P. 1
Interaksi 6- Nilai Agama Dan Masyarakat

Interaksi 6- Nilai Agama Dan Masyarakat

|Views: 57|Likes:
Published by Sattia Wathy

More info:

Published by: Sattia Wathy on Mar 27, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PPTX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/27/2012

pdf

text

original

NILAI-NILAI AGAMA DAN MASYARAKAT

       

ISLAM KRISTIAN BUDDHA HINDU SIKH TAOISME KONFUSIANISME ANIMISME

w.t.a. dan patuh kepada Allah S. patuh.W. Istilah: mentauhidkan (mengesakan) Allah s. tunduk dan jujur hati kepadaNya serta beriman dengan ajaran-Nya yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.w. tunduk.  Bahasa: Islam berasal daripada perkataan Arab yang bererti berserah. bukan terpaksa atau dipaksa. .T Tuhan semesta alam dan dilakukan secara rela.

Muhammad itu hamba dan pesuruh-Nya.a.” (Terjemahan Hadis Riwayat Bukhari & Muslim) . menjawab: Engkau mengaku bahawa tiada Tuhan melainkan Allah s. Khabarkan padaku (wahai Muhammad) tentang Islam. puasa bulan Ramadhan dan menunaikan haji ke Baitullah jika engkau mampu.w. “ Rasulullah s. mengeluarkan zakat. mendirikan sembahyang.w.t.

2 . KENABIAN & KEAKHIRATAN. Ajaran Nabi Muhammad dibina atas 3 asas utama iaitu AQIDAH . SYARIAH & AKHLAK.1 Semua Nabi dan Rasul dihantar utk menyampaikan tiga asas kepercayaan atau usul aqidah yang saling berkait iaitu KETUHANAN .

Allah tempat meminta segala sesuatu.1 Tauhid (Mengesakan Tuhan tanpa sekutu & perantara) adalah konsep terpenting dalam Islam yang mendasari dan mengikat segala aspek sistem.surah Al-Ikhlas : (1). (3). norma dan sebagainya.“Dan tiada siapa pun yang setara dengannya” . (4). nilai.Katakanlah: “ Dialah Allah yang maha esa” (2). dan tidak pula diperanakkan. 2 Allah ialah nama khusus bagi Tuhan yang berhak disembah dan mempunyai ciri-ciri utama seperti yang disebut dalam al-Quran.“Ia tidak beranak.

2 25 Rasul disebut dalam Al-Quran & mengikut sunnah terdapat lebih 124 000 nabi & rasul . Mereka bersifat maksum dan diberi mukjizat.1 Nabi & Rasul diutus oleh Allah untuk menyampaikan panduan kepada manusia. Contoh : Kelahiran Nabi Isa tanpa perantaraan bapa dan kemampuannya boleh menghidupkan orang yang telah mati dengan izin Allah. .

1 Merujuk suatu peristiwa kehancuran kosmologi alam seluruhnya. 2 Setiap kehidupan ada akhirnya. apa nilainya insan bermoral dan insan tidak bermoral? Bukankah lebih menyeronokkan untuk berzina daripada berkahwin? Untuk merompak daripada bekerja?. kebangkitan semula manusia untuk diberi pembalasan atas perbuatan baik dan buruk manusia. Jika hidup manusia menjadi seperti mesin yang rosak dan binasa begitu sahaja tanpa ada pembalasan.. Renungkan … .

Keadilan hanya terlaksana dengan adanya konsep “ HARI AKHIRAT “. Memandangkan setiap insan inginkan keadilan.Inilah nilai yang dipupuk melalui konsep keakhiratan. . amalan manusia perlukan pembalasan. Setiap kebaikan dan kejahatan walau sebesar zarrah sekalipun ada balasan baik dan buruknya. Sesetengah kebaikan tidak diketahui manusia dan sesetengah kejahatan terlepas serta bebas daripada hukuman.

Ke mana kita akan pergi? .Dari mana kita datang? (2).Keakhiratan juga turut menyedarkan manusia tiga persoalan asas : (1).Untuk apa kita dicipta? (3).

‫اإلسالم‬ ISLAM AKIDAH SYARIAH AKHLAK 1 2 3 .

muamalat.  Syariat atau ibadah .w.iaitu keimanan dan kepercayaan terhadap Allah s.. munakahat dan jinayat. Ajaran Islam mengandungi 3 komponen besar iaitu:  Aqidah .  Akhlak .t.ajaran-ajaran yang berkaitan dengan amalan praktikal yang diperintahkan oleh Allah meliputi soal ibadah. . Tuhan yang wajib disembah dan tiada Tuhan melainkan-Nya.ajaran-ajaran yang berkaitan dengan prinsipprinsip tingkah laku manusia yang dituntut oleh agama.

