You are on page 1of 3

Refleksi Nama: Mohd Alif Adham Bin Mohd Arif

Alhamdulillah, akhirnya tugasan hubungan etnik ini dapat saya siapkan bersama dengan ahli kumpulan yang lain dalam masa yang telah ditetapkan. Sepanjang menyiapkan tugasan ini, terdapat banyak cabaran yang kami tempuhi. namun dengan kekuatan yang telah diberikan oleh Allah SWT dapat juga kami siapkan dengan jayanya. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada encik wan adi selaku pensyarah bagi subjek ini kerana telah memberikan kami panduan untuk menghasilkan kerja kursus ini. Tidak lupa juga ribuan terima kasih kepada rakan-rakan terutama ahli kumpulan saya yang lain, kerana telah memberi komitmen yang terbaik sepanjang pembikinan tugasan ini berlangsung. Dalam tugasan ini, kami perlu mengkaji tentang perlembagaan persekutuan Malaysia yang menjadi tonggak utama Negara kita dalam setiap aspek. Di samping itu, kami juga perlu menyediakan sebuah peta minda berkenaan dengan perlembagaan Malaysia yang terdiri daripada konsep perlembagaan dan juga unsur perlembagaan. Seterusnya, kami juga dikehendaki untuk menyediakan satu kronologi yang menunjukkan sejarah penggubalan perlembagaan sehingga penubuhan Malaysia. Kami juga telah menghasilkan satu laporan secara menyeluruh berkaitan isu-isu yang menyentuh tentang perlembagaan yang telah menjadi topik hangat yang sedang dibincangkan oleh masyarakat. Isu-isu ini adalah dari segi bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, kedudukan agama islam sebagai agama rasmi, kedaulatan rajaraja Melayu dan juga hak keistimewaan orang Melayu. Melalui segala tugasan yang telah saya lakukan, saya dapati secara tidak langsung banyak perkara yang telah saya pelajari. Antaranya ialah saya dapat mengetahui dengan lebih mendalam tentang bagaimana perlembagaan yang menjadi tonggak utama dalam pentadbiran di Negara Malaysia dibentuk. Walaupun saya telah pelajarinya semasa berada di sekolah dahulu, namun, pendedahan ini telah meningkatkan lagi pemahaman saya tentang perlembagaan kita. Di samping itu, saya

turut

dapat

mengimbau

kembali

kronologi-kronologi

semasa

penggubalan

perlembagaan negara kita. Perkara ini merupakan sesuatu yang penting dalam saya mengenal asal-usul tanah air saya dan bagaimana proses perkembangannya. Ini secara tidak langsung telah meningkatkan tahap pemahaman saya dan telah membuatkan saya lebih menghargai serta mencintai tanah air saya. Perkara yang paling penting yang saya pelajari sewaktu penghasilan tugasan ini ialah, saya telah mendapat satu pendedahan baru mengenai suasana sebenar politik dan juga masyarakat di Malaysia. Jika sebelum ini saya tidak begitu ambil peduli tentang perkara ini, tetapi sekarang saya menjadi lebih peka dengan situasi yang bermain di Negara kita. Melalui kerja kursus ini juga telah membuatkan saya sedar akan situasi masyarakat sekarang terutamanya kaum pendatang seperti kaum cina dan india yang seakan-akan lupa daratan. Mereka semakin berani untuk mencabar hak keistimewaan orang-orang Melayu dan juga bumi putera. Mereka juga sudah semakin ghairah menyentuh hal-hal sensitif yang berkaitan dengan orangorang Melayu dan bumiputera. Sedangkan mereka hanyalah pendatang yang telah diterima atas belas ihsan orang Melayu untuk menjadi warganegara suatu ketika dahulu. Oleh itu, perkaraperkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku kerana mereka patut sedar akan kedudukan mereka sebagai bangsa yang bukan asalnya daripada tanah Melayu. Tambahan pula, perkara-perkara yang sering dipersoalkan oleh mereka itu adalah sudah termaktub di dalam perlembagaan yang telah dipersetujui oleh semua pihak sewaktu ia ditubuhkan suatu ketika dahulu. Oleh itu, mereka tidak sepatutnya mempersoalkan lagi tentang halhal sedemikian kerana ia seolah-olah mencabar perlembagaan Negara kita. Selain daripada itu, kita dapat lihat pada dunia hari ini yang mana, kuasa orangorang Melayu dan bumiputera hanyalah bergantung kepada perlembagaan. Sekiranya tiada lagi perlembagaan ini maka, kita bakal merempat dibumi sendiri. Ini kerana jika dibandingkan penguasaan bangsa bumiputera dalam sektor-sektor lain seperti ekonomi, akademik dan teknologi, kaum kita masih jauh ketinggalan di belakang kaumkaum lain. Kekuatan kita sekarang hanyalah berpegang kepada politik. Jika bidang ini juga dikuasai oleh kaum lain maka, masa depan kaum kita bakal goyah.

Oleh itu, setiap orang perlulah sedar dan mengambil cakna akan perkara ini dan berusaha untuk membela nasib bangsa kita. Di samping itu, sebagai rakyat Malaysia, kita perlulah sentiasa mematuhi perlembagaan Negara kita dan tidak berusaha untuk mempersoalkannya. Ianya seiring dengan rukun negara yang ketiga iaitu keluhuran perlembagaan. Selain itu, kita juga haruslah sentiasa hormat-menghormati antara satu sama lain serta menjaga sensitiviti kaum-kaum lain. Dengan ini barulah negara kita akan sentiasa menjadi aman damai dan bersatu-padu seterusnya dapat memangkin pembangunan Negara kita supaya terus berkembang maju dan dihormati di mata dunia.

You might also like