You are on page 1of 1

APAKAH MAKNA LAISSEZ-FAIRE DAN VERNAKULAR?

Laissez-Faire bermaksud bebas.Laissez-Faire didalam pendidikan ialah sistem pendidikan yang bebas daripada campur tangan kerajaan.Sistem sekolah pada ketika itu sama sekali tiada campur tangan dari pihak kerajaan.Sekolah mempunyai kebebasan dalam menentukan segala sistem di dalam sekolah. Pada keseluruhannya, pendidikan di zaman penjajahan Inggeris ialah bersifat bebas atau laissez-faire kerana terdapat lima jenis pendidikan yang telah diwujudkan tidak mempunyai keseragaman, iaitu Inggeris, Melayu, Cina, Tamil dan agama Islam. Setiap jenis sekolah itu mempunyai falsafah dan hala tuju pengajaran dan kurikulum yang berbeza. Akibat kewujudan sistem ini yang kurang mempunyai sistem kawalan peringkat pusat telah menyebabkan konsep intergrasi atau perpaduan kaum sukar dilaksanakan.Vernakular pula bermaksud (linguistik) berkenaan (dengan) penggunaan bahasa atau dialek yang dipertuturkan oleh sesuatu golongan atau kaum dalam masyarakat .Sekolah vernakular merujuk kepada sekolah yang menggunakan bahasa ibunda dalam pelaksanaan penyelidikan dan pembangunan (P&P) di sekolah.

You might also like