaran ditempatkan di hadapan.3. Bilik darjah tradisi ini merupakan satu tempat bagi sekumpulan pelajar mengikuti pelajaran yang disampaikan oleh guru menggunakan kaedah keseluruhan kelas. Kerusi dan meja disusun mengikut baris demi baris. 5.3. Jarang mempraktikkan aktiviti berkumpulan 6. Di dalam bilik darjah jenis ini biasanya pelajar duduk mengikut susunan kerusi dan meja sebaris demi sebaris. 2. 4. 4. Terdapat juga kerusi dan meja guru serta papan hitam yang digantung dihadapan kelas. Perubahan-perubahan sistem pendidikan ini adalah akibat dari konflik perkauman yang tercetus pada 13 Mei 1969. Sistem pendidikan pada tahap ini dirancang supaya memberi sumbangan penting bagi menggalakkan perpaduan di kalangan rakyat berbilang bangsa. Cara pengajaran keseluruhan kelas merupakan kaedah mengajar utama di dalam bilik darjah.2 Pengurusan Bilik Darjah KLSR Bilik darjah tradisi digunakan di Negara kita untuk mendidik murid di bawah Kurikulum Lama Sekolah Rendah ( KLSR ) iaitu sebelum KBSR diperkenalkan.3 Ciri-ciri bilik darjah tradisi: 1. Kerajaan Malaysia terpaksa mengkaji semula matlamat matlamat pendidikan negara dan seterusnya merancang suatu sistem pendidikan yang lebih sesuai dengan harapan boleh menyatupadukan rakyat berbilang kaum dan dapat mengelakkan tragedi konflik perkauman itu daripada berulang kembali. 39 .

Tujuannya adalah bagi menjalankan pemulihan ketika murid tersebut berada dalam darjah enam. 3. Sementara itu. Aspek penilaian dibuat sepenuhnya berdasarkan peperiksaan bermula pada darjah tiga. mulai tahun 1967. Isi kandungan sukatan pelajaran kadangkala berulang dan tidak ada kaitan antara mata pelajaran atau antara darjah.PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR) 4. sistem pendidikan pada tahap ini berorientasikan kepada pembasmian buta huruf. Murid diuji untuk mengetahui kebolehan mereka untuk mengujarkan sesuatu huruf. Pengujian dalam aspek bacaan dititikberatkan mengikut kurikulum KLSR ini. Sukatan pelajaran mengandungi butiran yang terlalu banyak. peperiksaan Umum yang wujud pada masa ini ialah Peperiksaan Malayan Secondary School Entrance Examination (MSSEE). Mengikut kajian terhadap Kurikulum lama Sekolah Rendah (KLSR) yang telah dilaksanakan sejak merdeka. SPMV dan MCE. 2. Guru dan murid selalu terdsak menghabiskan sukatan pelajaran terutama apabila ada peperiksaan. jawatankuasa kabinet telah mengenalpasti beberapa kelemahan seperti:1. Ini membebankan dan membosankan murid. di mana kertas peperiksaan tersebut ditulis dengan menggunakan Bahasa Melayu dan sebagainya. Pada tahun 1973 ujian Diagnostik diperkenalkan pada Darjah 3 supaya kerja pemulihan dapat dilaksanakan awal. 40 . Ujian Penilaian Darjah Lima. SRP. Pengajaran dan pembelajaran selalunya berdasarkan buku teks.3.4 Pengujian dan Penilaian dalam KLSR Dalam aspek pengujian menurut Laporan Rahman Talib. Ini menghadkan penggunaan teknik dan bahan pengajaran lain yang lebih menarik dan berkesan. (1978). 4. Peperiksaan LCE juga telah dimansuhkan dan diganti dengan SRP. muridmurid dikehendaki menduduki peperiksaan Penilaian Darjah 5. Ujian Diagnostik darjah Tiga. Hal ini bertujuan untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum.Selain itu. Justeru. semua murid perlulah lulus dalam mata pelajaran Bahasa Melayu peperiksaan awam.