RUKUN ISLAM Mengucap dua kalimah syahadah Sembahyang lima waktu Puasa di bulan Ramadhan Mengeluarkan zakat Menunaikan haji bagi yang mampu .

RUKUN IMAN Beriman kepada Allah s..w.t. Beriman kepada Malaikat

Beriman kepada Kitab
Beriman kepada Rasul

Beriman kepada hari kiamat
Beriman kepada qada’ dan qadar

IMAN

IHSAN

TAQWA

Iman membawa maksud kepercayaan, tunduk, patuh serta pengakuan hati dan lidah disertai dengan amalan anggota badan. Takwa bermaksud melindungi atau memelihara diri daripada bahaya atau keburukan serta menjauhkan diri daripada melakukan perkara yang dilarang oleh Allah s.w.t. Ihsan bermaksud mengelokkan perbuatan zahir dengan amalan ibadah yang betul dan perbuatan batin dengan keikhlasan

 AL-ILTIZAM / AL-ISTIQAMAH  SYUMUL  DASAR KESEIMBANGAN ANTARA TUNTUTAN JASMANI DAN ROHANI SERTA KEBAIKAN DUNIA DAN AKHIRAT.  MUDAH DAN TIDAK MENYUSAHKAN. .

SUMBER AKHLAK AL-QURAN AL-HADIS IJTIHAD 1 2 3 .

 PRINSIP ETIKA  BERIMAN KEPADA  KESYUMULAN ETIKA  ETIKA TERHADAP DIRI     ALLAH  PERSAMAAN  KEBEBASAN MEMILIH  AMANAH & TANGGUNGJAWAB SENDIRI ETIKA TERHADAP KELUARGA ETIKA TERHADAP MASYARAKAT ETIKA TERHADAP ALAM SEKITAR ETIKA TERHADAP ALLAH .

1 Sistem Nilai Islam digambarkan melalui konsep “Amar Makruf & Nahi Munkar “ 2 Apabila sesuatu itu baik untuk manusia. minum arak dll. 3 Konsep arahan dan larangan ini bertindak sebagai satu peraturan yang mengawal seseorang itu dari sudut rohani. bekerja dll. Apabila sesuatu itu mendatangkan mudharat dan keburukan Tuhan menjadikannya sebagai larangan seperti berzina. Tuhan menjadikannya sebagai arahan seperti berkahwin. . jasmani dan mental.

kamu menyeru kepada yang maaruf dan mencegah daripada yang munkar dan beriman kepada Allah. “ (Al-Quran) 2 “ Kamu adalah sebaik-baik ummat yang dilahirkan .1 Gagasan hidup terbaik dalam Islam dinyatakan dalam Al-Quran ialah: Umat Pertengahan ( Ummatan Wasatan ) untuk manusia.

.

Crist berasal dari bahasa Yunani. Jesus Christ. ‘christos’ yang seerti dengan ‘ Messiah’ yang beerti “Penyelamat” . Nama Kristian diambil sempena pengasasnya. Kristian ialah agama wahyu yang membentuk pengikut agama terbesar di dunia.

. Walaupun pandangan Kristian mengenai Jesus Crist pelbagai. namun hampir semua mengasaskan keyakinan Kristian atas ajaran Jesus dan percaya Jesus itu adalah penyelamat (Crist) yang dijanjikan dalam Perjanjian Lama dan bersama perutusan Jesus ialah Perjanjian Baru.

.  Gagasan baik buruk bagi umat Kristian bergantung kepada penerimaan manusia terhadap ajaran2 Jesus. Kristian merupakan satu agama yang menetapkan batasan nilai berdasarkan kehidupan dan ajaran-ajaran Jesus sebagaimana karya-karya yang ditulis pengikutnya dalam Bible. khasnya Perjanjian Baru.

 . Sebagai sumber utama Kristian. ia dipercayaai sebagai ayat-ayat suci (scriptures) yang diturunkan kepada Moses dan Yesus. Kitab suci Kristian dipanggil Bible dan terdapat juga Kitab Injil Lama (ditulis sebelum kelahiran Jesus) dan Kitab Injil Baru (ditulis oleh pengikut Jesus).

