P. 1
Kaedah Fiqh

Kaedah Fiqh

|Views: 149|Likes:
Published by Rahman Al Marbawi

More info:

Published by: Rahman Al Marbawi on Mar 26, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

06/28/2012

pdf

text

original

Kaedah Fiqh : Segala Urusan Berdasarkan Niat KAEDAH 1 : SEGALA URUSAN BERDASARKAN NIAT

1. Segala perbuatan dinilai dan bergantung kepada niat seseorang. Amalan2 yang dilakukan mukallaf bergantung kepada apa yang diniatkannya. Ulama fiqh bersepakat menyatakan sekiranya seseorang berniat untuk melakukan kebajikan dan tidak dapat ditunaikannya disebabkan sesuatu masyaqqah atau keadaan tertentu ia tetap diberi pahala. Niat juga amat penting untuk menentukan halal dan haram. Peristiwa Rukanah menceraikan isteri dengan lafaz al-Battata bermaksud : putus. Hadis Riwayat Yazid bin Rukanah : `Sesungguhnya beliau telah menceraikan isterinya dengan lafaz al-Battata, iaitu putus. Dia pergi menemui Rasulullah saw dan bertanyakan masalah tersebut dengan berkata : Aku tidak inginkan begitu, katanya lagi : Aku maksudkan satu talak sahaja. Rasulullah saw bertanya : Demi Allah! Engkau maksudkan satu? Rukanah menjawab : Demi Allah! Aku maksudkan hanya satu. Beliau berkata : Baginda mengembalikan isterinya’

2. Hukum Furuq yang terbentuk daripada kaedah : a. Seseorang mencuri alat muzik yang melalaikan tujuan merosakkannya, ia tidak dikenakan hukuman hudud, namun jika ia mencuri dengan tujuan menjualnya, ia dihukum. b. Seseorang yang melakukan sesuatu yang diharus terhadap dirinya dengan niat atau meyakini ia adalah haram, dikira haram. Contohnya, menyetubuhi isterinya dengan meyakini isterinya itu adalah wanita lain, ia dikira berzina. c. Seseorang lelaki menyetubuhi wanita lain dengan sangkaan dan meyakini wanita tersebut adalah isterinya, ia tidak dikenakan hukuman hudud sebagaimana orang yang berzina berdasarkan niat dan maksudnya itu. d. Seseorang yang memerah anggur dengan niat membuat cuka, harus hukumnya. Jika ia berniat membuat arak, haram hukumnya. e. Seseorang yang meminum air mutlak dengan berniat minum arak, haram hukumnya.

3. Sumber asal kaedah : a. Al-Bayyinah : 5 `Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid’ b. Ali Imran : 145 `Dan sesiapa yang menghendaki balasan dunia, Kami berikan bahagiannya dari balasan dunia itu, dan sesiapa yang menghendaki balasan akhirat, Kami berikan bahagiannya dari balasan akhirat itu. c. Hadis Umar al-Khattab : `Sesungguhnya setiap pekerjaan itu diambilkira berdasarkan niat, dan sesungguhnya bagi setiap orang apa yang diniatkannya. Sesiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin diperolehinya, atau kerana wanita yang ingin dikahwininya, hijrahnya itu berdasarkan apa yang ia hijrahkannya’ d. Hadis Abu Hurairah : `Manusia akan dibangkitkan berdasarkan niatnya’

berkaitan dengan kehakiman dan tugasnya. `Sumpah berdasarkan niat orang yang bersumpah’ e. khuf. menegakkan kebenaran. melainkan Allah akan lunaskan di dunia’. Segala amalan Taqarrub Niat mendekatkan diri kepada Allah i.e. c. Membezakan ibadat dengan adat • Menahan diri dari makan kerana puasa atau menguruskan badan . ikrar. bukan lafaz dan bentuk perkataan’ g. umrah dll. separuh sengaja dan tidak sengaja. bekerja dan mencari nafkah. Kaedah Pecahan a. puasa. 4. menulis. `Sesuatu lafaz berdasarkan niat orang yang mengucapkannya’ d. Akad dan Kontrak Hukum berkaitan akad dan keluarga seperti pinjaman.e. Hadis Uqbah bin Husayn : `Sesungguhnya Allah memasukkan 3 orang ke dalam syurga kerana satu anak panah’ g. iktikaf. bererti berpaling daripada yang dimaksudkan’ b. pindahan hutang. solat. talak dll. tayammum. Segala amalan harus bertujuan ibadat i. namun tidak mengumumkan lafaz khusus’ c. 5. Bidang Kaedah a. `Amalan fardhu terlaksana dengan niat sunat’ f.e. Hadis Abu Musa al-Asy`ari : Niat seseorang muslim lebih baik dari amalannya’ f. `Segala akad yang mana maksudnya tidak membawa faedah tersebut’ 6. berkahwin serta hubungan keluarga juga menjaga diri daripada zina dan maksiat. Fungsi disyariatkan niat a. `Melakukan apa yang tidak dimaksudkan. pelupusan hutang. perwakilan. Hadis Maimunah : `Sesiapa dari kalangan orang Islam yang berhutang (ia berniat untuk membayarkannya) Allah mengetahui yang ia berhasrat untuk melunaskannya. jaminan. fatwa. b. makan. mengajar. menyebarkan ilmu. pembatalan jualbeli. mandi wajib dan sunat. minum. rujuk. d. `Niat berkaitan dengan sumpah dapat mengkhususkan lafaz umum. Ibadat Berwuduk. Qisas Membezakan antara perbuatan pembunuhan sengaja. `Apa yang dipegang dalam akad itu ialah maksud dan makna. e. menghukum. haji.

