You are on page 1of 9

KESIHATAN ASAS KEBAHAGIAAN Kesihatan melambangkan kekayaan dan Badan sihat, otak cerdas sering diungkapkan oleh orang

ramai. Oleh itu, kesihatan amat penting kepada kita dan kita wajar menjaganya dengan sempurna. Kita sanggup melakukan pelbagai aktiviti untuk mencapai tahap kesihatan optimum seperti mengambil pelbagai produk kesihatan dan ubat-ubatan. Langkah pertama yang perlu kita amalkan untuk menjaga kesihatan adalah dengan mengambil makanan yang berkhasiat dan seimbang setiap hari. Justeru, kita harus mengambil makanan daripada semua kelas makanan pada kadar yang betul seperti yang disyorkan oleh piramid makanan. Antara makanan yang berkhasiat termasuklah sayur-sayuran yang kaya dengan serat dan vitamin, bijirin, buah-buahan, hidupan laut, dan hasil tenusu yang membekalkan protein. Kita harus memastikan bahawa kita hanya mengambil makanan yang berkualiti sahaja. Selain pengambilan makanan yang seimbang dan berkhasiat, kita perlu beriadah dan melakukan senaman atau bersukan. Hal ini perlu ditekankan sekiranya kita jarang melakukan kerja berat. Dengan beriadah atau bersukan, kita dapat menggerakkan otot badan dan membolehkannya berfungsi dengan baik. Di samping itu, kita juga dapat membakar lemak yang berlebihan dan mengeluarkan peluh. Aktiviti bersenam juga dapat melancarkan pengaliran darah dalam tubuh ke jantung dan mengurangkan risiko penyakit jantung. Pihak kerajaan menggalakkan masyarakat melakukan aktiviti sukan untuk mencegah seseorang daripada menghidapi kencing manis, sakit jantung, dan tekanan darah tinggi. Akhirnya, ubat yang paling mujarab untuk mengekalkan kesihatan seseorang adalah dengan mempunyai rehat dan tidur yang secukupnya. Setiap orang digalakkan tidur tidak kurang daripada enam jam sehari. Kita juga harus berehat bagi mengekalkan kesihatan yang stabil. Orang yang tidak mempunyai rehat yang cukup tidak dapat menumpukan perhatian kepada kerja yang dilakukan dan melaksanakannya dengan baik. Malah mereka mudah berasa letih dan senang jatuh sakit. Oleh yang demikian, masa sekurang-kurangnya lapan jam sehari diperuntukkan untuk berehat dan tidur amat perlu ditekankan. Kesimpulannya, kerajaan amat menitikberatkan kesihatan rakyat dengan menyediakan pelbagai kemudahan kesihatan di samping melancarkan kempen Rakyat Sihat, Negara Maju. Rakyat yang sihat dapat menyumbang kepada pembangunan negara dan menjadi pekerja yang produktif. Justeru, setiap rakyat harus bertanggungjawab untuk menjaga kesihatan diri seperti kata cogan kata mencegah lebih baik daripada merawat. LARANGAN PELAJAR MENGGUNAKAN TELEFON BIMBIT KE SEKOLAH Teknologi yang canggih telah membantu manusia untuk melaksanakan pelbagai urusan dan menjadikan negara kita semakin maju. Ringkasnya, peralatan teknologi yang canggih dapat