Terdpt sejarah terdahulu.Cintai Tuhan (2).Cintai Jiran . Terdpt 4 Gospel utama (Mark / Matthew / Luke & John) yg ditulis selepas kematian Yesus. kisah Adam & Hawa dan peraturan2 Kristian spt Rukun Sepuluh (The Ten Commandments) Wahyu yang diturunkan kpd Yesus. Mengesahkan peraturan dlm perjanjian lama termasuk Rukun Sepuluh.Perjanjian Lama Perjanjian Baru Wahyu sebelum kelahiran Yesus mengandungi ajaran Tuhan yg diwahyukan kpd nabi Musa utk disampaikan kpd penganutnya. 2 Rukun utama : (1).

 Cintai jiranmu seperti kamu menyintai diri sendiri. jiwa raga dan minda. Rukun dalam ajaran Kristian :  Cintai tuhan dengan sekuat hati. .

 EMPAT GOSPEL  Gospel Mark  Gospel Matthew  Gospel Luke  Gospel John  EMPAT TEMA UTAMA  Kemuliaan Tuhan  Imej Christ  Rohaniah Tuhan  Kehidupan Abadi ( GAGASAN HIDUP TERBAIK BAGI UMAT KRISTIAN) .

          Satu-satunya Tuhan ialah Tuhan kita Jangan menyembah berhala dalam apa pun bentuk Jangan salah guna nama Tuhan Hormati hari Sabbath dengan memuliakannya Hormati ibubapa Jangan membunuh Jangan berzina Jangan mencuri Jangan memberi keterangan palsu Jangan mengingini isteri atau harta benda jiran .

Tuhan Anak & Ruh Qudus)  DOSA WARISAN  PENYALIBAN JESUS  PENYELAMATAN  PANDANGAN TENTANG HAKIKAT INSAN  PANDANGAN ALAM  PERAYAAN  .TRINITI .( Tuhan Bapa.

TRINITI (TRITUNGGAL) TUHAN BAPA TUHAN ANAK ROH KUDUS 1 2 3 .

Kristian juga dikenali sebagai agama TRITUNGGAL (Triniti) . Tuhan itu wujud secara esa atau Tunggal dalam 3 oknum. Justeru. Berdasarkan konsep TRINITI. iaitu TUHAN BAPA. hanya terdapat satu Tuhan yang Maha Esa. Triniti ialah Tuhan tiga dalam satu dan satu dalam tiga. Persidangan Nicea (325CE) mengesahkan secara rasmi Triniti sebagai asas ajaran Kristian.Doktrin paling utama yang dipercayai majoriti besar Kristian ialah KETUHANAN. Ketiganya wujud dalam satu hakikat metafizik yang berkuasa sama rata. imej atau personaliti. TUHAN ANAK dan ROH KUDUS.

Yesus menunjukkan beberapa keajaiban yang tidak boleh dilakukan oleh manusia biasa. . daripadanya berkembang sesuatu yg lain spt penciptaan. perlindungan. Yesus mempunyai kehendak kemanusiaan dan ketuhanan. Sebagai Tuhan dalam personaliti manusia. Bagi membuktikan kebenaran pula. peraturan. iaitu Pembawa Tuhan / Ibu Tuhan.Tuhan Bapa Tuhan Anak Dia merupakan asal. nilai dan sebagainya Ialah Yesus Kristus dlm konteks Tuhan melahirkan (inkarnasi) dirinya sendiri untuk menyelamatkan manusia. Kelahiran berlaku secara ajaib melalui Maryam Perawan sebagai “Theotokos”.

Roh Kudus Ialah peribadi Tuhan yang perlu ada dalam diri seseorang manusia yang akan memimpin. menolong dan menemaninya dalam kehidupan sebelum memasuki syurga. . Roh inilah yang menghubungkan manusia dan Tuhan serta membezakan manusia dengan binatang.

. Yang menerima Yesus telah memuliakan Tuhan & ini melahirkan imej Christ (Penyelamat) dalam diri. Christ ialah rohaniah Tuhan dalam bentuk Yesus. lahir empat tema utama yang menjadi “GAGASAN HIDUP TERBAIK” bagi umat Kristian Kemulian Tuhan Imej Christ Rohaniah Tuhan Kehidupan Abadi Kemuliaan Tuhan ialah menerima Tuhan. Ia dimanifestasikan melalui usaha menolong dan menyelamatkan semua manusia yang berdosa. Yang menerima rohaniah Tuhan diberi penghidupan abadi iaitu persaudaraan rapat dengan Tuhan.Daripada Triniti .

