P. 1
(bmm3114)konsep budaya

(bmm3114)konsep budaya

|Views: 640|Likes:
Published by Amy Izanni Rahmat

More info:

Published by: Amy Izanni Rahmat on Mar 24, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/11/2014

pdf

text

original

KONSEP BUDAYA Perkataan budaya berasal daripada cantuman perkataan Sanskrit dan Melayu, iaitu 'budhi' dan 'daya

'. Perkataan 'budhi' yang dipinjam daripada bahasa Sanskrit bererti kecergasan fikiran dan akal. Perkataan 'daya' pela ialah perkataan melayu Polynesia yang bermakna kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh. Jika dicantumkan kedua-dua perkataan tersebut, budaya membawa maksud tenaga fikiran, usaha rohani atau kuasa menggerakkan jiwa (Nik Safiah Haji Abdul Karim, 1963)

Dictionary of Philosophy (1996) memberikan maksud budaya sebagai

"The way of life of people, including their attitudes, values, beliefs, arts, sciences, modes of perception, and habits of thought and activity. Cultural features of forms of life are learned but are too pervasive to be readily noticed from within"

Kamus Dewan (2005) pula mendifinisikan budaya sebagai kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir), berkelakuan dan sebagainya. Tegasnya, budaya boleh didefinisikan sebagai suatu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai.

Budaya boleh dibahagikan kepada dua: budaya kebendaaan dan budaya bukan kebendaan. Budaya kebendaan adalah peralatan dan kelengkapan hidup seperti rumah, kereta, perahu, senjata dan sebagainya. Contohnya, orang melayu mempunyai rumah yang reka bentuknya berbeza dengan orang Inggeris atau orang eskimo. Manakala budaya bukan kebendaan ialah kepercayaan, adat istiadat dan undangundang. Setiap masyarakat mempunyai adat istiadat tersendiri dalam menjalani kehidupan. Misalnya, dalam adat perkahwinan masyarakat melayu, pihak lelaki memberi hantaran kepada pihak perempuan manakala bagi masyarakat india hantaran perkahwinan diberikan oleh pehak perempuan kepada pihak lelaki. Dalam budaya melayu, faktor agama penting kerana agama bukan sahaja dianggap sebagai satu

Terdapat dua peranan utama bagi pembentukan sesuatu budaya: pertama. memupuk kesedaran kebangsaan dan kenegaraan bercirikan kerohanian. budaya dikatakan sebagai satu himpunan kelengkapan intelektual dan kebendaan yang dapat memenuhi kehendak biologi dan kemasyarakatan serta dapat menyesuaikannye dengan keadaan sekeliling (Mohd taib Osman. berubah-ubah 6. Adat resam juga mustahak sebagai petunjuk jalan bagi seseorang dalam mengendalikan hidup bermasyarakat dan berbudaya. adanya pandangan semesta Budaya bersifat universal tetapi paradoksnya pada masa yang sama terdapat perbezaan antara budaya satu masyarakat dengan masyarakat lain. Maka boleh dikatakan bahawa manusia itu sendiri membentuk budaya dan . dan kedua. kemanusiaan. Bahasa pula penting sebagai alat komunikasi. mempunyai unsur simbolik. Ada budaya yang dipadankan apabila berlaku pertembungan dengan pengaruh luar sama ada untuk mengisi kekosongan sebagai alternatif atau menokok kepada apa yang telah sedia ada. dikongsi 3. membina imej negara kearah mewujudkan keperibadian serta identiti. Sesuatu kebudayaan berkembang dan terus dicipta mengikut kesanggupan masyarakatnya. dipelajari 2. Budaya diwarisi daripada satu keturunan kepada satu keturunan.sistem kepercayaan semata-mata tetapi juga sebagai suatu perlembagaan hidup yang meliputi kepercayaan dan amalan hidup. Oleh itu. Budaya memberikan identiti kepada sesuatu kelompok dalam aspek cara pengendalian hidup. dan 7. Antara ciri-ciri penting bagi sesuatu budaya ialah 1.1988) Buday mempunyai ciri-ciri tersendiri. spiritual dan mental. diwarisi 5. bersifat sejagat 4.

