You are on page 1of 2

KAEDAH PENEMUAN INKUIRI

Pada umumnya, kaedah ialah cara atau peraturan yang digunakan untuk melaksanakan sesuatu. Berlainan dengan pendekatan, kaedah merujuk kepada satu siri tindakan guru yang sistematik dengan tujuan mencapai objektif pelajaran yang spesifik dalam jangka pendek (Mok Soon Sang, 2008). Mengikut Edward M. Anthony (1963) dalam buku siri pendidikan Pedagogi untuk Pengajaran & pembelajaran (Mok Soon Sang, 2008), kaedah merujuk kepada satu ikhtiar keseluruhan dikehendaki dalam satu set prosedur yang tersusun, berlandaskan kepada sesuatu pendekatan yang dipilih.

Penemuan dapat ditakrifkan sebagai proses mental mengasimilasikan konsep dan prinsip (Shulman, 1968). Penemuan berlaku apabila seseorang itu menggunakan proses mental dalam usaha mendapatkan sesuatu konsep atau prinsip. Proses mental itu adalah membuat pemerhatian, pengelasan, pengukuran, meramal, menerangkan dan membuat inferens. Pembelajaran inkuiri-penemuan adalah pendekatan penerokaan, ini didorong oleh pertanyaan demi pertanyaan dan membuat penemuan dalam usaha mencari kefahaman baru. Proses inkuiri didorong oleh sifat ingin tahu dan keinginan memahami sesuatu ataupun menyelesaikan masalah. Proses inkuiri bermula daripada sesuatu pemerhatian yang menarik minat dan seterusnya menimbulkan persoalan.

Inkuiri adalah satu proses mencari dan menyiasat masalah, membina hipotesis, mereka bentuk eksperimen, mengumpul data dan membuat kesimpulan untuk menyelesaikan masalah. (Lee S. Shulman,1986). Inkuiri secara amnya bermaksud mencari maklumat, menyoal dan menyiasat sesuatu fenomena yang berlaku di sekeliling. Melalui inkuiri, kanak-kanak menerangkan objek ataupun proses, menyoal, menjalankan eksperimen, menjawab soalan berkomunikasi bagi berkongsi penemuan ataupun penyelesaian. Inkuiri juga ditakrifkan seperti berikut: Inkuiri adalah proses mencari dan menyiasat masalah, membina hipotesis, mereka bentuk eksperimen, mengumpul data dan membuat kesimpulan menyelesaikan masalah.

Teknik inkuiri dikenali juga sebagai teknik tinjau siasat. Ia merangkumi segala proses soal selidik bagi mendapatkan jawapan daripada soalan atau masalah yang ditimbulkan. Dalam proses

pembelajarannya, teknik ini adalah berdasarkan prinsip dan prosedur yang digunakan oleh para saintis sewaktu menjalankan uji kaji di dalam makmal. Teknik inkuiri dapat mengembangkan kebolehan berfikir reflektif di kalangan pelajar sewaktu menyenaraikan soalan-soalan yang perlu dicari jawapannya sebelum membuat kesimpulan mengenai sesuatu perkara yang disiasat. Kaedah penemuan pula adalah proses mengenalpasti dan mendapat tahu sesuatu prinsip, fenomena atau ciri-ciri tertentu yang sedia ada tetapi belum dipastikan lagi. Sewaktu menjalankan aktiviti pembelajaran menggunakan teknik penemuan ini, pelajar akan memerhati, mengkaji, mengumpul data, menganalisis, mentafsir, merumus, dan mengenalpasti ciri-ciri tertentu sebelum mengetahui dengan pasti sesuatu perkara.

Teknik inkuiri-penemuan juga sangat berpusatkan kepada pelajar dan mereka diberi kebebasan yang luas meneroka sesuatu fenomena dengan bimbingan guru. Kebebasan tersebut meningkatkan motivasi mereka supaya berusaha melakukan yang terbaik bagi memastikan kejayaan menemui sesuatu konsep yang tepat pada akhir pelajaran. Ingatan pada penemuan tersebut juga kekal lama dan aktiviti sebegini dapat melatih pelajar bertanggungjawab pada pembelajaran mereka sendiri. Disiplin yang tinggi juga perlu bagi menyelesaikan masalah dan jika dijalankan secara berkumpulan, dapat memupuk semangat kerjasama dan toleransi di kalangan ahli kumpulan

RUJUKAN :

Mok Soon Sang. 2008. Pedagogi Untuk Pengajaran & Pembelajaran. Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.

You might also like