You are on page 1of 4

LAPORAN REFLEKSI PROGRAM PEMBANGUNAN SAHSIAH Saya telah menyertai progam Pembangunan Sahsiah yang telah ditetapkan.

Program telah diadakan pada 3 Disember 2011 iaitu hari Sabtu bertempat di Dewan Kolej Zaba. Program ini adalah salah satu keperluan kepada bakal guru. Hal ini sedemikian kerana sebagai anak kandung suluh budiman adalah bakal guru yang yang akan mendidik anak bangsa. Oleh itu, pendedahan dari penceramah iaitu Mohammad Aziz Shah Mohammed Arip untuk melatih para guru ini menjadi pendidik yang bersahsiah dan beretika. Para guru dapat meningkatkan motivasi dan ilmu pengetahuan dalam menempuhi alam pendidik yang tidak menentu cabarannya. Pelajar merupakan ceminan refleksi guru itu sendiri. Melalui program ini terdapat kekuatan baharu yang diperolehi dan kelemahan diri yang belum dapat diatasi. Oleh itu, sebagai pendidik kita perlu mempunyai pelan tindakan untuk mengatasi kelemahan. Di samping itu, kekuatan yang ada perlu dikembangkan agar ia tidak menjadi kelemahan baharu. KEKUATAN 1. Berfikiran positif Kekuatan diri dapat dikenalpasti melalui tiga aspek iaitu fizikal, mental dan jiwa. Kekuatan diri yang terbina ialah berfikiran positif. Sebelum ini saya telah mengetahui bahawa fikiran positif akan dapat menjana kekuatan untuk menjadi pendidik yang dapat melahirkan insan yang berilmu di samping berakhlak. Oleh itu guru itu sendiri perlu meletakkan perseptif yang baik terhadap para pelajar sebagai seorang yang mempunyai bakat dan kelebihan untuk menjadi manusia. Hal ini demikian kerana melalui pemikiran guru itu akan dapat melahirkan perlakuan atau tindakan yang kongruen berdasarkan fikiran tersebut. Maka pelajar akan merasai keikhlasan guru itu. 2. Mempunyai semangat untuk menjadi guru sejati Semangat saya semakin meningkat selepas menyertai program ini. Sebelum ini saya tidak pernah berminat dalam bidang ini. Melalui program ini saya semakin mendapat semangat baharu untuk meneruskan pengajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI). Saya ingin menjadi seorang pendidik yang disegani kerana dapat mencurahkan ilmu kepada anak bangsa. Minat ini dapat dipupuk selama empat tahun saya berada di UPSI. Etika, sahsiah dan kemahiran menjadi seorang guru yang boleh dibentuk apbila kesedaran mula timbul dalam hati ini. Oleh itu minat untuk menjadi pendidik yang baik untuk para pelajar dapat saya hayati apabila penceramah menyuruh para peserta progam ini mencipta sajak tentang guru dan mendeklamasikan sajak tersebut dengan

penuh penghayatan . Di sini minat untuk menjadi seorang guru semakin membuak-buak dalam diri saya agar menjadi pendidik yang berkorban untuk anak bangsa agar menjadi seorang permata yang akan bersinar untuk negara tercinta. 3. Mampu berkerjasama. Dalam progam ini kami dibahagikan mengikut setiap kumpulan. Peraturan yang ditetapkan adalah setiap kumpulan mempunyai ahli yang terdiri daripada kaum-kaum utama di Malaysia. Oleh itu, saya dan ahli kumpulan yang bersatu hati untuk memilih ahli daripada rakan-rakan yang sudah dikenali kerana ini akan memudahkan proses membina kerjasama disamping dapat menyiapkan tugasan dengan pantas dan mempunyai kualiti. Penceramah telah meminta peserta untuk membincangkan masalah yang dihadapi oleh remaja dan cara-cara untuk mengatasinya. Setiap ahli menggunakan kemahiran komunikasi yang baik untuk menyatakan setiap idea dan dapat membina sikap menjadi seorang pendengar yang baik. Disamping itu, dapat mengkrtitik idea yang disumbang secara membina. Ahli juga tidak kekok untuk bergaul dengan peserta yang berlainan bangsa. Oleh itu, gambaran sebagai seorang guru yang mampu bekerjasama dapat mengajar para pelajar yang berlainan bangsa pada masa hadapan sudah berjaya dipraktikkan. 4. Mempunyai sifat kepercayaan yang berasas Aktiviti guru dan pelajar iaitu bersama pasangan masing untuk mencari bahan daripada alam semulajadi seperti daun, bunga, batu dan serangga hidup. Tangan guru akan diikat manakala mata pelajar pula akan ditutup dengan kain hitam. Guru memberi arahan kepada pelajar dengan memegang tangan pelajar untuk mengambil sesuatu bahan tersebut. Situasi yang dialami oleh saya sebagai pelajar agak sukar untuk bergerak dengan mata yang tertutup tetapi berjaya mengikut arahan guru apabila kita mendengar arahannya. Menggunakan hati untuk mempercayai orang lain dan tidak prejudis kepada guru. Pegangan ini dapat diaplikasikan dalam hidup tetapi mempunyai berdasarkan asas yang kukuh iaitu kepada siapakah yang perlu kita percaya. Oleh itu, saya dan pasangan guru saya telah berjaya menyelesaikan tugasan dengan jayanya kerana dapat membina sikap saling percaya dan mendengar arahan guru kerana guru umpama lilin yang akan menerangi kegelapan. 5. Mampu menjaga diri dan profesion perguruan Penceramah telah memaparkan video tentang masyarakat telah menghukum guru yang berzina dengan pelajarnya. Sebagai seorang guru harus pandai menjaga diri dan batasan dengan rakan sekerja, pelajar dan masyrakat. Guru harus mesra tetapi perlu menjadi profesional dalam menilai

