You are on page 1of 2

Maklumbalas penilaian kendiri: cadangan penambahbaikan

Dengan melibatkan diri dalam program Bina Insan Guru, saya telah menyedari beberapa kelemahan diri sepanjang program ini dijalankan. Pertamanya merupakan masalah untuk menyesuaikan diri akan persekitaran baru. Contoh masalah yang saya hadapi adalah masalah jadual pemakanan yang telah disusun.Dalam kehidupan seharian, saya kerap sekali makan tidak mengikut waktu. Saya gemar makan mengikut waktu yang saya suka, tidak terikat dengan jadual.Dengan melibatkan diri dalam program ini, saya telah belajar untuk mendisiplinkan waktu makan saya dengan sempurna. Selain masalah pemakanan, saya juga menyedari bahawa proses penyediaan makanan memakan masa dan memerlukan kerjasama. Dengan aktiviti memasak di dalam hutan, saya menyedari bahawa bukan mudah untuk menyediakan makanan dengan peralatan yang terhad. Selepas menjalani program ini, saya telah mengambil langkah untuk belajar kemahiran ikhtiar hidup dengan lebih mendalam selain daripada apa yang saya telah belajar semasa menyertai Program Latihan Khidmat Negara. Segala ilmu yang dipelajari membantu saya dalam menjadi seoran guru yang baik dari segi akademik dan kemahiran-kemahiran lain. Setelah menjalani program Bina Insan Guru, saya mempunyai beberapa cadangan berkenaan penambahbaikkan yang boleh diaplikasikan dalam program BIG akan datang. Antara perkara yang boleh diperbaiki adalah tahap kawalan disiplin oleh pihak pengurusan. Sepanjang program ini dijalankan, tahap disiplin para pelatih kurang terkawal atas sebab kurang penguatkuasaan dari pihak pengurusan.

Oleh hal demikian, saya mencadangkan pihak pengurusan menggunakan siren atau wisel sebagai alat untuk menggerakkan para pelatih dari semasa ke semasa. Saya percaya bahawa penggunaan siren dan wisel dapat mengawal pergerakan para pelatih selain dapat menjimatkan masa. Selain kawalan disiplin, saya juga berpendapat bahawa pihak pengurusan memerlukan satu organisasi atau ahli jawatan kuasa untuk rujukan para pelatih. Semasa program ini dijalankan, terdapat pelbagai arahan dari pelbagai pihak. Hal ini menyebabkan kekeliruan bagi pihak pelatih. Kekeliruan ini bertambah buruk dengan situasi tegang antara pelatih dan pihak pengurusan. Tambahan pula, aktiviti air pada sesi pertama memberi para pelatih cabaran yang tidak diduga. Cabaran yang dimaksudkan adalah air surut dan pelatih terpaksa membawa kayak jauh ke tengah pantai sebelum dapat memulakan aktiviti. Hal ini menyebabkan banyak masa dihabiskan untuk membawa segala peralatan ke laut. Dengan pemantauan pasang surut air sehari sebelum aktiviti dijalankan, masa dan tenaga tidak akan terbuang begitu sahaja.Setakat ini sahaja daripada saya.sekian terima kasih

You might also like