harmonis dan berakhlak mulia. iii. rohani. menulis dan memahami bahasa Inggeris selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua. 4. memperolehi ilmu pengetahuan dan berusaha menambahnya. xi. memahami. xii. xiii. v. viii.2 Objektif KBSR Bagi mencapai matlamat tersebut. 41 . menikmati dan menyertai aktiviti-aktiviti amal. iv. seimbang dan bersepadu. kesenian dan rekreasi dalam lingkungan kebudayaan nasional. membaca dan menulis dalam bahasa pengantar sekolah. menguasai kemahiran berfikir. emosi dan jasmani bagi melahirkan insan yang seimbang. menguasai kemahiran sainstifik dan teknikal. membaca.PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR) 4. menguasai bahasa Melayu sesuai dengan kedudukannya sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi negara. x. mempunyai pengetahuan. ii. menguasai kemahiran asas berbahasa iaitu bertutur.4. menguasai kemahiran belajar. meminati. Perkembangan ini meliputi aspekaspek intelek. ix. vii. vi. menguasai asas yang kukuh dalam kemahiran mengira dan menggunakannya dalam menyelesaikan masalah harian. minat serta kepekaan terhadap manusia dan alam sekitar. menguasai kemahiran serta membina minat dan sikap yang positif terhadap keusahawanan dan produktiviti. bertutur. kefahaman.4 4. membina daya kepimpinan dan daya keyakinan diri.1 Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) Matlamat KBSR Matlamat pendidikan sekolah rendah adalah untuk memastikan perkembangan potensi murid secara menyeluruh. pendidikan di peringkat rendah bertujuan untuk membolehkan untuk membolehkan murid: i. menjaga kesihatan dan kecergasan diri.4.

mengerjakan amal ibadat dan mengamalkan akhlak mulia. menguasai kemahiran membaca. Pendidikan yang sama untuk semua murid. mengembangkan bakat dan kreativiti. dan Pendidikan seumur hidup. dan mengamalkan sikap dan perlakuan yang berpandukan nilai murni yang menjadikannya asas bagi amalan hidup. menyakini asas-asas keimanan. xviii. Pendekatan Bersepadu. 4. xvii.3 Prinsip dan Ciri KBSR KBSR digubal berlandaskan prinsip-prinsip berikut yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan:i. membina semangat patriotisme. xvi. menghafaz dan memahami pengertian ayatayat tertentu dalam Al-Quran bagi murid Islam.PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR) xiv. iv. ii.4. Perkembangan individu secara menyeluruh. xv. iii. 42 . Rajah di bawah menjelaskan cirri-ciri yang menjadikan modus operasi pelaksanaan KBSR iaitu.