Tidak dapat keduanya kerana penyekutuan. Berakal atau waras 9. Memutuskan daripada ibadat • Niat berhenti sembahyang ketika sedang sembahyang. terbatal kesemuanya • mendirikan sembahyang fardu dengan niat sembahyang fardu dan sunat. Kategori Penyekutuan Niat a. Menyekutukan Ibadat Sunat dengan Sunat Mendirikan sembahyang sunat duha dan qada’ atau ganti sunat sebelum subuh. zihar kerana asalnya perkahwinan tetap berlaku 8.• Menyembelih binatang untuk makan atau ibadat korban b. Membezakan ibadat dengan ibadat lain • Ibadat fardhu atau sunat • Memberikan wang sebagai sedekah atau zakat 7. Menyekutukan Ibadat dengan Bukan Ibadat menyembelih binatang dengan niat kerana Allah dan lainnya. mana yang dipilih itulah yang tercapai ii. Islam b. Mumaiyiz c. batal penyembelihannya itu dan binatang sembelihan tidak halal dimakan b. Syarat Niat a. dikira murtad. Menyekutukan Niat dengan selain Ibadat `Engkau adalah haram untukku. batal sembahyang . b. Imam al-Subky berkata ia tidak mendapat ganjaran pahala kecuali dalam ibadat haji dan umrah sahaja c. dengan berniat talak dan zihar’ i. boleh memilih antara kedua. dapat haji wajib iii. Menafikan Niat a. mendapat yang sunat • menghulurkan wang dengan niat berzakat dan sedeka biasa. Membatalkan iman • berniat memutuskan iman. mendapat kedua-duanya • sembahyang fardhu serta niat untuk mengajar orang lain • niat mengerjakan haji dan menggabungkan umrah sunat atau wajib ii. Menyekutukan Ibadat Fardu dengan Fardu Hukum asal terbatal keduanya. d. dapat sedekah sunat iv. terbatal keduanya b. talak berdasarkan kekuatannya yang lebih berbanding zihar iii. Menyekutukan Ibadat Fardu dengan Sunat i. mendapat yang fardu • niat mengerjakan haji wajib dan haji sunat.

iaitu perlu kepada niat yang dikatakan rukun tersebut. Perkara asal dan yang yakin itu tidak boleh ditinggalkan hukumnya disebabkan oleh sebarang syak atau keraguan. bukan rukun • Alasan : jika tidak dikatakan syarat sudah tentu perlu kepada niat yang lain pula dan tidak memadai satu niat tersebut sahaja. `Tidak ditinggalkan yang yakin asal wajibnya dengan perkara baru yang diramal atau diandai’ d. Perbezaan Yakin. `Syak tidak menghimpit yang yakin’ 3. Sesuatu perkara yang telah diyakini berlaku. Apa yang telah tetap dan teguh itu tidak terangkat atau berganjak dengan sebab kedatangan syak kepadanya.10. `Yang yakin tidak dihilangkan dengan syak dan tidak boleh dihilangkan melainkan dengan yakin’ c. sebarang keraguan yang datang kemudian untuk meragui keyakinan itu tidak diambil kira. `Apa yang ditetapkan dengan yakin tidak diangkat melainkan dengan yakin’ b. Kedudukan Niat dalam ibadat – sama ada berada pada status rukun atau syarat a. `Yang syak tidak dipalingkan kepadanya atau tidak diambil kira dan yang yakin diamalkan terhadapnya’ e. `Tanggungjawab apabila dibina atas keyakinan ia tidak terlepas kecuali dengan yakin’ 2. Kaedah Lain a. Zann dan Waham . Syak. Kaedah Fiqh : Keyakinan Tidak Dihilangkan Dengan Keraguan KAEDAH 2 : KEYAKINAN TIDAK DIHILANGKAN DENGAN KERAGUAN 1. Ibn al-Sabbagh dan Qadi Abu al-Tayyib : niat adalah syarat. serta wajib ada syarat tersebut selagi perkara itu berlangsung b. majoriti ulama mazhab al-syafie : rukun daripada ibadat • alasan : ia berada atau terletak dalam ibadat. Sedangkan syarat itu hendaklah berada atau seharusnya ada sebelum menunaikan ibadat.

