You are on page 1of 3

NAMA: MUHAMMAD FIRDAUS BIN AHMAD WAZIR NO.MATRIK: D20072031078 PENSYARAH PENYELIA: PROF. DR.

SUPLI EFFENDI RAHIM

TAJUK: PERSEPSI PELAJAR-PELAJAR TERHADAP PERLAKSANAAN MATA PELAJARAN VOKASIONAL (MPV) LANDSKAP DAN NURSERI DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DI PERAK

Latar Belakang Masalah Pengenalan Mata Pelajaran Vokasianal yang dikatakan sebagai satu langkah yang mampu mengukuhkan sisitem pendidikan kebangsaan. Kewujudan MPV menjadikan peluang pendidikan untuk pelajar yang lemah atau kurang minat dalam bidang akademik tidak akan berakhir setakat tingkatan tiga sahaja. Pengenalan mata pelajaran ini akan membolehkan kumpulan pelajar tersebut memilih untuk meneruskan latihan ke peringkat yang lebih tinggi dalam bidang kemahiran yang diminati. Kajian yang dijalankan adalah mengenai kemahiran guru, bahan pengajaran dan peralatan, keadaan fizikal bengkel dan minat pelajar mengikuti mata pelajaran vokasional memandangkan MPV Landskap dan Nurseri ini baru diperkenalkan di sekolah menengah harian biasa. Rumusan Masalah Kajian ini adalah untuk mengkaji perlaksanaan program Mata Pelajaran Vokasional (MPV) yang dijalankan di sekolah menengah harian biasa. Beberapa masalah yang telah dikaji adalah mengenai kriteria guru-guru yang dipilih untuk mengajar mata pelajaran vokasional. Mengikut buku penerangan dan panduan penawaran mata pelajaran vokasional di sekolah akademik harian, Pusat Perkembangan Kurikulum (PKK), Kementerian Pelajaran Malaysia, edisi kedua (2001), menyatakan bahawa kriteria pemilihan tenaga pengajar akan dipilih dalam kalangan guru-guru Kemahiran Hidup, Teknologi Kejuruteraan, Lukisan kejuruteraan, Pendidikan Seni, Ekonomi Rumah Tangga dan Pertanian akan dipilih untuk mengajar mata pelajaran vokasional di sekolah menengah harian biasa.

Tujuan Penyelidikan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) merupakan satu subjek baru yang ditawarkan di sekolah menengah harian biasa yang terpilih. Oleh itu, penyelidikan ini bertujuan mengkaji perlaksanaannya dari aspek: 1. kemahiran guru yang mengajar untuk mata pelajaran ini 2. kemudahan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran 3. keadaan fizikal bengkel 4. faktor minat pelajar Hipotesis Kajian Kesimpulan awal yang dapat dinyatakan dalam kajian ini adalah guru-guru yang dilantik dan dipilih untuk mengajar mata pelajaran ini adalah berkelayakan. Selain itu, kemudahan bahan

pengajaran, peralatan serta keadaan bengkel adalah menepati dan dapat membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Definisi Operasional 1. Persepsi Persepsi merupakan pandangan serta gambaran menerusi pancaindera setrusnya ditakrifkan oleh hati dan fikiran terhadap sesuatu (Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, 1986) 2. Pelajar Menurut Kamus Dewan (1994), pelajar bermaksud orang yang belajar atau orang yang mengkaji. Dalam kajian ini, pelajar ialah pelajar tingkatan empat aliran vokasional yang mengikuti kursus-kursus Landskap dan Nurseri 3. Mata Pelajaran Vokasional (MPV) Landskap dan Nurseri Subjek vokasional yang baru diperkenalkan di sekolah menengah adalah perintis untuk mengatasi masalah keciciran pelajaran. Landskap dan Nurseri adalah subjek yang ditawarkan. Mata pelajaran ini berhasrat melahirkan pelajar yang boleh menghasilkan anak benih tumbuhan hiasan, menyenggara nurseri tumbuhan hiasan, merancang dan membina landskap dengan menggunakan teknologi semasa 4. Perlaksanaan Perlaksanaan dalam kamus Dewan (1994), bermaksud hasil daripada melaksanakan, mengerjakan atau menyelesaikan sesuatu rancangan atau tugas. Istilah perlaksanaan adalah berbeza dengan pelaksanaan. Pelaksanaan membawa maksud perbuatan atau hal melaksanakan (mengusahakan, menjalankan) sesuatu, menjalankan atau menyelesaikan sesuatu rancangan, sedangkan perlaksanaan pula lebih kepada hasil daripada melaksanakan sesuatu program. 5. Persekitaran dan Fizikal Menurut Mok soon sang (1996), persekitaran fizikal bermaksud kemudahan yang baik dari segi kerusi, meja peralatan, ruang pembelajaran yang selesa bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran tanpa ada sebarang gangguan daripada pihak luar. 6. Minat Tolbert (1994) menyatakan bahawa minat adalah satu kecenderungan bagi seseorang individu untuk mengetahui dan mempelajari sesuatu perkara yang menjuruskan mereka ke pilihan kerjaya dalam bidang tertentu. Dalam konteks kajian ini, minat bermaksud minat terhadap aliran vokasional.

Tinjauan Literatur Dalam kajian ini, pengkaji ingin membuat sorotan kajian penulisan tentang keberkesanan perlaksanaan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) Landskap dan Nurseri di sekolah menengah

kebangsaan. Mata pelajaran MPV merupakan kesinambungan mata pelajaran Kemahiran Hidup tingkatan 1 hingga 3 di sekolah menengah rendah. Kurikulum MPV digubal dan ditokok tambah dengan kemahiran-kemahiran yang menjurus kepada bidang yang boleh memberi peluang kepada pelajar untuk menceburi alam pekerjaan selepas tamat persekolahan. Dengan memperkenalkan MPV dipercayai ia boleh meningkatkan peratusan penyertaan murid dalam bidang sains dan teknologi ke arah dasar 60:40.

Metodologi Kajian Dalam kajian ini, pengkaji menghuraikan metodologi kajian yang akan digunakan semasa menjalankan kajian. Perkara yang dibincangkan adalah reka bentuk kajian, prosedur kajian, tempat kajian, populasi dan persempelan kajian, instrumen kajian, keesahan soal selidik, kajian rintis dan kaedah penganalisaan data.

Rujukan Hassanor Ohman (2003), Kertas Kerja: Pentaksiran Kompetensi- Persijilan Modular Dalam Pentaksiran MPV Di Sekolah Menengah Akademik dalam Seminar Panel Latihan Unit Pendidikan Khas (1999). Definisi, Konsep Dan Dasar Pelaksanaan Dalam Pendidikan Khas. Johor: Unit Pendidikan Khas Jabatan Pendidikan Negeri Johor Pusat Perkembangan Kurikulum (Oktober 2001). Buku Penerangan Dan Panduan Penawaran Mata Pelajaran Vokasional Di Sekolah Menengah Akademik Harian, Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan.

You might also like