sesuatu perkara serta menjauhi perkara yang akan memusnahkan kerjaya guru. Selain itu, profesion guru akan dipandang mulia oleh masyarakat. Oleh itu, guru harus mengamalkan etika perguruan dengan menghayati sepenuhnya nilai-nilainya. KELEMAHAN 1. Tidak serius Dalam program ini saya tidak memberi tumpuan yang sepenunhya kerana saya tidak bersikap serius terhadap program yang dijalankan. Fikiran yang melayang terhadap perkara-perkara lain menyebabkan saya tidak mampu mengikuti program ini. Tumpuan saya terjejas terhadap bahan yang disampaikan kerana dirasakan kurang bermanfaat. Saya bersikap bermain-main terhadap sesuatu perkara. 2. Kurang stamina Pada waktu malam sebelum hari program berlangsung saya telah tidur lewat dan menyebabkan badan saya lemah dan tidak bermaya pada hari program berlangsung. Saya merasa mengantuk tahap kritikal. Saya asyik terlelap dan terlepas pandang terhadap aktiviti yang diadakan. Saya tidak dapat memberikan komitment sepenuhnya terhadap perjalanan program. 3. Tidak pandai mendisplinkan diri Pada masa rehat tengah hari saya menyedari bahawa saya tidak berdisiplin dalam mengikuti program yang dijalankan. Hal demikian kerana saya telah balik ke bilik untuk tidur seketika dan masuk lewat. Oleh itu, saya telah ketinggalan dalam slot aktiviti program yang seterusnya. Namun saya sedar akan kesilapan yang dilakukan. Saya juga hanya mendengar sebahagian arahan penceramah keadaan ini menunjukkan etika yang tidak bagus. 4. Persekitaran yang kurang kondusif Kami diminta untuk duduk di atas lantai menyebakan saya tidak selesa justeru itu saya merasa sakit-sakit badan. Keadaan ini menyebabkan fokus saya tehadap penceramah berkurang. Pemahaman saya menjadi kabur dan tidak jelas terhadap apa yang di perkatakan oleh penceramah. Individu yang cerdas lahir daripada badan yang cergas. Namun saya tidak mampu untuk mencergaskan kembali. 5. Suka mengeluh Pada awal program saya banyak mengeluh dan merungut kerana kurang memahami apa yang disampaikan oleh penceramah. Hal sedemikian kerana saya masih diselimuti oleh perasaan mengantuk dan cepat jemu. Kebosanan yang dialami menyebabkan saya tidak berhenti mengeluh. Selepas itu, saya menjadi pasif dan kurang memberi respons terhadap persekitaran.

PELAN TINDAKAN 1. Ubah pemikiran Setiap hari saya perlu mengekalkan pemikiran positif kerana kuasa minda mampu melahirkan tingkah laku yang positif. Sebagai seorang bakal guru saya akan melahirkan anak bangsa yang akan memimpin negara saya perlu berfikiran terkehadapan bagi menguatkan lagi kekuatan yang sudah dimiliki. Maka kekuatan itu semakin berkembang. Proses kendiri dapat meningkat kearah yang lebih baik. 2. Meningkatkan pembinaan kendiri melalui pembacaan Saya menggunakan pendekatan ini kerana dapat menambah ilmu dan kefahaman terhadap diri sendiri. Disamping itu mampu mebuatkan saya lebih berilmu dalam menghadapi dunia perguruan yang semakin mencabar. Pembacaan buku-buku motivasi dapat meningkatkan keyakinan dan motivasi diri. Maka pembinaan kendiri yang berguna seiring dengan pemahaman tentang diri sendiri. 3. Muhasabah diri Sebagai seorang Islam kita digalakkan untuk menilai segala perbuatan yang kita lakukan pada setiap hari. Kita dapat mengerti apa yang telah kita buat pada hari ini. Oleh itu kita dapat melihat kewajaran tindakan yang diambil dalam menghadapi sesuatu perkara. Sebagai anak kandung suluh budiman yang bakal menjadi guru kita perlu melihat diri kita yang tidak sempurna ini agar kita dapat membuat perubahan diri ke arah yang lebih baik. 4. Meningkatkan stamina Saya perlu menjaga masa untuk berehat, makan dan tugasan dengan baik. Saya perlu bersenam dan mengambil makanan yang berkhasiat kerana mampu melahirkan badan yang sihat. Fikiran yang baik lahir daripada badan yang cergas. Oleh itu, saya akan lebih bertenaga untuk menghadapi situasi-situasi yang tidak menentu. Pemikiran saya terhadap tugasan akan lebih kreatif. Program ini telah memberi manfaat kepada diri saya dan rakan-rakan. Maka saya akan mencuba yang lebih baik disamping mengubah kelemahan tersebut kepada kekuatan diri. Selain itu, pelan tindakan dapat memberi kesan kepada diri sendiri untuk maju dan berfikiran matang.

You might also like