You are on page 1of 13

Ketaksamaan Peluang Pendidikan di Malaysia Kepelbagaian kaum yang wujud didalam bilik darjah di Malaysia adalah satu gambaran

sebenar tentang kepelbagaian budaya dan bahasa dalam masyarakat. Kepelbagaian ini telah menimbulkan beberapa isu penting di dalam bilik darjah.

1.0

Pengenalan Sistem dan falsafah pendidikan telah lama bermula sejak zaman dahulu lagi.

Pendidikan dapat ditakrifkan sebagai satu aktiviti perkembangan dan penyuburan pemikiran dimana meliputi pendidikan formal dan pendidikan bukan formal. Pendidikan juga merupakan satu usaha sistematik yang disengajakan,yang dibuat oleh sesuatu masyarakat untuk menyampaikan pengetahuan, nilai, sikap dan kemahiran kepada ahlinya, usaha memperkembangkan potensi individu dan perubahan yang berlaku dalam diri manusia.. Manakala pendidikan pelbagai budaya atau kaum boleh dikatakan sebagai sebuah struktur pendidikan, komitmen, dan proses yang menggambarkan realiti budaya majmuk di Malaysia. Kepelbagaian kaum atau budaya kadang kala dilihat menjadi satu bentuk ketaksamaan peluang dalam pendidikan. Kepentingan pendidikan pelbagai budaya membantu dalam memahami budaya sesuatu kaum. Namun begitu masalah ketaksamaan peluang pendidikan di Malaysia masih memerlukan usaha yang lebih dan berterusan dalam menjamin pendidikan dapat diberi kepada semua rakyat.

2.0

Faktor- Faktor Berkaitan dengan Ketaksamaan Peluang Pendidikan Di Malaysia. Malaysia merupakan sebuah Negara yang lahir daripada kelompok masyarakat

yang berbilang etnik sepeti Melayu, Cina, India , kaum pribumi Sabah dan Sarawak serta masyrakat orang asli yang menjadi kaum minoriti. Oleh yang demikian, tidak dinafikan akan terdapatnya perbezaan dan kepelbagaian sosio-budaya. Sekiranya dilihat daripada sudut pendidikan, kepelbagaian sosio- budaya itu merangkumi skop yang lebih luas, bukan sahaja dilihat dari segi ras, etnik, dan adat budaya. Menurut Slavian ( 1997), kepelbagaian murid terdapat dalam tahap prestasi,kadar belajar,

gaya kognitif, etnik, budaya,, kelas sosial,, bahasa, jantina, bakat dan minat. Kepelbagaian antara murid ini akan memberi implikasi secara langsung terhadap guru dan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Konsep ketidaksamaan dapat ditakifkan sebagai satu pandangan, pemikiran dan kepercayaan negatif oleh seseorang atau sekelompok etnik terhadap anggota atau kelompok etnik lain. Diskriminasi dan ketaksamaan peluang pendidikan wujud sejak zaman dahulu dimana kelas sosial masyrakat dari sistem feudal muncul. Pada zaman sekarang, faktor kelas sosial yang mempengaruhi pencapaian akademik murid ialah seperti tahap ekonomi dan tahap kesihatan. Perbezaan antara murid miskin dan murid berada dapat dilihat dari segi kemudahan mendapatkan bahan-bahan rujukan, kemudahan untuk mendapatkan rawatan atau makanan berkhasiat. Murid berada tentunya akan memperolehi peluang yang jauh lebih baik. Selain itu,faktor kelas sosial seperti suasana tempat tinggal yang lengkap, struktur kekeluargaan juga memainkan peranan dalam pembentukan kelas sosial dalam masyarakat.

