P. 1
Fartlek

Fartlek

|Views: 133|Likes:
Published by Khairulmuna Anoor

More info:

Published by: Khairulmuna Anoor on Mar 26, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

04/10/2013

pdf

text

original

Sections

26/01/2010 pada 3:23 am (Pendidikan seni visual, Sejarah Seni di Malaysia 1)

Sejarah Awal Seni Visual

Terdapat kepercayaan bahawa pengembara- pengembara Eropah dan Inggeris telah meminta

pelukis-pelukis negeri-negeri Selat yang berketurunan Cina atau Melayu untuk melukis

gambaran kehidupan tempatan yang bermotifkan flora dan fauna. Ini disebabkan oleh minat

mereka atau sebagai rekod sejarah. Lukisan-lukisan dan catan-catan tersebut banyak

ditempah oleh pegawai-pegawai Syarikat Hindia Timur yang ditempatkan di Malaya.

Pihak Inggeris telah memperkenalkan genre lukisan/ catan lanskap dalam aliran Realisme,

zaman Pre-Raphelites, Turner dan Constable. Ini telah berterusan sehingga abad ke 19

apabile Seni Eropah terutamanya Seni Perancis mula memberi kesannya kepada seluruh

rantau dengan pergerakan-pergerakan seni seperti aliran Impresionisme, Kubisme,

Surealisme, Futurisme dan Konstruktivisme.

Sumbangan golongan Cina kepada perkembangan seni Malaysia dan Singapura berpunca

daripada pendatang dan pelawat Cina seperti Xu Beihong yang telah bermastautin di Pulau

Pinang untuk beberapa tahun. Mereka juga telah berkunjung ke Singapura untuk sesuatu

jangka masa. Mereka telah menerima pendidikan dalam lukisan berus Cina dan kaligrafi di

China.

Pada mulanya penghijrah-penghijrah awal dari China adalah untuk mencari sara hidup. Seni

halus tidak pernah difikirkan . Hanya selepas mereka bertapak kukuh dan berjaya dalam

kehidupan, barulah terdapat beberapa penghijrahan berdasarkan kretiviti artistik mereka.

Terdapat yang terlibat dalam pendidikan Seni dan ada pula yang menjadi pelukis amatur.

Antara yang berjaya dalam bidang seni ialah Lee Kah Yeow, Wang Yau, Reverend Chuk

Mor, Reverend Pak Yuen, Chai Horng, Chung Hong Kong dan Zhen Wei Sin.

Kesimpulannya pada awal tahu 1920an terdapat pelukis yang mempamerkan hasil karyanya.

Pameran seni lukis yang terawal di singapura ialah pameran Lian Xiao Oh pada tahun 1924.

Disusuli pula dengan pameran pastel He Qui Qo pada tahun 1926.

Aktiviti-aktiviti seni yang awal di Pulau Pinang bermula apabila pengasasan Pulau Pinang

pada tahun 1786 oleh Sir Francis Light di bawah Syarikat Hindia timur. Pelukis-pelukis

Inggeris yang tinggal di Pulau Pinang gemar melukis pemandangan laut dan keindahan alam

semulajadi pulau itu. Kemungkinan terdapat pelukis tempatan yang membekalkan lukisan-

lukisan kepada para penaung Syarikat Peniagaan Eropah.

Perkembangan seni lukis moden boleh dikesan sehingga tanuh 1920an semasa kumpulan

penang Impressionist ditubuhkan. Kumpulan ini terdiri daripada ekspatriat Eropah yang

kebanyakannya merupakan surirumah bangsa Inggeris. Disebabkan sikap-sikap kolonialistik

pada masa itu, pelukis-pelukis tempatan Pulau Pinang tidak dibenarkan menyertai Penang

Impressionist. Dua orang pelukis tempatan yang diterima menganggotainya ialah Puan Lim

Cheng Kung dan Abullah Ariff. Abdullah Arif diterima dalam kumpulan itu kerana

perkhidmatan beliau sebagai pendidik seni diperlukan, manakala Puan Lim pula isteri

seorang jutawan yang dapat memberi sokongan kewangan.

Tahun 1920an merupakan peringkat yang penting dalam sejarah seni lukis Pulau Pinang.

Yong Mun Seng telah datang ke Pulau Pinang dari Singapura dan mendirikan studio seninya.

Pelukis pertama yang mengadakan pameran seni lukis di Malaysia adalah Ooi Hwa yang

telah mempamerkan karya-karyanya di Pulau Pinang pada tahun 1927. Ooi Hwa dan Lee

Cheng Yong mungkin merupakan pelukis pertama yang pergi ke luar negeri untuk

mempelajari seni di Akademi Seni Halus Shanghai. SITC (Sultan Idris Training College)

ditubuhkan pada tahun 1922. Mata pelajaran Pendidikan Seni diajar di samping subjek-subjek

lain. Komponen subjek Pendidikan Seni diajar bersama-sama dengan pertukangan tangan

seperti membuat bakul dan lain-lain seni pertukangan rakyat ketika itu.

Sukatan Pelajaran yang digunakan adalah pelajaran menggunakan mengkuang untuk

membuat bakul bagi tahun pertama. Mereka dikehendaki mencipta corak-corak baru dengan

menggunakan rotan dan buluh. Kerja-kerja tahun pertama disambung pada tahun ke dua dan

penggunaan rotan dan buluh adalah lebih meluas lagi pada tahun ke tiga. Buku teks yang
digunakan ialah ‟Kitab Rajah-rajah Anyaman‟ oleh guru anyaman Mr. W. Olaguera.

Penuntut-penuntut diberi pilihan untuk pertukangan kayu bagi melatih membuat perabot-

perabot seperti meja kecil, almari buku, tongkat dan sebagainya. Dalam tempoh tiga tahun

terdapat enam kelas pertukangan kayu. Pilihan seterusnya adalah menjilid buku di mana

hanya sebahagian kecil penuntut tahun tiga sahaja yang mengikutinya. Menganyam jaring

bagi permainan bola sepak, hoki dan bola tampar. Pertukangan tanah liat di mana hanya

sebilangan penuntut sahaja dipilih untuk belajar membuat tempat bunga, periuk dan lain-lain

daripada tanah liat.

