You are on page 1of 6

SCE 3108 MERANCANG UNTUK MENGAJAR SAINS RENDAH 2011

Nama Unit Subjek Pensyarah Tarikh

: : : : :

SANDURA BINTI KOSMAS PGSR-SN MERANCANG UNTUK MENGAJAR SAINS RENDAH EN. DONATUS JUSTIN 28 APRIL 2011

REFLEKSI

a) Masalah / Kesukaran / Isu / Pengalaman Baharu Dalam menyelesaikan tugasan ini bukanlah satu perkara mudah. Walaupun soalan yang diberikan agak mudah kerana ia berkaitan dengan Pengajaran dan Pembelajaran seorang guru, namun keinginan untuk menghasilkan kerja yang bermutu, sedikit sebanyak telah menyulitkan lagi keadaan. Saya terpaksa merancang kerja sedari awal agar hasil kerja tidaklah kelam kabut ataupun seperti melepaskan batuk di tangga. Dalam menyiapkan kerja ini saya kerap menghadapi masalah dan tidak dapat saya selesaikan sendiri ini telah menyebabkan saya tertekan, namun begitu bukanlah bermaksud saya akan mengalah. Kesukaran yang saya hadapi adalah apabila berjauhan daripada rakan-rakan dan pensyarah pembimbing yang kerap menjadi rujukan saya. Saya terpaksa menggunakan inisiatif lain untuk berbincang mengenai masalah saya, namun begitu ia tidaklah semudah seperti yang saya harapkan. Ini kerana sewaktu menyiapkan KKBI pertama agak mudah dengan perbincangan yang kerap kami lakukan. Namun masalah penghantaran ke tangan pensyarah pembimbing sahaja yang menyebabkan penghantaran tersebut terganggu.

74

SCE 3108 MERANCANG UNTUK MENGAJAR SAINS RENDAH 2011

Pada bahagian A, tugasan tersebut agak mudah kerana saya telah mempunyai bahan yang tersedia hasil daripada tugasan lalu. Saya hanya perlu menambah sedikit sahaja untuk melengkapi tugasan tersebut. Bahan yang saya perlukan juga senang diperolehi kerana kemudahan-kemudahan yang mencukupi seperti internet, buku-buku ilmiah dan majalah senang diperolehi. Perpustakaan daerah juga berdekatan dengan tempat tinggal saya, jadi agak mudah untuk saya mendapat bahan-bahan tersebut. Namun melangkah ke bahagian B, kesukaran mula terasa kerana saya kurang berkemahiran dalam merangkah Rancangan Pengajaran Harian ( RPH ), Rancangan Pengajaran Mingguan ( RPM ) dan Rancangan Pengajaran Tahunan ( RPT ) yang sesuai mengikut ketetapan pensyarah pembimbing. Perbincangan kerap saya lakukan dengan kawan-kawan dan pensyarah pembimbing, namun masih tidak mencukupi untuk kefahaman saya. Ini disebabkan corak pembinaan RPH dan RPT di sekolah tidak sama dengan kehendak pensyarah pembimbing. Masalah ditambah lagi iaitu apabila saya membina Rancangan Pengajaran Mingguan( RPM ). Ini kerana saya telah lama tidak membina RPM dan saya juga kena membina RPM ini berdasarkan ketetapan pensyarah pembimbing. Dunia Sains dan Teknologi ( DST ) juga merupakan subjek yang baru dan ini banyak mengelirukan saya dalam membina RPM ini. Namun hasil daripada kesabaran saya dalam membinanya , akhirnya RPM pun terhasil. Pengalaman baharu juga saya perolehi apabila saya mengenal KSSR iaitu dengan pemilihan kelas Tahun Satu sebagai kelas pilihan saya untuk menjalankan Marco kali ini.Saya kerap menjalankan penyelidikan mengenai KSSR dengan Jurulatih KSSR DST Saya juga terpaksa mendalami Dunia Sains dan Teknologi di Tahun Satu. Perbincangan dengan Guru Pakar KSSR Daerah Beaufort juga telah saya lakukan, walaupun ia merupakan satu tekanan tapi saya gembira kerana saya memperolehi ilmu yang baharu dan sangat berguna sebagai penambahan ilmu sebagai seorang guru. Dalam Tugasan C pula saya banyak memperolehi masalah dan tekanan semakin tinggi. Ini kerana kamera saya telah rosak dan rakaman tidak dapat dijalankan. Saya terpaksa menyewa bahan untuk merakam hasil pengajaran makro saya. Persiapan bahan-bahan untuk melaksanakan pengajaran makro juga membebankan saya. Namun saya tidak cepat melatah, saya anggap semua ini adalah cabaran dalam merempuh kejayaan. Akhirnya saya berjaya meyiapkan rakaman tersebut dengan jayanya.