perkembangan budaya akan mengikut perkembangan masayrakat itu sendiri (A. Aziz Deraman. polarisasi dalam kalangan pelajar dan kontrak sosial . Ketiga-ketiga kumpulan kaum ini bukan sahaja terasing daripada segi lokasi tempat tinggal. Selain itu. Usaha-usaha untuk menerapkan semangat perpaduan atau kekitaan di kalangan masyarakat sering menghadapi cabaran serta masalahnya. keteguhan. aktiviti. ekonomi. malahan mereka menjalankan jenis pekerjaan yang berbeza. Terdapat pelbagai cabaran yang di antaranya adalah cabaran sulung atau yang utama iaitu di mana cabaran kepentingan etnik dari : Aspek sosial   Aspek sosial ini dapat lihat melalui empat paradigma yang berlainan iaitu dari sudut pemisahan fizikal. dan kemajuan pembangunan negara banyak bergantung kepada perpaduan dan kerjasama masyarakat Malaysia itu sendiri untuk mencapai perpaduan dan bukanlah satu perkara yang mudah.. budaya. kunci keamanan. stereotaip dan mengekalkan kejahilan di dalam kalangan ahli bagi sesuatu golongan etnik terhadap golongan etnik yang lain. Keadaan ini juga menyebabkan sesuatu golongan etnik itu tidak mengenal atau berpeluang berinteraksi dengan lebih kerap di antara sesama mereka khususnya mereka yang tinggal dalam wilayan yang berbeza. Kenyataan di atas ternyata dapat kita simpulkan bahawa pelbagai cabaran yang perlu kita tempuhi bagi membina negara Malaysia yang unggul di mata dunia. lokasi tempat tinggal. the road to a cohesive and proggressive society is a long and ardous one which to use the Malay phrase. berbeza dari segi agama. Hal ini berlaku akibat pemisahan fizikal yang disebabkan keadaan geografi di Sabah dan Sarawak yang terpisah oleh Laut China Selatan. is full of “ onak dan duri”..Dari sudut pemisahan fizikal ianya berlaku dalam masyarakat negara ini yang timbul akibat daripada kesan dasar “pecah dan perintah” yang diamalkan oleh British sejurus menjajah Malaysia. kestabilan. sistem pendidikan yang berasingan. 2001) Implikasi budaya dlm kehiduoan Selepas peristiwa 13 Mei 1969. Implikasi Hanya terhadap hubungan etnik memperlihatkan perbezaan dari aspek lokasi yang berbeza merupakan perkembangan yang kurang sihat dalam pemupukan hubungan etnik di Malaysia.. ia hanya meningkatkan lagi perasaan kekitaan atau etnosentrisme yang bermaksud pandangan atau perseptif yang melihatkan kelompok etnik lain melalui kaca mata etnik itu sendiri. Keadaan sebegini hanya akan menimbulkan prasangka. . Ini adalah kerana memandangkan penduduknya yang terdiri daripada pelbagai kaum. dan sebagainya. Menurut Tan Sri Ghazali Shafie (1985) „ .

