You are on page 1of 9

BUDAYA DALAM PEMBELAJARAN ( Pembinaan Persekitaran Bilik Darjah yang Mesra Budaya)

Sinopsis

Modul ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang beberapa tajuk yang berkaitan dengan pembinaan bilik darjah yang mesra budaya. Ini merangkumi tajuk yang terdiri daripada pengurusan fizikal dan sosio-emosi bilik darjah yang mesra budaya. Di samping itu, pelajar diberi pendedahan mengenai interaksi dan cara hubungan yang sesuai antara pelajar dalam bilik darjah yang terdiri daripada pelajar berbagai kelompok etnik. Tajuk tentang pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk mengajar pelajar pelbagai budaya. Di samping itu, unit ini juga membincangkan pedagogi relevan budaya dan kepelbagaian budaya serta kelas bercantum yang sering terdapat di kawasan yang terpencil atau pedalaman. Aspek-aspek sosiolinguistik juga dibincangkan untuk menyesuaikan pelajar kepada situasi tertentu. Akhirnya, pelajar diberi pendedahan mengenai penilaian berasaskan budaya supaya pelajar dapat melengkapkan diri untuk berdepan dengan pelajar pelbagai budaya. Berbekalkan pengetahuan sedemikian, pelajar akan lebih bersedia mewujudkan satu persekitaran pembelajaran yang mesra budaya

Hasil Pembelajaran

Mentakrif konsep, tujuan dan komponen-komponen fizikal dalam pengurusan persekitaran fizikal untuk mewujudkan bilik darjah yang mesra budaya Menerangkan peranan dan tanggungjawab guru dalam mewujudkan bilik darjah yang mesra budaya Melakar pelan lantai fizikal bilik darjah yang mesra budaya Menjelaskan konsep, kepentingan, perkembanagan dan strategi pengurusan sosio-emosi dalam bilik darjah pelbagai budaya Menjelaskan kepentingan memahami hubungan etnik dan mencadangkan cara-cara yang sesuai dalam mewujudkan hubungan yang baik dalam kalangan pelbagai etnik Mengenalpasti konsep dan ciri-ciri pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan Menjelaskan aspek-aspek penting dalam pengurusan pengajaran dan pembelajaran Mengenalpasti konsep, tujuan dan ciri-ciri pedagogi relevan budaya Membincangkan kaedah dan teknik yang boleh digunakan dalam pedagogi relevan budaya

10. Menerangkan latar belakang, konsep, ciri-ciri dan kepentingan kelas bercantum 11. Mengelola ,menguruskan dan melaksanakan kelas bercantum yang memenuhi hasrat dan tujuan kelas bercantum Mentakrifkan maksud penilaian berasaskan budaya Menghuraikan ciri-ciri dan aspek-aspek diambil kira dalam penilaian berasaskan budaya

TOPIK 1

KONSEP DAN TUJUAN PERSEKITARAN FIZIKAL BILIK DARJAH YANG MESRA BUDAYA

Sebelum kita bermula, fikirkan tentang persekitaran fizikal bilik darjah. Mengapa guru perlu menyusunkan bilik darjah sebegitu rupa? Apakah aspek-aspek yang perlu diambil kira apabila ingin menyusunkan bilik darjah anda? Bagaimana anda dapat mewujudkkan sebuah bilik darjah yang mesra budaya. Mari kita sama sama membincangkan ciri-ciri fizikal yang perlu diberi perhatian dalam mewujudkan suasana bilik darjah yang mesra budaya.