membantu manusia membuat sesuatu kerja yang tidak termampu dilakukan oleh manusia. Sehubungan dengan itu, pelbagai alat teknologi seperti komputer, telefon bimbit, satelit dan sebagainya telah dicipta dari semasa ke semasa untuk kemudahan kita. Antara alat canggih yang telah dicipta oleh manusia, telefon bimbitlah yang paling biasa digunakan. Dengan adanya telefon bimbit, kita dapat menghubungi sesiapa sahaja walau di mana-mana pun hatta berada di tempat yang sangat jauh. Selain itu, pengendali telefon bimbit juga memperkenalkan perkhidmatan mesej pendek. Oleh itu, kita dapat menghantar berita dengan telefon bimbit, bukan lagi menggunakan perkhidmatan pos yang lambat dan berkos tinggi. Perkhidmatan ini lebih menjimatkan masa dan wang. Oleh itu, banyak orang menggunakan telefon untuk perkhidmatan ini. Selain itu, kamera serta pemain muzik juga telah dipasangkan pada telefon bimbit. Telefon bimbit juga semakin canggih hingga boleh melayari laman web dan juga menggunakan perkhidmatan 3G. Kebanyakan ibu bapa membeli telefon bimbit untuk anak-anak mereka kerana mudah dihubungi. Oleh itu, kita dapat melihat banyak murid yang mempunyai telefon bimbit termasuklah murid-murid sekolah rendah. Setelah mempunyai telefon bimbit, mereka dapat membuat apa-apa sahaja serta dapat pergi ke mana-mana sahaja kerana dengan kemudahan telefon bimbit, mudah sahaja hendak menghubungi mereka. Sebagai akibatnya, banyak murid akan membawa telefon bimbit ke sekolah walaupun tidak dibenarkan. Langkah kerajaan melarang penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar di sekolah memang tepat. Apabila pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah, mereka akan mengakibatkan banyak masalah disiplin. Mereka akan menunjuk-nunjukkan telefon yang dibelikan oleh ibu bapa mereka. Maka, sikap materialistik wujud dalam diri pelajar yang masih berusia muda itu. Pelajar yang tidak mempunyai telefon bimbit juga akan berasa tersisih kerana tidak ada teman berbual seperti kawan lain yang mempunyai telefon bimbit. Mereka berasa rendah diri dan tidak puas hati dan akhirnya mereka mungkin mencuri telefon bimbit orang lain. Kesannya, pihak sekolah pula terpaksa menguruskan kes kecurian sehingga menyebabkan proses pembelajaran terganggu. Soalnya, adakah patut kita membebankan guru dengan beban baharu, iaitu menjadi pegawai penyiasat kecurian telefon bimbit? Selain itu, pelajar tidak dapat menumpukan perhatian semasa guru sedang mengajar kerana mereka akan bermain dengan telefon bimbit. Seterusnya, apabila terdapat deringan telefon bimbit, proses pembelajaran dan pengajaran akan mengalami gangguan. Semasa ujian, pelajar juga boleh menggunakan telefon bimbit untuk menghantar mesej berbentuk jawapan kepada rakan yang lain. Perkara ini adalah amat tidak berakhlak dan tidak adil terhadap pelajar lain. Dengan telefon bimbit yang canggih, mereka dapat mengambil gambar serta mendengar lagu kegemaran mereka. Gejala seperti ini tidak patut berlaku di sesebuah sekolah. Selain itu, dengan menggunakan telefon bimbit, pelajar-pelajar dapat memuat turun gambar-