Pada tahun 1935, sekumpulan pelukis di Singapura merupakan penuntut Sekolah Seni Halus

Shanghai, Sekolah Seni Shanghai dan Universiti. Mereka telah menubuhkan Salon Art

Studies Society yang kemudiannya ditukar kepada Persatuan Pelukis-pelukis Cina.

Persatuan ini menumpukan perhatian kepada perlaksaan pameran karya-karya pelukis asing,

terutamanya karya pelukis-pelukis HongKong dan Cina. Pelukis tempatan turut diberi

peluang untuk meluaskan pengalaman. Pameran tahunan mereka telah menjadi tradisi

berterusan tanpa sebarang sekatan melainkan pada tahun-tahun peperangan 1942 hingga

1945. Ramai ahlinya merupakan staf Akademi Seni Halus Nanyang.

Akademi Seni Halus Nanyang diasaskan pada tahun 1938 oleh pengetuanya, Lim Hak Tai.

Lim Hak Tai, seorang pelukis ternama dan berwawasan memperkembangkan kesenian

dengan menubuhkan institusi yang pertama dan paling lama di Singapura. Di antara pelukis-

pelukis terkenal yang menjadi tenaga pengajar ialah Cheong Soo pieng, Georgette Chen Li

Ying, Chen Wen His dan Chen Chong Swee. Para pelukis ini telah datang ke Singapura

selepas Perang Dunia ke Dua. Mereka dilatih di akademi-akademi Seni di Shanghai, kanton

dan Amoy. Mereka juga didedahkan kepada pengaruh modenis aliran-aliran di Paris.

Pelukis-pelukis Nanyang memainkan peranan yang besar dalam perkembangan tradisi seni

moden di Malaysia dan Singapura melalui aktiviti-aktiviti mereka. Mereka terkenal kerana

menggabungkan konsep Barat dan Timur dalam hasil karya mereka, yang kemudiannya

dikenali sebagai Nanyang. Apabila Cheng Yong kembali pada tahun 1932, beliau

mengadakan pameran solo di Philomatic Union, Acheen Street. Pameran ini telah memberi

kesedaran kepada pelukis-pelukis tempatan yang telah melukis bersendirian dan tidak sedar

akan kewujudan pelukis-pelukis lain.

Pada tahun 1936, pelukis-pelukis Cina telah berkumpul di bawah pengaruh Yong Mun Sen,

dan menubuhkan Kelab Seni Lukis Cina Pulau Pinang. Di antara pengasas kelab ini

termasuklah Lee Cheng Yong sebagai Presiden, Yong Mun Seng sebagai Timbalan Presiden,

Quan Kuan Sin sebagai setiausaha, Tay Hooi keat sebagai bendahari dan Kuo Ju Ping, Tan

Seng Aun, Tan Gek Khean serta Wan Fee sebagai ahli jawatan kuasa. Mereka telah

mengadakan Pameran seni dan Fotografi yang pertama. Kebanyakan karya yang dipamerkan

adalah mengikut aliran Realisme Barat dan Post Impressionism di samping beberapa lukisan

berus Cina tradisional. Pelukis-pelukis di seluruh Malaysia dan singapura telah diundang

untuk menjayakan pameran ini. Pada tahun 1937, kumpulan Penang Impressionist yang

mengadakan pameran tahunan secara tetap, telah menjemput ahli-ahli Kelab Seni Lukis Cina

pulau Pinang. Jemputan ini amat menggalakkan pelukis-pelukis tempatan memberi

sumbangan yang positif. Pameran ini merupakan pameran terakhir Penang Impressionist

sebelum dibubarkan sebelum bermulanya Perang dunia Kedua. Kebanyakan ahlinya yang

aktif telah pulang ke Eropah atau pun telah dipindahkan.

Kelab Seni Lukis Cina Pulau Pinang telah mengadakan dua atau tiga lagi pameran di bawah

pimpinan Lim Cheng Ean (ayah P.G. Lim dan Lim Kean Siew, pengumpul karya seni) dan

seterusnya dipimpin oleh Ong Keng Seng. Ketika peperangan, aktiviti-aktiviti pertubuhan

terpaksa diberhentikan untuk sementara waktu kerana kawalan keselamatan yang dikenakan

di kawasan desa dan pantai. Akhirnya, pertubuhan ini dibubarkan sebelum kemaraan jepun

pada tahun 1941. Pada tahun 1949, persatuan seni Singapura telah ditubuhkan oleh beberapa

ekspatriat seperti Dr. Gibson-Hill yang mengetuai Raffles Museum and Library, Richard

Walker yang merupakan pengetua Seni Sekolah-sekolah Singapura, Francis Thomas iaitu

guru Sekolah St Andrews, Suri Mohgani iaitu pelukis tempatan dan Liu Kang yang juga

Presiden persatuan tersebut. Walau pun Liu Kang bukan seorang guru seni beliau disanjung

tinggi sebagai pelukis yang cekap dan penglibatan aktifnya dalam Persatuan Pelukis Cina dan

Persatuan Seni Singapura.

ULASAN BUKU

SEJARAH PERKEMBANGAN SENI DI MOROCCO
Tajuk : Art Education and Social, Political, and Economic Changes in Morocco.

Satu perbandingan dengan Perkembangan Pendidikan Seni di Malaysia

Pengenalan

Morocco sebuah negara yang terletak di Afrika Utara. Penduduk Morocco

menamakan tanah airnya El Maghrab-elAksa yang bererti Yang Paling Barat. Morocco

mempunyai keluasan 458,730 km persegi dengan penduduknya seramai 25.7 juta orang.

Morocco terdiri daripada orang Barbar-Arab dan Barbar (asli). Orang Barbar mula

mendiami Morocco sejak tahun 2000SM. Pada akhir abad ke-7, tentera Arab menguasai

Morocco. Seterusnya menyebarkan agama Islam. Campur tangan orang Eropah di Afrika

Utara bermula pada tahun 1930. Pada tahun 1912, ia menjadi tanah jajahan Perancis. Pada

perang dunia kedua, Sepanyol menguasai wilayah ini tetapi dilepaskan pada tahun 1945. Pada

tahun 1956, Perancis dan Sepanyol mengakui kemerdekaan dengan kedaulatan Morocco.

Hampir 98 peratus penduduk Morocco beragama Islam Sunni dan mazhab Maliki.

Hampir satu per tiga penduduknya tinggal di bandar-bandar utama seperti Casablanca, Rabat,

Fez dan Marrakech. Jangka hayat bagi lelaki dan wanita penduduk Morocco ialah 55 tahun.

Ekonomi Morocco tertumpu pada sektor pertanian, industri galian dan perjawatan.

Namun tingkat pertumbuhan ekonomi secara relatifnya masih rendah. Sektor pertanian

hanya menyumbang 14.2 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tetapi mewujudkan

hampir separuh tenaga kerja.

Dalam bidang pendidikan, kanak-kanak yang berusia 7-13 tahun diwajibkan belajar.

Namun tingkat celek huruf masih lagi rendah iaitu 28 peratus sahaja.

Pendidikan Seni di negara Morocco dan di negara Malaysia. Satu perbandingan.

Morocco

Malaysia

1930- 1950

Dalam kajian Jordi Pinto dan Khalid El

1930, 1940 & sebelum merdeka

Pada tahun 1930 sistem persekolahan

Bekay mengenai Art Education and Social,

Political, and Economic Changes in

Morocco, tidak ada catatan mengenai

pendidikan seni pada masa ini. Berdasarkan

maklumat yang dikumpul melalui bacaan,

dikenalpasti bahawa pendidikan seni di

negara Morocco bermula pada tahun sekitar

1960.

berjalan selama 4 jam sehari di sebelah pagi.

Mata pelajaran yang diajar selain Bacaan,

Tulisan Jawi/rumi, Karangan, Ilmu Alam,

sejarah Melayu, Kesihatan, termasuk juga

Lukisan, menganyam dan Berkebun. Mata

pelajaran seperti anyaman dan berkebun

diajar untuk memenuhi keperluan suasana

kampung pada masa itu.

Negeri-negeri Selat ditubuhkan Sekolah

Perempuan Melayu dan mengajar Bacaan,

Tulisan dan Rencana Rumi, Kerja Mengait

dan Kerjatangan seperti membuat model

dari kertas, membuat renda dan lukisan

corak-corak.

Winstedt (Penolong Pengarah Pelajaran

Negeri-negeri Selat dan Negeri- negeri

Melayu Bersekutu) mensifatkan lukisan

sebagai”Latihan yang amat baik dalam

memerhati alam”. Melalui aktiviti lukisan

dapat melatih murid-murid tentang

ketepatan dan kecermatan supaya dapat

menyesuaikan mereka dengan kerja-kerja

sebagai mandur. Ia telah diwajibkan dalam

darja 3 dan 4.

Perkerjaan tangan merupakan pelajaran

1960-1975

Politik

yang ada di Maktab Perguruan Sultan Idris.

Seminggu 2 waktu iaitu 45 minit. Penuntut

tahun 1 dan 2 belajar 3 waktu. Pelajar

belajar membuat raga kerana ia merupakan

seni pertukangan asli. Bahan-bahan

keperluan mudah disediakan dan sebahagian

ditanam di sekitar maktab. Buku teks yang

digunakan adalah penulisan Mr. W.

Olaguera.

1960-1975

Politik

Negara telah mencapai kemerdekaan.

Pada masa itu tidak terdapat dalam apa

bentuk pun arahan atau panduan dari

pemerintah mengenai ramuan untuk seni

yang dapat diterima oleh kuasa yang

memerintah. Senilukis di Malaysia adalah

bebas dari segara bebatan politik.

Dalam tahun 60-an acara-acara di bidang

seni lukis adalah berita yang menjadi

‘headlines’ dengan gambar-gambar di surat

Tiada kebebasan untuk berucap, dan

hanya 2 peratus daripada jumlah penduduk

Morocco menerima beberapa bidang

pendidikan seni. Di sekolah swasta hanya

anak-anak golongan yang berada dapat

mempelajari pendidikan seni manakala

sekolah awam langsung tidak mempunyai

matapelajaran pendidikan seni. Di sini jelas

kelihatan bahawa seni melambangkan status

golongan masyarakat berada.

Ekonomi

Peralatan-peralatan asas sangat mahal

dan sukar didapati terutamanya kertas.

Tambahan pula kerajaaan Moroko

kekurangan prasarana yang sewajarnya

khabar kebangsaan. Pameran-pameran seni

lukis dibuka dengan rasmi oleh para

Menteri. Seni tampak diakui sebagai satu

daripada bentuk manifestasi yang utama

tenaga kreatif negara.

Bulan Februari 1963, Kementerian

Pendidikan Malaysia telah membentuk

sebuah jawatan kuasa khas mengenai

pertubuhan sekolah seni nasional.

Ekonomi

Ekonomi negara dalam keadaan

membangun. Ekonomi banyak bergantung

kepada bidang pertanian iaitu getah dan

kelapa sawit pada masa itu.

Ekonomi yang stabil membolehkan

beberapa aktiviti atau pertubuhan

persatuan seni diadakan.

Malaysia telah mula memperkenalkan

kurikulum kebangsaan dalam sistem

pendidikan negara. Ia bertujuan untuk

memperkenalkan kebudayaan, aspek-aspek

untuk menjadikan pendidikan seni mampu

dipelajari oleh semua orang. Di sana tiada

muzium-muzium seni dan tiada aktiviti-

aktiviti yang dilaksanakan untuk menarik

perharian dan mempromosikan seni.

Aktiviti- aktiviti artistik untuk kanak-

kanak hanya terhad kepada kraf tangan ,

matlamat pendidikan seni pada masa ini

bertujuan memberi pengalaman kanak-

kanak dalam perindustrian kraf tangan.

Bahan–bahan yang murah seperti kayu

kayan dan lumpur digunakan. Pembelajaran

seni diajar oleh guru-guru bahasa Arab atau

Perancis di mana mereka kebanyakannya

tidak mempunyai kelayakan untuk

mengajar subjek tersebut. Kemudahan

fizikal bilik darjah yang serba kekurangan

menyebabkan pendidikan seni tidak

dipandang sebagai mata pelajaran penting.

sosial selaras dengan perkembangan

ekonomi negara. Menurut Stedman (1986),

selepas mencapai kemerdekaan, Malaysia

mula memajukan identiti sendiri berasaskan

budaya sendiri yang kaya dengan

masyarakat berbidang kaum.

Kerajaan menyedari bahawa untuk

mencapai kemajuan negara, pendidikan

memainkan peranan yang penting. Kanak-

kanak diwajib bersekolah dan mempelajari

pelbagai mata pelajaran termasuk seni lukis.

Sudah terdapat Galaxy gallery di Jalan

Hicks ialah galeri seni lukis swasta yang

pertama ditubuhkan di Kuala Lumpur

dikelolakan oleh En. Chung Kim Siew mulai

dari pertengahan tahun 50an hingga awal

tahun 60an untuk memenuhi kehendak

keadaan seni yang berkembang

Jun 1966 Frank Sullivan bersama

beberapa orang pelukis telah menubuhkan

Balai Seni Lukis SAMAT.

Dalam tahun 1967 Angkatan Pelukis

Semenanjung telah menubuhkan Galeri

A.P.S. di Jalan Raja Muda

Ramai pelukis dari Malaysia yang keluar

negeri untuk menimba ilmu tentang seni

lukis telah kembali ke tanah air.

Perombakan dalam perkembangan seni

tanah air dari cat air kepada cat plastik telah

berlaku. Pada satu peringkat pelukis

Malaysia mulai sedar bahawa setengah-

setengah seni barat tidak sesuai dengan

negara ini seperti seni erotik dan seni

porno. Ramai pelukis mula kembali

kepada unsur-unsur pribumi bagi

mewujudkan satu identiti negara dalam

semangat bersatu padu semua kaum.

Pada 20 Ogos 1971 , Profesor Ungku Aziz

mengesyorkan supaya sikap ‘Seni untuk

seni’ di Malaysia sepatut diubah kepada

‘seni untuk masyarakat’. Beliau menyatakan

bahawa pelukis-pelukis telah diberi

kebebasan yang penuh dalam mewujudkan

sebagai satu elemen dalam perkembangan

politik negara

Tahun 1960, kursus khas ditubuhkan di

Maktab Perguruan Ilmu Khas selama

setahun. Jabatan pendidikan seni diketuai

oleh Peter Harris. Ia merupakan maktab

seni lukis yang terkenal.

Tahun 1966 sebuah institut swasta,

Malaysia Institute of Art ditubuhkan,

kurssus secara formal dalam seni selama 3

tahun.

Tahun 1967 kursus Diploma Senilukis dan

Senireka diadakan di Institut Teknologi

MARA, mengendalikan program senilukis

dan senireka selama 4 tahun.

Tahun 1968, kolej senirupa Kuala Lumpur

ditubuhkan .

Tahun 1973, sistem pendidikan seni

negara berkembang keperingkat universiti.

Universiti Sains Malaysia mengadakan

program ijazah sarjana dikesemua bidang

studio dan teori.

Agama

Agama Islam merupakan agama rasmi

bagi Malaysia walaupun tidak sepenuhnya

diiktiraf sebagai Negara Islam.

Perlembagaan Negara menetapkan bahawa

penganut agama lain bebas untuk

mengamal dan mempelajari agama-agama

mereka dengan syarat tidak mempengaruhi

orang Melayu beragama Islam. Sama

seperti negara Morocco, unsur-unsur frora

biasanya terdapat dalam karya lukisan

sebagai subjek matter. ‘ Non figuratif’

menjadi pegangang pelukis, unsur arabes

direka cipta dan tulisan jawi diajar sejak di

sekolah pondok lagi.

Agama

Faktor agama yang menyebabkan

pendidikan seni tidak berkembang dalam

larangan model asli, semenjak tertera yang

mana masyarakat dari zaman kuno melukis

dan membuat arca dan melihat imej-imej

yang mereka cipta sebagai tuhan. Seni pada

masa ini diguna dalam upacara ritual.

Setelah ketibaan Islam, karya artist-artist

bebas dari sebarang bentuk figura. Mereka

mula merekacipta perhiasan geometri.

1975-1985

Pendidikan seni di Morocco pada masa

ini masih berhubung rapat dengan keadaan

ekonomi.

Pendidikan seni bertambah penting

sebagai mata pelajaran di sekolah adalah

kesan langsung dengan pembukaan dasar

baru kerajaan.

Beberapa perubahan umum dan

memberi

lebih

kebebasan telah

dilaksanakan

untuk

mengurangkan

ketidakpuashati masyarakat awam.

Pada tahun 1979, ekonomi negara dalam

krisis. Dalam laporan tahunan negara, Bank

Moroko mengakui pertumbuhan ekonomi

merosot.

Rusuhan-rusuhan pada 1981 bermula

akibat kenaikan tinggi dan mengejut dalam

harga barang-barang keperluan harian.

Pada Disember 1983, khabar angin mula

tersebar menyatakan bahawa harga

1975-1985

Tahun 1977,

kumpulan Utara

ditubuhkan, pelukis-pelukis muda telah

meninggikan taraf seni cetakan. Karya catan

yang wujud juga mengandungi nilai ikon

dengan tegasan monolitik.

Tahun 1980, Persatuan Pelukis Malaysia

ditubuhkan. Bertujuan menjaga kebajikan

pelukis dan berkerjasama dengan kerajaan

dalam hal-hal yang berkaitan dengan seni

lukis Malaysia di dalam dan di luar negara.

Tahun 1984, Penubuhan Pusat Seni di

USM telah melahirkan guru-guru berijazah

sebagai tenaga mengajar di institut,

maktab, dan sekolah serta mewujudkan ahli

profesional yang lebih maju dan mahir

dalam bidang seni.

Awal tahun 1980-an mengemukakan

bidang kanvas yang lebih luas dan menarik

dengan munculnya catan pemandangan

yang naif, sambungan akademik aliran

realisme, karya-karya berinspirasikan mitos

beberapa

barangan

harian

naik

semula.hubungan antara kerajaan dan

masyarakat menjadi tegang semula.