1.1 Konsep dan Tujuan Pengurusan Persekitaran Fizikal Bilik Darjah

Konsep pengurusan persekitaran fizikal bilik darjah yang mesra budaya adalah amat penting dalam pengajaran dan pembejaran dalam abad yang mencabar ini dan lebih-lebih lagi melibatkan muridmurid dari pelbagai latar belakang etnik. Konsep pengurusan fizikal harus melewati bukan hanya dari aspek kemudahan prasarana serta kemudahan fizikal sahaja namun hasil dari pengurusan persekitaran fizikal dapat mewujudkan satu suasana serta iklim pembelajaran yang kondusif dengan mengambil kira keunikan perspektif dari pelbagai latar belakang budaya dan sosial. Pengurusan persekitaran fizikal bilik darjah telah di rumuskan oleh Fred Steele(1973) sedemikian the effects of physical setting in a classroom is a setting for social interaction, symbolic identification, growth, security,shelter and pleasure. Kenyataan yang diutarakan oleh Steele (1973) disokong oleh Lambert (1994) yang menyatakan bahawa aspek persekitaran fizikal seperti dengan siapa dan di mana pelajar duduk dapat membantu dalam interaksi antara mrurid dari latar belakang lingustik dan kebudayaan yang berbeza. Kriteria-kriteria Fizikal Umum Untuk Mewujudkan Persekitaran Bilik Darjah yang Mesra Budaya

1) Aspek Fizikal :-

Terdapat meja dan kerusi yang sesuai dengan murid dan boleh diubah suai mengikut keperluan aktiviti. Mempunyai pencayaan dan pengudaraan yang baik. Mengecat dinding dengan warna - warni yang ceria dan lembut. Memasang langsir dengan warna yang ceria, terang dan lembut. Melukis mural diswekitar kelas. Keselamatan yang terjamin seperti pelan kebakaran dan pemadam api.

Berhenti dan Reflek Pembelajaran dalam persekitaran fizikal yang mesra budaya akan merangsang pelajar untuk menimba ilmu secara berkesan. Bagaimana anda dapat melakarkan pelan bilik lantai yang anda fikir mesra budaya?

2) Sudut-Sudut Pembelajaran:Dalam bilik darjah, terdapat pelbagai sudut pembelajaran dan aktiviti yang dapat membantu perkembangan intelek murid seperti sudut boneka, kognitif, kinestetik serta sudut kreativiti dan sebagainya. Di samping itu, terrdapat sudut-sudut bacaan seperti buku cerita dan majalah pendidikan dan sudut multimedia seperti komputer, televisyen dan multimedia. 1.2 Kriteria-kriteria Fizikal Spesifik Untuk Mewujudkan Persekitaran Bilik Darjah yang Mesra Budaya 1) Aspek Fizikal: Menyusun atur tempat duduk semula murid-murid dalam bilik darjah supaya terdapat kesamarataan taburan di antara murid-murid dari pelbagai kumpulan etnik dan tidak hanya satu kumpulan etnik dikelompokkan dalam satu kumpulan. Apabila ada perbincangan kumpulan atau aktiviti-aktiviti kumpulan ahli-ahli kumpulan akan terdiri dari pelbagai kaum etnik. Secara tidak langsung kepelbagaian kumpulan etnik dalam satu-satu kumpulan secara tidak langsung dapat mewujudkan serta memupuk satu suasana mesra budaya secara tidak langsung.

Aktiviti mengecat dinding dengan melukis mural -mural biasanya dilakukan oleh guru kelas sendiri atau beberapa murid yang menjadi pembantunya. Adalah sesuai sekiranya tema lukisan mural berkisar mengenai perayaan-perayaan serta kebudayaan perihal pelbagai kaum etnik di negara ini. Aktiviti sedemikian juga merupakan salah satu aktiviti yang sesuai yang boleh dilakukan oleh murid-murid dari pelbagai latar belakang kumpulan etnik supaya dapat memupuk perasaan kekitaan dalam kalangan mereka. Perbincangan serta persediaan untuk lukisan mural secara tidak langsung akan dapat memupuk nilai serta belajar untuk bertoleransi dan bekerjasama. Secara tidak langsung guru telah berjaya secara tidak langsung untuk memujudkan persekitaran mesra budaya.

