You are on page 1of 2

Cara-cara untuk mengatasi masalah ponteng sekolah.

Masalah ponteng sekolah dapat diatasi dengan beberapa cara. Antaranya ialah peranan guru, peranan sekolah dan juga pihak sekolah. Ketiga-tiga pihak ini amat penting dalam mengatasi masalah ponteng sekolah. Ini kerana ketiga-tiga pihak ini merupakan orang dan tempat yang paling banyak pelajar menghabiskan masa. Guru merupakan salah seorang insan yang memainkan peranan penting dalam kehidupan pelajar. Oleh itu, seorang guru seharusnya menjalankan pengajaran dengan menarik supaya pelajar tidak berasa bosan dan mampu menumpukan sepenuh perhatian semasa P&P dijalankan. Guru juga perlu menggunakan kaedah pengajaran yang efektif kerana ia mampu membuatkan pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan dapat memberi keseronokan kepada para pelajar. Seterusnya, guru juga perlu menyediakan isi pelajaran yang mudah supaya dapat difahami oleh setiap pelajar di dalam kelas. Seperti yang sedia maklum, pelajarpelajar di dalam kelas adalah mereka yang mempunyai tahap pendidikan yang berbeza. Oleh itu, guru perlulah menyediakan isi pelajaran yang mudah mengikut tahap perbezaan individu. Guru juga perlulah elak daripada memberikan kerja rumah yang banyak kepada pelajar. Ini kerana bagi pelajar yang lemah, mereka akan menganggap kerja rumah sebagai beban tambahan yang perlu mereka lalui selepas sesi persekolahan. Selain itu, penekanan terhadap hubungan mesra antara guru dan murid merupakan sesuatu yang amat penting dalam membentuk insan yang seimbang. Sikap pilih kasih merupakan antara sikap yang tidak harusnya dimiliki oleh seorang guru. Sikap ini akan membuat pelajar lain berasa dipulaukan dan menyimpan dendam pada pelajar lain. Guru digalakkan melakukan pemantauan sepanjang sesi pengajaraan dan pembelajaran dijalankan. Hal ini kerana adalah untuk membantu guru mengenali pelajar yang bermasalah dalam mengikuti pengajaran guru. Guru juga perlu memberikan pendedahan kepada pelajar akan kepentingan menuntut ilmu supaya mereka sedar akan kepentingan pendidikan untuk kehidupan.

Sekolah juga memainkan peranan dalam mengatasi masalah pelajar ponteng sekolah. Sekolah perlulah menyediakan persekitaran yang sihat dan kondusif. Persekitaran yang sihat akan memberikan keyakinan kepada pelajar supaya terus ke sekolah untuk menuntut ilmu. Pengurusan sekolah yang baik akan membuat pelajar bersemangat untuk ke sekolah. Ini kerana pengurusan sekolah yang baik termasuklah pengurusan kebajikan pelajar yang seharusnya diberi penekanan khas oleh sekolah. Selain itu, prasarana yang terdapat di sekolah hendaklah berada dalam keadaan yang baik. Prasarana merupakan kemudahan-kemudahan yang perlu ada di sekolah supaya dapat membolehkan pelajar dapat mengikuti pelajaran dengan aman dan harmoni serta selesa. Peraturan merupakan garis panduan yang perlu ditetapkan di setiap sekolah. Ini kerana peraturan dapat elakkan daripada berlakunya masalah disiplin. Namun begitu, peraturan yang ditetapkan hendaklah yang efektif supaya tidak membebankan pelajar. Sekolah juga hendaklah mengamalkan corak kawalan yang berkesan untuk elakkan daripada masalah disiplin. Ia juga akan memberikan gambaran akan keberkesanan pihak sekolah dalam menjalankan tugas. Seterusnya, ialah peranan pihak sekolah dalam menghulurkan tangan untuk mengatasi masalah disiplin. Pihak sekolah hendaklah bekerjasama dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dalam mengatasi masalah disiplin. Pihak sekolah perlulah mengamalakan pendekatan atau dasar yang baik dalam mengatasi masalah ponteng sekolah para pelajar. Pihak sekolah juga mengalakkan para guru untuk mengadakan perjumpaan bersama ibu bapa supaya dapat membincangkan mesalah yang dihadapi anak mereka di sekolah dan di rumah serta cara mengatasi masalah tersebut. Tambahan pula, pihak sekolah tidak boleh menghukum pelajar sesuka hati tanpa disiasat terlebih dahulu. Ini kerana menghukum tanpa usul periksa akan menyebabkan pelajar yang tidak bersalah dan dihukum oleh phak sekolah akan berasa malu dan membenci untuk menjejak kaki ke sekolah. Selain itu, pihak sekolah perlu menganjurkan program motivasi supaya dapat bantu pelajar yang bermasalah.

You might also like