buktinya dikatakan ilmu al-yaqin dan tidak dikatakan makrifa al-yaqin • Sesuatu yang pasti berdasarkan kajian dan bukti iaitu sesuatu yang menjadi tetap melalui penglihatan atau dengan adanya dalil. Zann • Al-Hamawiy : seseorang yang berada dan berhenti di antara dua yang mana ia dapat mengukuhkan atau dapat ditarjihkan salah satu antara keduanya • Berat sangka atau sangkaan yang lebih hampir kepada kebenaran. keraguan tidak dapat ditarjihkan mana satu yang lebih kuat • tidak diterima dalam hukum fiqh. c.e. sama ada haram atau harus . Jenis syak a. namun tidak mencapai tahap keyakinan dan ghalabah al-zan. keraguan yang terbentuk daripada asal atau dasar yang harus c. e. keraguan yang lahir daripada atau sumber haram b. Syak • Keraguan yang sama kuat atau sama banyak terhadap sesuatu perkara i. keraguan yang tidak dapat dipastikan asal atau sumbernya. d. Waham • Keraguan yang dialami oleh seseorang yang mana antara keduanya lebih mirip atau cenderung kepada yang lemah atau tidak kukuh • Suatu bayangan atau lintasan pada hati atau diri seseorang yang dikira sebagai sangkaan meleset atau salah • Tidak diterima dalam hukum fiqh 4.a. Yakin merupakan sifat yang lebih tinggi daripada makrifah. b. Yakin • Al-Jawhari : suatu ilmu dan lenyapnya syak • Ibn Mansur : Ilmu dan membuang syak serta hakikat sesuatu perkara • Abu al-Baqa’ : Pegangan yang kukuh mantap dan tetap serta menepati kenyataan • Raghib al-Asfahani : Tetapnya atau diamnya sesuatu kefahaman berserta tetap hukum. • harus dibina hukum dan diterima. Ghalabah al-Zann • Al-Allamah : penjelasan dan ibarat tentang ketenangan zan • Setengah ulama : berada pada tingkat yang sama dengan yakin • harus diasaskan hukum fiqh berdasarkan ghalabah zan ketika tidak ada yaqin dan selagi ia berasaskan penelitian dan bukti.

. Di mana isteri membuat pengakuan suaminya tidak menunaikan tanggungjawab nafkah dan pakaian kepadanya. Pengakuan isteri itu yang diterima. Alasannya kerana asalnya nafkah tersebut adalah tanggungjawab suami dan ia belum diberikan. ia tidak ingat berapa rakaatkah yang telah dilakukannya : 3 atau 4? Hendaklah ia ketepikan keraguan tersebut dengan keyakinan dan berpegang dengan apa yang meyakinkan’ 6. kemudian timbul keraguan dengan sebabnya : Apakah telah keluar sesuatu daripadanya atau tidak? Janganlah sesekali ia keluar daripada masjid sehingga ia mendengar suara atau mencium bau’ b. b. dibiarkan atas kedahuluannya’ • Seseorang mempunyai hak atau diberikan kebenaran menggunakan jalan di hadapan rumah orang lain semenjak dahulu kala. Jika dalam keadaan orang biasa atau bercerita tentang perkara lalu. `Asal kekal sesuatu itu mengikut apa yang ada sebelumnya’ • Wanita yang ditalak rajie. `Asalnya apa yang menjadi tumpuan iqrar ialah sesungguhnya saya beramal dengan keyakinan. Pengakuan yg diterima ialah kata2 penjenayah kerana asalnya ia bebas drp tanggungjawab. Namun mangsa mengatakan : `Awak cederakan saya pada 2 tempat’. Tuan tanah tidak berhak menegah pengairan walaupun ia tidak mengetahui asal mulanya. menolak keraguan serta tidak mengambil yang berdasarkan kebiasaan atau dikuasai oleh dugaan’ • Seorang hakim telah membuat ikrar atau pengakuan tentang sesuatu. Kaedah Pecahan a. • Pasangan suami isteri yang telah hidup bersama bertelingkah. `Apa yang ada semenjak dahulu. membuat pengakuan bahawa ia masih dalam keadaan suci dan iddah belum habis.5. pemilik tanah tersebut tidak berhak menegahnya walaupun ia tidak mengetahui sejarah asal mulanya. ia tidak diterima sebagai keputusan. Sumber asal kaedah a. • Seseorang yang dibenarkan mengairi sawahnya dengan menggunakan terusan yang ada dalam tanah orang lain yang telah berlaku semenjak sekian lama. Kerana asalnya kekal iddah hinggalah yakin iddah telah tamat. `Apabila seseorang kamu ragu2 ketika sembahyangnya.. Dibenarkan akuannya serta berhak mendapat nafkah daripada suaminya. `Asalnya seseorang bebas daripada tanggungjawab’ • Penjenayah yang melukakan seseorang mengatakan : `Itulah 1 kesan luka yang saya cederakan awak’. d. Sekiranya ikrar dalam keadaan memberi keputusan atau kehakiman ikrarnya diterima. c. `Apabila seseorang kamu merasakan sesuatu di dalam perutnya.

