You are on page 1of 6

MEWUJUDKAN IKLIM BILIK DARJAH YANG KONDUSIF

Sistem sosial merupakan sesuatu sistem interaksi dan aktiviti manusia dalam masyarakat. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dalam bilik darjah bergantung kepada interaksi dan aktiviti di antara guru dengan pelajar-pelajarnya. Sehubungan ini, bilik darjah merupakan satu sistem sosial yang mana interaksi berlaku melalui aktiviti-aktiviti yang dirancangkan dan berlandaskan sesuatu strategi pengajaran dan pembelajaran. Ciri-ciri iklim bilik darjah yang kondusif

Iklim bilik darjah yang dikatakan baik mengandungi empat ciri utama seperti berikut; Hubungan yang saling hormat-menghormati di antara guru dengan pelajarpelajarnya. Kesukarelaan pelajar-pelajar menerima aspirasi dan peraturan bilik darjah yang diaturkan oleh pihak pentadbiran sekolah. Perasaan kekitaan yang timbul di antara pelajar-pelajar dengan guru-guru sebagai sebuah keluarga yang mesra dan bahagia. Kewujudan satu keadaan yang setiap pelajar melibatkan diri dalam kegiatan keilmuan dalam setiap kesempatan, termasuk usaha menggunakan bahasa dengan betul dan sesuai. Iklim bilik darjah yang baik adalah iklim bilik darjah yang terbuka dan akan menggalakkan pelajar bebas berinteraksi di antara pelajar dengan pelajar; pelajar dengan guru, serta bebas melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti dalam bilik darjah. Guru pula gembira bekerja dalam keadaan yang mesra dan sempurna. Iklim bilik darjah yang terbuka seperti ini merupakan iklim bilik darjah yang kondusif, dan iklim positif ini akan dapat membantu sekolah mencapai aspirasinya, seperti membentuk pelajar dengan sikap dedikasi, berinisiatif, rela bekerjasama, ramah dan mesra, spontan dan kreatif, serta lebih tinggi motivasinya.
Ringkasnya, iklim bilik darjah yang dikatakan kondusif adalah sebuah bilik darjah yang dikelolakan dengan baik, yang elok dipandang dan yang teratur susunannya. Keadaan ini akan memberi kesan cita rasa, semangat, kesejahteraan, dan bahagia kepada pelajar-pelajar yang menggunakannya untuk menjalankan aktiviti pembelajaran mereka. Iklim bilik darjah yang kondusif ini akan meningkatkan keberkesanan aktiviti pengajaran-pembelajaran. RUJUKAN

Mok Soon Sang (2008). Murid dan Alam Belajar. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Posted by I N D A H

http://impreschoolteacha.blogspot.com/2009/01/mewujudkan-iklim-bilik-darjah-yang.html

Ciri-ciri Bilik Darjah Kondusif


Ciri-ciri iklim bilik darjah yang kondusif
(i) Hubungan yang saling hormat-menghormati di antara guru dengan muridmuridnya.

(ii) Kesukarelaan murid-murid menerima aspirasi dan peraturan bilik darjah yang diaturkan oleh pihak pentadbiran sekolah. (iii) Perasaan kekitaan yang timbul di antara murid-murid dan guru-guru sebagai sebuah keluarga yang mesra dan bahagia. (iv) Kewujudan satu keadaan yang setiap murid melibatkan diri dalam kegiatan keilmuan dalam setiap kesempatan, termasuk usaha menggunakan bahasa dengan betul dan sesuai. (v) Iklim bilik darjah yang baik adalah iklim bilik darjah yang terbuka dan akan menggalakkan pelajar bebas berinteraksi di antara murid dengan murid, murid dengan guru, serta bebas melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti bilik darjah. Guru pula gembira bekerja dalam keadaan mesra dan sempurna. (vi) Iklim bilik darjah yang dikatakan kondusif adalah sebuah bilik darjah yang dikelolakan dengan baik, yang elok dipandang dan yang teratur susunannya. Keadaan ini akan memberi kesan cita rasa, semangat, kesejahteraan, dan bahagia kepada murid-murid yang menggunakannya untuk menjalankan aktiviti pembelajaran mereka. (vii) Di dalam bilik darjah, berbagai-bagai jenis interaksi boleh diwujudkan oleh guru untuk menambahkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Jenis interaksi ini yang diwujudkan biasanya berkait rapat dengan objektif pelajaran, pendekatan dan strategi pengajaran yang digunakan.
Posted by Mohd Ruslee B Mohd Salleh at 5:23 AM