Faktor jantina juga memainkan peranan dalam ketaksamaan peluang pendidikan di Malaysia. Ini kerana, kebanyakkan murid perempuan dan lelaki lebih cenderung untuk memilih matapelajaran yang bersifat lebih kearah mereka. Seorang penyelidik, Aminah Ahmad ( 2000) menyatakan bahawa penglibatan wanita menggalakkan tetapi masih wujud segreagasi mengikut gender terutamanya dlam pendidikan sekolah menengah teknik atau vokasional, dan juga institusi pengajian tinggi seperti di politeknik. Selain daripada faktor kelas sosial dan jantina, terdapat juga faktor daripada kumpulan minoriti dan murid berkeperluan khas. Terdapat 2 kelompok yang dikatakan sebagai kumpulan minoriti didalam faktor ketaksamaan peluang pendidikan di Malaysia, kelompok yang pertama ialah dari kumpulan etnik dalam sesebuah masyrakat dimana kumpulan etnik ini mempunyai jumlah yang sangat kecil dan tidak mampu mempengaruhi kumpulan etnik yang lain. Mereka adalah kaum Siam, Baba dan Nyonya serta masyarakat pedalaman kaum Asli, Kadazan, Murut dan sebagainya. Mereka ini tidak menerima pendidikan formal malah sebaliknya melalui keturunan ibu bapa mereka sahaja. Kaum Siam contohnya, mengalami masalah untuk menghantar anak mereka ke sekolah kerana tiada sekolah yang khusus seperti SK, SKJC atau SKJT. Mereka hanya mempunyai pilihan untuk menghantar anak ke salah satu pilihan sekolah tersebut. Kelompok yang kedua ialah kumpulan minoriti di sekolah yang dikategorikan sebagai kumpulan yang bersifat negatif. Tingka laku mereka yang bermasalah boleh menggugat ketenteraman sekolah walaupun mereka dikategorikan sebagai kumpulan minoriti. Oleh yang demikian, pihak sekolah perlu menyediakan pelbagai alternatif lain supaya mereka ini tidak mengalami keciciran dalam proses pembelajaran di sekolah.

2.1

Isu-Isu Utama Berkaitan dengan Ketaksamaan Peluang Pendidikan Di Malaysia. Melihat kepada sejarah negara, pembangunan pendidikan di Malaysia pada

peringkat awal hanya tertumpu kepada pembinaan sekolah di kawasan bandar dan kawasan pertumbuhan ekonomi. Namun, pada masa yang sama, peluang pendidikan di kawasan luar bandar dan pedalaman amat terhad. Keadaan ini akhirnya telah menyebabkan wujudnya jurang dalam pendidikan, diantara lokasi, jenis sekolah, kaum, jantina, taraf sosioekonomi dan tahap keupayaan pelajar. Kadar keciciran pelajar telah dikaji secara serius berdasarkan Laporan Murad yang membuat kajian penuh keatas masalah keciciran pelajar. Pada tahun 2002, Ketua Pengarah Pendidikan mengumumkan seramai 90 000 orang pelajar tidak dapat meneruskan persekolahan. Setelah meneliti masalah tersebut, Kementerian Pelajaran Malaysia mendapati bahawa masalah kemiskinan, penceraian,dan ibu tunggal serta kesukaran menghantar ibu bapa di pedalaman untuk menghantar anak ke sekolah. Oleh yang demikian, Kemeterian Pelajaran Malaysia telah mengenalpasti beberapa jurang pendidikan yang membawa kepada ketaksamaan peluang pendidikan di Malaysia. Jurang yang utama ialah jurang diantara bandar dan luar bandar dimana ketaksamarataan dari segi penyediaan infrastruktur dan penempatan guru terutama di sekolah Orang Asli dan pedalaman. Jurang seterusnya ialah jurang digital iaitu perbezaan dari segi akses kepaada kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi dan jurang antara murid. Jurang ini ialah jurang antara tahap pencapaian murid dimana kelemaha murid dalam menguasai 3 M.

Seterusnya ialah jurang anatara pelajar normal dan pelajar berkeperluan khas dimana perbezaan penyediaan pelbagai kemudahan yang sesuai bagi pelajar berkeperluan khas. Namun begitu, isu yang utama dalam ketaksamaan peluang pendidikan ialah berkaitan dengan Orang Asli, Indigenous dan masyarakat pedalaman. Orang Asli merupakan masyarakat yang tinggal di dalam atau pinggir hutan. Menurut Rusli Zaenal, (2002), keserasian cara hidup yang berharmoni dengan alam sekitar membolehkan mereka mengetahui di mana tanah yang sesuai untuk bertani, hasil hutan yang bermanfaat dan cara pemeliharaan sepatutnya dibuat sebagai menghormati sumbangan alam kepada kehidupan mereka. Mereka disitu dirujuk sebagai Orang Asli. Hal ini menjadikan Orang Asli satu komuniti yang kaya dengan ilmu pengetahuan mengenai lama semulajadi. Namun begitu, kadar keciciran di kalangan murid Orang Asli dalam pendidikan adalah yang tertinggi. Ini terbukti apabila pada tahun 2006 , Jabatan Hal Ehwal Orang Asli mengeluarkan laporan yang menunjukkan seramai 24.31% murid Orang Asli yang tidak meneruskan persekolahan setelah tamat tahun enam. Masalah ini perlu ditangani bersama selaras dengan dasar pendemokrasian pendidikan yang bertujuan untuk memberi peluang kepada semua kanak-kanak mendapat peluang belajar yang sama rata. Masalah ini mempunyai kaitan dengan taraf sosioekonomi yang rendah dalam kalangan Orang Asli. Kemampuan ibu bapa Orang Asli terbatas untuk menghantar dan menyekolahkan anak-anak mereka kerana beranggapan mencari nafkah lebih menjadi keutamaan dari mendapatkan pendidikan. Taraf ekonomi yang rendah juga

menyebabkan kebanyakkan kanak-kanak Orang Asli menghadapi masalah kesihatan kerana tidak mendapat makanan yang seimbang. Selain itu,faktor infrastruktur dan prasarana yang kurang lengkap di kawasan tempat tinggal juga menyebabkan Orang Asli terpinggir dalam arus pendidikan. Kebanyakkan sekolah terletak di kawasan pedalaman yang tidak mempunyai kemudahan asas yang mencukupi sperti bekalan elektrik, bekalan air bersih dan sistem jalan raya yang hanya boleh dihubungi melalui jalan balak atau jalan ladang. Kekurangan kemudahan asas ini juga menyebabkan murid Orang Asli tidak berpeluang untuk belajar dalam keadaan yang selesa di dalam bilik darjah. Tambahan lagi, dalam aspek pendidikan, tiada persaingna yang sihat diantara mereka kerana kurangnya golongan bijak pandai dkalangan masyrakat Orang Asli. Kajian juga mendapati minat belajar dalam kalangan anak Orang Asli juga adalah rendah. Ini turut didorong oleh faktor persekitaran seperti ibu bapa yang kurang mengambil berat mengenai pelajaran anak-anak mereka. Oleh sebab itu, kebanyakan murid Orang Asli mudah patah semangat untuk menghadiri kelas disamping terpaksa berjalan jauh menerusi denai dan jalan becak serta berisiko berhadapan dengan haiwan buas dalam perjalanan ke sekolah. Menurut Pengarah Bahagian Pendidikan Khas, Bong Muk Shin, ibu bapa Orang Asli masih belum faham kepentingan pendidikan dan kesedaran untuk belajar juga rendah. Hubungan kekeluargaan masyarakat Orang Asli yang sangat rapat menjadikan murid-murid Orang Asli enggan ke sekolah memandangkan jarak sekolah yang jauh dan mereka terpaksa tinggal di asrama dan terpisah dengan keluarga. Malah, katanya