. Dosa ini diwarisi daripada manusia pertama. Supaya dosa seluruh manusia dapat dihapuskan satu pengorbanan agung diperlukan. Untuk mengampunkan dosa tersebut. Adam dan isterinya Hawa krn memakan buah larangan di syurga. Yesus rela untuk mati disalib.Semua manusia dilahirkan dlm keadaan berdosa. Tuhan Bapa menghantar anaknya sendiri iaitu Yesus Kristus melalui Tuhan Ibu ke dunia untuk mengampunkan dosa tersebut. Siksaan yang dihadapi dipercayai sebagai satu kasih sayang Tuhan untuk menghapuskan dosa manusia. Kerana berdosa mereka disingkir dari syurga. paderi diberi tanggungjawab besar untuk mengampunkan dosa manusia melalui upacara pengakuan dosa. Dosa tersebut ditanggung semua keturunan manusia. Ketika keghaiban Yesus.

iaitu Yesus ke dunia. . Yesus dipercayai akan datang semula ke dunia untuk mengadili manusia yang hidup dan yang mati. Suatu masa setelah diangkat ke langit.Penyaliban Yesus di tiang salib ialah doktrin yang menjadi lambang utama dalam agama Kristian. Tuhan anak mati di atas salib untuk menebus dosa semua manusia dan menyelamatkan manusiadari api neraka menerusi kaedah penyaliban sehingga mati dan bangkit semula. Tuhan Bapa telah menghantar Tuhan anak yang tunggal.

Kepatuhan kepada undang-undang semata tidak dapat menyelamatkan manusia. Yang dapat menyelamatkan manusia ialah menerima Yesus sebagai Tuhan. Tuhan menghendaki tiada manusia diseksa. .Penyelamatan ialah satu situasi manusia diselamatkan daripada kesan dosa warisan. iaitu kerananya manusia dihantar ke neraka. Dengan itu manusia tidak akan diseksa pada kehidupan abadi kerana Yesus telah menerima siksaan tersebut bagi pihak manusia sebagai satu pengorbanan dan kasih sayang Tuhan agar semua manusia akan diampunkan.

. Disnilah letaknya “ PERSONALITI TUHAN “. Jasad tidak berguna tanpa roh. Manusia pertama dicipta ialah Adam dan Hawa.Hakikat manusia terdiri dari roh dan jasad. Roh meninggikan martabat dan membezakan manusia dan binatang dan perkembangan roh (spritual) lebih asas dan penting mengatasi fizikal.

.Alam semesta dicipta dalam masa 6 hari atas kuasa Tuhan.

GOOD FRIDAY HOLY SATURDAY HARI EASTER HARI KRISMAS Hari Easter disambut awal April sempena kebangkitan semula Yesus dan berakhirnya Lent (puasa 40 hari) Hari Krismas pula sempena kelahiran Yesus.Terdapat beberapa perayaan Kristian di Malaysia. W/pun kelahiran & kematiannya satu misteri tapi disambut pada setiap 25 Disember .

.

 Diasaskan oleh Siddharta Gautama (563-483 S. . pemakluman atau pengajaran agung .M) yang digelar Buddha iaitu bererti ‘Pemberi Cahaya’ setelah beliau mendapat ilham.

Vajrayana  Merupakan salah satu agama besar di dunia dianuti lebih kurang 350  .Agama Buddha ialah agama dan falsafah yg berasaskan ajaran Buddha Sakyamuni.  Terdapat 3 aliran utama :  (1).Mahayana  (3).Theravada  (2).

 Seorang yg mendapati alam semula jadi yg benar melalui pelajarannya selama bertahuntahun. Penemuannya dikenali sebagai Bodhi atau “PEMAHAMAN”. penyiasatan dgn pengalaman agama pada masanya dan pertapaan. Sesiapa yang bangun dari “Ketiduran Kejahilan” secara langsung yang mengenali alam semula jadi nyata yang sebenar dikenali sebagai “ BUDDHA” .

iaitu NIRODHA atau NIRVANA. penganut Buddha harus membersihkan diri dan melatih minda sendiri dengan mengikut “ Lapan Jalan Mulia” atau “ Jalan tengah” supaya memahami kenyataan yang sebenar lalu mencapai kebebasan dari segala kesusahan. Bagi mencapai matlamat ini. .  Untuk menikmati segala kesusahan dalam kehidupan.

1 2 3 Seorang anak raja ( anak Sudhadana & Maya ) Umur 29 thn – keluar istana dan melihat 3 peristiwa : (1). beliau telah menyedari & memahami bahawa penderitaan adalah lumrah kehidupan manusia dan satu teori tentang pembebasan penderitaan tidak boleh hanya dgn bertapa sahaja sebaliknya melalui PROSES PEMADAMAN NAFSU. isteri & kemewahan utk mengembara selama 6 tahun & bertapa selama 48 hari di bawah pokok Bodhi atau pokok penenang dan pada hari ke-49 iaitu pada malam purnama WESAK.Tua (2). .Kematian Meninggalkan anak.Penyakit (3).

