You are on page 1of 12

Terapi Pergerakan Kreatif

Definisi dan konsep


Latihan melakukan pergerakan dan melakonkan aksi ataupun melakukan pergerakan mengikut rentak muzik bagi membantu murid-murid Pendidikan Khas mengekspresikan emosi dan perasaan mereka.

Terapi pergerakan kreatif memainkan peranan yang penting dalam membantu mengatasi masalah murid pendidikan khas . Aktiviti terapi pergerakan kreatif ini banyak melibatkan pergerakan motor kasar, motor halus dan aktiviti bersosialisasi. Kebiasaannya , aktiviti bagi terapi pergerakan kreatif ini dilakukan dengan adanya iringan muzik dan nyanyian.

Kepentingan
Aktiviti terapi pergerakan kreatif membantu murid-murid mengetahui mengenai emosi yang wujud dalam diri mereka sepertiperasaan gembira, marah, keliru dan sedih dan membolehkan kanak-kanak meluahkan emosi dan perasaan mereka sendiri. Dengan melakukan aktiviti seperti berlari, melompat , berpusing dan sebagainya akan dapat meningkatkan lagi kemahiran murid dalam menguasai kemahiran motor kasar. bagi membantu murid-murid mengatasi masalah yang dialaminya .

Selain itu juga, kepentingan lain bagi aktiviti terapi pergerakan kreatif adalah dapat merangsang murid untuk bergerakbalas positif terhadap sesuatu tindak balas. Sebagai contoh, guru meminta murid untuk terbang seperti burung, murid akan dapat bertindakbalas dengan cepat dan melakukan apa yang diminta oleh guru itu.

Ini menunjukkan aktiviti terapi pergerakan kreatif ini memberikan kesan yang positif dalam diri murid. Aktiviti muzik dan pergerakan bukan sahaja membantu pertumbuhan kecerdasan kinestetik malahan berperanan membantu mereka memahami konsep muzik yang abstrak Tambahan pula, melalui aktiviti pergerakan kreatif ini juga dapat memupuk perasaan diterima dan dihargai oleh masyarakat .

Kanak-kanak dapat menikmati kepuasan melalui gerak-geri yang berentak dan berirama dalam tarian. Aktiviti bergerak secara berkumpulan memberi kesempatan murid berkomunikasi dan berinteraksi dengan mengamalkan nilai-nilai murni. Dapat memupuk daya kreativiti muridmurid.

Perancangan aktiviti
Contoh aktivti 1 bergerak seperti seekor burung semasa muzik perlahan dipasangkan. Melalui aktiviti sebegini akan dapat meningkatkan lagi konsep kendiri murid. Dengan melakukan aktiviti yang melibatkan terapi pergerakan kreatif ini, murid akan menggunakan kesemua ruang untuk bergerak.

Contoh aktiviti 2 Persembahan kanak- kanak khas pada Hari Guru banyak mengaplikasikan aktiviti terapi pergerakan kreatif dan aktiviti terapi muzik dan nyanyian. Setelah mereka mempersembahkan persembahan mereka, kanak- kanak tersebut akan menerima tepukan yang gemuruh. Semasa melakukan aktiviti terapi pergerakan kreatif ini juga membolehkan kanak- kanak pendidikan khas merasakan diri mereka dihargai .

Contoh aktiviti 3 Murid duduk di depan cermin dan membuat air muka yang berlainan. Selepas itu, berdepan dengan rakan dan meminta rakan membuat air muka yang sama dengannya.

Kesimpulan

Melalui aktiviti terapi pergerakan kreatif dapat membantu murid dalam mengembangkan fungsi mereka di dalam masyarakat. Selain itu, aktiviti terapi sebegini juga dapat meningkatkan keyakinan dalam diri dan dapat membantu murid yang mempunyai masalah dalam menguasai kemahiran motor kasar dan motor halus. Melalui aktiviti sebegini juga, muri juga akan dapat mewujudkan pergaulan dan interaksi yang sihat sesama sendiri dan di dalam masyarakat .

You might also like