pastinya amat sukar sekali Malaysia untuk menjadi negara yang lebih maju sekiranya masyarakatnya terpisah dari sudut fizikal dan terasing dari arus pemodenan negara. Mereka lebih mudah menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Jenis Kebangsaan kerana merasakan struktur pendidikan di sekolah tersebut dapat menjamin kecemerlangan akademik anak mereka. tidak semua ibu bapa yang bertindak sedemikian. Situasi hanya akan menyebabkan interaksi mereka hanya terhad di antara etnik yang sama sahaja. adalah dari sudut sistem pendidikan yang terasing. kerenggangan pada peringkat sekolah menegah dan institut pengajian tinggi awam (IPTA) serta institut pengajian tinggi swasta (IPTS) masih wujud. Sistem persekolahan yang memisahkan pelajar mengikut bahasa ibunda dan perbezaan etnik kurang memainkan peranan yang berkesan bagi memupuk integrasi dan persefahaman dalam kalangan pelajar. Bakal pemimpin negara ini juga mengalami kesukaran untuk mendapatkan kata sepakat daripada rakyatnya yang terdiri daripada etnik yang berbeza. manakala. Implikasi bagi hubungan etnik ini hanya memberikan kesan yang negatif kepada negara Malaysia. Sekiranya pemikiran mereka hanya disogok dengan etnik mereka sahaja. Implikasinya di sini adalah nilai-nilai bagi memupuk semangat kekitaan pada negara Malaysia tidak dapat diterapkan dengan berkesan kerana masih lagi terdapat jurang di antara semua kaum. Sukar sekali untuk kita memaksa ibu bapa ini kerana mereka mempunyai satu perspektif yang perlu kita hormati. Dari sudut polarisasi dalam kalangan pelajar yang dapat kita lihat adalah masih lagi terdapat keterasingan pada peringkat sekolah rendah. Maka. Ini adalah mereka akan menganggap adalah tidak wajar dan tidak penting untuk mempelajari bahasa kaum yang lain. Tidak juga dilupakan bahawa golongan yang menuntut di sekolah itu juga akan terlahirnya para pemimpin untuk mentadbir negara Malaysia pada satu hari kelak. Walau bagaimanapun. pelajar Cina menuntut di sekolah Cina dan juga menggunakan bahasa Mandarin sebagai bahasa perantaraan. Keadaan sebegini menyukarkan lagi proses hubungan etnik di Malaysia. Setiap golongan etnik mempunyai sistem pendidikan yang tersendiri. Maksudnya di sini adalah. pelajar Melayu menuntut di sekolah Melayu dan menggunakan bahasa perantaraan bahasa Melayu. masih ada lagi para ibu bapa yang kurang mempercayai untuk menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Kebangsaan. Jika kita lihat. pada masa kini. amat sukar untuk kita memupuk masyarakat yang majmuk jika cabaran ini dianggap enteng oleh pihak yang berwajib. Selain itu. Semua etnik masing-masing mempertahankan bahasa ibunda mereka dan tidak akan menerima bahasa ibunda kaum yang lain.Contoh yang boleh kita nyatakan di sini adalah. Seterusnya. Cabaran yang kedua adalah cabaran kepentingan etnik dari aspek : ekonomi . pelajar India menuntut di sekolah Tamil dan menggunakan bahasa Tamil. sudah pasti Malaysia tidak akan berada dalam keadaan yang aman. keagamaan mahupun adat resam. adalah menjadi satu kemestian di mana setiap sekolah mengamalkan sistem pendidikan yang berbeza. Ianya akan memberikan impak yang kurang elok kepada penstrukturan negara kerana mempunyai corak pendidikan yang berbeza-beza. Perkara sebegini mungkin akan berlaku jika semua etnik hanya mengambil berat tentang etniknya yang tersendiri sahaja. Pastinya. kejahilan ilmu masyarakat Semanjung Malaysia dalam memahami cara hidup masyarakat Sabah dan Sarawak yang sedikit berbeza dari aspek budaya.

