You are on page 1of 4

KEMAHIRAN PROSES SAINS ASAS

Anda akan dibantu untuk mencapai lapan kemahiran proses sains asas. Ke semua lapan ini telah disenaraikan mengikut urutan yang menaik dalam kompleksitinya. Untuk memperoleh kemahiran ini dengan baik, anda dinasihatkan untuk mengikut aktiviti mengikut urutan. Klik pada kemahiran untuk menjalankan aktiviti berkaitan.

Pemerhatian: proses pemerhatian melibatkan penggunaan satu atau lebih daripada pancaindera kita dalam persepsi ciri-ciri sesuatu objek atau sesuatu perkara yang sedang berlaku; pemerhatian boleh dibuat secara langsung dengan pancaindera atau pun secara tidak langaung melalui peralatan sains Pengkelasan: proses pengkelasan melibatkan penyusunan objek atau perkara yang berlaku mengikut ciri-cirinya Menggunakan nombor: proses ini diperlukan untuk membuat pengukuran atau membuat perbandingan serta untuk menyusunkan objek Berkomunikasi: proses ini melibatkan perpindahan data; data boleh dipindahkan melalui percakapan, penulisan, graf, rajah, lukisan, peta atau pun formula; kemahiran seperti menyoal, berbincang, memberi penerangan juga adalah kemahiran berkomunikai Pengukuran: proses ini akan menyusunkan objek atau perkara melalui magnitud seperti panjang, luas, isipadu dan jisim; proses ini melibatkan penggunaan peralatan sains Membuat inferens: proses ini menggunakan logik untuk membuat kesimpulan daripada pemerhatian; proses ini akan kemukakan penerangan atau sebab untuk sesuatu situasi Membuat ramalan: ramalan adalah berasaskan pemerhatian, pengukuran serta inferens tentang perhubungan di antara pembolehubah; ramalan adalah spekulasi; ramalan adalah cadangan apakah yang mungkin berlaku Penggunaan perhubungan ruang-masa: proses ini melibatkan memperihalkan perhubungan spatial objek dan perubahannya dengan masa; contohnya adalah pergerakan, arah, bentuk dan penyusunan

spatial. Kemahiran Proses Sains Asas (KPSA) KPSA melibatkan aktiviti minda peringkat rendah kerana hanya memerlukanpelajar menggunakan satu atau dua aktiviti mudah seperti memerhati dan mendengar.KPSA menjadi asas kepada penguasaan kemahiran yang lebih tinggi, kompleks danbersepadu seperti kemahiran proses sains bersepadu (Ismail Jusoh, 2001; KPM, 1993;Padilla et.al, 1991). Jenis KPSA ialah memerhati, mengelas, mengukur danmenggunakan nombor, membuat inferens, meramal, berkomunikasi, menggunakanperhubungan ruang dan masa. Instrumen untuk mengukur kemahiran ini ialah UjianPenguasaan Asas Kemahiran Proses Sains Bersepadu (KPSB) KPSB ialah kemahiran-kemahiran bersepadu meliputi cara mentafsir maklumat,mendefinisi secara operasi, mengawal pembolehubah, membuat hipotesis danmengeksperimen. Asas untuk menguasai kemahiran KPSB memerlukan pelajar terlebihdahulu menguasai KPSA. KPSB melibatkan aktiviti minda peringkat tinggi danmemerlukan tahap kecerdikan operasi formal (Lawson, 1995). Penguasaan dalamKPSB diuji menggunakan instrumen Ujian KPSB
Memerhatikan Menggunakan deria penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa atau bau untuk mengumpulkan maklumat tentang objek dan fenomena. Mengelaskan Mengasingkan dan mengumpulkan objek atau fenomena kepada kumpulan masing-masing berdasarkan kriteria tertentu seperti ciri atau sifat. Pengumpulan ini adalah berdasarkan ciri atau sifat sepunya. Mengukur dan menggunakan nombor Membuat pemerhatian secara kuantitatif dengan menggunakan nombor dan alat berunit piawai atau alat yang diseragamkan sebagai unit rujukan. Pengukuran menjadikan pemerhatian lebih jitu. Membuat inferens Membuat kesimpulan awal yang munasabah, yang mungkin benar atau tidak benar, untuk menerangkan sesuatu peristiwa atau pemerhatian. Meramal Membuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman yang lalu atau data yang boleh dipercayai. Berkomunikasi Menerima, memilih, menyusun dan

mempersembahkan maklumat atau idea dalam pelbagai bentuk seperti tulisan, lisan, jadual, graf, rajah atau model. Menggunakan perhubungan ruang dan masa Memerihalkan perubahan parameter seperti lokasi, arah, bentuk, saiz, isi padu, berat dan jisim sesuatu objek dengan masa. Mentafsirkan data Memberi penerangan yang rasional tentang objek, peristiwa atau pola daripada data yang dikumpulkan. Membuat hipotesis Membuat sesuatu pernyataan umum tentang hubungan antara pemboleh ubah yang difikirkan benar bagi menerangkan sesuatu perkara atau peristiwa. Pernyataan ini boleh diuji untuk membuktikan kesahihannya. Mendefinisikan secara operasi Memberi tafsiran tentang sesuatu konsep dengan menyatakan perkara yang dilakukan dan diperhatikan. Mengawal pembolehubah Mengenal pasti pemboleh ubah dimanipulasikan, pemboleh ubah bergerak balas dan pemboleh ubah yang dimalarkan. Dalam sesuatu penyiasatan satu pemboleh ubah dimanipulasikan untuk memerhatikan hubungannya dengan pemboleh ubah yang bergerak balas. Pada masa yang sama pemboleh ubah yang lain dimalarkan. Membuat hipotesis Membuat sesuatu pernyataan umum tentang hubungan antara pemboleh ubah yang difikirkan benar bagi menerangkan sesuatu perkara atau peristiwa. Pernyataan ini boleh diuji

untuk membuktikan kesahihannya.

You might also like