lagi, kebanyakkan pelajar perempuan tidak menyambung persekolahan ke peringkat menengah kerana biasanya akan dikahwinkan pada usia yang muda. Selain masyarakat Orang Asli yang mengalami masalah ketaksamaan peluang pendidikan, terdapat juga masyarakat lain yang turut mengalaminya iaitu masyarakat indigenous dan masyarakat pedalaman. Indigenous paling sesuai untuk ditafsir ialah peribumi dan mereka ini dilihat bersesuaian dengan keadaan dan sekeliling mereka. Oleh itu adalah jelas orang Melayu dan native di Sabah dan Sarawak adalah sama sebagai peribumi. Mereka ini terdiri daripada pelbagai kaum dan dibezakan dari segi kawasan tempat tinggal, ekonomi, sosial dan budaya. Masyarakat indigenous pula dirujuk sebgai kelompok masyarakat dan etnik yang tinggal jauh di pedalaman dan masih sukar menerima sebarang perubahan dunia luar.Mereka ini dikatakan masih taksub dengan kehidupan sistem masyarakat mereka. Ketaksamaan peluang pendidikan dikatakan berlaku di kalangan masyarakat indigenous kerana sistem pendidikan yang berkembang di Malaysia masih belum menyentuh sistem belajar asli masyakat tradisional. Masalah ini juga dikaitkan dengan sikap masyarakat indigenous yang masih belum bersedia sebarang perubahan dalam dunia pendidikan kerana berpegang kepada budaya hidup tradisional mereka. Sistem pendidikan di Malaysia dengan sistem belajar asli mempunyai perbezaan dan kurang dapat dikaitkan antara satu sama lain. Hal ini kerana penyataan sistem pendidikan nasional yang kurang member tumpuan tehadap kesinambungan antara kurikulum sekolah dengan budaya belajar yang mewarnai masyarakat tradisional. Sistem belajar asli masyarakat indigenous diwarisi secara turun temurun

yang berpandukan pengalaman merupakan satu proses pendidikan yang berbentuk manusiawi. Dikatakan berbentuk manusiawi kerana proses pendidikan itu disesuaikan dengn kudrat dan perkembangan manusia. Dalam sistem belajar asli, proses belajar seseorang akan mencakupi empat perkara iaitu manusia akan mengalami sesuatu secara nyata, memikirkannya secara konseptual, mengamati sesuatu sambil merenung, dan mencubakannya dalam situasi lain yang lebih luas. Hal ini sedikit berbeza dengan proses belajar di sekolah yang cenderung melakukan proses belajar secara deduktif iaitu proses yang dialami adalah pengetahuan konseptual dulu barulah mengalami pengalaman nyata. Berbeza dalam sistem belajar asli masyarakat indigenous. Dalam sistem belajar asli, masyarakat lebih memiliki kepekaan terhadap alam dan nilai-nilai budaya. Sekiranya masyarakat Orang Asli dan Indegenous mengalami ketaksamaan peluang pendidikan kerana amalan hidup dan perbezaan proses belajar, masyarakat pedalaman mengalami masalah ketaksamaan peluang pendidikan dari segi kekurangan tenaga pengajar yang pakar dan berpengalaman dalam satu-satu bidang. Hal yang demikian menyebabkan cara ataupun pendekatan yang digunakan oleh guru di dalam kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran menjadi tidak menarik. Kesannya, murid tidak berminat untuk belajar apatah lagi kebanyakan muridmurid di kawasan pedalaman terutamanya di Sabah dan Sarawak pada kebiasaanya akan menggunakan bahasa pertuturan kaum mereka sendiri. Oleh yang demikian, guru perlu belajar menguasai bahasa pertuturan satu-satu kaum agar apa yang