gambar atau klip-klip video yang tidak senonoh. Mereka akan berkongsi gambar atau klip video tersebut dengan rakan. Maka, pelajar akan mudah tepengaruh dengan gejala tidak sihat. Mengikut kajian, telefon bimbit akan mengeluarkan sejenis gelombang bunyi yang akan menjejaskan kesihatan. Tambahan pula, kini para pelajar masih dalam proses tumbesaran. Telefon bimbit tidak sesuai digunakan oleh murid-murid yang berusia muda kerana akan menjejaskan kesihatan mereka. Hakikat ini haruslah diberikan perhatian oleh setiap pihak. Mencegah itu lebih daripada merawat. Janganlah apabila kesihatan sudah terjejas, pihak lain pula dipersalahkan sedangkan mereka sudah diingatkan berkali-kali tentang kesan gelombang telefon itu. Tuntasnya, langkah kerajaan melarang penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar di sekolah sememangnya merupakan langkah yang bijak. Melalui perbincangan saya di atas, kita dapat mengetahui impak penggunaan sebuah alat yang canggih ini terhadap para pelajar. Bagi mengelakkan perkara-perkara tersebut berlaku, adalah lebih baik para pelajar menggunakan telefon bimbit apabila dewasa nanti kerana telefon bimbit memerlukan kos penggunaan yang tinggi. PEPATAH Cina ada menyatakan bahawa yang menggerakkan tubuh badan bukanlah kaki tetapi sebenarnya minda dan fikiran. Oleh itu, minda kita keseluruhannya perlu dipacu dengan ilmu pengetahuan, serta wajar diasah dan diasuh agar berfikir mencipta kegemilangan. PEMIKIR tersohor, Descartes menekankan bahawa membaca buku bermutu itu ibarat berdialog dengan orang-orang hebat atau pemikir-pemikir besar. Bahkan, buku dapat mempertemukan dan menghubungkan dunia masa silam dengan dunia pembaca masa kini. Betapa hebatnya pengaruh buku itu, sehinggakan Voltaire menegaskan buku mampu membakar semangat sesuatu bangsa dan mengubah dunia. APA gunanya kita mempunyai kemudahan yang canggih tetapi rakyat kita tidak mampu menggunakannya kerana mereka tidak celik minda dan tidak mempunyai pengetahuan. Hal ini boleh diumpamakan sebuah negara yang subur dan mempunyai banyak hasil bumi seperti emas, perak dan permata, tetapi semua itu akan menjadi sia-sia, sekiranya tenaga manusianya tidak berkualiti, tidak berpengetahuan dan tidak mampu menguasai teknologi. Kepentingan Kokurikulum Contoh Pendahuluan Kegiatan kokurikulum ialah kegiatan luar bilik darjah yang baik. Pihak sekolah sering mengingatkan pelajar agar terlibat secara aktif dalam kegiatan ini. Kegiatan ini perlu disertai oleh setiap pelajar kerana mendatangkan banyak manfaat. Contoh Isi Penting Kepentingannya ialah pelajar dapat membina keterampilan diri yang cemerlang. Karisma pelajar akan terserlah melalui kegiatan ini. Pelajar dapat menggunakan kesempatan yang ada untuk mencungkil bakat dan keupayaan dalam pelbagai bidang seperti sukan dan kepimpinan.

Contoh Penutup Kesimpulannya, kegiatan ini perlu menjadi keutamaan. Banyak faedah yang akan kita peroleh. Jadi, sertailah kegiatan kokurikulum dengan penuh bersemangat agar kita dapat menjadi pelajar yang aktif dan cemerlang. KARANGAN: FAEDAH-FAEDAH MEMPELAJARI KOMPUTER RANGKA KARANGAN PENDAHULUAN komputer amat diperlukan pada zaman ini amat penting kepada pelajar dititikberatkan oleh pihak kerajaan pelajar perlu celik komputer ISI-ISI PENTING (1) banyak faedah komputer kepada pelajar memudahkan pembelajaran menyimpan dan mengeluarkan maklumat dengan lebih cepat dan berkesan tidak memerlukan ruang yang banyak (2) mendapatkan maklumat tambahan daripada internet pengetahuan bertambah bertukartukar maklumat melalui e-mel menyenangkan pelajar mencari maklumat (3) mempercepat pembelajaran pelajar dapat belajar melalui peralatan komputer seperti CD menyeronokkan pembelajaran secara interaktif (4) mudah melakukan rujukan banyak perisian pelajaran yang dijual harganya berpatutan maklumat dapat disimpan diperoleh tanpa menghadapi kesukaran PENUTUP (komputer merupakan satu keperluan bukan lagi barangan mewah seperti dahulu harganya semakin murah mampu dimiliki oleh kebanyakan pelajar) KARANGAN: BUDI BAHASA AMALAN HIDUP KITA Ungkapan Menarik Budi dikaitkan dengan cara bertutur, ciri perwatakan yang semestinya melibatkan interaksi sesama manusia di atas buana Malaysia yang bertuah ini. Masyarakat menilai keperibadian seseorang individu berdasarkan tingginya nilai budi pekerti. Budi boleh dijadikan lambang bagi sesuatu bangsa. Generasi kini seharusnya menyambung tradisi yang tiada galang ganti agar amalan murni ini tidak ditelan oleh ledakan arus globalisasi yang cukup gawat.