Ruang untuk bekerja adalah penting untuk memupuk nilai kerjasama dan tolong menolong antara murid dari pelbagai latarbelakng dan budaya. Tugasan yang di berikan oleh guru dapat di bincang diruang ini; di mana secara tidak langsung Ali, Kumar serta Kim Moi dapat berbincang untuk mendapatkan jawapan atau fakta untuk tugasan mereka. Keberkesanan konsep ruang bekerja atau work space ini disokong oleh Woolfolk (2001) yang menyatakan sedemikian bahawa the physical environment of the classroom such as use of space, classroom setting and cocial dimensions interact to shape classroom culture

2) Sudut-Sudut Pembelajaran dan Bacaan: Selain daripada sudut-sudut yang biasa guru juga boleh mewujudkan sudut baru seperi sudut budaya, sudut sejarah dan sudut patriotik. Sudut-sudut ini dapat mendedahkan murid-murid kepada pelbagai agama, adat resam, kebudayaan serta kepercayaan dari pelbagai kaum etnik di negara ini. Secara tidak langsung murid-murid dapat memupuk nilai-nilai murni seperti sabar, toleransi serta hormatmenghormati yang merupakan komponen penting untuk mewujudkan perpaduan kaum . Guru juga boleh menyediakan pelabagai aktiviti - aktivti multimedia atau interaktif di setiap sudut pembelajaran tersebut untuk menarik minat murid-murid. Contohnya di sudut budaya ini Ali dapat mengetahui tentang kebudayaan serta agama Samy dan sebaliknya agar terdapat satu pemahaman yang jelas dan tidak prasangka agar tidak menyentuh isu-isu sensitif serta menjaga sensitiviti sesuatu kaum etnik. Begitu juga dengan murid-murid dari Sabah dan Sarawak. Tindakan mewujudkan sudut-sudut pembelajaran disokong oleh Morrow dan Weinstein (1982) yang menyatakan sedemikian keep in mind to include a literacy center in your classroom to allow pupils to explore, investigate and discover knowledge.

Guru juga harus mewujudkan sudut-sudut sejarah dan patriotik; di mana sudut-sudut ini akan meyedarkan murid-murid betapa pentingnya perpaduan antara kaum-kaum dari pelbagai latar belakang etnik untuk mewujudkan sebuah negara yang aman dan makmur. Secara tidak langsung ini akan mewujudkan satu suasana mesra budaya dalam bilik darjah.

Selain daripada sudut-sudut pembelajaran, guru juga boleh menyediakan sudut bacaan di mana bahan bacaan adalah terdiri dari buku-buku atau risalah-risalah dari Sabah dan Sarawak atau sebaliknya yang mengandungi informasi mengenai sesuatu kaum atau kumpulan etnik.

Sudut pembelajaran elektronik adalah penting; di mana murid dari pelabagi latar belakang etnik dapat menggunakan perisian software yang di sediakan oleh guru seperti aktiviti interaktif dan multimedia untuk dapat melaksanakan tugasan dalam kumpulan. Semasa membuat tugasan muridmurid dapat memupuk serta menghayati nilai-nilai seperti bekerjasama, tolong menolong serta toleransi.

Selepas kita telah dan fahami konsep dan tujuan pengurusan fizilkal bilik darjah cuba anda bincang dengan rakan anda, Apakah ciri-ciri persekitaran fizikal spesifik selain daripada yang telah dinyatakan di atas dapat mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya ?

Pergi ke perpustakaan terdekat untuk mencari rujukan mengenai persekitaran fizikal yang mesra budaya. Dengan melengkapkan diri dengan bahan bacaan, sila jawab soalan berikut:

Selepas berbincang, sila senarai ciri-ciri persekitaran fizikal bilik darjah yang spesifik selain daripada yang tersenarai di atas?

