Pendekatan berpusatkan guru lebih menekankan kepada peranan guru dalam situasi pembelajaran. • Guru memainkan peranan secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran, iaitu guru akan memberikan penerangan, bertindak sebagai model dan penunjuk cara dalam menyelesaikan masalah.

Ciri-ciri berpusatkan guru : o Guru memainkan peranan penting sebagai penyampai maklumat dan ilmu pengetahuan, seperti memberikan penerangan konsep, contoh-contoh dan membincangkan tajuk dan isu. o Strategi ini mengutamakan pencapaian objektif P&P guru. o Komunikasi sehala, guru lebih banyak bercakap untuk menjelaskan tajuk yang dipelajari.

o Kepimpinan guru lebih bersifat autokratik, iaitu guru lebih berkuasa menetukan hala tuju proses P&P. o Penyampaian ilmu atau isi pelajaran yang berkaitan dengan tajuk lebih diutamakan. o Penyampaian fakta seperti mengingat jenis- jenis kata nama, ayat majmuk dan perbezaan antara kata kerja transitif dan tak transitif.

o Interaksi antara murid pasif o Murid kurang aktif, kurang kreatif dan tiada inisiatif.

• Antara bentuk dan strategi pendekatan pemusatan guru ialah :      Pengajaran mikro Pengajaran berpasukan Kuliah/ Syarahan Pengajaran secara kelas Demonstrasi

• Pengajaran Mikro merupakan kemahiran pelbagai dalam aspek pengajaran yang perlu dimiliki oleh guru. • Kemahiran dalam aspek pengajaran melibatkan kemahiran mikro dan makro secara ketrampilan. • Kemahiran mikro dan makro melibatkan aspek-aspek teknikal, kecekapan, keupayaan kognitif dan psikomotor, manakala ketrampilan melibatkan kualiti personaliti dan persembahan bahan.

• Pengajaran kemahiran makro membantu guru memanfaatkan bahan bantu maengajar agar benarbenar memberikan nilai dalam pengajaran, mempelbagaikan bahan ransangan serta mengimpletasikan ilmu dan teori pengajaran dalam bentuk praktikal dan efektif.

• Kemahiran merupakan satu kegiatan atau aktiviti yang memerlukan penyataraan antara akal dengan tindak balas fizikal. • Kemahiran dapat dipelajari melalui latihan yang berterusan dan kesungguhan untuk mempelajari sesuatu prosedur atau aplikasi kegunaan.

• Guru perlu mempunyai asas kematangan yang secukupnya untuk menguasai segala kemahiran yang diperlukan dalam P&P.

• Disebabkan oleh pengajaran memerlukan guru berinteraksi, guru perlulah mempunyai kemahiran menggunakan deria ketika mengajar. • Bagi memastikan kualiti P&P berjaya dilaksanakan, guru mesti mempunyai kemahiran yang tinggi dan mengamati dan mengawasi murid, mendengar, menyampaikan dan mengelola aktiviti serta menyoal murid.

• Syarahan merupakan teknik penerangan yang paling popular dan paling rendah kosnya. • Penggunaannya menunjukkan guru lebih dominan dalam aktiviti P&P. • Teknik ini juga boleh diselangselikan dengan demonstrasi, lakonan, bercerita dan sebagainya yang sering juga disebut one man show kerana penyampaiannya sehala dan berpusatkan guru.

• Fungsi dan tujuan syarahan digunakan oleh guru dalam melaksanakan P&P adalah untuk  Merangsang murid  Menjelaskan dan membuat rumusan pembelajaran  Membuat penyelidikan dan uji kaji  Mengembangkan isi pelajaran  Menyampaikan maklumat yang telah dirancang  Guru membuat interpretasi, menghurai dan mentafsirkan idea serta membuat taakulan tajuk yang dibincangkan dalam kelas.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful