You are on page 1of 2

ILMU SHOROF (i)_(1/16) - Pendahuluan ILMU SHOROF Ketahuilah, bahawa Shorof itu adalah induk dari segala ilmu

uk dari segala ilmu dan Nahwu pula menjadi bapanya.

PENDAHULUAN

1.1

PENGERTIAN SHOROF/TASRIF

Menurut pengertian bahasa (lughah), SHOROF/TASRIF ialah berubah atau mengubah. Berubah dari bentuk aslinya kepada bentuk yang lain. Menurut pengertian istilah (menurut kalangan ulama shorof), SHOROF/TASRIF ialah berubah dari fiil madhi (bentuk asal pertama) kepada fiil mhdhori, mashdar, isim fail, isim maful, fiil amar, isim makan dan terakhir sampai pada isim alat. Tujuan dari perubahan bentuk tersebut adalah untuk memperoleh makna yang berbeza. Dari perubahan satu bentuk kata kepada bentuk kata yang lain dalam ilmu shorof dinamakan SHIGHOT (. ) Oleh yang demikian, ilmu yang mempelajari berbagai bentuk perubahan kata, dari asal usul kata dinamakan ILMU SHOROF.

1.2

SHIGHOT Shighot bererti bentuk kata. Ada tiga jenis shighot dalam Bahasa Arab, iaitu Fiil, Isim dan Huruf.

Dari segi Fiil ada empat macam shighot, iaitu: 1. 2. 3. 4. Fiil Madhi iaitu kata kerja lampau. Fiil Mudhori iaitu kata kerja sedang atau akan dating. Fiil Amar iaitu kata kerja perintah. Fiil Nahi iaitu kata kerja larangan.

Dari segi Isim ada sepuluh shighot, iaitu: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. Mashdar iaitu bentuk kata dasar atau kata terbitan. Mashdar Mim iaitu mashdar yang mendapat tambahan mim. Isim Fail iaitu kata nama yang menunjukkan pengertian pelaku. Sifat Musyabbihah bismi fail iaitu kata sifat yang disamakan dengan isim fail. Shighot Mubalaghah iaitu bentuk penyangatan yang biasa diertikan: Maha. Isim Tafdhil iaitu kata nama yang mengandungi pengertian lebih. Isim Maful iaitu kata benda yang menunjukkan pengertian penderita. Isim Makan iaitu kata benda yang menunjukkan pengertian tempat. Isim Zaman kata benda yang menunjukkan pengertian waktu. Isim Alat iaitu kata benda yang menunjukan pengertian alat.

1.3

WAZAN DAN MAUZUN WAZAN bererti timbangan (rumus). Maksudnya sesuatu yang dijadikan ikutan oleh kalimat-kalimat lain (mauzun). Sedangkan MAUZUN bererti yang ditimbang. Maksudnya sesuatu yang harus diikuti pada wazan (timbangan). Para ulama shorof telah menetapkan bahawa untuk menentukan atau mencari WAZAN (timbangan) itu berdasarkan tiga huruf yang terkunpul pada lafadz Faala :

Fa ( ) disebut Faul Fiil () Ain ( )disebut Ainul Fiil () Lam ( )disebut Lamul Fiil () Lafadz-lafadz Faala ( )dinamakan WAZAN kerana ia menjadi timbangan kalimat lain. Semua kalimat lain harus disebut seperti penyebutan kalimat yang menjadi wazan itu. Kalimat-kalimat lain ini dinamakan MAUZUN kerana ia mengikuti wazan atau ia yang ditimbang.

You might also like