You are on page 1of 15

SURAH AL BALAD AYAT 1-20

Terjemahannya: 1. Aku bersumpah Dengan negeri (Makkah) ini; 2. Sedang Engkau (Wahai Muhammad) tinggal di negeri

ini (sentiasa ditindas),


3. Demi manusia Yang melahirkan zuriat, dan zuriat Yang

dilahirkannya;
4. Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia sentiasa

Dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran (jasmani dan rohaninya);

5. Patutkah manusia Yang demikian keadaannya

(terpedaya Dengan kekuasaan Yang ada padanya dan) menyangka Bahawa tidak ada sesiapapun Yang dapat mengatasi kekuasaannya (dan menyeksakannya)?
6. Manusia Yang demikian keadaannya (tidaklah patut

ia bermegah-megah Dengan kekayaannya dan) berkata: Aku telah habiskan harta benda Yang banyak (dalam usaha menegakkan nama dan bangsa).

7. Adakah ia menyangka bahawa tidak ada sesiapapun

Yang melihatnya (dan mengetahui tujuannya menghabiskan harta bendanya itu?


8. (Mengapa manusia terpedaya dan bermegah-

megah?) tidakkah Kami telah menjadikan baginya: dua mata (untuk ia memerhatikan kekuasaan dan kekayaan Kami?) 9. Dan lidah serta dua bibir (untuk ia

menyempurnakan sebahagian besar dari hajathajatnya)?

10. Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan,

(jalan kebaikan untuk dijalaninya, dan jalan kejahatan untuk dijauhi)?


11. Dalam pada itu manusia tidak (memilih jalan kebaikan)

merempuh masuk mengerjakan amal-amal Yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan;


12. Dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui: apa Dia

amal-amal Yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan itu?


13. (di antara amal-amal itu bagi orang Yang mampu)

ialah: memerdekakan hamba abdi;

14. Atau memberi makan pada hari kelaparan 15. Kepada anak yatim dari kaum kerabat,

16. Atau kepada orang miskin yang terlantar di atas

tanah.
17. Selain dari (tidak mengerjakan amal-amal) itu, ia

(tidak pula) menjadi dari orang-orang yang beriman dan berpesan-pesan dengan sabar serta berpesanpesan dengan kasih sayang.

18. (Ketahuilah! Bahawa orang-orang Yang beriman

serta berusaha mengerjakan amal-amal Yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan), merekalah golongan pihak kanan (yang akan beroleh Syurga).
19. Dan (sebaliknya) orang-orang Yang kufur ingkar

akan ayat-ayat keterangan kami, merekalah golongan pihak kiri. 20. Mereka ditimpakan (azab seksa) neraka Yang

ditutup rapat (supaya kuat bakarannya).

1.MUQADDIMAH
Al Balad yang bermakna NEGERI, termasuk dalam

surah makkiyah, diturunkan sesudah surah Qaaf. Ia mengandungi 20 ayat, 82 kalimah, dan 320 huruf.

2.SYARAH TAFSIR Surah ini dimulakan dengan sumpah. Banyak surah yang

dimulakan dengan sumpah. Ia menandakan selepas daripada sumpah itu, Allah ingin menyampaikan perkara yang sangat penting.
Allah bersumpah dengan al Baladyang merujuk kepada

Mekah. Ini menunjukkan bahawa tanah Mekah merupakan tanah yang mulia dan diberkati Allah. Ia juga dikenali dengan tanah haram yang memberi erti bahawa banyak perkara tidak boleh dilakukan ketika berada dalam tanah haram. Antaranya mencabut tumbuhannya, membawa balik sesuatu yang menjadi milik tanah haram seperti tanah dan batunya.

Ayat 2 merujuk kepada Nabi Muhammad s.a.w.

bertujuan untuk memuliakan rasulullah s.a.w. yang dilahirkan di tanah yang mulia, dan dilantik sebagai nabi terakhir di tanah yang mulia.
Allah ingin menekankan dalam ayat 4 bahawa

manusia sentiasa dalam keadaan kesusahan, sama ada jasmani dan rohani. Antara kesusahan yang dialami manusia ialah susah menyara kehidupan, susah melahirkan anak, susah mencari harta benda, susah beramal kebajikan dan lain-lainnya. Kesusahan fizikal yang berlaku biasanya membawa kepada kesusahan kepada rohani juga.

Sebab itu dalam ayat ke 5, Allah membuat pertanyaan

adakah manusia mengira tiada seorang yang dapat berkuasa terhadapnya? bertujuan mengingatkan manusia yang lupa asal usul, bahawa segala harta yang diperolehi dan ke mana dibelanjakan akan ditanya oleh Allah. Lihatlah ayat 7 menekankan bahawa Allah maha mengetahui segala isi hati manusia walaupun makhluk lain tidak mampu membongkarnya.
Seterusnya Allah mengingatkan manusia dalam ayat 8

dan 9 bahawa segala nikmat yang besar-besar seperti kurniaan dua mata, lidah dan bibir merupakan kurniaan Allah sebagai bukti kekuasaan dan kekayaanNya.

Rasulullah s.a.w. bersabda dalam hadis qudsi yang

maksudnya, Allah berfirman: Hai anak Adam, Aku telah memberimu nikmat yang amat banyak, engkau tidak akan dapat menghitungnya dan mensyukurinya. Dua mata untuk engkau melihat dengannya dan aku beri tutup maka gunakan untuk melihat benda yang Aku halalkan dan apabila engkau melihat benda yang Aku haramkan maka tutuplah matamu. Juga Aku beri lidah kepadamu, juga Aku beri alat penutupnya, maka gunakannya untuk mengucapkan apa yang Aku perintahkan dan halalkan bagimu, jika ada sesuatu yang aku haramkan maka tutuplah rapat-rapat lidahmu, juga aku berikan kepadamu kemaluan dan Aku beri tutup, maka pergunakanlah kemaluanmu itu untuk apa yang Aku halalkan dan jika ada sesuatu yang Aku haramkan maka tutuplah. Hai anak Adam, engkau tidak sanggup menanggung murkaKu dan tidak kuat menerima seksa pembalasanKu.

Lalu Allah menyebutkan dalam ayat ke 10 bahawa

manusia diberi pilihan sama ada mengikuti jalan baik atau jalan jahat[1].
Tapi manusia tidak mahu menempuh kesusahan(ayat

11) dengan melakukan kebajikan seperti memerdekakan hamba(ayat 13), memberi makanan kepada orang yang kebuluran(ayat 14) atau kepada anak yatim dan kaum kerabat(ayat 15), atau kepada orang miskin yang melarat(ayat 16).

Umumnya manusia terbahagi kepada dua golongan

iaitu kanan dan kiri. Golongan kanan(ayat 18) ialah ahli syurga yang berpesan-pesan dengan kesabaran dan kasih sayang di dunia(ayat 17). Manakala golongan kiri merupakan orang-orang kafir(ayat 19) yang sengsara hidupnya di akhirat akibat dihumban ke dalam neraka yang bersifat menutup mereka(ayat 20).

3.PENGAJARAN Allah mengurniakan harta benda kepada manusia

sebagai amanah untuk diuruskan dengan sebaiknya menurut syarak kerana ia akan disoal dari mana diperolehi dan bagaimana dibelanjakan. Hargailah anggota tubuh badan yang dikurniakan Allah dengan mentaatiNya, bukan mengingkariNya. Allah yang bersifat Maha Adil telah menyediakan dua jalan untuk kita lalui atas mukabumi ini, dan jalan yang kita pilih itu akan menentukan sama ada kita dibalas syurga atau neraka.

You might also like