You are on page 1of 6

Definisi Ucapan

Ia melibatkan proses komunikasi yang disampaikan oleh individu secara oral kepada audiens. Secara ringkasnya, ucapan merupakan penyampaian idea melalu pelafazan dan disampaikan secara pidato sehala
Definisi Ucapan

idea, suara, pergerakan fizikal individu yang merangsang audien untuk mendengar serta yang boleh mempengaruhi pemikiran dan perasaan pendengar -Wilson & Arnold
Ucapan Perpisahan

Disampaikan semasa seseorang hendak berpisah sama ada berpindah tempat kerja, berhenti kerja ataupun berakhirnya sesuatu projek

Format Ucapan Pengenalan Dimulakan dengan kata-kata sambutan iaitu tidak banyak berbeza daripada karangan jenis syarahan dan ceramah.Kata-kata sambutan hendaklah dengan taraf kedudukan hadirin yang paling tinggi. I s i Isi ucapan biasanya memberi penerangan, penjelasan, pengetahuan,nasihat, peringatan dan perangsang kepada hadirin. Isi dimulakan dengan ucapan terima kasih, menyatakan tujuan ucapandan disusuli dengan isi-isi ucapan. Kata-kata penghadapan diberikan untuk menarik perhatian. Seperti hadirin yang dihormati sekalian.Ucapan hendaklah juga diselitkan dengan kiasan, pantun, atauperibahasa supaya ucapan itu menjadi lebih menarik. Penutup Penutup bertujuan menyatakan tanda penghargaan dan hasrat . Penutup mengandungi kata-kata pujian dan penghargaan,kesimpulan dan disudahi dengan ucapan terima kasih dan salam kepada hadirin teristimewanya tokoh yang diraikan. Penutup juga boleh diakhiri dengan pantun,puisi dan kata-kata inda

Contoh-contoh Ucapan perpisahan Terima kasih kepada Tuan Pengerusi Majlis, yang berusaha tuan guru besar, guru-guru penolong kanan, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Selamat sejahtera sayaucapkan. Selaku wakil murid tahun enam, saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi peluang untuk berucap dalam majlis ini. Guru-guru dan rakan-rakan sekalian, Sebagaimana yang kita ketahui, hari ini adalah hari terakhir kami menjadi murid Sekolah Kebangsaan Seri Bestari. Selepas ini, kami akan melangkah ke alam persekolahan menengah pula. Selama enam tahun di sekolah ini, banyak kenangan suka dan duka yang tidak akan kami lupakan. Yang pastinya, perkara yang paling tidak dapat dilupa adalah sikap guru-guru yangbaik di sekolah ini. Segala titik peluh yang guru-guru sekalian sumbangkan dalammemberi didikan dan tunjuk ajar sejak mula kami tahu membaca, menulis danmengira sehinggalah kepada segala ilmu yang dicurahkan. Budi yang guru-gurutaburkan tidak mampu kami balas. Hadirin sekalian, Kesempatan yang ada ini juga, saya mewakili rakan-rakan ingin menyusun jari sepuluh memohon kemaafan. Sepanjang tempoh enam tahun berada di sekolah ini,sudah pasti ada kesilapan dan kesalahan yang kami lakukan. Segala teguran dannasihat guru-guru pasti akan kami sematkan di dada.Harapan saya semoga rakan-rakan akan terus berusaha dengan gigih apabilaberada di sekolah menengah nanti. Semoga guru-guru di sekolah ini akan terusmendoakan kejayaan dan kesejahteraan kami. Jika ada kelapangan, pasti kami akan datang lagi menziarahi guru-guru di sini.Saya akhiri ucapan saya dengan serangkap pantun.

Kalau ada sumur di ladang,Boleh kita menumpang mandi;Kalau ada umur yang panjang,Boleh kita berjumpa lagi.Sekian, terima kasih.

Terima Kasih Guru Posted On Thursday, October 27, 2011. Under Variasi Puisi TERIMA KASIH GURU (Sempena Hari Guru 2009) Terima kasih guru yang mengajarku dulu membawaku ke ladang-ladang ilmu dengan sabar tak kenal jemu kini kupetik buah kejayaan itu dari pohon jasa seharum narwastu. Terima kasih guru budiman yang merungkai erti kehidupan menanam benih-benih kemanusiaan memadam puntung-puntung kesombongan bagai bintang di kegelapan malam di tengah lautan jadi pedoman. Terima kasih guru jauhari yang membugar perkebunan budi lembut menyiram akal pekerti tekun menyemai mulia peribadi jasa baktimu terhampar pasti moga Tuhan sentiasa memberkati. Terima kasih guru tercinta menyahut cabaran semangat perkasa memperkukuh iltizam membina bangsa gelanggang pendidikan diri diperhamba modal insan dijana dipelihara melahirkan pemimpin memacu negara.
Zolkifli Alib SMK Bandar Kota Tinggi, Johor.

Majlis Perpisahan Tahun 6 (Ucapan)


Posted on 28 Februari, 2008 by admin Terima kasih kepada Tuan Pengerusi Majlis, yang berusaha tuan guru besar, guru-guru penolong kanan, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Selamat sejahtera saya ucapkan. Selaku wakil murid tahun enam, saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi peluang untuk berucap dalam majlis ini. Guru-guru dan rakan-rakan sekalian, Sebagaimana yang kita ketahui, hari ini adalah hari terakhir kami menjadi murid Sekolah Kebangsaan Seri Bestari. Selepas ini, kami akan melangkah ke alam persekolahan menengah pula. Selama enam tahun di sekolah ini, banyak kenangan suka dan duka yang tidak akan kami lupakan. Yang pastinya, perkara yang paling tidak dapat dilupa adalah sikap guru-guru yang baik di sekolah ini. Segala titik peluh yang guru-guru sekalian sumbangkan dalam memberi didikan dan tunjuk ajar sejak mula kami tahu membaca, menulis dan mengira sehinggalah kepada segala ilmu yang dicurahkan. Budi yang guru-guru taburkan tidak mampu kami balas. Hadirin sekalian, Kesempatan yang ada ini juga, saya mewakili rakan-rakan ingin menyusun jari sepuluh memohon kemaafan. Sepanjang tempoh enam tahun berada di sekolah ini, sudah pasti ada kesilapan dan kesalahan yang kami lakukan. Segala teguran dan nasihat guruguru pasti akan kami sematkan di dada. Harapan saya semoga rakan-rakan akan terus berusaha dengan gigih apabila berada di sekolah menengah nanti. Semoga guru-guru di sekolah ini akan terus mendoakan kejayaan dan kesejahteraan kami. Jika ada kelapangan, pasti kami akan datang lagi menziarahi guru-guru di sini. Saya akhiri ucapan saya dengan serangkap pantun.

Kalau ada sumur di ladang, Boleh kita menumpang mandi; Kalau ada umur yang panjang, Boleh kita berjumpa lagi. Sekian, terima kasih.

You might also like