bahasa dan kebudayaan yang . bahasa. perpaduan negara tidak boleh dipupuk seandainya sebahagian besarnya penduduk kekal miskik dan peluang pekerjaan produktif yang tidak mencukupi. Cabaran yang keempat adalah cabaran nilai antara etnik yang menyatakan perbezaan dari segi agama. mereka akan cuba untuk mempertahankan agar mereka juga mendapatkan hak yang sama rata. dan kebudayaan lebih ketara dalam masyarakat majmuk. Situasi yang sama juga akan berlaku terhadap kaum India yang di mana harga getah dan kelapa sawit adalah berlandaskan kepada keadaan ekonomi di dunia. Bagi kaum Cina. ia tidak akan menyumbang ke arah masyarakat yang bersatu padu. Sudah tentu timbulnya persoalan di lubuk pemikiran mereka di mana hak mereka sedangkan selama ini mereka banyak menyumbang kepada ekonomi negara. Selain itu. Melalui aspek ekonomi terdapat dua perkara yang perlu ditekankan adalah penguasaan ekonomi dan perbezaan pekerjaan berdasarkan sektor ekonomi . dalam Rancangan Malaysia Kedua ada menyatakan perpaduan negara tida boleh dicapai tanpa kesaksamaan dan keseimbangan yang lebih besar dalam kalangan kumpulan sosial dan etnik Malaysia melalui penyertaan mereka dalam pembangunan negara dan dalam perkongsian manfaat daripada permodenan dan pertumbuhan ekonomi. penguasaan ekonomi memperlihatkan jurang yang luas bagi setiap etnik. Justeru itu. Manakala. Semua golongan etnik sentiasa mencuba untuk bersaing dalam ekonomi ini untuk berusaha mendapatkan hak dan keuntungan yang lebih besar. agama. Isu-isu sebegini merupakan perkara yang boleh menyebabkan negara kita bergolak. dan ekonomi jika dipergunakan untuk tujuan berpolitik. Jika harga meningkat. Selain itu. Penguasaan ekonomi yang berbeza serta jurang pendapatan yang tidak seimbang mengakibatkan ketidakstabilan dalam masyarakat majmuk. kerakyatan. Fenomena kemiskinan bukan sahaja terdapat di kawasan luar bandar tetapi juga di kawasan bandar. Keadaan ini boleh mengugat perpaduan negara kerana masalah kemiskinan hanya menonjol dalam kalangan kelompok etnik yang tertentu sahaja. maka. kaum India pula banyak terlibat dengan perladangan di estet getah dan kelapa sawit. Implikasinya mengakibatkan semua etnik akan saling berusaha untuk mengekalkan identiti kaumnya sendiri tidak kira dari aspek bahasa dan budaya. semangat taat setia pada negara Malaysia juga tidak wujud di kalangan etnik kerana masing-masing pasti ingin menaburkan bakti pada negara mereka sendiri. Lambang bendara Malaysia akan tinggal sebagai lambang sahaja jika semua etnik hanya mementingkan hak etnik masing-masing.. pastinya. mereka pasti berasa tidak puas hati yang di mana kebanyakan lubang perniagaan banyak diutamakan kepada kaum Bumiputera atau Melayu. Golongan etnik Cina pula akan terus mencari peluang-peluang keemasan dalam perniagaan dan mereka dapat hidup dalam hidup yang cukup mewah. implikasinya mengakibatkan ketidakpuasan hati bagi semua golongan etnik. Sesungguhnya. Akan tetapi. kebudayaan. Kaum Melayu. pendidikan. yang umumnya menguasai sektor yang lebih maju seperti perniagaan. Kenyataan di sini sudah membolehkan kita membuat satu kesimpulan iaitu terdapatnya jurang pendapatan yang begitu ketara dan tidak seimbang dalam ekonomi negara Malaysia. pulangannya tentu baik dan sebaliknya juga akan berlaku. Majoriti kaum Melayu menguasai sektor pertanian yang memerlukan banyak tenaga sumber manusia dan berteknologi rendah. Isu-isu perkauman seperti bahasa. Cina dan India mempunyai agama. Cabaran yang ketiga adalah cabaran kepentingan etnik dari aspek politik iaitu di mana politik perkauman boleh menimbulkan perasaan kurang senang hati dan mengukuhkan semangat perkauman jika sesuatu tindakan diambil tanpa mendapat kata sepakat oleh semua pihak. Pertama. perdagagan dan menggunakan teknologi moden. Bagi kaum Melayu yang terlibat dalam sektor pertanian mendapat pendapatan yang sedikit dan berkemungkinan akan menghadapi dengan kemiskinan.