Alam Dan Manusia digantikan dengan Sains Dan Kajian Tempatan.PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR) 4. Antara objektif penting pembentukan KBSR yang perlu dicapai ialah yang pertama. Kandungan kurikulum itu masih sama seperti sebelumnya. Kajian yang telah dilakukan oleh Jawatankuasa Kabinet ini terhadap Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) yang telah dilaksanakan sejak merdeka tersebut mendapati bahawa terdapat beberapa kelemahan yang perlu diatasi. menulis dan mengira. 1983 .Pelaksanaan penuh di semua sekolah. Namun. Keduanya ialah dari segi sukatan pelajarannya yang terlalu banyak sehingga membosankan murid.4. Aspek kelima ialah aktiviti kokurikulum dijalankan secara berpisah dan tiada kaitan dengan kurikulum formal bilik darjah.4 Pelaksanaan KBSR 1982 . Justeru. 1988 – Falsafah Pendidikan Negara dinyatakan secara rasmi 1993 . Yang ketiga ialah guru dan murid terpaksa menghabiskan sukatan pelajaran apabila menjelang peperiksaan. Aspek keempat ialah pengajaran dan pembelajaran adalah menggunakan buku teks tanpa menggunakan sebarang bahan bantu lain. 43 . Antaranya termasuklah isi kandungan sukatan pelajaran yang berulang dan tidak mempunyai kaitan antara satu sama lain. Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia Sekolah Rendah 1983 dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah dengan jelas menyatakan bahawa di akhir program Bahasa Malaysia. Pada tahun 1993. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah telah dilancarkan sepenuhnya pada tahun 1983.Amalan perdagangan disisipkan dan diganti dengan Kemahiran Hidup. murid dapat menguasai dan menghargai Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan sebagai alat perpaduan dengan baik dan memuaskan. 1984 .Percubaan di 305 buah sekolah seluruh Malaysia. Perlaksanaan KBSR adalah susulan daripada perubahan yang dilakukan oleh Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Perlaksanaan Dasar Pelajaran yang dikeluarkan pada tahun 1979. Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukarkan kepada nama baharu iaitu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Rancangan KBSR juga telah menekankan penguasaan terhadap kemahiran asas 3M iaitu membaca . hanya perubahan nama sahaja yang berlaku.Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukar kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. 1994 .

bidang kemanusiaan dengan persekitaran dan bidang perkembangan diri individu. Mereka yang lemah akan diberikan pemulihan ataupun mengulangi pengajiannya. Cina. memahami budaya kaum lain. Bidang yang ketiga pula iaitu bidang perkembangan diri individu terdiri daripada komponen Kesenian dan Rekreasi yang mengandungi mata pelajaran Muzik. Nilai dan Sikap serta Komponen Kemanusiaan dengan Alam. Tamil dan Inggeris serta mata pelajaran Matematik. ia juga memberi tumpuan terhadap perkembangan individu secara menyeluruh yang meliputi aspek jasmani. Melalui aktiviti kokurikulum KBSR pula ianya meliputi aktiviti kelab. bakat. Justeru. mendisiplinkan diri. akhlak. Mata pelajaran yang mewakili bidang ini ialah mata pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. nilai-nilai estetika dan sosial selaras dengan falsafah dan dasar pendidikan negara iaitu untuk membangunkan negara dan menyemai perpaduan kaum yang kukuh serta integrasi nasional melalui sistem pendidikan yang tersusun dan bersistematik.nilai murni ini adalah penting dalam pemupukan individu ke arah mencapai integrasi nasional. KBSR dibahagikan kepada tiga bidang asas iaitu bidang komunikasi. rohani.rakan yang berlain agama dan budaya. Aspek pengajaran nilai-nilai murni dan kewarganegaraan juga turut ditekankan berbanding KLSR sebelum ini. Di samping itu juga. Pengajaran mata pelajaran moral dan Pendidikan Islam pula menjadi unsur kesepaduan dalam pengajaran. intelek dan sosial (JERIS). serta dapat mengamalkan sikap toleransi dan kerjasama dengan rakan. persatuan. emosi. permainan serta unit beruniform. Bidang komunikasi pada asasnya terdiri daripada komponen Kemahiran Asas yang mengandungi mata pelajaran Bahasa iaitu Bahasa Melayu. 44 . Bidang Kemanusiaan dan Alam Sekitar pula terbahagi kepada dua komponen iaitu Kerohanian. maka jelaslah bahawa matlamat pendidikan KBSR di sekolah rendah untuk memastikan perkembangan murid secara menyeluruh dari aspek intelek. emosi. penerapan nilai. rohani.PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR) murid seharusnya boleh menulis karangan dan surat kiriman yang tepat dengan maksud dan tajuknya serta memahami dan boleh mengisi borangborang yang sesuai untuk keperluan seharian. bukannya terletak pada guru agama sahaja. Murid-murid dapat berinteraksi dengan pelbagai kaum. Berdasarkan perkara yang berkaitan di atas. Pendidikan Seni dan Pendidikan Jasmani. jasmani.