kerana kemungkinan bayi itu mati sebab lain. selagi tiada dalil menyalahinya’ • Seseorang yang menghilangkan diri tanpa dapat dikesan sama ada hidup atau mati. bayi itu meninggal dunia. iaitu tidak akan makan buah durian. Waktu itu. Namun ternyata jika bunga tamar tidak dikahwinkan menyebabkan buahnya kurang baik mutunya. Ia dikira melanggar sumpahnya jika ia memakan daging lembu tersebut. sehinggalah ada bukti yang menunjukkan kematiannya. Baginda menyarankan supaya mereka tidak perlu bersusah payah begitu. sedangkan penjual menafikannya. Baginda menyerahkan urusan yang berkaitan keduniaan kepada umatnya. `Asal setiap yang berlaku diambil kira masa paling hampir’ • Seseorang lelaki memukul perut wanita mengandung. Ia tidak mengahwini semua wanita yang tinggal di kampong itu sehingga ia dapat mempastikan mana satu wanita yang haram dikahwininya. `Apabila sesuatu lafaz sukar diertikan secara hakiki. `Apa yang ditetapkan berdasarkan masa atau semasa dihukum dengan kekalnya begitu. k.e. j. kerana asalnya kecacatan pada barang dijual tiada. Kerana ia dikira masih hidup sebagaimana ia keluar dari rumah dahulu. kemudiannya wanita tersebut melahirkan anak dalam keadaan hidup dan sihat dalam jangkamasa tertentu. Selepas peristiwa itu. hinggalah ada dalil menunjukkan pengharamannya’ • Suatu ketika Rasulullah saw melihat para sahabat di Madinah bersusah payah memanjat pokok kurma untuk mengahwinkan bunga kurma supaya buahnya lebih bermutu. `Asal sesuatu adalah harus. Lelaki yang memukul perut wanita tersebut tidak dikenakan tanggungjawab. f. `Hukum asal pada sesuatu ucapan itu dikira maknanya yang hakiki’ • Seseorang bersumpah tidak akan makan lembu yang dibeli. g. Namun pengertian hakiki tersebut sukar serta tidak dapat dilaksanakan. Tidak berapa lama kemudian. `Asal segala sesuatu itu tiada’ • Seseorang telah mendakwa bahawa barang yang dibelinya ada kerosakan. HR Anas bin Malik : `Kamu lebih mengetahui dalam hal yang berkaitan dengan urusan keduniaanmu’ i. `Hukum asal dalam masalah seks adalah haram’ • Jika dinyatakan kepada seseorang lelaki bahawa di sebuah kampong tertentu terdapat seorang wanita yang haram dikahwininya. Diterima pengakuan penjual. Namun jika meminum susunya tidak mengapa kerana daging merupakan makna hakiki dan susunya merupakan makna majazi. dipindahkan kepada pengertian majazi’ • Seseorang lelaki bersumpah tidak akan makan pokok durian. . Harta pemilikannya tidak dapat diwarisi sesuka hati. berpindah perlaksanaannya kepada pengertian majazi. h. Lantaran. Menurut pengertian hakiki dia tidak akan makan batang dan dahannya. namun ia tidak mempastikan mana satu wanita yang dimaksudkan.