Ajaran Buddha yg disebarkan oleh beliau bukan satu ajaran metafizik atau falsafah tetapi lebih menekankan kpd ajaran yg berkaitan dengan psikologi dan etika-etika kehidupan. . beliau keluar mengembara di serata tempat bagi menyebarkan fahaman ini.4 5 6 Pemadaman Nafsu boleh dilakukan melalui “JALAN LAPAN LAPIS MULIA” Setelah memahami teori ini.

1 2 3 Memimpin manusia ke arah pendamaian Mengembangkan kesempurnaan tingkah laku dan moral Mengajar cara berfikir yang beralasan dan logik Sutra-sutra seperti Sigalovada. . Vyagghapajja dirujuk oleh umat Buddha agar lebih mengerti akan sikapsikap hidup mereka sebagai umat Buddha. Mangala. Vasala. Parabhava.

. TIGA asas utama dalam ajaran Buddha. iaitu :  Jalan Tengah  Jalan Lapan Lapis Mulia  Empat Kebenaran Yang Agung.

manusia harus menempuh 8 jenis jalan iaitu kefahaman yang benar. kehidupan yang benar. asal-usul penderitaan.   . sebab musabab dukka. kesedaran yang benar dan meditasi yang benar. usaha yang benar. penghapusan dukkha dan cara menghapuskan dukkha adalah dengan mengekang hawa nafsu. tingkah laku yang benar. Prinsip Ketiga: menceritakan tentang penderitaan (dukkha). pemikiran yang benar. Prinsip Kedua : Untuk mencapainya. kata-kata yang benar. Prinsip Pertama : Menyeru para pengikut hidup secara sederhana dan tidak melampau dalam mengatur langkah hidup kerana hidup mengikut hawa nafsu punca hidup manusia menderita & sengsara hidup.

  HUKUM KARMA Perbuatan baik akan dibalas baik manakala kelakuan jahat akan membawa padah .

.     Jangan membunuh Jangan mencuri Jangan berzina Jangan berbohong Jangan mengambil dadah atau arak yang boleh mengelirukan akal.

Tidak Bermuka dua 6.Tidak Memaki 7.Tidak bercakap manis 8.JASAD 1.Tidak Tamak 9.Tidak Membenci 10.Tidak Mencuri 3.Tidak membunuh 2.Tidak Jahil NIAT .Tidak Berbohong 5.Tidak Berzina MULUT 4.

Sepuluh Nilai Murni pula dipraktikkan oleh manusia di dunia syurga.1 Lima Larangan dipatuhi atau dipraktikkan oleh manusia di dunia ini. Sesiapa yang berjaya mematuhi Lima Larangan akan dilahirkan semula menjadi manusia di dunia ini. Sesiapa yang berjaya mematuhi Sepuluh Nilai Murni akan dilahirkan di syurga 2 .

binatang dan makhluk-makhluk lainnya yang disebut sebagai kasih sayang universal. Iaitu melayani orang lain tanpa mengira bangsa. agama. negara dan sebagainya . Buddha mengajar cinta kasih sayang dan kebaikan kepada semua makhluk dewa. budaya. manusia. jantina.

.

. Dipercayai bahawa agama Hindu merupakan salah satu agama tertua di dunia. Mula berkembang pada sekitar tahun 2000 S. Agama Hindu dianuti oleh sebahagian besar penduduk India.M.

Kitab VEDA Smrithi    . Kitab-Kitab VEDA ini diterima ketika dalam keadaan samadhi (Wahyu) oleh Maha ResiMaha Resi terdahulu.Kitab VEDA Sruthi (2).  VEDA asal dari perkataan Sanskrit “VID” bermaksud “ Ilmu Pengetahuan”. Kitab2 VEDA dibahagikan kpd 2 : (1).

 Sruthi (“Sru” merujuk kpd “ didengari” ketika dlm keadaan Samadhi)  Rig Veda  Yajur Veda Keempat2 VEDAS dikenali juga sebagai  Atharva Veda “ CATUR VEDAS”  Sama Veda.  .Kitab dan ajaran terawal yang ditulis dalam Bahasa Sanskrit adalah dalam bentuk empat Vedas (kebijaksanaan daripada cahaya putih).

Ia terdiri dari 2 kelompok :  VEDANGGA  UPAVEDA  . Merupakan tafsiran drp sumber asal (Kitab Strithi) dipermudahkan supaya senang dipelajari oleh penganut2nya.

Setiap Veda mempunyai empat bahagian iaitu Samhita. lagenda Tuhan dan lain-lain. . Brahmana. Dalam kitab Veda. Tuhan teragung ialah Brahman. Aranyaka dan Upanishad.   Veda adalah kitab agama yang mengandungi nyanyian dan pujian terhadap Tuhan.

Penjelmaan Tuhan Teragung ini menghasilkan 3 Dewa yang dikenali sebagai “Trimurti” iaitu :    (1).   Agama Hindu mempercayai kewujudan satu tuhan yang paling agung yang dinamakan Brahman.Dewa Vishnu (Pelindung) (3).Dewa Brahma (Pencipta) (2).Dewa Siva (Pemusnah) . Ini dinyatakan didalam kitab VEDA.

Yadnya (Upacara)  .Etika (Susila) (3).   Hinduisme didasari oleh 3 konsep iaitu : (1).Falsafah (Tattawa) (2).

Yg baik akan lahir semula sebagai manusia sempurna atau tak perlu lahir lagi sebagai manusia tapi masuk ke alam MOKSA Punarbhawa / Keyakinan terhadap penjelmaan kembali / Samsara kelahiran semula Keyakinan terhadap bersatunya Atma dengan Mokhsa Brahman. Yg jahat Karmaphalan lahir semula sebagai manusia rendah darjat / (Karma) binatang. Kelahiran semula amat bergantung kpd Karma.Brahman Keyakinan kpd Tuhan Teragung Keyakinan Terhadap Atma Keyakinan terhadap hukum karma. Atman . Inilah tujuan akhir bagi umat Hindu.

tidak melakukan hubungan kelamin (sanggama) selama menuntut ilmu. berguru bersungguh2. Satya Setia Awyawaharika Cinta kedamaian Asthenya kejujuran .Ahima Brahmacari Kasih kpd makhluk lain / tidak membunuh / menganiaya Belajar .

Dalam ajaran agama Hindu. kehidupan di dunia ini merupakan satu kesengsaraan kerana seseorang itu akan menghadapi kelahiran semula yang berulang-ulang selagi mereka belum mencapai ke tahap Nirvana. Doktrin Karma berkait rapat dengan Hukum kelahiran semula (reinkarnasi). . Ia merupakan salah satu bentuk Hukum Sebab dan Akibat.

Penganut Hindu berharap akan dapat terlepas dari rantai kelahiran ini.  . Lingkaran Kelahiran semula ini dinamakan Samsara. Kelahiran ini memberi peluang kepada jiwa untuk membayar segala dosa dan mendapat pahala Manakala kebebasan dari rantaian kelahiran ini dinamakan Mokhsa.

 . Thaipusam dirayakan ketika bulan purnama dalam bulan Thai (bulan sepuluh dalam calendar Tamil) iaitu sewaktu bulan purnama Thai melintasi bintang bersinar yang bernama Pusam. Deepavali dirayakan pada bulan Aipasi dalam calendar Tamil. Ia bermaksud sebarisan pelita.

NILAI KETERANGAN Segala tugas dan tanggungjawab dgn sempurna serta amanah. Tiada kekejaman terhadap sebarang mahkluk sama ada manusia atau binatang Berani dan mempunyai hati yang tetap untuk menghadapi sbrg cabaran dalam kehidupan Dharma (tanggungjawab) Ahimsa (kasih sayang) Dhruti (keberanian dan ketetapan) .

.

Bahasa Pali “Sikkha” (2).“Sikh “ berasal dari (1). . menentang penganiayaan dan ketidak adilan ke atas sesuatu kepecayaan dan kebebasan.Bahasa Sanskrit “Sisya” bermaksud “ Pengikut / Pelajar. anggota yang sentiasa siap sedia untuk bertempur sekiranya diperlukan. Pembentukkan komuniti ini tidak berlaku dalam sehari sahaja tetapi GURU NANAK dan para penggantinya telah mengambil kira-kira 200 tahun untuk mengubah keadaan masyarakat ketika itu. Komuniti Sikh adalah komuniti yang taat kpd agama dan mempunyai entiti sosio-politik yang jelas. berdemokrasi dlm struktur organisasi.

Panggilan kehormat ini hanya ditujukan kpd 10 orang GURU Sikh. bermula dari GURU NANAK (1469) sehingga GURU Gobind Singh (1708) kemudiannya kpd SRI GURU GRANTH SAHIB.1 “GURU” Bahasa Sanskrit dari 2 suku kata “GU” dan “RU” “GU” – Kegelapan & “RU” – Cahaya “GURU” . GURU bukanlah berasal dari keturunan Tuhan tetapi merupakan seorang manusia yang tinggi spritualnya yang dihantar ke duniaoleh Tuhan untuk memberi kesedaran kpd umat manusia. Guru mempunyai ikatan spritual dgn Tuhan dan melalui GURU. penganut agama Sikh dapat mengetahui tentang Tuhan.Cahaya Yang Menghapuskan Kegelapan. a living Guru 2 3 .