Kerap melaksanakan interaksi antara guru dengan pelajar dan pelajar dengan pelajar vi. Dari segi strategi pengajaran. Dari segi susunan fizikal. Selain itu bahan pengajaran dan hasil pembelajran juga diletakkan di ruang tersebut. Kerusi dan meja pelajar disusun mengikut kumpulan ii. kerusi dan meja pelajar disusun mengikut kaedah kumpulan. 45 . Hal ini menimbulkan suasana bilik darjah yang menarik dan merangsang proses pengajran dan pembelajaran. Berikut dirumuskan cirri-ciri bilik darjah dalam KBSR.di dalam bilik darjah KBSR disediakan ruang pembelajaran untuk memudahkan pelajar menjalankan aktiviti pembelajaran. i. Menggalakkan penglibatan pelajar secara aktif iv. Pelajar sentiasa berada dalam keadaan aktif. Dari segi bentuk dan kemudahan. Bilik darjah jenis ini mempunyai perbezaan yang begitu ketara jika dibandingkan dengan bilik darjah tradisi.5 Pengurusan Bilik Darjah KBSR Bilik darjah KBSR telah diperkenalkan di Negara kita pada tahun 1982 di beberapa buah sekolah rendah sebagai percubaan manakala bilik darjah KBSM pula diperkenalkan apabila pelajar dari sekolah rendah tadi meneruskan pengajian ke sekolah menengah pada tahun 1988. Pelajar dibahagikan mengikut kumpulan tertentu berdasarkan kobolehan tersendiri.PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR) 4. iii.4. Menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar v. Ini kerana program KBSR menekankan aktiviti pembelajaran secara berkumpulan dan interaksi antara guru dengan pelajar serta pelajar dengan pelajar sangat ditekankan. Hasil kerja yang dipamerkan memperlihatkan suasan pembelajaran yang kondusif vii.pendekatan yang digunakan lebih bersifat berpusatkan pelajar dan pengelibatan mereka secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat digalakkan.

6 Fokus dan Struktur KBSR KBSR mempunyai dua tahap iaitu. iv.4. kurikulum ini memberikan kenaikan darjah secara automatik tetapi murid yang lemah diberi peluang untuk mengulang darjah atau mengikuti kelas pemulihan yang dijalankan. Penilaian formatif pula ialah penilaian yang dijalankan secara berterusan seperti kuiz dan soal-jawab. bertutur.5 Pengujian dan Penilaian dalam KBSR Ujian Diagnostik Darjah 3 telah digantikan dengan Penilaian Tahap Satu (PTS) yang dapat dijalankan selama tiga tahun sebelum dimansuhkan. Antara jenis ujian lain yang terdapat dalam kurikulum baru ialah Penilaian Menengah Rendah(PMR) pada tingkatan tiga. 46 . Daripada aspek penilaian pula. Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) atau Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia(SPVM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia(STPM). Dari aspek bentuk penilaian yang dilaksanakan guru adalah secara formatif dan sumatif. Penguasaan kemahiran asas berbahasa(mendengar. membaca dan menulis) ii. tahun 6. Contohnya adalah seperti ujian akhir tahun. Aspek penilaian dalam KBSR pula menekankan penguasaan tiga kemahiran yang perlu dikuasai dan diuji iaitu kemahiran lisan. Penilaian sumatif ialah penilaian yang dijalankan di akhir sesuatu matapelajaran. Menyedari dan memahami norma dan nilai murni masyarakat. dan kemahiran menulis. Penguasaan nombor dan operasi asas mengira Mengenal huruf serta membaca.4. Murid yang tidak dapat menguasai kemahiran ini akan diberikan pemulihan. menhafaz dan menghayati ayat-ayat Al-Quran. 4. iii. Penilaian Darjah 5 pula telah digantikan dengan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) untuk murid-murid KBSR.PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR) 4. Fokus Tahap I i. kemahiran membaca. dan ujian bulanan.