Barangkali kita hanya memperoleh kejayaan daripada aspek pembangunan material manakala pembangunan kerohanian insan akan runtuh. Natijahnya, kita akan melahirkan bangsa yang tidak mempunyai sikap berbudi bahasa yang menebal dalam diri. Meladeni masalah ini, kerajaan cukup prihatin dengan kepincangan yang berlaku dalam masyarakat. Kerajaan telah mengorak langkah yang bijaksana. Konsep Islam Hadhari memberikan keutamaan kepada pembangunan peradaban manusia. Pembangunan fizikal yang seharusnya seiring dengan pembangunan insan sudah tentu akan melahirkan masyarakat Malaysia yang progresif dan dinamik. Guru seharusnya menjadi suri teladan kepada anak didik mereka. Warga pendidik haruslah menjaga kredibiliti institusi perguruan agar tidak hilang sirna serinya sebagai pembentukan akhlak insan. Peranan institusi keluarga tidak boleh dikesisikan. Perlakuan remaja ini sudah semestinya melanggar adat dan tatasusila yang menjadi norma dalam masyarakat. Masyarakat harus mempunyai swadaya untuk menegur perlakuan remaja ini. Peribahasa Bagaimana acuan beitulah kuihnya; bagaimana contoh begitulah gubahannya Pantun Bunga melati bunga di darat, Bunga seroja di tepi kali; Hina besi kerana karat, Hina manusia tidak berbudi. Tegak rumah kerana sendi, Runtuh sendi rumah binasa; Sendi bangsa ialah budi, Runtuh budi, runtuhlah bangsa.

Tingkap papan kayu bersegi, Sampan sakat di Pulau Angsa; Indah tampan kerana budi, Tinggi bangsa kerana bahasa. PERENGGAN PENUTUP Pelajar dikehendaki membuat kesimpulan daripada isi-isi penting yang telah dibicarakan. Pelajar juga dikehendaki menyatakan pendirian tentang tajuk yang dikemukakan. Ayat dalam perenggan penutup terdiri daripada ayat kesimpulan, ayat yang berupa cadangan, harapan, dan sebagainya.
Tulis sebuah ringkasan tentang kebaikan Internet. Internet antara teknologi yang berkembang pesat dan manusia banyak bergantung padanya. Dengan menekan kekunci komputer sahaja, seseorang itu dapat belayar ke seluruh dunia. Dengan protokol tertentu juga, komputer berkenaan mampu bertindak balas antara satu dengan yang lain. Seiring dengan kemajuan teknologi Internet, aplikasinya juga turut bertambah. Kebanyakan aplikasi Internet kini menjurus kepada perkongsian ilmu, pengetahuan, dan maklumat. Bukan sahaja makiumat statik yang terperinci serta gambar-gambar berwarna dapat diperoleh, beritaberita terbaharu juga mudah diterima. Dua pengguna dan berlainan negara boleh berbual-bual menerusi Chat Corner. Keadaan ni juga menjadikan Internet Iebih relevan dan menjadi medan kepada Iebih ramai ahli masyarakat untuk menggunakannya dan mendapat manfaatnya. Internet juga banyak menyediakan peluang yang seluas-luasnya untuk perniagaan dan kegiatan ekonomi sehingga ada yang mengambil kesempatan untuk menjual maklumat atau mengenakan bayaran bagi perkhidmatan mencari maklumat. OIeh itu, kita perlu bijak menggunakan Internet serta mengenal pasti aplikasi yang dapat memberikan maklumat tanpa dikenakan sebarang bayaran. Pengetahuan mi sesuai dengan hasrat menjadikan Internet sebagai wadah perkongsian ilmu untuk masyarakat global secara percuma. Pada laman sawangan mi, kita dapat melihat berjuta-juta video yang meliputi pelbagai perkara dan membolehkan kita berkongsi video yang dirakam dan dimuat naik ke dalam Internet. Sudah pasti kemajuan teknologi Internet mengurangkan kos penghantaran dan penerimaan maklumat bagi membolehkan Iebih ramai penduduk dunia menikmati teknologi ni. Natijah daripada hal in maka Iahirlah Iebih banyak komuniti bestari yang mengutamakan maklumat dalam urusan harian mereka. Kemajuan teknologi Internet juga membenarkan integrasi pelbagai bentuk data yang dapat disampaikan atau dicapai melalui telefon selular atau pelbagai peranti lain dan tidak terhad kepada komputer sahaja. Keadaan ni memaksa kita agar sentiasa meningkatkan kemahiran menggunakan Internet supaya relevan serta setara dengan tuntutan semasa. 1. Berikan maksud rangkai kata masyarakat global. [2 markah]