dianggap ia belum melakukannya’ • Jika seseorang syak adakah ia meninggalkan salah satu rukun sewaktu sembahyang atau ibadat wajib lain. Asal lebih kukuh menurut pendapat yang lebih tepat d. seseorang wanita mengikrarkan berlaku perkahwinan dan ikrar tersebut dibenarkan oleh orang yang diikrarkan • qaul jadid Imam Syafie : ikrar wanita diterima. m. Kaedah Fiqh : Kesukaran Diiringi Kemudahan KAEDAH 3 : KESUKARAN DIIRINGI KEMUDAHAN . Zahir lebih kukuh secara pasti c. dikira yg sedikit. seseorang yang meragui sedikit atau banyaknya darah kutu yang terkena pada pakaian sembahyangnya. ada 2 kemungkinan : asalnya terhindar dari najis dan asalnya juga najis dan darah seperti itu dimaafkan. hendaklah dibawa saksi.l. Imam al-Haramain. namun ragu2 tentang sedikit atau banyaknya. Hukumnya ia mestilah mengulangi apa yang disyaki atau dirasakan belum melakukannya. Kategori Hukum Asal dan Zahir (A) `Berlaku pertentangan antara asal dengan zahir’ a. `Sesiapa yang syak adakah ia telah melakukan sesuatu atau belum. `Sesiapa yakin melakukan sesuatu amalan. Kerana ia lebih meyakinkan’ • Seseorang suami syak sama ada ia telah menceraikan isterinya dengan talak satu atau lebih. Ia hendaklah mengira yang paling sedikit 7. Zahirnya lebih kukuh daripada asal (B) `Berlaku pertentangan di antara 2 asal’ a. (C) `Berlaku pertentangan di antara 2 zahir’ a. Asal lebih kukuh secara pasti b. Kerana zahirnya ia menunjukkan kebenaran antara pembuat ikrar dan orang yang diikrarkan saling membenarkan atau mengakui • qaul qadim Imam Syafie : andainya pembuat pengakuan dan orang yang diakui menetap dalam satu daerah. Kerana zahirnya ia bertentangan dengan zahir yang lain iaitu 2 orang yang tinggal dalam satu daerah sememangnya telah mengetahui keadaan diri masing2 serta mudah bagi keduanya membawa saksi.

Hadis Abu Hurairah : `Sesungguhnya agama (Islam) ini mudah’ 3. dan lazimnya diberi kelonggaran pada ketika berhadapan dengan keadaan yang menyulitkan. Hadis Anas bin Malik : `Permudahkanlah dan janganlah menyukarkan’ e. sedikit pening atau berasak-asakan (dalam haji atau jihad fizikal). sedangkan kebiasaannya tidak selamat untuk sampai ke Mekah. di samping kecilnya masyaqqah ini. Masyaqqah yang sangat berat Masyaqqah yang ditakuti mengancam nyawa. Apabila terdapat sesuatu kesulitan dalam melaksanakan perintah Allah.. maka dalam keadaan ini tidak wajib haji b. Apatah lagi kepentingan ibadat dan kemuliaannya hendaklah diutamakan. c. Sumber Asal Kaedah a. c. Subhi Mahmassani : Kesukaran boleh menjadi sebab diberikan kemudahan dan wasilah kepada keringanan..1. tidak seperti asalnya. sedikit kesakitan di jari tangan atau kaki. `Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan’ (Al-Maidah : 6) c. Huraian Kaedah a. Masyaqqah yang sederhana . `. Contoh. Baginda bersembahyang 2 rakaat’ 2. Masyaqqah yang sangat ringan Misalnya. Hadis Anas : `Apabila Rasulullah SAW bermusafir pada jarak 3 batu atau farsakh. perintah itu diringankan. Ini agar syariat Islam dapat dilaksanakan oleh mukallaf bila dan di mana sahaja dengan memberi kelonggaran dan keringanan di saat dan ketika seseorang terjebak dengan kesempitan dan kesukaran. Maka sakit2 kecil seperti ini tidak akan mempengaruhi hukum dan tidak perlu diambil kisah kerana menghasilkan kepentingan2 ibadat itu lebih aula dari menolak masyaqqah seperti ini yang kebiasaannya orang tidak ambil peduli. e.dan Ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama’ (Al-Hajj : 78) d. anggota badan atau manfaatnya. d. Peringkat Masyaqqah a. tidak ada jalan lain mengerjakan haji melainkan melalui jalan laut sahaja. Masyaqqah ini wajib diberi keringanan dan kelonggaran kepada manusia kerana memelihara nyawa dan anggota badan bagi membangunkan kepentingan dunia dan akhirat lebih utama daripada mendedahkannya kepada kerosakan atau kemudaratan disebabkan ibadat. b. `Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan. dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran’ (Baqarah : 185) b. Terbentuk hukum rukhsah atau keringanan dalam syariat Islam.