Manusia dengan Persekitaran. iii. Komponen-komponen tersebut ialah:i. v. Kemahiran Asas. dan Kokurikulum 4. ii. iv. iii. memahami dan menghayati pengajaran Al-Quran. oleh yang demikian. Jadi. menghafaz. Kesenian dan Kesihatan.4.Membaca. ii. vi. Pengukuhan kemahiran asas berbahasa. Manusia dan Alam Kelilingnya. Pengukuhan kemahiran asas operasi matematik dan penyelesaian masalah. v. ii. Membaca. Pemerolehan pengetahuan dan kemahiran-kemahiran lain Kemahiran Belajar serta Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif. iv. Menghayati dan mengamalkan nilai-nilai Struktur KBSR terdiri daripada tiga bidang iaitu:i. Komunikasi. Laporan 47 .7 Kekuatan dan Kelemahan KBSR Matlamat kurikulum baru Sekolah Rendah adalah untuk memberikan pendidikan yang menyeluruh kepada murid-murid. dan Perkembangan Diri Individu.kemahiran belajar dan perkembangan sahsiah. Satu kajian tentang penilaian pencapaian KBSR ini yang telah dijalankan oleh Kementerian Pendidikan dengan Universiti Sains Malaysia pada tahun 1982. kejayaan KBSR ini dapat dilihat dari segi aspek pencapaian 3M . iii.PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR) Fokus Tahap II i. nilai dan sikap Kemahiran Hidup. Menulis dan Mengira . vi. Kerohanian. Tiga bidang tersebut dibahagi pula kepada enam komponen yang menjadi teras kepada struktur KBSR.

bakat dan kebolehan. Ini adalah dengan tujuan supaya kelemahan tidak terkumpul dan langkah-langkah pemulihan dapat dijalankan dengan serta-merta. Melalui temuramah dengan guru-guru KBSR. Selain daripada itu mereka boleh berinteraksi sesama sendiri . Program pemulihan dan pengayaan dijalankan untuk mengambil kira bahawa murid berbeza dari segi pengalaman. Sebilangan besar murid juga telah menguasai kemahiran belajar yang lebih kompleks lagi seperti mengenal idea-idea utama dan membuat rumusan Dari segi perkembangan sahsiah. KBSR telah menimbulkan kesan yang positif terutama dari segi murid. kumpulan. bekerjasama dan bertolak ansur. Jadi. satu lagi kajian "Projek Inspire" yang menilai tentang pencapaian KBSR bagi murid-murid di luar bandar telah dijalankan. Projek Inspire ini adalah kajian yang berterusan mengenai penggunaan alat Bantu mengajar . tingkah-laku. Penilaian yang telah dijalankan yang menunjukkan bahawa pencapaian murid KBSR dalam Bahasa Malaysia. Fasa II telah dibentangkan pada tahun 1990. berbincang dan mengeluarkan pendapat . KBSR juga telah menegaskan bahawa aspek penilaian adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran dan hendaklah dijalankan berterusan. kepelbagaian aktiviti serta penglibatan semua murid dalam aktiviti yang berkenaan telah menghasilkan muridmurid yang lebih berminat dalam pembelajaran. Murid-murid KBSR berjaya menguasai kemahiran belajar yang raudah seperti menyoal. 48 . gerakerja kumpulan khasnya pula dapat menanamkan sifat-sifat kepimpinan dan bekerjasama di kalangan murid-murid. Budaya membaca juga memuaskan. Cadangan pengelolaan pengajaran seperti kaedah kelas.PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR) Fasa I (1988) kajian tersebut menunjukkan bahawa taraf penguasaan murid-murid dalam 3M ini adalah lebih tinggi apabila dibandingkan dengan murid-murid yang mengikuti kurikulum lama. Penekanan KBSR ke atas pengajaran yang berpusatkan kepada murid. rakan sebaya dan individu serta penggunaan berbagai jenis bahan telah dapat memberi kepelbagaian dalam teknik pengajaran dan pembelajaran. adalah didapati bahawa golongan muridmurid yang tahu membaca adalah lebih ramai daripada dalam KLSR dan mereka membaca lebih pantas daripada murid-murid dalam KLSR. murid-murid KBSR juga didapati lebih berani bercakap dan yakin-dan menunjukkan minat dalam pembelajaran mereka. Laporan kajian penilaian pencapaian KBSR. amalan kecenderungan.