2. Apakah bahan-bahan yang akan diperoleh jika seseorang itu melayari internet?

3. Pada pendapat anda, bagaimanakah Internet dapat membantu pelajar dalam proses pembelajaran mereka?

tulis sebuah ringkasan tentang Iangkah-langkah penjimatan pada musim perayaan. (S3-1) Apabila tiba musim perayaan, para pengguna akan sibuk membeli-belah barangan keperluan. Biasanya mereka akan mernbeli-belah pada saat-saat akhir. Mereka berbuat demikian kerana aura dan kemeriahan suasana perayaan itu telah mula dirasai. Tambahan pula, peniaga sering menggunakan gimik jualan murah pada musim perayaan ini untuk memancing minat pembeli. Pembelian yang hendak dibuat haruslah mengikut bajet ekonomi keluarga. Keghairahan membuat persediaan dan menyambut hari perayaan memang tidak dapat disangkal lagi. Oleh yang demikian, pengguna perlu mendapatkan bantuan untuk berbelanja demi menyambut hari yang meriah tersebut. Pengguna diingatkan supaya tidak membeli barangan keperluan pada hari-hari akhir sebelum menjelangnya perayaan. Pada ketika itu, semua peniaga tidak berminat untuk melayan proses tawar-menawar harga. Orang ramai disarankan supaya membeli barangan keperluan semasa jualan murah pada luar musim perayaan. Harga barangan semasa jualan murah pada luar musim ini ternyata berbeza berbanding semasa musim perayaan. Sebahagian besar daripada pembelian adalah didorong oleh naluri. Pengguna dinasihatkan supaya tidak membuat pembelian secara spontan walaupun terdapat barangan yang kelihatan menarik. Pengguna yang bijak akan merancang keperluan dengan membuat senarai barangan yang diperlukan. Hal ini akan memudahkan dan menjimatkan masa para pengguna. Kita sepatutnya tidak terpengaruh oleh corak perbelanjaan rakan atau jiran. Seharusnya kita lebih memahami tahap kewangan serta implikasi daripada tabiat berbelanja yang melebihi kemampuan. Perabot, langsir, dan cat rumah tidak semestinya perlu ditukar setiap tahun. Barangan lama yang masih elok dan boleh digunakan adalah tidak bijak jika diganti. Kreativiti anda penting untuk mentransformasikan barangan lama agar kelihatan baharu. Begitu juga dengan juadah hari perayaan yang dihidangkan. Pengguna sendiri perlu mengetahui anggaran tetamu yang bakal berkunjung ke rumah pada masa hari perayaan. Hal ini sedikit banyak memudahkan anggaran perbelanjaan. Janganlah nanti kuih-muih akhirnya dimuatkan ke dalam tong sampah! Kepuasan berbelanja hanyalah nafsu yang tidak boleh diikutkan.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Supaya Poket Tidak Kosong, Mohd Tamsir Au & Halimah Mohd Arsat, Buletin Pen gguna, September 2009)

1 Berikan maksud aura dan kemeriahan dalam petikan. [2 markah]

2 Mengapakah orang ramai suka membeli-belah pada saat-saat akhir khususnya ketika hari perayaan hampir menjelang?

3 Pada pendapat anda, apakah kesan buruk jika berbelanja tidak berhemat? [4 markah]

You might also like