1. ____________________________________________________________ ____________________________________________________________ 2. ____________________________________________________________ ____________________________________________________________ 3. ____________________________________________________________ ____________________________________________________________ 4. ____________________________________________________________ ____________________________________________________________ 5. ____________________________________________________________ ____________________________________________________________

1.3 Peranan guru sebagai Physical Enviroment Designer. Sekiranya anda hadapi murid anda daripada pelbagai budaya, nescaya anda perlu mengambil perhatian terhadap kepelbagaian / perbezaan individu dalam bilik. Apakah ciri-ciri yang perlu ada pada seorang guru yang berperanan sebagai Physical Enviromet Designer agar dapat mewujudkan satu persekitaran yang mesra budaya? Antara ciri-ciri yang perlu diambil perhatian termasuk: Perlu mengetahui latar belakang murid terlebih dahulu Perlu faham dengan mendalam perasaan setiap murid Mengkikis pra sangka Perlu mengetahui latar belakang kebudayaan, agama dan adat setiap murid dengan mendalam.

Berhenti sejenak dan semak kefahaman anda

Apakah peranan anda sebagai guru dalam mereka cipta sebuah bilik darjah yang mesra budaya ? Berbekalkan pengalaman anda, Cuba anda lakar sebuah pelan lantai bilik darjah yang kondusif supaya dapat mewujudkan sebuah bilik darjah yang mesra budaya? Apakah bentuk pelan lantai yang anda akan gunakan dalam setting di bilik darjah anda ? Adakah anda akan menggunakan kenis tradisional, jenis ladam kuda, separa bulatan atau jenis yang berbentuk modular untuk mewujudkan satu enviromen yang mesra budaya ?

Latihan

1. Berdasarkan kepada pengalaman anda sebagai guru, apakah ciri-ciri utama yang perlu diberi perhatian dalam mewujudkan sebuah bilik darjah yang mesra budaya? 2. Buat refleksi pengalaman anda melakarkan bilik darjah di atas.

1.4 Rumusan

Pengurusan fizikal harus mengambil kira bukan sahaja kemudahan prasarana serta kemudahan fizikal tetapi hasil dari pengurusan persekitaran fizikal dapat mewujudkan satu suasana serta iklim pembelajaran yang kondusif dengan mengambil kira keunikan perspektif dari pelbagai latar belakang budaya dan sosial.

Susunatur bilik darjah harus memberi perhatian kepada cara susunan tempat duduk pelajar harus samarata dari segi kumpulan etnik

Sudut sudut pembelajaran dan bacaan dalam bilik darjah perlu mengambil kira bahan bacaan pelbagai kumpulan etnik, mural sesuai dengan semua bangsa dalam kelas.

Guru perlu berperanan dalam mengetahui latar belakang pelajar, dan kepelbagaian perbezaan individu pelajar apabila mengatur dan melakarkan pelan bilik darjah serta letaknya sudut-sudut pembelajaran supaya mesra budaya

Berikut ialah senarai bahan bacaan teks dan bahan rujukan yang digunakan

Teks Bacaan Asas

Carol,SW & Mignano, A.J(2003). Elementery Classroom management.(3rd Ed) : McGraw Hill.

Pafkay,W.F.( 2004). Becoming a teacher. 6th Edition .Boston: Allyn & Bacon.

Rujukan Bull, Shirley & Solity Jonathan. (1987). Classroom management: Principles to Practice. NSW: Dcroom Helm.

Cheyney, A.B. (1967). Teaching children of different cultures in the classroom.(2nd Ed).: Bell&Howell, Columbus, Ohio.

Jones, B. F. (1995). Comprehensive classroom management: Creating Positive Learning Environments for all Students. Mass: Allyn & Bacon.

Lambert,N.M.(1994). Seating arrangements in classrooms. The International Encyclopedia of Education( 2nd ed), 9 ,5355-5359.

Robiah Sidin (1993). Classroom management. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

Steele, FI.(1973). Physical setting and organization development. Reading,MA:Addison-Wesley.

Weinstein,C.S. (1987). Spaces for children. New York:Plenum Press.

Woolfolk (2001). Educational psychology.( 8th Ed.). Boston: Allyn and Bacon

You might also like