http://kumpulansiswazahguru.blogspot.com/2010/03/ciri-ciri-bilik-darjah-kondusif.html
Menurut Savage (1999), susun atur fizikal bukan sahaja dapat mempengaruhi sikap pelajar malah juga sikap guru dan ini dapat menyumbangkan kepada peningkatan akademik serta memperelokkan tingkah laku pelajar. Suasana bilik darjah yang kondusif bukan sahaja akan menggalakkan pembelajaran yang menyeronokkan tetapi juga memberi ruang kepada pelajar untuk lebih mudah dan cepat memahami pelajaran dengan cara yang lebih efektif. Susun atur suasana fizikal memainkan peranan penting dan guru haruslah memainkan peranan,berusaha sebaik mungkin untuk penambahbaikkan daya tarikan bilik darjah .Sekiranya susunan dalam bilik darjah tidak dapat diatur seperti mana yang dirancangkan, maka ianya akan menghadkan apa dan bagaimana cara sepatutnya pembelajaran itu harus dijalankan.
Posted by NORZANITAat 4:42 PM0

http://zanitazul.blogspot.com/

HANYA PERKONGSIAN PERBEZAAN BILIK DARJAH KONDUSIF & TIDAK KONDUSIF


1.0 KONSEP PERSEKITARAN PEMBELAJARAN KONDUSIF Menurut Najeemah Md. Yusof (2006), pembelajaran merujuk kepada perubahan tingkah laku atau pengetahuan hasil daripada pengalaman. Pembelajaran ini pula dipengaruhi oleh persekitaran yang positif, atau disebut persekitaran pembelajaran kondusif iaitu merupakan satu komponen yang amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam konteks pendidikan, Choong Lean Keow (2008) mendefinisikan persekitaran pembelajaran yang kondusif sebagai iklim dan budaya bilik darjah secara menyeluruh yang merangkumi beberapa aspek seperti pola komunikasi, reka bentuk, pelan lantai dan susun atur ruang fizikal dan kebolehan guru mengurus murid-murid dalam bilik darjah. Bersandarkan maksud tersebut, dapat difahami bahawa persekitaran pembelajaran kondusif merupakan satu keperluan wajib untuk memungkinkan proses pembelajaran berlaku dengan lancar. Persekitaran yang kondusif ini merangkumi empat aspek iaitu persekitaran fizikal, persekitaran psiko-sosial, peraturan bilik darjah dan rutin bilik darjah. Persekitaran Fizikal Suasana fizikal boleh menyumbang kepada pembelajaran murid, kawalan kelas, hubungan murid dengan guru dan hubungan murid dengan murid (Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel, 2008). Persekitaran yang selesa, kemas dan ceria mampu menyeronokkan pengalaman pembelajaran murid. Secara umumnya, persekitaran fizikal di dalam bilik darjah merangkumi beberapa aspek seperti ditunjukkan dalam Rajah 2 berikut : Persekitaran Psiko-Sosial Menurut Ahmad Mohd Salleh (2008), psiko-sosial merujuk kepada hubungan antara keperluan emosi individu dengan persekitaran sosialnya. Persekitaran psiko-sosial yang sihat di dalam bilik darjah mempunyai ciri-ciri antaranya seperti suasana selesa, komunikasi terbuka, perkongsian idea dan lain-lain lagi. Peraturan Bilik Darjah Murid-murid di sekolah rendah memerlukan struktur dan prosedur-prosedur kerja yang jelas agar mereka boleh berfungsi dengan baik di dalam bilik darjah. Menurut Mok Soon Sang (2009), peraturan memfokuskan jangkaan atau standard tingkah laku yang spesifik atau umum. Apabila seseorang guru berjaya membentuk peraturan yang bersesuaian dengan aspek psiko-sosial murid-murid yang belajar di dalam bilik darjah berkenaan, proses pengajaran dan pembelajaran dapat berlangsung dengan terkawal tanpa sebarang gangguan seterusnya meningkatkan keberkesanan pemerolehan ilmu.