   Guru Nanak (1469-1504) iaitu guru pertama dalam agama Sikh. Ajaran guru-guru ini terdapat dalam kitab Adi Granth atau Sri Guru Granth Sahib. . Guru dalam agama Sikh tidak dianggap sebagai penjelmaan Tuhan tetapi seorang yang menunjukkan kepada orang ramai jalan ke arah kebenaran dan kesejahteraan.

1 Politik. sesama manusia. beliau tidak mengiktiraf diskriminasi antara gender. sistem kelas dan kasta serta konvensi atau peraturan sosial yang ortodoks. 2 Emansipasi ini hanya dpt dicapai sekiranya wujud kesedaran kolektif mengenai kesamarataan dan persaudaraan sesama manusia. Oleh itu. agama dan budaya yang didominasi oleh pemerintah dan orang-orang alim ulama bertanggungjawab ke atas kemunduran yang dialami. 3 .

kelas sosial dan agama duduk bersama dan menikmati hidangan yang disediakan.Merujuk kpd Dewan Makan Maksudnya : Semua orang tanpa menghiraukan perbezaan kasta. . 2 3 “SANGAT” – Himpunan Jemaah “PANGAT” .1 Guru Nanak mengajar bentuk penyembahan yang umum dan organisasi sosial umum yang berdasarkan persamaan antara manusia dalam bentuk “ SANGAT “ dan “ PANGAT”.

Ketuhanan Yang satu disebut dalam mukaddimah Sri Guru Granth Sahib Tuhan Yang satu dipanggil RAM / KHUDA / ALLAH / WAHEGURU 2 3 .1 Guru Nanak mengajar agama monotisme kpd masyarakat bahawa hanya wujud satu Tuhan sahaja utk manusia dan kpd semua bangsa bukannya khusus untuk orang Hindu atau pun orang Muslim dan sebagainya.

Juga tempat sembahyang berjamaah ( sangat ) w/pun boleh sembahyang dirumah tetapi jemaah adalah objektif penting ajaran Sikh. .1 2 Lebih dikenali sebagai “ The gateway of the Guru “ merupakan rumah ibadat bagi komuniti sikh yang berfungsi sebagai tempat perkumpulan penganut agama sikh dan memastikan segala elemen yg berkaitan dgn agama Sikh terpelihara khasnya upacara kelahiran / pembaptisan / perkahwinan & kematian.

.1 Agama Sikh menerima teori KARMA dan pertukaran roh dari satu jasad kepada jasad yang lain sehingga mencapai NIRWANA.

 Ditulis dalam bentuk puisi yang mengandungi ajaran etika dan kerohanian. Ia boleh diringkaskan kepada 3 bahagian :    Keperluan memajukan manusia Hubungan sesama manusia Keselarasan dengan roh yang merupakan matlamat paling tinggi yang patut dicapai. .

Seseorang yang baik dan bermoral ialah individu yang berusaha meningkatkan diri dengan bergerak jauh (swadiri) daripada houmai dalam kehidupan untuk menuju sachiara (swadiri yang paling tinggi)  . sempit dan terhad dan ini dikenali dengan houmai (keakuan). Setiap orang dalam kehidupannya yang nyata memenuhi masanya dengan pandangan yang kosong.

Ini bermakna matlamat utama utk mencapai mokhsa tercapai.  3 AMALAN MULIA Naam Japna ▪ Bermeditasi ke atas nama Tuhan.  Wandke Chakna ▪ Berkongsi apa yg dimiliki org lain khasnya golongan kurang bernasib baik.  Kirt Karni ▪ Sentiasa membuat kebaikan dan berbakti kepada masyarakat. . Melalui Naam sahaja manusia dpt bersatu dgn Tuhan.

 

SWADIRI (PENYEMPURNAAN DIRI)

melibatkan aspek berikut yang dikenali sebagai khand.

Dharam Khand ▪ Situasi ke arah kemajuan iaitu kewajipan sosial yang ditetapkan dan dilakukan mengikut kemampuan diri.  Gian Khand ▪ Memperolehi ilmu yang menuju kepada asimilasi kebijaksanaan  Saram Khand ▪ Pencapaian keharmonian dan keselarasan diri termasuklah kesedaran etika.