golongan etnik-etnik ini tentunya sukar untuk menerimanya dan tidak mungkin akan menerima apa-apa perubahan walhal ianya memberikan banyak faedah dalam kehidupan seharian mereka. usaha kerajaan ke arah pemupukan hubungan etnik bermula setelah tahun 1957. Cabaran yang kelima adalah cabaran globalisasiyang menunjukkan proses globalisasi serta pembaratan corak hidup berasaskan ekonomi dan politik barat merupakan cabaran yang perlu dihadapi oleh rakyat Malaysia pada masa kini. Jelasnya di sini dapat dilihat. Dari segi sains dan teknologi yang memusnahkan kebanyakan golongan remaja terdedah dengan pornografi-pornografi yang menyongsangkan jiwa dan akidah remaja itu sendiri. kita dapat bergerak maju melalui pendedahan menggunakan teknologi yang tinggi serta pentadbiran yang sistematik menyebabkan Malaysia menjadi seperti yang dapat kita rasai perbezaannya kini. jika dilihat dari sudut positif. terbitan Oxford Fajar Sdn Bhd pada tahun 2007. kehalusan dan ketimuran rakyat Malaysia semakin terhapus dek pengaruh Barat bagi merealisasikan wawasan negara. Kerajaan telah merangka Dasar Pendidikan Kebangsaan sebagai landasan mewujudkan masyarakat yang bersatu padu.berlainan. Budaya kuning ini banyak memberikan nilai-nilai yang negatif seperti terlibat dalam kancah jenayah. budaya hiburan dan penyalahgunaan sumber manusia dan bahan mentah juga datangnya daripada pengaruh Barat. 1961 merupakan antara usaha awal kerajaan dalam sektor Pendidikan. Ini adalah berdasarkan mereka mempunyai masalah untuk berkomunikasi dalam bahasa yang difahami oleh semua etnik. Matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan diharapkan dapat memenuhi keperluan tenaga rakyat negara ini dalam jangka pendek dan panjang demi melahirkan masyarakat yang bersatu padu. Merujuk kepada hasil tulisan Hasnah Hussin dan Mardiana Nordin dalam buku Pengajian Malaysia . Antara strategi yang dirancang untuk mencapai matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan ialah menjadikan Bahasa . pengaruh Barat ini juga mewujudkan pelbagai unsur-unsur yang negatif dari segi. iaitu selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan bagi mengatasi cabaran-cabaran yang telah dikemukakan sebelum ini. Tradisi dan adat resam kita pasti akan hilang juga kerana tiadanya insan yang ingin menjaganya daripada lupus dek arus pemodenan zaman. pemakaian yang kurang sopan serta pergaulan yang melampaui batas. Perkara ini seolah-olah sudah menjadi tegal atau “taboo” kerana ia memang sukar untuk diubah walaupun menggunakan ubatan atau teknologi yang moden sekali pun. berdisiplin dan terlatih. Perbezaan ini bertambah sukar apabila setiap kaum terus menebal dengan bahasa dan kebudayaan mereka sendiri. Masalah ini pasti mewujudkan ketidakselesaan juga mereka melihat budaya yang sebelum ini belum pernah disaksikan oleh mereka. Implikasi di sini mengakibatkan anggota etnik lebih mengutamakan anggota daripada etnik yang sama dalam memilih sahabat. mendapatkan perkerjaan. Setiap etnik tidak mempunyai perasaan hormat menghormati dengan agama dan budaya etnik-etnik yang lain. Kesukaran untuk hidup dalam satu masyarakat yang sama pasti akan menimbulkan kekecohan di kawasan tersebut. Implikasidaripada cabaran ini. Kerajaan merancang dan menyediakan pelbagai dasar dan pelan tindakan untuk mencapai perpaduan dari pelbagai aspek. budaya hedonisme atau budaya kuning yang telah berjaya menyesatkan para remaja yang bisa menjadi bakal pemimpin negara lenyap dek kerana budaya kuning yang songsang ini. Namun demikian. Bermacam-macam keburukan yang memusnahkan alam sekitar. Penyata Razak dan Ordinan Pelajaran yang telah termaktub sebelum merdeka telah disemak semula menghasilkan Laporan Rahman Talib dan seterusnya dimaktubkan dalam Akta Pelajaran.