berketrampilan. bukannya bersifat menyampaikan ilmu pengetahuan. kemahiran dan nilai tidak tercapai sepenuhnya melalui proses P&P di bilik darjah. Ini secara langsung mengurangkan keberkesanan usaha ke arah membangunkan insan yang berilmu pengetahuan.  Gagasan ke 3 Ucapan Dasar Y. Maka kebanyakan proses P&P yang berlaku di bilik darjah lebih berupa proses menyediakan pelajar untuk peperiksaan. Perdana Menteri dalam Perhimpunan Agung UMNO 2006 – menuntut supaya pendidikan Negara memberi penekanan kepada :  Pembangunan modal insan  Penghasilan pelajar celik minda  Pembentukan warganegara yang menguasai ilmu.B. kemahiran dan kompetensi. kemahiran dan nilai yang perlu seperti mana dituntut oleh kurikulum mata pelajaran tersebut. Ini mengakibatkan kesepaduan pengetahuan.5 Pengenalan Kurikulum Standard Pendidikan Islam Sekolah Rendah Secara umumnya. Antara faktor yang mendorong kepada perkara ini ialah fokus berlebihan untuk mencapai gred kelulusan A dalam peperiksaan. menerap nilai  49 . berdaya saing. kemahiran dan maklumat  Program yang membangunkan akal manusia dalam melahirkan insan Ulul al-bab. 4. Matlamat – memastikan anak bangsa Malaysia dipupuk semangat menguasai ilmu pengetahuan. Teras ke 2 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan:   Dasar – membangunkan modal insan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran serta menghayati nilai-nilai murni. Kurikulum Standart Sekolah Rendah berteraskan kepada beberapa sandaran utama iaitu. Bahasa Cina dan Bahasa Tamil adalah lebih baik daripada murid-murid dalam KLSR.A. Kelemahan KBSR Beberapa prinsip KBSR tidak dilaksanakan dengan berkesan dalam proses P&P. Dari sumber-sumber pengesanan yang lain didapati juga murid KBSR lebih cekap dan lebih berdikari.PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR) Bahasa Inggeris. berkemahiran dan mempunyai jati diri bagi mememnuhi cirri-ciri modal insan cemerlang yang dihasratkan.

kandungan. kurikulum kebangsaan perlu dikaji semula bagi memastikan kurikulum yang holistik dan sentiasa releven bagi melahirkan modal insan yang seimbang yang dapat menangani cabaran semasa dan masa depan. bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah. organisasi. kaedah pentaksiran. pedagogi.PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR) Oleh itu.5. BENTUK BAHAN PENGURUSAN KURIKULUM ORGANISASI KSSR KANDUNGAN PENTAKSIRAN PEDAGOGI PERUNTUKAN MASA 50 . peruntukan masa. Berikut rentetan sejarah perkembangan kurikulum sekolah rendah seperti berikut. 1983 1993 2003 2011 - Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) KBSR (semakan) Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) 4.1 Transformasi Kurikulum Proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk.