disampaikan semasa proses pengajaran dan pembelajaran difahami oleh anak

muridnya dan secara tidak langsung ia akan menarik minat untuk mereka belajar dan meningkatkan tahap pencapaian akademik mereka. Faktor yang kedua ialah dari segi pertumbuhan pusat urban yang lembab. Ia merujuk kepada kegagalan sesuatu kawasan itu untuk berkembang sebagai pusat penawaran khidmat perbandaran yang efektif. Sebagai contoh, kurangnya kemudahan awam seperti bekalan air, elektrik , pengangkutan serta kemudahan prasarana sekolah yang teruk. Apabila segala kesulitan ini dihadapi oleh murid-murid, secara tidak langsung ia menjadi sebagai satu halangan kepada murid-murid untuk pergi menuntut ilmu. Hal ini juga turut mengakibatkan murid-murid tidak berminat dan tertarik pergi ke sekolah untuk memajukan diri mereka sendiri. Di pedalaman, sesuatu kawasan itu yang mengalami pertumbuhan yang lembab memberi kesan kepada sistem pendidikan di kawasan berkenaan. Faktor yang ketiga pula ialah suasana persekitaran fizikal dan sosio budaya yang kurang merangsang.Ia merujuk kepada masyarakat pedalaman yang boleh dikatakan masih tebal dengan ciri-ciri penduduk desa, boleh dikatakan tidak berfikiran terbuka terutama dalam aspek pendidikan.Sebagai contoh, ibu bapa di kawasan pedalaman tidak mementingkan pelajaran anak-anak mereka. Hal ini berlaku kerana ibu bapa itu sendiri turut tidak berpendidikan ataupun tidak berpelajaran. Mereka lebih suka anakanak mereka melakukan aktiviti harian seperti menangkap ikan dan mencari hasil hutan.

3.0

Cara sebagai Seorang Guru untuk Menangani Isu-Isu Tersebut di dalam Bilik Darjah.

Menjadi tanggungjawab guru untuk menerapkan pendidikan nilai yang merangkumi nilai material dan bukan material mengikut acuan Malaysia. Ini penting bila murid keluar dari sistem persekolahan kelak, mereka mempunyai budaya Malaysia yang boleh diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat yang terdiri dari pelbagai kaum Untuk merealisasikannya, guru perlu menerapkan amalan-amalan berikut didalam bilik darjah.Bilik darjah yang kondusif merupakan bilik darjah yang dapat memberikan persekitaran yang membantu keinginan murid untuk belajar. Bukan sahaja bilik darjah dilengkapi dengan kemudahan asas, peranan guru dalam mengawal dan menguruskan bilik darjah juga penting terutama melibatkan percampuran murid dari pelbagai latar belakang. Guru perlu bijak memainkan peranan agar proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Semua guru yang mengajar di dalam kelas harus menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan bersikap professional. Ini boleh dibuktikan dengan guru perlulah mengajar tanpa membezakan bangsa murid yang terdapat di dalam kelas. Guru juga harus mengajar dengan tidak mengelompokkan murid mengikut kaum mereka tertentu sahaja. Contohnya ialah mengelaskan dan membuat kumpulan murid mengikut kaum sahaja seperti murid Melayu berkumpulan dengan kaum Melayu sahaja. Guru perlu mengambil langkah dengan setiap murid dari kaum yang berlainan dan jantina yang berbeza ditempatkan dalam satu kumpulan yang sama supaya peluang

untuk mereka berinteraksi terbuka luas. Selain dapat membuka peluang mereka untuk berinteraksi, langkah mencampurkan mereka dalam satu kumpulan sedikit sebanyak membantu mereka untuk mempelajari secar tidak langsung mengenai budaya kaum kaum lain. Sekiranya didalam kelas, terdapat perbezaan kelas sosial dikalangan murid, guru harus memberi perhatian dan bersifat lebih sensitif supaya murid yang datang dari kelas sosial yang rendah tidak berasa tersisih dan malu terhadap rakan mereka yang datang dari kelas sosial atasan. Guru harus bijak dalam menggalakkan murid murid untuk bergaul dengan bebas tanpa ada sekatan budaya. Guru juga dapat menerapkan nilai murni did lam kelas yangmempunyai perbezaan kelas sosial dengan