Dalam konsep hubungan etnik. aspirasi masyarakat serta persekitaran global. MMN pula ditubuhkan pada 18 Julai 1969 bertujuan memulihkan kepercayaan dan keyakinan antara kaum. membantu dan menyusun kerja-kerja sukarela. wakil dari kumpulan agama. keyakinan dan iltizam untuk membentuk satu jati diri rakyat Malaysia yang unggul serta bertujuan menyemai dan memupuk integrasi nasional serta semangat perpaduan antara kaum. wakil dari akhbar. wakil dari kesatuan sekerja dan persatuan majikan. iaitu Rukun Negara dan perubahan perlembagaan. Era Dasar Pembangunan Nasional (1991-2000) dan Era Dasar Pembangunan Negara. Rentetan peristiwa tersebut telah terbentuknya MAGERAN pada 17 Mei 1969 yang berfungsi sebagai pengembali keamanan dan undang-undang negara. mengkaji dan mengatasi masalah untuk menghapuskan perselisihan faham. dasar-dasar pembangunan negara merujuk kepada usaha kerajaan bersama rakyat untuk melakukan perubahan dalam aspek sosial. ia merupakan ikrar yang menjadi acuan bagi integrasi nasional. Jabatan Perpaduan Negara(JPN) dan Majlis Muhibah Negara(MMN) telah dibentuk. Terdapat tiga pelan pembangunan negara yang utama iaitu Era Dasar Ekonomi Baru (1971-1990). DEB dilancarkan oleh kerajaan Malaysia melalui Rangka Rancangan Jangka Panjang(RRJP) yang bermatlamatkan untuk mengurangkan dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan menambah pendapatan dan memperbanyakkan peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat untuk mengurang dan menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi. . JPN yang diketuai Tan Sri Mohd Ghazali Shafie telah ditubuhkan untuk membantu kerajaan menggerakkan dan membimbing rakyat ke arah perpaduan negara. MMN dan JPN telah digabungkan pada 1Januari 1972 menjadi Kementerian Perpaduan Negara yang kini bergelar Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat yang ditugaskan untuk mengendalikan aktivitiaktiviti bercorak muhibah untuk masyarakat yang berbilang kaum. wakil dari parti politik. politik dan ekonomi secara seimbang dan adil bagi semua kaum. Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan salah satu usaha dasar ekonomi untuk mengubah masyarakat dan negara daripada keadaan mundur kepada maju dalam pelbagai aspek kehidupan (kebendaan dan bukan kebendaan). Seterusnya. Kerajaan berusaha dengan lebih keras lagi dalam mencapai perpaduan berikutan berlakunya peristiwa 13 Mei 1969 yang melibatkan rusuhan kaum yang amat dahsyat. Kemuncak usaha kerajaan ekoran peristiwa 13 Mei ialah terciptanya satu ideologi negara iaitu Rukun Negara yang dihasilkan berasaskan kepercayaan. penentu pentadbiran yang licin dan sempurna. mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah. kebudayaan. Usaha kerajaan diteruskan lagi dengan Dasar-Dasar Pembangunan Negara yang dirancang selaras dengan nilai-nilai sosioekonomi. wakil dari Sabah dan Sarawak. Majlis ini dianggotai oleh pelbagai lapisan masyarakat seperti wakil-wakil dari MAGERAN. Selain itu. Rukun Negara dengan prinsip-prinsip berdasarkan semangat Perlembagaan diharapkan dapat membentuk jati diri rakyat negara ini sebagai satu bangsa Malaysia dan dijadikan sebagai pedoman dan hala tuju dalam merancang program pembangunan negara. wakil dari perkhidmatan awam. pada tahun 1969 juga. pada 29 Januari 1970 juga telah tertubuhnya Majlis Perundingan Negara(MAPEN) yang bertanggungjawab untuk mengadakan garis panduan bagi kerjasama antara kaum dan integrasi nasional untuk memupuk identiti kebangsaan di kalangan rakyat Malaysia serta bertanggungjawab dalam pembentukan ideologi negara. sumber kekayaan. wakil dari kerajaan negeri. dan pengembali keharmonian dan kepercayaan antara kaum. mewujudkan sistem peperiksaan yang sama dan sebagainya. wakil guru-guru dan wakil dari kelompok minoriti bagi membolehkan mereka membuat perbincangan secara berterus-terang. Secara khususnya. wakil dari badan profesional. MAGERAN didapati berjaya mengembalikan keamanan kepada negara selepas dua tahun ditubuhkan.Kebangsaan bahasa pengantar yang utama. politik. pembentukan Bangsa Malaysia dan ideologi negara.