Pada tahun 1985,

kebebasan

perdagangan yang mantap, lebih banyak

stesen TV dan pawangan direka, aktiviti-

aktiviti seni meningkat dan pasaran seni

juga dipulihkan.

dan legenda.

Terdapat juga pelukis yang mendekati

diri mereka kepada subjek-subjek yang

berkaitan dengan keadaan dan peristiwa,

warisan budaya serantau, sosial dan politik

yang berkontekskan Islam.

Persekolahan masa kini

Mendekati akhir abad ke-20, perubahan

penting berlaku, fahaman sosialis

dimansuhkan dan ekonomi kian bertambah

baik. Berakhirnya pertelingkaran diantara

Moroko dan Algerian. Bermulanya satu

ikatan murni di antara negara tersebut.

Kewangan Moroko adalah lebih kukuh

daripada Algerian dan semenjak Moroko

perlu membeli bahan buatan Algeria seperti

pencil dan kertas, harga peralatan seni mula

menurun, dengan itu membolehkan sekolah-

sekolah awam mempunyai lebih banyak

peralatan dan ini menggalakkan kanak-

kanak mempelajari seni.

Pendidikan seni masa kini

Hasil daripada perubahan-perubahan

yang disyorkan oleh Jawatankuasa Kabinet

1979, maka wujudlah Kurikulum Baru

Sekolah Rendah (KBSR). KBSR terdiri

daripada tiga bidang, iaitu komunikasi,

manusia dan alam sekitar dan perkembangan

diri individu. Pendidikan seni dalam

komponen kesenian dan rekreasi.

Peruntukan masa mata pelajaran pendidikan

seni adalah 60 minit seminggu.

Manakala matlamat KBSM bertujuan

membantu pelajar memperkembangkan

potensi dari segi intelek, emosi, rohani dan

jasmani secara menyeluruh dan bersepadu.

Mata pelajaran seni telah diwajibkan

untuk semua kanak-kanak di sekolah

rendah yang berumur 6 tahun hingga 11

tahun. Guru-guru seni boleh menggunakan

model-model asli. Walau bagaimanapun,

kerajaan meneruskan pengharaman model-

model bogel.

Sekolah-sekolah mula menggunakan

Bahasa Arab dalam proses pembelajaran

bertujuan untuk menaikan semangat

kebangsaan.

Guru-guru seni dari golongan Morokan

diutamakan berbandingan dengan guru

seni Perancis kerana kerajaan dapat

mengurangkan perbelajaan dari segi

bayaran gaji.

Kedudukan mata pelajaran seni di

menengah rendah sebagai mata pelajaran

teras, peruntukan masa seminggu ialah 160

minit; di peringkat menengah atas pula,

pendidikan seni sebagai mata pelajaran

elektif bagi kumpulan 1 dan peruntukan

masa seminggu ialah 240 minit. (Dalam

kertas kerja Ahmed Ghazie Iberahim (2000)

yang

bertajuk

Pengajaran

Dan

Pembelajaran Pendidikan Seni Di Sekolah:

Dulu, Kini Dan Masa Hadapan.)

Mata pelajaran seni ditujukan kepada

perkembangan mutu peribadi pelajar

melalui perkembangan daya estetik, kreatif

dan persepsinya. Aktiviti-aktiviti seni

dijalankan dalam konteks seni lukis dan kraf

yang berasaskan seni dalam persekitaran,

seni tempatan dan kebangsaan. Ia

bertujuan melahirkan individu yang

berbudaya, iaitu yang mengamalkan

pertimbangan kesenian dan kesempurnaan

dalam urusan hidupnya serta mengenali

dan menghargai sumbangan seni kepada

warisan budaya dan identiti bangsa.

Kajian pengamatan melalui proses inkuiri

adalah dititikberatkan. Aspek merekacipta

dijadikan teras untuk pelbagai kegiatan seni

dan kraf. Melalui proses-proses penghasilan

dan analisis seni, pelajar berpeluang

membuat sintesis pengalaman untuk

menjadikannya seorang penghayat seni

sekurang-kurangnya.

Kini, mata pelajaran pendidikan seni

telah ditukar menjadi pendidikan seni visual

yang mempunyai makna yang lebih tepat

dan jelas. Pelbagai pendekatan sedang giat

dilaksanakan oleh pendidik seperti

Pendekatan Efland, Lansing, Mc Fee,

Felman dan DBAE. Kaedah kontrativisme,

kaedah inkuari, pembelajar masteri,

pembelajaran akses kendiri dan lain-lain

disarankan dan penggunaan media

elektronik seperti komputer turut digalakan

dan dilaksanakan oleh pendidik generasi

baru.

Perbezaan pendidikan seni di antara

sekolah Awam dan sekolah swasta di

Morocco.

Menurut hasil kajian Amin El Bekay di

salah satu sekolah swasta yang bernama

Omar el Faroq, perbezaan ketara antara

sekolah swasta dan sekolah awam adalah

dari segi sosial dan ekonomi. Tidak semua

sekolah-sekolah di negara Morocco

mempunyai pendidikan seni kerana

perbezaan sosial dan ekonomi.

Bandar Casablanca merupakan kawasan

pembangunan industri yang penting.

Penduduknya lebih daripada 6 juta orang

dan lebih daripada 15 suku kaum yang

berbeza sosial budaya. Pelajar yang terlibat

dalam pendidikan seni terdiri daripada

golongan berada dan ia hanya kurang

daripada 40% jumlah pelajar-pelajar

sekolah di bandar. Pendidikan seni dianggap

satu subjek yang mewah. Jika banding

dengan pelajar sekolah awam, yang

biasanya datang daripada golongan

Perbezaan pendidikan seni di antara

sekolah Awam dan sekolah swasta di

Malaysia.

Sejak kerajaan mengamalkan dasar

pendidikan yang liberal terutama sejak

pengenalan Dasar Pendidikan Kebangsaan

1961, sekolah swasta dan pusat rusyen

bagai cendawan selepas hujan.