75

SCE 3108 MERANCANG UNTUK MENGAJAR SAINS RENDAH 2011

b) Kekuatan dan Kelemahan

Dalam menyiapkan KKBL ini saya amat-amat berterima kasih kepada Pensyarah Pembimbing. Beliau sudi untuk memberikan penerangan demi penerangan kepada saya walaupun pada masa yang sangat terhad. Melalui penerangan beliau sepanjang saya menyiapkan KKBI ini saya sedikit sebanyak dapat memperolehi panduan bagaimana membina KKBI ini. Kekerapan saya membuat rujukan kepada beliau dapat sedikit sebanyak meringan beban ini. Kehadiran rakan-rakan saya di sekolah telah banyak membantu saya dalam membina Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT), Rancangan Pengajaran Mingguan (RPM) dan Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Walaupun saya bukan seorang guru Tahun Satu tapi dengan bantuan rakan-rakan, saya dapat memahami KSSR dan seterusnya menyiapkan semua Rancangan Pengajaran saya. Rakanrakan di sekolah saya tidak jemu-jemu dalam memberi tunjuk ajar kepada saya. Mereka bukan sahaja memberi tunjuk ajar tetapi juga memberi sokongan moral kepada saya. Ini berlaku kerana di sekolah saya juga mempunyai tanggungjawab yang berat dan perlu perhatian yang lebih.Saya tidak mahu semua tugas yangdi pikul tidak dapat diselesaikan dalam tempoh masa yang ditetapkan bak kata pepatah yang dikejar tak dapat, yang dikedong berciciran Namun begitu, dengan kehadiran rakan-rakan yang senantiasa memberi sokongan moral agar saya terus melakukan yang terbaik bagi diri saya dan sekolah seterusnya. Masa saya amatlah terhad dalam melakukan tugas-tugas seharian saya, saya terpaksa bijak dalam membahagi-bahagikan masa agar semua tugas yang dipertanggungjawabkan kepada saya dapat saya sempurnakan. Rakan-rakan PGSR-SN juga telah banyak membantu saya dalam tugasan kali ini. Dengan melalui kemudahan internet seperti Facebook ataupun Yahoo Massenger dan juga telefon bimbit dapatlah kami berbincang tiap kali ada masalah yang datang. Saya amat bersyukur kerana dikurniakan rakan-rakan yang ringan hati hendak menolong. Kami akan sentiasa bantu membantu jika mempunyai maklumatmaklumat terkini mengenai tugasan ini. Ianya bukan sahaja membantu meringankan beban dalam menyiapkan KKBI tetapi menambah erat hubungan kami semua.

76

SCE 3108 MERANCANG UNTUK MENGAJAR SAINS RENDAH 2011

Di kala saya berusaha menyiapkan KKBI ini, saya sedang menghadapi kemelut hidup. Memang kita sebagai seorang manusia tidak leka daripada keperitan hidup namun ia banyak mempengaruhi semangat saya dalam menyempurnakan tugasan ini. Tekanan demi tekanan saya terpaksa harungi, mungkin ianya hanyalah sekadar dugaan Tuhan kepada saya.Namun membina semangat diri agar terus bangkit berjuang bukanlah satu perkara mudah, hanya doa yang kerap dipanjatkan kepada Nya. Kini saya jadikan situasi PGSR-SN ini sebagai pemangkin kepada semangat saya.

c) Tindakan susulan / Cadangan

Dalam menyiapkan tugasan ini saya banyak mempelajari cara yang betul menyiapkan KKBI dengan sendirinya. Namun begitu ia juga masih tidak mencukupi ini kerana masih banyak kekurangan di sana sini. Ini berlaku kerana saya tidak mempunyai salinan Buku Panduan Pelaksanaan Penilaian KKBI Edisi Pelajar yang boleh dijadikan bahan rujukan. Saya sendiri kurang pasti samada pernah membaca buku tersebut atau tidak. Saya terpaksa bertanya kembali kepada pensyarah dan rakan PGSR-SN dalam menyiapkan KKBI ini. Maka dengan ini saya cadangkan agar setiap pelatih PGSR di kehendaki memiliki Buku Panduan tersebut sebagai simpanan yang wajib. Jika perlu buku tersebut hendaklah senang didapati di Pusat Sumber IPG Kampus Keningau agar para pelatih dapat merujuk apabila berlakunya kekeliruan dalam menyiapkan tugasan.Ini kerana pada hari ini didapati para pelatih PGSR tidak lagi merujuk kepada buku tersebut kerana sukar untuk ditemui. Namun begitu hasil kerjasama dari semua pihak akhirnya dapat juga setiap KKBI yang diberikan diselesaikan bersama.Ini semua memerlukan sikap yang bersemangat dalam apa saja tugas yang diberikan. Sikap sambillewa haruslah perlu disingkirkan dari diri tiap pelatih PGSR kerna ianya hanya membebankan diri sendiri. Walaupun kita terkadang dibebankan dengan tugas-tugas yang banyak dari pelbagai pihak namun itu bukan tiket dalam kesukaran menyiapkan KKBI. Cara membahagibahagikan masa dengan bijak dan teratur perlu diusahakan bagi diri sendiri juga.