Khilaf al-Aula (menyalahi keutamaan). Pembahagian Rukhsah Ulama Syafi’iyyah membahagikan Rukhsah kepada 5 bahagian : a. c. HR Umar al Khattab. Maka terimalah sedekah-Nya itu’. Manakala jika ia hampir kepada masyaqqah yang kedua. Rukhsah Mandubah (disunatkan) seperti qasar solat bagi seorang yang bermusafir 2 marhalah atau lebih. Sebab-Sebab Rukhsah a. tidaklah diberi keringanan. 4. Rukhsah dalam Bahasa Arab bermaksud `memudah dan menyenangkan’. Semuanya rukhsah tanpa khilaf. Keharusan berbuka puasa bagi mereka yang masyaqqah ke atasnya berpuasa dalam perjalanan atau ketika sakit.Jika masyaqqah ini hampir kepada masyaqqah yang pertama. d. Bay’ al-araya ialah menjual rutab (buah kurma mengkal) dengan tamar (kurma yang masak). Rukhsah Wajibah (diwajibkan) seperti memakan bangkai bagi mereka yang terdesak. Kesemua ini bergantung kepada zan atau perhitungan seseorang mukallaf itu. sabda Rasulullah saw : `Ini (solat qasar) suatu sedekah yang Allah sedekahkan kepada kamu. Menurut Ulama Fiqh diertikan sebagai `hukum2 yang disyariatkan oleh Allah berdasarkan kepada keuzuran-keuzuran manusia demi menjaga kepentingan dan hajat mereka. b. Rukhsah yang makruh dilakukan. Mengamalkan Rukhsah ini wajib kerana uzur iaitu memelihara nyawa. berbuka puasa bagi yang takut mudarat (binasa) kerana kebuluran atau kehausan walaupun ia bermukim dan sihat badan. Rukhsah Mubahah (diharuskan) seperti aqad salam. Rukhsah yang disyariatkan dalam Islam merupakan suatu bukti yang jelas bahawa Islam berpegang kepada samahah (berbaik hati) dan yusr (mudah) dalam menuntut perlaksanaan hukum Syarak. seperti solat qasar dalam suatu perjalanan yang kurang dari 2 marhalah 6. seperti seorang bermusafir berbuka puasa yang tiada kemudaratan kalau ia meneruskan puasanya `Dan berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah)’ (Baqarah : 184) e. Musafir yang diharuskan. bay’ al-araya. di samping kekal sebab yang mewajibkan hukum asal’ 5. • qasar sembahyang • menyapu khuf lebih dari sehari semalam . melewatkan solat zohor ke waktu tidak panas membakar dan keharusan memandang wanita ketika hendak meminangnya. maka mesti diberikan keringanan. Keharusan muamalat ini kerana ia diperlukan. al-ijarah dan beberapa akad muamalat yang seumpamanya. `Dan janganlah kamu campakkan diri kamu ke dalam kebinasaan’ (Baqarah :195) b. Rukhsah dalam Ibadat a. kerana salam dan ijarah adalah 2 jenis akad ke atas sesuatu yang majhul (tidak wujud).

Kesulitan serta umum al-balwa (kesukaran umum yang tidak dapat dihindarkan) • Dimaafkan sembahyang orang yang berpenyakit sentiasa keluar air kecil atau istihadah • Harus beristinjak dengan batu • Segala najis yang sukar dihilangkan adalah dimaafkan seperti tahi burung merpati yang tinggal dalam masjid • Sembahyang dengan najis yang dimaafkan seperti nanah bisul dan penyakit cacar • Najis yang tidak dilihat oleh penglihatan mata seperti belalang • Menyentuh mashaf al-Quran bagi kanak2 sedang belajar dengan berhadas • Membuang air besar atau air kecil dengan mengadap atau membelakangi kiblat dalam tandas • Harus menyapu khuf ketika bermukim kerana sukar mencabutnya pada setiap kali berwuduk tetapi wajib dicabut ketika mandi wajib kerana tidak kerap seperti wuduk • Harus memakai sutera bagi lelaki kerana berpenyakit atau sebab sakit serta untuk tujuan peperangan • Harus bertahallul daripada haji apabila dikepung musuh • Disyariatkan khiyar selama 3 hari g. Terlupa • Tidak batal puasa mereka yang makan dalam keadaan terlupa Hadis : `Sesiapa yang terlupa sedang ia berpuasa. • Tayammum ketika sukar menggunakan air atau menggunakan air boleh memudaratkan • Solat fardhu sambil duduk atau berbaring atau terlentang atau isyarat atau dengan hati berdasarkan kemampuan • Diharuskan doktor lelaki melihat aurat wanita dengan tujuan rawatan • Diharuskan meninggalkan solat Jumaat • Diharuskan meninggalkan puasa dan menggantikan apabila sembuh atau meninggalkan sepenuhnya bagi mereka yang tua dan uzur serta membayar fidyah • Tidak makruh minta tolong orang menjiruskan air ke atasnya ketika mandi atau membasuh anggota wuduk • Mewakilkan menunaikan haji dan melontar jamrah c. kecuali orang yang dipaksa (melakukan kufur) sedang hatinya tenang tenteram dengan iman’ (AnNahl : 106) d. kejahilan tidak dimaafkan. kaffarat `Tidak dikira bersalah 3 golongan : Orang yang tidur sehingga ia terjaga. hendaklah ia menyempurnakan puasanya itu’ • Tidak berdosa mereka yang terlupa solat sehingga keluar waktunya • Terlupa menunaikan zakat.• berbuka puasa • sembahyang jamak b. f. Paksaan (terpaksa atau dipaksa) • Mengancam nyawa dan harta bendanya • Kelaparan yang mengancam nyawa diharuskan makan benda haram • Dipaksa mensyirikkan Allah tetapi hatinya masih tetap beriman `Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah ia beriman (baginya kemurkaan dan azab dari Allah). di mana ia makan atau minum. haji. Sakit. seperti riba. Kekurangan . Kejahilan • Seseorang yang bercakap ketika sembahyang kerana ia bodoh. kanak2 sehingga ia bermimpi dan orang gila hingga ia berakal’ e. sembahyangnya tidak batal • Hukum2 yang tidak diketahui melainkan oleh ulama sahaja adalah dimaafkan bagi orang awam • Hukum2 yang umum diketahui oleh orang awam dengan mudah atau yang sepatutnya diketahui oleh setiap orang Islam.

apabila seseorang wanita kehilangan walinya ketika dalam musafir. 3 kaedah : . . Kaedah Pecahan a. hukumnya menjadi luas’ • Imam Syafie. Diubahkan atau perubahan • Menukar dan mengubah kedudukan serta cara mendirikan solat ketika dalam ketakutan dan menghadapi musuh 8. lalu ia menyerahkan wali untuk urusan musafirnya itu kepada seseorang lelaki. Dimaafkan • Solat orang beristinjak dengan batu atau seumpamanya sedangkan najis masih ada • Minum arak kerana terlalu dahaga dan ketiadaan air • Diharuskan makan benda najis atau makanan haram kerana terdesak g. Digugurkan • Digugurkan tuntutan solat Jumaat. Keringanan Syarak a. Dikurangkan • Qasar (dipendekkan) solat 4 rakaat kepada 2 rakaat ketika musafir c. puasa. haji.• Kanak2 dan orang gila tidak dibebankan dengan taklif • Kaum wanita tidak diwajibkan solat Jumaat atas dasar kekurangan sifat2 tertentu dan mereka tidak diwajibkan berperang dan tidak dikenakan jizyah • Wanita diberi kemudahan memakai barang kemas dan sutera • Taklif syarak atau tanggungjawab terhadap kaum wanita lebih ringan berbanding kaum lelaki • Bebanan dan tanggungjawab lebih ringan dikenakan terhadap hamba berbanding orang merdeka 7. Digantikan • Digantikan wuduk dan mandi dengan tayammum • Solat berdiri dengan duduk atau berbaring atau isyarat • Digantikan puasa dengan membayar fidyah bagi yang tidak berdaya d. Diakhirkan • Solat jamak ta’khir • Menangguhkan puasa ramadhan kerana musafir atau sakit • Menangguhkan solat demi menyelamatkan orang lemas atau kebakaran f. Harus hukumnya. `Apabila sesuatu itu sempit.berkaitan dengan bekas yang diperbuat daripada tanah liat yang mana bahan bakarannya adalah daripada benda2 najis. Didahulukan • Solat jamak taqdim • Mendahulukan keluar zakat sebelum tiba haul • Zakat fitrah sebelum raya • Kaffarat sumpah sebelum melanggar sumpah e. jihad dengan sebab keuzuran • Digugurkan kewajipan berpuasa kepada orang tua dan haji kepada orang yang lemah • Digugurkan menyertai jihad sebab uzur b. Apakah harus berwuduk dengan bekas itu? .

walaupun terpaksa membunuhnya • Harus mengambil harta benda orang yang berhutang yang enggan membayar hutangnya d. c. hukum menjadi sempit’ • Melakukan gerakan yang sedikit ketika sedang mendirikan solat diharuskan. `Keadaan darurat ditentukan menurut kadarnya’ • Memakan bangkai hanyalah harus untuk menyelamatkan diri daripada kelaparan dan mati kebuluran. seperti cacat pada anggota. • Seseorang yang dalam keadaan lapang. • Doktor diharuskan melihat aurat pesakit lelaki dan wanita untuk merawat. ia jelas tidak menyebabkan pakaian itu menjadi najis. • Sudah memadai dengan saksi wanita dan diterima saksi wanita dalam perkara yang lelaki tidak mengetahuinya dan tidak melihatnya. lalu hinggap pada pakaian seseorang. Namun setelah keuzuran hilang. `Kemudaratan-kemudaratan itu membolehkan tegahan-tegahan’ • Harus makan benda haram dalam keadaan sangat lapar untuk menyelamat jiwa daripada mati kebuluran. • Kiranya wanita sakit tidak harus ia dirawat oleh doktor lelaki kiranya masih ada doktor wanita.lalat yang hinggap di atas najis. seharusnya melakukan solat di awal-awal waktu serta dengan menepati segala rukun dan syaratnya yang sempurna. • Tidak perlu kepada keyakinan dan cukup dengan zann atau berat sangka sahaja dalam masalah arah kiblat. tidak boleh melakukan gerakan yang besar dan berulang-ulang seandainya tiada desakan atau keperluan berbuat begitu. batas diharuskan itu berakhir. e. suci tempat dan lainnya. Namun begitu. seperti sakit. `Apabila sesuatu itu longgar atau luas. Sekiranya ketika ia terbang sebelum hinggap pada pakaian itu kakinya menjadi kering. tidak lebih daripada itu. • Doktor harus melihat aurat lelaki dan wanita untuk tujuan rawatan • Harus melawan dan mengambil tindakan terhadap perompak. • Imam al-Zarkasyi menjelaskan.. `Apa yang diharuskan kerana uzur. namun dalam keadaan biasa diharamkan .beliau menyatakan kaedah itu. Apabila bertenaga semula. `Keperluan atau hajat diletakkan pada kedudukan darurat. sama ada umum atau khusus’ • Diharuskan melihat bakal isteri untuk tujuan perkahwinan • Seseorang lelaki diharuskan memakai pakaian sutera disebabkan penyakit kulit dan lainnya. b. batal dengan sebab hilang uzur tersebut’ • Tayammum menjadi batal dengan sebab didapati ada air sebelum mendirikan solat • Sekiranya seseorang saksi ada keuzuran syarak untuk datang dan memberi kesaksian di hadapan hakim di mahkamah. Namun jika sebaliknya. wajib ia hadir untuk memberi kesaksian di mahkamah f. iaitu sembuh dari sakit. seseorang itu harus menggunakan bekas yang diperbuat daripada emas dan perak untuk berwuduk. namun pada anggota atau bahagian sakit sahaja. kiranya tidak ada bekas lain. Harus ia memberi kesaksian di rumah.

Ibu susu hendaklah dibayar upah dengan kadar yang setimpal.g. Sewaan dikira berterusan sampai ia dapat dituai. j. dengan kadar tambahan sewaan sepatutnya. sedangkan bayi tersebut telah dapat menyesuaikan diri dengan susunya. • Sekiranya tempoh sewaan tanah pertanian telah tamat. Hal itu kerana desakan dan tekanan penyewa untuk mengekalkan tanamannya hingga masak dan dapat dituai tetap tidak membatalkan hakmilik tuan tanah. Apabila illahnya hilang atau tidak ada lagi. • Sesuatu itu apabila ia mengandungi racun. namun apabila tidak merosakkan bahkan dapat dijadikan ubat. demi menjaga kepentingan bayi. apabila pemiliknya datang dan mendakwa. diharuskan. Zahirnya menyebabkan kematian dan kerosakan. `Hukum itu berkisar bersama illahnya atau sebabnya’ • Diharamkan arak disebabkan illahnya yang memabukkan. arak bertukar menjadi cuka. agama dan menyebarkan agama Islam i. • Jus anggur atau nira apabila bertukar menjadi arak hilang kesuciannya. namun natijahnya adalah amat baik dan jelas. `Hukum itu mengikut kemaslahatan yang kukuh’ • Haramnya minum arak dan berjudi • Keizinan berjihad dan memerangi musuh. waktu itu ia tidak diharamkan. bayi tersebut masih belum dapat makan atau menerima makanan lain. `Kedudukan perkara yang tidak diketahui itu sama dengan kedudukan apa yang tidak ada’ • Seseorang yang menemui barang tercicir. ia hendaklah menyerahkannya. Ibu susu itu boleh dipaksa supaya terus menyusui bayi tersebut. . `Keadaan terdesak tidak membatalkan hak orang lain’ • Sekiranya tempoh sewa atau upah menyusu bayi daripada ibu susu telah tamat. apabila ia merosakkan diharamkan. ia adalah daripada harta Allah yang dikurniakan kepada orang yang Ia kehendaki. namun tanamannya masih belum dapat dituai disebabkan belum masak. contoh. Seandainya tidak ada pemilik. Iaitu mempertahankan diri. h. Selain itu.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->