Dengan adanya institusi atau sekolah

swasta, para pelajar yang tidak berpeluang

untuk ke sekolah kerajaan atau IPTA

berpeluang

menyambung

semula

persekolahan mereka. Terdapat sekolah

swasta yang menyediakan tempat kepada

mereka untuk mengulang dan mengambil

peperiksaan semula ada juga yang

menyediakan kemahiran khusus dalam

bidang seni tertentu.

Contoh institusi swasta yang terkemuka

di Malaysia:

Institut Seni Lukis Malaysia

Kolaj Seni Lukis Kuala Lumpur

masyarakat yang miskin. Mereka tidak

mampu membeli buku-buku teks kerana

bilangan anak yang ramai. Dalam hal ini,

mereka biasanya membeli buku terpakai.

Justeru itu, kanak-kanak biasanya diminta

membawa peralatan sendiri untuk kelas

seni. Keadaan bertambah rumit dan sukar

dalam perkembangan pendidikan seni.

Sebagaimana yang ditemui, golongan

masyarakat berada mampu berbelanja

lebih dan mendidik sentiviti, daya imaginasi

dan kreativiti berdasarkan pendidikan seni.

Mereka juga berpeluang membuat lawatan

ke muzium-muzium seni di negara Eropah

dan Amerika.

Jelaslah golong terpilih ini terpengaruh

dengan tamadun Barat dan pendidikan

Eropah. Walau bagaimanapun, anak-anak

golongan berada biasanya tidak menjadi

artis kerana mereka berpendapat seni

sebagai pelengkap kepada budaya mereka.

Kebanyakan artis lahir daripada golongan

yang kurang berada, karya seni mereka

Central Academy of Arts, Kuala Lumpur

PJ College of Arts & Design

Lim Kok Wing Institute of Creative

Technology

The One Academy of Communication

Design.

Institut dan akademi swasta yang

ditubuhkan di seluruh negara telah

memberi sumbangan dalam melahirkan

tenaga seni dalam pelbagai bidang tertentu.

Kursus yang ditawarkan sehingga ke

peringkat diploma dan sijil, juga Ijazah

Sarjana Muda Sastera (bidang seni tertentu)

dalam program berkembar dengan

universiti luar negara.

Perbezaan antara sekolah awam dan

institusi swasta adalah dari segi:

a) Yuran

Di sekolah swasta, yuran pembelajaran

amat tinggi biasanya menjejah ribuan

ringgit hanya untuk satu semesta

sahaja. Sebagai contoh, pelajar yang

mencerminkan

budaya

masyarakat

setempat dan ia dianggap dapat

mendatangkan

keuntungan

untuk

keperluan harian.

Pendidikan seni turut diajar di semua

sekolah awam selain daripada subjek-

subjek lain.kemahiran melukis adalah lebih

kepada tulisan tangan atau lukisan bebas.

Guru seni mendidik kanak-kanak berumur

diantara lapan hingga sebelas tahun cara

menukis dan melukis dengan baik. Terdapat

sekurang-kurangnya lima jenis tulisan

tangan yang berbeza. Kanak-kanak belajar

tipografi , garisan dan komposisi sesuatu

huruf yang dinamik.

Tambahan pula, seni kraf juga

menyediakan

kanak-kanak

dengan

kebolehan asas kordinasi disamping

meningkatkan pengamatan persepsi

mereka terhadap bentuk dan warna.

Semasa membuat lukisan bebas kanak-

kanak berumur 6 –11 tahun akan cuba

baru daftar yuranya adalah RM2100.00,

apabila sudah sampai tahun ke enam

yurannya menjejah RM4100.00. setelah

pelajar masuk ke peringkat menengah,

yurannya akan bertambah tahun demi

tahun. Selain daripada itu, perbezaan

bidang kursus yang diambil, yuran yang

dikenakan juga berbeza. Biasanya

bidang grafik adalah lebih mahal

daripada bidang kraf kerana kesukaran

bidang tersebut dari segi tenaga

mengajar dan peluang pekerjaan yang

lebih mudah setelah tamat pengajian.

Justeru itu, pelajar yang layak masuk ke

sekolah swasta biasanya datang dari

lapisan masyarakat sederhana atas dan

masyarakat golongan berada.

b) Masa P&P

Masa P&P di sekolah awam hanya

beberapa jam sahaja sehari. Bagi pelajar

sekolah Menengah atas matapelajaran

seni visual hanya 240 minit seminggu.

Walaupun di universiti, maha siswa

membina imaginasi dan kreativiti mereka.

Perbezaan pendidikan seni di antara

sekolah swasta dan awam di Morocco

adalah dari segi persedian program yang

berbeza:

1. Sekolah swasta mempunyai guru-guru

berkelayakan. Masa untuk mempelajari

mata pelajaran seni di antara 4 hingga 6

jam seminggu

2. Guru-guru sekolah swasta mendapat

latihan yang menyeluruh berbanding

dengan guru-guru sekolah awam.

3. Program-program

dan

aktiviti

kebudayaan lebih dipromosikan di

sekolah swasta berbanding dengan

sekolah awam. Sebagai contoh; lawatan

ke pusat pertukangan tempatan.

4. Di sekolah swasta , minat dan keperluan

pelajar diutamakan.

5. Kedua-dua sekolah swasta dan awam

mendidik kanak-kanak menulis seni

tulisan tangan.

6. Di sekolah swasta pelajar membuat

bukan belajar semata-mata subjek seni

sahaja tetapi juga perlu mengambil

kertas wajib universiti dan kertas

pendidikan. Manakala di sekolah atau

institut swasta, pelajar mejalankan

aktiviti dalam bidang seni yang dipilih

dengan sepenuh masa.

c) Tenaga mengajar

Tenaga mahir dan profesianal biasanya

terdapat di institut swasta. Mereka

biasanya perlu berkelulusan tinggi

dalam bidang seni di universiti

tempatan dan kebanyakannya pernah

menimba ilmu di luar negara dalam

mempelajari teknik-teknik baru dan

lebih maju. Kekurangan tenaga

mengajar di sekolah awam merupakan

satu isu yang penting dalam pendidikan

seni. Guru yang mengajar boleh terdiri

daripada siapa-siapa yang berminat dan

kadang kala secara paksa rela walaupun

bukan obsyen dalam bidang tersebut.