1.1

1.2

1.3

1.4

Rutin Bilik Darjah Di samping peraturan bilik darjah yang dipercayai mampu membantu meningkatkan pembelajaran dan mengawal disiplin, rutin bilik darjah atau disebut pensisteman bilik darjah juga dilihat sebagai salah satu aspek yang menyumbang ke arah pembelajaran yang berkesan. Menurut A.J. Michael (2008), adalah dibuktikan oleh penyelidik bahawa pensisteman bilik darjah menjadikan individu itu lebih yakin, tenteram dan mempunyai tujuan. Kebiasaannya, rutin atau tabiat harian menyemai perasaan penting, bertanggungjawab dan berguna kepada individu berkenaan. Salah satu cara yang terbaik untuk memupuk sifat-sifat terseut ialah menyediakan jadual tugas kelas. Dengan rutin demikian maka murid akan berasa bertanggungjawab sekaligus membantu membina kemahiran sosial dan emosi semasa interaksi dalam menjalankan tugas. 2.0 KONSEP BILIK DARJAH Menurut Asmah Haji Ahmad (1989), konsep bilik darjah adalah sentiasa berubahubah mengikut keadaan, suasana keperluan, kemampuan dan peredaran masa. Bilik darjah mempunyai berbagai cirri yang sama dan juga cirri yang berbeza. Cirriciri ini ialah, dari segi fizikal, social dan jiwa orang-orang di dalamnya. Dari segi fiizikal, mungkin sebuah bilik darjah di sekolah kampung berada dalam serba kekurangan, dan bilik darjah di sekolah bandar pula lengkap dengan berbagai bahan, dan alat kemudahan pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, aspek sosial pula, sekolah berada di kawasan yang aman, tenteram, dan ahli masyarakat di persekitaran sekolah terdiri daripada mereka yang berpendidikan tinggi dan sempurna, maka suasana sosial di sekolah juga akan menjadi baik, dan menggalakkan pembelajaran. Aspek emosi dan jiwa murid adalah bergantung kepada taraf hidup ibu bapa dan keadaan sosial keluarga. Dalam hal ini dan taraf sekolah juga memainkan peranan. Ada sekolah yang popular dan terkenal, dan tidak secara langsung mereka yang belajar di dalamnya akan merasa seronok, megah, bangga dan bermotivasi tinggi untuk belajar. Menurut Choong Lean Keow (2009), bilik darjah boleh dilihat dari dua perspektif sebagai satu tempat kerja dan sebagai satu sistem ekologi. Aspek tempat kerja merupakan tugas berhubung dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Sistem ekologi pula merupakan interaksi ekologi peribadi dengan ekologi bilik darjah. Menurut beliau lagi, bilik darjah merupakan satu tempat kerja bermaksud satu tempat di mana murid-murid datang ke sekolah untuk belajar dan guru datang mengajar selain itu, bilik darjah sebagai satu sistem ekologi adalah satu persekitaran khas (habitat) di mana kedua-dua guru dan murid (penduduk) saling berinteraksi bagi menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran (terus hidup). Menurut Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel (2008), bilik darjah merupakan satu tempat yang kompleks dan mempunyai banyak tuntutan. Aktiviti di