pembangunan keseluruhannya tidak boleh diketepikan. Penggunaan Tenaga Manusia. latihan. Malaysia dijangka mampu menjadi sebuah negara yang bersatu padu dengan masyarakat Malaysia mempunyai nilai moral dan etika yang utuh. memberi peluang kepada orang yang bekerja di sektor yang rendah daya pengeluarannya berpindah ke sektor yag lebih lumayan. Pertubuhan Sukarela. Menjelang tahun 2020. kejiwaan dan kebudayaan. Pelan ini mengandungi pelbagai strategi yang dirancang dari pelabagai aspek seperti strategi politik. Ia merupakan rancangan lima tahun iaitu dari 2005-2010 yang merancang pelbagai usaha untuk memupuk dan mempertingkatkan perpaduan dan integrasi nasional. Penyelidikan Dan Penerbitan Bahan Bacaan. sosial dan ekonomi yang mampu menyatukan rakyat. nilai. etika dan moral mengikut acuan tempatan. Pelan Tindakan Perpaduan & Integrasi Nasional telah dirancang oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Integrasi Wilayah. Pemasyarakatan Perpaduan. Hal ini disebabkan pembangunan keseluruhan dari aspek politik. menambahkan daya pengeluaran dan pendapatan.Antara usaha yang dijalankan untuk membasmi kemiskinan melalui DEB ialah mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan. adil dan saksama. penggunaan Bahasa Kebangsaan. Pembangunan yang seimbang dari setiap sudut itu mampu menggerakkan pelbagai kaum di Malaysia untuk hidup secara harmoni dan sejahtera. Kebudayaan. memodenkan kehidupan di luar bandar dan memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran. negara Malaysia telah berusaha untuk mencapai kesembilan matlamat itu. pendidikan. kemudahan infrastruktur dan lain-lain. Walaupun banayak matlamat itu menumpukan kepada pembangunan ekonomi. iaitu menghapuskan kemiskinan tegar dan mengurangkan kemiskinan relatif. iaitu penegasan terhadap pembasmian kemiskinan dengan dua tumpuan utama. Sememangnya. Usaha kerajaan diteruskan lagi dengan Dasar Wawasan Negara (2001-2010) atau dikenali sebagai Wawasan 2020. Media Massa. Dasar Pembangunan Nasional(DPN) telah dilancarkan pada tahun 1991 yang bermatlamat untuk mencapai pembangunan seimbang bagi mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan adil. Strategi DPN masih lagi berlandaskan strategi yang telah dibina oleh DEB iaitu serampang dua mata dan diperkasakan pendekatannya dengan memasukkan beberapa dimensi baharu dalam pelan tindakan. Dalam kertas kerja berjudul Malaysia Melangkah ke Hadpan(1991) yang dibentangkan pada sidang pertama Majlis Perdagangan Malaysia di Kuala Lumpur pada 28 Februari 1991 menyatakan terdapat sembilan cabaran yang dikenalpasti untuk merealisasikan Wawasan 2020. meningkatkan penglibatan sektor swasta dalam proses penyusunan semula masyarakat dan memebri lebih tumpuan kepada pembangunan sumber manusia termasuk sistem nilai dan etika bagi mencapai matlamat pertumbuhan ekonomi dan pengagihan yang saksama. ekonomi. Keselamatan. Seterusnya. ekonomi. kesihatan. Penubuhan Panel Penasihat Perpaduan Negara (PANEL) dan Jawatankuasa . penyayang. sosial dan politik yang berlaku pada peringkat nasional dan antarabangsa serta menitikberatkan pembangunan menyeluruh dan bukan sahaja pembangunan ekonomi tetapi dari segi politik. Pemantauan Isu-isu Semasa dan Konflik. kerohanian. menumpukan perhatian kepada pembangunan sebuah Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) sebagai satu strategi ke arah meningkatkan dan seterusnya mengekalkan penyertaan Bumiputera dalam kegiatan ekonomi. berkeyakinan serta mampu bersaing. DPN merupakan pemangkin negara ke arah menjadikan Malaysia sebagai negara maju dan digerakkan di atas landasan yang kukuh ke arah membentuk pembangunan seimbang yang meliputi aspek keadilan sosial. sosial. Pembangunan Kawasan. Agama. ia merupakan respons kepada perkembangan ekonomi. Kesukanan. mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum dan antara kawasan (bandar dan luar bandar).