Akibatnya masa pendidikan seni diganti

patung figura dengan menggunakan

tanah liat, bangunan kecil dan beberapa

aktiviti kreatif.

Di sekolah awam kanak-kanak

peringkat 6-11 tahun diajar oleh guru-

guru bahasa Perancis dan Arab,

manakala kanak-kanak lebih daripada

12 tahun mempunyai guru seni yang

berkelayakan dan mereka dilatih di

Pedagogy and Fine Art Faculty,

malangnya di sana guru berlebihan

berbanding dengan peluang pekerjaan.

Ini telah menyebabkan pertambahan

bilangan pengangguran. Sekolah awam

tidak memperuntukkan masa yang

banyak untuk pendidikan seni, hanya 2

jam seminggu berbanding 6 jam

seminggu di sekolah swasta. Di sekolah

awam kanak-kanak diajar asas seni

seperti membezakan bentuk-bentuk

berlainan, warna panas dan sejuk, dan

kraf tangan yang menggunakan media

kadbod, kayu , lumpur dan keratan

majalah. Kanak-kanak lelaki dan

perempuan diajar bidang kraf yang

dengan mata pelajaran lain yang lebih

penting mengikut pandangan guru yang

mengajar. Walaupun generasi baru yang

berlatarbelakang seni telah mula

dikeluarkan oleh universiti UPSI, namun

ia perlu sedikit masa lagi untuk

membekalkan tenaga mengajar yang

mengcukupi untuk semua sekolah.

d) Kemudahan peralatan

Awal tahun 60-an, di sekolah awam

kemudahan peralatan hanya terdiri

daripada papan hitam dan kapur sahaja,

alat bantu mengajar bagi mata pelajaran

seni tidak banyak. Bahan yang

digunakan juga terdiri daripada bahan

semulajadi yang murah dan mudah

diperolehi seperti buluh, tanah liat,

kertas lukisan, daun mengkuang dan

lain-lain. Tahun 70-an keatas, alat bantu

mengajar seperti carta telah ada

dipasaran. Penggunaan OHP dan

komputer dalam bidang seni masih

singkat usianya. Di institusi swasta,

berlainan sebagai contoh, kanak-kanak

perempuan membuat seni sulaman,

sulam tampal pada pakaian, mereka

mengambil simbol tradisi kebuayaan

sebagai sumber inspirasi.

Sekolah kekurangan bilik darjah khas

yang sesuai untuk pendidikan seni

manakala bilik seni sekolah swasta

dilengkapi dengan peralatyan yang

diperlukan seperti sink, rak buku dan lain-

lain.

Sekolah awam hanya mampu

mengadakan aktiviti lawatan ke pusat kraf

tangan tempatan dan perjumpaan dengan

artis-artis tempatan manakala sekolah

swasta selalu melawat ke High School of

Art. Lukisan mural yang dihasilkan oleh

pelajar berkait rapat dengan pemandangan

seharian. Nilai estetika yang ada pada karya

kanak-kanak terletak pada perhiasan.

Unsur-unsur seni dan prinsip rekaan seperti

simetri, kesimbangan, harmonoi dan

penggunaan warna dirujuk berulang kali

penerokaan bahan dan media lebih

digalakan. Pelajar yang mengdaftar

kursus seni biasanya terdiri dari

golongan yang berada, jadi tiada

masalah bagi mereka menyediakan

peralatan dan bahan yang mahal

harganya. Kemudahan peralatan yang

mahal turut diperolehi seperti mesin

mencetak, tanur, penyejuk udara,

komputer dengan talian internet adalah

peralatan yang perlu ada.

e) Kerjaya

Prospek kerja dalam bidang seni lukis

secara profesional cerah kerana dapat

diterapkan dalam pelbagai aliran dan

bidang yang ada kaitan dengan seni

contohnya:

Pereka grafik

Pereka hiasan dalaman

Pereka lanskap

Pereka industri

Pereka fesyen

kepada budaya mereka, terutmanya seni

islam. Fahaman individualisme tidak wujud

dikalangan kanak-kanak samada mereka

menghadiri dekolah awam atau swasta.

Islam mengajar mereka semangat bersatu

padu perlu menjadi intipati murni dalam

kehidupan mereka. Oleh itu orang-orang

Morocco bersikap terbuka, mereka

mementingkan nilai-nilaI persahabatan

atau kekeluargaan .

Guru-guru sekolah swasta dan awam

menilai karya kanak-kanak mengikut

kriteria yang sama. Pada peringkat ini guru-

guru hanya memeriksa samaada kanak-

kanak membuat kerja atau tidak .

Secara keseluruhannya pendidikan seni

di Morocco adalah berbentuk arahan.

Tujuan utama kanak-kanak belajar seni

ialah untuk keseronokan dan dapat

mengekspressi diri , selalu mengikut arahan

guru dan menunjukkan kepada ibu bapa

mereka kerja yang anak-anak mereka buat

di dalam kelas. Pendidkan seni di sekolah

Pengusaha pelbagai kraf tangan

Dan lain-laian lagi pekerjaan yang berkaitan

dengan seni. Namun, pelajar yang tamat

pelajaran di sekolah swasta lebih dipandang

tinggi oleh syarikat-syarikat yang ingin

kemahiran tenaga dalam bidang seni kerana

pelajar dikatakan lebih matang dan

mempunyai ilmu yang luas dalam bidang

tertentu. Manakala pelajar yang tamat

pelajaran sekolah awam masih tidak tentu

kerjaya mereka di bidang mana walaupun

telah lulus peperiksaan STPM.

f) Kemahiran

Di sekolah swasta , minat dan keperluan

pelajar diutamakan. Pelajar mempelajari

apa yang mereka minat secara tidak

langsung displin kendiri adalah tinggi,

mereka tidak terasa putus asas walaupun

menghadapi

pelbagai

cabaran.

Kemahiran seni yang ada pada pihak

tenaga mengajar juga diakui bertaraf

antarabangsa. Kadang-kadang tenaga

mengajar diimport dari luar negara agar

dapat menerik perhatian para pelajar.

swata bertujuan untuk mendorong kanak-

kanak berkemahiran melakukan aktiviti

manual dengan pengamatan visual yang

tinggi serta daya kreaviti kanak-kanak

tersebut.