Murid yang seimbang dari segi intelek. Antara kemahiran asas tersebut adalah seperti berikut:       Penguasaan kemahiran asas – membaca.2 CIRI MODAL INSAN (SEKOLAH RENDAH) Pada akhir peringkat pendidikan rendah. kreatif dan inovatif Kesedaran kesejahteraan diri (fizikal dan mental) Percaya kepada tuhan. murid perlu mempunyai kemahiran asas untuk kehidupan seharian.5. jasmani dan emosi: • Berilmu Pengetahuan • Berketrampilan • Percaya kepada Tuhan • Berakhlak Mulia • Berkeyakinan • ‘Independent learner’ ‘Global Player’: • Daya Saing • Daya Tahan • Kemahiran Berkomunikasi • Jati Diri Warga Negara Bertanggung jawab : • Berbudi • Bersatu padu • Patriotik • Adil • Penyayang • Berbakti Pekerja Berilmu: • Inovatif • Kreatif • Dahagakan Ilmu • Menguasai Kemahiran Teknologi Maklumat & Komunikasi • Creator of Technology • Belajar Sepanjang Hayat 4. menulis dan mengira Kemahiran menaakul.PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR) Hasrat Pendidikan         Falsafah Pendidikan Kebangsaan Cabaran Abad Ke-21 Dasar Pendidikan Kebangsaan Model Baru Ekonomi (MBE) Wawasan 2020 Teori Pembelajaran Rangka Rancangan Jangka Panjang 4 Tonggak dalam Pendidikan iaitu. berakhlak mulia dan amalan nilai murni Jati diri dan semangat patriotisme Memahami dan menghayati budaya nasional 51 . rohani.

Iban* Perhimpunan Jumlah 90 30 1380 30 1380 30 1380 60 30 60 60 30 60 60 30 60 52 .PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR) 4. Arab/B.3 Organisasi KSSR Tahap I dan Peruntukan Masa MASA DALAM SEMINGGU (MINIT) BIL MODUL SK SJKC SJKT MODUL TERAS ASAS 1 2 Bahasa Malaysia Bahasa Inggeris Bahasa Cina 3 Bahasa Tamil Pendidikan Islam 4 Pendidikan Moral 5 6 7 Pendidikan Jasmani Pendidikan Kesihatan Matematik 60 30 180 60 30 180 60 30 180 180 120 120 360 360 300 300 150 360 300 150 MODUL TERAS TEMA Dunia Seni Visual 8 Dunia Muzik Dunia Sains dan Teknologi MODUL ELEKTIF 9 BCSK/BTSK/B.5.

beramal soleh dan berakhlak mulia dengan menjadikan al-Quran dan al-Sunnah sebagai panduan dalam kehidupan seharian supaya menjadi hamba Allah yang berjaya didunia dan di akhirat.a.5.PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR) Bahan Kurikulum 1. vi. Memahami dan mengamalkan ibadat-ibadat asas fardu ‘ain dan fardu kifayah sebagai kewajipan umat Islam. v. Buku Teks • Berpendekatan Modular Namun begitu. Memahami dan meyakini asas-asas keimanan sebagai pegangan akidah dan benteng keagamaan. dalam konteks kurikulum Pendidikan Islam mempunyai matlamat dan kandungan yang digubal khusus bagi merelisasikan hasrat tersebut. 53 . Dokumen Kurikulum • • Standard Kandungan Standard Pembelajaran 2. 4. Memahami dan mengambil iktibar daripada sirah Rasulullah s. iii. bagi menanam rasa kecintaan kepada baginda.4 Matlamat Matlamat Pendidikan Islam sekolah rendah adalah untuk menghasilkan insan yang berilmu. vii. ii. Menghafaz surah-surah terpilih dari juzu’ amma untuk bacaan dalam solat dan ibadat harian. Membaca dan memahami hadis-hadis terpilih serta menghayati pengajarannya. Membaca al-Quran dengan betul dan bertajwid serta mengamalkan pembacaannya dalam kehidupan seharian. maksud beberapa surah yang dipelajari dan menghayati iv.5 Objektif Murid yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran kurikulum standard Pendidikan Islam sekolah rendah berkebolehan untuk: i. Perbincangan selanjutnya akan memfokuskan dalam konteks Pendidikan Islam. beriman.5. 4.w. Memahami pengajarannya.

