You are on page 1of 2

ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU

TUGASAN PENULISAN REFLEKSI Jabatan Ilmu Pendidikan IPGM Kampus Pendidikan Teknik telah menjalankan Hari Ilmu Pendidikan yang bertemakan Cabaran Guru Permulaan pada 14 dan 15 Oktober 2010. Terdapat banyak aktiviti yang bermanfaat yang telah dirancang oleh Jabatan Ilmu Pendidikan sempena hari ini. Sasaran aktiviti ini ialah kepada guru-guru pelatih semester 8 dan KPLI yang akan mula berkhidmat sebagai guru baru pada tahun hadapan. Tugasan saya ialah membuat refleksi berkaitan tentang pengurusan Majlis Konvokesyen Prasekolah. Aktiviti ini banyak memberikan saya pengetahuan dan pengalaman tentang prinsip-prinsip pengurusan yang perlu diamalkan demi

melancarkan lagi majlis tersebut. Pada pendapat saya bukan mudah untuk menguruskan majlis tersebut kerana kumpulan yang terlibat adalah golongan kanakkanak berusia antara 5 hingga 6 tahun. Pemilihan jawatankuasa perlu dijalankan dengan teliti demi memastikan kelancaran majlis tersebut. Sebagai langkah pertama pengurusan yang mantap, mesyuarat perlu dijalankan untuk memberikan gambaran jelas kepada semua jawatankuasa akan tugas yang perlu dijalankan oleh mereka. Sebagai seorang guru kita perlu merancang dengan terperinci dan melihat dari semua sudut di samping memikirkan sebarang kemungkinan yang akan berlaku. Kita sebagai guru perlu bertindak sewajarnya andainya terdapat sebarang masalah yang timbul dan sentiasa bersedia dengan perancangan lain yang boleh membantu menyelesaikan masalah tersebut. Majlis ini juga telah menunjukkan kepada saya bahawa sebagai seorang jawatankuasa pengurusan kita perlu memberikan kerjasama yang mantap dengan semua orang untuk memudahkan majlis tersebut. Komunikasi dua hala sangat diperlukan untuk membolehkan sebarang teguran dan penambahbaikan dilakukan dari semasa ke semasa.

Majlis konvokesyen ini juga boleh dikaitkan dengan teori kepimpinan yang telah saya pelajari dalam subjek EDU 3108. Di dalam menguruskan majlis konvoksyen ini memperlihatkan kepada saya bahawa betapa kita memerlukan tret-tret yang positif seperti yang dicadangkan dalam teori tret. Stogdill (1974) mencadangkan sebagai pemimpin kita perlu memiliki tret-tret yang positif seperti boleh bekerjasama, membuat keputusan, keyakinan diri yang positif serta rela menerima tanggungjawab dengan baik. Selain itu, dalam menguruskan majlis ini juga, seorang pemimpin perlu mempunyai kemahiran-kemahiran sosial yang baik serta mampu untuk mentadbir dengan baik. Tret-tret ini perlu diamalkan oleh setiap pemimpin yang terlibat dalam pengurusan untuk memastikan kelancaran sesuatu majlis. Majlis ini juga menunjukkan kepada saya bahawa seorang pemimpin perlu menjalankan tanggungjawab secara semulajadi bukannya dikawal atau setelah diarahkan. Mengikut teori tingkah laku Y, seorang pemimpin seharusnya rajin, melihat sesuatu kerja sebagai perkara semula jadi seperti positif terhadap kerja, bercita-cita tinggi dan sebagainya. Leadership concern iaitu keprihatinan terhadap penghasilan dan manusia juga amat diperlukan dimana pemimpin perlu mengekalkan hubungan baik dengan jawatankuasa yang lain serta bermatlamat mencapai tujuan organisasi. Di samping mencapai matlamat organisasi kita juga mampu mewujudkan sokongan dan hubungan erat sesama manusia dalam menguruskan aktiviti tersebut. Manakala mengikut teori situasi, kejelasan struktur seorang pemimpin perlu pasti akan tanggungjawab masing masing dalam menjalankan tanggungjawab masingmasing. Jika seorang pemimpin tidak mengetahui tanggungjawab mereka makanya majlis konvokesyen ini tidak akan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Dari sudut kanak-kanak, memperlihatkan kepada saya bahawa mereka sangat mudah dilentur. Mudah bagi mereka untuk mengikut arahan. Jadi sebagai guru, amatlah penting untuk menerapkan nilai-nilai positif semasa mereka sedang kecil supaya menjadi modal insan yang cemerlang dewasa nanti. Kesimpulannya, majlis konvokesyen ini telah membuktikan pentingnya seorang pemimpin mengamalkan prinsip pengurusan yang mantap di samping mempunyai cirri-ciri kepimpinan yang terbaik.

You might also like