 Karam Khand

▪ Swadiri menjadi lebih matang dan mantap menyebabkan tindakkannya lebih komprehensif apabila kuasa roh dan tenaga menjadikan Swadiri hampir sempurna.  Sach Khand ▪ Kejayaan Swadiri iaitu penyatuan di antara pemikiran, pandangan dan estetika. Perayaan : Vasakhi pada 13 April setiap tahun.

Perayaan : Vasakhi pada 13 April setiap tahun.

 kes (rambut yang tidak dicukur). .  kangha (satu sikat untuk memastikan bahawa rambutnya sentiasa bersih)  kada (gelang besi waja sebagai tanda ketaatan kepada guru)  kach (memakai seluar pendek yang labuh hingga ke bawah lutut)  kirpan (satu pedang untuk menandakan gagah berani seperti singa).

tidak kejam atau keterlaluan. Mengawal diri secara sederhana. Penyuaraan kebenaran kerohanian tanpa permusuhan dgn sesiapa. Persetujuan antara pertuturan dan pemikiran serta keyakinan dan tindakan seseorang. . hormat terhadap hak orang lain dan tidak mengeksploitasi orang lain.Kebijaksanaan Kejujuran Kesederhanaan Keadilan Keberanian Kearifan boleh dicapai menerusi pendengaran dan ilmu rohani. Meliputi kesamaan sosial.

.

Diasaskan oleh Lao Tze (575-485 S.M) Buku karangan Lao Tze iaitu Tao Te Ching yang bermakna Jalan dan Kekuasaan.   Ianya bukan merupakan ajaran agama tetapi merupakan ajaran falsafah tentang moral dan hubungan manusia dengan alam sekitarnya. .

.    Tao melahirkan yang Satu Yang Satu melahirkan Yang Dua Yang Dua melahirkan Yang Tiga Yang Tiga melahirkan semua makhluk.

 Untuk mencapai perpaduan dengan Tao. Ia juga bermaksud kehidupan yang sederhana. penganut Taoisme mengamalkan Wu-Wei yang bermaksud ‘cara bukan tindakan’. . Ia bermaksud. melakukan sesuatu bukanlah untuk diri sendiri sahaja bahkan untuk orang lain juga. bebas dan tidak dikongkong oleh hawa nafsu.

tambahkan sifat mulia dan pertingkatkan kebaktian’. . yang salah ke belakang’. ‘jalan yang benar membawa ke hadapan. ‘jangan meneruskan atas jalan yang jahat’ dan ‘jangan berdosa secara sulit.

 . Ajaran ini diasaskan oleh Kung Fu Tze atau Confucius yang bermaksud Guru Agung. berhubung dengan orang lain dan hidup sebagai anggota masyarakat. Ianya merupakan ajaran tentang moral. Ianya bukan agama tetapi merupakan tertib bagaimana manusia harus bertingkah laku.

sosial. . politik dan agama. Ajaran Confucius terkandung dalam buku yang dikenali sebagai Lima Klasik dan Empat Buku yang memberi ajaran etika dari segi kesejahteraan manusia.

kemanusiaan. toleransi dan belas kasihan serta melibatkan hubungan diri individu dengan orang lain. Ren atau baik hati yang bermaksud sikap menyayangi semua orang. kebajikan.   . Shu yang meliputi murah hati. kerelaan dan murah hati terhadap semua orang. Chung yang bermaksud kesedaran dalam melakukan sesuatu yang baik untuk diri sendiri dan orang lain.

Yi yang ditakrifkan sebagai membuat sesuatu dengan cara betul dan patut dalam situasi tertentu yang motif sesuatu perbuatan lebih penting daripada hasilnya.   . Li meliputi nilai sopan santun. budi bahasa dan adat dalam istiadat atau upacara. peraturan dan tingkah laku seseorang. Ming yang menegaskan bahawa individu patut melakukan semua tugas dengan sedaya upaya dengan tidak menghiraukan hasilnya kerana manusia tidak mampu mengelak kehadiran mandat ketuhanan.

 Xiao yang bermaksud ketaatan kepada ibu bapa dengan menyanjung serta secara ikhlas mengambil berat emosi dan jiwa mereka.  . Zhi yang bermaksud ketulusan dan ketegahan dalam tingkah laku.

Nilai tradisional 2.NILAI MASYARAKAT MALAYSIA 1.Perubahan nilai masyarakat Malaysia .

Tugasan: Sila baca kertas kerja bertajuk “Penghayatan Nilai-nilai murni alam masyarakat Berbilang Kaum di Malaysia” Ulas dan email semula pada saya .

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->