Membaca dan menulis jawi serta mencintainya sebagai warisan budaya bangsa. Memahami dan mengamalkan adab serta menghayati nilai-nilai akhlak dalam kehidupan seharian. ibadah. Standard kandungan Pendidikan Islam Sekolah Rendah dibahagikan kepada enam modul iaitu: Modul al Quran Modul ini memberikan tumpuan kepada membaca al-Quran dengan betul. Pada akhir pembelajaran Pendidikan Islam sekolah rendah murid mampu memahami. hadis.t.w. pemantapan asas-asas akidah.5. pemahaman akidah yang sahih dan mengaplikasikan tuntutan akidah dalam kehidupan harian .w.5. Modul Hadis Modul ini memberikan tumpuan kepada memahami maksud hadis secara umum serta menghayati pengajarannya. mengamal dan menghayati tuntutan fardu ain dan fardu kifayah dalam kehidupan harian.a. fasih dan bertajwid. Modul Akidah Modul ini memberikan tumpuan kepada pembentukan akidah. 4. 54 .7 Organisasi Kandungan Pendidikan Islam Kurikulum Pendidikan Islam sekolah rendah dibangunkan dengan memberi penekanan pada standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu diketahui dan boleh dilakukan oleh murid. 4.PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR) viii. akhlak dan sirah Rasulullah s. dan ix.Fatihah dan surah tertentu daripada juzu’ Amma serta menghayati pengajarannya.6 Fokus Kurikulum standard Pendidikan Islam sekolah rendah memberi penekanan kepada kemahiran membaca al-Quran. menghafaz dan memahami surah al. sikap dan tanggungjawab terhadap Allah s. serta kemahiran jawi.

Tahniah.w dan mengambil iktibar daripadanya serta mengaplikasikan dalam kehidupan harian. Penetapan ilmu. persoalannya mengapa Standard diperlukan? Standart diperlukan bagi merealisasikan hasrat. manusia sesama manusia dan manusia dengan alam sekitar. Sebagai kesimpulan. Modul Jawi Modul ini memberikan tumpuan kepada kemahiran membaca dan menulis jawi serta mempelajari asas seni khat. Modul Sirah Modul ini memberikan tumpuan kepada memahami sirah Rasulullah s. dan melaksanakannya dalam kehidupan harian.w. Modul Adab Modul ini memberikan tumpuan kepada menghayati tatacara perhubungan manusia dengan Allah.a. kemahiran dan nilai yang perlu diukur dengan jelas. Mengatasi masalah murid keciciran dalam pembelajaran. 55 . kerana anda telah berjaya menamatkan pembelajaran unit ini dengan jayanya! . Pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah . Mengenal pasti strategi penambahbaikan (assessment for learning).PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR) Modul Ibadah Modul ini memberikan tumpuan kepada memahami dan menghayati cara beribadah yang ditentukan oleh Allah s.t. • • • • • Memastikan SEMUA murid melepasi standard yang ditetapkan.

huraikan perkaitan pendapat-pendapat tersebut dengan kurikulum Pendidikan Islam di Malaysia. Berasaskan pendapat-pendapat sarjana Islam mengenai matlamat pendidikan Islam. Kenal pasti elemen-elemen baru dalam Kurikulum Standart Sekolah Rendah (KSSR) dan cadangkan langkah-langkah pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran bagi merealisasikan hasrat tersebut. ii. Bina satu grafik banding beza bagi merumuskan analisa kandungan KLSR dan KBSR. 56 . Bincang dan kemukakan rasional dalam melaksanakan penambaikan dan pemantapan kurikulum Pendidikan Islam dari semasa ke semasa.PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR) LATIHAN & TUGASAN i. iv. iii.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->