menggalakkan murid dari kelas atasan untuk saling membantu murid dari kelas sosial bawahan serta meningkatkan keyakinan diri murid kelas sosial bawahan. Sebagai seorang role model kepada murid, guru perlu peka terhadap amalan dan kepercayaan yang dipegang oleh murid. Guru perlu mengelakkan dari menyentuh atau mempertikaikan amalan kepercayaan murid. Ini penting sekiranya seorang guru itu mempunyai murid berketurunan Orang Asli yang mengamalkan amalan nenek moyang mereka. Guru perlu memikirkan dan merancang aktiviti pengajaran yang sesuai supaya mereka tidak tersinggung. Jika seseorang guru itu mempunyai murid yang mengamalkan pelbagai

kepercayaan, guru perlu mengelak dari menjadikan kepercayaan mereka itu sebagai contoh kerana dikhuatiri akan menjadi bahan ejekan murid lain. Oleh itu, guru perlu

mengetahui dan mengkaji latar belakang murid agar perancangan aktiviti pengajaran besesuaian dengan semua kepercayaan, nilai, dan agama murid. Guru harus bijak bertindak sekiranya berhadapan dengan situasi dimana

berlakunya pertelingkahan atau perselisihan faham antara murid yang melibatkan kaum yang berbeza atau berlainan kelas sosial atau berlainan jantina. Guru perlu mempunyai kemahiran untuk melihat masalah dari sudut pandangan yang berlainan, belajar berunding dan menjadi pengantara apabila konflik menjadi hangat kerana secara tidak langsung mewujudkan kerjasama dalam kehidupan dan pembelajaran di sekolah. Antara kemahiran lain untuk menanggani masalah perselihan faham ini ialah menyatakan pendirian guru, berunding antara pihak yang terlibat dan membuat keputusan berdasarkan persetujuan murid yang terlibat. Sifat guru yang adil ketika menanggani permasalahan ini membantu mengelakkan berlakunya ketidakpuasan hati terutama di kalangan murid yang berbeza kaum atau berbeza status kelas sosial. Tambahan lagi, penggunaan bahasa perlu dititik beratkan oleh guru ketika mengajar didalam kelas. Dialek bahasa yang pelbagai akan dikesan sekiranya mempunyai murid yang berbilang kaum. Guru perlu menggunakan bahasa standard bagi mengelakkan jurang jika menggunakan bahasa dialek. Penggunaan bahasa standard akan membuka peluang yang sama rata untuk murid mengambil bahagian dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta memudahkan sesi pengajaran kerana murid dapat memahami penggunaan bahasa murid. Hal ini kerana, jika guru berasal dari Kelantan, dialek Kelantan perlu dikurangkan apabila mengajar di luar kawasan Kelantan kerana tidak semuamurid dapat memahami dialek Kelantan dengan baik.

Jika dikaitkan dengan jantina, isu yang timbul dari segi pendidikan ialah isu-isu yang melibatkan unsur bias kepada jantina atau dikatakan pilih kasih. Sebagai contoh, guru perempuan bias kepada murid perempuan dan sebaliknya. Isu ini perlu dielakkan kerana akan wujudnya jurang diantara murid. Guru sememangnya harus mengelakkan dari melakukan perkara-perkara begini. Selain itu, dalam sesetengah matapelajaran, wujud ketaksamaan peluang antara pelajar permpuan dan pelajar lelaki seperti matapelajaran berkaitan dengan kejuruteraan. Seakan menjadi kebiasaan, kebanyakan murid lelaki lebih banyak terlibat, oleh itu guru perlu merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dapat melibatkan lebih ramai murid perempuan. Ini dapat membuka peluang untuk pelajar perempuan untuk berkecimpung dalam bidang yang dimonopoli oleh lelaki.

You might also like