Pendidikan seni di sekolah swasta

adalah untuk mendorong minat kanak-

kanak terhadap seni, meningkatkan

persepsi visual, keupayaan kreatif dan

membantu kanak-kanak merasa seronok

dalam memperlajari seni visual. Berbanding

dengan sekolah awam, tujuannya secara

tidak langsung, pelajar dapat menghasilkan

sesuatu yang luar biasa dan dapat

keseronokan.

Kesimpulan

Sejarah pendidikan seni di negara Morocco adalah lebih mentah jika dibandingkan

dengan negara kita, Malaysia . Di Morocco pelajar mempelajari seni pada tahun 1960-an,

manakala di Malaysia, penduduk mula belajar di sekolah ponduk sejak 1920-an, namun

sejarah pendidikan seni bermula pada tahun 1930. Justeru itu, pendidikan seni di Morocco

lebih lambat 30 tahun ke belakang. Kesukaran mendapat alat atau bahan melukis seperti

kertas adalah halangan bagi penduduk di negara Morocco mempelajari seni, di Malaysia

bahan dan alatan melukis tidak menjadi masalah kerana saudagar-saudagar dari negara Asia

dan Eropah telah lama berdagang di pelabuhan Malaysia. Pendekatan kurikulum seni di

negara Morocco adalah lebih ke arah falsafah seni halus, kraf kerana pada masa itu taraf

ekonomi tidak baik. Mereka mempelajari kraf tangan agar dapat menambah ekonomi

keluarga dan sebagai alat kegunaan harian.

Sama seperti kanak-kanak di negara Morocco, di Malaysia objektif utama yang

terkandung dalam sukatan Pendidikan Seni Visual KBSR mementingkan kreativiti dan

sensitiviti pelajar.kanak-kanak berkeupayaan menghayati keindahan alam, menghargai

ciptaan Tuhan dan menyedari tanggungjawab memeliharanya. Di negara Morocco, kanak-

kanak digalakkan merujuk benda alam semulajadi semasa melukis termasuklah melukis

‘figura natural model’. Dari sudut bertujuan untuk mempelajari seni dari segi skala

bandingan, ketepatan dan nilai estetik yang ada pada figura ciptaan Tuhan, melukis ‘figura

naturel model’ akan menambah lagi ilmu pengetahuan dan seterusnya wujud kesedaran

menyayangi diri dan rakan-rakan lain. Apa yang penting ialah pelukis/ seniman menyerah

kepada peraturan dan undaung-undang tuhan, akan sentiasa sedar kepada hakikat bahawa

bukan ia sendiri yang mencipta atau melahirkan keindahan tetapi sebuah hasil seni itu indah

kerana tahap pencapaian menurut peraturan kosmik dan dengan itu memancarkan

keindahan universal: Al-hamdu li’llah wahdah. Penolakan Islam terhadap seni

‘antropomorfik’ adalah mutlak dan juga bersyarat: ianya mutlak apabila mengenai kesemua

imej yang mungkin menjadi objek peribadatan, dan ia bersyarat apabila mengenai bentuk

seni yang meniru benda-benda hidup.

Walaupun dunia kian telah menjadi dunia tanpa sempadan, baik pengaruh unsur-unsur

positif atau negetif barat mahupun timur turut diterima oleh masyarakat di Malaysia. Sama

seperti rakyat Morocco, rakyat Malaysia turut berusaha membina identiti diri dan jati diri

sebagai seorang rakyat Malaysia yang mengakui Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan

dan rakyat mempunyai kebebasan menganut agama masing-masing agar dapat membentuk

insan yang mulia. Pelbagai program meningkatkan semangat nasionalisma yang giat

diusahakan kerajaan nampak berhasil dengan baik.

Jika dunia kita boleh menjadi „hak bersama‟ dan pasaran sepunya, dan juga boleh

dihuraikan dengan sifat-sifat seperti international dan universal, kita juga boleh berkata

bahawa kemanusiaan tidak harus menolak tradisi mereka hanya kerana kesenangan

seseorang. Persamaan membuat kita menjadi manusia, tetapi perbezaan melengkapkan kita

dengan perwatakan dan individualisme. Individualisme, adalah yang paling jauh atau

terenggang daripada proses penyataan kesenian Islam.

Rujukan

-------. (1994) Ensiklopedia Malaysiana. Kuala Lumpur: Anzagain Sdn. Bhd.

--------. (2000). Kumpulan Esei Pilihan: Pendidikan Seni dan Muzik. Perak: Fakulti Sains
Sosial dan Kesenian UPSI.

-------. 1. The New Book of Knowledge. U.S: Crolier Incorporated Danbury Connecticut.

Ahmed Ghazie Iberahim. (2000). Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Seni Di
Sekolah: Dulu, Kini dan Masa Hadapan. dalam Prosiding Konvensyen Kebangsaan
Pendidikan Seni Visual. Tanjong Malim, UPSI.

Dr. Tan Chee Khuan. Pelukis-pelukis Perintis Malaysia.

Ee Ah Meng. (1991). Pendidikan Di Malaysia Untuk Guru Pelatih. Selangor: Fajar Bakti.

Freedman & Feenamd. Hernandez. (1998). Curriculum, Culture and Art Education
Comparative Perspectives. State University of New York: Press Albary.

Iberahim Hassan. (2001). Pendidikan Seni Di Malaysia: Antara Harapan Dan Kenyataan
dalam Seminar Pedagogi Pendidikan Seni Visual. Tanjong Malim, UPSI.

Kathleen Chee. (1999). Pendidikan Seni Fokus SPM. Selangor: Pelangi Sdn Bhd.

Md. Nasir Iberahim, Prof. Madya Iberahim Hassan. (2003). Pendidikan Seni Untuk Maktab
& Universiti. Pahang: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

salsabilatang.files.wordpress.com/2010/03/ulasan-buku.doc · DOC file

smktphpsv.wordpress.com/.../sejarah-seni-di-malaysia-1 · Cached page

esenivisual.blogspot.com/2009/07/sejarah-dan-perkembangan-seni...

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->