dalam biik darjah melibatkan orang, tugasan, ruang, masa dan bahan pembelajaran. 2.1 Bilik Darjah Yang Kondusif Menurut Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel (2008), pembelajaran akan berkesan sekiranya persekitarannya, iaitu bilik darjah diurus dengan baik agar murid-murid boleh bekerjasama, berkomunikasi dan berkongsi dengan teratur dan selesa. Bilik darjah yang kondusif merangkumi 4 aspek utama iaitu persekitaran fizikal, persekitaran psiko-sosial, peraturan bilik darjah serta rutin bilik darjah. Persekitaran fizikal boleh menyumbang kepada pembelajaran murid, kawalan kelas, hubungan murid dengan guru dan murid dengan murid lain. Persekitaran yang selesa, kemas dan ceria mampu menyeronokkan pengalaman pembelajaran murid. Faktor yang memberikan kesan kepada persekitaran psiko-sosial yang sihat adalah pendekatan pengajaran, gaya kepimpinan guru, bentuk komunikasi dan corak interaksi yang beliau wujudkan di dalam bilik darjah. Fungsi peraturan dan rutin dijalankan secara serentak kerana setiap aktiviti murid-murid perlu ada pengawasannya. Peraturan dan rutin dibincangkan bersama guru dengan murid untuk memberikan keselesaan kedua-dua belah pihak.
http://putranamza.blogspot.com/2011/03/hanya-perkongsian-perbezaan-bilik.html Pengurusan bilik darjah didefinisikan sebagai tindakan dan strategi yang digunakan untuk mengekalkan peraturan bilik darjah. Ia merupakan proses yang melibatkan penyusunan fizikal sesebuah bilik darjah, serta galakan komunikasi dan interaksi antara murid. Seorang guru perlu membina keadaan bilik darjah yang kondusif serta berkesan dalam menghadapi tingkah laku murid.d di sini guru merupakan pengurus bilik darjah. Suasana fizikal bilik darjah adalah penting bagi pembelajaran sebab ia boleh menggalakkan atau menghalang pembelajaran. Suasana bilik darjah yang teratur merupakan sebahagian daripada pengajaran yang berkesan. Menurut Marland (1975), suasana fizikal bilik darjah mungkin merupakan kawan atau musuh dalam pengajaran. Ruang bilik darjah perlu diurus bersesuaian dengan aktiviti pengajaran. Tempat duduk perlu disusun,papan kenyataan dihias dan karel pembelajaran dan rak-rak buku perlu dipasang. Di samping itu, pengurusan bilik darjah juga termasuk menunjukkan sikap positif terhadap sekolah dan pembelajaran secara umum. Seorang guru harus sentiasa menunjukkan contoh yang baik kepada anak murid mereka. Mereka juga

terpaksa mengurus dan memproses sebahagian besar kerja-kerja perkeranian contohnya memberi gred kertas ujian murid, menanda tugasan mereka, memasukkan keputusan peperiksaan dalam buku kemajuan mereka, menanda kehadiran harian dan kerja-kerja yang lain. Bagi memainkan peranan sebagai pengurus yang berkesan, kita perlulah memahami

kesukaran situasi bilik darjah dan mengenali faktor-faktor yang boleh membantu untuk menghasilkan suasana pembelajaran yang sihat. Terdapat beberapa faktor-faktor yang menyumbang kepada suasana tersebut. Antaranya termasuklah: i) Faktor fizikal Persekitaran fizikal bilik darjah perlu menarik kerana ia merupakan kondusif untuk pembelajaran. Guru perlu memastikan lampu dan kipas berfungsi dan peredaran udara dalam bilik darjah berada dalam keadaan baik. Susunan tempat duduk haruslah menghala kepada papan tulis. Almari, bakul sampah dan lain-lain hendaklah diletakkan di bahagian belakang agar tidak mengganggu proses pembelajaran ii) Faktor sosial Guru perlulah membina peraturan dan prosedur untuk mentadbir ak

You might also like