Melalui konsep negara bangsa ini. Antaranya ialah mementingkan kekeluargaan dengan menghormati ibu bapa dan adik beradik.Penasihat Perpaduan Peringkat Negeri (JKPPN). Adat istiadat adalah peraturan yang sentiasa dlpatuhl dan diamalkan dalam masyarakat Malaysia terutamanya pada hari perayaan. Malaysia terdiri daripada masyarakat yang „multiracial‟ dan „multiculture‟ yang mempunyai asas-asas kukuh untuk mewujudkan masyarakat yang lebih berbudaya. dan india berasaskan ciri budaya yang sama. program dan aktiviti perpaduan.ciri hindu telah meresap masuk ke dalam kebudayaan masyarakat melayu. Hari Keputeraan rasmi DYMM Yang diPertuan Agong Malaysia Malaysia sememangnya terkenal sebagai sebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk dan kukuh dengan warisan budaya dan budi bahasa yang tinggi. Tahun Baru Cina. Orang cina yang datang ke negara ini untuk bekerja di lombong. Ciri.tiga golongan rakyat di negara ini. Salah satu contoh peranan masarakat adalah dalam penerimaan budaya. Sambutan Maulud Nabi Muhammad s. lambang-lambang dan sentiasa berpegang kepada jiwa kemanusiaan dan kerohanian yang tinggi. nilai-nilai sosio-budaya. Dari kepelbagaian budaya ini akan menyatukan nilai pelbagai bangsa. Kunjungan pula seeloknya dibuat pada hari dan masa yang dikira sesuai. berilmu. pelan dan aktiviti yang dirancang telah dijalankan dengan bertujuan supaya masyarakat dapat melibatkan diri dan memupuk hubungan etnik yang erat antara rakyat di negara ini. Perbezaan agama serta kepercayaan tidak mengurangkan kepentingan pemupukan budl bahasa. Bagi masyarakat India pula terdapat kepelbagaian adat bergantung kepada keturunannya sama ada Tamil. terbitan Penerbit Setiamas pada tahun 1995. Bagi pengunjung beragama Islam hendaklah memmberi salam 'Assalamu'alaikum'. Disamping itu kepentingan agama didahulukan. Pengunjung bukan Islam memadai mengucap selamat sahaja. Satu daripada cara mencapai perpaduan di antara kaum ialah menjaga budi bahasa serta akhlak dalam pergaulan. Kesemua adat resam ini sama-sama saling difahami dan dihormati oleh semua lapisan masyarakat agar perhubungan kaum dapat dijalinkan dengan erat.lombong bijih timah diterima menjadi warganegara malaysia akhirnya. Antara hari-hari perayaan yang sama-sama dihormati ialah Hari Kebangsaan Malaysia pada 31 Ogos.a. Persesuaian yang kelihatan antara tiga golongan utama iaitu melayu. Malik. Masyarakat berperanan dalam pemupukan hubungan etnik agar negara kita malaysia sentiasa dalam keadaan aman dan selesa. kaum India terdapat berbagai-bagai cara dan kebiasaannya dengan merapatkan tapak tangan dan mengangkatnya hingga ke dada sambiI mengucapkan katakata yang bermaksud selamat. tetamu mestilah membuka kasut kecuali jika tuan rumah membenarkannya. memang ada kesamaan unsur kebudayaan antara ketiga. Siri Perpaduan Negara-Perpaduan Antara Kaum. Kesemua program. cina. Semasa berkunjung. Punjabi atau India Utara. Hari Deepavali. Secara amnya. dan mendokong cita-cita murni bangsa Malaysia berteraskan konsep negara bangsa. Perhubungan politik dan ekonomi dengan dunia uar. Masyarakat Malaysia merupakan sebuah masyarakat majmuk yang mempunyai pegangan agama. Bagi masyarakat Melayu terdapat beberapa· adat-adat kunjung mengunjung dalam masyarakat. Setiap pengunjung yang hendak masuk ke dalam rumah orang Melayu perlu menanggalkan kasut.w. Kunjungan ke rumah . Bangsa yang bertamadun mempunyai identiti peradabannya yang tersendiri. semua masyarakat mendukung satu bangsa dan satu negara yang tegak di atas satu identiti negara yang sama yang dimenifestasikan oleh pemikiran. Adat istiadat ini mencirikan Kebudayaan Kebangsaan. Hari Raya. Antaranya secara umum ialah semasa memberi hormat. Melalui pembacaan beberapa karya Fatimah Azzahra & Yusri Ab. proses penjajahan barat dan kemasukan orang asing erupakan faktor utama yang bertanggungjawab mewujudkan masyarakat berbilang kaum di negara ini. Sekolah Wawasan dan Program Latihan Khidmat Negara. bermoral. bahasa dan adat istiadat tersendiri..

Adalah dianggap tidak sopan jika mengunjung rumah keluarga Cina sewaktu mereka sedang makan kecuali kunjungan itu khusus menghadiri jamuan. Tetamu hanya dilihat sopan apabila minum setelah dipersilakan oleh tuan rumah berulang kali. Oleh yang demikian. Orang Melayu. Semasa berkunjung ke rumah orang dna. golongan masyarakat dan semua pihak adalah terlibat bekerjasama dalam mencapai usaha yang murni ini bagi menjamin kehidupan sejahtera yang berpanjangan . Ini menunjukkan tetamu itu menghormati tuan rumah. Masyarakat Cina pula mempunyai adat tersendiri di dalam menerima tetamu. Adat-adat ini banyak membantu dalam menggeratkan perpaduan di antara kaum. Dengan ini tidak timbullah persoalan ketidaksefahaman antara kaum. Kerajaan sentiasa prihatin dan mengambil berat terhadap isu perpaduan ini supaya dapat mengekalkan keharmonian kehidupan di negara kita selain menjaga kemerdekaan yang telah dicapai melalui perpaduan nenek moyang kita. setiap kaum. perpaduan kaum adalah perkara utama yang harus diberi perhatian kerana pemupukan hubungan etnik antara masyarakat adalah amat penting bagi negara Malaysia yang bermasyarakat majmuk serta menjamin kestabilan politik dan ekonomi negara.orang yang baru berpindah tidak sesuai dibuat pada hari Ahad. Kesimpulannya. Selasa dan Khamis. Apabila hendak pulang tetamu hendaklah terlebih dahulu meminta diri daripada tuan rumah dengan mengatakan 'saya akan datang lagi' serta berjabat tangan. tetamu seelok-eloknya duduk di sebelah kiri tuan rumah. Cina dan India sama-sama saling memahami adat dan kebudayaan masing-masing.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->