77

SCE 3108 MERANCANG UNTUK MENGAJAR SAINS RENDAH 2011

Ini seperti yang yang diarahkan selalu oleh En. Donatus dalam menyiapkan KKBI ini. Beliau sendiri meminta agar perlu menyiapkan format perancangan kerja bagi KKBI ini ( Pelan Tindakan ) . Hasilnya kerja dapat diselesaikan dengan senang disebabkan masa yang telah dirancang dan tugasan di sekolah dapat diseimbangkan dengan mencari masa terluang. Walaupun dalam mencari bahan tugasan itu agar berat namun daripada perancangan masa yang telah dibuat awalawal lagi dapatlah saya mempermudahkan lagi pencarian masa. Teknik yang digunakan oleh Pensyarah Pembimbing kami En. Donatus Justin perlulah menjadi contoh kepada pensyarah lain agar tugasan yang diperlukan dapat dilaksanankan dengan baik dan menepati masa. Ini disebabkan pelatih PGSR ini sentiasa dibebankan oleh tugas-tugas yang penting di sekolah masing-masing. Dengan adanya Pelan Tindakan yang perlu disediakan oleh pelatih maka ia dapat membantu kesukaran masa yang dihadapi.Namun kesedaran diri perlu agar mengikuti masa yang telah ditetapkan dalam Pelan Tindakan itu bagi kebaikan diri, bak kata pepatah Masa itu emas

d) Kesimpulan Kesimpulan daripada semua ini, setiap yang berlaku ada sebabnya (hikmah) Dalam menyelesaikan tugasan ini banyak pengalaman pahit dan manis saya lalui. Walaupun menyiapkan tugasan ini antara KKBI yang amat payah saya siapkan namun jika dilihat kembali pengalaman yang saya perolehi tidak terhingga banyaknya. Pengetahuan saya juga bertambah dalam mencari bahan-bahan di internet, buku-buku ilmiah, majalah dan yang paling berkesan saya kini lebih mudah ke Pusat Sumber berdekatan untuk memperolehi ilmu yang berfaedah. Kepayahan dalam menyiapkan tugasan ini telah menjanjikan kemanisan kepada saya. Ini berlaku kerana saya meperolehi pengetahuan tanpa sengaja yang mana ia secara tidak langsung membantu saya dalam menghadapi peperiksaan pada semester 5 pada bulan Jun nanti. Dengan bahan-bahan yang saya perolehi dalam menyiapkan KKBI ini telah menjadi bahan bacaan tambahan saya bagi menghadapi peperiksaan itu nanti. Ini disebabkan mata pelajaran ini walaupun hakikatnya adalah rutin seorang guru namun banyak maklumat yang perlu dihafal terutama model, teknik, strategik dan kaedah dalam pengajaran dan pembelajaran.

78

SCE 3108 MERANCANG UNTUK MENGAJAR SAINS RENDAH 2011

Tokoh-tokoh dalam pembelajaran dan pengajaran perlu dingati seperti Teori Pembelajaran Behavioris ( Povlav, Watson, Thorndike, Skinner ), Teori Perkembangan Kognitif Piaget, Teori Kognitivisme ( Jerome Bruner, David Ansubel, Robert Gagne )Teori Pembelajaran Konstruktivisme model yang mengunakan model 5 Fasa Needham. Ini semua adalah salah satu tajuk yang perlu dititikberatkan dalam menghadapi peperiksaan. Semester 5 pada bulan Jun nanti. Yang pasti saya telah bersedia untuk bertempur lagi.Semoga dengan izin Tuhan saya akan memperolehi kejayaan. Amin

Yang Benar

.................................................... ( SANDURA KOSMAS )

79

You might also like